Friday, May 29, 2015

CUTI SEKOLAH DAH MULA...

Yiiiiha..Sekolah dah cuti
Suka la anak2 aku kan
Aku pun suka juga... sebab aku pun cuti....


Tak sabar nak balik jumpa mak ngan abah
HOMESICK gitu
[muntah hijo pleaseeeeeeeee]


Sayang makbapak rindu rinduan
Sayang suami tinggal-tinggalkan
Jangan berani bikin onar tau bang!
[cekak pinggang]



OK BAI!

Wednesday, May 27, 2015

APAPUNTAKBOLEH

Dari semalam membawa ke hari ni
Office nak upgrade  windows kat pc
So nya, idak le dapat buat apa2

Pagi ni masuk office pun belum siap lagi
Ni pun ekceli tak siap lagi
tapi cilok kejap nak update blog...hehehehe

Nanti dah ok baru boleh sambung blogwalking...
Bye!

#aptb

WAKTU YANG AFDHAL UNTUK MAKAN UBAT

Bagus juga KKM keluarkan jadual makan ubat ni
Selama ni harammmmmm aku makan ikut jadual pun
ikut suka aku je...
Kalau ubat anak2 pun aku main kira jam selalunya
Kalau 3 dos, 24 jam tu aku bahagi 3 la [maksudnya 8 jam sekali]


Pasni mungkin boleh ikut jadual ni



Tuesday, May 26, 2015

JALINAN TANPA GETAH

Rimas aku tengok rambut si Amira ni 
dok menggerbang la sokmo
Bukan aku takmo ikat
tapi asal berikat, dia sibuk nak bukak pulak
pastu humban la getah rambut ikut dan dia
takpun getah tu putus ditarik 

Dia pulak ada masa2 akan bagi orang main rambut dia
Kalau tengah kusyuk buat sesuatu benda boleh la nak kisahkan rambut dia tu
Sepantas kilat aku menatarias [cewah] rambut dia
Maka terhasillah jalinan express tanpa getah


Nasib la rambut dia ni kerinting
Kalau takde getah pun idak le cepat terlerai rambutnya


Pandangan depan
Ekceli dia tengah kusyuk nak keluarkan chopstik tu dari dalam plastik
tu yang dia tak kisah apa orang nak buat kat dia
Nak pandang kamera pun dia tak nak

GAYA TIDUR ANAK-ANAK

4 anak
4 gaya tidur
Ni baru gaya tidur petang
Kalau tidur malam lagi haru tengoknya


Kakcik siap pakai kasut lagi time tido tu
Si Jasmin, dalam buai pun nak meniarap bagai


Apa2 la.. asalkan kome bahagia...



Monday, May 25, 2015

BILA MICI DAPAT KELUAR

Out and about la arnab kami weekend baru ni
Suka la dia dapat melompat, berlari sana sini
Idak le terperap je dalam sangkar kan

video

Maap ye kalau terteleng kepala kome nengok video ni
Teman idok reti nak ejas video ni..wakakaka



2 PEACE

#throwback
Lagi drama masa nak pegi rumah babysitter
Masa kejadian aku dah tak ingat bila
[banyak makan semut kekdahnya]


Nak suruh aku tangkap gambar dia tengah buat 2 peace..



Tak habis2 dengan peace...




Friday, May 22, 2015

SUNNAH JUMAAT

Salam Jumaat semua


Jom buat sama2..

Thursday, May 21, 2015

GUCCI VS MICI

Sejak ada family member baru ni
udah kena mikio nama apa nak panggil kan
Anak2 aku  sebok tanya aku nak panggil arnab tu apa
Si Amira  panggil Ibit [read: rabbit]
Kadang2 dia bantai panggil kucen... huk aloh!

Kalau hasben aku, kuar nama Thailand
Kalau aku, suka nama2 yang girly2 gitu
Ate, dah arnab tu betina kan
Pastu aku ingat nak panggil dia SUZY
wakakakaka... 
tapi bila asyik panggil SUZY cam tak best je
Aku tuko panggil GUCCI....disebabkan aku takde beg Gucci, panggil je le arnab tu GUCCI...wakakakaka.. kau ade????


Bulunya lebat betul
Sampai mata pun idak nampak



Suruh Amira panggil GUCCI, keluar ICI je 
Udah dia tak reti sebut GU.. sebut hujung je kan
Last2 tuko nama lagi
Kesudahnya panggil la MICI


Ahhhhh.. belasah je la nama apa pun
GUCCI ke MICI ke



Hari kedua MICI di rumah aku
Jasmin & Amira baru berani nak pegang 
Amira ok pegang sendiri
Jasmin je cam takut2 sikit

Amira dulu lagi ganas, dia pegangnya ekor kucing
pastu dia baling kucing tu...
tapi sekarang dah tuko jadi penakut lak

Harap2 MICI happy la kat rumah kami
Nanti abah carikan kawan ngan hasben untuk MICI ye
[dah plan nak panggil MIKO lak...aci tak????]






TIPS RAMADHAN: SUPAYA BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

Satu perkongsian dan ilmu yang aku perolehi semalam
Sebelum aku terlupa baik le aku share kat sini

Semalam dalam kereta dengar ceramah Ustaz Kazim kat radio
Ustaz Kazim bagi le petua ni yang telah lama dia amalkan
amalan yang dilakukan supaya sentiasa bertenaga
terutama di bulan puasa

Hanya amalkan surah Li Ila [kata orang kampung]
atau nama lainnya surah Quraisy
Surah lazim je ni



Ini terjemahannya 

TIPSNYA:
Baca 11x setiap kali selepas sahur





** Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Wednesday, May 20, 2015

BERTAMBAH AHLI KELUARGA

Alhamdulillah
Allah tambahkan sorang lagi ahli keluarga aku
Dah diamanahkan kepada kami kan
Oppppssss... aku tak mengandung okeh....
Tapi semalam hasben aku yang bawa balik

Ini le dia ahli keluarga baru kami
Comel tak??

Semalam balik keje aku ternampak satu sangkar kat tepi pintu dapur
Hasben aku la yang beli arnab tu
Dari hari tu dia nak sangat beli arnab
Aku ni idak le berkenan bela2 binatang ni
Sebab aku takut aku tak mampu nak bela elok2
dan aku malas nak mengisahkan berak kencing sakit demam binatang peliharaan ni

Tapi sebab hasben aku nak sangat
Aku redho je le....
As long as segala urusan hal ehwal arnab tu dia yang uruskan
Aku taknak campo... takat main2 tu boleh le...
 


Masih belum ada nama lagi
Putih gebu cam kapas je bulu arnab ni tau
Kalau panggil Qu Puteh ok tak???
[kang tak pasal Datin Vida saman aku...wakakakaka]

3 JAM TERSANGKUT

Menggigil kaki bila sampai opis pagi tadi
Sebabnya tersangkut dalam jem kat MRR2
Jem yang paling dahsyat pernah aku tempuh on the way pegi keje
Selama ni ada jugak jem tapi tak le sedahsyat ni

Aku start sangkut dari bulatan Batu Caves
Tengok kereta merenyut kat depan


Ingatkan tak le panjang jemnya
Tapi kalau dah sampai sejam tersengguk2 kereta berjalan yang tak sampai 1KM jaraknya dah pehal kan????
Aku ni sampai stage nak patah balik je
Tengok  kat Waze kot2 jalan alternatif ok

Erm... sama je merenyut 
Sana sini sinun jemnya

So aku gigih la menghadap jem..
Masuk jugak jalan dalam separuh jalan tapi lekat jugak
Last2 patah balik, masuk semula MRR2
Tapi kali ni  jemnya boleh tahan la sebab kereta bergerak juga walopun slow

11.30pg baru sampai opis ko....
Naik ketor kaki, pinggang pun sakit



** Katanya ada kemalangan maut kat Sg Buloh pagi tadi. Ye ke???

Tuesday, May 19, 2015

HAIP!!! BUAT APA TU???

Diam2 je dia ada projek
Senyap2 pi ceruk sana... konon2 mama tak nampak

Haipppppp!!!! Buat apa tu ha???
[Nak memunggah beg le tu...]


JERAWAT

Dah lama jerawat beso tak singgah kat muka
Yang kecik2 tu biasa la
Tapi bila sesekali yang beso tu singgah
SAKIT tu!!!!

Kali ni kena kat tepi hidung
Geram je...







Monday, May 18, 2015

MAMPU TENGOK JE LA

Macam biasa pagi2 masuk office mesti kena bukak email
Ye la kan.. kot2 ada email yang penting2 masuk ke kan

Pagi ni aku nak log in email yahoo
Keluar la iklan kereta ni
Macam ni punya instalment
Erm... memang mampu tengok je la



Nasib la tak pernah simpan angan2 nak pakai kereta VW ni pun. 


Lagi satu pasal rumah 
Ni yang tengah dalam pembinaan kat area rumah aku
LIGAMAS RESIDENCE lagi..


Kot2 sapa2 interested nak beli rumah kat Batang Kali
Ni aku tepek sekali no tepon pemaju



Kat hulu banat hulu selangor pun, rumah teres pun dah RM450K.. Fuh!!!
Tak mampu nak beli pun
Memang hanya mampu tengok je la untuk orang2  marhaen macam aku...
Bersyukur sajalah dengan apa yang dah ada ni..


Friday, May 15, 2015

NI YANG MALAS PAKAI TUDUNG BAWAL NI

Aku tak tahu le ini masalah aku sorang ke
Atau korang pun ada masalah cam aku

Masalah bila pakai tudung bawal ni,
benang tudung asyik tersangkut kat pin/brooch je
Sakit hati tengok tudung dah tertarik2 benang
Pastu udah berlubang2
Hodoh beno rupanya

Camne nak overcome masalah ni ek????

JASMIN & WALKER

Balik Ipoh hari tu, adik aku bawa sekali walker anaknya
Anak dia dah biasa duduk dalam walker, memang laju je la bergeraknya
Rumah aku pulak, dari Aleeya sampai sekarang memang tak pernah wujud walker
Tah kenapa aku tak beli... sebab aku rasa cam tak penting kot
Lagipun berapa lama sangat dia nak duduk dalam tu kan
Bila dah pandai jalan memang takde la dah nak duduk dalam tu 

Sebab benda dah ada, saja la letak Jasmin dalam tu
Benda baru kan, memula ok la..

Rasa pelik kot memula duduk dalam tu...



Pastu menjakun la dengan segala mainan yang ada kat situ





Tak lama pastu......
Muka dah tercebik2





Bila dia nampak aku, terus menangis nak suruh dukung
Taknak duduk dalam walker dah
Dah tak biasa ye Min....



** La ni dah pandai menapak tapi kena berpaut2 la
Nak jalan le tu tak lama lagi...


Thursday, May 14, 2015

ENDING DRAMA HATI PEREMPUAN

Hantu2 drama Hati Perempuan mesti alert hari ni last day drama ni
Towards the end ni bukan nak tengok sangat peel Yuhanis tu
Tapi nak tengok apa la jadi kat Ku Lin tu..hahahaha
[tapi aku nak tengok KuRil je....hehehehehe]

Scene hari ni cam debar2 sikit
sebab hari ni penyangak dah masuk Villa Kuril
Siap bunuh pembantu rumah & tumbuk perut Yuhanis
[Rasanya tu mesti orang upahan si Ku Lin]

Ok la.. aku tak baca pun novel Hati Perempuan ni
Tak tahu  apa endingnya... sad ending ke happy ending ke
Tapi lepas tengok ni
Rasanya happy ending la kan
[Siap dah ada anak pompuan lagi..hehehehe]




**Pasni rindu la kat Ku Ril...






Wednesday, May 13, 2015

GAYA TIDUR KALAU BALIK KAMPUNG

Walopun rumah mak aku bukan kat kampung
Tapi dah di mana mak abah aku ada kat situ la jadi kampung
Kan..kan..kan...
Kampung untuk kami adik beradik & anak beranak
Esok-esok rumah aku pun jadi kampung untuk anak2 & cucu2 aku ye dak???
[melalut sampai ke cucu pulak dah...hehehehe]

Kalau ramai2 balik kampung [baca: rumah mak aku]
Tempat tido kan terhad so mana yang sempat cop bilik, dapat le bilik
Dulu masa takde anak kecik, aku cop tido kat ruang tamu je
Tapi bila dah ada baby ni, aku cop bilik la
Bukan apa, senang la nak menyusu baby
Takde la segan kat orang kan...
Nak mandi, salin pakaian pun senang gak

Tapi dalam bilik ada 1 je katil kelamin
Takkan la kami 6 beranak nak menyendat atas tu kan
So aku, Amira & Jasmin je yang tido atas katil
Adib & abah dia tido depan tv kat ruang tamu
Aleeya pulak tido dengan Maksu dia kat bilik Maksu

Yang best bila tido atas katil kat bilik ni
Sebab kipas dinding dok tala atas kepala
Huish.. berangin2 tau... idak le panas
[umah mak aku dah le takde ekon]
Bila dah sejuk, makin syok la tido especially anak2 aku tu

Selalu tu kalau aku bangun Subuh, deme pun jaga
Kali ni tido sampai dekat pukul 9 pagi
Macam tak caya je lama tu diaorang tidur
Siap ada gaya tersendiri lagi..

Sorang menonggeng
Sorang menerap
Kipas dok tala atas kepala...
Amboi manyak syok korang ye...




DINNER @ D'POLO CAFE

Ni cerita masa cuti balik Ipoh hari tu
Sebelum terlupa kan.. buat la entry sikit

Mak aku kan tak ada kat rumah hari yang kami balik tu
So bab2 masak tinggal kami adik beradik je la
Waktu lunch memang aku la yang masak simple2
Nasib la mak ada beli ikan/ayam
Tapi nak tunggu defrost..hehehe.. jenuh juga..

Tapi waktu dinner, malas la pulak nak masak
Lauk waktu lunch tu memang dah sold out
So adik aku ajak dinner kat luar
Ada yang ajak makan stimboat, tapi hasben aku ajak makan western pulak
Sudahnya, aku ajak makan kat Padang Polo
Kat situ ada D'polo Cafe
Pastu tengok kat fb ada yang promote burger bakar kat gerai Sumo Kitchen kat situ
Ha... cantek la kan... lagipun aku pun dah lama tinggalkan Ipoh
Tak tahu nak redah restoran mana yang sedap2 untuk makan

Pas semua setuju, kitaorang ajak abah sekali
Kesian juga kat abah sebab makan apa je la kan sepanjang mak takde
Bini muda pun jenis "rajin" sangat masak.. hai.. nasib leeeee
Yang lagi kesian masa aku masak lunch, banyak pulak abah makan
Alah takat ayam masak kicap je aku masak pun 
[itupun sebab anak2 aku yang request]

Ok lepas Maghrib kami pun siap2 la nak keluar
Kebetulan adik aku Acik pun baru sampai
Hah, ajak le join sekali
Alhamdulillah masa kami sampai cafe tu tak ramai orang lagi
So senang la nak oder

Konsep kat cafe ni jenis open concept ala foodcourt
Ada banyak stall, pelbagai jenis makanan
Ada satay, dimsum, western, burger, mee udang dsb
Kalau nak, terus gi stall mana yang korang nak, oder & terus bayar
Cuma kita tak payah tunggu la makanan tu, nanti diaorang akan hantar
Air je kita sampai terus waiter datang ambik order air

Yang diraikan juga adalah abah
Sempena birthday dia la kononnya



Semua dengan gajet masing2
Aduhai....



Sebahagian dari rombongan
Kami semua ada dalam  18 orang
Siap cantum meja tu.. nasib la kawasan sini luas



Antara stall yang ada
Aku teringin nak makan beger bako so suruh hasben order burger dari Sumo Kitchen tu



Sementara menunggu order, kita selfie dulu
Dengan budak yang asyik nak menggigit je


Bersama Adib & Haikal



Ini anak buah aku namanya Alisya
[anak Acik... comel & petah budak ni]



First time Jasmin makan kat restoran
Dah boleh duduk ni, boleh la duduk atas kerusi baby



Budak ni pulak tengah tengok bola kat TV
Perak lawan apatah masa tu



Jeng..jeng..jeng....
Akhirnya makanan dah sampai
Besar gile burger ni
Nasib baik hasben aku order 2 je
Kalau tak, memang tak larat nak habis
Aku punya tak habis, sampai kongsi dengan abah


View dari atas pulak [gambar gegar]
Pastu adik aku order satay lak
Lagi la berlambak makanan...

Overall makanan kat situ idak le sedap mana pun
Boleh le daripada nak kata tak sedap
Cuma bab air tu ada lembab sikit la.. 
Nak2 pulak air yang kita order takde pulak
udah kena queue untuk order baru
Air Adib dengan Aleeya masa semua dah habis makan baru sampai
Diaorang pun dah kenyang mana nak minum air lagi
Yang lagi best, Jasmin berjaya menumpahkan air laci ke seluar aku
Menjerit kebasahan & kesejukan ai tau!
Nasib baik la dah nak balik... Sabo je la..

















Tuesday, May 12, 2015

9 BULAN

Alhamdulillah
Genap umur Jasmin 9 bulan hari ni
9 bulan juga berusaha menurunkan berat badan
Berjaya juga le walop sekilo je yang turun
[pehtu naik balik] <---maleh nak cerita..huhuhuhu


Ini budak 9 bulan
Ramai kata muka cam budak jantan
Whatever la....


Sekarang dah pandai nak bersembang
Tah apa2 yang dia dok bebel2
Kelakar pun ada dengar budak baru dapat mulut ni
Mama sayang Jasmin tau..

Monday, May 11, 2015

KERETA UNTUK AMIRA

♫ Abahku pulang dari kerja
    Abahku belikan kereta
    Kereta kecil warna merah
    Boleh ku bawa keliling rumah♫

♪ Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
  Kereta kecilku berbunyi
  Marilah Jasmin mari naik
  Bolehku bawa jumpa nenek♫

Surprise dari abah untuk Amira
Comel tak kereta dia???

KEMBANG JIWA

First time ever suami kasi surprise
Without any hint from me lak tu
Memang totally surprise habaq hang!!


Satu untuk dia, satu untuk aku


Kembang jiwa ahkak bila suami kasi
Walopun pemberian yang simple2 & murah2 je
Yang penting, dia ingat kat aku bila beli apa2 kan...


Thank you, Abang



Friday, May 8, 2015

HIT ENTRY

Blog aku ni idak le glamer sangat
Entry pun banyak syok2 sendiri je
Infonya sikit, meraban je lebih...hahahaha
Aku blogging pun bukan tujuan untuk glamer...

Tadi masa nak buat entry ni saja la tengok pageview untuk entry2 sebelum ni
Average pageview untuk entry2 aku ni idak le banyak
Selalu dalam 40 - 50 je
Sikit kan??? Tak macam blog2 orang lain
Apa2 pun bersyukur la jugak sebab at least still ada orang yang sudi baca blog aku ni kan

Tup2 terkejut juga ada entry yang dah diview hampir 1000 kali
Wau... satu pencapaian terbaik untuk aku
[Tepuk tangan untuk diri sendiri]

Ni salah satunya...
Hebat jugak penangan GST ni..hehehehe




Pastu saja la tengok statistik untuk entry2 aku yang lepas2
So inilah hit entry aku selama 5 tahun ni... 
Dah agak dah entry AMWAY tu memang hit
Sebabnya.... walopun dah hampir 4 tahun aku publish entry tu, masih ada yang nak komen...hehehehe
[tak sangka pulak sampai puluh2 ribu orang view]

Ah.. tak kisah la kome nak marah aku ke hapa
Sebab apa yang aku tulis tu semua pengalaman & perasaan aku sendiri
[itupun aku dah edit sikit entry tu supaya tak terpesong sangat kesopanan & kesusilaan aku]

ADIOS!



COUSINS

Balik Ipoh haritu Alhamdulillah semua adik beradik aku balik
Seronok kan bila sesekali balik ramai2
Rasa cam raya pulak
[Raya tahun ni pun Insya-Allah dapat berkumpul lagi]

Bila dah ramai2 tu dapat la jumpa anak2 sedara
Anak2 aku pulak dapat la jumpa sepupu2 diaorang
Jasmin pun first time nak jumpa cousin dia yang terbaru
Anak adik aku kat Kedah yang hampir sebaya dengan Jasmin
[beza umur 2-3 minggu je rasanya diaorang ni]


Annur Jasmin vs Faiq Hakimi



Bonding time!!
First time aku tengok bouncer yang besar camni
Boleh muat budak 2 orang ni sekaligus
Jasmin cam takut2 tapi si Hakimi rilek je...
[Jasmin tengah aim untuk rampas apa yang dipegang dek Hakimi tu]



Ewah...ewah...
Cute je budakberdua ni.

Walopun si Jasmin lahir dulu dari Hakimi
Awat la si Jasmin nampak cinonit je??
Udah baka cinonit turun kat hang kot Jasmin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...