Friday, September 27, 2013

MUSIM 10

Musim baru citer Grey's Anatomy akan bermula hari ni
[kita kan cepat sehari dari barat]
Dah masuk musim 10 uols.....
Tak sabar nak nengok [aku nonton online je]
Nak tunggu kuar TV lambat sikit kot



Season baru ni Mcbaby dah lahir

Harap2 ni la musim akhir
Tak larat dah nak menanti2 season baru..

JANJI ALLAH


Thursday, September 26, 2013

PULANG KE RAHMATULLAH

Malam semalam mak aku sms
Katanya Tok Bah dah meninggal petang semalam
Innalillahi wainna ilaihi raji'un
Tok Bah tu merupakan nenek baru kitaorang
Wan [datuk aku] kahwin dengan Tok Bah selepas nenek aku meninggal.

Arwah nenek aku meninggal 2 minggu lepas Adib lahir
2 tahun lepas tu Wan aku kahwin pulak dengan Tok Bah
[kebetulan selang beberapa hari selepas cucu Tok Bah yang juga sepupu aku lahirkan anak]
Betul la kata orang setiap kelahiran pasti akan ada kematian saudara mara terhampir
Suratan @ kebetulan???? Wallahualam..


Walopun Tok Bah ni baru jadi nenek kitaorang lebih kurang 3-4 tahun
tapi kitaorang tetap anggap dia macam nenek kandung kitaorang
Tok Bah ni lemah lembut orangnya & pendiam je
Apa2 pun semoga Tok Bah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman & dikasihi Allah
Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..



Wednesday, September 25, 2013

MASA MANDI

Amira ni boleh tahan kuat peluh juga
Mana tak berpeluh asyik menggedik je kejenya...
Kalau dah berpeluh time tengahari/petang, kasi mandi, susu sebotol, masuk buai terus la tido cik gebu tu

Kalau dapat mandi memang la dia suka sangat
Asyik nak main air je dengan kaki dia tu
Sampai terpercik2 ke lantai
Kalau nak mandi dengan air suam, aku pakai besen la
Selalunya untuk mandi pagi la
Memula rilek la duduk dalam tu..ewah..ewah...

Bila dah lama, dia takmo duduk dah...
Dia nak berdiri pulak
Takpun dia nak meniarap dalam besen tu....



Kalau mandi petang/tengahari pulak aku mandikan kat sinki je
Tersengih2 bile kena air sejuk
Suka la tu.....
Tapi mandi kat sinki ni kena hati2 sikit sebab Amira ni suka melonjak
Takut kena paip pulak kepala dia tu
Pastu kena pegang cik gebu ni kuat2...


SAYA SUKA MANDI....

WW 2013 #39

Pesen apakah????

Tuesday, September 24, 2013

MAKAN BISKUT CARA AKU


Biskut memang jadi feveret aku kalau nak kudap2 tapi kenyang
Dari zaman hostel & kat uni dulu pun
kalau kumpul ramai2 masing2 pakat hadap biskut je la
Tapi kitaorang tak main la biskut yang ada krim2 tu
Mesti nak biskut kering biasa tu je
[Dulu masa belajo gemar sangat biskut 4 segi brand Julie's]
Pastu cicah pulak dengan ayor teh...

Aku ada satu peel makan biskut ni tau
Tak tahu le orang lain tapi aku suka makan biskut syle gini
Watak utama harus la biskut & air kan 


Aku makan biskut 4 segi cap Ping Pong je
Selain tu boleh jugak biskut Marie ke, biskut jagung ke, apa2 biskut pun boleh la janji biskut kosong
Air tu pulak aku bancuh air milo je.. 
Tapi kalau dapat teh tarik fuhhhhhhhh.... sedap tu!!! [feveret aku]
Air tu lak kena suam2 tau.. baru menjadi...

Bila watak utama dah standby maka projek makan pun mula la
Memula kena patah2 kan dulu biskut tu
Pastu terjunkan biskut2 tu dalam air tu
Takyah kacau2 pun cuma celup2 manja je biskut tu dalam air
Pastu kaut dengan sudu pastu terus masuk mulut

Lembik2 keras masuk dalam mulut... sedapnya
Jangan celup lama2 nanti lembik sangat tak sedap
Tu yang kena guna air suam tu
Kalau guna air panas sangat pun cepat lembik pulak biskut tu

Biskut pulak jangan la patah2kan banyak sekaligus
Patahkan takat korang nak makan je
Dah habis biskut tu baru patahkan lagi..
Memang kenyang kalau makan biskut cenggini
Kejap je habis satu mug...


INTRODUCTION TO SOLID FOOD

Alhamdulillah Amira dah genap 6 bulan Ahad lepas
Sudah sampai masanya memperkenalkan solid food untuk cik gebu
[Lambat pulak kali ni... sebelum2 ni umur 4 bulan aku dah kasi anak2 aku makan]
Kenkonon nak ikut cara yang betul la...cewah

Sebagai introduction, aku buat la puree epal
[Rebus dulu epal tu kasi lembut, pastu blender]
Sebelum2 ni aku bantai nestum Nestle je kat anak2 aku
Dulu aku nak senang je.... 
Menggigih la aku suh laki aku pi beli epal merah
[Kalau tak cakap kang, dia bantai beli epal hijau pulak kan..]

Ini la puree epal untuk cik gebu
Campur sikit dengan EBM
[buat sikit je takut cik gebu tak makan banyak]
Pastu sediakan air masak juga

Cik gebu pun dah standby pakai bip
Kang tak pasal2 comot satu badan
Siap letak dalam bouncer lagi sebab takut cik gebu tak dok diam

Suapan pertama... 
Mula2 buka je mulut tu... cam behave sangat kan...

Dah start buat muka pelik
Sambil juih2 lidah tak mo makan
Agaknya rasa lain macam kot.. ye la selama ni asyik bantai susu je kan

Cubaan diteruskan untuk 2-3 suap seterusnya
Hazab ko.... berhempas pulas dia duk dalam bouncer tu
Sampai ke muka2 comotnya...
Ingatkan kot2 la epal tu tak sedap
Aku rasa manis & sedap je..

OK la..dapat 2-3 suap for beginner
Sesi petang aku suap lagi.. dia dah ok sikit
Cuma masih tak reti nak telan betul2.. 
Nanti kita cuba lagi ye...

Monday, September 23, 2013

21 SEPT 2013 - BIRTHDAY & BERSARA

21 September 2013 yang lepas adalah birthday mak aku yang ke-58
Tarikh tu jugak adalah tarikh bersara mak aku sebagai  seorang cikgu
Dah 30 tahun lebih jadi penjawat awam kerajaan Malaysia

Aku dah le tak dapat balik Ipoh nak celebrate birthday mak
sebabnya hasben aku kene keje
so abah & adik2 lelaki aku je la yang sambut birthday mak
aku cuma dapat layan gambar dalam fecebook je la
Gambar ambil dari fb je..
[biskut tu ter"enteprem" lak]

Happy birthday mak
Semoga mak panjang umur & dimurahkan rezeki
Semoga mak happy menjalani kehidupan selepas pencen

** Terima kasih Angah sebab bawakan kek untuk aku....

3 TAHUN BARU TUKAR

Aku hal ehwal kereta ni memang la tak reti beno
Tahu isi minyak kereta je & drive kereta je
Isi angin tayar kereta pun so-so je
Cuci2 pun kalau ikut aku pi hantar kedai je senang..
Bawak gi servis, langsung tak pernah

Semenjak hasben aku keje shif ni aku la yang jadi pengguna setia kereta
So dah reti la nak rasa kalau2 ada yang tak kena dengan kereta kan
Bebaru ni kerap juga la tayar kereta tu tergelincir
[kalau lalu kat jalan yang licin & selalu dituang minyak kat jalan Sg Tua tu..]
Aku cakap kat hasben aku, dia pun cakap memang tayar tu dah botak
Ha.. kau... ye la.. memang dah lama tak tukar tayar
Last tukar tayar masa tahun 2010
[itu pun sebab aku refer dalam blog ni]

Alhamdulillah, minggu lepas dah selamat tukar tayar baru
Selagi tak tukar, selagi tu la aku rasa tak secure bawak kereta
Kalau hari hujan, lagi aku susah hati..
Tau je la hari2 nak kena lalu jalan benglak bengkok & berbukit bukau


Tukar terus 4 biji tayar
Hasben aku kata cina kedai tayar tu pun cakap
Ini macam punya tayar pun mau pakai lagi ke.. sudah keluar benang dawai semua
Laki aku senang la jawab, saya mana tau....
Geleng kepala cina kedai tu agaknya...

Udah tukar tayar baru
Baru la konfiden nak bawak kereta dengan laju pasni
[Abaikan kereta kotor yang dah seminggu lebih tak basuh tu..]

Friday, September 20, 2013

KAMI @ PADANG

Sempena Sukan sekolah Adib hari tu, maka mempadang la kami semua
Nasib baik la pagi tu tak hujan
Cuaca redup mendung & sejuk je
Amira pun syok je dok dalam stroller

Bila dah cranky, kasi je dia main "kunci banglo" dia tu...

Tapi lama2 dia pun takmo duduk dalam tu
Tak nampak orang gamaknya... so kena dukung la pulak

3 girls in the family..

Bila dah berdukung, tak reti pulak Amira duduk diam
Asyik nak memusing, melonjak... letih mama!
Pas pulak kat abah ye...

Ade la diam kejap bila abahnya dukung
Tak lama pastu jadi cranky balik

Last2 masuk balik dalam stroller, terus tuju balik rumah
Sampai rumah sumbat Amira dalam buai, terus dia lelap
Mengantuk rupanya!

UJIAN PERKAHWINAN

Salam Jumaat semua...
Something to share...

Renung2kan ..




Thursday, September 19, 2013

MAIN KAKI PULAK

Amira dah nak masuk 6 bulan [in few days]
La ni dia dah terer meniarap, memusing usah citer la
Pastu asyik mengundur je... ke depan dia tengah berusaha lagi
Lagi satu dah nak angkat2 bontot
Cepat pulak aku rasa progress budak ni... tak lama lagi dah setahun dah umurnya
Cepatnya masa berlalu....

Perkembangan terkini dia suka main stokin pulak dah 

Memang kena pakaikan stokin yang agak ketat kat dia
Kalau stokin longgar memang tercabut2 dibuatnya

Ni baru takat ni je la
Takde la lagi dia kulum kaki dia masuk mulut..hehehehe
Pegang kaki camni pun ada orang dah kata Amira nak beradik lagi
CHOI!!!!!!
Nanti la dulu weh.. kasi can aku nak manja2 lebih2 dgn Amira dulu kan...

DUGAAN SOLAT SUBUH

Renungan pagi Khamis


Syaitan tak pernah sesaat pun berhenti mengganggu kita

Wednesday, September 18, 2013

WW 2013 #38



Tuesday, September 17, 2013

SAMBUTAN ABEDEI TUYU

Macam biasa la kalau birthday je mesti ada makan2 kan
Paling tidak pun makan kek

Birthday Adib tahun ni kami mulakan dengan sedekah pulut kuning kat jiran2
Merangkap sempena Aleeya dah naik Quran
Plan dah lama nak buat tapi asyik tergendala je
Dah sampai birthday Adib, alang2 tu buat la sekali
2-in-1 la jadinya

Cam biasa, oder je dengan Cik Ana yang bela Amira tu
Pulut kuning dengan rendang ayam je
Senang citer... aku ambik dah siap bungkus sekali [dlm 40 bungkus]
Aku adalah tak reti nak masak kan.... 


Petang lepas Asar, aku pi la hantar pulut tu kat rumah jenjiran terdekat
Jadi la lepas hajat di hati tu

Malam baru celebrate betul2 birthday Adib
Abah dia belikan kek padang bola
Besar o kek ni... dekat 2kg
Sampai tak termakan2...
Ekceli aku pesan pada hasben aku beli kek kecik2 dah le
Nanti tak habis kan...
Tapi dah bawa si Adib, tau je la
Nampak kek padang bola tu, dia mula la buat muka ketat selagi hasben aku tak beli
Sayang anak punya pasal, belikan je la...

Kek tu kek sepan biasa je - pandan & coklat
Tapi tang deko tu yang buat mahal kot
Tapi yang tak berapa nak berkenan sebab dia guna butter krim
Muak la makan banyak2 krim tu kan
Sampai berminyak2 bibir dibuatnya
[yang paling panas, Adib tak makan pun kek tu... grrrrrr!!!]


Pizza ni beli kat gerai kat area rumah aku ni je
Makanan sampingan la kiranya
[murah le sikit dari pizza hut kan..]
Malas nak beli satay sebab baru je makan satay minggu lepas
Beli 2 jenis je sebab takut tak habis

Jemputan tak ramai pun... cuma kami satu keluarga
Pastu MIL & FIL aku
Pastu satu family Cik Ana je
[Family abang ipar aku takde sebab depa gi Lenggong]

Birthday boy siap pakai topeng lagi nak tiup lilin tu

Buat makan2 kat dapur rumah aku je
Malas nak makan kat meja depan
Senang kecah kat dapur je...
Nampak tak kaki Amira kat dalam takung tu???
Sian dia kena duduk ceruk dapur...hehehe

Alololo.. dia tengok je la orang makan
Dak kecik ni takleh makan lagi
[minggu depan baru nak kasi makan - dah nak masuk 6 bln]

Seperti dijangka, kek tu luak tak sampai suku pun
Masing2 makan sekali je.. takde nya nak ulang2
[tak sedap le tu kan..hehehehe]
Last2 potong2 & bagi je kat jenjiran
Tinggalkan 1 tupperware je kat rumah aku buat makan esok harinya...

Alhamdulillah selesai sudah sambutan birthday anak teruna aku
Next tunggu birthday aku pulak bulan November nanti
[Penutup untuk tahun ni kononnya]


ADIB @ SUKAN PASTI 2013

Kebetulan sukan sekolah Adib jatuh pada hari yang sama dengan birthday dia
Sukan tu pulak dibuat kat padang dekat dengan rumah aku
So takyah susah payah naik kereta/moto bagai
Jalan kaki pun sampai...hehehe

Punya la semangat si Adib nak pegi sukan
Bangun awal pulak dia
Selalu tu bukan main payah lagi nak kejut bangun tido
Oh ye, Adib masuk acara lari ikat kaki tahun ni...

Sempat lagi birthday boy posing sebelum gi sukan

Adib pegi padang dulu dengan abah dia
Aku lambat sikit sebab nak uruskan Amira dulu
Saja la bawak Amira jenjalan tengok riuh rendah kat padang ni ha..
Amira tak meragam pun.. Good girl!
Elok je duduk dalam stroller

Upacara pembukaan, budak2 kena beratur ikut rumah masing2
Adib rumah kuning tau..
Pastu sorang satu cikgu bagi bendera sebab nak gi berarak
sempena Hari Malaysia kekdahnya.. 
Adib dengan geng rumah kuningnya..

Lepas beratur, deme kena la berarak keliling padang...
Idak le jauh mana pusingnya pun
Cuaca pagi tu pun elok redup je...

Dah habis berarak, kena masuk padang balik untuk acara seterusnya

Sementara tunggu Adib habis berarak, aku pun balik rumah dulu
Sebabnya Amira dah start mengantuk 
Nak tido la tu...
Aleeya pulak sempat lagi pegi main buai kat padang tu...

Lepas balik rumah, Amira tido aku pun buat keje kat rumah je la
Aku tak dapat la jadi mamarazi tahun ni...serah tugas pada hasben la sebab hasben aku je la yang gi padang tengok Adib sukan
Adib masuk acara lari ikat kaki
Dapat no 1 group dia..

 Aik, tali ikat kaki tu kat lutut pulak
Zaman aku dulu ikat kat pergelangan kaki
Pesen baru kot!

Ekceli ada video Adib bersukan ni tapi semua dalam henfon canggih laki aku. Nak download tak reti, nak bluetooth memory full lak.
Tengok la bila2 aku rajin, aku tepek kat blog ni..hehehe

Sunday, September 15, 2013

HE IS 6!

15 September 2007 hari anakku ADIB AIMAN lahir ke dunia
15 September 2013 genaplah kamu 6 tahun [ikut kalender masihi le]
Kalau ikut kalender Islam, Adib lahir 3 Ramadhan


Alhamdulillah, sudah 6 tahun kamu bersama dengan abah, mama & Aleeya
Mama doakan semoga Adib menjadi anak yang soleh
Anak yang cemerlang dunia akhirat
Anak yang sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat Allah
I ♥ U so much, my son!


Happy birthday, Adib!

Friday, September 13, 2013

SUAMIKU


Terima Kasih, Abang.

Thursday, September 12, 2013

NAIK HARGA TURUN HARGA

Something to share di hari Khamis ni
[ambik dari fb]


Wednesday, September 11, 2013

ULTIMATE YOU

Mood adalah mengantuk
Layan lagu jap..



You're the kind of friend who always bends
When I'm broken like remember when
You took my heart
And put it back together again


I've been wasting time with clueless guys
But now it's over, let me tell you why
I'm through, I've got someone new
Who's just like you


You're it, you're the ultimate
It's automatic, I'm sure of it
No lie, so don't even try
To tell me that you're not the guy

'Cause I've been waiting all my life
For someone just like you, you're it
You're the ultimate, you


You're the kind of guy who's hands in mine
Sends shivers up and down my spine
You took my heart
And put it back together again


You're the kind of guy that blows my mind
But now it's my turn
You've been right in front of me
Everything I need, why didn't I see


You're it, you're the ultimate
It's automatic, I'm sure of it
No lie, so don't even try
To tell me that you're not the guy

'Cause I've been waiting all my life
For someone just like you
But you're it
You're the ultimate, you


You're it, you're the ultimate
It's automatic, I'm sure of it
No lie, so don't even try
To tell me that you're not the guy


You're it, you're the ultimate
It's automatic, I'm sure of it
No lie, so don't even try
To tell me that you're not the guy

'Cause I've been waiting all my life
For someone just like you
But you're it
You're the ultimate, you


You're it
You're the ultimate, you


*** Sabtu lepas layan citer Freaky Friday kat TV9

Tuesday, September 10, 2013

JADUAL LAWATAN KE KLINIK

Dah lama meninggalkan zaman beranak kecik ni
So banyak benda berkaitan hal ehwal baby yang aku dah lupa
Nak pulak time2 nak bawak anak pi cucuk

Masa awal2 setiap bulan kena cucuk
Pastu masuk 4 bulan takde cucuk
Next injection pulak umor 5 bulan
Sebab ada gap sebulan tu telah menyebabkan aku lupa nak bawa Amira pi klinik
Kalau tak sebab ada member update status pi cucuk anak 5 bulan
entah2 sampai sekarang aku dok lupa bawa Amira pi klinik
[teruk betul ingatan mak ko sekarang ni Amira weh!]

Alhamdulilah dah selamat dah cucuk Amira 
Next month ada lagi cucuk [untuk 6 bulan pulak]
Masa pi klinik hari tu aku tangkap la gambo jadual lawatan anak ke klinik
Boleh la aku buat reference pasni..


Kena folo la jadual ni untuk mendapatkan anak yang sihat
Insya-Allah...hehehehe

Monday, September 9, 2013

BABYSITTER BARU

After 2 days full of stress & emotions
Alhamdulillah, finally we found a new babysitter for Amira
Harap ini yang terbaik untuk kami semua

Memandangkan masa yang singkat untuk dapatkan babysitter
memang mengundang stress untuk aku
banyak pro & cons nak kena fikir
banyak hati nak kena jaga..
[macam beso beno masalahnya... walhal isu babysitter je pun!]

Bila dah jadi mak-mak ni, segala hal ehwal anak memang  boleh bikin jiwa kacau
[belum bab kalau laki buat hal lak kan hehehehe]
Nak2 pulak budak halus cam cik gebu tu...
Lagi la terasa sayu hati ni
Kecik2 dah pas ke sana sini...

Harap2 Amira ok je dengan pengasuh baru
Pengasuh baru ni jiran selang sebuah rumah dengan aku
Kiranya dekat la dengan Cik Besah 
Tu yang cik besah suka sangat sebab senang dia nak monitor cucu dia
Cik Besah ngan Cik Zul (my MIL & FIL) kalau bab cucu ni memang concern sangat
Kalau boleh setiap masa & ketika dia nak tengok ada depan mata
Tapi apa kan daya, nak bela sendiri, masing2 sakit

Sapa yang selalu baca blog aku sure tau siapa Cik Ana
Ala, Cik Ana yang jual laksa belakang rumah aku tu la
Ha... Dia la yang sudi nak bela Amira
Dia la pengasuh terbaru Amira mulai hari ini
Harap2 ok la semunya..



Sebelum gi keje, sempat seloro ngan Cik Ana
"Jangan sampai Amira masuk dalam kuah laksa Cik Ana udoh le.."



Saturday, September 7, 2013

DUGAAN BABYSITTER UNTUK AKU

Tarik napas... turun napas...
Ambik mood jap... ---> mood aku adalah dalam keadaan tertekan sekarang
Gara2 babysitter aku

Babysitter Amira ni adalah jiran depan rumah Cik Besah
Start jaga Amira since aku nak masuk keje lepas habis maternity leave
Kiranya dia start jaga Amira masa umur Amira baru 2 bulan
Sepanjang 3 bulan dia jaga Amira ni kiranya dia OK la
Cuma satu yang aku tak berapa berkenan kat babysitter ni ialah
Kalau Amira berak & tahi terkena baju, dia takkan basuh pun taik tu dulu
Dia terus lipat, masuk dalam beg plastik 
[aku memang cakap pada dia tak payah basuh baju Amira]
Tapi kalau bab taik tu, common sense la sikit.... cuci la kasi hilang taik dulu. 
Nak2 taik budak ni kuning... kena pulak kat baju kaler putih.. jenuh kome nak menghilangkan kesan kuning kat baju tu... sampai berclorox bagai dibuatnya....pastu kena sental lagi....
Dia akan cuma cakap kat aku masa aku ambil Amira waktu petang

"hari ni Amira berak banyak... sampai terkena2 kat baju & barut dia"


Ok la.. small matter la tu...aku boleh tolerate sikit la 
[walopun hati panas seban nak kena sental baju bajan yg kotor tu]

Babysitter ni bela 3 orang budak termasuk Amira
Nak dijadikan cerita Jumaat lepas (30/8/2013) dia apply cuti sebab nak hantar anak dia masuk UNISEL
OK Fine!. Aku sebagai insan yang memahami apply jugak la cuti dari opis
Isnin minggu depannya (2/9/2013) dia cakap kat aku dia nak cuti lagi pd 11/9/2013 sebab nak bawa sorang lagi anak dia pi medical check up kat spital Selayang.
So ok la, sebab aku cakap kalau nak mintak cuti cakap awal2 sebab aku pun kena la ikut prosedur apply cuti kat kompeni aku keje kan..
Nak dijadikan cerita hari Rabu tu (4/9/2013), waktu malam dalam pukul 10, anak dia datang rumah
bagitau aku yang mama dia kena asma & jiran dah bawa pi Hospital Kuala Kubu
[masa aku ambik Amira dalam pukul 7 ptg tu, babysitter tu ok je]
Ye la... kita mana tahu bila kita nak sakit kan??? Tetiba je boleh jadi.
Maka dengan itu, maksudnya esoknya dia takleh jaga Amira la kan.. 
Suka tak suka, terpaksa la aku apply EL pada 5/9/2013 tu

Malam tu aku sms la babysitter tu tanya dia ok ke tidak & dia boleh jaga Amira ke idak esoknya
Dia balas maybe ok la.. boleh la aku hantar Amira
Aku kalau ikutkan boleh je sambung EL tu sehari lagi
[aku ni bukannya keras hati sangat]
Tapi sebab fikirkan 11/9/2013 nanti dia cakap nak cuti lagi...
[cuti aku banyak habis sebab babysitter je.... sabar je la...]
So aku decide hantar Amira juga hari Jumaat tu [6/9/2013]
Tapi aku pesan kat dia, kalau ada apa2 call la aku... kot2 la dia tak larat nak jaga Amira kan
Lepas hantar Amira, aku pun gi la keje cam biasa

Dalam kul 11.30pg dia call dia cakap dia tak larat
[nak suruh aku balik la tu]

Pastu aku tanya, Amira ada dengan siapa?
Dia cakap Cik Besah ada kat rumah dia, tolong enjut buai Amira

So ok la... aku pun tak jadi la nak mintak halfday kat bos
Pada hemat aku, kalau urgent sangat sure Cik Besah akan call aku
So aku stay la kat opis sampai petang

Masa aku ambik Amira kat rumah babysitter petang tu
Dia cakap la hari ni Cik Besah yang tolong dia mengasuh Amira
Budak 2 org yang dia bela lagi tu, dia mintak tolong jiran sebelah rumah dia jagakan
Pastu dia boleh cakap, hari ni dia last jaga Amira
Aku cam terkejut... speechless...
aku tau la dia sakit...tapi takkan la sampai tak nak jaga anak aku  kan
Pastu dia cakap la, yang suami dia dah tak bagi dia bela budak
Kalau nak bela pun sorang je la
[of kos la dia akan pilih budak yang paling lama dia bela kan...]
Patut la suami dia cakap camtu, sebab dia pi mengadu la kat laki dia kata dia kena athma attack
Aku sebagai insan yang memahami tuntutan dia untuk taat pada perintah  suami, cuma boleh diam je la
Isteri kena la patuh cakap suami ye dak???
Aku dah start susah hati ko.... mana la aku nak cari babysitter baru dalam masa 2 hari ni...
Idak ke tension dibuatnya?????

Aku bukan marah dia dah tak nak bela anak aku
Cuma cara tu buat aku pressure sikit
Jangan la bagi notis last2 minit cenggini kan
Kot ye pun, kasi la tempoh sampai hujung bukan ni ke
Lakinya tu consider la sikit org lain ni... 
mau tak pening aku ngan mak budak yang sorang lagi tu
Kononnya macam sebab anak2 kitaorang ni la yang buatkan bini dia sampai sakit2...
Haish... entah le... aku tak tahu nak marah ke, nak kesian ke
Yang aku tau, aku tension & stress sekarang ni...

Apa yang boleh aku buat???

DOA...DOA...DOA.. 
Semoga Allah gantikan dengan babysitter yang lebih baik

sambil2 tu cuba nak tanya2 taska berhampiran
[aku belum ada pengalaman hantar anak pi nursery]
Harap2 ada keajaiban dalam masa 2 hari ni... AMIN!!!


** Kesian cik gebu aku tu... apa la nasib ko nak....



Wednesday, September 4, 2013

AMIRA YANG BUAS

Umur baru je 5 bulan setengah
Tapi boleh tahan jugak buasnya
Favourite dia suka menjerit especially kalau kena tinggal sorang2
Tengah2 malam pun menjerit juga kalau orang tak layan dia

Yang terkini... dah tak mahu duduk diam dah dalam takung
Baru je letak, tau2 dia dah melorot ke bawah

Buas tak buas budak ni???


Udoh dah nak terojon kome!!!!!
Ni kalau aku lambat betulkan ni, memang konfem dah ke lantai budak ni.

Kalau dalam buai pulak, la ni kalau boleh dia nak meniarap dalam buai
Huish... dah macam belut duduk dalam buai
Memang kena monitor sentiasa budak ni tau..

WW 2013 #36


Double pumping in action!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...