Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 29, 2016

RAMBUT BARU ADIB

Lagi seminggu nak cuti sekolah
Adib sibuk pulak nak gunting rambut
Haritu cakap cuti sekolah dia nak biar rambut dia panjang tak berpotong
Tup2 minta nak gunting rambut pulak

Penuhi je la keinginan anak2 ye
Asalkan tak membawa mudarat
Makanya pergi la ke kedai gunting hipster yang ada kat Batang Kali nun
Uiiii dah tak pi kedai keling
Nak gi barber shop katanya... 
Katanya kedai gunting tu cikgu dia punya.. tah ye tah tak
Ok... kita sokong bisnes orang kita

Ha ni la kedainya...
Kalau sapa dok area Batang Kali
kedai ni sebaris dengan Marrybrown, dekat dengan PasarayaKu



Memang hipster sungguh kedai gunting ni
Interior kaler hitam putih je..
Dia punya tukang gunting pun pakai uniform kaler hitam putih je

Tu Adib tengah gunting rambut
Brader tu tanya la dia nak style cemana.. dia pun main belasah je la
Nak potong rambut macam abang yang gunting rambut dia tu..hahahaha
Dah le budak tukang gunting tu budak baru kot
Masih dalam training... udah Adib la jadi mangsa eksperimen

Huiii.. lama jugak aku duduk dalam tu
Lama tul budak tu dok bega2 rambut si Adib
Aku dah imejin mau mahal jugak caj gunting rambut dia tu nanti
Tapi tup2.. masa bayar cuma RM5... bior betul!!!!
Betui la... RM5 je....caj untuk budak2..
Ermmm pasni asal nak stylo mylo gaya rambut ke sini la jawabnya 
[Kalau la abah kamu ada lagi Adib... tah cemana pesen la dia gunting kan??]

Kalau yang belum decide nak buat rambut cemana
Takyah riso... diaorang ada sediakan katalog 
Pilih je style cemana yang nak
Mohawk la, Sweptback la, crew cut la 
[tetiba tahu pasal hal ehwal pesen rambut orang lelaki ni..]


Ni dia rambut baru Adib... ni muka tak mandi pagi

Perasan hensem la tu..hik..hik..


Ok la.. mama kasi can cuti2 sekolah nak berpesen2 rambut ni
Nanti dah sekolah, kena potong rambut budak sekolah la kan
Kang tak pasal kena tobek dengan cikgu disiplin..



SEDONDON LAGI

Minggu lepas kami balik Ipoh
Saja la balik hujung2 minggu
Lagipun dah cuti sekolah

Dulu waktu arwah suami ada lagi
Aleeya selalu minta nak duduk dengan opah Minah 
Akupun akan balik Ipoh, duduk dalam seminggu dengan mak
Tapi la ni takde la nak cuti lama2 sangat
Risau pulak rumah aku tu ditinggal lama2 kan
Cik Besah pulak ada la tanya Aleeya kot2 Aleeya nak duduk dengan opah Minah cuti sekolah ni
Tapi Aleeya cakap tak le.. kesian mama nanti takde kawan
Alahai.. so suwitttt kamu la anak...

Asal balik Ipoh, aku ajak la anak2 main kat taman
Tapi kat Ipoh ni bukannya ada taman best2
Aku bawak ronda Gunung Lang... cam boring je
Bawa ronda Padang Polo, punya la ramai orang, so anak2 aku taknak
Last2 ke Taman Dr Seenivasagam je le...
Tak kisah le tu, janji bebudak ni enjoy themselves...


Hari sebelum tu aku pi kedai pasarayaKu
Terjumpa pulak baju tidur yang sedondon ni
Comel la pulak kan...
Elok2 pulak saiznya dengan diaorang..

Nak anak kembar memang tak merasa la
So pakaikan je le baju serupa ala kembar
Kadang2 ada jugak yang tanya diaorang ni kembar ke
Aku jawab je le.. haah kembar... tapi lain tahun 😝


Kat Taman DR ni banyak buai... tu yang diaorang suka sangat
Tak payah berebut2 & tunggu turn
Slide pun banyak tapi sebab pagi tu hujan
So slide basah.. takleh la diaorang main


Habis hati tu dapat main buai


Ada satu buai berdiri ni.. 
Jangan kata budak, orang tua cam aku ni pun sibuk nak naik..hahahaha
Tapi tu la ada satu je.. berebut la bebudak ni nak main

Sampai ternganga mulut naik buai ni
Menjerit suruh berenti.. gayat le tu..hahaha



Budak ni steady je...tak kisah pun
Siap lenjun sebab pampers dah berat
Mama pulak tak tuko pampers sebelum gi taman..
Pampers spare pun tak bawa πŸ˜…
last2 bukak je pampers, pakai je seluar tu balik
Nasib baik dia tak bantai kencing dalam kereta...
Kalau tak hancing la dalam kereta tu...




Friday, November 25, 2016

DAH TUKAR MESIN BASUH

Tension tul kalau mesin basuh buat hal kan
Nak2 time hujan2 ni la pulak ko buat hal
udah bertimbun baju tak terbasuh

Kali ni dia buat sakit takleh spin pulak dah
Dulu pun takleh spin juga tapi tah cemana digodak2 elok pulak
Kali ni dah memacam dipomen, tak jadi apa
Geram punya pasal [sebab malam tu kena memerah kain secara manual]
Terus nekad esok nak beli mesin baru..


Ok pahammmmm... awak dah sebaya Aleeya
Tapi saat2 camni la awak nak buat perangai
Waktu arwah ni ada lagi idak ko buat perangai camni
Tak sempat la nak pau duit dia beli mesin baru
Konon2 nak guna duit bonus dia tahun ni
Tapi udah tak merasa dah le bonus2 tu semua.

Takpe la... rezeki nak guna khidmat dia sampai di sini
Esoknya lepas balik keje
zasssss terus gi kedai letrik, beli mesin baru
Nego2 dapat la diskaun... hahahaha
Beli yang ikut bajet yang ada je.. takleh le beli memahal
Aku nak yang besar & murah..

Ikut hati nak je beli yang 14kg tapi takut ruang pulak tak muat
Last2 decide ambik yang 10kg punya je le
Rumah aku kan ramai ahlinya, tentulah bajunya pun banyak
So ini la keputusannya
Nasib baik le ruangnya ngam2... 
Aku riso tak celuih je


Ada satu lagi 10kg  jugak tapi brand Samsung
Lawa jugak... tapi sebab sebelum ni dah pakai Samsung
Nak try brand lain pulak la.. tu yang ambik brand Panasonic ni
Harap2nya dia pun mampu bertahan lama ye...
[dah siap2 tulis tarikh beli kat mesin tu...hahahaha]




Thursday, November 24, 2016

HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC)

Minggu2 last persekolahan ni kebanyakan sekolah buat Majlis anugerah Cemerlang le
Termasuk la sekolah anak aku pun
HAC tu pada hari Selasa lepas
Aleeya & Adib dapat juga naik pentas so mamanya kena la cuti kan...
Support anak2 gittew...


Aleeya dapat Kehadiran Penuh 
Adib pulak terbaik matapelajaran Matematik Tahun 3


Tapi HAC tu Aleeya sorang je yang pergi
Adib tak nak pergi... Boring katanya
Anak jantan aku memang la cenggitu
Jenuh pujuk cakap aku nak tengok dia naik pentas
Tapi udah taknak nak buat cemana..
Tengok Aleeya je le naik pentas

Memandangkan datang lambat maka dapat seat kat belakang
So tangkap gambar dari jaraj jauh je le...
Nasib la.. asalkan ada kan..

Lepas ambik hadiah baru la dapat selfie selpot dengan Aleeya 
itupun dalam kereta 
jadi le kan..


Walaupun anak2 aku ni idak le cemerlang mana pun dalam pelajaran
Selagi diaorang berminat nak menuntut ilmu
aku galakkan je...
Tapi aku tak pernah push diaorang untuk dapat gred bagus pun
asalkan kome lulus udah le
Yang penting ilmu yang diaorang dapat, dimanfaatkan & diamalkan
Lagipun aku ni sebagai parents takde harta nak ditinggalkan pada anak2
Maklum le mak kome ni bukannya orang kaya, single mother lak tu
jadi ilmu je la yang mampu diberi.. itupun melalui cikgu.
alhamdulillah.

Monday, November 21, 2016

BIRTHDAY TREAT : PERFUME DHIACT

Lama gile aku tak beli perfume wei...
dah le dalam edah hari tu takleh pakai
Jimat perfume 4 bulan noks!

Sempena birthday aku ni, saja gatai beli perfume baru
al maklum le.. perfume sekarang pun tinggal satu je dah
Itupun yang terakhir arwah suami belikan masa gi Keluarga Sunnah awal bulan 5 dulu
Sayang oooo nak pakai sampai habis
[sayang ke kedekut ni??😏😏😏]

Ni le dia...
Miracle ni memang feveret aku la
Gedik2 la aku suruh dia belikan hari tu..hahahahaha


Memandangkan nak juga birthday gift
[alasan nak shopping tanpa rasa bersalah kan]
Dan kebetulan adik aku pun jual pulak perfume ni
Makanya aku pun beli la dengan dia.... 
sambil2 support adik2  meniaga kan...
Terus beli la perfume Dhiact ni
[read : DHIA CT]
Perfume ni ala2  perfume inspired gitu la..
Nak beli yang ori, mahal sangat, kita beli cenggini je la
dah habis boleh beli lain... macam2 bau ada ye...

Hambek 2 terus kan... adah alang2 nak pos
Jimat sikit duit pos tu kan...πŸ˜€


Isipadu perfume ni 30ml
Harga sebotol RM50 jer...
Botolnya comel lak tu....


Yang aku beli ni Bombshell by Victoria Secret
dan Incanto Shine by Ferragamo
Dua2 wangi... lembut je bau dia
[dua2 pun bestseller katanya]


Ok la.. kalau sapa berminat boleh je contact adik aku - HISYAM
Terjah je IG dia: @perfumegojess






Friday, November 18, 2016

KEEP CALM.... ITS MY BIRTHDAY

Assalamualaikum..
Alhamdulillah Allah berikan masa untuk aku mengharungi hari ini
Untuk tahun yang ke-37 [hahaha.. selamat hari tua la aku...]


Tahun ni tak best sambut birthday sebab partner takde
Aku rindu nak dengar ucapan birthday dari dia sebenarnya
[tetiba sentimental]
Selalu kalau birthday aku mesti dia yang beria nak celebrate
Siap beli kek & sometimes ada hadiah
Tahun ni celebrate dengan anak2 je..



Terima kasih mak & abah untuk 37 tahun + 9 bulan ini menerima aku sebagai seorang anak
Terima kasih ya Allah kerana masih mengizinkan hambaMu bernafas di bumi ini
Terima kasih suamiku, tanpamu darjatku takkan naik menjadi seorang isteri
Terima kasih anak2 sebab tanpa kalian aku ini tidak akan bergelar seorang Mama
Terima kasih teman2 kerana tanpa kalian aku tidak bergelar seorang kawan/sahabat/teman

ALHAMDULILLAH!

Thursday, November 17, 2016

BILA HANDPHONE DI TANGAN AMIRA

Ni cerita pagi tadi..
Awal pulak si Amira ni bangun.. waktu orang tengah azan Subuh dia dah bangun
Nasib la Jasmin tak join sekali
Kalau tak.. Subuh2 tu dah hiruk pikuk dengan suara bebudak

Sementara aku siap2 tu
Sempat pulak dia main henfon aku
[Aku bagi dia main telefon aku yang dah nazak tu je]
Telefon aku & especially telefon arwah abahnya memang aku tak kasi main
Udah le telefon abahnya mahal & itu le antara harta arwah yang ada untuk aku kenangkan
Kalau hilang @ rosak sah2 le akan menung la aku untuk seketika...huhuhuhu

Bila udah henfon di tangan ni le kerjanya
Selain tengok youtube,  dia S.E.L.F.I.E la
Agaknya pagi tadi tak bukak WiFi so memang takleh nak nengok youtube
Tu yang galak selfie tu
Aku pun tak perasan... sampai la masa kat opis tadi aku tengok henfon
Penuh dengan gambar selfie dia...


Ni la sebahagian selfie yang jadi
Yang lain2 nampak mata je, dahi je, rambut je
Dia tak reti angle betul2 lagi...


Disebabkan masa ada lagi sebelum hantar ke rumah babysitter
Aku pun pujuk dia sikat rambut
[Dia ni ada moodnya.. ada masa tak bagi orang main rambut dia]
Tapi tah cemana pagi ni mood ada baik 
Sempat le aku ambik video taruk kat IG sana


video


Ni rupa selepas disikat rambut

Teringat arwah abahnya suka panggil dia "ating-ting"
[sebab rambutnya kerinting]


Wednesday, November 16, 2016

SELAMANYA CINTA

Addicted lak aku dengar lagu ni sekarang
Bukan gara2 penangan drama Suri Hati Mr Pilot tau
sebab aku tak folo pun drama tu

Tah sebab dah banyak kali dengar kat radio cam best pulak
Pastu baru cari kat youtube.. baru la tau lagu ni OST drama tu
Kalau ikutkan aku tak minat Shila Amzah tapi sebab ada Alif Satar
Kita layan je la..hahahahahaha [gittew]




Kalau suami aku ada lagi 
sah2 aku send lagu ni kat dia..
Last lagu aku send kat dia lagu SETIA [Faizal Tahir & Elizabeth Tan tu]


Dah tu je nak bagi tau.. aku suka lagu ni..
Sekian dari 
Suri Hati Mr Supervisor..😊😊


TAK PAS LAGI

Bebudak ni kalau tangkap gambar mesti asyik nak buat peace
Sama lah dengan budak kecik ni
Masih dalam proses pembelajaran cara2 nak buat PEACE


Belum pas lagi tu adik
Berlatih lagi ye...

Monday, November 14, 2016

CERITA HUJUNG MINGGU

Hujung minggu baru ni asyik hujan je
Memerap je le kami anak beranak dalam rumah
Cuma belah pagi cuaca cerah sikit
Sempat la nak bawa anak2 ronda naik motor sambil2 nak pegi beli sarapan
Siap sempat singgah kubur arwah lagi..

Aktiviti belah petang lepas lunch
Camni la... melepak tengok tv
Kalau tak pun tido....

Anak2 daraku
Anak jantan aku takde sebab gi ikut konvoi kereta dengan Pak Long dia.
Owh... sila abaikan keadaan rumahku yang rupa tongkang pecah tu.



Selain itu ada pulak aktiviti selfie2..
Si Amira la ni... diambiknya tudung 
pastu dia kata "Mama, buat Syahida"
Wahahahaha.. pengaruh Bhajragi Bhaijaan tul...

Ini la Syahida tu..kui..kui..kui..



Jasmin pulak taknak pakai tudung
Tapi dia nak pakai topi apek sayur 
Lantak kau la nak,... janji bahagia..

Memang menjakun la depa nak selfie
Sebabnya aku guna telefon Lenovo aku yang dah agak nazak tu
Nasib la kamera depan tu je yang berfungsi
Makin galak le deme main tekan2 .. selfie gittew





Thursday, November 10, 2016

PENGARUH DATO SRI VIDA (DSV)

Semenjak dua menjak menaja Gegar Vaganza ni
Makin glamer DSV ni kan... 
Aku ni pun tak terkecuali la
Siap folo IG DSV lagi...hahahahaha
Sebab suka nengok dia dok blebe (membebel)

Dalam2 tu terpengaruh juga aku dengan cara DSV pakai tudung
Walopun keromot je dia pakai 
Tapi sempoi gila...
Hari ni gigih menerai style tudung DSV tau..hahahaha
Jangan kecam ahkak naaaaa

video




Jadi tak tudung ahkak???



Sapa ke tanya pasal gambar henfon Xiaomi ni..
Ni la gambo tanpa filter2... otomatik beautify jer...
Nampak flawless kulit ai... walopun idak sebenarnya..

πŸ˜œπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰



** Baru perasan blog dah boleh insert symbol & emoticon..

Tuesday, November 8, 2016

BIRTHDAY MONTH

Birthday belum lagi tapi kad birthday dah sampai
The one & only birthday kad yang aku dapat
pun..... dari ejen insurans yang kompeni ambikkan untuk staf..


Bila dapat kad birthday ni tetiba je rasa dah makin tua
Maklum le umur nak tambah setahun lagi
Takkan turun2 dah
Tapi yang paling tak best, tahun ni sambut birthday tanpa yang tercinta
Hanya ada anak2 je la [yang terdekat]
Mak ayah & adik beradik semua jauh2.

Takde feel pun nak sambut birthday
Takde dah nak dapat birthday kiss & wish pagi2
Takde dah nak dapat surprise birthday cake
Takde dah dapat surprise birthday gift 
[walopun bukannya dapat tetiap tahun]
Sedih arrrrrrr......

Ekceli birthday aku 10 hari lagi
Tapi hari ni birthday adik bongsu aku
yang selama ni meneman aku & anak2
HAPPY BIRTHDAY, SIS!


RANCANG CUTI TAHUN DEPAN


Dah keluar dah senarai cuti panjang untuk tahun depan
Senang la nak merancang apa2 kan.. 
nak pi holiday ke, nak buat kenduri ke, nak balik kampung ke
Yang tak syoknya cuti2 panjang ni asal tempat2 percutian je mesti sesak & jem
Terus hilang mood nak cuti2 ni kan
Highway pun boleh jem... ater??? Cemana tu?

Buat masa ni aku pun takde plan apa2 holiday ke apa
Takde lagi semangat nak holiday bagai.
Paling2 pun balik Ipoh je le...
Itu tak payah tunggu cuti, hujung minggu biasa pun boleh..hehehehehe




Monday, November 7, 2016

COMEL TAK?

Mamanya dah takde idea nak update blog
Takde cerita nak story mory
Tapi gigih gak nak update
Tepek la dulu gambo anak2...

Mamanya menjakun guna apps SNOW
Habis la anak2 jadi mangsa..kih..kih..
Comel tak koala bear ni???



Pastu masa update henfon arwah suami hari tu
Ada la pics lama2 dalam tu
Ada pulak la gambar lama2 Adib & Yaya
Tepek sini & letak kat IG sana... buat kenangan2 le..



** Seronok layan gambar lama2 ni kan.. Nostalgia gittew!

Friday, November 4, 2016

AMIRA & BIRU

Amira ni memang minat sungguh warna biru
Kalau pilih baju pun warna biru yang dia pilih dulu
Tudung pun gitu juga
Sampaikan tuala pun dia nak yang biru je
Kalau dia suruh aku beli gula2 pun nak yang kaler biru
Aiskrim  pun nak kaler biru... aduhai.

Hari tu ambik dia dari babysitter
Udah dia pakai baju kurung biru ni
Baju tu anak babysitter tu punya
Muat2 pulak untuk Amira
Udah namanya kaler biru kan.. terus la dia nak pakai



Ni pun ekceli tuala si Adib
Tapi sebab kaler biru kan
Udah jadi hak mutlak dia le 
Ni ngada2 nak buat tuala lilit kat kepala...



Baju Frozen ni pun tersangat2 dia berkenan tau
Basah kering basah kering je baju ni
Baru jemur seminit dia dah sibuk tanya dah kering ke belum
Kalau dah kering terus nak tukar baju pakai baju ni
Kalau aku tak bagi pakai.. dia pegang je baju tu
Macam takut orang ambik baju dia tu...


Mama kena beli baju biru banyak2 la kalau cenggini ye Amira..



Wednesday, November 2, 2016

AKHIRNYA XIAOMI PILIHANKU

Hari tu dah kabo kan tepon Lenovo aku tu dah start buat hal
Sakit di sana sini..
Akhirnya aku terus buat factory reset
Still ada few sakit yang tak boleh diubati
Ermph... abaikan je lah... cari je la tepon baru

Aku ni bukan setia jenama punya orang
Aku tak kisah sangat brand asalkan menepati ciri yang aku nak
Macam la tinggi sangat spec ko nak ye
As long as ok pada aku & dalam range harga dalam bajet aku

Akhirnya selepas ditimbang tara, aku pilih la XIAOMI
First time nak pakai brand ni
Tapi aku beli yang model lama la... murah sikit
Aku beli model Mi4 je... nak beli Redmi Note 3 tak cukup bajet lak
Tengok2 spec pun ok & kat lazada pun ada offer so aku beli la
Beli online kooooo... tak rajin nak gi servey kat kedai telefon kekdahnya.

Sudah tiba di tangan beberapa hari lepas order
Tak beli yang AP set tapi beli yang ori Malaysia Set


Ni dia.... 
Sesedap tangan memegang sebab beso 5inci je
Malas nak beli yang beso2 sangat
Susah nak buh dalam poket



Kebetulan namanya MI kan.. sama dengan nama panggilan arwah suami aku tu
Masa memula berkenalan dulu aku panggil dia Abang Mi
Bila dah kahwin panggil abang je.. Mi tu dah hilang
Sekarang abang dah takde, tinggal le MI ni je


So far guna tepon ni, memang sangat2 puas hati
Software update pun memang  banyak features yang best
Sapa pakai MIUI ni mesti tau kan kelebihannya

Yang paling best tepon ni, ada fungsi dual apps
Maksudnya boleh instal 2 akaun fb, wasap, IG dll serentak
Semuanya dalam satu phone..
Udah macam aku buat review smartphone pulak
Tapi yang boleh aku kata memang aku tak menyesal beli lah!