Wednesday, July 31, 2013

MILKBOOSTER | TAMAR COCOA

Gara2 nak maintain susu sepanjang bulan puasa ni
Macam2 benda la aku try nak jadikan milkbooster
Kata orang lain orang lain milkboosternya
So kena trial n error la

Sebelum ni dah try ESP, Alfalfa, horlicks, oat, susu, sengkuang cina, makanan sunnah
So far ada la jugak perubahannya tapi tak berapa ketara sangat
Susu maintain je 5-6oz untuk sekali perah

Bebaru ni ada member tag kat fb pasal Tamar Cocoa ni
Rasa cam nak try la kot2 membantu pertambahan susu aku ni
Sebelum tu ada gak member tag pasal Chocolate Drink brand The Milk Story {TMG} tu
Tapi mahal la pulak rasanya
Lagipun bajet aku tight sikit so aku try la dulu Tamar Cocoa ni
Tambahan pulak ada khasiat kurma dalam tu, so teruja la nak try
Bukan takat aku, anak2 pun boleh minum


Setakat hari ni, dah seminggu dah aku try
Minum masa sahur, aku bancuh untuk Yaya sekali
Rasa cam Milo tu je cuma ada tambahan khasiat kurma
Aleeya pun nampak ok sepanjang berpuasa ni.. takde la lembik2
Susu punya production pun ada pertambahan... Mampu dapat 8-9 oz sekali perah [Alhamdulillah]

Tamar Cocoa ni ada 2 pilihan - nak beli yang peket cam milo tu @ dalam pek kecik2 (ala2 pek 3-in-1 gitu)
Aku beli yang pek kecik2 tu sebab senang nak bancuh
Harga RM 20 je  untuk 900g  @ 1 peket  yang ada 20 sachet


Sape pernah try???

STATUS PENEMPATAN DARJAH SATU 2014

Daftar online dah lama dah
dari tahun lepas lagi
Bebaru ni cek lak status pendaftaran 
Alhamdulillah... semuanya ok
Tinggal untuk pengesahan sekolah je 
[boleh cek mulai 1 Ogos 2013 nanti]


Sapa2 dah daftar anak darjah 1 tahun 2014 boleh la cek status permohonan tu
KAT SINI


*** Adib dah nak masuk darjah 1 lar...

WW 2013 #31


Renung-renungkan..

Tuesday, July 30, 2013

PEPLUM

Peplum memang tengah in sangat sekarang kan
Dari orang tua sampai ke budak kecik semua nak pesen peplum ni
Aku pun taknak ketinggalan okeh...
Tapi bukan untuk aku la... sebab aku rasa aku adalah sangat TAK SESUAI pakai peplum
[body dah tak cam dulu kekdahnya...huhuhuhu]

Kalau mamanya dah tak de peplum, kasi can anaknya la yang pakai...
Untung la budak2 sekarang sebab dah macam2 pesen ada
 Amira & peplumnya...
[boleh kategori peplum tak baju ni???]

Ekceli baju ni baju Yaya kecik2 dulu
[dah lama dah ada pesen peplum ni kan.. cuma semenjak dua menjak ni je femes balik]

Banyak baju Yaya dulu2 aku kasi Amira pakai
Recycle je sebab semua masih elok lagi...
Aleeya pun pakai kejap je dulu...

** Baju raya tak beli lagi la.... 

SUDAH BERSUNAT

Ahad lepas dah selamat sunatkan Amira
Di usianya 4 bulan ++
Lagipun masa 4 bulan ni takde kena injection kan
So aku pi klinik buat cek up 4 bulan pastu sunat sekali.
Aku pi buat kat Klinik Zalina dekat rumah aku je
Pi buat kat klinik yang doktornya pompuan la senang kan
Takkan nak suruh doktor lelaki lak yang sunatkan Amira
Aku pulak yang naik malu nanti..hehehe

Sebelum disunatkan.... dah makin bambam Amira ni..

Boleh lagi senyum2 dalam kereta.. ewah..

Ini pengalaman kedua aku bawa anak pi bersunat
Yang first of kos la masa Yaya dulu
Aku sunatkan diaorang ni awal2 so senang sikit
Kalau dah besar susah lak nanti... nak suruh kangkang kaki pun payah agaknya
Memandangkan Amira ni kecik lagi so dia punya tut tu pun kecik & halus lagi
So doktor kata tak payah pakai gunting
Cuma guna needle je...

Memula Amira relax je baring kat katil tu
Bila doktor dah belah sikit dengan needle tu baru la dia nangis beria
Tapi pas aku dukung dia, dia pun senyap je.. cam tak sakit sangat la kot...

Pas settle semua urusan ke klinik, terus tuju kedai nak pi beli barang dapur
Amira pun aku tengok OK je... takde la merengek apa pun
Sebab Amira good girl, mama upah susu sebotol


Masa shopping barang dapur pun Amira diam je... Senang.. 
Tapi cuma aku letih la dukung dia. Dah le tak bawa stroller pun..

Lepas balik beli barang dapur, aku bagi Amira mandi, bagi susu sebotol, pastu masuk dalam buai
Terus lena cik gebu tu.. letih beno agaknya
Lama lak tu tidurnya tu
Dah le baru sunat, siap boleh tido terkangkang lagi
Ish..ish... apa la anak dara ni...

Monday, July 29, 2013

HUJUNG MINGGU LEPAS

Minggu lepas kan ke cuti panjang unutk sesetengah negeri
Dapat cuti 3 hari kan sebab cuti Nuzul Quran hari Jumaat
Ramai orang ambik kesempatan pi balik kampung kot
Tapi aku tak balik la sebab hasben aku keje hari Jumaat tu [dia keje KL]

Dah alang2 bercuti, so ambik kesempatan nak mengemas rumah
Rumah aku ni takde la besar sangat
tapi banyak habuk tau.. jenuh nak lap & mop lantai
Nak2 pulak furniture banyak kaler gelap... kalau berhabuk tu memang terserlah la

Tapi idak le aku buat semua sekali gus
Cuma aku vacuum lantai & sedut2 habuk je
Tak larat nak sapu je sebab sure ada habuk2 yang tertinggal
Senang citer kita vacuum je la... nasib baik la ada assistant

Assistant cilik yang dah boleh diharap...

Sambil2 Adib vacuum tu, aku pun bukak la langsir kat sliding door. 
Nak ganti langsir lain pulak...[dah dekat setahun kot tak tukar langsir]
Nak mencabut langsir tu senang je... tapi nak ganti & pasang langsir lain amatlah becinta nak buat
[Ni yang buat tetiba je nak pakai langsir eyelet je...]

Tahun ni tak beli langsir baru pun...
Pakai la langsir raya 2 tahun sudah punya...


** Dah selamat hantar dobi semua langsir2 kat rumah... [dekat 11kg langsir yang aku hantar tu]. Kos dobi pun dah RM50++...



ZAKAT FITRAH 1434H


Alhamdulillah.. sudah selamat bayar zakat fitrah tahun ni

Tahun ni sudah kena bayar untuk 5 orang...

Thursday, July 25, 2013

BELUM PAS MENIARAP LAGI...

Amira dah genap 4 bulan 
Tapi budak ni tak pas meniarap lagi
Lambat pulak anak aku kali ni...
Sebelum ni Yaya & Adib  umo 3 bulan ++ dah terer meniarap dah

Ekceli masa umur Amira 2 bulan lebih dia dah pernah tertiarap sekali
Terkejut gak aku babysitter cakap camtu [awal beno budak ni meniarap]
Tapi kat rumah dia takde plak tunjuk skil
Tapi cuma aku nampak dia mengiring2 je
Lepas tu ada gak cubaan dia nak meniarap tapi tak pas tang tangan
Pastu menjerit2 marah sebab cubaan tak berjaya gamaknya

Meniarap sambil menyembur aleyo
[patut la rambut aku makin gugur dah ni]

Tapi budak ni kalau aku tiarapkan dia ok je
Siap boleh angkat2 kepala la
Cuma dia nak meniarap sendiri je tak boleh lagi..
Kalau dia nak meniarap pun, kena bagi bantuan
Jangan terpedaya ingat dia meniarap sendiri ni
Ni Yaya yang letak dia dalam keadaan meniarap


Kalau pakai camni memang Amira suka sangat
Tinggal barut + pampers + stokin je
Kalau tengah menangis aku bolenkan dia camni, terus dia diam
Dia suka sejuk2 kot...

STYLO BOY

Budak ni baru berumur 5 tahun tapi dah pandai bergaya
Stylo sungguh






Memang jauh beza dengan anak aku....
Budak ni pakai singlet dengan capri pun nampak stylo
Kalau anak aku..... asyik pakai seluar jerut dengan baju tishet je
Sekali tengok dah cam anak keling estet je
Baju banyak2 yang elok2 dia tak suka nak pakai
Asyik ulang2 baju yang dia suka je...haish!!!!


Wednesday, July 24, 2013

DAH APPLY CUTI RAYA

Alhamdulillah dah selamat apply cuti raya
& bos pun dah approve
saya suka! saya suka!

Aku cuti sehari je uols
Itupun sehari sebelum raya sebab nak balik Ipoh


Korang dah apply cuti raya ke belum?

GWIYOMI SETIA HUJUNG NYAWA

Dah habis cerita Setia Hujung Nyawa
nanti ada citer Setia Hujung Nyawa Raya pulak
tengok...jangan tak tengok...

Sebelum tu layan dulu Gwiyomi si Zain ni
Walopun keras tapi cute...




WW 2013 # 30

TOLONG!!!!! 
Mengantuk tahap gaban dah ni

Korang tak ngantuk ke???

Monday, July 22, 2013

LITTLE MERMAID

Watak utama dalam citer Little Mermaid ni mestilah si Ariel tu kan
[Aleeya minat gile dengan citer ni]


Tapi nak tengok tak Little Mermaid sebenar???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Comey tak Kak Ton???


TEMA RAYA TAHUN NI

Kalau raya je mula la nak bertema2 ye
Saje je ambik mood raya..hehehe
Tahun lepas kami pakai kaler bitu
Tahun ni kami laki bini pakat nak pakai kaler purple

Sebab pilih kaler ni adalah sebab masa adik aku  kahwin tahun lepas
Mak aku dah jahitkan baju melayu kaler ungu untuk hasben & adik2 lelaki aku
Konon nak pakai masa kenduri kahwin tu la
tup..tup tak jadi pakai baju melayu tapi pakai baju kemeja
Jadinya baju melayu tu jadi perhiasan je dalam almari

 Sedondon masa kenduri kawin..


Sebabkan tak pernah pakai lagi, so better la buat jadi baju raya
[save bajet sikit.]
Mak aku ada kain ungu balance lagi, so aku mintak dia buatkan baju melayu si Adib je
Kain balance buat hiasan kat tangga masa kenduri tu..

So sekarang tinggal nak cari baju aku, Yaya & Amira je [yang kaler ungu]
Tunggu gaji la baru pi beli....


Tema korang kaler apa pulak???

Friday, July 19, 2013

ZERO POINT!!!!!

Sapa pernah main zero point???
Ala.. permainan yang paling femes masa aku kecik2 dulu
atau kata lain main lompat getah...hehehehe

Sekarang ni mana nak jumpa lagi budak2 main permainan ni
Dulu masa kat sekolah rendah, kiranya aku ni ratu zero point jugak la
[lompat yang paras kepala aku lepas tau...]
Asal pegi sekolah asyik main zero point ngan batu seremban je
Lagi satu feveret aku main jengket a.k.a tengteng...
Nostalgia sungguh!

Pagi tadi masa aku basuh pinggan, terperasankan getah2 kat rumah aku ni dah berlambak2
Getah2 tu hasil pembelian kat PARAM le kebanyakannya 
Sebahagian getah2 yang ada

Dah takde keje aku pagi tadi lepas kemas2 dapur, aku pun jalin la getah2 ni jadi panjang 
Senang nak main zero point nanti...
[aku nak ajar Yaya ngan Adib main benda ni...hehehehe]

Budak2 sekarang agaknya tak reti main mainan cam zaman aku dulu 
Zero point, tengteng, konda kondi, galah panjang,aci kejor, aci nyorok, baling selipar, susun tin --- budak2 sekarang mana reti
Paling2 tradisional aku jumpa pun depa main batu seremban ngan congkak je
Pastu kalau yang pompuan [Yaya la] asyik2 main sep sep sep.. tom..tom..tom.. 
[ish... tak mencabar langsung!]
Yang laki pulak video games/PSP/Tablet

Jom2 ibu2 semua.. kembalikan zaman kegemilangan kita kecik2 dulu.. 
Ajar anak2 kita permainan dulu2 yang pada aku tersangat la bestnya...


Ex SERATAIAN ---> jom main tarara boom boom boom boom!!!!



Thursday, July 18, 2013

MEMBAZIRNYA.....

Semalam hasben aku beli nasi briyani
Beli sampai 3 bungkus lak tu
[Aku dah pesan dah sebelum tu kalau beli mende2 beli 2 bungkus je cukup]
Pastu ada lagi kuih- 4 jenis
Murtabak lagi sebab feveret Adib
[laki aku kalau membeli benda makan memang suka berlebih2 sebab dia takut tak cukup]
Tapi kalau bulan puasa ni, banyak mana la sangat kita makan kan???


Masa berbuka aku terus makan nasi sebabnya aku punya pesen memang makan sekali tu je
Kalau lambat2 makan memang takkan makan la jawabnya
Hasben aku ngan Yaya pulak kata nak makan nasi kejap lagi kononnya
Adib pulak taknak makan sebab dah bedal semangkuk maggi kat rumah opah dia
[Murtabak yang feveret dia tu pun dia tak makan, kenyang sangat la kot]

Kesudahannya, Yaya pun tak makan nasi sebab dah kenyang makan kuih & murtabak
Yang hasben aku pulak tak tahutime bila dia makan
[aku tidur awal so aku tak tahu la hasben aku makan ke idak]
Aku bangun nak bersahur pagi tadi, nampak nasi & lauk tu tak berusik pun
Masa sahur kami cuma makan roti je
So apa jadi??? Ke tong sampah je la nasi beriyani tu...
Sayangnya aku tengok semua tu masuk ke tong sampah
Banyak pulak tu...
Sepuluh ringgit yang sia2 dibuang begitu sahaja....

Aku kalau ikutkan tak kisahkan sangat duit tu, tapi sayangkan benda makan tu la
Yaya nampak aku buang makanan tu semua
Pastu aku cakap, cemana la Allah nak tambahkan rezeki kalau camni
Allah dah bagi rezeki, kita buang2 pulak...
Astaghfirullahal'azim....


Beli dengan nafsu, macam ni la jadinya...
Lagi satu kalau ke PARAM, jangan harus la bawak anak
Kalau tak, semua deme nak beli.. teringin itu ini
Bila berbuka sikit je luaknya.. yang lain2 tu kalau boleh dimakan masa sahur, okla, tapi kalau dah tak elok, ke tong sampah juga akhirnya..
Itu la hikmah berpuasa kan... makan sikit je tapi kenyang.




Tuesday, July 16, 2013

GAYA TIDUR BARU



Tido cam orang tua.. Siap lutut tegak lagi..hehehe
Beberapa hari lagi genap la 4 bulan cik gebu ni...

Friday, July 12, 2013

CARA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN

Salah satu azam aku di bulan Ramadhan tahun ni
Insya-allah...
Semoga diberi keizinan & kelapangan untuk melaksanakannya..




Senang je kan....
Antara rajin dan tidak je la...

Thursday, July 11, 2013

TIMANG TINGGI TINGGI

Cik gebu ni part yang paling dia suka bila kena timang
Kalau tengah nangis pun bila di timang bulan main lagi dia ketawa




Dah 2 hari berpose ni kena la masak sahur kan
2 hari ni jugak le time aku  masak tu dia merengek nak susu
Mana nak kejar masak lagi, nak bagi susu lagi
Hasben aku lak balik lambat 2 hari ni so takleh nak mintak tolong tengokkan Amira
Stress mak ko ni tau tak...

Layan dulu video cik gebu ni kasi hilang stress
video

** Sorry ye... kitaorang takde KEEK...

PUMPING STATION

Semenjak dah beli pam baru ni aku dah tak pi pam kat surau
Tak payah aku nak bongkok2 pam & press breast beria sangat
Lagipun pam baru ni senyap je... orang tak perasan pun aku tengah pam susu
[cover dengan tudung lak tu]
Kalau bos aku lalu, kaver2 la konon tengah buat keje.
Selalunya kalau aku nak pam, aku akan rendahkan kerusi, so aktiviti pam tu kat bawah meja la.. Kalau bos lalu, aku just rapatkan dada aku kat meja, sambil tangan dok aktif mengepam2 handle pam..hehehe

Sebab dah mengepam dari meja sendiri
so cara nak menggalakkan pengeluaran susu versi aku
adalah dengan mengubah background picture pc aku...


Buh gambar Amira banyak2 & buat collage
dan diselitkan doa untuk banyakkan susu ibu [Surah Al-Baqarah ayat 60]
Lagipun aku tak hafal sangat ayat ni, so everytime aku nak mengepam
boleh terus baca ayat ni
Insya-allah kalau hari2 dok mengadap & baca ayat ni, lama2 lekat la kat kepala otak aku ni..

Senang kan???


** Bulan pose ni opis bagi balik awal 1 jam... Sempat la aku nak pi terjah PARAM petang karang.


Wednesday, July 10, 2013

STOK EBM YANG PERLU DIHABISKAN

Dah masuk bulan 7, stok bulan 4 pun tak habis lagi
Jangkamasa EBM kalau simpan dalam freezer peti ais rumah aku ni cuma 3 bulan je 
[peti ais rumah aku jenis yang 2 pintu]
By hook or by crook kena habiskan semua stok2 ni bulan ni jugak sebab nanti dah expired.

Ni pun dah kira sikit dah... 
Yang bawah ice bag kat tingkat tengah tu semua stok bulan 6
[aku kira semalam ada lagi 20 pek susu bulan 4 tu]

Aku ni selalunya bekalkan Amira dengan susu fresh @ yang diperah hari sebelumnya
Aku hanya bekalkan 1 pek frozen EBM setiap hari
[tu yang lambat habis tu]
1 pek frozen EBM tu dapat la 2 botol susu  [3oz each]
Hari2 aku supply 7 botol [3 oz each] pada babysitter

Bukannya aku taknak bagi frozen EBM ni pada Amira tapi dia sendiri cam tak berapa gemar
Dia sukakan yang fresh je
Lagi satu susu frozen ni dia cam ada bau sikit kan
Tu yang buat dia tak  berapa berkenan kot.

Well, stok EBM aku ni tak banyak mana tapi cukup la untuk Amira
Aku malas nak buat stok banyak2 sebab limited space 
Pastu kalau banyak2 last2 end up kena buang juga nak buat apa kan??
[tetiba teringat kat sorang member yang stoknya dah capai 1000oz ---> bila la nak habis tu kan??]
Benda ni pernah jadi masa aku dalam pantang dulu
Sampaikan aku decide nak beli deep freezer sebab tempat dah takde
And untuk masukkan susu terbaru, aku terpaksa buang stok susu yang awal2 tu.  Amira lak tak hingin langsung EBM masa tu, so no point la aku nak beria2 buat stok banyak2. Disamping tu, space pun takde untuk aku letak deep freezer tu kat dapur, so niat tu diignore begitu sahaja.
So just berwasatiah dah memadai... berpada2 je dah cukup
Even ada yang kata lama2 nanti susu dah sikit so masa tu la pakai yang frozen
Tapi kalau tak diluakkan stok yang lama tu cemana nak masukkan stok baru
[kita still keep on pumping jugak everyday kan??]

Apa2 pun lain orang lain pandangan
Tapi pada aku, biar la aku supply yang fresh untuk Amira
Tapi buat juga la stok frozen kalau ada lebih in case of emergency



WW 2013 #28

Time ngantuk2 ni kalau dapat tidur best kan??
 Amira yang lena setelah kekenyangan....




Tuesday, July 9, 2013

BULAN FESTIVAL - AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah... semalam dah diisytiharkan yang esok kita akan menyambut Bulan  Ramadhan
Masih lagi diizinkan Allah untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini

Bulan Ramadhan yang datang setahun sekali ni adalah satu bulan festival untuk kita semua
Festival apa??? Bukan festival makan mahupun shopping raya
Tapi festival ibadah... kerana apa sahaja ibadah yang kita lakukan akan berkali ganda pahalanya
Rugilah kita mensia2kan waktu yang ada dalam bulan ni
Kena dimanfaatkan sepenuhnya

Azam aku tahun ni nak khatamkan Al-quran yang dah lama tertangguh
Semoga kesampaian kali ni
Tahun ni jugak masih tak berkesempatan bersama2 nak solat tarawih berjemaah di surau sebab ada anak kecik
[Tarawih kat rumah dengan anak2 je la..]
Dan diharapkan Allah izinkan aku dapat berpuasa penuh lagi tahun ni... AMIN!!!!

Adib pun dah nak start belajar puasa tahun ni..


Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada korang semua
Dan aku juga nak mohon ampun dan maaf atas segala salah silap sepanjang kita berkenalan ni
Sama2 kita tingkatkan ibadah kita, perbaiki diri dan maafkan semua orang [pesan Prof Muhaya]



ROMPERS & TIGHT UNTUK AMIRA

Aku geram tengok baby pakai rompers & tight ni
Nak2 pulak kalau baby tu jenis tembam2
Rasa nak cubit2 je....

Dah ada anak sendiri ni, haruslah mengigih nak ada juga
Anak2 yang dulu mama tak reti lagi benda2 gini
Lagipun dulu mana glamer lagi online shopping ni
Tambahan pulak mama & abah dulu bajet ciput2 je

Dah Allah bagi rezeki lebih, ada jugak le rezeki untuk anak2
So aku belikan Amira rompers & tight kat Shamreen Baby Closet
Ok la murah juga... [sila terjah sendiri la yer]
Tujuan asal cuma nak beli tight je, tapi bile tengok romper yang comel2 terjebak jugak beli
Amira bergaya dengan outfit baru..hoyeh!!!!
[Anak tak tembam pun nampak tembam pakai benda ni..hehehe]

Nanti nak try beli busha/leggng pulak..

Monday, July 8, 2013

HANYA YANG EXPERT SAHAJA

Aku adalah fail kalau nak masukkan 2 biji kereta sekaligus kat porch rumah aku. Nak2 pulak reverse parking..
Dah le porch rumah aku tu kecik so kena pandai2 ejas la
Itupun berpeluh2 aku nak ejas kasi ngam2...
Kalau salah ejas, pintu takleh buka pulak
Takpun tergeser lak dengan kereta satu lagi..
Mencabar tau!!!

Memandangkan aku bukan expert, kita serahkan je la pada yang pakar
Tak lain tak bukan suami aku la...
Dia je yang reti nak muatkan 2 biji kereta tu kat porch
Kalau harapkan aku sejam pun belum tentu lagi
Camni la keaadaan porch bila dimasukkan 2 biji kereta kitaorang.

Nampak tak kerapatan kereta ni??? Ko mampu???
Memang orang takleh celuih pun...
Kalau nak guna kereta hitam tu, kena keluarkan dulu kereta kelabu tu

So setiap kali balik keje, aku parking kat tepi rumah je kereta tu
Nanti hasben aku la yang masukkan bawah porch..hehehe

Friday, July 5, 2013

PANDUAN PEMILIHAN UBAT GIGI

Baru tadi terbaca dalam fb
tu yang nak share dengan readers semua

Selama ni aku tak pernah heran pun dengan kod2 warna kat ubat gigi ni
Sebenarnya tak perasan pun ada kod warna tu
[tetiba hari ni baru tau]


So apa rahsia kod2 warna tu??? Jom kita tengok


Sekarang ni aku pakai brand Colgate.. aiseymen...
Nampak gayanya kena la cari brand lain lak under kod hijau @ biru pasni
Korang pakai ubat gigi apa??

Masalahnya kalau gi kedai, ubat gigi tu dalam kotak kan
Cemana la gayanya kita nak tengok kod warnanya tu kan
Kena beli dulu la baru tahu, ye dak??

** Balik rumah karang cek ubat gigi masing2 yer.. Pastu komen kat bawah ye..

AKHIRNYA NUFFNANG PANDANG JUGAK AKU

Dah tengah tahun baru la nak merasa BE dari Nuffnang
Tau la blog aku ni blog tak femes cam hangpa semua
Dapat ni pun mujur la weh... alhamdulillah
[berganda lagi lak tu]


Syukur walaupun blog aku ni masih di tahap ala2 gitu..
[Hoi cik kak.. blog ko ni dah 5 tahun tahu tak????]


** Bulan June hari tu genap la blog aku ni 5 tahun....Alhamdulilah!

Thursday, July 4, 2013

BOLEH MINTAK UPAH RUPANYA

Pagi tadi buka fb terbaca la artikel ni
Suka aku....so aku share la kat sini...
[untung2 suami aku baca...hehehehe]


Boleh mintak upah dari suami rupanya...
En suami sila paham2 le makna surah ni ..


Happy breastfeeding! 


Kononnya isteri nak mintak upah dari suami
Alih2 suami pula mintak 'upah'dari isteri.. cemana tuh???

Wednesday, July 3, 2013

PEMBAKAR SEMANGAT


Memang cabaran la kan kalau nak bagi susu badan pada anak
Macam2 hal, macam2 peel
Susu merudum la, anak takmau hisap puting la, anak tak mau breastfeed la
Pasni tah apa lagi la masalahnya

Pernah juga sampai tahap aku down
Rasa nak putus asa tapi bila bertenang balik aku cakap takkan nak mengalah seawal ini
Amira baru 3 bulan kot.....
Aleeya & Adib dulu memang aku serender awal sebab tak cukup ilmu di dada
Takmau kecundang juga kali ni kan...
Kadang2 bila tengok Aleeya & Adib aku rasa bersalah sebab aku tak bersungguh2 menyusukan diaorang dulu. 
Dulu mama bengong, ilmu tak banyak & asyik fikir nak senang je...

Apa2 pun yang paling aku harapkan sekarang ni adalah moral support
Especially dari suami & ahli keluarga yang lain
Rakan2 pun banyak bagi support juga... alhamdulillah aku bertemu dengan korang2 yang dah berjaya

Kadang2 stress... kadang2 happy
Just enjoy the ups & downs in the breastfeeding world..
Soon when its over we gonna miss the moment... kan???


WW 2013 #27

Lena dengan selimut baru....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...