Friday, November 28, 2014

MUSIM SAKIT MATA

Hari ni nak habaq kat hangpa
Aku sudah kena sakit mata
Kena jangkit dari Jasmin..
Takleh nak elak le kan... ate dah asyik berkepit je dengan dia

Semalam Aleeya & Amira kena sakit mata jugak
Hari ni mama depe lak yang kena
Setakat entry ni ditulis, Adib & hasben aku belum kena lagi

Muka Aleeya yang sakit mata
Sepet sebelah

Muka mamanya sebelum gi keje pagi tadi
Bengkak sebelah mata gue...


Sebab nak kaver sakit mata kena la vogue sikit
Nasib la ada spek hasben dalam kereta
Camni la ropenya .. 
Pergh... beso spek dari muka
Mana tak beso sebab aku pakai spek 2 lapis
Kat belakang spek hitam tu ada spek biasa
[Hari ni takleh pakai contact lens kan...]

Dah tu je nak citer..
Plan Isnin nanti nak bawa anak2 jenjalan
Tapi kalau dah sakit... nampak gayanya kena pospon le agenda kitaorang
Harap2 sempat la sembuh dalam sehari dua ni..
I hope..I hope... I hope


* Titis susu badan kat mata dah
* Titis air zam2 pun sudah
* Titis eyemo pun sudah
Apa lagi nak titis kasi cepat baik sakit mata ni???

SALAM JUMAAT

Assalamualaikum...

Morning smile from Jasmin
Untuk aunty2 & uncle2 semua






Thursday, November 27, 2014

KRISIS IDENTITI

Sian anak bujang aku
kena kawan dengan budak pompuan
Sebab adik beradiknya semua pompuan kan..

Hari tu si Amira main tudung kakaknya
Udah le si Aleeya sarungkan tudung kat Amira
Sian Amira jadi mangsa fesyen..hehehehe

Pastu si Adib pulak ambik tudung tu
Ingatkan dia nak buat apa
rupanya dia sendiri pakai
Patut le si Aleeya berdekah2 ketawa

Tengok tu selamba je dia...
Huk aloh!

Ni aku suruh dia posing cun2 sikit
Adib... Adib
Ko ni dah kenapa????

GOING ISLAMIC

Sikit-sikit membuat perubahan ke arah yang sepatutnya
Aku ni idak le muslimah sangat
Tapi berusaha menjadi muslimah sejati
Haiyo! Banyak lagi yang perlu diusahakan tu...

Another baby step ke arah islamic
is converting my ordinary credit card to islamic a.k.a syariah compliance credit card
Haah.... sekarang ni aku dok pakai kad kredit Maybank conventional
Aku tak pernah apply pun credit card ni
[dulu cukup takut kalau nak pakai kad ni]
Tapi sebab aku ada fasiliti dengan Maybank
So diaorang sendiri offer aku kad kredit ni

Latest yang diaorang offer is Maybankcard 2 cards tu
Lama dah aku guna ni.. ada la dalam 2 tahun
Perlu ke kredit kad tu???
Pada aku agak perlu especially dalam situasi kecemasan
Aku sendiri pun guna kad kredit untuk isi minyak & bayar bil2 utiliti
[Memang every month dah ada bajetnya]

Kad kredit ni hanya finance tools okeh... bukannya tiket untuk korang belanja sesuka hati
So hanya orang2 yang tegar je boleh pakai kad ni
Kalau rasa takleh nak disiplin... lupakan le hasrat kome nak ada kredit kad ni

Apa tah aku melalut ni
Sebenarnya nak citer yang sebagai pelanggan MAYBANK
takyah susah2 nak apply card credit islamic pulak
Korang boleh je convert terus kad kredit konventional tu kepada kad kredit Maybank Islamic  [known as Ikhwan card]
Just isi conversion form je... senang je
Kalau nak apply lain leceh la nak fotostat IC la, slip gaji la, penyata bank dll
So gi la kat website MAYBANK2U tu, download je conversion form, isi form & fax @ email kat Maybank
Sekarang kan semuanya di hujung jari


Ok sekarang kita tunggu je kad baru sampai
Dalam masa tu, selagi kad baru tak sampai, boleh je pakai kad sedia ada
Nanti kad baru dah sampai, baru call Maybank untuk aktifkan kad baru tu
Nanti balance outstanding kad lama akan ditransfer ke kad baru
Paham tak???
Kalau tak paham korang call je la customer service 
[nombor ada kat kad kredit korang tu]


*** Hanya untuk kad kredit Maybank sahaja ye... Jangan gatai nak convert kad kredit bank lain pulak..


Pasni ni nak try convert loan rumah pulak ke Islamic Loan
Harap2 Allah mudahkan laluannya.... AMIN..


Wednesday, November 26, 2014

KAKAK HARAPAN

Alhamdulillah
Glad to have her as my daughter and my 1st child
Dulu memang harap anak sulung aku adalah anak lelaki
Tapi Allah bagi anak perempuan

ALEEYA BALQIS
nama yang kami pilih untuk dia
Anak harapan mama ni
Memang boleh diharap especially bab mengasuh adik2

Tengah layan Amira yang crancky bila bangun pagi2
Thank you kakak sebab tolong mama!


Pagi2 lagi kakak dah bangun
Solat Subuh
Dan tolong mama handle adik2
Mama memang terkejor2 bila waktu pagi
Ni sebab cuti sekolah, ok la sikit

Aleeya ada request nak duduk dengan opah kat Ipoh masa cuti ni
Tapi aku la yang reluctant nak kasi dia dok sana
Sebabnya.... kalau takde dia, jenuh la aku kan
Dia tersangat la VVIP untuk aku....hahahahaha

Now i know, sometimes Allah bukan bagi apa yang kita nak
Tapi Allah bagi apa yang kita PERLU
Thank you ALLAH!

KIDDOS AND ME

Hujung minggu ialah precious time dengan anak2 & suami
Dari pagi sampai ke malam berkepit je satu family

So sambil2 melayan anak2
Kita wefie dulu yer...

Macam2 tone kaler anak2 aku kan???


Cukup ke bang banyak ni???
Macam tak cukup je... [hehehe]


Gonna miss this moment kan?
Anak2 makin beso
Lama2 akan tinggalkan mama & abah
Just like what we did to our parents  (T____T)

Cop... mana mamanya??
Mama di sebalik kotak hitam
My picture is priceless.... ahaks
(walhal mama korang dah cam rupe hantu mak lampir <---- tu pasal kena menyorok)


** Abah tak join sebab abah asyik mentido...

Tuesday, November 25, 2014

ABE

Kalau ikut sebutan orang Kelantan
Abe tu maksudnya abang kan??
Tapi lain pulak bila di rumah aku
Sebabnya kitaorang bukan orang Kelantan
[Oh ye hasben aku je half Kelantan tapi tak reti kecek Kelate]

*** Cik Besah is Kelate mari ye..

Tetiba je satu hari tu Amira tengah main2 tetiba dia cakap ABE
Pehal le pulak Kakcik dok kecek kelate ni kan
Aku ingatkan dia main dengan abang dia
Rupanya.... sangkaan meleset
Ni nak kenalkan ABE si Amira



So now i know
Aku sudah salah anggapan & salah spelling
Sepatutnya A-BEAR (read as ARE-BEAR)
its not ABE okeh!!!!

Kalau Kakcik nampak bear tu terus dia sebut A-BEAR
Pastu terus peluk sayang cium bear tu
Gegirl sangat kan...
Amira dan A-bear


** Dulu bear ni Aleeya punya & she called it NINI..

Monday, November 24, 2014

HAPPY HOUR ANAK2

Bila anak2 berkumpul kat rumah 
main sama2, bergelak ketawa
rasa happy sangat rumah tu
Tapi ada masa kalau membising, mama pulak yang stress

Semalam anak2 main kuda2
Yang jadi mangsa the one and only anak jantan la
Suka la si Amira dapat naik kuda jadian..

Eh..eh.. mana Jasmin?
Jasmin.. ooo Jasmin
Awak kat mana?
Awak awak kat mana??




























Yo Jasmin di sini 
Elok je telungkup kat sebelah abang kakaknya
Mentang2 dah terer meniarap
Asyik nak meniarap je...
Dalam buai pun nak meniarap....ermmmm
Terpaksa lupakan buai buat seketika ye dik...

Thursday, November 20, 2014

FEELING ORANG KAYA | ISI MINYAK MAHAL

Tajuk panjang berjela ko
Tah apa2 punya tajuk
Belasah je la labu

Kebetulan hari ni memang nak kena isi minyak kereta
Singgah Shell tadi untuk isi minyak
Selalu isi RON95
Hari ni untuk pertama kalinya gatai pi isi RON97
[mentang2 RON97 dah turun harga semalam kan]


Walopun aku tak pakai kereta mewah
Dan2 bila isi RON97 terus feeling bawa BMW
walhal bawa BLM je....[muntah!!!]

** Jangan caruts aku sudah.... 

TERPENGARUH LAGI

Kuat sungguh pengaruh rakan sekerja ni
Since citer Maaf Jika Aku Tak Sempurna & Selamat Pengantin Madu
Aku dah tak folo drama2 tv ni
Bukan apa, aku asyik tak sempat je nak tengok tv
Balik keje pun tak dan nak on tv sampai la waktu Isya

Tapi member sebelah aku ni dah kata ada drama best lak
Memula tahan lagi.. tapi dah hari2 cerita mana boleh tahan beb
Akhirnya terjebak juga la aku menonton secara online
Siap buat marathon lagi sebab nak catch up episod2 yang aku tertinggal

Ha.. 2 drama ni la yang aku terjebak tu
Walopun aku tak minat si Sharnaaz ni
Tapi tengok gak le 
Tak menahan tengok dia dalam SUAMIKU ENCIK SOTONG tu
Ala adik2 gitu... awwww

Korang ada ke yang folo citer ni??

Wednesday, November 19, 2014

BIRTHDAY PRESENT

Aku tak pernah request untuk majlis yang grand2
Kalau tak celebrate pun takde hal pada aku
Tapi cam dah jadi biasa kalau ada birthday mesti ada kek & makan2

Semalam hasben aku tak keje
Anak2 aku pun tak ke sekolah kebangsaan sebab ada hari anugerah
So deme arrange la makan2 untuk birthday aku
Hahahaha...
Aku just suruh beli kek potong je...
Kalau beli kek sebiji takut tak habis pulak

Balik keje semalam, aku gi ambik Jasmin kat babysitter
Lepas solat Maghrib, baru la start makan2
Hasben aku belikan kek Tiramisu 3 slices
pastu ada satay sikit... tu je

Sebelum makan2 anak2 suruh aku tutup mata
Ada surprise katanya
Cewah.. berseprise2 la pulak
Bila dah bukak mata.. jeng..jeng..jeng... 3 hadiah ada depan mata
Sebelum buka hadiah, Aleeya bagi satu surat


Kelakar la pulak tang part "walaupun mama agak garang" tu

Anak2 kasi hadiah sama
Bunga plastik 
[lupa lak nak tangkap gambar]
Terima kasih anak2 mama, Aleeya & Adib

Pastu satu lagi hadiah dari hasben
Yang dari hasben ni seprise nak tau tu

Ini la hadiah dari hasben
[masa ni dah buka la pembalut hadiahnya]
Walopun kempis beg tu tapi benda dalamnya mahal tau





Jeng..jeng.. jeng..
Subang idaman hati [yang aku buat entry birthday wishlist tu kan]
Ehem.. macam tau2 je laki aku ni
[Memang le dia tau sebab dia hari2 skodeng blog aku..wakakakaka]

Apapun, terima kasih abang atas hadiah tu
Buka2 kotak terus pakai tau..
Last but not least
Ai..ai..aishiteru...

100 HARI

Alhamdulillah 
Sudah 100 hari Annur dipinjamkan pada kami
Walopun Annur adalah baby accident mama & abah
Tapi kami terima kehadiran Annur dengan gembira

Budak ni dah makin bambam
Dah pandai senyum2 bila orang panggil nama dia
Siap boleh mengekek ketawa kalau kena geletek


Sekejap je dah 100 hari kan
Abah pun dah nak habis pantang
Ayoyoyo!!!!
First time abah pantang sampai 100 hari tau
SYABAS abah!

** Mama kena ambik supplement lebih!

Tuesday, November 18, 2014

HARI ANUGERAH SEKOLAH

Ahad lepas ada Hari Anugerah sekolah agama anak2 aku
Aku cam biasa guna kuasa proxy
Suh laki aku yang pegi...wakakakaka
Aku nak mengulit budak kenit 2 orang kat rumah
Malas nak berangkut bagai

Kul 9pagi dah hantar anak2 ke dewan
Katanya kul 1tgh baru habis
Dewan tu tak le jauh dengan rumah aku pun
Seminit dua dah sampai kalau naik moto



Alhamdulillah dengan pencapaian anak2



Hasben aku tunggu kejap je pastu dia pi Econsave beli ayam
Pas beli ayam dia balik rumah tolong cuci ayam
Dah dekat kul 12 baru la dia pi dewan balik.
Rupanya acara pun dah habis
Tak sempat le nak nengok anak2 ambik hadiah..


I AM THE BIRTHDAY GIRL

Sampai juga giliran birthday aku
Hahahahaha...
Alhamdulillah Allah masih izinkan aku melalui hari ini
BIRTHDAY AKU YANG KE-35

Eh..eh..35 dah aku rupanya
Rasa cam mude lagi [uwekssss]
Alah.. its just a number kan....
Ada aku kesah???? Asalkan muka aku tak nampak cam 45 udoh...
Jom kita pakai 360 muahahahahaha

Walawei... ala2 flawless gitu kulit aku...
Walhal parut jerawat, blackhead, whitehead semua ada


ABANG!!! KEK TIRAMISU SATU!

Monday, November 17, 2014

GAME PUNYA PASAL

Memang la malang tak berbau
Datang tanpa di duga kan

Pagi semalam elok je Adib caj tab dia 
Siap main game bawah meja lagi ko
Tak sabo nak tunggu bateri tab tu penuh le tu

Pehtu waktu tengahari
Tetiba je aku tengok tab dia dah crack
Udah takleh main...
Walhal baterinya penuh lagi
Erm... nak buat camne.
Takat tu je la hayat tablet tu

Nak repair???? Renti kan le
Tab China murahan tu tak wajar nak repair pun
Baik le beli baru TAPI takde maknanya aku nak belikan tablet baru untuk diaorang

Dah Adib... pi layan ko punya PSP pulak sampai rosak ye...
PS2 pulak dah separuh rosak... [malas nak ganti controller yang rosak tu]




PENDEK UMUR

Habis!
K.O!
Jahanam!

Benda ni la yang aku maksudkan
Dua2 dah "padam" serentak
Tak sampai pun setahun umurnya

Tablet pink tu Aleeya punya
Tablet biru tu Adib punya

Tab biru tu skrinnya dah retak sebab Adib terlepas
Terhempas ke lantai, terus crack
Pehtu dah takleh la nak tunjal2 dengan jari
Dah takleh detect jari kita kat skrin tu

Yang pink pulak... on & off rosaknya
Tapi semalam memang dah jahanam habis
Tukang bagi rosak adalah.....




Tab tu jatuh pastu terbuka la casingnya
Terus dicabutnya dek Amira
Sampai putus urat saraf tab tu


So dua2 tab dah almarhum
Dah selamat lempor dalam tong sampah dek laki aku
Pasni no more tab ye hanak2
Tak reti jaga elok2 buat apa nak beli kan..
Cuti sekolah ni kome layan la benda lain ha....

Friday, November 14, 2014

HARI NI HALF DAY

Hari ni malas beno nak update blog
Sebabnya hari ni hari Jumaat kan
Pastu hari ni aku pulak cuti half day
Sebabnya petang karang nak gi ambik report kad anak2 kat sekolah kebangsaan

Hujung2 tahun ni banyak pulak nak settle hal ehwal anak
Awal tahun lagi la kan..
Hujung tahun ni nak sign report kad le, nak attend hari anugerah la

Hari ni hari sign report card
Hari Selasa hari penyampaian hadiah pula
Ate... cemana la mamanya tak kena spare cuti
Kadang2 bukan tak bangga dengan pencapaian anak
Tapi bila ada hari anugerah, terpaksa la pulak nak kena cuti sebab nak hadirkan diri
Kalau tak pegi merajuk pula anak tu
Kadang2 sampai aku cakap kalau boleh takyah le kome dapat naik pentas tahun ni
[huh... camtu sekali pemikiran aku ni.. tak baiknya kan??]

Dah le cuti tahun sikit je
So kena pandai2 jimatkan cuti tahun le
Ni baru anak 2 orang punya hal ehwal sekolah
Belum lagi hal ehwal sakit demam anak2
Nak cuti saja2 nak pi bercuti ke, relax ke... usah mimpi la
Spare cuti hanya untuk hal ehwal anak2 & kecemasan aja
Sabo je la

Tahun ni Aleeya tak dapat naik pentas 
Tapi Adib pulak dapat sebab dapat matapelajaran terbaik untuk subjek Bahasa Malaysia
Malas2 pun ada cerodik jugak kamu ye...hehehehe

Anak jantan ku nan sorang
[Ni wajah asal kartun atas tu tadi..]

Untuk sekolah agama dua2 dapat naik pentas tahun ni
Tapi nasib la hari anugerah sekolah agama dibuat hari Ahad ni
Lega sikit.. itupun hasben je la yang dapat attend
Aku ni bior la berkuntau dengan anak2 dara cilik kat rumah..
Bukan takmo attend tapi bila nak kena usung anak kecik2 ni malas la pulak
Dibuatnya meragam, merengek, melalak.. huish malas aku melayannya
Alangkan pi klinik nak cek up bulan2 tu pun dah macam2 ragam
Ni pulak nak duduk dalam dewan sampai 3-4 jam... idok le teman!!

Thursday, November 13, 2014

GEDIK SANTAI

Random photo anak2 dara aku
Masa hujung minggu lepas
Payah tul nak tangkap gambo budak ni
Tak duduk diam

Khusyuk tengok tv
Nak2 pulak lagu UTC... UTC.. Pusat pelbagai perkhidmatan


Dah letih menggedik
Isi tangki dulu ..
Kusyen dah lempo ke lantai dah
Sanggup la baring atas papan sofa tu..

Si adik pulak beregek dengan headband kakak
Mama la punya keje
Dah kakcik taknak pakai, bagi Jasmin je la 

Ni pun ada masa khusyuk tengok tv
Pastu belek2 jari sampai juling mata
Jangan cepat besar ye Jasmin... mama tak puas main lagi dengan kamu..



ADVANCE BIRTHDAY PRESENT

Haritu dah dapat advanced birthday  card
Minggu lepas dapat advanced birthday present lak
Ha..kau.. berapa basi punya citer da...

Tak pernah2 dapat birthday present advanced ni
Via PosLaju lak tu
Ni dia hadiah aku...
3 helai tudung chiffon ruffles
Suke..suke..suke...

Hadiah ni kiriman dari bff aku
Tak sangka dia ingat birthday aku
Terharu akak!
Walopun dia maybe tak baca blog picisan aku ni
Aku nak wish... terima kasih dear!!!!
Macam tau2 je aku tengah gile tudung & shawl sekarang ni..

Sudah merasmikan tudung baru..
Siap selfie lagi..
Cantek la pulak kalernya tu...

Tudung ni material chiffon 
Terkial2 juga nak pakai tudung ni
Nasib la senang jugak nak dibentuk 
Ala macam tudung bawal juga cuma material je lain.

Korang pernah pakai tudung chiffon ruffle camni tak?
Ce kabo korang beli kat mana... boleh aku pi terjah2 beli tudung..

Wednesday, November 12, 2014

BILA ANAK KUAT MEMUNGGAH

Ni nak citer pasal Kakcik pulak
Kan haritu dah kabo kemahiran dia ialah memunggah
Sekarang  laaaaagi kuat memunggah
Dulu punggah benda yang senang dia capai
Sekarang habis segala laci yang dia boleh buka dia punggah
Letih mak nak kemas tau!

Yang paling dia suka punggah
mainan si Adib dalam TV Cabinet tu
Mainan si Adib tu pulak kecik2
Ala kereta2 mainan yang kecik2 tu
Aku letak dalam bakul
Sekali dapat kat Kakcik dia terap bakul2 tu atas lantai
Bila suruh dia kemas balik selamba je cakap "NANOK" [baca TAKNAK]
Stress mak ko ni ha...

Disebabkan itu, terpaksa la ambil langkah kawalan
Hasil kreativiti hasben aku
Pakai tali rapia je ko... wakakakaka
Habis segala laci diikat dek abahnya
Pehni takleh la Kakcik memunggah laci lagi

Pasni tak tau akai dia nak memunggah apa pulak.

KENA CUCUK LAGI

Hari ni genap la si Jasmin 3 bulan
Kena pi klinik untuk cucuk 3 bulan pulak
3 bulan berturut2 cik baby kena cucuk.. Sian dia

On the way pi klinik pagi tadi
Muka cam tak redho je sebab mama belum kasi susu lagi...
Hehehe.. tak sempat la adik...
Terkejar2 nak hantar abang kakak pi sekolah

Zoom sikit muka dia
Tapi asyik tak pandang kamera je

Sampai klinik, kena timbang & ukur panjang
Budak ni dah 5.1kg [walopun semenjak dua menjak ni kureng menyusu]
Asyik nak main je...

Pehtu baru kena cucuk
Menangis sekuat hati le bila kena injek
Dah pujuk2 baru diam
Kat klinik tu kejap je sebab orang tak ramai
Kitaorang lak orang pertama..
Ada la dalam 20 minit kat klinik tu

Pastu balik rumah terus kasi susu..
Lama lak tu menyusu.. dekat setengah jam
[Lewat la mama ko masuk opis hari ni]
Pehtu baru hantar gi rumah babysitter
Baru la pastu mama zasssss gi keje
Sampai opis kul 9.45pg

** Tu sebab aku update blog lewat hari ni
[Tu je motif sebenarnya nak bagitau]


Tuesday, November 11, 2014

CUCUR UDANG KEMBONG GEBU

Hujan2 ni kalau layan cucor cicah sos pun sedap kan
Sejuk2 ni asyik lapo je...

Ahad lepas aku buat cucur udang kembong
Kan cucur kembong tengah viral jugak kat fb tu
[selain jeruk mangga asam boi tu]
Tapi versi asal cucur kembong ni ialah cucur kembong manis
Kali ni aku buat cucur derhaka la
Instant derhaka lagi ko...

Cucur yang baru lepas goreng
Sekali pandang cam fishball pun ada..

Cucur aku ni pakai 2 bahan je tau
Jangan tak caya..... aku kan suka yang mudah2 je
Inilah watak utama cucur aku
Sepeket cucur instant ADABI
dan 2 cawan air panas..
PENTING!!!!!
Air panas yang baru lepas masak tu tau
Air suam tak jadi gebu nanti [gamaknya la]
So ingat ye PAKAI AIR PANAS tau

Kalau dah pakai air panas tu gaul le guna sudu
Gile ko nak gaul pakai tangan
Kalau tangan korang kalis panas takpe la
Pehtu make sure adunan korang tu tak cair cam adunan cucur yang biasa2 tu
Adunannya cam melekit2 sikit  
Bila dah sejuk boleh la korang bulat2kan cam bebola 
[ni sementara tunggu minyak panas boleh le buat]
Nak kasi senang gentel.. sila basahkan tangan terlebih dahulu ye
Pehtu terus goreng ... goreng sampai golden brown pastu angkat le

Kaedah ni korang boleh pakai untuk segala macam cucur
Ikut kreativiti korang le
Cam aku yang malas ni.. pakai yang instant je [kof.kof..kof..]

Jemput makan cucur kembung
cicah ngan sos cili
Sekejap je dah habis sepinggan...


## Hal ehwal cucur pun nak citer ke??? Nampak beno takde idea..

BIRTHDAY WISHLIST

Birthday aku belum lagi uols
Tapi dah berangan siap buat wishlist bagai
Kot la boleh hadiah birthday tahun ni kan......

Nak subang emas je
Tak mahal pun kan...hehehehe
[harap2 hasben aku dok baca]

Dah lama tak pakai subang emas
Subang yang dulu sebelah dah terjatuh kat mana tah
Tinggal sebelah je...

Suka subang jenis ring camni
Tak suka subang yang bertindik tu
Sebab telinga aku ni sensitif sikit... nanti naik gatal2 berair tu
Aleeya pun dah kena simptom macam aku
Kulit telinga jenis tak tahan
Kena beli kat dia juga nanti subang camni




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...