Ahad lepas masa mak sibuk memasak kat dapur
anak-anak pulak sibuk mengemas kat depan
en somi lak sibuk bekerja sampai hujung minggu pun pi keje
[kalau Tan Chong tak bagi banyak bonus memang tak patut]
lepas habis masak
saje je nak mengabiskan masa terluang
pi la jenguk cik Besah kat rumah dia
katanya dia sakit pinggang
so sebagai menantu mithali [sila muntah yer]
pegi la bertanya khabar ye dak..
kang dia kata menantu tak ambik tau hal dia lak
bila aku sibuk keluar rumah
rombongan cik kiah kena la ikut sekali kan
siap bawak beg & aksesori tambahan lagi
macam nak pi kenduri bagai
sampai je kat rumah opah
atuk tengah rilek2 kat belakang
atuk pun tego la anak2 aku...
"La... Adib & Aleeya rupanya, tuk ingatkan sape tadi.."
"Amboi semat (smart) nya... Anak Amat (en somi aku le tu) kena la bergaya kan?. Amat mesti la nak anak dia bergaya.. lain la tuk ni, pakai baju buruk je."
Kembang kempis hidung budak 2 ekor tu
[tah bila la depa ambil spek mata tu]..
[maskota tak tinggal hokkay...]
No comments:
Post a Comment