Friday, August 28, 2015

ALL-IN-A-DAY

Jumpa ni kat fb
Kelako pun ada
tapi hakikat sebenarnya ramai je camni kan..


haih! 
Hakikat duduk di bandor...


HAFAZAN

Kelmarin Adib ada ujian hafazan kat sekolah agama
Dari malam sebelum tu beria la dia gigih menghafal surah AL-QARIAH
Dengan aku2 sekali kena menghafal dengan dia
Tapi ok juga la kan...
Walopun dah hafal, sekurang2nya baru le ada inisiatif nak tengok terjemahan tu...[aku le]


Bangun pagi sebelum ke sekolah agama pun beria hafal lagi
takut lupa kononnya

Balik dari sekolah agama, dia cakap dia dah hafal dah
Depan Ustazah pun dia dapat baca dengan baik

Baik... pasni hafal surah lain pulak..hehehe
Aku pun banyak kena revise balik ni
Dah lupa..


Tuesday, August 25, 2015

[VIDEO] : CARA PULIHARA TUDUNG BAWAL

Sapa suka pakai tudung bawal???
Angkat tangan sampai nampak ketiak sekarang!!!



Aku rasa pompuan ni mesti ada at least sehelai tudung bawal kan?
Tak kira la bawal AJ ke, kanggaroo ke, voile ke
Aku pun dulu hardcore gak tudung bawal ni
[sebelum terjebak dengan shawl]
Pastu terjebak balik dengan bawal [AJ pulak]

Tapi yang tak best pakai tudung bawal ni, benangnya suka tertarik2
pastu banyak bekas2 pin kan
Bila dah tertarik2, berlubang2 mula la dah taknak pakai kan
[mula la gatai nak beli lain kan???]

Hari ni nak share cara nak pulihkan & memelihara [tu yang jadi PULIHARA]
tudung2 bawal korang dah dah tercedera
sumber aku dari youtube je..
mintak izin share ye...


Ha... senang je kan???
Balik rumah karang boleh try ye...
Walopun idak le hilang 100% at least dapat la meminimakan kesan hodoh pada tudung bawal tu kan...



Friday, August 21, 2015

POKOK NYOQ

Dah setahun baru nak panjang rambut si Jasmin
Dulu takleh nak ikat walopun sejemput
La ni rambut dah panjang sikit baru boleh buat pokok nyoq








tu dia.... pokok nyoq atas kepala
tegak berdiri..hehehehe




Thursday, August 20, 2015

EX SERATA MINI REUNION DAN POTLUCK RAYA

Tarikh: 02/08/2015
Lokasi : Apartment Vista Angkasa, Bangsar
Acara : Gathering Raya Beautiful Ladies In Town [BLIT]


Ni cerita awal bulan hari tu
baru sempat nak update lepas kemas2 folder dalam PC & henfon
Sebelum aku terlupa baik le aku buat entry dalam blog ni
Sekurang2nya ada kenangan di kemudian hari...hehehehe

Sebelum2 ni [sejak 2-3 tahun kebelakangan ni]
Memang tiap2 tahun kengkawan aku buat gathering raya
tapi selama tu juga aku tak pernah berkesempatan nak pegi
ye lah, memikirkan anak kecik la, pastu tengah dalam pantang la [tahun lepas]
Tahun ni memang nekad aku nak pegi

Lepas dapat izin suami & persetujuan babysitter untuk jaga anak
[sebab hari tu hari Ahad kan]
So, aku pun pakat dengan member aku kat Rawang untuk pergi sekali
Nak pegi sendiri sangat la tak reti... dah le aku memang fail jalan2 di KL ni
Kawan aku si Makcik Raihan ni pun suruh la aku tunggu dia kat Tesco Rawang
Aku parking kereta kat situ, pastu naik dengan dia ke rumah member aku di Bangsar tu
Eksaited aku nak jumpa kengkawan lama

Kami sampai agak lewat 
Takdan nak jumpa beberapa orang member yang dah balik awal
Sampai2 pun, perut tengah lapo, so terus terjah la makanan yang ada
Pedih perut wei...nasib la banyak makanan
Dah namanya potluck kan.. masing2 la bawak makanan sorang sikit

Ni meja dessert...
Kek, donut, karipap gemuk, lemang, pelam, tapai

Kek sumbangan salah seorang kawan aku..
Sedap... berulang aku makan
kelaut la diet aku...hahahahaha

ni pulak meja lauk
Masak lemak, cili padi, sambal, udang, ikan bilis, ikan masin..
macam-macam...ada lagi yang tak masuk dalam gambar sebenarnya


Sambil makan, sambil menyembang kan
Macam2 cerita
huh... hilai ketawa memanjang tau
Dah lupa daratan masing2..hehehehe
Seronok sangat jumpa member2.. 
Ada yang dah 19 tahun tak jumpa langsung

Khusyuk dengar cerita serorang member..

Makan-minum-sembang-gelak-posing-sembahyang-sembang-makan-minum-gelak-posing lagi- gelak-makan
itu je le aktivitinya dari zohor sampai asar 
Sesi minum petang pulak
Ayaq kopi in the house...hehehehe


Agenda wajib-bergambar beramai2
Kalau boleh nak cukupkan semua yang datang
Tapi apakan daya, ada aje tak cukup korum
Ada yang datang singgah kejap je so takdan nak tunggu member2 yang kelewatan
Inilah geng2 huru hara kat rumah kawan aku hari tu
Bergegar gempita macam halilintar dibuatnya




WE ARE BEAUTIFUL LADIES IN TOWN [derrrr]
-kecuali budak2 yang 2 orang tu ye-


Kebetulan tersama pulak pakai tudung AJ dengan member aku si AQIS ni
Tudung tu keras kejung aku tak basuh lagi
tapi gatal nak pakai dah... maklum le AJ baru release design ni..

AQIS ni tokey kek tau
Kalau korang dok area2 Bangi, boleh la order dengan dia
BALQIS a.k.a MIDNITE BAKER

fb: Midnite Baker BANGI



 Kalau ikutkan banyak je gambar2 kitaorang masa gathering tu
Tapi aku pilih yang senonoh2 aje la untuk publish kat blog ni


Ok last pose before balik


Puas hati sangat sebab dapat jumpa kengkawan lama

Terima kasih untuk hasben sebab kasi bini dia berjimba2
Tahun ni memang sakan aku jumpa kengkawan aku..hahahaha
Thanks korang semua for venue, food & hospitality.


NEXT----> Gathering versi Ipoh pulak pada 30/8/2015 ni..
tak sabarnya.....








Wednesday, August 19, 2015

SOLUTION UNTUK PETI AIS

Korang dah baca kan entry kerakusan terhadap peti ais tu?
Sapa tertinggal bas, boleh baca kat sini:
KERAKUSAN APAKAH INI??

Aku ada juga up pasal peti ais aku tu kat fb
Ada la member2 yang kasi solution
Dari suruh cari sparepart, hinggalah suruh tuko peti ais baru
Wahahahaha...
Ada yang suruh try call center untuk tanya sparepart peti ais aku tu kot2 ada jual
Tapi masalahnya, aku pun tak tahhu apa model peti ais aku tu
Yang aku tau model Samsung je..hehehehe
Lagipun aku ni kan ke cheapskate... asal nak murahhhhhh je
Jimat weh!!!

Malas nak fikir apa dah
memandangkan poket yang patah tu dah lompong
hingga menyebabkan botol air sejuk aku jatuh sampai pecah
so kena cari solution segera
Suruh hasben aku beli tape, dari hujung minggu sudah dah suruh
idak juga ada action
so, isteri mithali le kena bertindak [sebelum ada lagi yang pecah]

Semalam balik keje terus singgah kedai beli binding tape
Beli binding yang kuat gamnya [konon... tapi tak kuat pun]
Cisss.. tipah tertipu


Ni ha tape konon kuat
Kalau kuat udah gamnya sure melekat2 kat tangan kan
Tapi ni yang biasa2 je...
Ahhhhh.. janji lekat sudah
Tepek la tebal2 kan..


So inilah hasilnya...
Saje beli tape kaler silver nak matchy2 dengan tema peti ais
[boleh ke bagi alasan tu?? ekekekeke]


Tapi tangan aku idak berseni
Asal boleh tampal part yang patah2 tu ok dah
Dan boleh guna seperti sedia kala 

Ni untuk laci sayur
Tape hitam tu, sebab dah lama dah patah
Tak kuasa aku nak buka pastu tampal balik tape baru
Lantak le situ..


** Selagi boleh guna, kita guna le.. ye dak???


Tuesday, August 18, 2015

AKHIRNYA.... BERJALAN JUGA DIA

Genap 1 tahun 1 hari umur Jasmin
masa nak ambil Jasmin kat babysitter
baru babysitter cakap dia dah berjalan hari tu
Jasmin..Jasmin.. ingatkan lambat lagi nak jalan

All this while memang boleh jalan, tapi kena pimpin
lepas tangan masih gayat lagi gamaknya
Tup2 sehari selepas birthday dia, udah banyak langkah dia menapak sendiri
Alhamdulillah...

Budak baru dapat kaki... eksyen la
[Ekceli ni gambar masa raya hari tu]


Tepuk tangan sikit untuk Jasmin...Yey!



Dalam ramai2 anak aku, Jasmin paling berat masa lahir
Dan dia paling lambat berjalan
Yang lain2 sebelum setahun dah berjalan sendiri dah
Aleeya paling awal, 10 bulan dah berjalan..


TEMAN ATOK BELI TELEFON BARU

Ni cerita masa balik kampung haritu
Suatu petang abah ajak kitaorang teman dia beli henfon baru
sebabnya henfon lama dah rosak
pastu sekarang dia pakai tab je
sebab besar sangat tu yang nak cari henfon yang kecik sikit
idak le bulky sangat nak masuk dalam poket seluar kan

Petang tu lepas Asar, kitaorang pun pegi ke MYDIN MERU RAYA
First time aku nak pegi tau  walopun MYDIN tu dah lama dah wujudnya
Ate, asal balik Ipoh bukannya gi jenjalan sangat
Ni dapat peluang jenjalan, kita ikut je la

Dalam kereta kita selfie, wefie dulu ye
Tangkap je gambar banyak2.. bukannya kena pakai kodak cam dulu2
Kami yang duduk belakang je berselfie bagai
Orang depan [abah & hasben aku tak terlibat]


Aleeya pun kemaruk nak bergambar
Lagi la mama... lagi la mama
Jenuh nak layan anak dara sorang ni


Selfie dengan Jasmin pulak
Amira ngan Adib ada je kat belakang tu
tapi deme buat hal masing2.. so abaikan je la..hehehe


Sampai kat MYDIN, dapat baik punya parking
Betul2 depan main entrance
Beso rupanya MYDIN ni... eksaited nak masuk
Tapi stroller takde la pulak..
lenguh tangan nak dukung Jasmin
Hasben aku pulak dukung si Amira


Ni abah aku tengah nego nak beli tepon
Dia tengah berkenan antara ASUS & LENOVO
Yang lain tu berkenan juga tapi bajetnya tak cukup...hehehehe
Last2 abah ambik LENOVO [model tak ingat]

Jalan dalam ni tak lama pun sebab masa tu dah nak maghrib dah
Tak habis round pun MYDIN tu
Lagipun konon2 kawan2 aku ada nak datang rumah malam tu
Tapi sebelum balik sempat pulak aku singgah butik AIDIJUMA yang setentang je dengan MYDIN ni
Rugi kot kalau tak terjah...hahahaha
Nak2 pulak semenjak dua menjak ni dah teraddict dengan tudung AJ

Singgah sini sempat la beli 3 helai tudung
Tapi beli yang anak aku berkenan je
sebab yang hot2 design semua dah takde
tinggal design yang biasa2 je...



** Terkocoh2 balik, sekali kengkawan aku tak jadi datang sebab diaorang tersangkut jem dari Taiping... Takde rezeki nak jumpa kengkawan.. Lain kali je la ye..



Monday, August 17, 2015

BARU SEBULAN

Adoi..doi..doi..
Ha.. ni nak cerita kejadian malang hari Sabtu lepas
Pagi Sabtu tu macam biasa la bangun Subuh
Aku ni pulak, asal celik mata benda mula aku cari ialah spek mata
[dah namanya orang rabun kan???]
Cari2 atas meja takde
Cari kat dapur takde
Cari kat komputer pun takde
Cari sebelah bantal pun takde
Ah sudah!!! Mana hilangnya cermin mata aku ni???

Tanya hasben, hasben pun cakap tak tahu
Kan selalu letak atas meja, katanya
Aku cari lagi sekali pun takde juga
Tetiba Amira pun bangun
terus je aku tanya dia, nampak tak cermin mata mama?
Terus dia bangun, dia gi ambik kat sofa
[sah le dia yang main malam tadi kan??]
TAPI....
spek aku dah patah dikepak dek Amira
Dugaan apakah ini???
Rasa nak nangis wei.....
Baru 2 hari sebelum raya haritu buat yang baru tau



Tapi benda dah jadi kan.. nak buat cemana
Nasib la hasben kata, takpe petang karang abang balik keje kita gi kedai spek
LEGA kejap
Sementara nak tunggu dia balik keje, aku pakai juga le spek patah tu


Ni le rupa spek patah tu

Petang tu hasben ajak pegi kedai cermin mata
Orang kedai spek tu pun boleh cakap
Aiyo, baru tukar baru sudah patah lagi ke??
Nak buat cemana kan, kalau dah main dengan budak kecik ni

Ingatkan boleh tukar tangkai je
rupanya  patah camtu takleh ganti sebab tempat skru tu pun dah patah
Solutionnya ---> ganti frame je le
Melayang RM100 petang tu..huhuhuh


Terpaksa ambik pattern sama la kan sebab nak muatkan dengan cermin yang ada
Cuma ambik tangkai kaler merah pulak
[kalau pakai dgn tudung tak nampak pun bingkai merah ke, ungu ke, hitam ke..]

Pasni kena cari port lain nak letak spek
Bahaya bila si Amira dah boleh mencapai apa2 atas meja tu





Friday, August 14, 2015

KERAKUSAN APAKAH INI???

Malam kelmarin, masa Aleeya nak ambil air masak
tetiba je ada bunyi plastik jatuh
Aku ingatkan botol air
rupanya.....

Benda ni yang patah rupanya



Korang rasa agak2 dari mana datangnya serpihan tu??
Ha... 
dari dalam peti ais ni... bracket ni yang dah patah...
Memang sebelum ni dah ada patah sikit
Tapi sebab ganas sangat nak ambik botol air tu, sampai patah terus
Camne nak buat ni????



Pocket bawah ni pun  dah patah dah..
Kalau berterusan kerakusan ni, ada potensi nak patah cam pocket atas tu




Bukan kat pocket tepi je,
kat laci sayur tu pun patah juga
nampak??? nampak???

Benda plastik ni memang tak tahan la...
Ate cemana nak buat kalau dah semuanya ganas2
Peti ais aku ni baru je berumur 10 tahun..
Masih elok lagi... takkan nak kena beli baru pulak..
[duit lagi.....]


Ada sapa2 tau tak kat mana ada jual sparepart plastik peti ais ni??



BULU-BULU

Pada suatu  pagi [bukan pagi tadi]
Tetiba Amira bangun pastu terus pegi dapur
sebabnya dia nampak aku tengah sibuk2 kat dapur
Pastu sambil hisap jari dia cakap
"MAMA... NAK BULU-BULU"
Ha???
Amende la bulu-bulu tu kan.. aku selalu dengar dia sebut tapi tak tahu apa benda yang dia maksudkan.
Selama ni aku ingatkan dia nak main pembersih habuk tu

Kat rumah memang guna yang ini

Kadang2 Amira suka main yang kecik tu
Udah pagi2 dia mintak so aku tak kasi la
Aku cakap habuk, kotor.. Tak boleh!

Pastu dia memekak lagi.. 
NAK BULU-BULU
NAK BULU-BULU
[dah le suara dia nyaring]
Aku buat donno je sebab masa tu aku tengah blender nasi Jasmin



Tetiba dia ambik bekas dari atas meja pastu bagi kat aku
sambil kata NAK BULU-BULU
Huk aloh.... ini ke rupanya bulu-bulu

BAHULU rupanya

Sian anak aku.. lapo rupanya pagi tu..
Mamanya slenge.. tak paham apa anak cakap...hahaha


Suka la dia dapat makan bulu-bulu..


Now aku dah paham apa maksud bulu-bulu, pulu-pulu & polo-polo
Sebabnya perkataan yang 3 suku kata sure akan jadi perkataan berganda.

BULU-BULU = BAHULU
PULU-PULU =  PELURU [abangnya suka main pistol yang ada peluru kecik2 tu]
POLO-POLO = PORORO [kartun kat TV2]


Noted!



Thursday, August 13, 2015

PAGI-PAGI DAH MENYEPAH

Rumah aku ni kalau tak bersepah tak sah tau
Dah le tu, bukan ramai pun yang buat sepah
Sorang je pun yang kuat menyepah

Ni kesepahan pagi tadi
Aku baru kemas tempat tidur ni
udah dia sepahkan lagi...
Dengan kasut, kad terup abang dia, mainan 
Kad terup tu pulak asalnya udah diikat2 dah
Boleh pulak dia leraikan pastu bior camtu je
Bila suruh kutip dia buat tak reti je... haish... letih dibuatnya
Udah le lambat nak gi keje, kena kemas sepah2 ni pulak
Sabo...sabo...

Ni la si tukang sepah
Tak padan dengan kecik..

Ha itu cerita pagi tadi
Kalau time balik pulak, pun nak menyepah juga
Selalunya dia akan main kusyen sofa
Mentang2 le kusyen sofa aku boleh dicabut2


Dia turunkan kusyen dari sofa
pastu dia main sorok2 celah2 kusyen tu
Adeh.... pastu bila orang suruh kemas balik
selamba jawab TAK NAK...
Bikin geram je ini budak...

Setakat ni Kakcik je la pun yang kuat menyepah
Jasmin belum joint venture lagi
Tunggu tak lama lagi.... memang tonggang terbalik la rumah aku
[tu la aku riso je kalau orang main terjah datang rumah aku]
So sapa2 nak datang rumah, bagitau awal2 ye..
so korang idak le pitam tengok keadaan rumah aku...hahahaha








Wednesday, August 12, 2015

FINALLY... DAPAT JUGA DEGREE YANG DIIDAMKAN

Genap setahun umur Jasmin
Genap setahun juga le aku menyusukan dia
Hahaha.. susah payah mak ko ni tau Jasmin
Alhamdulillah setakat ni susu untuk Jasmin sentiasa cukup
walopun ada masa-masanya susu mama ni merudum teruk
sampai melecet2 puting memerah susu

Macam aku bagitahu masa aku dapat DIPLOMA dulu
[boleh baca kat sini]
Target aku untuk menyusukan anak sampai umur 2 tahun
dan aku pecahkan kepada 4 batch
1 batch adalah selama 6 bulan
so 2 batch yang pertama telah aku lengkapkan
tinggal lagi 2 batch
[very proud of myself lor.....]

Sebagai motivasi untuk aku setiap batch tu aku kasi la nama DIPLOMA, DEGREE, MASTER & PHD
Walopun ini semua hanyalah sijil yang aku reka sendiri
sebagai motivasi untuk terus menyusukan anak
[itupun selagi ada demand dari anak aku la kan]
dan selagi mana Allah izinkan  titisan emas ni mengalir dalam tubuh aku
aku bagi je la pada Jasmin.


Completing my DEGREE today
Phewww
[abaikan background yang tak mempesonakan langsung tu]


Another 1 year ahead to go
Cayok2 mommy!

Sedang menguji kemampuan diri sendiri, semoga dipermudahkan olehNYA.
First time dapat DEGREE ni memang rasa sangat WOW & Excited.. Maklum la 3 kali yang sebelum ni tak pernah sampai stage ni...



PUTERI BONGSU TURNS 1

Hari ni birthday Jasmin uolsssss
Hari victory untuk aku juga sebab berjaya melahirkan dia dengan susah payah.. cewah!
Kejap je dah setahun 
Pejam celik pejam celik je
[Tetiba terimejin saat2 aku tengah sakit nak bersalinkan dia...huhuhu]


Tu dia... birthday girl
Muka tak senyum sebab baru bangun tido

Happy birthday puteri bongsuku [setakat ni le]
Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah
Mama, abah & abang kakak semua sayangkan Min


Hari ni juga awal2 pagi Jasmin dah dapat birthday present
Orang pertama yang kasi present ialah Misi @ Nurse kat Klinik Desa
Sebabnya hari ni juga kena cucuk untuk 1 tahun
hehehehe...

Muka kudus seorang anak
yang tak tahu dirinya bakal kena injek...

Tapi yang tak bestnya, timbang berat naik 200g je dari 2 bulan lepas.
walhal budak ni kuat je makannya
Memang spesis ringan2 & kecik2 le anak2 aku ni..
Kang berat2 tak larat pulak nak dukung, ye dak??
[ayat nak sedapkan hati sendiri je]
Apa2 la nak... janji kamu sihat sudahhh



Monday, August 10, 2015

SAMBUNG RAYA DI IPOH PULAK

Balik dari Kamunting, sampai Ipoh dah dekat pukul  7 malam
Pastu ada member ajak pulak pi beraya rumah dia
Pakat la kami 2-3 orang member yang duduk dekat2 nak terjah rumah dia
Kalau ikutkan penat, memang penat
Tapi sebab dah janji nak datang, so kena la jugak datang kan
Kesian pulak kat dia dah sediakan makanan untuk kitaorang

Nasib la rumahnya dekat je dengan rumah aku tu
Tak sampai 10 minit dah sampai
Masa aku sampai, sorang lagi member aku dah sampai
Syok juga bila jumpa geng2 lama ni
Selalu sembang kat group Whatsapp je
Tapi dengan adanya suami dan anak2 kena la behave sikit kan
Kang terkejut pulak deme dengar hilai ketawa kami ni..hahahah

Kawan aku yang baju biru tu tengah prenant.. dah 8 bulan dah
tapi tak nampak cam pregnant pun..

Jasmin & Amira behave pulak kali ni...
Agaknya perut dah kenyang kot..




Sambil sembang, sambil makan, sambil layan anak
Hasben masing2 dah make new friends la kekdahnya...
[abaikan je le deme tu..]

Huish, kalau ikutkan hati tak habis2 lagi nak menjoyah
Tapi sebab anak masing2 ada yang dah mengantuk
ada yang tak sihat.. so kena la beransur balik
Best dapat jumpa korang - IDA, INA & ZAINUR
Nanti kita jumpa lagi ye...

** En suami adalah sangat sporting kali ni, Mana bini dia nak beraya, dia folo je..
Sweet sangat.. KIPIDAP ye bang!

Friday, August 7, 2015

BERAYA DI KAMUNTING

Raya kedua dari Pantai Remis ke Taiping
Dah alang2 sampai Taiping, aku ajak la hasben gi beraya rumah kawan aku
Memang dah lama tak jumpa member sorang ni
Dah lebih 21 tahun kot
Lepas sekolah memang lost contact
[dia pun sampai Form 3 je kat sekolah aku dulu]
Terjumpa balik dalam fb

Kebetulan pulak dia balik Taiping
makanya dapat singgah le rumah dia
Jenuh jugak nak cari rumahnya sebab tak pernah sampai kan
Nasib la tau jugak le jalan2 arah ke rumahnya tu
Pastu main ikut direction yang dia bagi je la
Nasib tak sesat [sebab drive malam]

Tu dia... lepas 21 tahun tak bersua muka
Aku makin kembang, dia tetap maintain... jeles!
Siap bersua dengan anak2 masing2 le ye

Budak dua worang ni sebaya tau
Lahir tahun yang sama, tapi bulan lain2 la

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak beraya & berjumpa kengkawan lama

Esoknya pula, sebelum balik Ipoh 
singgah beraya ke rumah bapa saudara hasben pulak
[Adik kepada bapa mertua aku]
Rumahnya pun berhampiran dengan rumah kawan aku tu jugak

Sebelum check out chalet
Kita selfie dulu ye Jasmin
[eeee... bulatnya muka mama]


Sementara tunggu abah singgah kedai beli apa tah
Snap gambo budak kememeh ni..

Sampai di rumah pak sedara tu, dah siap masak tengahari
Langkah kanan.... memang tengah lapo pun
Pagi tadi breakfast makan roti jer...

Fotogediks Cik Besah bersama Aleeya
[hehehehe]


Porch rumah pak sedara ni luas...
Pakat bentang tikar, makan kat luar ni je
Jasmin suka la bila ada orang yang nak melayan dukung timang dia..
Selalu tu dia bukannya nak dekat orang
Hanya insan2 terpilih je yang dia nak


Kakcik cam biasa la...
Buat kelaku dia
Tu sebab abahnya ada belikan mainan 
elok la berkepit dengan abahnya...hahahah
[boleh mama makan nasik dengan tenang...fuh!]



Dalam kul 3 petang, kami gerak balik Ipoh
Cik Besah & the geng nak balik Batang Kali
Ingatkan nak masuk highway, tapi jem tak hengat dari Changkat Jering..
Last2 kami ikut jalan dalam jer
Fuh... 3 jam baru sampai Ipoh tau! Dah macam perjalanan Ipoh-Kolumpo je..
Raya dan jem... memang takleh nak dipisahkan...


Next: Pasni sambung raya kat Ipoh pulak.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...