Wednesday, April 30, 2014

SENYUM DENGAN MESIN BASUH

Haritu kan aku ada merempan pasal mesin basuh aku yang sendu tu
Nak baca KLIK SINI

Pehtu masa aku nak basuh kain wiken lepas
Dia buat hal lagi...
Dengan air sendu, pehtu takleh spin
Bikin marah sungguh la... 
Wa..... rasa nak hempas itu mesin basuh

Pehtu aku godak2/goncang2 mesin tu sekali patah la pulak muncung kepala paip tu
Tak reti nak explain cemana...
Kat tempat warna merah tu la yang patah
Patutnya ada muncung kat situ kan
Tapi lepas kena godak terpatah la ia
Makanya takleh le nak kepit getah paip mesin basuh kat situ
Dan juga masa tu mencurah2 la air melimpah ke lantai
Dah satu koje lagi nak mengemop lantai yang basah.....

Lepas tu aku bior je la mesin basuh cenggini
Pehtu terus sms hasben ajak pi kedai letrik nak beli mesin basuh baru
Dah geram sangat le tu.... 

Tapi bila dah bertenang, aku suh hasben aku pi cari kepala baru untuk getah mesin basuh tu
Ada kot jual kat kedai hardware gamaknya
Alhamdulillah ada.... terus hasben aku tukar

Kelmarin basuh baju, tengok air meluru laju je masuk mesin
SENYUM  kegembiraan & kelegaan 
sebab takyah angkut air secara manual lagi sampai sakit2 pinggang
Rasa nak lompat bintang patplohpat kali

Cumanya masalah spin tu takleh diselesaikan lagi
Motornya dah rosak gamaknya...
[Spin yang bermasalah masa final spin tu je sebenonya]
Nampaknya kena la cari solution lain
Buat masa ni aku spin guna spin lepas bilas untuk pusingan kedua tu
[Kome paham ke apa aku cakap ni... gasakkkkkk la]


** Selagi boleh pakai, pakai je la dulu.

BENCINYA BILA KENA PAKSA "LIKE"

Korang pernah tak bila buka fb 
Pehtu tengah syok2 baca satu post ni
pastu dia suh klik untuk baca seterusnya
Selalunya yang buat camtu bila deme guna Networkedblogs

Dan paaaaaaaaaaaaling menyampah bila kuar benda alah ni

Nak kena like pulak semua2 ni baru boleh baca
Macam pakse je....
Nyampah!

So kesudahannya, tak kuasa la aku nak "like" page tu
Buat penuh wall fb aku je nanti
So, aku pangkah je la page tu... malas nak baca dah
Takpe... nanti ade la aku jumpa artikel tu  kat blog orang lain...hehehehehe

Korang yang ada Networkedblogs pehtu buat camni
Jangan harap la aku nak "like" pulak
Bikin panas hati je....
[kadang2 artikel tu idak le best/gempak mana pun...huhuhuhu]

Dah tu je nak ngomel
Bai!

Tuesday, April 29, 2014

SEDAPNYA

Habit anak dara aku yang sorang ni
HISAP JARI


Jari tangan kanan masuk mulut
Tangan kiri tutup tangan kanan
Nak coverina le tu...

ANAK ABAH....

Amira ni memang jenis manja sikit
Nak2 pulak dengan abah dia
Kalau dengar je moto abah dia, dari mengantuk terus jaga, siap berdiri tercegat depan pintu
Bila nampak abah terus mintak dukung...

Semalam, Amira baru bangun tidur
Nampak abahnya tengah baring kat sebelah terus pegi kat abahnya


Camtu la dia duk dengan abahnya semalam
Hei.. manja beno!!


Monday, April 28, 2014

HARAP² BETUL LA TAMAT CATUAN AIR

Sabtu lepas masa tengah tengok citer Panggung Sabtu kat tv3
tertengok Berita Terkini 
Pehtu kuar la berita katanya catuan air mungkin tamat Selasa @ Rabu
Rasa lega hati ni...
Letih mengisahkan segala2 yang berkaitan dengan air ni

Nasib la tengah pegang tab
Terus snap gambo kat tv..heheheheh

Harap2nya betul la catuan akan tamat esok lusa ni
Kesian kat kami warga Selangor/KL
Kata Selangor maju, tapi ayor kena catu... hek eleh....


BILA ANAK DAH PANDAI DEMAND

Kelmarin dah siap2 buat list untuk beli barang dapur
Senang la nanti bila nak beli barang kan
terus tuju kat bahagian sepatutnya je
idak le terbeli benda2 yang tak tersenarai
[even kadang2 terbabas juga]

Lepas buat list, aku tinggal je list tu atas meja
Masa aku nak ambik list tu pagi tadi
Ada pulak tambahan dalam list barang dapur tu

Tak hagak2 kan barang dapur tambahan tu
Henfon tu barang dapur ke nak oi????

Dah pandai demand dah budak berdua tu
Tak hagak2 mintak Ninetology ngan Samsung lak tu

**Pitam***



Friday, April 25, 2014

WHATSAPP PLUS

Zaman la ni dah tak main dah pakai SMS, MMS bagai kan
Dah beralih ke Whatsapp, We Chat, Line, Kakao dll
Satu lagi kalau pakai smartphone tapi takde applikasi2 tu semua cam tak complete lak kan

Dalam banyak2 apps tu yang paling aku suka guna ialah Whatsapp
Mudah, cepat dan senang
Cuma kelemahan, kena ada internet connection je la

Sekarang selain Whatsapp yang biasa2 tu
dah ada Whatsapp Plus pulak
Apa bezanya???
BANYAK BEZANYA....
Terutama tang  warna logo tu..hehehehe
Tapi lebihnya lebih kepada personalization je..


Ekceli aku pun tak habis explore lagi Whatsapp + ni
Kalau Whatsapp biasa tu takat boleh ubah wallpaper/background je la kan
Tapi kalau Whatsapp+ korang boleh apply theme2 tertentu
Background pun boleh pilih lain2 untuk setiap conversation...


So far aku guna Whatsapp+ ni ok la
Function sama je cuma appearence dia je yang lebih cantik

Kalau korang nak install Whatspp + ni, pi cari kat Play Store
Tapi before install Whatsapp+, korang kena uninstall dulu Whatsapp yang lama
Don't worry sebab conversation korang yang lama akan automatic backup
So bila korang install Whatsapp + ni,  conversation lama still ada lagi..
Selamat mencuba..


SHOE DICTIONARY

Pencinta kasut sekalian
Meh hari ni belajo pasal kamus kasut..

Kasut yang mana korang pernah ada?
Aku pernah ada Wedge, Platform, Flip Flops, Loafer, Stiletto & Mules je...

Jangan lupa layan video ni sekali
Aku suka dengar lagu ni tapi tak tahu tajuknya
Baru tahu 2-3 hari lepas... hahahahah
THESE BOOTS ARE MADE FOR WALKIN'  [tajuk lagu ni]

Thursday, April 24, 2014

SURPRISE DARI BOS

Alhamdulillah.... kadang2 rezeki memang datang tanpa diduga
Ala2 surprise gitu kan
Ha... itulah yang terjadi pada aku & member2 opis
[kami 3 orang je]

Inilah surprise kami di awal minggu ini
Jeng..jeng...jeng..
Henbeg untuk kami sorang satu...
Ekceli tak pernah menyangka bos nak bagi handbag pun..

Ini yang bos bagi pada aku.. 
Tapi aku dah tuko suka sama suka dengan sorang lagi opismate
Sebabnya aku nak kaler hitam
& dia pulak nak kaler coklat...
So the black is mine!!


Apapun THANK YOU BOSS!!!


Henbag ni ala mat datin pulak aku rasa
Jadi la buat pakai raya... hehehehe
La ni duk pakai la yang hasben aku belikan kat Jepun hari tu...

AKU PUN NAK BERBAWAL PARIDAH JUGAK...

Orang lain semua dah try style tudung Bawal Paridah ni
Aku je baru kedek2 nak menerai
Udah tak mampu nak pakai tudung Fareeda kan...
Bawal tu mampu le... itupun hat yang murah2 je...

Masuk kali ni dah 3 kali le aku menerai pesen ni
Ok la... senang jugak nak buat kedut2 tu
Cuma tipsnya kena pakai keronsang yang pin panjang
Baru le kedut2 tu nampak cantik sikit

Ini yang aku pakai semalam
[abaikan dabel chin tu..]


Ni masa fes time buat...
Tak reti lagi so tak terserlah keparidahan tu.. 
Hehehehehe


Yang ni pulak pakai dengan bawal bercorak
erm... memang tak nampak le kedut2 tu sangat

Korang ada yang udah menerai pesen ni ke??

Wednesday, April 23, 2014

TABISH TABISH

WARNING!!
Entry ni takde berkenaan dengan Teletubbies Merah ye
[tetiba...]

Ini le patung feveret Amira selain patung Doraemon
Patung ni Aleeya yang punya dulu
Kalau tak silap, Opah Besah belikan kat Padang Besar few years back
[tak ingat dah berapa tahun dah..]

Sekarang dah turun kepada Amira pulak
Adib dia tak main la patung2 teddy bear bagai ni
Anak jantan le katakan...
Dulu dia main patung PAMPA [gajah pampers tu] ngan TEDDY [patung Mr Bean] tu je

Berkepit la dengan Tabish Tabish ni...
Teletubbies Purple tu nama dia apa ek???

Kebetulan Aleeya pulak pakai baju Teletubbies malam tadi
Ada pulak nama watak2 Teletubbies tu kat baju ni
Baru tau nama Teletubbies Purple ni sebenarya PO
Tapi tak sedap la panggil PO... convert jadi Tabish Tabish lagi sedap..
Kan Mira kan????


Nah tengok intro Teletubbies lak...
Aku suka tengok Baby Matahari tu... Comel!

PALING STEADY

Payah sungguh nak ambik gambar pegun budak bertuah ni
Asyik tak duduk diam
Nak2 pulak kalau dia tahu orang nak tangkap gambar dia
Laju je dia datang kat orang yang pegang kamera tu

Setakat hari ni, inilah gambar Kak Cik paling steady 

Kalau ada buat photoshoot ni
Jenuh la fotografer nak diamkan budak ni...


Tuesday, April 22, 2014

PATUNG TAMBAHAN : KAKJI & LILI

Patung2 mainan si Amira dah makin banyak
Itupun ada yang turun temurun dari masa Aleeya dulu
Punya la banyak ada kat bawah
So kena la beli bakul tambahan nak muatkan patung2 tu semua
Ini pun dah penuh bakul korang
Ada lagi patung2 kat bilik Aleeya 
Tah mana aku nak simpan bila deme dah beso nanti..huhuhuhu

Ni pulak tambahan patung Opah Besah belikan untuk Amira masa pegi Cameron Highland haritu
Kakji baru [yang lama punya baju kaler biru]
Peh tu patung ungu tu suka suki je si Aleeya bagi nama Lili
Bantai pi la... janji ada nama... senang nak panggil..hehehehe

Tapi Amira ni dia tak heran sangat patung yang dua ni
Balik2 dia suka main dengan patung Doraemon
[Takde pulak gambonya]
Pehtu terkini dia suka beno patung Teletubbies yang Aleeya punya dulu
Opps.. sila jangan bayangkan teletubbies merah ye sebab yang Amira suka ni kaler purple..


Ni masa baru2 lagi sayang la
Tak sampai 5 minit patung tu dah dicampak ke mana tah
Tiap2 malam jenuh mengutip patung2 dia yang bersepah dalam rumah
Letih!

Monday, April 21, 2014

AKSESORI TERBARU BILIK AIR

Jumaat lepas saja la pi folo opismet gi gudang TOYOGO
Dah lama tak menjongket, sekali sekala nak kuar kandang jugak kan
Tempatnya idak le jauh mana pun dari opis

Dalam2 takde duit & takde tujuan nak beli apa
Terembat juga 3-4 barang
Total damage kat situ tak sampai RM15 pun [hehehehe]

Antara barang yang aku beli kat situ adalah penggantung berus gigi
Selama ni berus  gigi kami anak beranak, aku letak dalam mug je

Ha ni la dia penggantung berus gigi yang aku beli
2 hengget je noks...
Boleh gantung 5 berus gigi

Balik rumah terus aku tampal kat bilik air
Masa Adib masuk bilik air dia pun eksaited la tengok ada benda baru kan
Dan2 tu juga nak gosok gigi... dasarrrrr sangat kan...
Pantang le ada benda baru dalam rumah

Semoga dengan benda alah ni
Makin semangat anak2 aku nak gosok gigi..

CUCUK SETAHUN

Bila ada baby ni kena la ingat bila nak ambik suntikan imunisasi
Untuk umur setahun, kena cucuk MMR
[MMR stands for Measles, Mumps & Rubella]

Amira ni pulak kalau ikutkan dah terlewat
Umur dah setahun sebulan baru nak pi cucuk
Ate, mamanya asyik lupa je...

Sabtu lepas dah selamat bawak gi cucuk
First pegi klinik yang selalu kitaorang pergi tu
Tapi klinik tu kehabisan vaksin pulak
So kena la pi klinik lain pulak

Seminit tak duduk diam tau si Amira ni
Bila didukung, dia nak turun pulak
Nasib la mama pakaikan kasut..

Selalu suntikan sebelum2 ni cucuk kat peha
Kali ni suntikan kena kat bahu pulak
Dalam bilik doktor, pun sama membuas
Tangan tu laju je nak capai itu ini
Sampai picagari pun dia nak capai
Dah tu kaki asyik nak memanjat meja doktor je
Mengah aku memegang dak kecik ni..

Masa nak timbang berat pun punyalah payah duduk diam
Huh.. jenuh...
Tapi bila kena cucuk... melalak tak hengat dalam klinik
Suara kuat kemain lak tu
Nasib la orang tak ramai kat klinik masa tu
Banyak gak darah budak ni...
Bila sampai rumah, bagi susu sebotol, masukkan dalam buai, terus lena
Hahahaha... lama pulak tu dia tido...
Sempat la aku nak baut keje rumah...

** Next cucuk masa umur setahun setengah pulak..


Friday, April 18, 2014

SELFIE GUNA CYMERA

Memandangkan camera tab ni tak best
So aku try la install CYMERA kat tab aku ni
Bila dah install, mula la nak meneroka benda yang ada dalam tu

Best gak guna CYMERA ni
Sebab boleh buat macam2
Camera + photo editor...

Yang ni antara paling best..
Yang ni aku selfie guna mode Super 4
Maksudnya cuma tekan camera sekali je
Pastu dia akan snap 4 keping gambo berturut2
[dia ada selang masa tau so korang sempat la nak ubah cara pose]

Selain tu ada je mode lain yang korang boleh explore sendiri
Sapa yang pakai android, boleh download Cymera kat Play Store


** Camni la bila takde koje...


Thursday, April 17, 2014

MESIN BASUHKU SENDU

Dugaan sungguh la time2 catuan ayor ni
Biasa la kan.. bila takde ayor idak le kita nak basuh kain kan
Tapi bila dah ada ayor, pakat pulun la nak basuh kain baju yang menimbun tu
Rasa 2 hari tu yang ada ayor tu tak cukup pulak nak proses kain baju tu
Non stop wash-rinse-spin... sambung pulak sidai, lipat, gosok...huhuhuhu

Semenjak dua menjak ni, mesin basuh aku buat hal pulak
Dulu takleh nak final spin...
Asal nak spin je pehtu stop pehtu masuk air lagi
Berapa kali nak masuk air pun tak tahu le...
Nak kata overload, idak juga... 2x spin sebelum tu elok je pusingnya

Seminggu dua ni pulak, datang masalah baru
Air yang masuk tu jadi halus pulak
Cek tekanan air elok je kuat
Saluran paip & tempat keluar air pun aku dah bersihkan kot2 tersumbat
Tapi masalah still sama..
Tah mana rosaknya idak le tau

Nak tak nak cara tercepat, angkut air guna baldi je la
Mak buyung dah le tak larat & sakit pinggang dibuatnya
Hadap je la.... kalau idak bila nak selesai kisah kain baju kan
Nak2 pulak hasben shif malam... camne la nak mintak tolong angkut air kan
Nampak tak air yang ciput tu mengalir masuk
[Dalam gambar nampak cam biasa.. tapi hakikatnya lagi halus dari ekor tikus tau]
Geram aku tengok air tu mengalir masuk dengan gaya slow motion..

Mentang2 la mesin ni dah tua [dah baya Aleeya---> 9 tahun]
Dia mula la buat perangai
Kadang2 datang hangin aku, aku sepak je mesin tu... [ganas tak aku???]


Haritu ada katalog Courts Mammoth, sampai ke opis
Dan le aku belek2 rege mesin basuh
Namun nak beli kat CM idak le kot... saje je nak sevey harga
Duit...duit....
Sementara nak kumpul duit... hadap je la mesin basuh sendu tu

** Tengah cari orang nak repair mesin basuh dulu.

GATAL-GATAL KETIKA HAMIL PETANDA BABY BOY??

4 kali mengandung, 4 kali mengalami alahan
Tapi alahannya tak sama antara satu sama lain

Anak sulung, siap alahan dengan muntak monggek sampai longlai
Anak ke-2, keputihan melampau dan gatal2 satu badan
Anak ke-3, alahan bau2 tertentu
Anak ke-4, again kegatalan di sesetengah bahagian badan

Selalunya kalau menda2 ni jadi waktu mengandung katanya alahan mengandung je
Lepas bersalin, insya-allah akan hilang

Pregnant kali ni selalu kena gatal2 especially kat lower part of the body
Buruk lak aku tengok kulit aku
Gatal tu tak menahan asyik di mintak garu je
Bebaru ni gatal kat celah kangkang pulak
Adui... dugaan sungguh..

Masa tengah menggoogle pasal kegatalan ni
tetiba terjumpa lak benda ni kat forum ratuhati
Apakah????
Hahahahah... jangan percaya sangat wei...
Tu kajian je... 
[tapi kalau betui pun apa salahnya...]

Tapi setakat ni kalau mengandung anak perempuan aku takde mengalami gatal2
Masa Adib dulu je beria gatal2.
Kali ni pun simptom gatal datang pulak
Ditambah pulak dengan catuan air ni kan... Masa air kena catu, mandi pun ala kadar je la kan...
So berdasarkan pengalaman lepas, kebarangkalian untuk baby boy ada la jugak kot kan... hehehe

Ekceli aku tak scan pun lagi jantina baby
Tak kisah pun jantina apa, asalkan baby sihat & sempurna fizikalnya
Tapi kalau boy pun alhamdulillah sebab akan terpenuhi la janji aku ngan Adib nak bagi dia geng
Hehehehe....

Wednesday, April 16, 2014

USB MULTI CARD READER

Kat rumah aku memang banyak memory card
Sebabnya hasben aku la suka tukar2 tepon
Lagi satu bila beli tab @ phone selalu dapat additional memory card kan..

Tapi tu la,  semua gajet2 tu kena guna jenis memory card tertentu je
Ada yang yang pakai makro, mikro dan macam2 lagi la
Saiz pun lain2 kan...

Bebaru ni pulak henfon Sony Ericsson yang aku pas kat Aleeya pun dah jahanam
Skrinnya blank je... Tak berbaloi nak hantar repair pun
So lantak je la kat situ
Luckily banyak gambo aku save dalam memory card je
So, aku just keluarkan memory card dari henfon
[Nak masukkan card dalam henfon baru ni pun tak muat pulak]
Memory card aku tu jenis M2, sedangkan tepon sekarang kena guna micro sd

So jalan penyelesaiannya untuk tengok balik apa yang ada dalam segala makneka memory card
adalah menggunakan USB MULTI CARD READER
Benda ni aku beli lama dah.. tapi jarang guna pun..

Aku beli yang ni je
Banyak jenis memory card boleh guna dengan satu alat ni tau
43 in 1 la katakan...hehehehe
[ada lagi yang lagi banyak tapi mahal sikit la]



Antara jenis2 memory card yang compatible dengan USB Multi Card Reader ni


Yang ni aku punya...
Aku tak pilih pun nak kaler apa masa beli tu
Tapi orang tu bagi aku kaler hijau
Macam tau2 je aku ni peminat hijau...

Lagi satu benda ni very handy
Tak besar mana pun..
Besar korang pun pendrive je lebih kurang
Muat je nak masuk dalam henbeg

Oh ye... USB Multi Card Reader ni aku beli kat LELONG.COM.MY je
Harga masa aku beli tu cuma RM7 je.. Murah kan???
Suka shopping kat LELONG.COM.MY ni sebab macam2 ada jual kat situ
Murah pun murah...

Korang ada tak yang suka shopping kat LELONG ni???

SEDEKAH SUAMI PADA ISTERI..


Lagi satu doa & restu suami terhadap isteri jangan dilupakan..


Tuesday, April 15, 2014

K.A.K.C.I.K.

Morning uols.....
Aku baru balik cek up pagi tadi
Udah masuk minggu ke 25... Ada 15 minggu lagi nak membawa perut
Alhamdulillah semuanya ok je..
Bulan depan pulak untuk cek up seterusnya

Layan dulu gambo KakCik sebagai warm up untuk hari ni

Jenuh nak mekap budak ni tau
Tak nak duduk diam...


Monday, April 14, 2014

BIRTHDAY & BERSARA

13.04.2014 - Genap usia abah aku yang ke-60
Dan tahun ni abah telah tamat perkhidmatan sebagai penjawat awam
Yup... abah aku dah pencen
Mak aku pulak dah pencen 2 tahun lepas
Lepas ni apa planning duo pencen tu tak tahu le...

Memandangkan aku tak balik Ipoh wiken lepas
So tak dapat la nak celebrate birthday abah
Ate... nak buat cemana dah laki teman kene koje
Gambar2 ni pun adik aku yang hantar melalui wasap

Atok bersama susu bongsu setakat ni...
Geram tengok si Darwisy ni... seketul je dia duduk kat riba atok..


Celebration sempoi je
Yang ada cuma adik aku yang Acik & Ateh [wif family masing2]
Kek pun homemade oleh mak aku
Mak aku sejak pencen ni rajin beno masak kek...


Pastu deme belanja abah aku makan Nasi Arab pulak
Wahahahaha.. dengkinya tak dapat join

Ok pasni bila semua kumpul kita celebrate lain pulak ek
Tak aci ooooo

Kejap je masa berlalu... abah ngan mak dah meniti usia emas
Teringat masa kecik2, abah hantar aku gi sekolah pagi2 naik motor 
Dalam sejuk2 atas moto tu abah suruh aku peluk pinggang dia kuat2
Bila abah tak sempat ambik, abah suruh Uncle Maniam [gardener sekolah] tolong ambik aku dari sekolah
[Tetiba emo...hahahaha]

Walopun aku tak rapat sangat dengan abah
Tapi aku tetap sayang abah 
Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Friday, April 11, 2014

ADIB DAN BOTOL SUSU

Adeh deh...
Budak ni dah darjah satu tapi takleh berenggang dengan botol susu & bantal busuk
Jenuh suruh dia berenti minum susu dalam botol susu
Kalau aku tak bagi, dia punya memberontak ngan merajuk usah cite la

Kita cakap dia dah besar & malu kat Amira je
Dia boleh cakap "BIARLAH... SYAHIR TU BOLEH JE MINUM DALAM BOTOL  SUSU LAGI"
Susah tul bila ada contoh terdekat ni...
Syahir tu anak abang ipar aku a.k.a sepupu anak2 aku la... Dok sekali kat rumah Cik Besah dan sebaya dengan Aleeya [9 tahun]


Dah takde idea nak buat cemana lagi
Just boleh berdoa semoga Adib cepat berenti minum dalam botol susu..

DAH SIHAT

Alhamdulillah
2 hari Amira demam, asyik merengek je
Semalam ambik dia kat rumah pengasuh Amira dah ok
Dah ceria dok jalan sana sini
Lega hati mama tengok Amira dah sihat 

Bila tak merengek baru senang nak buat keje
Kalau idak, pantang kena letak mesti nak nangis
Aku ni kalau budak menangis2 ni cepat je naik rimas

Tapi Amira tak sihat sepenuhnya lagi
Ada gak le rengek2 sikit tapi idak le macam 2 hari sebelumnya
Ada abang & kakaknya melayan dia, kureng la sikit ragamnya


Thursday, April 10, 2014

CATUAN AIR SAMPAI RAYA???

Malam tadi dah keluar Buletin Utama pasal catuan air 
My oh my.... sambung lagi 3 bulan ko...
Aku yang dah sebulan lebih mengalami catuan ni pun adakalanya rengser je rasanya... 
Inikan pulak disambung lagi 


Tapi dalam pada tu masih lagi bersyukur air masih dapat dibekalkan selang 2 hari terus ke paip dalam rumah
Sebabnya masih ada tempat lain yang catuan sampai berbulan kan
Siap kena angkut air dari lori tangki lagi... KESIAN diaorang...

Aku yang lalu Empangan Batu hari2 memang nampak kesurutan air tu
Paras air makin rendah even hujan turun dengan kerap
Katanya lagi walopun hujan tapi masih belum mencukupi nak tingkatkan paras air di empangan

Kenot imejin bulan pose kena melalui catuan  air ni
Time raya lagi la pulak.. alamatnya semua makan dalam pinggan kertas / polisterin je la
Pastu aku nak berpantang pulak... adui... 

Ya-Allah, kurniakanlah kesabaran kepada kami semua untuk melalui ujianMu ini...

DEMAM

Cik Gebu demam dah 2 hari..
Hari pertama dedar2 je badan dia
Semalam agak panas
Musim gamakya dengan cuaca tak menentu ni kan

Bila demam tau je la.. asyik merengek je
Pantang kena letak bawah.. nangis je
Takkan nak berdukung 24jam pulak kan...
Malam tadi pun tak berapa nak tido dia
Mama dia jugak le yang mengantuk bila kat opis pagi ni

Cepat sembuh ye Amira
Tak best la bila Amira tak sihat...

Wednesday, April 9, 2014

LITTLE MISS PINKY

Takde citer menarik la ini hari...
Layan je la gambo cik gebu...




Orang tua2 cakap jangan duduk atas bantal
Nanti kena bisul
Tapi dak kecik ni suka sangat duduk atas bantal tu
Duduk la nak... janji ko mau duk diam...



R.A.B.U

Tuesday, April 8, 2014

LET IT GO - MULTI LANGUAGE

Korang dah tengok ke citer FROZEN tu?
Aku baru je dapat tengok citer tu 2 minggu lepas
Best kan citer tu...

Ni layan lagu LET IT GO dalam 25 bahasa
Termasuk bahasa Melayu ok... 
tetiba rasa vangga...hahahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...