Tuesday, March 31, 2015

ICE PACK VS ICE BRICK

Salah satu aksesori penting untuk ibu2 menyusu dan memerah susu
ICE PACK ye
Takde ice pack ni susah la korang nak simpan susu perahan
Walapupun kat rumah & office ada peti ais
ice pack ni wajib juga le especially ibu2 yang bekerja & sentiasa on the go gitu
Ye la kan... in between korang nak bawa balik susu yang diperah kat opis tu ke rumah, mesti la kena isi dalam bekas yang sejuk juga kan.. so sini la penggunaan ice pack sangat2 diperlukan

Macam aku even nak hantar susu ke rumah babysitter pun
Kena isi botol2 susu tu dalam cooler bag [yang dah ada ice pack dalam tu]
Pastu bila nak bawa balik susu perahan dari office ke rumah pun kena isi dalam cooler bag
Dah le perjalanan aku jauh kan [dalam sejam] setiap hari

Ice pack yang aku guna brand AUTUMNZ [yang ada gambar penguin tu]
Aku beli masa lepas aku bersalinkan Amira
So ice pack tu dah lama aku guna [almost 2 tahun]
So far OK la tahap sejuk ice tu... tahan le dalam 8-12 jam dalam cooler bag


Tapi sejak beberapa bulan lalu, aku perasan salah satu ice pack tu dah bocor
Gelnya meleleh keluar dalam cooler bag
So terpaksa la aku bungkus dengan plastik

Ha nampak... cam bungkus belacan je..hehehehe

Pastu kan, ada 1 pek lagi gelnya dah tak macam gel
Tapi cam air...
So bila dibekukan, cepat aje le dia cair
Ni la ice pack aku yang bermasalah...

So gaji bulan ni nekad nak beli ice brick pulak bagi menggantikan ice pack 
[dah berbulan baru ko nak terfikir ke????]
Idak le... aku ni kan kedekut... selagi boleh pakai, aku pakai je..
Tapi ni cam dah nazak dah ice pack tu
Yang bocor dah makin menipis, yang cair pulak kejap je bekunya
So dapat gaji, terus servey ice brick
Sekali lagi beli brand AUTUMNZ... tu pun cari seller yang jual paling murah
Jumpa jugak kat Mudah.My


Hijau & aku berpisah tiada...
Tada...
Ice brick baru...
Harga RM15 + postage RM7
TOTAL = RM22

Ice brick baru sampai semalam... eksaited ko...
Harap2 bertahan lama la ye..



#THROWBACK# - PETROSAINS

Ni nak citer masa cuti sekolah bebaru ni
Kesiankan anak2 sebab tak di bawa berjalan2 kan
So aku decide bawa anak2 ke Petrosains je
Tapi malangnya hasben tak dapat folo... sebab dia kena keje
Padan muka dia...hahahaha
Amira & Jasmin aku tak bawa la kan... so tinggalkan dengan babysitter
Biar la aku spend masa dengan Aleeya & Adib je

Last time pegi Petrosains, masa aku bertunang dulu
Lama tu... dah lebih 10 tahun kot
Aku pun ingat2 lupa cemana rupa Petrosains tu

Memandangkan aku ni fail bab2 selok belok di KL
So aku decide naik LRT je [tu yang malas bawa baby]
Dah le aku sorang2 je tanpa hasben nak handle anak2 kan
OOOO... aku belum ada kekuatan itu ye..
Bawa budak yang dah besar ni kira tak le letih sangat
Tapi cabaran juga bila bawa anak2 berlainan jantina ni
Especially bab2 nak ke toilet & surau

Muka orang2 yang nak berpoya2


Dari Batang Kali aku drive sampai Wangsa Maju
Sebabnya... nak pi pekena puri ngan teh tarik kat NZ Curry House
Alhamdulillah, dapat merasa lagi 
Aleeya pun aku suruh dia try makan puri, Adib je nak makan roti telur

puri & teh tarik - my perfect combo 


Tapi sebab nak berjalan punya pasal kan
Anak2 aku bukan nak makan sangat
Sorang makan separuh je
Last2 aku la tukang perabihkan makanan depa

Lepas makan aku terus drive pi LRT Jelatek
Aku prefer parking kat situ sebab parking banyak & luas
Sampai stesen LRT singgah toilet dulu
Sempat wefie dalam toilet lagi
Adib tu aku suruh masuk toilet pompuan..hehehehe
Nasib baik la takde orang
[cermin tu sebelah pintu masuk toilet je sebenarnya]

Naik LRT ni, takde la kena tunggu lama cam naik komuter
So tak sampai 10 minit dah sampai KLCC
Sampai sana aku main gamble je nak cari Petrosains tu
Seingat aku Petrosains tu kat tingkat atas2
So takyah pening2 kepala, pi cari lif je... senang cerita

Tu dia signboard tepi lif
Petrosains di tingkat 4 ye



Time aku pegi tu agal awal, so takde la ramai lagi orang kat Petrosains tu
Sampai2 depan entrance terus boleh beli tiket
Harga tiket tak mahal pun
Dewasa = RM15, Kanak2 (3-12 tahun) =RM5 
ni harga untuk pemegang Mykad sahaja ye

So total harga tiket untuk kami bertiga =RM25 sahaja...


Nak meneroka Petrosains tu memula kena naik kenderaan khas
Tapi best la, rileks je layan tayangan sepanjang perjalanan tu
Pastu bila dah sampai destinasi, baru la kita boleh teroka by foot pulak

Dah namanya Petrosains kan, so harus le semuanya adalah berkaitan sains
Ok la untuk bawa budak2 baya anak2 aku ni 
Banyak benda diaorang boleh belajar
Kalau bawa yang baya2 Amira & Jasmin tu, apa la yang deme tahu kan

Ni tengah try kamera infrared


Rupa kami melalui kamera Infrared
Dah macam citer Predator lak..hahaha


Ni anak2 aku tengah try fenomena ribut taufan
Nak rasa kelajuan angin semasa ribut yang berkelajuan 100++kmj


Siap pegang tudung takut tercabut...



Ni pulak infinity mirror
Beria nak tangkap gambar dengan angle2 yang menarik
Tapi udah dikerumun dengan budak2 yang datang rombongan
Bukan kerumun aku tau, tapi kerumun kat cermin tu la
Sama2 menjakun cam aku...hehehehe



Pasni kitaorang menjelajah ruang prasejarah pulak


Tu belakang tu ada dinosor besar
Tapi tak scary pun....
Nak tangkap gambar dekat2 dinosaur tu, ramai la pulak orang
Dari kejauhan pun jadi le

Tuan blog pun nak posing jugekkkk
Dalam banyak2 gambar aku, ada sekeping dua je yang elok
Lain2 semua gambar gegar [anak aku yang tangkap kan]
Pengkhianatan apakah ini????
Tapi dalam gambar ni aku nampak kurus kan???? [ai like]

Next kitaorang sampai kat area hologram ni
Dasar menjakun anak beranak kan...
Tengah menadah benda2 yang berjatuhan...
Patut aku buat video kan... baru la nampak cemana bendanya..


Konon2 dikelilingi  rama2


Aku pun menjakun juga...
Nyesal pulak buat camni.... terserlah kegemukanku
Benci!


Pas main kat hologram tu, kami naik simulator kapalterbang
Kena bayar la sorang RM3
Takpe la sekali sekala kan
Simulator tu konon2 kita cam dalam kapal terbang la
Siap ada skrin dan kita nak tembak2 dengan kapal angkasa alien
Cam dalam video games pulak 
Pening weh duduk dalam tu
Nasib la 10-15 minit je...

Ni pulak kat pelantar petroleum
Belajo la sikit bab2 memproses minyak
Ni Adib baru lepas jawab kuiz [dapat le markah 4/7 je]


Ni part yang Adib paling suka
Ada la permainan untuk race kereta tapi ramai pulak budak2
Jadinya tak sempat la Adib nak main
Tengok2 pun jadi la ye Adib

Dah habis jalan2 dalam tu  nak keluar kena naik balik kenderaan khas tu
Beratur la menunggu giliran kan
Diam tak diam dekat 3 jam juga kami dalam Petrosains tu

Sebelum turun tu nampak lak signboard Petronas Street Smart
So kami singgah le....
Takde la apa aktiviti pun dalam tu, cuma tentang kesedaran jalan raya je
Patutnya ada show petang tu, tapi aku malas nak tunggu
Kasi anak2 main kejap dalam tu je

Ni Adib tengah memandu kereta
Slow and steady je konon.. tapi last2 eksiden juga..hehehe

Pastu kami terus turun lif untuk balik ke LRT station
Takde la nak jalan2 dalam Suria KLCC tu pun
Kalau ikutkan nak juga jalan2 lagi kat park tu ke
Tapi sebab masa kan... so balik je la
Lagipun kami tak lunch lagi, so balik ke Jelatek, terus lunch & terus balik rumah

Tu je la aktiviti percutian anak2 aku
Tunggu cuti bulan 6 ni pulak
Nak gi mana ek???












Friday, March 27, 2015

MEPS PUN KENA GST OI...

Lagi cerita GST
Sampai naik mual la kome dok baca entry pasal GST
kof..kof..kof..
Apa nak buat aku takde idea nak buat entry
Just nak share la apa2 info pasal GST yang aku tau
[Maybe korang lagi terer dari aku]

Pagi tadi on the way pegi keje, dengar la berita kat radio
Sebelum ni dah kecoh dah kat fb ngan whatsapp  kata kalau withdraw duit kat ATM, kena caj GST
Rupa2nya hanya perkhidmatan MEPS sahaja yang dikenakan GST
Itupun atas transaksi ye... bukan atas jumlah duit yang dikeluarkan


Sebelum ni kalau korang cucuk duit guna perkhidmatan MEPS, kena caj RM1 kan
GST hanya dikenakan atak RM1 tu sahaja ye...
Lantak la kome kuarkan duit 10 ribu pun, GST hanya atas RM1 (caj MEPS) tu sahaja
[Eh boleh ke kuarkan 10 ribu sekaligus kat ATM??? hehehehe]

So pasni, cucuk la duit kat bank yang kuarkan kad ATM korang tu
Maksudnya, kalau korang pakai kad MAYBANK, pi la cucuk kat ATM Maybank
Jangan pi cucuk kat ATM CIMB/RHB/BANK ISLAM etc pulak

Tapi kalau dah takde pilihan, cucuk je la kat mesin ATM yang ada
Daripada takde duit kannnnn
Ala, kalau RM1 tu, korang baru kena GST 6 sen je... rilek la...
[Tapi kalau dah 100 kali cucuk duit guna MEPS, lagi banyak la GST kome kena]
So pepandai la ejas masa & jumlah yang nak kena cucuk kat ATM
Sebulan lebih 4 kali cucuk pun, kena caj 5 kupang pulak untuk setiap pengeluaran seterusnya

Macam aku, aku cuba limit withdrawal aku 2-3 kali je sebulan
Dan aku hanya akan cari mesin ATM Maybank [sebab aku guna akaun Maybank]
Sekali cucuk memang keluar banyak terus sebab pastu terus nak bayar hutang piutang bagai
Aku pulak memang bukan jenis rajin nak mengulang ke mesin ATM tu
So pandai2 la korang manage duit korang...hehehehe

Info boleh baca sini ----> Hanya perkhidmatan MEPS dikenakan GST







Wednesday, March 25, 2015

HATI-HATI DENGAN MAYBANK2U

Sekarang ni tetiba menjadi2 pulak orang dok menipu melaui link Maybank2u
Dari dulu dah ada kan benda ni
Pastu senyap kejap
sekarang dia datang balik

Modus operandi diaorang macam2
dia email la, dia call la, sms la
Huish.. kalau dasar penipu nak sapu duit orang memang macam2 cara


Yang latest aku dapat melalui email aku
Tajuk email tak agak2 kan... FINAL NOTICE lagi
Ha, kalau camni jangan gatal tangan nak tekan dulu link tu
Cek dulu link tu betul ke dari maybank kan
Just bawa je cursor ke ayat yang dihighlight tu
pastu tengok link dia kat bawah (yang aku letak arrow tu)
Tak nampak ye.. jap aku zoom

Ha nampak??
Ke link tv5.com pulak... bukannya ke Maybank2u.com pun
Nampak beno menipunya (baca ala Usop Wicha ye)

So korang please hati2 ye
Sebab ramai dah terkena dengan scam cam ni
Klik2 sekali duit dalam akaun dah kena rembat... bahaya tau!

Lagi satu kalau dapat call konon2 call dari bank ke apa ke, sila hati2 juga
Jangan suka suki je pi bagi no credit card @ debit card korang tu
Silap2 lesap duit dalam akaun tu
Kita susah payah cari duit, diaorang senang2 je kebas duit kita
Konghajo tul!


Tuesday, March 24, 2015

BARU 2 TAHUN DAH PANDAI KAYUH BASIKAL

Ini budak sudah gedik mau naik basikal tau
Ada satu hari tu  selamba je si Amira naik basikal duduk kat carrier belakang tu
Sambil basikal dikayuh oleh Aleeya
Huh.. berderau juga darah tengok.. risau kalau dia jatuh @ kaki dia termasuk dalam roda basikal
Walopun slow je Aleeya kayuh basikal tu, tapi hati mak mana la yang tak cuak kan
Dah tu bukan basikal kecik tau, tapi basikal orang besar

Ni le basikalnya...
Basikal aku tu tau...


Hujung minggu lepas, tah apa angin si Adib
dia kasi pulak Amira naik basikal dia
Pastu siap tuntun basikal tu 
konon2 cam Amira kayuh basikal le
Mengekek2 si Amira ketawa
Suke le tu...

Sampai terpejam2 mata  bila bergambo..hehehehe

Sempat lagi buat ku puteh vs peace
Trademark tu weh!!



Abang dah boleh harap layan adik
Ok le tu...
Boleh mama korang layan fesbuk, IG, wasap segala dengan tenang dalam rumah

ALKISAH IRON....

Aktiviti hujung minggu aku, mesti la berkepit dengan iron selama 2-3 jam
Menggosok baju seragam suami & anak2
Tu tak termasuk baju kerja aku lagi
Mau tambah lagi sejam gamaknya..hehehehehe
Malas punya pasal, baju aku selalunya aku iron pagi2 sebelum gi keje
Kalau lagi malas, cari je baju yang tak payah iron..

Ok memandangkan iron tu rakan karib aku setiap hari Ahad (selalunya la)
Maka aku memerlukan iron yang best & boleh hilangkan kedut2
Especially kedut2 degil kat baju cotton
Itu la masalah aku yang paling stress nak handle

Sebelum ni aku pakai iron dolu2 (mak aku punya)
Ala.... iron yang berat cap National tu..
Tahan lama ooo iron ni.. dah makan puluh tahun umurnya rasanya
Tapi tang berat pastu selalu melekat sampai berlubang baju 
[kalau panas sangat suhunya]
Tapi kalau tak panas, tak hilang pulak kedutnya tu
Pastu ada masa mereng, suhu tak tinggi pun, melekat juga 

Pastu aku beli iron steam... cewah...
[ekceli tak beli pun, redeem point credit card je..]
Konon2 tugasan iron baju akan lebih mudah
Sebabnya steam iron ni kan ke ringan
Tapi masalah guna steam iron ni, kena selalu isi air la dalam tempat air kat seterika tu
Hehehehe...
Everytime nak iron baju, sure aku usung satu jug beso air paip..hahahaha
Tapi yang best, adegan kain melekat kat seterika tak pernah berlaku...setakat ni le

Ha kau... baru introduction
Ok, selama penggunaan steam iron yang tak sampai 2 tahun tu
Aku pernah jatuhkan iron tu 2 kali
So ada la retak sikit...
Pastu, minggu lepas, si Aleeya nak gosok tudung dia
Dia jatuhkan seterika tu sebanyak 3 kali
Sonya, iron aku dah umpama retak menanti belah jadinya

Nampak tak sampai patah muncung plat pemanas tu  (dalam bulatan tu)
Pastu kat bahagian bawah pulak memang dah terkopak
Sampai nampak wayar2 dalam tu

Ni aku zoom zikit... nampak tak wayar2 tu

So Ahad lepas, aku nak iron baju
Sekali bila isi air dalam iron, air tu meleleh2
Banyak lak tu, sampai basah le baju yang nak kena iron tu
Tapi yang paling aku risau, air tu masuk kat tempat retak yang ada wayar2 tu
Hish.... takut aku kena renjatan letrik
Last2 cabut plug iron, terus pi masuk stor, cari seterika lama

Siap berabuk tu... sebab dah lama tak pakai
So iron berat ni dah back to service

Hari ni ada sales kat LAZADA
Nak pi terjah cari iron murah2...huhuhuhu





Monday, March 23, 2015

BIJAK GST : CONTOH RESIT BILA BELI BARANG DAPUR

Minggu depan dah start GST weh
So hari ni nak share pasal resit pulak
Saja letak tajuk resit bila beli barang dapur
Sebab itu yang paaaaaling penting untuk suritakrumah cam aku

Kalau satu item je, senang je nak tau kena GST ke idak
Resitnya pun sangat direct


Tapi bila bab barang dapur memang selalu beli sekali banyak kan
Kalau aku lak, sekali beli barang dapur memang cecah 3-4 ratus sekali beli
Seperti yang kita semua tahu, tak semua barang kena GST kan
So bila beli barang dapur, cemana nak tahu item mana kena GST, item mana yang tak kena GST??
Kalau takde tanda syok la peniaga semua barang dia charge GST atas pengguna kan
Kita la yang teruk... ye dak???

Ini adalah contoh resit yang sepatutnya

1] Make sure kat resit ada NO CBP @ GST ID peniaga -hanya untuk peniaga yang caj GST sahaja ye
[maknanya kalau dia takde NO CBP @ GST ID tu, dia takleh caj GST pada kita tau]

2] Mesti ada simbol yang membezakan barang yang kena GST & yang tak kena GST


Ini lagi satu contoh resit barang yang kena GST 

Ok, sama2 kita dapat elakkan diri dari ditipu
Bab2  menaikkan harga ni memang peniaga suka sangat
So kita yang pengguna ni kena la sentiasa alert ok...



AMIRA TURNS 2

Alhamdulillah
Semalam genap la umur Amira 2 tahun
Yup... semalam (22-03-2015) adalah birthday Amira
Kejap je kan....

My cute daugter dah besorrrrr
Makin banyak ragam dia tau..

Semalam tak dan nak update kat blog
(hujung minggu memang idak le aku nak apdet blog)
So takat publish kat IG & FB je




Terima kasih pada semua yang wish birthday & mendoakan Amira
Muah Cikeddddd [on behalf Amira]


Friday, March 20, 2015

PAGI-PAGI DAH CARI BOLA

Minat sungguh si Amira dengan bola lately
Asal celik mata je tanya bola
Tak kira la bole kecik ke bola besar

Haritu Adib dapat bola kecik 
pastu si Amira main... punya la suka dia
Bola tu besar kecik je, muat2 genggaman tangan si Amira je
[besar sikit dari guli]
Tapi kena monitor gak takut dia masukkan dalam mulut
Amira punya berkenan bola ni sampai tidur pun tangan dok genggam bola tu

Pastu ada bola yang besar sikit
Bola ni selalu la dia main kat luar rumah
Main sepak2  
Dulu main dalam rumah tapi sejak dah buat main kat luar 
dah tak bagi bole tu bawa masuk dalam rumah
Dah kotor dengan tanah, siap melantun masuk longkang bagai
So bola ni letak kat luar je
Pagi2 sebelum pegi rumah babysitter, si Amira main la dulu bola ni kat luar rumah
Kalau tak Amira yang main, Adib ngan Aleeya la yang main


Ha, bangun tidur terus menonong ke luar
[kalau pintu dapur bukak la]
Muka tak basuh, rambut tak sikat, terus cari bola

Kalau suh posing, bukan main lagi menyenget badan tu



Sambil tu nak buat peace



Last sekali mesti buat Qu Puteh, Qu Puteh...hehehehehe



Thursday, March 19, 2015

PANASNYA MALAM TADI

Sekarang cuaca panas kan
Siang terik, malam berbahang
Lemas duduk dalam rumah pun ye jugak
Nak bukak pintu / tingkap takut nyamuk pulak
Bukak aircond pun tak rasa sejuk


Sekarang tiap2 malam mesti on aircond
Lepas maghrib je terus on aircond
Pastu buat auto swith off  pukul 2 pg

Pastu hasben aku balik keje kul 2.30pg, dia on balik aircond
Sampai la ke Subuh... 
Tapi memang ye pun, even kul 3 pagi, panas membahan
walopun kipas dah pusing sampai no 4/5
Mampus nak bayo bil letrik nanti woiii
Dah le kena GST...


Tuesday, March 17, 2015

TIPS GST... JANGAN SAMPAI TERTIPU

Tak sabar nak tunggu 1/4/2015
sebabnya GST akan dikuatkuasakan... hehehehe
Suka tak suka pun kena terima la perubahan kerajaan ni kan

Semalam beli lunch kat kedai mamak
tapi bukan aku yang pegi la tapi opismate yang belikan
Sekali bila dapat resit sudah appear GST 6% ko...
Awal beno dah implement GST ni kan
Tapi ni kat resit je le sebabnya masih bayar harga sebelum GST
Maybe nak prektis kot sebelum GST start
Kalau dia dah caj GST tu semalam, nak je aku report kat kastam tu..huhuhu


Untuk mengelakkan pengguna2 cam kita ni kena tipu
ni aku share serba sedikit tips GST
[aku malas nak taip semula so aku printscreen je la]




TUNJUK PERASAAN @ 7 BULAN

Khamis lepas, genap le si Jasmin 7 bulan
Badan cinonet juga cam Amira
Pi timbang berat takmau naik2
Walhal makan punya la banyak...
Tapi tak kisah la... janji dia sihat & cergas
Udah pattern anak2 aku jenis takmo gemuk2

Makin besar makin kuat tunjuk perasaan tau si Jasmin ni
Dah tu tak boleh kena tinggal sorang2
Mesti nak melalak kalau orang tak pedulikan dia



Ni dia mengamuk sebab aku  tak nak dukung dia
hehehe...



Kadang2 bila dia jadi mangsa buli Amira pun camtu jugak dia melalak
Adoi la adik..sabo ye sementara nak besar..

Monday, March 16, 2015

BAIK TAK PAYAH KASI

Jumaat lepas, biras aku buat kek
Kebetulan hari tu dia cuti
Agaknya Aleeya ada tolong dia buat kek
So dia bagi la satu tapawe kek kat Aleeya suruh bawa balik rumah
Aleeya siap cakap kat aku yang  kek Mak Long tu tak berapa jadi
Pada aku means tak jadi tu maybe bantat @ keras la kan

Dalam lepas2 Isyak camtu tetiba perut rasa lapo pulak
Pegi la dapur nak buat air
Tertengok tapawe atas meja
Rasa cam nak jamah le kek tu
Sekali bila buka tudung tapawe
Camni ha rupa kek tu

Tak nampak cam kek pun
Cam serdak & kerak ke je..

Terus cam takde mood nak makan
Tapi sebab lapo, aku jamah juga le sikit2

Kalau korang le kan, kalau benda2 korang masak tu tak jadi
Tergamak ke korang nak bagi orang??
Kalau aku, aku malu... 
Even pada hasben aku sendiri, kalau dah teruk benar kejadian masakan aku tu
Memang aku terus buang je
Macam tak senonoh je kalau nak bagi kat orang kan
Takpun jadi modal laki aku nak membahankan aku 8 keturunan...hehehehe

Ada pulak yang kata, kalau bagi benda2 camni maybe ada kaitan dengan ilmu hitam
Hish... Nauzubillah la kan
Aku cuba untuk HUSNUSDZON je la pada biras aku tu
Maybe dia sayang nak buang benda makan kot
So sharing is caring le gamaknya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...