Saturday, May 31, 2014

OUR LITTLE PRECIOUS

Entry bulan ni banyak gambo dak kecik ni je la
Layan je la noks....
Sebagai entry terakhir untuk bulan Mei ni..


Ada masa comel...

Ada masa comot...

Inilah my family little precious
Sayang kamu ketat2...


Peel terbaru dia, pantang nampak aku @ abahnya
Dari jauh dah depa tangan
sambil gamit2 jari jemari
suh kita dukung dia...
[comel je masa ni]



Friday, May 30, 2014

SPIDER PODIUM YANG OHSEM!!!

Menggajet lagi aku kali ni
Boleh kategori gajet ke benda ni???
Gasak la....

Start aku beli tripod hari tu [boleh baca KAT SINI]
Aku cam minat benda2 yang fleksibel ni
Boleh guna kat mana2 je kan

Bebaru ni aku beli SPIDER PODIUM lak
[baru sampai pagi semalam...wink!wink!]
Benda ni namanya Spider dah tentu la rupanya pun cam spider kan
Aku beli ni kaler hitam
Ekceli ada banyak kaler yang korang boleh pilih..


Nampak simple je kan tapi banyak kegunaannya tau

Gambar kat belakang pek

Antara contoh kegunaan spider podium ni

Selain untuk letak handphone, boleh je letak benda lain
Kamera, buku, kunci, wallet, ipod, tablet, buku, botol air ,etc.....
[tak caya cuba korang google sendiri]

Macam2 pesen kome boleh lipat kaki2 spider ni
Insya-allah tak patah [melainkan kome ganas cam rasaksa]
Ni aku try kat tablet 7" 
Kalau time nak masak tengok resepi dalam tab boleh la letak camni...



Ni pulak aku gantung kat PC
Konon2 nak tengok movie dalam kereta la...[berangan]
Elok je tergantung kat situ... tak jatuh pun

Ni aku try gantung dalam kereta pagi tadi
Memang tak jatuh walopun kereta gegar2 
Siap aku boleh layan video sementara tunggu lampu merah
Ni pun aku buat tak kemas sebab nak demo je.. hehehehe

Dan boleh selfie lagi uols.... cool kan???

Spider podium ni ada 2 size
Yang kecik sesuai untuk smartphone sampai tablet saiz 7"
Satu lagi saiz besar sikit...namanya SPIDER PODIUM TABLET [aku beli yang ni]
Yang ni sesuai untuk tablet sampai saiz 10" tu

Oh ye... aku kan cheapskate
So beli kat lelong.com.my je...
Kalau kome nak beli sila terjah ke sana ye...

Tak caya hebat tak hebat podium ni
Layan video ni dulu



CERITA CEK UP SEMALAM

Semalam takde mood nak apdet blog lepas balik klinik
Hari ni baru nak cerita hal ehwal semalam
Lagipun semalam sebok dok layan tv tengok majlis pengkebumian Sultan Perak

Alkisahnya semalam, cek up untuk minggu ke 30++
Semalam juga kena buat MGTT kali kedua
Kali ni dapat perisa anggur
Hahahaha.. sekali teguk je aku minum
Ate aku udah le lapo/dahaga sebab kena pose dari malam
tambah lagi aku kan selsema, memang tak rasa sangat la tang manisnya tu
Ok bab tu pas la kan...
Tang cucuk tangan ambik darah tu pun ok la...

Lepas minum air gula kena pulak jumpa doktor untuk repeat scan
Scan 2 minggu sudah katanya uri aku rendah lagi
Tu yang doktor suruh scan lagi sekali
Memula dia kata ok dah uri tu
Peh tu tetiba dia kata uri masih rendah lagi... ah sudah
Dia pun tak puas hati dengan hasil scan tu so dia kata dia suh aku refer pakar kat Hospital Selayang
Dia keluarkan surat la suh aku pi Hospital..
Adeh.... ni yang aku malas ni... 


Ok fine.... demi kandunganku .. mak pasroh le ke spital
Tiap2 kali mengandung pun memang aku kena refer pakar
salah satu reasonnya adalah sebab aku ada history c-zer

Next, lepas ambik jumpa doktor, kena pi klinik Genting Malek pula untuk cek up biasa
Between gap dua jam tu aku pi pulak klinik Genting Malek
Kat klinik GM tu biasa la timbang, kencing, dengar jantung baby
Sekali nurse kata baby dalam kedudukan melintang a.k.a transverse
Tapi nurse kata takpe, ada masa lagi dia nak pusing2 dalam perut..
[Masa Amira pun sampai nak bersalin doktor dok kata transverse lagi]


Ok la... so far cek up kat klinik GM pun ok
Pastu settle di klinik GM, patah balik Klinik Ulu Yam
untuk ambik darah lepas 2 jam minum air gula

Next destination, terus menuju ke Hospital Selayang
Masa perjalanan dalam 30-40 minit juga la
Sekali sampai ke hospital, nak cari parking punya la payah
2 kali tawaf spital. 
Nak parking jauh2, aku pun tak larat nak jalan sangat
Last2, terus keluar kawasan hospital, terus tuju opis
Malas la nak buang masa kat situ
Kalau pegi pun, bukan boleh jumpa pakar hari ni
Pegi buang masa untuk ambik appointment je pun
Next week je la aku pegi... hehehehehe


Letih!



Thursday, May 29, 2014

BULI KAKAK PULAK

Makin besar, makin kuat buli orang KakCik ni
Hari tu dia buli abah dia
Pastu dia buli mama dia 
Kali ni dia buli kakak dia pulak
Pantang kalau kakak baring
Dia pun datang dekat
pastu selepuk pelempang kat muka
Ha... itu la kejenya

Aleeya tu tengah tutup muka takut kena lepuk dengan KakCik
Yang KakCik pulak standby je kat tepi tu
Asal ada peluang terus pappppp tapak tangan ke muka kakak
Sian kakak....

Yang abangnya pun selalu gak kena buli
Teknik yang sama...
tapi yang paling tak menahan bila Adib dah tidor
Selamba je dia menggasak siap pijak muka abang
abang nak tido pun tak senang....
Sian abang....

Tapi yang bagusnya abang dan kakak
tak pernah nak balas apa adik buat
redhooo je la kan.....
Nak sangat adik kan.....hehehehehe
Tunggu adik sorang lagi keluar
Kakcik pulak kena buli gamaknya...


Wednesday, May 28, 2014

KEMANGKATAN SULTAN PERAK

28/05/2014
Akhirnya mangkat jua Sultan kesayanganku... Sultan Perak
Sultan Azlan Shah 
Sultan kesayangan rakyat negeri PERAK DARUL RIDZUAN
Sedih juga dengan kemangkatan almarhum Sultan
walopun aku tak lagi menetap di Perak
Tapi tetap berbangga menjadi rakyat negeri Perak..

Semoga roh almarhum Sultan dicucuri rahmat..
AMIN....


HEBAT TAK RAMBUT SAYA???


Ada tokoh tak pengganti Albert Einstein???



** Mama is in mood mengantuk!!

7 BULAN

Tak reti nak cakap ikut bulan ke ikut minggu
Kalau ikut minggu dah masuk 30 minggu
Kiranya dah 7 bulan lebih la kan

Tapi kalau ikut minggu- kalau 40 minggu
maksudnya dah mengandung 10 bulan le ye...

Tah le.. Tak kisah le tu...
Tapi yang aku tau aku dah 30minggu ++ mengandung
Ada lagi 10minggu lebih kurang nak mengusung perut
Sesungguhnya kali ni memang rasa berat sangat perut aku
Walopun nampak kecik je sebenarnya...
[Ke sebab badan aku yang terlebih berat ??]

Gambar latest mak buyung dengan perutnya

Sekarang dah 71kg... Ada lagi 2 bulan maknanya mungkin akan bertambah 4-5 kilo lagi
Jenuh la mokcik nak menguruskan diri nanti
Pantang pun selalu acilut at at je...


** Esok ada cek up + kena buat MGTT lagi sekali.
     Malam ni nak kena pose la pulak....

Tuesday, May 27, 2014

MINYAK ANGIN YANG WANGI

Kalau sebut minyak angin, paling2 yang aku suka pakai cuma Minyak Cap Kapak
Takpun Tiger Balm [suka sangat bau dia...hehehehe]

Masa sekolah2 dulu ada sorang member aku ni suka pakai minyak angin
Tapi bukan pakai minyak cap kapak la
Botolnya kaler hijau dan baunya wangi sangat
Tapi masa tu aku idak le pulak tengok apa brandnya

Tetiba bebaru ni aku terdiscover pasal minyak ni
Tah cemana masa aku blogwalking terjumpa orang post pasal minyak angin ni
Terusssssssssssss teringat pada member aku tu
Dannnnnn petang tu jugak aku pi cari kat kedai 
[kebetulan memang nak singgah kedai sebab nak beli puting susu anak aku]

Jeng...jeng...jeng....
Inilah minyak yang aku cakap tu
Minyak angin cap lang
[aku ingat minyak masak je ada cap helang...hehehehe]
Ada banyak saiz  tapi aku beli yang paling kecik
Senang nak sumbat dalam henbeg...

Masa kena selsema hari tu aku titis minyak ni atas saputangan
Pastu nak tidur aku tekup kat hidung
Lega... saluran lobang hidung aku
Wangi pun wangi...
Ai like!!!

Tapi minyak ni takleh sapu kat budak bawah 2 tahun [kalau ikut pampletnya tu]
So aku tak le sapu kat KakCik
Aku sapu minyak telon ngan Vicks je kat dada KakCik 


Korang suka pakai minyak angin cap apa???




PESANAN....PESANAN

Masih dalam mood tak sihat
Batuk2 sampai nak terkeluar anak tekak

Sharing dari fb aku
Sebagai renungan & pesanan untuk kita semua



*** Lama dah tak gi dating berdua...




Monday, May 26, 2014

1 TAHUN 2 BULAN

KakCik kini berumur 1 tahun 2 bulan
Makin keletah, makin beret
Rambut pun makin kerinting..hehehehe

Ini budak tengah batuk+ selsema
Dalam tak sihat tu pun melasak juga
Letih mak jemah....
Tengok ni dia membuli mama yang buncit
Sian baby dalam perut mama...
Senak mama ko nak!!!


** Masuk opis lambat pagi ni sebab bawa Kakcik pi klinik.. Makin menjadi pulak batuk berkahak [termasuk la mamanya pun terjangkit sama]


Friday, May 23, 2014

SEMBUHKAN BATUK DAN SELSEMA DENGAN BAWANG

Sekarang kan musim sakit selsema & batuk
Jom try kaedah sembuhkan sakit dengan bawang ni
Mana la tau kot2 berkesan...






-Screenshot dari fb aku-


** Malam ni nak try la...

DUALFIE

Salam Jumaat semua...

Selfie dah biasa kan
Layan dualfie lak dengan KakCik

Gambo gegar sebab dalam kereta
Pehtu guna kamera henfon Aleeya yang Opah Minah bagi
Low resolution le katakan...
Hadap je la...


Thursday, May 22, 2014

TELEKUNG LYCRA LACE CANTIK² DARI AUDRRA BLOSSOM

Lai..lai...lai..
Nak ajak korang semua intai2 telekung lycra lace cantik2 
Naik rambang mata aku bila tengok banyak warna2 yang cantik
Rasa cam nak beli semua kaler je...
[gile melampau kan???]

Semenjak dua menjak ni kan ke glamer telekung lycra lace ni
Macam2 pesen lace ada
Nak satu tingkat, 2 tingkat lace, kerawang dll
Cantik2 lak tu
Untuk budak2 pun dah ada sekarang ni
Boleh la kome sedondon pakai dengan anak

Elok beno la tu kan.. tak lama lagi nak masuk bulan pose
Boleh la melaram sedondon dengan anak pi sembahyang terawih
[Tapi sila niat kerana Allah ye.. bukan niat nak tayang kat orang pulak]


Sedondon camni kan lawa juga...

Macam2 warna ada.... pilih je kaler feveret korang


Kalau kome yang tak berani nak pakai telekung yang berkaler2 ni
Warna putih pun ada....
Stok banyak lagi katanya



Telekung ni blogger YANA a.k.a tokey AUDRRA BLOSSOM yang jual tau...
Murah2 saje...
Terlajak larisssssss gitu...

Jom pakat2 jengok & like page AUDRRA BLOSSOM

Aku suka kaler turqoise tu
Eh..eh..purple tu pun cantek gak kan...
Kalau korang nak yang all white, cam gambo kat bawah ni



Banyak beno gambonya ye..cam aku lak yang juai telekung
Keh..keh..keh..
Gambar2 kat atas semua dari page AUDRRA BLOSSOM ye


Kalau kome berkenan silalah pi terjah page AUDRRA BLOSSOM
Macam2 jenis telekung ada - bukan setakat lycra je...
DANNNN  kualiti kain Lycra yang dijual memang tebal, tak jarang & sejuk
Nak lagi senang korang Whatsapp/pm  je kak Yana di @ 019-2764682
Boleh dapat best price lagi.... [Kak Yana ni baik tau...]


So korang jangan malas2 terjah page AUDRRA BLOSSOM ye..
Insya-allah tak nyesal punya...



BIL...BIL..BIL

Perkara wajib di hujung bulan
adalah membayar bil2 semasa
Awal???
Takde mananya awal... selalu memang time2 camni aku bayar bil


Dan seperti biasa, bil2 semua aku bayar secara online je
Aku guna Maybank2u je... senang citer
Even beli top up henfon pun aku  guna M2U ni..
Sekarang semuanya kan di hujung jari...

Korang bayar bil cemana???


Wednesday, May 21, 2014

SAKIT BERJEMAAH

Memang musim orang sakit la ni kan
Family aku pun terjangkit sama
Demam + batuk+ selsema
[tak menahan sungguh]

Kita yang tua ni pun tak tahan bila kena serangan sakit 3 serangkai ni
Apatah lagi la budak2 kan
Nak2 pulak bila si Kakcik pun kena
Sian kat dia... nak minum susu pun tak boleh sebab hidung tersumbat

Mula2 kena si Adib, tapi takat selsema je la
Jangkit pulak dekat mamanya
Mamanya pulak selalu digomol dek Kakcik
Maka terjangkit la dekat dia sekali


Pastu terjangkit la pulak ke abahnya
Aleeya pulak dari Isnin asyik pening & badan nak demam
Ingatkan nak suh dia duk rumah je
Tapi sebabkan dia ada periksa, terpaksa la dia pegi sekolah juga
Siap atuknya bekalkan Minyak Angin Cap Kapak sepanjang berada kat sekolah
Tapi setakat semalam, Aleeya dah beransur baik

Amira pun selsemanya dah kering sikit
Cuma dah kena batuk pulak
Sian juga malam2 asyik terbatuk2
Bila anak2 tak sihat ni, parents pun tak lena tido dibuatnya
Kejap2 mesti terjaga bila anak2 terbatuk la merengek la
Aleeya terkentut masa tido pun aku boleh terjaga... ish...ish...

Pesanan khidmat masyarakat:





Tuesday, May 20, 2014

MIRACLE YANG BEST

Aku suka sangat bau perfume MIRACLE
Dari first time aku pakai, ni la bau yang paling aku berkenan
Dah masuk kategori feveret la kiranya

Kebetulan pagi tadi ada member opis jual perfume
Baru lagi katanya perfume FRAGRANCEWORKS ni
Perfume ni pun ala2 perfume ONE DROP PERFUME TU
Dan..... kebetulan ada pulak wangian MIRACLE ni
So, harus la aku merembat satu...hehehehe [pantang ada duit kan...]
Harga RM25 for 10ml
Mahal sebab bukan EDP tapi pati sebenar a.k.a PARFUM la [kononnya]


Nak beli ori amat le teman idak mampu buat masa sekarang ni
Harga pun dekat 2 ratus gak kot...


Tapi kalau ada yang nak kasi present
aku terima dengan hati terbuka je...hehehehe


KERISAUAN IBU MENGANDUNG : URI RENDAH

Minggu lepas aku ada cek up untuk minggu ke 28
Alhamdulillah kandungan dah masuk 7 bulan mengandung
Setakat ni takde la apa2 komplikasi pun..

TAPI... ada satu masalah yang menjadi kerisauan aku
Sejak dari mula cek pregnancy kat klinik 
doktor ada bagitau yang aku ada Low Lying Placenta @ uri rendah
Pregnancy sebelum2 ni tak pernah kena pun
Masa awal2 tu aku andaikan maybe sebab masih awal pregnant kan
So aku buat tak tau je la... kot2 nanti makin baby membesar, uri tu pun akan berubah kedudukannya

Tapi masa cek up last week, kena scan dengan doktor
Doktor kata uri aku rendah lagi
Weiiiiiii risaunya sebab uri rendah ni selalu berkaitan dengan Plasenta Previa
Doktor tanya ada buat keje berat ke
Aku cakap keje rumah biasa2 je...
Maybe sebab masa takde air haritu, aku ada angkat2 air kan
[Kalau aku tak buat, sapa nak buat ye dak???]
Takkan nak tunggu hasben balik keje baru boleh mandi, berak, kencing semua kan...huhuhuhu

So aku pun mengigih la menggoogle apa show, cause & effect bila uri rendah ni
[memang sengaja nak menambah kerisauan aku..]
So hasil findings aku... cewah!!
Rupanya, placenta previa (PP) ni ada 4 stage
So aku ni kira kategori pertama la - Low Lying [kot???]


Malas nak taip, so aku tepek screenshot je la ye


So gambaran jelasnya lebih kurang gini la




Aku berisiko sebab:
-bukan kandungan pertama
-pernah bersalin secara c-zer




So far setakat ni aku tak pernah la mengalami sebarang pendarahan
So maknanya kena la teman banyak berehat ye..
Ate, mana nak rehatnya kalau anak udah ramai??? [nangisssss]
Cuma harapan suamiku lebih memahami keadaan aku la hendaknya...

** Maklumat semua dari babycenter.com.my



Harap2 aku mampu bersalin secara normal lagi kali ni
Kalau c-zer cam renyah sikit nak jaga
Nak2 pulak ada KakCik yang lasak
Mau terburai perut aku nanti.... [takutnya]
Doakan aku ye korang...


Monday, May 19, 2014

MA... MAMA... MA

Nyaring sungguh sore anak dara sorang ni..
Boleh lawan dengan kakak Yaya nanti ye..
video

Tonggang terbalik la video ni
Tak reti teman nak betulkan...heheheh
[sila layan sambil senget kepala yer]

OCTOPUS TRIPOD

Dalam orang dok gila bermonopod
which setakat ni aku tak terjebak lagi
Aku pulak sambar Octopus Tripod ni

Pernah dengar ke Octopus tripod ni?
Benda ni tripod la a.k.a stand untuk kamera @ smartphone tu
Benda alah yang kaki tiga tu la
Cuma dikatakan Octopus sebab kakinya fleksibel
Boleh bengkok2 suka2 hati

Aku memula tertengok benda ni kat Dealmates
Cam menarik la pulak pastu aku sevey la kat Lelong.Com.My
Dan akhirnya telah beli pun tripod ni dengan harga yang amat berpatutan
Ini la tripod yang aku beli...
Kalerful kan??? Mak sukeeeeee
Didatangkan sekali dengan holder yang boleh muat gajet sehingga 9cm
Maknanya paling beso tepon/kamera yang korang boleh klip tu adalah 6 inci
Lenovo aku yang 6 inci tu ngam2 je...
Holder tu pun korang boleh rotate 360 darjah

Tujuan utama beli tripod ni... biasa la nak selfie kan
Lagipun nak raya dah ni kan...
Senang la nak ambik gambar raya beramai2 nanti
Takde la yang kena jadi cameraman


Ada banyak kaler lain lagi..
Pilih la mana yang berkenan


Sesuai untuk kamera juga tau


Yang ni kalau guna smartphone
Nampak tak tang function octopus tu
Belit @ lipat  la kot mana pun..tak patah punya...
Nak tengok video dalam smartphone pun letak je atas tripod ni
Takyah pegang2 dah..


Selfie pertama bersama octopus tripod
[Masa ni tinggal aku berdua dengan kakcik je]

Cuma kalau nak pakai benda ni, kena set timer la untuk kamera korang tu....

Suka benda alah ni sebab compact & comel
Senang sumbat je masuk dalam henbeg..

Friday, May 16, 2014

BARU NAK TRY OAT CHOCO

Murah rezeki aku & baby hari Jumaat ni
Sebabnya opismate aku bagi 4 Oat Choco
Alhamdulillah.... terima kasih ye Ziha...


Ada yang dah pernah try ke Oat Choco ni?
Sedap kan??


SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 Mei tiap2 tahun merupakan Hari Guru 
Dah lama meninggalkan alam persekolahan so dah lama juga tak sambut hari guru
Tapi sejak anak2 dah sekolah, deme la yang beria nak sambut hari guru

Hari ni pun kebanyakan sekolah buat sambutan hari guru kan
Dan patutnya kat sekolah agama anak2 aku ada ujian
tapi sebab ada sambutan hari guru kat sekolah kebangsaan
ustazah pospon la ujian tu ke hari Isnin...

Malam tadi juga anak2 sebok ajak abahnya membeli hadiah untuk cikgu
Ala... beli la hat murah2 je...
Makanya penuh la kot kedai2 especially kedai cenderahati dengan budak2 
Untung la tokei2 kedai semalam... 

Hari ni semua budak sekolah kebangsaan kena datang sebelah pagi
Anak2 aku pun kena la bangun awal kan [diaorang sesi petang]
Sebabnya kena ada kat sekolah sebelum kul 7.30pg
Aleeya ok bab2 bangun pagi, tapi si Adib ni liat sikit
Tapi alhamdulillah takde buat perangai

Sementara menunggu atuk hantar ke sekolah
Posing jap... termasuk si kecik tu nak menyebok
Adib tu tengah pegang hadiah nak bagi kat cikgu dia le tu

Ok la kepada semua warga pendidik 
terutamanya kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku: 
-Mak & abah sebagai cikgu pertama aku [kebetulan dua2 pun memang Cikgu]
-Tadika KEMAS Taman Kledang
-Sekolah Agama Rakyat Osmaniah
-SRK Main Convent, Ipoh
-SM Convent Ipoh
-Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
-Matrikulasi UUM Sintok
-Universiti Utara Malaysia, Sintok

Dan tak lupa juga kepada rakan2 blogger dan alam maya yang lain yang bertugas sebagai cikgu

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

Wednesday, May 14, 2014

DERA ABAH LA PULAK

Itu hari abahnya yang suka tarik hidung anak
Kali ni anak pulak balas dendam kat abahnya..
Hambek kau..
Dah belajo dengan sifu
Sekarang praktikkan kat sifu pulak




KALAU DAH NAMANYA PEREMPUAN....

Girls will be girls kan...
Kalau dah namanya pompuan tu tak lari la dari benda yang bling2 kan
Feveret tu  [aku pun sama]
The attraction is highly irresistable kan...


Kak cik ni pun dah menunjukkan ciri2 tu
Pantang nampak benda bling2, bukan main lagi dia nak capai
Kalau orang pakai rantai, gelang lagi la dia suka main
Ni tali henbeg Maksu dia pun dia nak main juga
Mentang2 le tali henbeg tu pun bling2 cam emas...hehehehe

** Mama kena serender pakai gelang rantai bila ada anak kecik ni...
Rantai aku yang putus dibuat dek Adib pun aku tak pi repair lagi... 
Malas!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...