Seperti yang dirancang... pagi2 lagi dah bangun sebab nak balik Ipoh. Pagi Jumaat tu dah siap2 kemas barang,angkut anak2 masuk kereta (depa tidur lagi.. baru pukul 6.45 pg), terus jalan.... Balik kampung....oooo...balik kampung.. (awal bebeno bertolaknya macam le Ipoh tu jauh sangat).
Jalan clear so tak sampai 2 jam dah sampai Ipoh (ikut highway). Hasben aku ajak bertolak awal sebab dia kata nak breakfast kat Ipoh. Memula nak singgah kedai mamak yang aku selalu makan masa aku keje kat Ipoh dulu tapi last minute tukar plan, aku ajak makan nasi lemak Along kat stadium. Sampai kat situ sekali kedai tu tak bukak la pulak. So round2 kat area situ last2 singgah medan selera Stadium Ipoh. Kat situ of course la pi pekena nasi lemak & roti canai Fuad... Roti canainya memang krispy sampai licin kitaorang 4 beranak makan.
Bila perut sudah kenyang, jam pun mash awal lagi (baru kul 10 pg), aku ajak hasben aku gi Taman D.R Senivasagam. Aku nak bawak anak2 main puas2 kat sana. Kalau pegi petang sure ramai pastu la ni asal petang je hujan so nanti takde can le dema nak main. Sampai sana anak2 aku pun lepas bebas le.. (Mentang2 tak mandi lagi so depa main sampai kotor baju pun tak kisah).
No comments:
Post a Comment