Tuesday, January 31, 2017

PERGINYA ABAH TAKKAN KEMBALI...

Kusangka bahagia yang datang awal2 tahun ni
Rupanya kesedihan juga yang menjenguk
Tahun kesedihanku berlanjutan hingga tahun ni 😢
Baru 8 bulan arwah suamiku pergi, kini giliran abahku pula
[Tu sebab lama tak update blog]


Abah telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 2017
Tanpa tanda-tanda sakit
Betullah... kematian tu tidak dapat dijangka
Datangnya tiba2 tanpa lewat sesaat mahupun cepat sesaat

Takde mood lagi nak cerita 
Nanti2 la ye..

AL-FATIHAH untuk ABAH 
HJ AB LATIF BIN SAAD
1954-2017

Monday, January 23, 2017

HAPPY BIRTHDAY ALEEYA

21/01/2017 ---> birthday Aleeya yang ke-12
Huish.. dah beso dah anak dara sulung aku ni 
Tahun ni celebrate simple2 je
Asalkan anak2 happy..hehehe

Birthday dia tahun ni tak macam sebelum2nya
Sebab abahnya dah takde
Dulu abahnya la selalu sibuk nak celebrate birthday anak
Buat makan2 & makan ramai2 satu family
Tetiba dia rindu kat abah dia... siap request nak pegi kubur abah dia hari tu juga
Alhamdulillah dapat juga singgah kubur petang tu
Cuaca pun tak hujan & tak panas

Ni la anak dara kami
Dah 12 tahun umurnya... Alhamdulillah
Semoga hidupnya sentiasa diberkati & dalam redha Ilahi


Bila anak menginjak umurnya
Terasa diri semakin tua...😅








Friday, January 20, 2017

BARU 2 MINGGU SEKOLAH....

Ni cerita minggu lepas
tapi cam biasa terlewat nak publish kan....
Yang folo IG tau le cerita pasal ni
So tepek screenshot IG je lah!
Dasar malas.....

Tu seluar yang pertama

Seluar yang kedua pulak.....
keesokan harinya bila balik dari sekolah agama
Udah dia tunjuk seluar sekolah agama yang putih bersih tu
dah hitam gelegam kena rantai basikal
Jenuh menyental siap klorox bagai tau
Nak nangis aku...... 
Sental jugak le.... walopun tak hilang semua tapi kadar kehitaman tu berkurang la
[rupanya ada juga koyak sikit kat seluar tu sebab kena rantai basikal tu]

Uniform sekolah agama tu udah le baru beli
Udah dua2 seluar kena pulak
aku cakap je dengan Adib.. ko pakai je la selagi boleh pakai
Dah le baju melayu tu bukannya jual asing2 seluar & baju
Kena beli sepasang jugak kan...

Sekarang aku pesan kat Adib, kalau gi sekolah agama pakai je tracksuit masa naik basikal
Sampai sekolah baru pakai seluar putih tu
Kiranya Adib pakai 2 lapis la...ingat dia rajin ke nak salin2 kat toilet tu??
Masa balik pun aku suruh dia pakai tracksuit je.
Hadoi... dugaan sungguh awal2 tahun ni.

Thursday, January 19, 2017

TENGAH NGAM LE TU

Namanya adik beradik kan
Kejap gaduh kejap baik


Kalau keadaan camni memang tengah ngam le tu
Mau duduk sekali share tengok youtube
[Yang sepah2 tu sila abaikan la ye]

Kalau tengah gaduh tu
Rumah tak sunyi dengan menangis
Apa tidaknya....
Aku cuit ko, ko cuit aku
Aku cubit ko, ko cubit aku
Aku ketuk ko, ko ketuk aku
Aku pukul ko, ko pukul aku
Memula kakak nangis, pastu si adik pulak
Pastu vice versa
Huwwaaaa.. mamanya yang stress...


Wednesday, January 18, 2017

SSPN-i PLUS UNTUK ANAK²

Masa pegi LHDN untuk submit dokumen untuk BR1M hari tu
Sempat la singgah PTPTN yang ada kat area yang sama
Sebab dah alang2 pergi kan, so singgah le sekali
Memang dah lama plan nak bukak akaun SSPN-i Plus ni untuk anak2
Tapi asyik tertunda je...

Sebelum ni aku ada bukakan akaun SSPN untuk Aleeya & Adib
Alah.. akaun yang lama masa memula launching dulu
Tapi ada la simpan sikit dalam tu tapi tak rajin nak mengulang ke bank untuk simpan duit diaorang
Last2 simpan je kat Tabung Haji..hahaha

Ada sekali dulu kan banyak blogger review pasal SSPN-i Plus ni
Tapi diaorang tu yang berbayar le kan
Aku ni takde kena bayar apa pun... kesedaran sendiri je nak buat entry ni
[Buat modal blogging gittew!]
Well masa diaorang buat review haritu aku dah macam tertarik nak buat
Tapi tu la.. tertunda2.. pastu takut tak dapat nak komit bulan2
Maklum la, belanja2 sekarang ni semua meningkat kan
Pastu ada je perbelanjaan mengejut, mula la short kat sana sini

Tapi tetiba Allah gerakkan hati aku nak buka akaun haritu
So aku bukakan le akaun untuk anak2 aku ni
Berpeluh gak nak bayor awal2 tu...hahahaha
Sebabnya kena bayo untuk 2 bulan advance kan
pastu baru buat potongan dari akaun setiap bulan
Ala.. ambik pun atas kemampuan je.... 

Alhamdulillah... simpanan untuk pelajaran anak2


Free gift sebab buka akaun SSPN-i plus ni
dapat beg kuning tu & tupperware ni
4 akaun aku buka, dapat la 4 free gift ni
[Pening aku mikir mana nak simpan tupperware2 ni]


Kenapa buka SSPN-i Plus ni?
Sebagai simpanan je untuk anak2...
Duit pencen penakat bulan2 arwah suami aku tu
Yang bahagian anak2 aku simpan la kat sini separuh
Separuh lagi kat Tabung Haji... 
Jadi le kan.... ate... esok2 nak belajo, dah ada la duitnya.. cewah
Tak sambung belajo pun, kot2 nak kawen nanti at least ada dah le duit sikit2
Idak le menyusahkan aku nanti...
[Advancenya aku pikir...hahahahaha]


Ok la... antara kelebihan2 simpan kat SSPN-i Plus ni korang boleh tengok la gambarajah kat bawah.
Aku tak pandai nak terang... 
[tu sebab aku tak boleh jadi cikgu..huhuhuhu]





Ni pakej yang korang boleh pilih untuk komit setiap bulan
Aku ambik yang mampu bayor je
Idak le rasa terbeban bulan2 nanti kan...



** Alhamdulillah aku sempat buka akaun tahun 2016, so dapat le aku pelepasan cukai nanti...😇


BACK TO SCHOOL 2017

Orang lain dah lama dah cerita pasalhal ehwal anak2 masuk sekolah
Ni dah masuk minggu ke3 persekolahan baru ko nak cerita pasal sekolah ye Syani
Hahahahaha... lantak le.. janji ado..

Alhamdulillah tahun ni Aleeya dah naik darjah 6 [UPSR weh tahun ni]
Adib pulak dah naik darjah 4
Tahun ni Adib sekolah kebangsaan sesi pagi pulak
Mencabar sungguh nak gerak dia pagi2 tau
Sebab dia ni liat sikit nak bangun awal pagi
Tapi setakat ni tak pernah la dia lewat pergi sekolah

Tahun ni Atok diaorang dah tak larat nak ambik hantar diaorang ke sekolah
Sebabnya atok dah sakit2 kaki [dah lama dah sebenarnya]
Makanya kena la diaorang gi sekolah kebangsaan & sekolah agama naik basikal
Sebelum start sekolah haritu dah siap2 la aku repairkan basikal diaorang
Jenuh berpesan2 la setiap kali diaorang nak gi sekolah
Jangan kayuh laju2, jangan nak lumba2, jangan pergi & balik sorang2, jangan nak melencong2
Mak mana la tak risau kan....
Atok & opahnya pun pesan jugak..

Bab persiapan sekolah, just ala kadar je
Pakai je mana yang boleh dipakai
Ye lah, tahun depan Aleeya pun dah Form 1
dah tentu2 baju2 dia dah takkan dipakai lagi
Adib je aku belikan baju baru sebab yang lama tu dah senteng especially seluar
Aleeya pun belikan sepasang je baju sekolah, pun sebab dah senteng..
Kasut pun kena beli sebab dah ketat
Beg pulak ada yang dah putus, so kena beli jugak le

Sibuk2 kita nak beli beg sekolah
yang kenit 2 orang tu pun menuntut beg sekolah
Idak le kuasa aku nak beli yang mahal2 tu kan
Cari hat murah2 er.....
Akhirnya jumpa la beg frozen ni... RM15 sebiji..
Tu je yang ok & sesuai dengan bebudak comel tu
Yang lain semua harga RM30++ & besar bagak... tak sesuai dengan saiz diaorang

Ni la beg idaman hati.....
Ce teka sapa punya????


Tada.... nak gi sekolah katanya....
Ok la.. mama kasi semangat sikit...

Lepas gi settle beli beg sekolah bebudak ni
petang tu aku gi bawa basikal Aleeya gi kedai basikal pulak
Nak repair mana yang patut
Jenuh mikio cemana nak bawa basikal tu dalam kereta
Pastu basikal kecik Amira tu pun nak repair juga sebab roda kecik tu dah patah

Dulu arwah suami aku usung naik motor je
Tapi aku tak berani buat camtu..
Maklum le takde lesen...hahahaha.. kantoi je aku bawa motor takde lesen

Sampai kedai, dah siap2 repair udah si Jasmin berebut nak basikal kecik tu
Kesian pulak kat bebudak tu 
kang berebut2 pulak
Makanya tak pasal2 terjebak le aku beli sebijik lagi basikal kecik....
Nasib la uncle kedai beskal tu kasi diskaun..


Asalnya beskal merah tu Amira punya
Tapi udah beli basikal baru kaler ungu tu
Dia bagi la Jasmin basikal lama dia
Nasib la Jasmin ni jenis tak kisah.... janji dia pun ada...


Belum start sekolah lagi udah beratus2 habih..hahaha
Adat le ye... nak sekolahkan anak2
Ni dah masuk sekolah duit lagi tak habis2
Dengan tuisyen la, program UPSR la, yuran sekolah agama la, PIBG la...etc..
Sempottttt....
Sekolah la kome rajin2 ye anak2.....





Tuesday, January 17, 2017

TARIKH BAYARAN FAEDAH BULANAN PERKESO TAHUN 2017

Ni khas untuk penerima2 faedah Perkeso
Jadual bayaran bulanan untuk tahun ni dah keluar
Kot2 la ada yang lambat dapat surat makluman dari pihak PERKESO.

Orang lain attach tarikh bayaran gaji bulanan untuk kakitangan awam 
Tapi aku bukan kakitangan awam..hehehehe
attach je la jadual bayaran PERKESO/SOCSO..hehehehe


So sapa2 yang ada terima faedah PERKESO seperti pencen ilat & pencen penakat 
Boleh la refer jadual di atas nun...

Monday, January 16, 2017

TAMAN MINI MALAYSIA

Last pitstop before gerak balik Batang Kali
ialah Taman Mini Malaysia & ASEAN ni la
Tu sebab aku nak duduk kat Ayer Keroh
Senang nak singgah sini sebelum masuk tol...

Ekceli dah lama gila nak pegi sini
Last time aku pergi sini masa umur aku 8-9 tahun gittew
Huhuhu.. hampir 30 tahun dulu
Pehtu masa gi Melaka tahun 2012 pun konon nak singgah
tapi rupanya under renovation masa tu
So kali ni pergi tersangat la berazam nak menyinggah..hahahaha

Masa kami sampai orang belum ramai lagi
Maybe sebab masa tu bukan hujung minggu kot
Orang Selangor je cuti masa ni.. sebab cuti ganti Hari Keputeraan Sultan Selangor

Bukti dah sampai sini
Siap nak berdap2 lak deme
Mak aku pun sama.. tapi tak jadi...hahahaha
Mak pun nak jadi hispter konon..
Sebelum masuk kena la beli tiket kan
Tap tak le mahal sangat tiketnya

Memandangkan aku dah lama tak pergi
dan disamping proses renovation yang terdahulu
Aku dok imejin perubahan2 drastik kat TMM ni tau
Yang pasti pintu masuk TMM ni dah berubah wajah la dari dulu

Rumah pertama kami singgah---> RUMAH PERLIS
Menggigih anak2 aku nak meneroka rumah2 setiap negeri


Amira pun nasib baik la ok..
Takde la komplen kaki kotor ke apa...
Maklum la, nak naik rumah2 tu semua kan ke kena buka kasut

Ni salah satu gambar hiasan kat Rumah Perlis tu
Cantik sangat...
Rumah orang dulu2 mesti ada frame cenggini kan
Rumah nenek aku pun ada dulu
Hiasan guna cengkerang & siput la gitu lebih kurang


Ada buai buruk kat tengah rumah
Orang dulu2 mana ada spring2 nak buat ndoi kan
Aku bagi Jasmin je naik.. 
Amira yang debab tu aku takut runtuh pulak nanti kalau dia naik...hehehehe



Next ke rumah sebelah pulak... ---> RUMAH KEDAH
Nampak meriah dari luar sebab ada bunga manggar


Pelamin anganku musnah ni yang ada dalam rumah Kedah ni
Tak berapa lawa & nampak kusam tak terjaga
Cuma wangi la sebab ada bunga rampai orang kawin



Ni bilik pengantin dalam rumah Kedah tu
Alahai..... cadar pun naik beram kalernya
Memang macam tak berjaga la rumah2 ni




Salah satu sudut dalam rumah Kedah ni
Banyak tekankan pasal majlis perkahwinan je


Baru 2 rumah aku lawat, memang mengecewakan.
Rumah uzur, barang2  tak terjaga, berhabuk, kusam
Memang macam takde maintenance tau
Habis tu renovation sebelum ni buat jadah apa kan????

Next house --- RUMAH SELANGOR
Ekceli sebelum tu ada rumah PERAK & PULAU PINANG
tapi aku takde mood nak tangkap gambar
Rumah betul2 rumah usang & dalamnya kosong je....

Rumah Selangor ni rumah yang paling lapang
Hahaha takde banyak perabot dalam tu
Anak aku suka sangat la berlari2 dalam tu

Pastu ada yang rumah besar tapi kita takleh explore semua
Sampai tengah rumah, ada block
Takpun pintu ke bahagian belakang diaorang kunci
Tak bagi kita pergi situ
Maybe sebab kayu2 dah reput kot
Kalau tengok dari luar, memang dah rumah ala2 cite Nang Nak je
Frust tau aku dengan keadaan rumah2 kat TMM ni

Ni kat rumah mana tah
Anak2 aku dah letih
Lepak le kejap kat beranda

Ada rumah Kelantan pun besar juga tapi camtu juga, separuh je boleh explore
Baik tak payah masuk kalau cenggitu kan
Buang karan je nak buka kasut, naik tangga bagai


The gediksssssss
Tah sapa la ngajo si Amira kalau posing buat kaki kepak2 camtu
Tergelak2 aku masa nak tangkap gambar budak ni
Pastu Maksu diaorang pun join gedik sama...hahahahaha


Unik kan nama pokok ni
Baru aku tahu ada pokok Sambung Nyawa ni
Tapi khasiatnya idak le aku tahu...


Sapa tau ni rumah negeri mana????




Permandangan dari rumah Melaka
Dulu kat tengah2 tu selalu ada kereta lembu kan???
Tapi masa aku pegi tu cuma ada kereta kuda.. itupun satu je..


Letih juga berjalan dalam ni walaupun agak mengecewakan..
dah le tu, rumah2 ASEAN semua tak boleh pergi sebab tengah under maintenance
WTF???? 
Rumah Sabah & Sarawak pun tak boleh masuk juga
Tah apa2 tah TMM ni
Kerajaan Negeri Melaka, please do something about TMM ni
Sayang la kalau rumah2 kat sini tak terjaga..
Kalau le cenggini keadaannya.. memang rasa tak berbaloi langsung singgah sini.


Ok.. habis dah cerita bab holiday kami Mersing-Melaka
Plan holiday tahun ni belum rancang lagi..😛



Wednesday, January 11, 2017

BILA ANAK² MANDI KOLAM

Aktiviti yang ditunggu anak2 sejak dari sampai ke apartment 
ialah mandi kolam...
Ekceli tak sangka pun kat apartment ni ada kolam
Bila jenguk kat balcony tu baru perasan
tu yang anak2 ngelejat nak mandi juga kolam tu
Tapi kolam tu cuma kolam untuk budak2 ye
Jadi la kan buat anak2 happy


Ok lepas balik breakfast, memang terus tuju kolam ni
Bebudak pun memang tak mandi lagi
Adib & Aleeya terus je loncat masuk kolam
Nak2 pagi tu memang belum ada orang lain lagi
Kami2 je konker
Cuma Jasmin & Amira je aku bawa naik dulu untuk salin baju yang lebih sesuai


Puas hati la deme 4 beradik mandi kolam
Sepupu diaroang ada sorang tu pun nak mandi jugak tapi last2 tak jadi
Tah kenapa tah...

Lepas tu bapaknya bawa main kat buaian tu je..


Tak lama pastu baru la ada 2-3 orang budak lagi join mandi kolam
Adib tengah melayan Amira main air


Bila dah letih tersandar kat tepi kolam ni ha...



Tu ha bilik kitaorang kat tingkat 4
Rupanya bangunan ni 5 tingkat...dari depan nampak cam 4 tingkat



Ragam anak2 bila mandi kolam
Seronok tengok anak2 enjoy.


Dalam sejam pastu kami pun naik
Nak siap2 nak checkout & balik
Tapi sebelum balik sempat lagi singgah 1 tempat
Mana??? Tunggu next entry lorrr







Tuesday, January 10, 2017

KING'S HOTEL, AYER KEROH MELAKA

Sinilah penginapan kami semasa berada di Melaka
Cari last minit, memang la camni...hahahahaha
Itupun nasib baik ada kan....
Tak kisah le janji selesa.

Aku memang target cari area ayer Keroh je sebab dekat nak exit tol
Tak payah pening2 kepala nanti
Menggodek trivago.com... ha inilah hotel yang murah untuk memuatkan kami 12 orang
Kalau ikutkan cari homestay lagi murah tapi malas nak calling2 
So booking online je lah....

Aku ni kalau ramai2 lagi syok duduk satu rumah @ apartment
Kalau hotel kan lain2 bilik.. kang tetiba pulak dapat bilik jauh2 antara satu sama lain
Tak meriah gitu sebab takleh nak bising2 kan...
Alhamdulillah aku dapat book the last premier apartment yang ada
King's Hotel ni ada hotel & apartment
So kalau ramai2 better pilih apartment la kan
Apartment pulak ada 3 jenis - 1 bilik, 2 bilik & 3 bilik
Yang aku book tu jenis yang 3 bilik la
Ngam2 la untuk family aku, mak abah aku & family adik aku

King's Hotel ni senang je nak cari
Guna je waze...hahahahaha
Pastu bangunannya kaler oren semua
Satu baris shoplot tu kaler oren...
Setentang tu pulak ada Pantai Hospital

View dari apartment aku


Main lobby & hotel ada kat bangunan shoplot2 ni
Tapi apartment bukan dekat situ
Dia kat blok lain & kat belakang bangunan shoplot tu
Jauh sikit la... tapi jangan risau sebab tempat parking disediakan
Kalau parking kat kawasan shoplot tu kena bayar parking
Tapi untuk apartment ni free tau

Ini bangunan apartment...
4 tingkat semuanya
Ada lif tau... 


Aku punya apartment kat tingkat 3... 
Nak kata mewah sangat tu tak le tapi kira selesa la
Aku janji ada ekon & katil empuk...hahahahah

Ni view dari pintu masuk apartment
Bilik ada 3
bilik 1 & 2 ada 1 katil queen + 1 katil single
Bilik ke-3 ada 2 katil single
Setiap bilik ada bilik air
Paling best showernya air laju..... syok ooo
[sorry takde gambo bilik yang elok2 nak attach kat sini...]
Pastu bilik 1 & 2 ada balcony tau... so cerah ceria je bilik tu
[aku takleh duduk bilik takde tingkap... rasa lemas gittew!]

** Yang tak bestnya, takde wifi free... ada kat hotel je...cis!
bayo mahal2... wifi tarak...terpaksa le guna data ciput ni...


Ni view dari balcony kat ruang tamu tu
Semua facility ada dekat je... stesen minyak, bank, hospital, kedai makan
Kira senang la duduk sini nak cari mende makan kalau lapar2 tengah malam


Tapi yang paling budak2 suka 
pergi kat balcony bilik aku
sebabnya.....

Boleh nampak kolam kat bawah tu
Eksaited nak mandi
Tapi sebab dah senja kan.... esok pagi je la deme boleh mandi

Aku booking apartment ni include breakfast tau
So laaaaaaagii la tak payah fikir bab nak kuar beli sarapan
Cafe hotel ni kat bangunan lobby tu
so kalau dari apartment ni kena menapak la sikit
Don't worry ada je jalan shortcut ikut tepi kawasan kolam ni
Ada gate kecik pastu terus ke pintu tepi cafe tu
Untuk dewasa memang dapat kupon, 
untuk budak bawah 6 tahun pulak FREE je
So aku kena bayo untuk Aleeya & Adib je... sorang RM11

Tapi makanan memang mewah la... sapa jenis kuat makan berbaloi2 wei
Time aku pergi tu ada nasi lemak, bihun, roti bakar, cereal, omelette, buah, bubur nasi...ish.. memacam la [tak ingat dah]
Waktu breakfast pulak dari pukul 7 sampai 10 pagi
Kalau ikutkan aku nak je duduk sampai habis tempoh tapi sebab anak2 aku dah ajak balik apartment
sebabnya nak mandi kolam.....











Friday, January 6, 2017

MUZIUM KAPAL SELAM MELAKA

Dah sampai Klebang kami singgah Muzium Kapal Selam
Dah berapa kali pergi Melaka tapi tak pernah singgah pun
Kali ni nekad la nak pergi..
Adib lebih2 lagi la eksaited nak tengok kapal selam

Sampai2 sana, ramainya la orang
Parking pun payah nak dapat
Pastu nak pergi la beli tiket kononnya
Sekali rupanya dah tamat tempoh... dah lebih pukul 5.30 petang dah
Hmmmm takde rezeki la nak masuk dalam kapal selam
Tapi takpe la... tangkap gambar je la kat luar2
Tanda dah sampai kat area kapal selam ni...

Tu ada tangga kat tepi kapal selam untuk naik & turun
Tapi sebab kami takde tiket, takde la boleh masuk dalam tu


Ni view penuh encik kapal selam...


Gambar family harus la ada kan sekeping dua...
Walopun tak cukup korum..hehehehe


Si Amira ni mula la tau
Kaki kena pasir sikit pun tak boleh
Geram aku!!!
Cemana la aku tak stress bila bawa budak2 ni berjalan..
Baru jalan sikit, dia suruh buang pasir kat selipar dia


Pastu dah banyak kali kena pasir mula la mintak dukung
Ni lagi satu penyakit yang bikin aku geram
Jasmin juga la yang dalam dunia dia
Kalau dapat main pasir, suka sangat la dia tu..


Selain kapal selam, ada juga kapalterbang kat situ
Tapi bukan le kapalterbang boeing tu
Tapi kapalterbang/jet tentera
Ada 2 biji kat situ - satu kaler hijau, satu kaler kelabu



Adib & Atok Latif


Eh.. eh kebetulan semua gegirl
Adib yang tangkap gambar ni
Nampak tak aku mendukung Amira tu... berat weh!!!!




Lepak2 kat sini ada la sampai pukul 6 lebih
Syok kat area sini sebab angin kuat... tepi laut kan...
Pastu takde dah destinasi dituju
Nak cari coconut shake pun dah malas sebab dah letih
[ntah2 dah tutup dah pun..hehehehe]
Last2 aku ajak balik ke Ayer Keroh untuk check in hotel.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...