Thursday, July 30, 2015

AKU SUKA SUAMI YANG MANIS2 NI

Sharing dari fb lagi
[dasar roh blogging belum mari]


Abang, sudi tak nak jadi suami kita yang sweet2 camni???
Kita suka sangat tau!



Wednesday, July 29, 2015

TAZKIRAH SENAFAS KATANYA

Ambik dari fb je ni


Renung2kan....

THERE GOES MY RAYA BUDGET

Raya tahun ni idak le beria2 sangat
Kuih raya pun tak beli banyak
Hanya preparation baju baru untuk anak2 je
Aku sendiri pun tak beli baju raya
pakai je baju yang mana ada
Beli tudung baru je buat syarat...hehehehe
Jimat cermat kekdahnya...

TAPI....
Elok seminggu sebelum raya
berlaku kejadian yang tak diingini
Spek mata aku patah dikerjakan dek Amira
Adeh.... naya sungguh
Hasben suh pi kedai spek buat spek baru
Makanya bininya yang comel lagi kiut ni akurrrrr je la
[Udah dia hulur duit kan....]

Ha tu dia, malas nak pening2 kepala
buat je le spek dalam kadar bajet yang diberikan
2 hari sebelum raya, spek pun siap

Ni le spek baru nya
[Masa ni sebelum bertolak nak balik Ipoh sebelum raya]

Yang ni tah berapa lama la tahannya pulak
Sepanjang ada anak ni dah berapa kali tah tuko spek sebab spek patah dikerjakan anak
Sabo je la...
Kome yang mata elok2 sila la jaga mata baik2
Kang dah rabun macam aku, asyik nak kena buat spek je...
Bukannya murah weh!!!

** Tq hasben sebab belanja beli spek baru










Tuesday, July 28, 2015

HABIS LA EYESHADOW AKU!!!!

Ekceli nak karang cerita raya
tapi tengok gambo dalam henfon
cerita ni kena cerita dulu la kat blog

Hari Ahad lepas, aku nak gsosok baju kat atas
Cam biasa Amira akan ikut aku, pastu akan main2 kat meja solek
Biasa la budak pompuan kan, nak main mekap le, bedak le, minyak wangi le
Aku tak kisah sangat pun... biar le dia nak main
Pastu dia ambik eyeshadow aku letak dalam beg kecik dia
Tah bila masa dia bawa turun aku pun tak perasan

Pas gosok baju, aku pun turun
Tengok si Amira punya kusyuk main atas sofa
Aku nampak dia pegang pen
Orang rabun cam aku ni mana nak perasan sangat
Aku ingat dia main tulis2
Bila dah lama2 aku pun pegi dekat2 dengan dia
rupa2nya dia tengah syok tarah eyeshadow aku...
Habis berdebu2 & berkaler2 sofa & karpet aku

Hasil kerjaan si Kakcik



Ya Allah.. sampai habis eyeshadow aku dia korek tau
Tinggal bekas je...huhuhuhu 


Dah le ini je eyeshadow kaler2 yang aku ada
Tau le eyeshadow ni dah lama
adeh..... memang nak suruh aku beli baru le tu...
Sabo je le...





LEGA BILA DAH HANTAR BORANG GST

Ini first time nak submit borang GST kat kastam
Kompeni aku kena submit setiap suku tahun
So untuk tempoh April - June 2015, kena submit sebelum 31/7/2015 ni

So bulan Julai ni agak sibuk la
[buat2 sibuk pun ada juga, sibuk nak raya lagi kan..]
Kalau ikutkan transaction untuk kompeni aku tak banyak mana pun
Income pun tak berapa nak ada
so takde la banyak sangat menda nak isi dalam form GST-03 tu

Konon nak submit sebelum raya
tup2 ada statement tak sampai lagi
last week dah sampai, cepat2 buat pastu terus submit

Nasib la pakai online je..
guna TAP je [Taxpayer Access Point]
Klik2 , isi2 amaun pastu send.. settle!
Pastu print je la copy form & resit submission untuk simpanan office.

Lega bila dah settle benda ni...
Tunggu bulan 10 lak untuk submit lagi..

#kejeorangakaun



Thursday, July 23, 2015

RAYA KAMI TAHUN 2015

Otak tepu lagi nak buat karangan 
Tapi sebab dah lama sangat tinggal blog
tak best la pulak

Tepek gambaq sekeping buat syarat je
Ini la keluarga besar aku
Ini pun tak cukup korum 
[sebab Jasmin tido dalam buai]

Tapi sebagai pelengkap keluarga Haji Latif
tepek juga la gambo dia yang tengah lena tu


Monday, July 13, 2015

RAYA MOOD

Adoi la memang lemau nak keje minggu ni
Semua pun dah takde mood keje
masing2 dah dalam mood raya
termasuk la aku... huh nak update blog pun takde mood


Pada kengkawan semua yang bakal pulang ke kampung
[ada yang dah balik eh??]
Berhati2 di jalanraya, semoga selamat sampai 

Aku Insya-Allah akan pulang ke Ipoh sehari sebelum raya
Tak tahu la jem tara mana masa tu
Hadap je la kan..... Kalau tak jem tak sah musim2 perayaan ni


SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN YE

Friday, July 10, 2015

TELINGA CARIK

Ni cerita 2 hari lepas
semalam tak dan nak mengarang

Ambik anak hari Rabu tu
babysitter aku tanya kenapa dengan telinga Amira
Aku cakap tak tahu sebab pagi masa aku hantar takde apa2 luka pun
Babysitter kata dia pun baru perasan masa nak ikat rambut Amira lepas mandi petang.
Pastu baru aku tengok telinga Amira
Aku ingatkan alergik, tapi nampak cam luka
Tapi masa tu Amira main riang ria je.. takde tanda cam sakit pun

Pastu pulak nampak cam baru je lagi luka tu
Sebab merah & darah masih ada
Aku tanya Amira siapa buat telinga luka
Dia kata Aja [nama anak babysitter tu]
Aja tu tua setahun kot dari Amira
Pastu babysitter kata tak mungkin sebab anak dia baru bangun tido
Macam ada denial la kat situ
Tapi aku idak le nak blame anak dia
Maybe diaorang tengah main2, tertolak ke, tercakar ke
Jangan kata Aja, Amira pun boleh tahan ganasnya..

Ni lepas aku sapu minyak Afiat.
Ekceli luka tu sikit je, tapi sebab baru kena tu yg nampah merah je telinga dia
Kakcik ni kan putih melepak..


Aku pun malas nak bising2 kat babysitter
Lagipun tak tahu nak blame sapa
Maybe Amira yang sendiri buat, terlanggar apa2 ke
Aku cakap deme ni bila main kena tengok sikit
Kakcik ni pun rajin mencakar & mencubit orang

Adeh... macam2 la bila anak2 dah besar ni







Wednesday, July 8, 2015

ISTERI CAKAP, SUAMI FAHAM

Dapat benda ni kat fb tadi
Nak share la kat sini



















Ye ke idak???
Hahahaa....
HASBEN... please take note ...


Tuesday, July 7, 2015

KEJUTAN

Ekceli ni cerita semalam
Bangun sahur pagi semalam benda first yang aku cari ialah spek mata
Orang2 rabun macam aku ni spek mata tu memang dah jadi bff la kan

Raba atas meja takde
Raba tepi bantal takde
Raba atas tilam takde
Bangun gi cari kat kabinet, dapur & bilik air... pun takde
Tak puas hati aku raba pulak kat sebelah Amira
Jumpa TANGKAI spek je
Dah agak dah spek aku mesti patah dah ni


Cari lagi di kawasan sekitarnya
Akhirnya spek ada terperosok bawah sofa
Udah mata tak nampak
Nak tak nak pakai juga le spek patah tu..

Settle la bab sahur2 dulu, baru aku fikir pasal spek
Kat opis baru sempat ambik gambar spek
Ini dah kali ke berapa tah spek aku patah
Hai la anak.... mak redho je le

Memang kalau ikutkan pun disebabkan kecuaian aku gak
Malam sebelum tu memang anak2 aku tido lewat
Aku pulak dah terlelap tanpa buka spek dulu
Sebab aku dah terlelap tu, syok la si Amira  kepakkan spek aku tu
Akhirnya camtu la jadinya

Ingatkan skru je yang dah hilang,so boleh je pi kedai kasi repair sikit kan
Tapi ni tempat letak skru tu pun dah patah sekali
Memang kebarangkalian kena buat spek baru  amat tinggi sekali
DUIT lagiiiiii.... 




Tak sempat lagi nak ke kedai spek untuk buat spek baru
Tunggu la hujung minggu ni Insya-Allah.


ZAKAT FITRAH 2015 / 1436H

Minggu depan dah nak raya dah
eh eh.. sekejap beno masa berlalu
sedih pulak bila Ramadan dah nak pergi
cewah...

Korang dah bayar ke zakat fitrah tahun ni?
Jangan lupa bayar ye
Hasben aku baru bayar semalam
Gigih siap wasap gambar hantar kat aku..hehehe

6 orang punya
[ramai pulak tahun ni.... bertambah sorang dari tahun lepas..]



Kot2 sapa yang belum bayar
ni ha panduan kadar zakat fitrah mengikut negeri masing2


ALHAMDULILLAH!


Monday, July 6, 2015

HAVING FUN IN HER OWN WAY

Cerita hujung minggu hari tu
Seronoknya dia main.....
video
Patut la terjerit2 sambil ketawa dia 
Ingatkan dia main apa
Kononnya nak bagi dia tido
Tu yang aku masukkan dia dalam buai
Alih2 main pulak dia, tidonya haremmmmm

Apa2 la nak, asalkan ko bahagia

Friday, July 3, 2015

BERTAHAN

Tak menyusu pun hasben belanja juga benda yang aku nak
Hehehehehe... thank you HASBEN [fefeeling cakap cam Dewi Yusra]

TAPI
betul tau... bila puasa at the same time menyusu anak memang agak mencabar
Lepas menyusu/pam susu badan akan rasa letih sangat
Pastu tetiba rasa haus @ lapar sangat
[setengah orang sampai gigil2 badan]
Bila letih tu yang bila menyusu anak kadang2 sampai tertidur dibuatnya.


Kalau tak puasa, memang lepas pam susu aku minum air
Rasa dehydrated sangat2
Bila puasa ni takat telan air liur je la..hehehehee

Memang la ada rukhsah membenarkan ibu2 menyusu untuk berbuka puasa
Tapi pada aku selagi tak memudaratkan aku
Aku cuba juga untuk puasa
Puasa Ramadhan & puasa ganti nikmatnya berbeza
[besides aku ni jenis malas nak ganti2 pose unless terpaksa la kan..hehehehe]

Semoga dapat bertahan hingga ke akhir Ramadhan..
Aaminnnn..

NAIK TOCANG

Jasmin dah umur 10 bulan
tapi rambutnya sikit je
Kalah dengan rambut anak Che Ta..[hahahaha]

Tengok budak2 lain comel je bertocang bagai
tapi rambut sejemput si Jasmin tu memang tak dapat le
Ikat dengan getah pun, getah pun lucut..

Pepagi ni cuba jaya je ikat rambut Jasmin
Eh..eh.. tegak berdiri pulak
Muka masam sebab baru lepas mengamuk
Ekceli tocang ada 2 tu, tapi satu tu dah sama kaler pulak dengan stroller
Maklum le rambut halussssss

Baru le nampak gegirl sikit Jasmin
Kalau tak selalu orang ingt Jasmin ni lelaki tau



Wednesday, July 1, 2015

SAHUR DAN BERBUKA

Macam2 menu bila berbuka & bersahur kan
Lalu lalang je orang dok tayang menu kat fb ngan blog
Hahahaha.. bagus juga sebab at least boleh bagi idea kat aku nak buat apa untuk berbuka & bersahur

Well, menu keluarga aku tersangat la sempoi
Kalau tak masak, menu param je la
Nak2 pulak kalau hasben aku shif malam
Waktu berbuka laaaaagi sempoi untuk aku & anak2
Bukannya apa, kalau banyak2 pun membazir je

Sahur pun sempoi juga.. 
Boleh kira berapa kali je kami makan nasi sebagai sahur
Yang lain2 hanya balance dari berbuka puasa hari sebelumnya
[Kalau aku masak untuk berbuka memang aku akan masak lebih sebab terus jadikan sahur]
Mak malas cam aku camni la gayanya

Minggu ni additional menu kami untuk berbuka & bersahur
Tu dia hasben aku beli sampai sebakul
[terpaksa korbankan bakul kain ni nak isi durian]

Bila dah banyak ni ---> buka puasa durian, sahur pun durian
sampai sendawa kat opis pun sendawa durian..
Hehehehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...