Friday, February 27, 2015

SENGAL KE KREATIF???: HOW TO STAND YOUR HANDPHONE USING OFFICE SUPPLIES

Tajuk takleh blah langsung
Bila aku tinggal sorang2 camni la jadinya
Ada je nak buat benda pelik2
Pada aku pelik la sebab aku tak pernah buat...wakakaka

Ok, back to main title
Panjang sungguh kan.. siap bahasa omputeh lagi
Dalam bahasa pasar
CAMNE NAK BUAT STAND HANDPHONE GUNA BARANG2 KAT OPIS?

Sebenarnya benda ni terjadi secara tak sengaja
So as long as ada fungsinya, kira ok la tu kan
Asalnya aku nak betulkan tudung
Awak takde cermin kat meja, so guna je la handphone
[tengok reflection kat henfon je]
So bila nak betulkan tudung, sebelah dah pegang henfon  (read: cermin)
Sebelah tangan lagi baru boleh bega tudung
Disebabkan payah tak boleh nak guna dua2 tangan
Mula la melilau otak fikir cemana la nak berdirikan henfon ni
Dah le tepon aku tu takde casing yang boleh bagi tepon tu berdiri kan

So, inilah hasilnya...
Hanya gunakan apa yang ada atas meja aku...hahahaha
2 benda ni je aku guna 
Apa namanya benda ni ye?
2 plug pin converter kot [main taram je aku ni]
Alahhhhh... benda yang korang taruk kat plug kalau nak pakai plug 2 pin tu

Kenal benda ni?? 
Puncher a.k.a penumbuk eh silap
Penebuk lubang tu je...

Takyah susah2 nak DIY bagai
Camni cara penggunaannya ye adik2
Sangat senang & mudah
TADA.....
Letak je tepon celah2 kaki plug converter tu
Seksi sungguh LENOVO 6 inci aku ni bergaya
Ini secara horizontal a.k.a melintang ye



Kalau nak menegak @ vertical pun boleh juga
Tapi ada skil tambahan sikit
Penggunaan puncher diperlukan disini
Untuk memberatkan bahagian depan plug converter tu
Sebabnya kalau tak tindih, handphone akan terbalik ke belakang
Lagipun tepon aku kan beso, so berat sikit la kan


TAPI!!!!! ada solution lain juga untuk buat stand tepon secara vertical ni
Paling senang... buat je camni
Terbalikkan puncher, pastu letak le la tepon korang camni
Tapi dia jadi tak condong sangat la

So untuk korang yang takde handphone stand, boleh la teknik sengal aku ni
Good Luck!


PARI-PARI SYURGA

Salam Jumaat semua
Dah Jumaat dah rupanya
[yey esok cuti]
Ha yang lelaki jangan lupa @ buat2 lupa solat Jumaat pulak 

Nak belanja satu gambar anak dara aku


Gambar atas tu siap ada air liur meleleh lagi tau
Cekak tu Aleeya yang punya dulu
Sayapnya je dah tah ke mana

Kelmarin masa ambik dia dari rumah babysitter
Babysitter kata dia dah tumbuh gigi
Aku pun raba gusi dia, emmmm memang dah ada tumbuh sikit gigi bawahnya
Sejak malam itu, breastfeeding is a nightmare!!!!
Oooh Jasmin.. please don't hurt mummy...huhuhuhu

Thursday, February 26, 2015

MELAWAT PLANETARIUM NEGARA PULAK

Lepas keluar dari Taman Burung, 
ingat nak le gi ronda2 Taman Rama2 ke, 
Tugu Negara ke, Lake Garden ke
Tapi sebab dah lapo, mula la nak cari tempat makan

Keluar je dari simpang Taman Burung tu
ternamak signboard PLANETARIUM NEGARA
terus la Aleeya ajak singgah situ
Hasben aku pun terus masuk simpang ke Planetarium tu
[Perut berkeriok pun tahan dulu la]
Sebab tak pernah pegi, singgah jugak le kan
Bagi anak2 seronok

Nasib la tak ramai orang, parking pun senang
Tapi cuaca panasnya usah citer
Cepat2 nak masuk Planetarium tu sebab nakkan ekon
Kami tak beli tiket nak menonton tayangan pasal angkasa2 ni pun
So masuk ke ruang pameran je
FREE je
[Pada aku yang penting masa tu AIRCOND je....]

Dalam ni macam2 la pasal planet, angkasa dan yang sewaktu dengannya
Adib & Yaya suka la
Aku pun suka juga tapi sebab melayan baby, takleh nak concentrate sangat nengok benda dalam tu

Sapa yang selalu tengok movie @ dokumentari pasal angkasa lepas, mesti selalu ada benda yang kat belakang Adib tu kan..

Pastu ada satu section untuk melihat & merasai suasana dalam roket
Konon2 boleh la fefeeling jadi angkasawan cam Dr Sheikh Muszaphar tu

Ni angkasawan ke alien??
Sebab ada dua muka..hehehehe

Ne hasben aku fefeeling angkasawan tengah tido
Tu la beg tido astronaut dalam spaceship/rocket
Zip tu dah rosak tu yang hasben aku terpaksa pegang tu..

Ni pulak toilet dalam roket
Ni Aleeya dok demo cara2 berak di dalam kapal angkasa ye kawan2


Budak ni bukan menangis takut ke apa
Tapi sebab suruh orang dukung dia
Dah boring duduk dalam stroller le tu


Ni konon2 masuk majalah le 
Konon2 ada kat Planet Marikh le gamaknya...


Ini dia sut angkasawan
Tengok pun cam berat je sut ni

Jenuh nak ejas pose suh kasi nampak kurus
Nasib la Adib tangkap gambar tak gegar kali ni..
huhuhu..

Father & Daughter
[Tak reti senyum tul hasben aku ni kalau bergambar]

Memandangkan kat sini pun jam dah pukul 3 lebih
Terus kitaorang singgah solat Zohor kat sini
Suraunya selesa & bersih walopun tak besar sangat

Lepas solat, terus nak cari tempat makan
Tapi bila masuk kereta je si Amira & Aleeya tidur la pulak
Kalau terganggu tido tu, merengek pulak si Amira tu nanti
Last2 terus hasben drive balik Batang Kali
Tapau je makanan, makan je la kat rumah
Ha kau... kul 5 petang baru kami lunch tau!
Jalan jauh2 sampai ke KL, alih2 balik makan di Batang Kali juga..hehehehe


Wednesday, February 25, 2015

JALAN² CUTI CNY @ TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Cuti Tahun Baru Cina bebaru ni kan panjang
Ramai la yang balik kampung ye dak???
Aku tak balik Ipoh pun sebab hasben kena keje hari Sabtu
Lagipun kalau dah namanya cuti panjang, jalan memang jemmmmmm teruk kan

Disebabkan nak mengisi masa cuti dengan aktiviti yang best
Aku ajak hasben bawa anak2 jenjalan
Memula konon nak bawa gi I-City tapi fikir2 balik kosnya tinggi bebeno
Dah le mengusung 2 orang budak kecik kan.. ish..ish
Last2 aku sajes pergi Taman Burung KL je
Hasben ajak gi Zoo tapi aku cakap pergi la tempat yang tak pernah pergi lagi

So pagi Khamis tu off we go to Taman Burung
Masing2 eksaited.... Adib & Aleeya pun apatah lagi
Siap bangun awal ko....hehehehe
Eksaited punya pasal, breakfast pun tak nak..
Dalam pukul 9.30pg kitaorang gerak dari Batang Kali


Jom pegi jalan2..
[Jasmin di mana??? Dia di ribaanku..hahahaha]

Sempat selfie lagi dalam kereta ye...

Taman Burung tu tak le jauh sangat dari Batang Kali
Dalam sejam sampai la
Lagipun jalanraya di KL memang clear habis....
Kalau hari2 camtu kan best...
Lancar je perjalanan
Dalam kul 11 kitaorang sampai ke Taman Burung

Parking memamg limited la kan...
So pandai2 kome la merancang masa perjalanan kome tu
Di entrance nak masuk Taman Burung
Sebelum masuk sila beli tiket dulu ye
Untuk warganegara : Dewasa RM25, kanak2 RM12


Sementara abah gi beli tiket, kita posing dulu ye
Ha nampak tak kena bawa 2 stroller ko
Kalau tak letih la mendukung si Amira
Memula tu dia taknak juga duduk dalam stroller
Dah pujuk2 baru la nak
Jasmin??? Steady je dia...

The girls...

Mula masuk Taman Burung, udah disambut dengan pekikan burung merak
Pastu ada Lovebirds yang comel2 berterbangan bebas
Dalam Taman Burung tak semua burung dalam sangkar tau
Dalam sangkar cuma yang jenis rare je kot
Yang lain2 memang bebas merayau2 dengan kitaorang
So jangan pelik tetiba ada taik burung jatuh atas kepala ye...hahahaha


Ni je gambar kami berdua yang ada..
Nampak tak burung2 yang bebas berkeliaran tu??
Tah apa spesis burung tu tah


Burung merak memang bersepah2 la
Jinak2 le pulak
Kebetulan yang ni tengah mengembangkan ekornya yang cantik tu
Cepat2 tangkap gambar

Taman Burung ni memang luas tau
Dah le hari panas, kena jalan kaki lak tu
Haus usah cerita, memang kena bawa air masak banyak2 tau
Kalau nak beli dalam tu pun boleh, tapi harganya mahal berganda2 la
[Tips: bawa air masak & makanan banyak2 je... tapi pandai2 seludup la ye buh dalam beg ke apa, sebab memang takleh bawa makanan dari luar]

Walaupun panas, ada juga kawasan yang redup2
Pokok2 memang banyak la
Pondok pun banyak, so penat jalan boleh la duduk rehat

Amira dah mengantuk la tu
Memang pesen dia kalau nak layan blues, kena hisap jari



Ni lepas bagi makan, jalan2 sikit terus dia tidur
Tak banyak ragam le bawa Jasmin
Amira je macam susah sikit.. tak biasa agaknya tido dalam stroller

Percubaan tangkap gambar bertiga yang GAGAL!

Pukul 12.30tgh ada show tau kat ampiteater
Tapi kitaorang sampai area tu sebelum kul 12.
Bagi budak2 main playground kejap, pastu malas la nak tengok show
Orang pun ramai lak tu.. dah le panas
So kitaorang decide teruskan perjalanan saja...
Banyak lagi tempat nak teroka... Cewah!

Ni kat salah satu kawasan berhampiran ampiteater tu
Ada waterfall yang cantik [tu kat belakang Adib tu]

Wefie pulak la...


 Turun dari area waterfall tu, nampak burung merak ni tengan nak kuncupkan sayapnya
Cepat2 nak buat video
Sekali terbuat GIF pic pulak... layan je la...

Pastu kitaorang ronda lagi dalam ni
Duduk dalam ni ada la dekat 2 jam kot
Rasanya berbaloi la dengan harga tiket yang kitaorang bayar
Dah namanya Taman Burung, so akan jumpa burung2 sahaja la ye
Ada kadang2 je ternampak monyet
Pastu ikan2 di dalam kolam...
Kalau nak tengok singa ke, cicak koben ke, biawak ke.. 
Memang nan hado la ye
Zoo sana pigi aaaaa.....


Tanda sudah sampai ke Taman Burung ye...
[Kena pakai tag ni sebelum masuk ye]

CHARLIE & THE ANGELS... 
Hehehehehe...

Ok la dalam kul 2.30ptg kitaorang pun keluar dari Taman Burung
Lapo usah cerita la kan...
Padan muka tak makan berat2 pagi tu...










Monday, February 23, 2015

BERSUNAT

Salah satu aktiviti cuti  CNY tahun ni
Orang lain pi jalan2
[kami pun pi jalan juga.... nanti aku update]
Dah alang2 bercuti, bawa la Jasmin pi bersunat
Kang lengah2 kang takut terlupa
Pehtu sedar2 dah beso lak anak dara aku ni
Nasib la klinik tak cuti juga..hehehehe
Petang semalam telah selamat di"sunat" kan

Hai!!! Saya dah beso
[Geram tengok kaki kemetot ni]

Waktu sunat biasa la menangis sikit sebab kena toreh kan
Tapi sekejap je..
Dia melalak kalau orang tak angkat dia lagi kuat dari kena sunat
Banyak drama la ko dik....

Senyum lak dia


** Tengah ambik mood nak mengarang.. Nak update pasal cuti2 CNY..
Tunggu ye...

Friday, February 20, 2015

SALAM JUMAAT

Tahu semua tengah mood bercuti
Malas nak taip panjang2
Sekadar  untuk renungan bersama




Thursday, February 19, 2015

GAMBAR GERAK-GERAK

Seronok lak bila dapat buat gamber gerak2 ni
Ingat ada dalam cite Harry Potter je ke??
Kita sendiri pun boleh buat..... 
kalau menggunakan apps yang sesuai

Ha gambar yang gerak2 tu selalunya dalam format GIF kan
Haritu saja instal GIFMe camera kat playstore
Eh eh.. best pulak buat gambar gerak2 ni
Cam short video pulak

Ni Amira baru bangun tidoq
Terus buat peace


Jasmin pulak memang pesen suka hempas muka ke tilam



Kelakar la pulak gambar2 ni
Ingat nak hantar whatsapp kat hasben
Sekali rupanya Whatsapp tak support format GIF ni
Dia dapat gambar tak gerak2 le...
IG pun tak support rasanya
Nasib la blogger support format ni
Boleh la aku abadikan gambar ni kat sini...hehehehe

Wednesday, February 18, 2015

REZEKI ANAK2 SEMPENA TAHUN KAMBEN

Salah seorang bos aku ni Chinese tau
Memang akan bagi angpau kat anak2 kitaorang kalau time CNY
Siap pesan "ini anak punya aaaa"
Hehehehehe....

Alhamdulillah rezeki anak2 aku
Tahun ni dapat 4 sampul
Sebab dah 4 anak kan....
[tetiba terasa ramai lak anak aku...hahahahaha]

Thank you boss!
Semoga tahun ni bisnes lebih baik dari tahun lepas
Boleh la mama dapat bonus pulak 

BERSIN

Sekarang ni musim2 batuk & selsema kan
Budak2 pun ramai je yang demam
Aku pulak asyik terbersin & terbatuk2

Tapi bila dapat bersin tu kan 
rasa lega kan...
Achom..achom je 
Kadang2 kuat sangat bersin sampai rasa bergegar kepala otak

Just sharing & juga as reminder pada diri sendiri

Jom betulkan yang biasa
Biasakan yang betul..

Tuesday, February 17, 2015

JASMIN'S FIRST FOOD

Yeay.. Jasmin dah genap 6 bulan
Dah boleh bagi makan....
Eksaited mak ko...
Dulu masa Amira pun camtu juga
Eleh... seminggu pertama je aku eksaited pun
Masuk minggu kedua, semuanya hanyut....
Balik2 nestum, balik2 bubur nasi
Takpe kali ni kita tengok "R" mama singgah berapa lama

Untuk permulaan, konon mama nak buat puri carrot
Tapi nunggu budak ikan datang, carrot takde katanya
Ada labu je... Labu pun labu lahhhhhhhhhh

Nak bagi lagi sedap, tambah kismis sikit
Lepas stimkan labu, kasi sejuk jap pastu blend je..
Habis semangkuk Jasmin makan
walopun memula tu terkulat2 muka dia 
Ye le kan.. fes time merasa benda lain selain susu nenen kan
Balance kita simpan buat stok untuk hari2 seterusnya


Untuk hari kedua pulak, buat puri buah pulak
Siap suh hasben gi kedai beli buah
Kali ni buat puri epal + pear pulak
Yang ni laju je si Jasmin makan... sedap gamaknya
Manis2 buah kan... 
Cam biasa, ada balance buat stok juga

Selain tu, aku dah standby beras blender untuk buat buat bubur nasi
Kekdahnya senang je... kawan aku ajar
Basuh beras, toskan, pastu goreng tanpa minyak
Bila dah agak2 garing, kasi sejuk pastu blender kering sampai halus
Pastu simpan dalam bekas kedap udara
Bila nak masak, ambik la berapa sudu kome nak pastu masak cam biasa
Masa memasak lebih singkat sebab beras dah hancur kan
Dah jadi cam nestum beras tu...
Kalau rasa tekstur tak berapa halus, bila bubur dah masak
blend je lagi sekali supaya betul2 halus
Idak le anak tu tercekik nanti..

Ok tu je nak citer
Esok nak buat puri apa lak ye??


OK FINE... AKU PUN GEMUK JUGA !

Standard la lepas kahwin, berisi sikit
Standard la masa mengandung gemuk
Standard la lepas beranak gemuk
Standard la menyusu anak - gemuk
[aku tak pernah lagi kurus bila menyusu anak- sebabnya asyik lapo je memanjang..hehehehe]

Ate???? Bila masa kurusnya???
Malas nak fikir la... 
pic kredit to fb

Terima la diriku seadanya
Ok la... aku gemuk dah sekarang ni


From size S,M to L, kadang2 terfit juga saiz XL
Redho je la...

Atenya...bila nak dapat body Miranda Kerr ni??
Tak dapat body Miranda Kerr, body Mariah Carey pun boleh la
[verangan la ko Esah!!!!]

Nasib la hasben tak manggei aku oi GEMUK cam hasben sapa tah kat dalam fb tu [yang tengah viral tu]
Kalau dia panggil gitu, meh aku hempap dengan betis balak aku ni...huhuhuhu

Monday, February 16, 2015

HIJABSTER CILIK

Hijabster sangat tau...
Walhal serelum tudung Aleeya yang dulu je
Tudung masa Aleeya kecik2 dulu
Nasib la masih dalam keadaan baik
boleh la adik2 pakai

Comey sungguh la budak ni pakai SYRIA
Nanti nak beli lagi kasi Amira pakai



Sedang elok je tudung ni kat Amira



Jasmin pun jadi mangsa keadaan juga
Kasi dia pakai satu lagi SYRIA yang senget tepi tu
Budak ni tak duduk diam, payah nak tangkap gambar



Ni baru dapat gambar pegun diaorang
Sayang Jasmin tak pandang kat kamera
Aleeya pulak sekarang dah mintak pakai shawl pulak
Hai anak2 dara mama ni...




JOM KITA NJOI!!!!!

Assalamualaikum semua...

Orang duduk hulu banat kan, memang siaran tv tahap hangsuang 
Jenuh dok bega arial tv
Dah le jenih pakai indoor antena lak tu
Asal nak tuko channel, kena ejas arial sekali


Memula dulu ok gak siaran tv... semua siaran percuma dapat tengok kecuali TV1

Bebaru ni TV9 & NTV 7 pulak dah problem
Ha... sementelaah hasben dah dapat bonus, terus sajes kat dia pasang NJOI
Kalau sapa tak tau, NJOI ni adik beradik ASTRO le jugak
Cumanya channel terhad, pastu takde bayar bulan2
Sapa yang tak suka komitmen bulanan, boleh le pakai NJOI ni

Hasben aku gi register hari Khamis lepas
Hari Sabtu dah datang pasang
Kosnya.... masa register tu kena bayar RM248
Pastu dia kasi kotak yang ada decoder ngan remote dalam tu
Pastu masa tukang pasang datang bayar le upahnya RM100
So total semua sekali RM348 jer.... bulan2 free ye
Kalau rasa nak subscribe channel yang takde dalam list, boleh beli kad prepaid NJOI
Pastu langgan la channel mana korang nak
Alah... top up cam top up telefon je... Kredit valid setahun lak tu... Best kan???

Lepas register tu, kotak yang ada decoder ni boleh bawa balik rumah
Tunggu orang datang pasang je


Ini je channel2 yang ada
Banyak juga sampai 25 channel
Channel free yang selama ni ada pun tak habis tengok..
Siap ada ASTRO TUTOR... ok la kan



Ni la decoder yang telah dipasang..
Ada kaler feveret aku ---> HIJO
Remote pun kaler HIJO.... suke ahkak!!!


Ok... NJOI in action now


Nampak tak channel apa yang anak aku cuba nak tengok tu?
Kalau dah start dengan no 6 tu, nak cari channel katun le tu
Sorry ye anak2... no kartun2

Terus Adib ngan Yaya kata "baik takyah pasang kalau takde kartun"
Cisssss.... start le aku membebel kan....
Korang ni tak reti bersyukur ke?? Mama ngan Abah beli ni sebab nak kasi elok siaran TV je... Bukan nak suruh korang tengok kartun

Pastu Adib boleh lak kata "Nasib boleh tengok Tanah Kubur"
Huk aloh.. anak aku ni...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...