Berikut beberapa tip yang dikongsi oleh beberapa pakar kecantikan dan mungkin boleh dicuba oleh wanita bagi menjimatkan bajet membeli produk kecantikan dan penjagaan diri.
-Ramai yang menggunakan pelekat Biore bagi membuang noda hitam yang menyumbat pori-pori pada hidung. Gunakan kaedah yang sama pada seluruh muka, sekali gus menjimatkan wang ke salon untuk membuat rawatan wajah (facial).
-Pilih sabun mandi ketul berbanding cecair mandian kerana sabun jauh lebih murah, tahan lama dan kurang membazir. Lagi pun ia lebih mesra alam sekitar.
-Jika sudah jemu dengan warna gincu yang ada, cuba campur dan cairkan beberapa gincu lama. Caranya, potong gincu tersebut dan masukan dalam ketuhar gelombang mikro dan tuang pada bekas kecil. Gunakan seperti pelembap bibir.
-Beli syampu dan perapi yang bersaiz paling besar kerana ia lebih menjimatkan.
-Selain itu, tambahkan air ke dalam botol syampu untuk mengurangkan kepekatan syampu selain memudahkan pembilasan.
-Tidak perlu menghabiskan duit membeli skrub yang mahal. Buat sendiri dengan mencampurkan gula perang dan madu untuk menjadikan kulit licin.
-Apabila sisa minyak wangi sudah berada di dasar botol dan tidak boleh disembur lagi, tuangkan dalam cecair mandian atau pelembap supaya lebih berguna.
-Kayu manis merupakan bahan aktif yang digunakan dalam banyak produk yang menjadikan bibir lebih mongel - minyak kulit kayu manik yang boleh diperoleh di kedai-kedai lebih murah dan berfungsi sama.
-Tidak perlu mencuci rambut setiap hari sebaliknya mungkin selang sehari. Bukan saja menjimatkan syampu bahkan mengekalkan kesihatan rambut kerana mencuci terlalu kerap membuatkan rambut kering. Dalam tempoh itu tepuk bedak bayi pada akar rambut untuk menyerap sebarang minyak.
Sumber: www.serikasih.blogspot.com
No comments:
Post a Comment