Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 30, 2015

TUDUNG FREE AIDIJUMA

Sejak terjebak dengan Aidijuma(AJ) ni
asal ada new release mula la gatal nak beli
walopun sehelai.... gigih!

Kalau tak sempat grab kat web, cari la kat reseller
Pergh... berhantu sungguh AJ ni
selagi tak dapat, selagi tu la hunting

Aku jarang pegi beli kat butik AJ
[pernah pegi sekali je pun...]
So aku prefer beli online je
kalau tau dah release kat web, cepat2 bersedia depan pc
standby untuk mencandat pada waktu yang dah ditetapkan
dah macam nak perang dah
pastu memang nasib2 je la kan
asal yang hot je cepat beno sold out
lagi satu  selalu sangat stuck kat bahagian payment.. stress habaq hang!

Bebaru ni je masa release White Label 
alhamdulillah dapat juga yang aku inginkan
[beli kat web]
DONUT tu yang paling larissss tau
[nasib baik sempat sambar]


Dua tiga hari pas oder, parcel pun sampai
tup2 dapat 1 tudung extra
nasib la kat fb dah announce sapa beli tudung kat web, dapat 1 tudung free
eksaited la kita kan...alhamdulillah... 
Ni tudung  free tu
Nasib aku takde design ni lagi
Nak beli tak berapa berkenan, tapi dah dapat free ambik je le
Rezeki namanya ye dak??

Aku rasa ramai juga yang dah terjebak dengan AJ ni kan
Memang berhantu sungguh!

Pastu sekarang kerap beno keluar design baru
Semput nak kejor.... 
Aduhai Datin Juma.... jangan le kerap beno release tudung
boleh pokai dibuatnya!



Tuesday, September 29, 2015

TEROBEK BIRTHDAY ADIB

Sapalah yang mencipta perkataan TEROBEK ni?
Dah elok2 guna THROWBACK ada pulak yang eja dalam melayu ye
Baca kali pertama amende la terobek..terobek ni
ingat robek hatiku lagu Mas Idayu lak...hehehehe
Adoi... macam2.. takpe la.. TEROBEK pun TEROBEK la..
[read: THROWBACK ye]

Ini citer basi
birthday Adib jatuh pada 15/09/2015 hari tu
birthday yang ke-8 
Tapi disebabkan hari tu tak cuti, sambutan dilanjutkan ke 16/09/2015
senang kan sebab semua orang cuti HARI MALAYSIA kan


Birthday boy
Abaikan background yang bersepah tu..hahahaha



Sambutan birthday Adib biasa2 je
Simple2 gitu untuk family2 je
Takde la berkenduri & party2 bagai ni
Bajet ciput2 je... asalkan anak happy dah le

Birthday cake untuk birthday boy
Ni pun dia yang pilih sendiri


Bukan Pizza Hut pun
Pizza tepi jalan je...
Sedap juga... 


Aku masak mee goreng dengan macaroni bakar je
Jadi le untuk jamu orang kan


video
video birthday Adib...


Selfie sikit dengan birthday boy


Happy birthday Adib
Semoga sentiasa beroleh keberuntungan di dunia & akhirat
AMIN...






Monday, September 28, 2015

BERZIARAH KE KOTA KEMUNING

Pakcik hasben aku ada seorang yang tinggal di Kota Kemuning
iaitu adik kepada bapa mertua aku la
Dia ni kategori orang "ada-ada" la berbanding kitaorang yang marhaen ni
Tu sebab kitaorang jarang ke rumah dia...
Segan pastu jauh juga la kan dari Batang Kali

Tapi sebab pakcik hasben ni [we call him PAKCIK]
dan wife dia [MAKCIK] bakal menunaikan haji
[by the time aku tulis entry ni, diaorang sedang menunaikan haji la]
so bapa mertua aku nak le menziarah dia sebelum diaorang berangkat ke tanah suci

So hari Ahad 13/09/2015 tu kami pergi la ke rumah dia
Memandangkan jarang sangat pegi rumah dia, so banyak shortcut tak tahu
plus ada sesat2 sikit kan, so perjalanan jadi lama la juga [almost 2 hours]

Plannya bertolak dalam pukul 11.30pg, alih2 lepas Zohor baru bertolak
Aku yang dah mekap lawa2 [cewah] udah kena tanggal balik mekap & tudung bagai sebab nak solat Zohor dulu

Ni sebelum  bertolak
Sempat lagi tengok tutorial pakai tudung
Usah tanya cemana aku pakai pesen gini
Sebab lepas sembahyang Zohor, aku dah tak tahu cemana nak pakai camni balik..


Sebab nak ke Shah Alam, senangnya ikut highway la kan
So kami masuk PLUS kat tol Sg Buaya
Taknak ikut Rawang, sure sangkut dalam jem
Berjerubu kuat juga uolssss



Tak lama pastu hujan jugak dalam perjalanan
Syok la Jasmin tido sejuk2 tu

Sementara dia tido, kita wefie la dalam kereta

Tengah2 wefie, si kenit pun bangun
Sambung la wefie sekali...hahahah


Dalam kul 3.30 kitaorang pun sampai kat kawasan rumah Pakcik

Lega bila sampai..
Perut pun dah keroncong kooooo

Yang tak syoknya bila ke rumah orang kaya2  ni
kena la berenti kat pak guard
isi details bagai...
Safety la katakan...

Ok dah sampai rumah Pakcik

Masa kami sampai tu ada la juga tetamu lain dalam rumah tu
Tapi diaorang pun dah nak beransur dah
Bial diaorang dah balik, tinggal family kitaorang je dalam tu
ok la kan... selesa sikit [hehehehe]

Duduk sana, borak2, lepak2, makan2 ada la sampai pukul 6 ptg
Pastu nak beransur balik la.. esoknya nak kerja
budak2 pun nak sekolah

View from the yard
Keadaan masih berjerebu teruk masa kami nak balik tu


Oo.. sebelum balik, harus la tangkap gambo kan..
Kenang2an gitu 
Bukan selalu dapat datang kan...

First tima hasben aku senyum camni dalam gambo
Kalau tak asyik masam je..hehehe




Sesi bergambar beramai2...
Sampai 3x shoot... takde satu pun yang elok

Yang atas, tak nampak semua [Jasmin tak masuk frame]
Yang tengah tak cukup korum [abang ipar aku takde, Adib tak nampak muka]
Yang 3rd, udah Cik Besah pulak pandang bawah...
Jadi le ye daripada takde...
Tah bila2 lagi nak ke Kota Kemuning ni..



SEMOGA PAKCIK & MAKCIK MEMPEROLEH HAJI YANG MABRUR... AMIN..



Sunday, September 27, 2015

SAMBUNG CUTI

Bukan sengaja tapi terpaksa
Kami hanya menurut perintah
YIHA!
Budak2 je la yang seronok
Mak ayah kene keje cam biasa...ermmmm

Wednesday, September 23, 2015

SALAM AIDILADHA 1436H

Hari ni masing2 mesti dah dalam mood raya kan?
Dan ada yang dah start bercuti & balik kampung ye dak

Sempena Hari Raya Haji yang bakal disambut pada hari esok
Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada korang semua
Maafkan segala salah silap ye..

picture google je..


Esok kami akan beraya di Batang Kali dulu
Hari Jumaat pula bakal pulang ke Ipoh 
[kebetulan bos bagi cuti pulak hari Jumaat tu...yebedabedu]

Ok, korang semua yang ada buat korban
selamat menunaikan ibadah Korban
yang akan pulang ke kampung @ ke mana2 destinasi
berhati2 di jalan raya ye...




Tuesday, September 22, 2015

PANTAI KLEBANG

Salah satu tempat femes di Melaka, tentulah Pantai Klebang
dan yang paling sinonim tentulah Coconut Shake kan
Aku yang dah 3-4 kali pegi Melaka ni pun tak pernah dapat try lagi coconut shake ni

Hari pertama sampai Melaka pun dah singgah lalu Pantai Klebang ni
Tapi takat round2 tengok kawasan je, tak singgah pun
Plannya nak ke sini esoknya sebelum balik

So masa hari balik tu, lepas check out, kami pun bergerak pulang
Tapi sebelum tu kena la tangkap gambo reramai dengan ahli2 konvoi
Ni kat luar hotel
Tetiba tersama kaler lak dengan T-shirt kelab depa  ni..hehehe
Nasib la...

Next kami pun bertolak ke Pantai Klebang
Konon nak singgah minum coconut shake
sekali tengok barisan panjang, deme tak nak berenti
frust ai tau!

Sampai kat Pantai Klebang, deme singgah situ
[tengahhari buta tu...apakah???]
Aku ingatkan nak lunch, tapi idak juga berenti tempat makan
Last2 berenti je tepi2 tu... aku pun tak tahu apa motif

Panas wei.... dah le jerebu

Lepas tu aku tak tahu apa aktiviti yang lain2
Dan kami tercongok je kat situ tanpa ada aktiviti2 yang munasabah
Tu la aku kata apa motif tu???

Aku pun tak tahu apa yang best Pantai Klebang ni masa time2 camtu
tengahhari rembang

Panas sampai aku nak celik mata pun susah..hehehe
[tangkap gambo buat syarat je...]


Sementara deme yang lain buat aktiviti sendiri
Hasben aku belikan tikar
Pastu aku duduk je kat pantai tu sambil suap Jasmin makan
Yang lain2 tu ada la main pasir la, naik kuda la, main belon la
Walopun konvoi ni katanya santai2, aku tak rasa santai langsung.... stress je
Cemana la kome boleh suka konvoi2 ni??? Tak paham aku.
Memang bukan jiwa aku konvoi2 tak tentu arah cenggini...huhuhuhu

Lepas membuang masa sejam dua kat Pantai Klebang tu
Kami pun bergerak pulang... baru nak cari lunch katanya
Dah dekat pukul 3 kot masa tu...adoyai
Perut aku dah keriut2.. harapkan makanan masa breakfast tadi je
Pastu takat makan rapu2 dalam kereta tu mana la nak kenyang kan
Orang2 konvoi ni perut tahap apa tah.. tak lapo2 ke deme ni???

Last2 berenti makan dekar RnR Simpang Ampat tu
Aku tak kira la.. janji makan... kepala pun dah tingtong sebab perut dah masuk angin
Duduk kat RnR sampai dekat kul 5 kot pastu baru masuk tol.

Aku ingatkan deme ada la singgah mana2 tempat untuk beli souvenir
Har..har.. harammmmmm wei....
Langsung takde ole2 untuk aku beli kat Cik Besah ngan kengkawan opis
Adeh... apa la deme ni...
Huh.. memang trip yang tah apa2 betul la...

"ABANG, AI IS TAK PUAS HATI PEGI MELAKA KALI NI
SILA REPEAT OK... AND NO KONVOI2 NI HA!!!!"
[pastu sila bawa duit bebanyak ye]

Tamat dah kisah short trip ke Melaka
Very unpleasant tau... 
Banyak tempat tak pegi + takde tentatif yang teratur
Dah le kita jarang pegi, bila pegi tah apa2 pulak pengisiannya.. wasted tul la
[konvoi bazir duit minyak namanya ni]

#anti konvoi
#konvoibukanjiwaaku
#konvoiyanghampeh

Kot2 ada ahli konvoi yang terbaca/terserempak/terusha blog picisan ni, aku cuma expressing my feelings je... Takyah nak sentap2 sangat.. LOL.!!



Monday, September 21, 2015

2 TAHUN BARU JUMPA

2 tahun ko menghilang tanpa ketahuan punca
Tetiba ko muncul semalam

Yang hilang tu sarung tangan baby tu
Hilang masa aku dalam pantang Amira lagi
Masa jemur ada, masa angkat hilang
Ingatkan jatuh ke mana2, cari 1 rumah pun idak berjumpa

Semalam aku basuh semua sarung bantal & cadar
Masa nak lipat salah satu sarung bantal
tetiba cam terasa ada benda dalam sarung bantal tu
Seluk2 rupanya sarung tangan tu dalam sarung bantal tu
Walhal sarung bantal tu dah banyak kali basuh dah...

Adoi la.. penat mencari selama ni
Jasmin pun tak sempat pakai sarung ni tau sebab tak cukup sebelah

Kawan aku cakap, tu maknanya kena ada baby lagi
APAKAH????

Thursday, September 17, 2015

MELAKA RIVER CRUISE

Lepas kami makan lunch merangkap dinner sekali
Kami jenjalan2 la kat area2 berhampiran
Ahli rombongan ajak jenjalan sampai ke area Jonker Walk
tapi sebab kepala aku dah berat, rasa cam tak larat nak jalan
So kami tak folo diaorang.. kami just jalan2 area dekat2 situ je

Kami parking dekat area River Cruise ni ha
Best kan kalau dapat duduk hotel tu..hahahaha


Setentang dengan tempat kami makan tu
Ada Kapal Besar ni
Trademark Negeri Melaka kan
So harus la tangkap gambar


Kakak dan adik... ewah...hahahaha
[bajet muda mak ko Aleeya weh!]



Beca2 berhias berhampiran

Dah macam2 pesen deme hias beca
Bila malam lip lap2 deme pasang lampu & lagu2
Hasben aku ajak naik beca
tapi rasa cam mahal lak... dah le tu kalau family aku sure kena naik 2 beca kan
Tak pe la.. next time.. Bajet kecik so kita spare untuk benda lain dulu



Percubaan Aleeya meletakkan kapal di tapak tangan tak berapa jadi..



Last2 aku ajak hasben naik River Cruise je la
Last time pegi Melaka [tahun 2011] dah naik River Cruise tapi suasana malam
Kali  ni nak try suasana siang pulak

So hasben pun pegi la beli tiket
Tiket pun dah mahal dah sekarang
Dulu dewasa baru RM10, sekarang dah jadi RM15
[tak termasuk GST tu...]
Tapi sebab nak naik punya pasal, bayar jugak le kan
Time kami beli tiket tu orang tak ramai pun
Beratur pun tak lama


Pemandangan dari kaunter tiket



Lepas bayar tiket kena tunggu bot di tempat menunggu
Pastu ada la photographer yang suruh kami duduk satu family & ambik gambar
Erm.. tangkap je la kan.. bukan kena bayo pun..
Dah turun bot nanti gambar dah ada, terpulang la nak beli ke idak kan

View dari dalam bot



Amira dok berkepit dengan abah dia je...



Motip nak tangkap gambar ni sebab kat sini macam cantik pemandangannya
Tapi sebab aku tengah pegang Jasmin
Dibuatnya dia melonjak tolak tepon aku 
Jatuh dalam air kang
Tak balik modal aku naik river cruise kang...


Salah satu jambatan di sepanjang perjalanan


Tak boleh ambik gambar banyak sebab keadaan tak mengizinkan
Jasmin tak berapa duduk diam
Kejap2 dia nak turun
pastu dia nak tarik rantai cina sebelah aku lak
Haish.,.. stress mak! Dah le tengah sakit kepala

Turun2 dari River Cruise, biasa la orang yang tangkap gambar tadi tu dok promot gambar yang dah tangkap tadi
Kalau ikutkan  satu set dia jual RM50
Tapi aku cakap nak gambar je, folder ngan apatah satu lagi tu aku taknak
Budak tu bagi la RM20 untuk 2 keping gambar
Jadi la kan.. buat kenangan ke Melaka


Gambar sama cuma background berbeza
Ini je gambar satu family yang kami ada di Melaka..hahaha




Tuesday, September 15, 2015

BERKONVOI KE MELAKA

Terobek cerita minggu lepas
Minggu ni mood kelaut tul nak apdet blog 
Apsal tah le...
Jerebu kot..ahaks

Sebelum makin banyak cerita tergendala, meh nak cite pasal trip ke Melaka
Short trip je 2 hari 1 malam
Pegi Sabtu balik Ahad 
Pergi pun sebenarnya ikut konvoi kelab kereta abang ipar aku
Dah hasben aku ajak kan.. so nya kita folo je la... asal dapat jalan kan...

Sabtu pagi tu dah siap2 nak bertolak kul 5 katanya
Aku pukul 4 dah bangun nak masak nasi Jasmin & kemas barang
Alah.. dengan diaorang ni takde maknanya pukul 5
Mau pukul 6 baru bertolak.. janji Melayu kekdahnya

Lepas Subuh kami bergerak
Janji dengan ahli konvoi yang lain tunggu kat Sungai Besi
Dalam kul 8 jugak le menunggu kat situ, sampai cukup ahli konvoi
Tunggu menunggu


Sebiji kereta dapat la stiker ni



Sementara menunggu diaorang borak2 la bagai
Aku anak beranak duduk je dalam kereta
Sambil tu selfie je le kejenya...hahahaha

Pelik si Jasmin tengok Aleeya..



Bila dah cukup korum kami pun bertolak ke Melaka
Perjalanan idak le jauh pun.. dalam 2 jam je
Dalam pukul 10 tu dah sampai dah Melaka
Kami exit tol Simpang Ampat tu je


Lepas exit tol, baru la deme gi cari tempat nak brekfes
Aku dah kebulur juga.. dalam kereta makan roti je
Dah jumpa kedai makan berenti la situ makan apa yang ada
Kebetulan kat situ ada toilet, aku mandikan je Amira ngan Jasmin kat situ
Pastu bagi Jasmin makan kenyang2... ha idak le meragam kan

Tok laki pun nak berselfie juga...
ok..kasi can la...hehehehe


Kami stay di Hotel City Park Melaka
Masa ni nak cek in pun belum boleh lagi
so jenjalan la slow2 ke Bandar Melaka
Melaka pun berjerubu kome...
Walopun tak panas terik tapi bahang panasnya tu terasa

Dalam pukul 1 kami pun sampai la kat hotel
Betul2 tengah bandar, sampai berpusing2 cari hotel..
Ini le rupa hotelnya
Ok jugak le walopun bukan 5 star
tempat parking banyak



Ni ha alamatnya, kalau2 korang nak stay kat sini
Kat hotel ni WiFi free tau..
[Selamat data aku..hahaha]



Jom tengok bilik pulak...
Biliknya so-so je la
Agak kecik untuk family aku
Hasben pilih yang katil single2 sebab bila cantum jadi lagi besar dari katil Queen
Toilet pun bersih & airnya kuat [nak mandi best aje]

Yang tak bestnya, ruang untuk solat sangat sempit
Pastu kau bucu tu [tempat nak sujud], busuk bau habuk rokok
Nak pengsan tahan bau..
Kalau kat gambar tu ruang solat tu kat tempat yang ada beg kuning tu le
Muat2 untuk sorang le solat

Lagi satu takde peti ais pulak..
Demand ko... bukan apa, sebab aku kan perah susu badan
so kena la ada tempat yang sejuk untuk simpan susu
Nak harapkan beg ais aku tu bukannya tahan 48 jam
pastu pulak aku kan ada masak nasi Jasmin
 [masak terus untuk stok 2 hari tu]
So kalau tak simpan peti takut basi pulak

Last2 hasben terpaksa mintak tumpang peti ais hotel
Peti ais tu kat lobi lak tu
Bilik aku kat tingkat 2...
Jangan terkejut tengok peti ais yang aku tumpang tu
Tu dalam bulatan tu bekas makanan & susu perahan
Siap bubuh dalam plastik hitam takut orang ambik / buang..

Dalam kul 4 petang camtu baru keluar balik nak cari makan
Walhal aku dah kebulur sangat
Makan nasi lemak kul 10 tu je la tadi
Maklum la ibu2 menyusu ni kan cepat lapo...hahaha

Aku meng"imejin", keluar makan2 kat Pantai Klebang pastu gi makan ikan bakar @ asam pedas... fuhhhhhhh sedappppnyaaaaaaaaaaaaa
Tup2 deme bawa ke area Bandar Hilir
ermmmm mana sangat la nak makan kan 
Kesudahnya ke sini je


Sorry to say, makanan kat sini tak le sedap pun
Mahal tahap cekik darah lak tu
Aku is kecewa, oder nasi goreng ikan masin
Yang dapatnya nasi goreang biasa pastu ikan masin tu ditabur2 je atas tu
Cemana la meniaga gitu.. 
Memang tak habis aku makan

Makan luar dari waktu makan yang biasa
perut pun dah masuk angin sampai aku pun dah sakit kepala
nak muntah pun ada..haish..
Spoil mood nak jalan2..

Bersambung.....
[panjang meleret2 dah citer aku ni]



Monday, September 14, 2015

GEDIX GIRL

Anak dara ni bukan main lagi kalau dapat kamera
Asyik posing gediks je...
Sekarang tak pandai selfie lagi
Tunggu sikit masa lagi..

Gediks ikut sapa tah...
Hehehehe