Minggu lepas akibat dah tak keruan menunggu husband OT, merayau lagi. Kali ni pi Carrefour Wangsa Maju je [this time tak tunggu kat Giant sebab nak kena jemput dia kat opis lak]. Kunun-kunun nak mencuci mata sambil cari baju raya ke, brooch raya ke, tudung raya ke dan segala yang untuk raya la. Sampai2 dah tak tau nak beli apa [duit dalam poket pun tak le banyak mana tapi cekadaknya bukan main besau lagi...]. Sebenarnya jalan sengsorang ni takde feeling kan???
Tawaf satu kali, pastu singgah le belek2 apa yang patut, finally singgah la Cosway. Nak beli juice untuk stok bulan pose.. [nak bukak pose senang, tak yah beli air kat bazar Ramadhan]. Dah alang2 menyinggah, masa nak bayo budak tu offer nak jadi ahli tak? Aku tanya berapa hengget. Kata dia RM30 je.. Cantek!!!! So seterusnya, maka terjebak le daku dalam satu lagi MLM hohoho..
***pasni tah apa lagi la yang aku nak join...
Huhuhu...org pompuan mmg cepat termengaruh. Tapi sbb syani slalu guna brg cosway...ok la. Jue beli bedak miyami jer... ;)
ReplyDeletekalau memang betul jual barang takpe..jangan jual sistem....amway pun ok kan...he..suke dgn dia punya pelembut kain je..best..sennag nak iron
ReplyDeleteJue,
ReplyDeleteWalaupun selalu guna barang Cosway, tapi tak pernah lagi guna bedak Miyami tu.. Nanti boleh try la.
Queen,
ReplyDeletekalau yang jual sistem tu langsung tak berkenan. Menghabiskan duit jer.
Bedak miyami tu Jue baru guna dlm sethn. Ok la...coz mak2/pak2 andam pn ramai yg guna bedak miyami utk make-up pengantin. ;)
ReplyDelete