Monday, March 31, 2014

SEKITAR BIRTHDAY PARTY AMIRA

Sabtu lepas ada sambutan birthday Amira
Birthday party la sangat kan
Padahal numpang kenduri abang ipar aku je...
Dah diajak buat sekali.. kami on je la
2-in-1 gitu...

Majlis dibuat belah petang
Hi-tea gitu....
Mula cadangnya nak buat belah malam 
Tapi kalau malam tau je la kan.. budak nak tido
Pehtu kita pun letih juga kan sebab nak ngemas itu ini pulak lepas tu

Menu takde la gempak sangat
Bihun sup, roti jala, kek, tauhu sumbat, kuih muih, burger
Untuk budak2 ada la supply jajan sikit2...
Walopun simple, tapi kenyang usah cerita
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walopun tengah majlis tetiba hujan..

Birthday girl nak potong kek
Mengah mama buncit dukung Cik Gebu sorang ni..


Birthday girl yang semakin lasak
Susah beno nak suruh dia pakai cekak lampu2 ni
[cekak tu beli kat Cameron Highland minggu lepas]


UPGRADE

Sedang melalui zaman peralihan....
Orang lain dah bercanggih manggih
[Siap dah bermonopod bagai sekarang ni]
Aku masih terkedek2 nak belajo guna tepon swipe2 ni..
Amatlah kekok dirasakan...

Gajet terbaru saya..
Semakphone in the house uols...
LENOVO S930 je
[takde duit nak beli mahal2... ini pun jadi le.. Alhamdulillah]


Dulu dan sekarang
Bandingkan saiznya tu...

Well, Sony Ericsson aku tu masih sihat walafiat ye
Suka sangat dengan SE tu sebab kameranya cantik
Dah lebih 3 tahun aku pakai
Jatuh terhempas, berkecai pun masih steady
Cuma dah calar balar la 

Sebab aku dh upgrade, tepon SE tu aku turunkan pada Aleeya
Dah belikan simkad DiGi baru untuk dia..
Abih hati la minah tu..hehehehe


Hasben pun siap belikan casing baru untuk tepon baru
Macam tau je bini dia hantu hijau...
Ai like!!!!
Thank you laling....

** Dah biasa pakai tab 7", rasa tak puas pulak pakai semakfon ni.. Erm..
Pelan2 belajo ye...

** Sesape yang pakai Lenovo ni sila beri tunjuk ajar ye... Aku is bengap benda2 gini..huhuhu

Friday, March 28, 2014

IRON BOARD PATAH LAGI

Adoi geram sungguh la kalau benda dalam rumah buat hal
Ni citer masa baru balik Cameron Highland haritu
Sebab esoknya kan nak keje
Baju keje satu apa pun tak gosok lagi

Dah le hati aku tengah panas kan
Alih2 bila nak gosok baju, tetiba pulak iron board aku menyenget
Aku ingatkan kot2 la aku salah pasang ke
Rupanya palang kat kaki iron board tu dah patah.
Adoi...saja la nak menambahkan bengang aku..huhuhuhu

Gosok juga la dalam senget2 tu
Dah lama2 iron board tu rebah sendiri
Terus sebelah palang lagi patah...hahahaha
Padan muka... 
Dah le baru 1 helai je gosok...
Bia iron board tu dah rebah, aku bior je terbongkang kat situ
Terus tutup suiz iron & turun bawah
Pi solat maghrib dulu la...
Pastu baru ingat nak pi kedai beli iron board baru

Ini la iron board lama
Mahal lak tu aku beli dulu sebab yang ni jenis ada stand untuk steam iron
Mahal je lebih.. tak tahan lama pun..

Malam tu aku ajak Aleeya pi kedai sebab nak beli iron board baru
Memula hasben aku yang nak belikan
Tapi aku cakap bior la aku yang gi beli sebab aku je tau nak pesen cemana kan
Kang laki aku beli kang aku tak puas hati pulak

Dah alang2 ke kedai tu, terbeli jugak le benda lain selain iron board
Aku beli bakul beso untuk isi patung2 Amira
Pehtu beli penyapu ngan kain lap kaki 
Situ je dah berhabis dekat RM80 [memang takleh shopping time amarah]

Kali ni beli iron board yang biasa tu je
Tapi aku beli yang besar... Senang aku nak tebar baju beso2 atas tu
Lepas tu terus semangat iron baju
Dah le Amira tido je.. so layan iron baju sebanyak yang mampu
Syok bila guna benda baru ni kan...hehehehe
Terubat jugak kecewa unpleasent trip ke CH tu sikit2...
[apa kaitan tah le.. tapi at least release la sikit]





Thursday, March 27, 2014

UNPLEASANT TRIP TO CAMERON HIGHLAND - DAY 3 [FINALLY ITS OVER!!!]

Hari terakhir di Cameron Highland
Dah nak balik dah hari ni
ingatkan sempat la lagi nak gi  jenjalan kat CH kan
Sekali kuar bilik a.k.a check out dari apartment pun dah pukul 11 pg
Jalan depan apartment menuju ka arah Brinchang memang jem giler la...
Berderet2 kereta ko...
[Sah2 takde harapan dah ke Tringkap/Lavender Garden/Rose Valley]



Asal plan nak singgah Ipoh sebab nak ambik geran kereta aku
Tapi jalan turun ikut Simpang Pulai pun dah jem
Nampak gayanya kena la ikut Tapah... 
[Semua plan tak jadi...]

Dekat kul 12 baru gerak keluar dari kawasan apartment
Menuju ke area Tanah Rata
Hasben aku pun idak tanya kot2 nak singgah mana2 ke
Aku sebab frust idak jugak cakap nak ke Opah Strawberry Farm
Lalu kat Taman Sedia begitu aje la..
Kempunan aku nak makan kat Opah
Sian baby mama dalam perut...hmmmm
Aleeya pun kempunan nak makan stoberi cicah coklat
Hai la nasib badan...
Sedih sebab hasben tak alert permintaan isteri mengandung yang dah berhari2 nakkan benda tu


Last stop depa singgah kat Habu kot
Tah shopping apa tah... aku is no mood already
Tapi nampak cam banyak je mende biras aku ngan Cik Besah shopping
Banyak duit boleh la.. aku ni no money no talk la
Dok je la dalam kereta
Amira pulak tido...

Sepanjang perjalanan balik aku tak dapat duduk dengan selesa
Sebabnya Amira dah tido baring
Aku la kena menyandar kat pintu kereta
Sakit pinggang aku dibuatnya
Bila duduk tak selesa, pening dah loya mula la datang
Jenuh menahan rasa nak muntah tu....
Nasib la aku ada mengusung minyak cap kapak..

Akhirnya sampai jugak ke bawah, singgah le sembahyang kat Masjid
Boleh la membasuh2 muka dan kepala
Pergh... panas gile....

Pas solat semua, nak pi lunch pulak
Jam dah pukul 3 petang
Aku dah cakap kalau boleh takmo makan kedai mamak
Aku is tak lalu sebab rasa nak muntah kan
Takde sapa nak dengar aku cakap
Ye la.. aku ni sapa kan... sekupang pun cakap aku tak guna pada deme
Dalam kereta babysitter sms katanya keputusan majoriti  insist for mamak
Well, takpe la aku cakap aku nak makan KFC je la

Sampai kat Bidor, sungguh deme berenti kedai mamak
Sakit hati aku dah sampai klimaks kot masa ni
Erm... lepas hasben aku parking, terus aku minta kunci kereta
Aku cakap nak pegi makan KFC... lantak la kome...
Aku ajak Aleeya, Adib & 2 anak babysitter aku tu...
Nasib la aku dah riki mana KFC terdekat...
Puas hati aku dapat makan KFC... melantak dengan jayanya hahahaha

Dah kenyang pi balik tempat deme parking tadi
Lantak la deme semua nak kata aku kata
Aku je la cari jalan nak puaskan hati sendiri
Dah le sepanjang cuti tu aku tersangat2 unhappy... rasa menyesal ikut pun ada
Lantak la deme nak cakap aku keras kepala ke hati batu ke aku dah tak kisah
Asyik nak jaga hati orang je.. hati aku ni cemana pulak kan....
[Aku is very2 emo & sensitif pregnant kali ni]

Alhamdulillah sampai rumah hampir kul 6
dan alhamdulillah rumah masih ada air
So there goes my non stop routine
Nak basuh baju-jemur baju-gosok baju [sebab esoknya nak keje]
Letih memang letih.. tapi kalau tak buat sapa lagi nak buat kan??


** Kalau kome di tempat aku, cuba cakap percutian kome tu best ke idak kalau cenggini caranya??? Sebab aku adalah sangat2 tak puas hati bercuti camni. Tak happy & tak best!! Apa pun tak dapat... Dapat hadiah LETIH je la... Semua pun pendam je la dalam hati... Nasib la ada blog ni untuk aku luahkan perasaan...

** Thanks for reading rempanan mak buyung yang kempunan ni.. SEKIAN!!



Wednesday, March 26, 2014

AKTIVITI MALAM DI CAMERON HIGHLAND

Malam pertama sampai di CH, kami takat pi pasar malam je
Itupun takde la apa yang best sangat..

Malam kedua kalau ikutkan pun tak tahu nak buat apa
Nak pi makan luar pun, laki aku tah merayap ke mana dengan abang dia
Amira pulak crancky sepanjang malam balik dari Tanah Rata tu
Maybe sebab tak selesa @ maybe sebab sejuk
[Dah kasi dia mandi air suam pastu bagi dia pakai baju tebal2]

Dari bilik aku boleh nampak Cameron Highland Resort tau
Bila waktu malam, memang cantik bila dipasang lampu
Bercahaya2... 
Dah macam pokok krismas pun ada
Ada sekali tu Aleeya nak ambik gambar hotel tu
Tapi sebab jauh, tak nampak jelas la 
So malam kedua di CH aku janji la dengan Aleeya nak pegi hotel tu untuk tangkap gambar

Lepas mandi & sembahyang aku ajak Aleeya pegi hotel tu
Ajak juga Adib & anak2 babysitter
Bila hasben aku balik, dia pun nak folo juga
Si Aleeya pulak pi ajak biras aku sekali
Amira lak aku tinggalkan dengan babysitter [babysitter tak nak ikut]
Malas nak bawak dia malam2 takut ada benda ngikut pulak kan...

Hotel tu dengan apartment kitaorang tak jauh pun
So kitaorang jalan kaki je..
Sambil2 ambik angin malam

Layan je la gambo2 kami kat hotel tu
[Aku takde kamera canggih.. so maap la kalo gambo tak cantik]

Ni gambo2 dari henfon Sony Ericsson aku..



Bercahaya2 hotel ni waktu malam.. Cantik sangat


Ni pulak dari Note 3 hasben aku

Henfon mahal harus la kualiti gambo pun cun juga.. ye dak???


Dan ini pulak dari Tab Asus aku..
[ni pun guna Night Mode]
gambo ni malap je tapi aku edit kasi terang guna photoscape...hehehehe
  




Ha... ini je la yang kami buat malam tu
Lepak2 kat sini bawah lampu dengan cuaca sejuk2
Fuh... kalau dating berdua best ni
Sejuk2.. peluk2... gelap2... romantik noks!
Muahahahahah...
Kalau pi hanimun best la... ni sebab ada org lain kena kaver la sikit..



UNPLEASENT TRIP TO CAMERON HIGHLAND- DAY 2 (PT 2)

Sambungan ke CACTUS POINT
Sila jangan konfius dengan CACTUS VALLEY pulak ye..
[ni dua tempat yang berlainan]


Dah deme semua berenti, kena la kitaorang berenti juga kan
Bawak je la anak2 masuk dalam

Ada mainan ni Adib ngan Amira suka la....

Aku ngan Aleeya pi jalan nengok kaktus..
Tangkap gambo 3-4 keping jadi le...

Masa dalam kereta lagi si Amira dah cranky
Dah sampai masa nak tido la tu
Aku tak larat nak mendukungnya so pas2 la kat babysitter ngan hasben aku

Budak mengaruk nak tido... sabo je la


Lepak2 kat sini ada la tak sampai setengah jam kot. 
Jam pun masa ni dah dekat kul 12 rasanya

Pas singgah sini, masing2 pakat balik apartment
Nak masak lunch kononnya
Aku ingatkan nak ajak laki aku pi Opah Strawberry kat Taman Sedia tu
Hahahahahaharu.......... dia pun masuk parking kat apartment
Padahal sebelum blah dari Cactus Point dia yang tanya nak singgah Opah tu ke?
Of kos aku cakap nak kan.... dengan harapan dia nak terus pegi
TAPI... hampa kesudahannya...

Sampai apartment, kami yang pompuan masak la nasi & lauk pauk untuk lunch
Yang lelaki dok bantai tido aku tengok
Ada la sampai kul 4 petang kot baru masing2 nak bangun makan nasi bagai...
Amira pun tido gak masa ni.. dapat la aku berehat kejap...
[sambil aku mengapdet status fb - "BOSAN!!!"]

Dekat kul 5 baru laki aku ajak pi jenjalan
Nak gi mana lagi kul 5 petang kan... 
Banyak tempat dah tutup dah pun...
Nak gi Opah pun tah apa je la yang ada...
[takpe pujuk lagi hati esok sebelum balik sempat lagi kalau nak singgah]

Oh.. lupa lak hari tu birthday Amira so katanya nak pi beli kek kat Tanah Rata
Aku folo je la....
Pi Tanah Rata ada kedai kek tapi deme jual pesen dah potong slice2 tu
Yang seketulnya takde.. 
Last2 balik apartment gitu je la... apah pun tak dapat...
On the way nak balik pulak jalan punya la jem
Maybe stuck sebab ramai nak gi pasar malam kat Brinchang tu kot
Nasib la apartment kitaorang kat tepi jalan tu je
Tak le lama sangkut dalam jem tu...

Untuk mengubat hati lara, ada buat aktiviti malam dengan anak2
Buat apa??? 
Tunggu next entry aku citer...
[panjang pulak Day 2 punya citer ye]


Unpleasent part:
  • Tak dapat pegi Lavender Garden
  • Tak dapat makan kat Opah Strawberry Farm
  • Tak dapat beli kek Amira
  • Menyinggah ke tempat yang tak menarik
  • Masa banyak berlalu melangut kat apartment je
  • BOSAN!!!!


Tuesday, March 25, 2014

UNPLEASENT TRIP TO CAMERON HIGHLAND - DAY 2 (PT 1)

Hari kedua memang kalau ikutkan hari yang panjang
Dan banyak tempat boleh pegi
[Dan dalam fikiran aku memang nak gi jenjalan sungguh2]

Lepas Subuh, terus mandi & masak breakfast
Kononnya nak keluar awal
Tapi jadinya kul 9++ jugak le baru keluar 
Cuaca memang panas je kat atas
Cumanya angin kuat bertiup... so sejuk la udaranya

View dari bilik aku... Subhanallah...
Cuaca yang baik untuk pegi berjalan2..

Ni view apartment kitaorang dari bawah.
Kitaorang duduk tingkat 5

Plan aku kononnya [plan buat sendiri] nak pegi ke:

  • Lavender Garden
  • Rose Valley
  • Shopping kat Tringkap
  • Kea Farm
  • Opah strawberry farm [teringin/mengidam nak makan skon & eskrem stoberi kat sini]
Ekceli awal2 dah cakap kat hasben nak singgah sangat2 kat Opah Strawberry Farm. Tujuan utama nak gi CH nak singgah sini la kalau ikutkan.. Teringin bebeno orang Perak kata. Tapi tak tahu la hasrat ku akan dipenuhi ke idak oleh encik suami. Sebabnya bila aku cakap dia haa je...


Ok... destinasi pertama kitaorang pegi ialah menuju ke atas
Ke area Kea Farm & sewaktu dengannya la kiranya
Awal2 ni baik naik atas dulu sebab selalunya akan jem
Sementara tak jem tu better la tuju ke situ dulu kan

So disebabkan abg ipar aku lead, so dia tuju ke Bee Farm
Tempat ni dekat dengan Equatorial Hotel tu je
Sini la tempat kitaorang singgah
Aku is tak berapa gemo nak nengok2 lebah ni
Tak menarik minat aku pun.. dari pegi sini baik pegi Butterfly Farm kan

Dalam tu pun banyak jual souvenir je... So cuci2 mata sikit2
Pastu banyaknya duduk je...
Orang lain [yang laki2]  tak tahu la ke mana... gi cari madu gamaknya
Kitaorang banyak lepak dari jalan.... takde mende pun kat sini.. bosan gak la
Amira posing dengan Cik Ana.. babysitter Amira le ni

Cik Besah ngan Cik Zul pun malas nak jalan...
Lepak je kat luar kedai

Sebelum balik posing la sekeping dua dengan family sendiri...

Ingatkan, lepas singgah sini boleh la terus ke Lavender Garden & Rose Valley
Sebabnya dah alang2 jalan yang sama kan... Depan sikit je lagi dari Bee Farm ni
Aku dah cakap kat hasben aku suh cakap pada abang ipar aku nak pegi situ
Ntah dia cakap ke idak
Masa masuk kereta, abang ipar aku pi u turn cam nak turun ke area Kea Farm pulak
Ah sudah.... laki aku tak cakap le tu [takpun abg ipar aku yang takmo pegi]
Dah memang frust dah aku sebab  nampaknya cam takde harapan nak pegi tengok ladang lavender...
[nangis dalam hati]

Sampai kat area Kea Farm, singgah nak beli sayur pulak
Itupun takat gerai2 bawah tu je...
Tak jalan pun sampai gerai2 yang kat atas tu
Padahal souvenir banyak jual murah2 kat atas tu kan??
Ntah apa diborong dek biras aku dengan cik besah
Sampai 2 bakul sayur diangkutnya...
Aku is takde mood dah masa tu.. so memang takde hati nak shopping apa2
Cuma nampak fridge magnet je ada kat situ, beli jugak le ... buat syarat je la

Gambo sefamily @ Kea Farm...
[buat syarat je]

Masa nak turun dari Kea Farm tu, jalan yang menghala naik memang jem gila la
Memang dah takde harapan la nak ke Lavender Garden tu
Takkan deme nak redah jem tu pulak kan...
Kalau la tadi terus pegi sure dah sampai kan
Makanya teruskan perjalanan turun semula ka arah Brinchang...

Sebelum tu deme singgah satu tempat lagi
Kedai CACTUS POINT  yang kat atas bukit tu...
Everytime pegi CH mesti deme suka singgah sini...
Tak tahu kenapa.. bukan nak beli pokok bunga pun
Aku kalau pegi tempat sama dah jadi fed up la pulak
[ditambah pulak mood aku dah kelaut kan]
Dalam hati aku dah merungut2 dah... apa jadah la singgah sini???

Uish..letih aku menaip... nanti sambung ye..
Sabo ye kome menanti rempanan aku....




UNPLEASENT TRIP TO CAMERON HIGHLAND - DAY 1

Last Friday kan aku buat entry nak pegi happy2 bawak Amira jenjalan kan
Ha.. nak mengkabo la yang kitaorang pi Cameron Highland
Ekceli takde bajet pun tapi sebab dah Cik Besah ajak
Kami ikut je la...
Sebab belum gaji time, aku pun idak le berniat nak shopping sangat kat atas tu
Cuma nak pi berehat2 & menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan
[disamping nak makan makanan tanah tinggi je...]

Sebab anak2 aku ada ujian kat sekolah agama [pagi]
so kami bertolak tengahari la.. lepas budak2 balik sekolah
Sekolah kebangsaan memang kena ponteng la kan....
Sebelum bertolak aku dah tanya hasben aku nak lalu ikut mana?
Tapah @ Simpang Pulai.. dia kata tak sure... ikut abang dia la
Aku bukannya apa... kalau ikut Tapah tu jalannya yang bengkang bengkok tu meningkatkan potensi aku & anak2 untuk muntah dalam kereta
Kalau ikut Simpang Pulai tu tahan le sikit kan...

Sampai Tg Malim, masuk highway...
Aku ingatkan jadi la ikut Simpang Pulai
Sekali exit pulak kat Tapah
Aku dah cuak le... sebab aku tak menahan nak muntah2 tu nanti
Sebelum naik tu, berenti kejap tepi jalan 
Masa ni Amira pulak naik kereta dengan babysitter
[babysitter kitaorang pun join sekali trip kali ni]
So sepanjang perjalanan, Amira tido dalam kereta babysitter
So aku ni dapat la berehat & menyandar...
[Aku kalau jalan bengkang bengkok memamg kena dok relax baru la idak rasa nak muntah tu]
Alhamdulillah Adib & Aleeya pun takde muntah2 masa nak naik tu
Siap dah bekalkan plastik sorang satu...

Pemandangan semasa naik 

Melalui Lata Iskandar...
Orang tak ramai sangat masa ni..

Sampai di Ringlet, berenti isi minyak kejap
Aku rasa cam nak kencing tapi tahan jugak le sebab perjalanan nak sampai tak jauh je lagi
Kami stay kat Villa Dahlia
Between area Tanah Rata & Brinchang
Betul2 depan padang golf

Bila dah nampak ladang teh ni, baru la terasa dah semakin dekat 
Last2 abg ipar aku berenti kat Bharat Tea House tepi jalan tu
Nak mengeteh kekdahnya...
Aku tak tahan nak kencing je... terus pi cari toilet dulu..hahahah
Pastu baru boleh isi perut balik

Ini budak suka la pi tempat sejuk2 ni...

Amira posing jap dengan mama & atok
Ini first time Amira gi Cameron Highland

Adib & Aleeya pulak gi turun celah2 pokok teh tu dengan anak2 babysitter
Aku malas la nak jenjalan.. pinggang aku sakit
Dan takleh nak diri lama2... rasa cam nak pitam..huhu..
Aku tengok je la diaorang dari atas..

Lepas mengeteh, terus tuju Tanah Rata
Cik Besah nak beli barang sikit untuk masak2 dinner
Aku tak join la deme sebab malas.. Lagipun kitaorang dah beli siap2 makanan sebelum bertolak
Lepas tu terus la gi check in apartment.

Rupa apartment kitaorang lupa aku nak tangkap gambo
Tapi kami dok apartment 2 bilik je
Family aku share dengan family babysitter
Bilik aku ok sebab memang mengadap padang golf
Bilik cik Besah & family abang ipar aku selang 3-4 bilik dari bilik kitaorang
Tapi sayang deme dapat bilik view tang hutan...nasib la kan....

Pas dinner, malam tu kitaorang gi Pasar Malam Brinchang
Time ni ok lagi sebab orang masih tak ramai
Jangan pegi malam minggu sure pack gile dengan orang
Kat pasar malam pun tak shopping apa sangat
Aleeya je beli keychain untuk kengkawan dia
Aku malas nak beli kat pasar malam tu sebab agak mahal 
Cadangnya nak beli kat area Kea Farm @ Tringkap je esoknya.. lagi berbaloi2...

Tak lama pun kami kat pasar malam tu
Sebabnya FIL aku pun dah sakit kaki berjalan lama2
Tak habis round pun pasar malam tu
Dalam sejam je kat situ, terus balik apartment
Well, end of day 1.


Unpleasant part :- 
  • Banyak sangat berenti bersembang which is sangat membuang masa...
  • Naik ikut Tapah yang bengkang bengkok tu
  • Suppose perjalanan boleh jadi 3 jam je kot.. dah jadi 5 jam [12.30 bertolak, check in kul 5.30ptg.. ]



Monday, March 24, 2014

22.03.2014 - GENAP 1 TAHUN

Alhamdulillah
Amira genap 1 tahun pada 22.03.2014
Cepat le pulak rasanya KakCik ni beso
Semoga membesar menjadi anak yang solehah ye..


HAPPY BIRTHDAY, AMIRA SOFEA


Friday, March 21, 2014

NAK PEGI HAPPY HAPPY

Hari ni aku CUTI...
Sebab nak gi happy happy
Dah orang ajak jenjalan.. mmmmm
Kita ikut je la...

Nak gi mana??? Berapa hari??
Ooooo itu rahsia...
Surprise.... tunggu entry selanjutnya...

Sempat pulak dia posing tepi pintu tu
Memang fresh baru bangun tido
Tu yang rambut serabai tu..

Thursday, March 20, 2014

ALMOST 1 TAHUN

2-3 hari lagi genap la umur Amira 1 tahun
Kejapnya masa berlalu kan..
Rasa macam baru lagi aku bersalinkan Amira

Sekarang dah makin manja, makin mengada
makin buas, makin keletah...makin..makin...makin...
Amira start berjalan masa umur dia 10bulan ++
Sekarang dah makin laju la jalannya..
Macam nak berlari pun ada..

video

Tak lama lagi Amira nak jadi kakak
Pandai2 bawa diri ye....

INI MEMANG SATU PENGABAIAN!!

Gara2 tuan rumah yang sebuk dan malas
Ditambah pulak dengan catuan air yang melanda
Memang terabai pulak Cik Tam ni...
Sian dia...


Nampak berapa punya berdebu la dia..
Nampak beno dah lama tak basuh...
Takpe... esok abah basuh ye...
Nak gi jenjalan kena hensem-hensem tau!

Wednesday, March 19, 2014

SAING - AKU TIDAK KESEORANGAN


Agak2 korang boleh teka tak apa persamaan antara aku dengan diaorang???

Yeah!!!
Deme ni la saing2 aku masa beranak tahun lepas
Gap hari kami bersalin pun tak jauh antara satu sama lain
Si Ayu Rodah ngan Irma bersalin hari yang sama kan?? ---> seminggu lps aku bersalin
Si Fasha pulak seminggu dua lepas tu kalau tak silap

Dan...... diaorang pun tengah mengandung lagi sekarang ni
Hahahaha...
Produktif tak kami???
[Saing2 retis aku ni ha kome...]

I am not alone uols....
Tapi yang tak samanya deme dengan aku
---> deme retis, aku idak
---> deme mengandung anak kedua, aku mengandung anak ke-4
[taknak mengkalah kekdahnya]...

Wait n see sapa beranak dulu antara kami berempat... muahahahaha



Tuesday, March 18, 2014

KERANA ISTERI

Cedokan dari fb...
[mood berblog ke laut lak minggu ni..]


Friday, March 14, 2014

K-POP GIRL

Tengok gelagat anak dara aku ni
Menggelejat kalau nengok orang berjoget
Dia pun sama nak joget
Tak padan dengan kecik..

video


14.03.14 -- GENAP 10 TAHUN!

Alhamdulillah....
Masih dipanjangkan usia dan jodoh hingga ke hari ini
Pejam celik dah 10 tahun kami bergelar suami isteri

14.03.2004 ---> Hari penyerahan tanggungjawab dari abah kepada si menantu


Penyerahan maskahwin...


Dan bersanding pada hari yang sama



Semoga jodoh kami akan berkekalan hingga ke jannah
AMIN...

Thursday, March 13, 2014

MAYBANK DEBIT CARD

Sapa pengguna debit kad Maybank 
sure dah maklum kan... 
Sapa yang kadnya expired tahun 2014, kena tukar kad debit baru sebelum 30/04/2014 ni
Jangan risau ye kengkawan sebab nak tukar kad debit ni FREE je
Kalau korang baru nak apply, kena caj RM12.

Alhamdulillah hari ni Allah bagi kesempatan dan kelapangan untuk aku pi tukar kad debit baru
Pi kat Maybank cawangan terdekat je
Nasib la orang tak ramai hari ni 
Tak sampai setengah jam, siap dah semua proses


Ini la kad baru aku
Valid sampai tahun 2021 lak tu..
Cuma yang tak bestnya masih dapat kad gambo ceri ni
Yang lama pun gambo ceri gak
[ingatkan dapat la gambo lain kan...]
Whatever la.....

Korang yang ada kad debit Maybank, dah tukar ke belum??

Tuesday, March 11, 2014

VALENTINE VS ANNIVERSARY

Satu conversation between sepasang suami isteri di dapur pada suatu hari
sambil suami membelek2 kalender Mac 2014


Suami : Yang, hari jadi anak 22hb. Abang ingat nak buat makan2
Isteri   : Haah [dlm hati --> tak ingat ke apa ada minggu sebelum tu??]
            [kecik hati bini tau bila somi tak ingat tarikh yg PENTING tu]

Seminggu kemudian......
Sambil suami dok belek kalender lagi..
[tok laki rajin beno belek kalender yer...]

Suami : Yang, 14hb kita punya VALENTINE la...
Isteri : Bila masa pulak valentinenya??? Kan dah lepas bulan 2 hari tu... ANNIVERSARY ada la..

Suami : Hehehehe....silap... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...