Monday, September 15, 2008

Projek Kuih Raya..

Hari sabtu lepas hasben aku tak kerje. Beberapa hari sebelum tu dia dah suruh mak dia a.k.a mak mertua aku a.k.a Cik Besah, buat kuih raya. Dia suruh Cik Besah buat kuih kapit tapi dengan syarat dia pun kena tolong lipatkan kuih tu. So pagi Sabtu tu pun bermulalah projek buat kuih raya (walhal baru je hari ke 13 pose). Aku??? Tak dapat la nak tolong sebab nak mengawal hero & heroin kat rumah tu. Tapi petangtu aku jenguk gak perkembangan deme. So kat sana aku tolong rasa je la (mementang la tak pose... deme suruh aku jadik tukang rasa).

Malam tu pulak Cik Besah sambung lagi projek kuih dia. Malam tu dia buat Maruku lak. Ramai lak yang berkerumun kat dia (sebab malam aktiviti rasa merasa ni meriah sikit). Penuh dapur rumah tu. Aku pun balik sebab di Adib dah mengaruk nak tido. Kalau dai tak ngantuk lagi sure aku pun terjebak kat dapur tu.

Ahad plak Cik Besah sambung lagik buat kuih. Pagi buat kuih bijan (nama glamernya tak tahu la pulak). Aku tak pose lagi so aku jadik tukang test la... Ha..Ha..Ha... Malam lak buat kuih quaker oats. Siap mintak resepi ngan K. Mah (babysitter anak aku). Sempat jugak la tolong sedikit sebanyak. K.Ti (biras aku) plak nak merasmikan oven dia yg diangkut khas dari Bukit Beruntung, so cepat la sikit proses pembakaran kuih tu. Tapi sayangnya tak sempat nak snap gambo kuih2 tu buat tatapan korang... Ha...ha...

Sebelum tu sempat lagi biras aku ajak buat almond london hujung minggu ni... Aiya... mana aku reti... Aku dah pesan dah, kalau tak jadi jangan nak bising ha..... AKu pernah tolong mak aku je dulu buat kuih ni. Mana la aku ingat... Ni nak kena tanya resepi ngan mak ku nih!!!! Mintak2 manjadi la biskut tu hendaknya.....He..he..he... Wish me luck!!!

No comments:

Post a Comment