Wednesday, October 30, 2013

BUDAK SEKOLAH

Dah lama aku tak pakai tudung putih
Ekceli tak berapa gemar pakai tudung putih 
Sebab rasa cam budak sekolah
Tapi bila tengok tudung putih tu dok tersimpan lama dalam laci
teringin lak nak pakai

Amacam ada muka budak sekolah tak???

Kenangan zaman sekolah2 dulu..

Tuesday, October 29, 2013

BIASA DIA TU!!!!!

Ayo.. tatayo..
Amira kena marah dengan mama
Sikit2 suruh dukung.. nak kena babab ni

Pastu kalau cakap BIASA DIA TU [dengan nada marah]
Mula la cebik2 muka
Pastu melalak la....
Muka mencebek...
Alolo siannya dia nangis...
Mama marah ye...
Nah ambik susu sebotol 
Dan dan senyap
Banyak auta ooo ini budak..

USTAZAH PILIHAN

Mama dah kering idea ni
Pastu mama ambik tudung kakak
pakaikan dekat Amira

Comey tak ustajah kenit ni??


Monday, October 28, 2013

MINTA TOLONG DOAKAN


Dapat khabar dari kampung
Paksu saya kritikal di ICU Hospital Taiping
Katanya sebab paru2 berair


Mintak kawan2 semua tolong doakan Paksu saya semoga cepat sembuh


Friday, October 25, 2013

SELESAI URUSAN

Alhamdulillah berkat hari Jumaat 
selesai urusan menyimpan duit anak2 yang dah lama terperam [Lega!]
Risau juga pegang duit banyak2 ni
Takut hilang satu hal, takut terpakai pun satu hal jugak
[tau je la hujung2 bulan ni...hehehehe]



** Apa la citer pembentangan bajet petang ni ye...

MEJA KECIK MEJA BESAR

Coolnya meja ni..
boleh kecikkan & boleh besarkan


Thursday, October 24, 2013

TERJEBAK DENGAN ARROW SEBAB HERONYA HENSEM

Dah lama takde folo drama2 omputeh ni
Semua aku tengok banyaknya sekerat jalan je
Lepas habis citer DESPERATE HOUSEWIVES hari tu memang dah takde folo drama lain kat tv dah. 
Cuma sekarang folo Grey's Anatomy [itu pun tengok online ko...]

Malam Selasa lepas, aku tertengok citer ARROW
Ingatkan ada Supernatural  rupanya citer lain
Takde intention pun nak tengok sebenarnya
tapi lama2 jadi best pulak citer ni
Heronya pun hensem [tu yg sanggup tengok tu]
Dah le citer tu start kul 11 mlm


Baru tau citer ni adaptasi watak animasi Green Arrow
Selama ni tak tahu pun ada kartun tu
Spiderman, Superman, Batman aku tau la
Dah tu kalau jenis guna panah ni aku tau Robin Hood je

Apa pun, citer ni best pada aku
banyak action... ai like... heronya lagi ai likeeeeeeeeeeeee

Rupanya citer ni dah masuk season 2
TV3 baru nak tayang season 1
Marathon online je la jawabnya....

CRYING OVER SPILLED MILK

There goes my freshly pumped breast milk
3oz direct to the floor
Penat aku pam pagi tadi
[di saat susu aku tengah merudum ni, setitik tu memang berharga]
Menitis jugak air mata aku ni...

Ini pun boleh pecah ko!!!
Humban je la jawapannya...

** Dugaan untuk bf mom

Wednesday, October 23, 2013

HUKUM TUHAN

Layan nasyid jap...
[jangan asyik nak lagho je]




KEJAP SOPAN KEJAP IDAK


Lepas mandi & wangi2
Mama kasi pakai baju cantik2...
Sopan tak saya??
Tapi ada la tahan 5 minit
PASTU
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hilang sopan anak dara ni...
terselak baju nampak spender bagai
babab kang!

Tuesday, October 22, 2013

SYANI'S ANGEL

Ingat Charlie je ke ada Angel
Aku pun ada gak...

Aiseh... Adib ni tak pandang camera pulak
One more!

Kamilah Syani's Angle

Wa... lu sembang banyak lengleng
[Adib punya faveret quote --- terpengaruh dengan KL Gangster 2]

Orang kata tak elok ambik gambo bertiga
Tapi anak aku ada 3 orang je.. cemana tu??

AMIRA @ 7 BULAN

Alhamdulillah saya sudah genap 7 bulan hari ini
Bulat tak muka saya??? 
Saya sudah makin buas tau sekarang!
[Saya baru lepas cakar muka mama saya]


Mama pakaikan saya cekak reben je
Pastu tetiba kakak letak cekak dia atas kepala saya
Kepala saya tak muat lagi cekak kakak tu..
Abah... comel tak saya??


Monday, October 21, 2013

CUKUR JAMBUL TU BIDAAH TAU!!!


Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ.


AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah
sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.



© Utusan Melayu (M) Bhd 





** Banyaknya amalan bidaah yang telah kita lakukan.. Segeralah bertaubat minta ampun pada Allah.

** Amira  tak akikah lagi [dah buat satu kesilapan]. Harap2 amalan bidaah yang terdahulu takkan berulang lagi.. Tapi masalahnya bila mak bapak kita yang terlalu nak ikut adat... cemana nak buat tu??? Kalau tak diikut mak bapak kecik hati.. tapi kalau diikut dah sah2 berdosa...




Friday, October 18, 2013

HER CUTE FACE

In the mood of lazinesssssss
[broken tak henglish aku???]
Layan muka cik gebu dah le..boleh???




She's my cutie pie...

SUDAH 2 BATANG

Rasanya baru lagi aku citer pasal gigi Amira dah tumbuh
La ni dak tecik tu dah ada 2 batang gigi
Cepat beno giginya tumbuh
Makin bergerigi gigi tu bila menggigit orang
[menggigit waktu menyusu paling tak tahan]

Payah beno nak tangkap gambar gigi budak ni
Nampak tak??
Kalau tak nampak meh aku tolong zoom kan untuk korang

Wednesday, October 16, 2013

CERITA RAYA KORBAN 2013

Raya korban tahun ni kami sambut kat Ipoh
Dah 2-3 tahun dok sambut kat Batang Kali je
Lagipun tahun ni Cik Besah takde buat korban & cuti pun agak panjang
So aku ajak hasben aku balik Ipoh je la...
Lagipun dah sebulan lebih tak balik sana

Itupun kami balik petang Ahad sebab hari Sabtu tu hasben aku keje lagi
Dah le shif malam kan
Pastu pagi Ahad tu dia nak pi mengayuh pulak
So petang dalam pukul 3 camtu baru bertolak
Alhamdulillah cuaca pun elok, jalan pun tak jem

Sampai di Ipoh dalam pukul 6 petang

Adik beradik aku tak semua balik pun
Yang ada hanya adik bongsu aku je
Angah & Ateh pun tak balik Ipoh
Angah katanya balik Kedah, Ateh pulak raya kat Klang.
Acik pulak tak datang rumah mak aku hari tu

Malam tu kami makan biasa2 je
Pastu aku suruh Aleeya tepon abah aku
Nak suruh dia balik la kan.. kalau tak asyik dok sebok dengan hal2 JPAM dia tu je
Sambil2 tu adik aku yang bongsu tu suh Yaya cakap kat atok belikan sate...
Hambek ko.... sungguh la abah beli sate... walhal kamiorang dah kenyang makan nasi...
Tapi sebab dah beli makan je la..[next time nanti dia tak nak beli pulak dah kalau tak makan]
Tapi sebab dah kenyang, luak sikit je la sate tu...
Kita carry forward buat breakfast esoknya pulak.

Esoknya pulak, pagi2 Acik & family dia dah datang
Tetiba mak aku dapat call dari Mak Lang Kuantan katanya anaknya Faten accident kat Tapah
Dia suruh mak aku gi tengokkan anaknya tu sementara dia sampai
Dah siap2 mak aku keluar nak gi ambik abah aku kat tempat keje
Tak lama pastu mak aku balik rumah
[aku pun pelik, takkan le dah balik?? Cepatnya gi Tapah...]
Rupanya, si Faten tu dah transfer ke Hospital Ipoh.. so tunggu je la dia sampai

Sementara tu sempat la prepare benda2 nak masak untuk raya 
Lepas Zohor Faten call kata dia dah boleh balik
Katanya dia tak cedera teruk cuma mulut je kena jahit, gigi 4 batang patah
[eksiden lori ngan bas kat highway PLUS]
Mak ngan Acik pun pi la ambik Faten kat spital
Bila sampai rumah, aku suruh dia pi rehat kat bilik
Katanya dari malam lepas eksiden tu dia tak tidor2.

Dalam kul 4 petang Mak Lang & Pak Lang pun sampai dari Kuantan
Nak mengambil si Faten balik ke Kuantan 
Sian pula tengok si Faten, bengkak2 kat mulut tu
Nak makan minum pun payah... 
Mak aku suh Pak Lang & Mak Lang tidur Ipoh je, tapi deme nak balik juga
Maklum la esoknya nak raya kan....
[Katanya deme sampai Kuantan kul 11.30 malam]

Hari raya pulak, idak le semeriah cam raya Aidilfitri kan
Bangun cam biasa je...
Hasben aku lak dah bangun awal, tapi tak mandi2 lagi nak pegi sembahyang raya
Aku dah cakap dah kat sini sembahyang raya awal
Dia tak caya cakap aku..... last2 bila sudah mandi, dengar orang dah start sembahyang dah kat masjid
Kesudahnya idak gi sembahyang raya la.... 
[lain kali buat la llengah2 lagi ye bang...]

Juadah hari raya, cam biasa la - Nasi impit, kuah kacang, rendang, ketupat daun palas & kek kurma
Dah sudah makan baru nak tangkap gambar
[tak senonoh tul gambo ni]

Tengahhari pulak, mak masak LaksaMee...
Aku la yang mengidam nak makan
Memula aku cakap tak payah la masak sebab makanan banyak
Tapi ye la. mak  kan.. kalau anak dah request, takkan la tak buat
So mencekik lagi la tengah hari semalam
Serius sedap!!!

** Rugi kome tak balik Angah & Ateh...hahahaha
[saja nak menjeleskan deme yang tak ada..hahaha]


WW 2013 #42

Sedap ke kaki tu Amira???

Friday, October 11, 2013

KENAPA RUMAH KITA TAKDE HANTU??

Adib adalah seorang yang  penakut
Tak le sangat tapi agak penakut la
Bayangkan kalau nak pi toilet atau dapur mesti dia nak berteman
Especially kalau waktu malam
[selagi takde orang teman, selagi tu sanggup tahan kencing]
Walhal bukannya rumah aku ni besar sangat pun
Dari ruang tamu pun boleh nampak orang kat dapur

Aku selalu tanya Adib, apa yang dia takutkan
Sekali dia cakap takut hantu
Pastu aku cakap la.. kalau nampak hantu halau la dia.. inikan rumah kita..
Pastu aku pesan lagi kalau takut hantu baca doa banyak2
Aku tanya dia lagi pernah ke dia nampak hantu dalam rumah
Dia kata tak pernah tapi dia kata  dalam citer kat tv ada je hantu
[banyak tengok citer hantu punya pasal la ni...]

Satu hari tu, Adib pegi toilet sendiri tanpe berteman
Pastu aku cakap "wah... Adib dah berani pegi toilet sendiri'
Tersengih je mamat tu pastu siap cakap "memang la.. mana ada hantu..apa nak takut" [ceh! eksyen konon...]

Pastu dia cakap lagi, "Mama, Adib tahu kenapa rumah kita takde hantu"
Aku tanya la kenapa kan
Terus dia cakap sebab ada ni [sambil tunjuk kertas kat peti ais]
Maksudnya si Adib nak cakap sebab ada kertas doa ni tu yang hantu takde dalam rumah
Nak tergelak pun ada bila dia cakap camtu
Tapi aku just cakap Oh.. ye ke??? Pasni lagi kena rajin baca doa tau
[padahal dia tak pernah baca pun apa yang tertulis kat kertas tu]


Sebenarnya doa yang aku lekat tu bukannya doa halau hantu pun
Tapi doa pengasih & doa tambah susu..wakakakaka
Sebabnya otak aku ni dah berkarat, lembab bab nak hafal2 ni
Tu yang aku print pastu lekat kat peti ais.. 
Bila hari2 tengok, terus terhafal la doa tu kan...

Hai Adib..Adib.. macam2 ko ni
Doa tu untuk diamalkan, bukannya untuk dilekat di dinding semata2 ye sayang...


BELI OVEN KAT LAZADA

Ni kali kedua aku shopping kat LAZADA
Sebenarnya aku prefer beli barang elektrik kat kedai berhampiran rumah aku je
Sebab senang nak komplen kalau2 barang rosak
Nak repair pun senang

Tapi semenjak dah ada baby ni, memang kekangan la aku nak gi shopping
Kalau ada masa rehat kat opis pun aku rasa cam tak cukup masa je
Shopping dengan perasaan terkejar2 adalah sangat tak best okeh!!!!
Dulu waktu aku pegi balik keje dengan hasben, sementara dia OT sempat la aku gi menshopping
Tapi sekarang tidak lagi

So solutionnya... online shopping!!!!
At least terlampias jugak le napsu aku kan..hehehe
Selain takde masa nak jamu mata kat kedai letrik, pilihan kat kedai letrik pun amat terhad juga
Nak2 kat Batang Kali ni, kedai hanya jual brand yang orang ramai beli je
Dah le tu jarang2 ada offer murah2

Dan... hasil tinjauan ke Lazada, aku telah terjebak beli oven 
Dan tah kenapa aku cam tak ragu2 je nak beli
[sebenarnya dah kuar masuk website Lazada dok survey oven tah berapa ratus kali.. sebabnya asyik dok pospon je hajat dihati tu]
Biasa la cheapskate cam aku, tentu la nak yang berbaloi dengan duit yang aku keluarkan
Nak besar, nak lawa, nak canggih TAPI nak murah [boleh camtu???]

Hari Selasa haritu dah selamat sampai ke pintu opis aku
[aku buat alamat opis je... senang cerita]
Sikit punya besor kotaknya
Malu aku nak mengusung kotak tu
Nasib la ada colleague aku tolong angkat letak dalam kereta
Lagi satu aku dah risau kot2 tak muat nak sumbat dalam kabinet aku

Nah, ini dia.. final decision, oven yang aku pilih adalah cap BUTTERFLY
Aku ambik yang 28 liter punya
Nak beli beso lagi kang takde space pulak dalam kabinet aku
Beli main agak2 je  saiznya ni
Aku beli harganya RM169.00. Murah tak???
Ok la pada aku sebab kalau tengok brand lain yang sama besar pun harganya tak lari dari 200++
[yang penting ianya dalam bajet aku]


TADA!!! Muat2 je dalam kabinet.
Lega... sebab aku memang dah plan nak letak semua kitchen appliances dalam kabinet je

Malas nak sepah2 atas countertop.
Bukannya guna selalu pun...

** Dah ada oven, harus la aku belajo baking2 kan....




Thursday, October 10, 2013

DUTA KAIN BAJU

Hujung minggu memang aku akan mengadap kain baju yang banyak
Paling tak suka kalau nak gosok baju
Tapi, suka tak suka kena la jugak buat
Nak harap sapa lagi, ye dak??

Ini le peneman setia aku waktu aku berkuntau dengan kain baju
Dia duduk la dalam rimbunan kain baju yang nak digosok tu
Suka la dia dapat berkuak2 dalam tu
Tapi kena tengok2 juga kot2 kain tertutup muka dia
tak pasal2 lemas pulak cik gebu ni..

Ini la duta kain baju mama

## Amira dah besar nanti tolong mama gosok baju tau!
[sambil goyang2 jari telunjuk]

Wednesday, October 9, 2013

WW 2013 #41






Cadar 3D tengah in kan sekarang.
Lawa2 lak tu. Geram pulak tengoknya

YAHOOMAIL DAH BERWAJAH BARU

Sapa ada Yahoomail, perasan tak hari ni ada perubahan baru?
Yahoomail dah makin cantik 
Siap ada background yang lawa2...
Ai like okeh!!!

Ini wajah baru Yahoomail aku sekarang
Preview terus ada kat sebelah list email tu
Kat tempat anak panah tu korang klik untuk dapatkan background yang lawa2.


Komen2 kat blog pun aku terus link ke email
Yang terkini, semua komen blog under entry yang sama akan dicompile macam ni.
Cun!





Tuesday, October 8, 2013

SOALAN RAMALAN SELEPAS SPM

Memang soalan2 lazim yang akan ditanya selepas SPM
Mak bapak anak harus tengok video




Betul cakap hang:
Pencapaian akademik tu bukanlah penentu berjanya hidup seseorang


Hahahahahaha
Paling best part last sekali
Smash baekkkkkkkkk punya

Thumbs up Matluthfi!

DAH BANYAK AKAL DAH DIA....

Semenjak dua menjak ni si Amira dah tunjuk peel terbaru dia
Dia dah takmo terletak kome
Asyik suruh orang angkat / dukung je
Kalau letak atas toto, dalam bouncer, dalam carrier memang terus melalak
Tapi bila angkat elok je diam siap boleh senyum2
Semput mak ko ni tau tak....

Hujung minggu baru ni memang terkejar2 le
Sementara dia tido boleh la aku buat keje
Bila dah bangun, aku nak makan pun tak senang
Nak prepare breakfast pun terkejar2

Ahad lepas dia bangun awal pulak
Aku baru nak masak kat dapur
Suruh Yaya & Adib yang jaga,
deme ralit tengok citer Tipah Vavavoom kat TV
[tension tul aku.... dah le laki keje]

Sementara aku masak, kena le letak dia dalam bouncer
Sambil mengadap luar rumah
Suh dia tengok2 la alam sekitar sikit
[ada la dia diam dalam 5 minit]


Tak lama pastu, bila dah bosan
Start la menggeliat pastu melalak

Waaaaa... kelam kabut aku masak
[Nak masak pun kena keadaan tenang kan???]
Nasib tak hangus la sambal tumis aku dalam kuali...



Monday, October 7, 2013

JANGAN JANGAN JANGAN KAU PERGI...

Mataku adalah sangat mengantuk pepetang cenggini
Layan lagu Indon ni jap la...




*Minggu depan raya haji, cuti tak apply lagi...

Friday, October 4, 2013

PUREE UNTUK ANAKANDA

Fes time berpuree bagai ko..
Sebelum2 ni anak2 ko bantai nestum je pun
Kan memula dulu aku buat puree epal untuk Amira
Pastu dia cam tak berapa nak suka
Pastu aku supply nestum je kat babysitter

Bebaru ni pi kedai aku terjumpa la puree ready made ni
Brand HEINZ lagi..
Macam2 perasa ada.... aku try beli 2 jar
Nak try la konon....
Aku beli perisa labu+jagung manis & perasa pear

Memula kita cuba puree labu ni dulu
Bahan2nya memang semata2 labu + jagung manis je tau

Ini yang penting... NO PRESERVATIVES

Nak hidang kat Cik Gebu, aku campur dengan EBM sikit
Sediakan air masak sekali kot2 cik gebu tercekik

Fes time kasi kat dia memang habis licin satu mangkuk
Sedap gamaknya....
Aku yang menyuap pun seronok gak.. laju je dia telan...

Best jugak puree ni
Sesuai untuk mak pemalas cam aku..
Satu jar ni cukup la untuk Cik Gebu makan 4x

Nanti nak beli perasa lain pulak.

MELAWAT BABY MEAH & MAKCIK REHAN

Sabtu lepas aku & member aku pi buat site visit ke Rawang
Kami nak pi terpa rumah Makcik Rehan [MR]
Maklum le, MR kan baru lepas beranak
Member aku ni pun duduk Batang Kali gak
Kiranya dekat la dengan rumah aku
Nama member aku ni Hamizah tapi kami panggil dia Yong je
[Aku, Yong & MR dulu satu sekolah & satu kelas]

Memang takde planning awal pun nak pegi
Awal pagi tu Yong call aku & ajak pi rumah MR
Kebetulan hasben aku pi Medan & hasben Yong pulak keje
So bini2 kesepian & keboringan ni buat la agenda sendiri
[kami dah mintak izin laki masing2 okeh...]

Dalam pukul 9.30pg Yong pun sampai rumah aku
Kami pi naik Alza baru Yong
[merasa aku naik kereta baru ko.... bau pun tak hilang lagi]
Habis kami angkut anak masing...
Kalau ikutkan ada anak kecik ni lecehnya nak gi jenjalan
Nak2 pulak deme dah tak mau duduk dalam carrier / car seat
Cara penyelesaian angkut la anak dara masing2 untuk jadi pengasuh sementara
Amira excited nak gi jenjalan...

 Anak dara aku & Yong tolong la mengasuh adik masing2
[Adib sorang tersadai kat belakang takde geng ---> dia sorang je lelaki dalam kereta tu]

Anak Yong ni pun lebih kurang sebaya anak aku la
Beza 4 bulan je kot
Dalam kereta bukan main lagi diaorang ber'baby talk'
Sorang jerit, sorang menyahut...heheheh cute sangat

Sampai rumah MR, Meah baru lepas mandi
Tapi baby baya Meah, tido je la kejenya kan
[Dok ralit sembang lupa nak tangkap gambar Meah]

** Meah is panggilan manja MR untuk Amirah
[nama anak kitaorang sama uols!!!!]

-gambar Meah masa aku pi lawat MR kat spital haritu-

Kami lepak rumah MR dalam 2 jam jugak le
Biasa la kalau jumpa member lama... macam2 hal ehwal nak story mory
Amira pun siap boleh tido lagi kat rumah MR

Anak2 yang lain buat hal masing2
Anak MR dok membuas depa la
Anak Yong ralit main Ipad
Anak aku pun membuas cara depa la

Ini anak Yong, namanya Syakirah
Ni baru lepas memunggah laci MR...hehehehe

Syakirah & Amira ni sekali imbas dah macam kembar dah
Dengan putihnya, dengan rambut sikitnya
Cara merengek & menangis pun dah lebih kurang sama
Hahahaha...
Kalau orang tanya cakap je la kembar
Tapi lain mak & lain bapak....

Oooops.. gambar dengan MR pun takde
MR pun duk kalut dalam rumah dia
Tapi kagum la dgn MR ni.. walopun dalam pantang tapi cergas kemain
Iye la kan.. kalau dah pantang sendiri ni, takleh le nak manja2 sangat
[Aku dah melaluinya.. i know la]

Anyway MR, thank you for your hospitality
dan Yong, tq sebab sudi jadi driver kitaorang...
Nanti kita pi menjoyah lagi... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...