Saturday, August 30, 2014

4 BERADIK

Korang simpan tak tali pusat anak2 korang yang dah luruh tu?
Kalau tak simpan apa korang buat?

Tali pusat 4 beradik
Dah tak tahu sapa punya yang mana satu

Ekceli aku pun dah terlupa pasal ni 
sampai la masa pusat Jasmin luruh haritu
Terus aku kuarkan tali pusat Aleeya, Adib & Amira

Erm..aku pun tak tahu apa motif aku simpan benda tu
Cumanya aku pernah dengar pusat anak2 ni simpan je dalam satu bekas
Kononnya nanti sampai bila2 hubungan adik beradik tu erat
Ntah ye ntah tak

**Aku ingat nak tanam je la semua tali pusat tu nanti...
   Semua tanam dalam satu lubang... senang citer.

Friday, August 29, 2014

BERCUKUR PULAK

Rambut si Jasmin ni memang lebat compared dengan kakak2 dan abangnya
Hitam lak tu rambutnya
Tapi lebat cemana pun kena la dicukur supaya naik rambut baru

Seeloknya sunat dicukur pada hari ke-7
Tapi haritu banyak beno halnya
Salah satunya kena pi klinik untuk cek  kuning baby
[Jasmin kena kuning sikit]
Alhamdulillah le hasil ujian darah kuning Jasmin sikit je

Tunda punya tunda so bercukur la si Jasmin pada hari ke-9
Tukang cukurnya tak lain & tak bukan abahnya le...
Kali ni hasben aku lebih konfiden nak cukur kepala anak
Maybe dah belajo dari pengalaman mencukur rambut Amira dulu

Sebab rambut Jasmin ni banyak & lembut so agak lama la nak bagi botak betul2
Ada la dalam sejam lebih mengerjakan kepala dia
Dan inilah hasilnya...
SEBELUM & SESUDAH
Gambar sebelum tu terserlah beno muka cam kakcik kan??

Malam pertama dengan kepala botak...

Another before & after
Makin jelas ketembaman mukanya..



LURUH PUSAT

Alhamdulillah semua anak2 aku tak sampai seminggu dah luruh pusat
Bila dah luruh pusat tu baru la rasa konfiden sikit nak mandikan baby
Nak pakaikan barut pun senang
Ye la kan.. selagi pusat tu tergantung kat perut rasa seriau je
Kot2 la baby sakit pusat ke
Takpun takut pusat luruh dalam besen mandi ke kan...
[orang tua2 kata tu petanda tak elok...wallahu'alam]

Jasmin punya pusat luruh pada hari ke-6
Elok2 sebelum nak gi mandi..
Lega...

** Pssst... Jasmin sudah ada di IG... search by hashtag ---> #annurjasmin

Thursday, August 28, 2014

14 DAYS

Lama tak menulis blog..
Ni pun curi2 je sementara baby tidur..
Sekarang dia dah pandai tido2 ayam tau
Baru aku nak menjoyah di alam maya.. baby pun start la bukak radiogram

Short update pasal Jasmin
Entry 3 hari lepas patutnya
Tapi hari ni baru dapat publish...
Internet bengong la kat rumah aku 2-3 hari ni...huhuhuhu

MEMIKIR NAMA ANAK

Anak ke-4 ni la yang paling susah nak buat decision nak letak nama apa
Kami tak pernah la buat list nama2 pilihan untuk anak
Masa anak first je beria cari nama anak  dari awal
Pastu anak kedua, ketiga, keempat… dah beranak baru sibuk nak fikir nak letak nama apa 
Sementara takde nama kami panggil "adik" je le..

Tapi anak kedua & ketiga, dalam sehari dua dah settle dah nak letak nama apa
Tapi anak yang keempat ni, payah beno nak letak nama apa
Bila  ada  cadangan rasa cam tak sedap la
Asyik bertukar2 je… letih memikirkan nama anak

Budak ni baru beberapa hari dah takmo bedung.. 
Kalau bedung pun pandai je dia kuarkan tangan dia..

Adik dengan kakak..
Dengan kakcik payah beno nak tangkap gambo sebab pergerakan kakcik sepantas kilat

Sampai hari nak buat akikah [hari ke-5] pun sebuk nak tuko nama lagi
Last2 dah fedap memikir… nama yang dipersetujui ialah
ANNUR JASMIN
Tuuuuuu dia nama anak kami...
Tak caya????

Dah daftar dah pun namanya kat JPN…hehehehe

Friday, August 22, 2014

PENGALAMAN BERSALIN KE-4 - RAHIM KOYAK

Semuanya berlaku terlalu cepat
Disebabkan aku dah full dilate dari dalam wad
Terus dimasukkan ke labour room dengan katil2 wad

Sampai labour room, terus salin baju, tukar katil
Nurse pecahkan air ketuban
Pastu terus nurse suruh aku push
Aku sangat tak bersedia nak push tapi aku try juga
Memang takde la terberak kali ni..heheheheh
3 kali push akhirnya keluar la baby
Aku rasa semua tu ada le dalam masa tak sampai 10 minit pun
So tepat pukul 3.10pg, selamat la baby dilahirkan..
[tak sempat juga la hasben aku nak tengok aku bersalin kali ni]

Aku dah le tak pakai spek kan..
Masa nurse suh tengok anak apa aku main agak je
Sebab anunya tak nampak bulat pun terus aku cakap PEREMPUAN
Nurse pun kata ok.. so betul la tu kan...
Ok.. aku ngaku aku agak frust masa ni sebab aku harapkan baby boy
Tapi nak buat cemana kan... gegirl juga yang aku dapat.. terima je la
Alhamdulillah..

Bersalin kali ni memang tak kena gunting pun
Koyak sendiri je tapi still kena jahit juga
Baby pulak tak diletakkan terus ke dada sebab baby dah berak dalam perut
Dah makan taik dah pun.. so diaorang bawak ke nursery untuk cuci dulu

Masa nurse tengah jahit tu aku dengar dia jering "OOZING" [tak sure spelling betui ke idak]
Pastu dia suh panggil 2-3 orang doktor
Dan aku agak mesti ada something wong
Dan2 ramai terus nurse mengkerumun aku..
Siap ada nurse yang urut2 perut aku
Aku ingatkan uri aku tertinggal dalam @ tak lengkap @ rahim aku takmo kecut
Pastu aku dengar nurse tu cerita pada doktor apa yang jadi
Katanya masa dia tengah jahit tetiba ada lagi darah yang terpercik dari dalam

Makanya doktor pun mengkelebek la mektom aku...
Aku diam je.. tak tahu nak cakap apa
Yang aku tau aku kena bius kat peha 2x
Aku dengar doktor sebut tampon, benang, dan apa benda tah yang cam mulut itik tu
Rasa cam terowong je kat bawah tu...
Yang pasti memang ada banyak jahit kat bawah tu.. luar dalam
Lepas tu masuk sorang lagi doktor... depa citer2 lagi [ckp omputih]
Baru la aku tau yang sebenarnya pangkal rahim aku koyak
Katanya aku hilang banyak gak darah... ntah le...
Doktor pulak asyik tanya Puan sakit ke???
Aku cakap takle sakit tapi lenguh...
Atenya aku dah kena kangkang lama la pulak...

Sambil kena jahit, tangan aku pulak kena cucuk jarum lagi
Tangan kanan pulak dicucuknya
Aku dah cuak kot2 kena operate pulak..
Sakitnya Allah je yang tahu

Ok lepas siap segala jahit bagai.. baru la aku ditinggalkan sorang2
Aku tanya nurse anak aku cemana
Dia kata anak aku tengah dimonitor sebab dah makan taik
Kalau ok baru diaorang hantar ke labour room

Sementara menunggu baby dan hasben masuk..
Sempat lagi tangkap gambo walopun tangan sakit kena cucuk jarum

Tak lama pastu baru diaorang hantar baby
Dah siap cuci & berbedung..
Baby baru...
Tak sangka baru mengeluarkan satu nyawa 

Baby ni gegirl
Berat 3.49kg..
Pergh... paling berat antara bayi2 yang pernah aku lahirkan
Patut la sampai koyak rahim mama ye sayang...

Tak lama pastu baru la hasben aku boleh masuk
Terpaksa la dia tengok rupa aku yang dah cam hantu kak limah tu
Pehtu aku suruh dia azan & iqamatkan baby
Bila aku letak gambo ni kat fb, ramai ingat hasben aku pakai unifom keje
Walhal kemeja tu kemeja biasa
Maybe sebab dah sama kaler dengan unifom kan..

Bila dah selesaikan bab baby, baru aku suh dia selesaikan aku..hehehe
Aku suh dia ikat rambut aku elok2
Pastu nurse masuk bagi air milo
Kena la dia  bagi aku minum kan... Tangan  aku kiri kanan dah berwayar bagai..
Tangan kanan kena wayar untuk cek tekanan darah
Tangan kiri pulak kena masuk ubat apabende tah..
Pastu aku cakap kat hasben aku takmo dah beranak lagi pasni
Hazabnya nak beranak kali ni rasanya.... serik pulak aku rasa

Kira2 2 jam jugak le aku dalam labour room tu
Tapi aku suh laki aku balik je dulu 
Tak payah tunggu aku masuk wad le kiranya
Kekonon aku terer la kan...hehehehe
Aku suh dia bawa uri balik rumah untuk diuruskan
Lagipun hasben aku bawa anak buah dia sekali untuk teman malam tu
Lagipun anak buah tu nak sekolah... sian pulak kat dia kan

Bila dah settle & siap2 untuk masuk wad, bila bangun dari katil tu memang aku seriau
Dengan darah banyak, dengan jahit yang banyak 
Tambah pulak bila aku berdiri tu aku cam nak pitam & pening
Nasib la ada nurse yang baik menjaga aku..

Bila dah hantar ke wad, aku ingat nak pi la tukar pad & basuh2 kaki aku yang berdarah tu
Tapi memang aku tak mampu....
Aku mengantuk & pening sangat..
Last2 aku tido je dengan keadaan camtu

Sejam pastu kan dah pukul 7
Doktor akan round & nurse akan datang bersihkan katil
Jenuh la aku nak gi toilet... memang aku nak pitam kat toilet
Sah la memang banyak darah aku hilang masa bersalin tu
Sebelum2 ni tak pernah pulak rasa camtu
Sampai kat toilet aku boleh duduk atas lantai.. aku tak mampu nak jalan
Aku siap merangkak masuk dalam shower
Bukak air terus aku duduk bawah air tu... rasanya kalau aku tak kuat dah lama aku pengsan dalam toilet tu
Cuci & mandi ala kadar, salin baju, pastu terus aku jalan slow2 sampai katil & terus baring.. takde daya dah
Kebetulan sarapan pun sampai... aku makan le dulu untuk tenaga

Pastu doktor pulak round.. sah le aku kena seluk lagi untuk cek jahitan
Takutnya.... nasib la doktor tu pompuan.. idak le sakit dibuatnya
Memula dia kata kalau takde apa2 dah boleh keluar petang nanti
Tapi bila doctor pakar yang round, dia suh aku stay wad sehari lagi sebab nak monitor aku
Selfie jap dengan baby...
Masa ni aku dah ok sikit dah...

Inilah dia si bambam bila dalam wad
Baru 2-3 jam dilahirkan dah berak 3-4 kali..huhuhu
Kuat berak rupanya budak ni

Tak lama pastu datang lagi sorang doktor 
katanya nak cek baby
Hasil cek2 baby semuanya ok... alhamdulillah
Pastu datang pulak sorang lagi doktor
Nak ambik darah aku...
Katanya kalau darah aku kurang dari 8, maybe aku kena masuk darah petang nanti
Ye la kan.. nak menggantikan darah aku yang hilang tu... aduhai jenuh la...
Tapi aku harap idak le sampai stage tu kan...

Lepas doktor tu blah, sempat la aku baca report yang doktor tulis tu
Tak le berapa paham sangat apa bendanya
Tapi ada perkataan CERVIX TEAR & BLOOD LOSS approx 500ml
Wah.. banyak gak tu kan sampai 500ml kan????

Tengahhari pulak ada la member2 opis datang melawat
Sepupu & pakcik hasben aku yang kebetulan ada kat spital tu pun ada gak melawat kejap
Tak lama pastu baru la hasben, cik besah, cik ana & kakcik datang
Kakcik punya la eksyen takmo langsung duduk dekat aku
Jeles la tu aku ada baby baru kan...
Terima kasih la pada semua yang sudi melawat ye...

Sebelah petang pulak, doktor ada datang cek katanya hasil ujian darah aku adalah ok
So tak perlu la kena masuk darah.
LEGA!!!!!!
Katanya kalau takde apa2 esok dah boleh keluar.. alhamdulillah
Sonya bermalam la aku sehari lagi di spital
Berehat la aku sepuas2nya dalam wad.. baby pun asyik tido je
Aku pun sampai dah tak larat nak tido le pulak...hehehehe

Esoknya pepagi masa doktor round dia pun cakap semua ok
Tapi tak cakap la pulak boleh discaj ke idak
Dah tengahhari baru la nurse cakap dah boleh balik
Cepat2 la suh hasben datang... 

Hasben aku sampai dalam kul 3ptg
Aku pun siap2 kemas barang & bersihkan diri sebelum balik
Sementara tu hasben aku pi settlekan bil hospital
Total bil kena bayo RM55 sahaja..
[tak dan nak snap gambo resit buat bukti kat korang]

So itu je la pengalaman ngeri aku bersalin kali ni
Bukan niat nak menakutkan tapi just nak share pengalaman..
Ada sesapa pernah mengalami cervix tear cam aku tak???
Korang makan apa ye bagi luka rahim tu baik cepat ye??







Wednesday, August 20, 2014

PENGALAMAN BERSALIN KALI KE-4

Bismillahirrahmanirrahim....

Ade ke yang tertungu2 entry pasal pengalaman beranak aku ni???
Sorry la lambat nak update
pepaham je la bila dalam pantang ni kan
Bila baby tido baru la boleh nak menjoyah di alam maya

Ok...sebelum aku terlupa segala feel dan thrill
baik le aku mula mengarang ye dak??
Dimulai dari saat aku kena menyerah diri ke hospital
Sepatutnya aku kena pegi hospital pada 10/8/2014 [Ahad]
Tapi sebab aku pun tak sakit malah sebarang show bersalin pun takde
So aku lengah2 le masa tu kan
Dah le hari tu hari Ahad, so better la aku siapkan segala2 kerja rumah yang belum siap
Baju anak2 dan suami aku dah ironkan untuk stok seminggu
Pinggan mangkuk semua dah bersusun dalam kabinet
Dapur pun aku dah kemaskan... kalau ikutkan memang malas nak masak2 dah
Dan.... sempat lagi nak menonton Love U Mr Arrogant kat TV3...hehehehehe

Malam tu pulak sempat lagi aku pegi beraya rumah jiran sambil2 tengok baby baru dia
Dah dekat 2 bulan dah anaknya tu.. baru sempat nak menjenguk
Dahtu pulak dia pulak bercerita tentang pengalaman pahit dia bersalin di Hospital Selayang
Scary juga aku mendengarnya...
Aku malas nak cerita kat sini la pengalaman dia tu
Cuma dalam hati berdoa la aku tak ditimpa dugaan cam dia
Makin berdebar lak nak menyerah diri esok...huhuhu

Keesokan harinya [Isnin]  baru decide nak ke hospital
Malahan aku langsung takde rasa sakit nak beranak pun
Kalau ikutkan dah overdue 9 hari dah ni...
Hasben aku pun dah mintak cuti untuk bawa aku ke hospital
Perkakas nak dibawa ke spital [kuih raya tu tak termasuk okey...]
Semua all in dalam 2 beg ni saja... malas nak berbondong2 cam nak balik kampung 

Kali ni takde la kelam kabut sangat... dah paham sangat peel spital
Pegi awal2 pun mesti kena menunggu lama juga baru masuk wad kan...
So hasben decide pegi lewat sikit
Settlekan urusan anak2 ke sekolah dulu
Pastu suh hasben  beli bekfes - nasi lemak paru lagi tu..hehehehe
So dalam kul 11pg baru kitaorang bergerak ke Hospital Selayang
Hasben pun drive tenang je.. takde nak terkejar2 pun..
Tapi dalam hati aku tuhan aje yang tahu tahap gemuruhnya...

Sampai di Hospital Selayang masalah mencari parking la kan
Jauh la pulak kena parking sampai ke asrama jururawat tu
Makanya jenuh la menapak sampai ke Dewan Bersalin
Sampai je situ terus nurse suh masuk exam room
Buat CTG dan VE sekali..
Bila buat CTG memang takde nampak any contraction pun
Dah tu pulak graf aku pun tak cantik sebab baby tido katanya
Sampai nurse bagi aku air sejuk dengan ais [siap suruh aku kunyah2 ais tu]
untuk bangunkan baby.
Aku rasa cam maybe aku kena induce la jugak cam masa Amira dulu
Doctor & nurse bertugas haritu pun semua baik2
Alhamdulillah le kan...

Tapi paling aku takut sebab masa aku buat CTG tu orang sebelah katil aku tu dah mengerang2 nak beranak dah.. Katil depan aku tu pun sama.. 
Yang aku dengar deme dok sebut Allah...Allah.. disamping erangan diaorang
Takut sungguh aku dengar...

Lepas buat CTG, doctor datang nak cek bukaan
Aku agak paling2 koman pun baru bukan 1cm la kan
Sekali doktor cakap aku dah bukak 3cm... bila masa????
Agaknya sebab aku menapak jauh masa datang tu kot 

Lepas cek2 semua kena la ambik darah pulak
Dulu aku ngelat juga masa doktor nak masukkan jarum kat tangan tu
Aku cakap nak buat masa dalam wad
Tapi kali ni doktor tak kasi .. makanya pasrah la aku kena masuk jarum
SAKIT!!!

Dah le kena cucuk 2 kali sebab tak jumpa urat
Naik bengkak tangan aku tau...
Tapi memang tak selesa la pakai mende ni.. susah nak sembahyang
Nak2 pulak aku kena cucuk kat tangan kiri... susah la pulak nak basuh berak
Nak ikat rambut pun susah... BENCI!

Lepas tu tunggu pulak giliran nak masuk wad
Wad semua penuh hari tu [aku tengok kat dinding belakang nurse tu]
As usual selalunya dapat wad dalam lepas Asar gitu
So dalam 5.30 ptg baru la nama aku & beberapa orang lagi dipanggil untuk masuk wad
Alhamdulillah aku dapat Wad 5A.

Dah rasmi menjadi penghuni hospital 

Inilah katil aku...
Dok kelas 3 je... tapi selesa la pada aku

Bila dah masuk wad, aku suh hasben aku balik dulu
Kalau kena masuk labour room baru aku call dia suh datang 
Sian juga kat dia.. nak berulang Batang Kali-Selayang pun ambik masa juga 45 minit - 1jam juga

Lepas hasben aku balik, doktor datang nak cek bukaan
[sebab aku akan dimonitor setiap 4 jam]
Doktor cek aku dah buka 4cm.. tapi still aku tak sakit apa2 pun
Baby keras2 manja je dalam perut
Pehtu doktor kata sebab dah bukak 4cm so aku tak le kena induce
Tunggu sakit progress je la...
LEGA kejap disitu...

Lepas doktor cek, aku pun gi mandi & tukar unifom pink tu
Masa tu pulak dah dekat pukul 6.. aku dah le lapo sangat2
Lambat pulak makanan sampai..
Sementara tunggu tu, aku layan la whatsapp & fb kat tablet aku
Nasib la mobile data ada lagi...
Dekat kul 7 baru dinner sampai... 
Dinner hari pertama di spital

Sambil menikmati dinner, aku layan la online drama Rindu Awak 200% tu
Dah masuk wad pun sebok nak layan Zil Faezrul lagi..hikhik!
Dalam dok layan tu nurse pulak tanya cemana aku boleh tengok tv kat tablet
Udah aku perturunkan ilmu download tv kat playstore kat nurse tu
Bukan main kecoh lagi deme....lawak pulak nurse2 tu..

Lepas nonton drama tu baru la siap2 nak solat Maghrib pulak
Kali ni aku tak gi surau pun.. sembahyang dalam wad je
Aku ada bawa sejadah ngan telekung
Cuma kain lapik je aku mintak kat nurse
Alhamdulillah ada kawasan yang cukup luas untuk aku sembahyang atas lantai
Idak le kena sembahyang atas katil

Dok zikir wirid dan baca surah Yaasin kejap dah masuk Isya pulak
So terus sembahyang Isyak, pastu buat solat Hajat dan solat taubat
Harap2 dimudahkan untuk aku bersalin nanti..

Dalam kul 10 lebih datang pulak la satu team budak intern dengan lecturer diaorang ke katil aku
Udah aku pulak jadi bahan pembelajaran deme...
Nasib la aku tak sakit masa tu
Habis la perut aku dibelek2nya.. nasib la semua student perempuan
Cuma lecturernya je yang lelaki [Dr Param] tu
Takpe la.. aku pasrah jadi experimen deme...

Kul 11 mlm,  doctor datang lagi nak cek bukaan
Katanya dah 5cm.. lagipun lendir2 darah dah keluar sikit masa ni
Contraction pun manja2 je...
Pastu aku jenjalan je dalam wad untuk cepatkan bukak jalan kekdahnya
Nurse pun dah bagi aku ubat berak siap2
Memang laju je la aku ke jamban... lega dapat berak!
Harap2 idak le ada insiden aku terberak masa nak push baby nanti..

Bila dah letih jalan2 aku pun duduk balik kat katil..
Macam slow je progress bukaan kali ni.. tak macam masa Amira dulu
Nurse pun kejap2 tanya juga, aku sakit ke idak tapi aku cakap sikit2 je
Nurse cakap kalau sakit bagitau @ tekan bell... aku pun yelah kan je la
Aku expect aku akan bersalin dalam kul 12 @ kul 1pg tp sebab contarction tak kuat so cam takde harapan je nak beranak hari tu.. 
So aku decide tido je la... lagi baik dari menunggu tah bila nak beranaknya
Sebelum tido aku dah sms hasben aku suh standby
Maybe tengah malam aku kena masuk labour room

Kul 1.30pg, aku terjaga, cam rasa basah kain aku
Ingatkan air ketuban yang pecah rupanya darah
Aku pi toilet, tengok banyak lendir dah melekat2 kat kain aku
Dah gi cuci & tukar kain, aku jenjalan lagi dalam wad
Sebab kalau dah camtu kiranya dah nak dekat bersalin le tu
Kiranya aku ni semua anak kembar darah le...

Aku sms hasben tanya dia kat mana.
Rupanya dia dah ada kat spital.. tido dalam kereta je..
Sian le pulak kan.. tapi nak buat camne...
Dalam kul 2 lebih tu contraction makin kuat
Aku cakap kat nurse yang aku sakit sangat.. so nurse cek bukaan katanya dah 6cm
Tapi idak jugak dia menolak aku ke labour room
Dia kata tunggu jap lagi.. kalau sakit sangat kita cek lagi

So aku pun bersabar la dengan kesakitan yang ada...
Tapi aku idak le rasa nak teran pun.. kiranya boleh tahan lagi la
Tak sampai 5 minit aku cakap sakit sangat2 dah...
Nurse pun cek lagi katanya macam dah 9cm
Patut le aku dah ngeliat kemain dah... terus nurse panggil doktor
Sekali doktor seluk dia kata biar betul... ni bukan 9cm ni tapi dah full
WHAT????? Dah 10cm...
Terus deme tolak aku dengan katil2 sekali ke labour room
Berlari2 nurse yang menolak katil aku tu

Dalam masa kena sorong tu sempat la aku call hasben cakap yang aku dah nak beranak sangat2 dah
Sempat cakap tu je... pastu tak ingat lain dah..
ingat Allah je masa tu...

Apa jadi kat labour room??? 
Tunggu sambungannya....
PENGALAMAN YANG AKAN BUAT AKU RASA TAKMO BERANAK LAGI...

Tuesday, August 19, 2014

DAH 8 HARI

Sorry...
Masih dalam mood mencari waktu untuk memblog
Tersangat la takde masa [plus roh blogging belum mari]

# tido cam orang besar


Belanja sekeping gambo untuk mengubat kerinduan kome...

Cerita bersalin nanti aku cari masa sesuai untuk buat karangan
Ok nak off kejap
nak bawa baby gi klinik untuk cek kuning
BAI..

Tuesday, August 12, 2014

TARIKHNYA 12 OGOS 2014

Teaser dulu la yer
Alhamdulillah.. sudah selamat bersalin
Pukul 3.10 pagi tadi
Skrg tgh mulakan proses pantang pulak
Terima kasih atas doa kalian..

Friday, August 8, 2014

HARI TERAKHIR BEKERJA

Hari ni hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang
Hahaha... bukannya nak cuti berehat
Tapi cuti beranak

Bos pulak dah wish good luck kat aku
Macam aku nak gi peksa la pulak
Walhal nak berjuang di labour room
Takutnya....

Di kesempatan ni aku nak minta maaf
Pada korang semua kot2 la ada tersalah silap terguris perasaan sepanjang aku berblogging ni
Doakan aku selamat & mudah bersalin ye...
Kalau panjang umur kita jumpa lagi di entry akan datang
BYE!

Wajah mak buyung yang dah 6 hari overdue..

KHUSYUKNYA...

Kakcik khusyuk melayan citer apa tah kat TV
sambil makan cornflakes madu..

# Hari ni last day keje sebelum bercuti panjang..



Thursday, August 7, 2014

STRESS JUGA BILA OVERDUE NI KAN??

Kiri kanan depan belakang dok tanya dah bersalin ke belum??
Stress ahkak....
Kalau ada lagi kelibat aku tu.. belum beranak la jawabnya
Bos aku pun hari2 tanya
Tau la concern pasal aku...[perasan]

Jiran2 pun dok tanya... member2 alam maya pun dok tanya
Masalahnya... aku pun takde jawapannya bila nak beranak tu
Cuma aku boleh cakap..belum masanya lagi
Bukan kuasa aku kan...
SABOR JE LA....
# overdue day 5

Orang kata pujuk2 la baby suh kuar cepat
tapi pada aku pujuk la kot mana pun
selagi Allah tak izinkan, dia takkan kuar juga
sebab dah tertulis bila waktu dan saat dia akan dilahirkan.. ye dak??
Tawakkal je la...


Time2 camni aku perlukan ketenangan... bukannya stress...
ADOYAI!!


Wednesday, August 6, 2014

RAYBAN KATA KO

Jalan2 cuci mata sebelum raya hari tu
Lain yang dicari.. lain yang beli.
[laki aku la... aku tak terlibat tau..]
Tau2 dah ada kat rumah..

Feeling2 Jamal Abdillah le tew....


Adib pun nak try jugek....
Ambik le feeling2 Adiputra ...hahahaha



** Aku adalah sangat mengantuk....

BABY PREP

Dah agak2 takde orang nak datang beraya kat rumah
Baru la berani nak kuarkan khazanah baby sebagai persediaan
Kuar awal2 kang buat semak rumah je...

Owh.. sapa nak datang beraya, datang le minggu2 depan ye
Sebabnya by nest week insya-allah baby dah keluar
So boleh la korang buat rombongan beraya sambil melawat baby baru aku..ahaks!
Duit raya jangan lupa bawak ye...

Baru keluarkan playpen dari dalam stor
Dah letak kat tepi dinding dah
Semua ni recycle dari anak 1st
Cuma tilam je aku beli yang baru sebab tilam lama tu aku dah buka kekabunya & jadikan bantal tido

***Tak sabo nak jumpa baby...Hari ni dah overdue 4 hari..

Tuesday, August 5, 2014

NAMPAK PLANET MERAH MALAM TADI

Semalam dapat mesej dari member di Whatsapp
tentang penampakan planet marikh dari bumi
Kat fb pun ada 2-3 orang yang highlight pasal benda ni

Dan dan lepas sembahyang Isyak malam tadi
aku pun keluar rumah nak tengok ye ke akan nampak planet merah tu?

Dan.... seperti dinyatakan dalam gambar kat atas
dengan bulan yang terang dan langit yang bersih
Memang jelas nampak ketiga2 planet dan bintang macam dalam gambo tu
Cumanya tak berapa nampak kaler merah tu sebab kawasan rumah aku diterangi lampu
Kalau suasana gelap, jelas kaler merah planet Marikh tu [kata member aku la]

Kawan2 aku kat KL banyak kata tak nampak maybe sebab jerebu kot

Subhanallah.... 

** Aku takde kamera canggih so tak dapek la nak tangkap gambo sebagai bukti...

CERITA RAYA KAMI -2014

Assalamualaikum....

Belum beranak lagi so boleh update cerita raya
[saja nak inform korang...hehehehe
kot2 la ada yang tanya ko dah beranak lum??]

Cerita Raya Kami tahun ni tak le best sangat
Sebabnya tahun ni beraya di Batang Kali dan aku tak balik Ipoh pun beraya dengan parents aku
Bukan tak rindu nak berkumpul adik beradik sendiri
Tapi sebab keadaan diri sendiri yang tak mengizinkan
Dan Alhamdulillah dengan sebab itu kami tidak tersangkut dalam mana2 jem kali ni..hew

Sebab beraya di rumah sendiri, so suasana under kontrol la
Takde la beria mana pun...
Bangun pagi2 sebab hasben & Adib nak pegi sembahyang raya
Yang pompuan2 duk rumah je...
Sebelum gi sembahyang raya, makan le dulu ye

Ni le juadah pagi raya kami
Tak le meriah mana pun...
Rasanya semua rumah pun camni lebih kurang - ketupat, nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang & kuih raya

Lepas makan hasben & Adib pi sembahyang raya
Aku, Aleeya & Amira tinggal rumah.. baru siap2 nak pakai baju raya
Sementara tunggu hasben & Adib balik, kitaorang selfie jap

Lepas deme balik dari sembahyang raya, 
Ada la sesi mintak maaf bagai & bagi duit raya
Pehtu acara bergambar satu keluarga [acara syok sendiri]

Malas nak tepek sekeping2... 
Buat collage je la senang..
Kang jemu lak korang nengok gambo kitaorang

Nah lagi sekeping...hehehehe
Tapi gambo yang sama jer.

Patutnya tema kaler maroon tapi aku takde baju kaler maroon
Tak jumpa la pulak baju yang berkenan di hati
Last2 aku sarung je la baju mengandung kaler hitam tu
Asal ade kaler merah2 tu jadi le

Amira punya pun jenuh cari kaler merah
Pun... nan hado yang sesuai & aku berkenan
Last2 sarung gaun kaler hitam... baru geng dengan mama
Jadi le daripada takde kan..

Ok peh posing2... kami pun berangkat ke rumah Cik Besah
Cam biasa la.. makan2, pastu salam2, pastu posing2
Layan je la gambo skema kitaorang...





 Pas raya rumah Cik Besah, Amira dah ngaruk nak tido
Aku balik rumah masukkan Kakcik dalam buai
Pehtu dengan aku2  sekali terlelap kekenyangan..hahahahah

Pas Amira bangun, kitaorang gi beraya rumah Cik Ana pulak 
[babysitter Amira]
Dapat la makan pulut dengan laksa... kenyang lagi aku..
Tapi dengan cuaca panas membahang, tak menahan dok rumah orang lama2 kan
Nak raya rumah jenjiran yang lain semua pun balik kampung.
Bosan je... Last2 balik rumah & tido lagi...hahahaha

Malam pulak baru ada kawan hasben datang beraya
Datang belah malam ok sikit kan... sejuk...
Thank you Kak Ina sebab sudi datang rumah.. walopun makan tak seberapa..heheheh
Malu ai tau...

So itu je la cerita raya kitaorang di hari raya pertama
Hari raya kedua- duk rumah juga [kawan hasben ada datang beraya]
Hari Raya ke3 - duk rumah juga
Hari Raya ke4 - pun.... duduk rumah juga [ada cek up kat klinik pagi tu]
Hari Raya ke5 - duk rumah juga... cuma adik aku Acik & Family datang beraya ke rumah
Hari Raya ke6 - duk rumah
Hari Raya ke7 - duk rumah lagi
Hari Raya ke8-  udah keroje....

Tak best kan raya aku...hahahahah...
Asyik makan tido kat rumah je le

** Habis dah citer raya.. pasni aku nak update citer beranak pulak.. Insya-Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...