Friday, May 31, 2013

AISKRIM OH AISKRIM

Sekali tengok dah nampak sedap
Dua kali tengok nampak sangat2 sedap
Tiga kali tengok, kecor lior dibuatnya

Cam senang je nak buat ni
Sapa leh tolong buat untuk aku???
[Kemalasan dan kemengantukan tengah melanda]

** Amira baru nak tidur pukul 3 pg tadi... Ngantuknya aku!!!!!

Thursday, May 30, 2013

ABANG PUNYA KEJE

Kalau mintak Adib jagakan Amira 
Macam2 pesen dia make-up kan adik dia
Pampers pun boleh jadi prop...

Tuesday, May 28, 2013

JAMU SUSUK DARA - FIRST TRIAL

Ehem... dah habis pantang men'jamu' la pulak kita yer...
Ha'ah.. jamu la sangat kan...

Masa dalam pantang pun aku idak mengambil jamu bagai
Aku cuma consume vitamin shaklee tu je

Tapi untuk luaran, aku baru nak berjinak2 dengan Jamu Susuk Dara (JSD) ni
Jamu Susuk Dara tengah meletops kan sekarang
Tapi aku tak ambik la yang jenis makan2 tu sebab aku kan tengah menyusu badan
So first benda yang aku try dari rangkaian JSD ni cuma pencuci wanitanya je

Dah try malam tadi.. best gak.. berangin2 gitu..

Monday, May 27, 2013

KEMAS STOR

Memandangkan stor luar rumah tak siap lagi
kita citer pasal stor dalam rumah je la
Hujung minggu lepas dah kemas elok2 stor bawah tangga tu
Sebelum ni semua benda dok humban dalam tu
Tapi sebab stor luar dah nak siap, maka barang2 yang tak sepatutnya dah dikeluarkan dari stor bawah tangga tu. Banyaknya barang2 laki aku la... barang motor la, kereta la... memang semak tul
Barang2 laki aku tu dah buh dalam kotak & standby untuk ditransfer ke stor luar nanti

Sebelum
[ini adalah gambar 2-3 tahun sudah tapi basically camni la asal keadaan stor tu]

Selepas
[lebih teratur kan??? ]

PROJEK STOR RUMAH

Salah satu projek mega aku tahun ni kan ke buat stor luar rumah
Projek baru mula Isnin lepas

Meh tengok progress projek mega ni
Terus ke day #2 sebab hari #1 cuma beli barang & pacak tiang je
Hari kedua baru naik batu bata ni

Hari ke-3 baru plaster sikit.. itupun luar je
Hari ke-4 baru naik atap
[bahagian dalam tak plaster lagi dah naikkan atap.. lambat la simen nak kering kan??.. Kat sini je dah tunjuk cam tak betul cara je kontraktor indon ni...]

 Rupa paras di hari #6.
Dah pasang grill dan plaster bahagian dalam stor & juga lantai

Grill ni grill rumah aku yang lama. Sib baik elok lagi. 
Cuma hasben aku suh lapik dengan zink supaya orang tak nampak apa benda ada dalam stor..hehehe


Masuk hari ni dah 8 hari deme buat keje
Katanya haritu 2-3 hari boleh siap.. kesudahnya sampai seminggu lebih
Cat pun belum lagi ni.. katanya takleh cat lagi sebab simen belum kering
[abih cemana la nak kering, kalau dah berkedup tak kena panas yang bahagian dalam tu]
Patutnya plaster dulu baru la naik atap kan.. senang la cahaya matahari memancar mengeringkan simen tu.

** Tunggu petang ni pulak untuk progress selanjutnya...

Thursday, May 23, 2013

CUCUK 2 BULAN

Kalau ikutkan dalam buku pink tu, hari ni ada appointment kat KD Batang Kali untuk Amira cucuk 2 bulan. Aku pun dah siap2 apply cuti kat bos sebab nak bawak anak gi klinik. Malas nak mintak time off sebab esok Wesak kan... so alang2 baik aku cuti je terus..hehehe

Tapi petang semalam, nurse Batang Kali call, nak kensel appointment sebab dia kena pi kursus. Pastu aku tanya la, nurse lain takde ke? Tapi dia boleh cakap nurse lain dah banyak patient. Bengang sungguh aku. Pastu dia suruh aku datang minggu depan. Malas la aku... Aku ni dah penat2 mintak cuti semata2 nak bawak anak pi klinik, nurse pulak boleh mintak pospon... 

Pagi tadi aku call KK lain yang berdekatan dengan rumah aku. Aku call Klinik Desa Genting Malek. Nurse sana kata boleh je datang kalau nak injek baby. So, aku pun ajak biras aku [kebetulan dia cuti] teman ke klinik tu. Memang best la sana sebab tak ramai orang. Urusan aku pun  siap dalam 10 minit lebih kurang. Kalau kat klinik Batang Kali, paling cepat sejam baru boleh setel kan... Apa2 pun Amira dah selamat kena injek kat peha..
Bekas kena cucuk....
Melalak gak le sekejap masa kena cucuk tu
Pas sapu minyak cap kapak baru la tersengih2

Masa on the way balik rumah, Amira dah tertido dalam kereta
Sampai je rumah, terus masukkan dia dalam buai
Terus lena pastu..hehehee 
[sempat la mama bergosip kat fb kejap]
Siap terselak2 lagi skirt budak ni..ish..ish..

DAPUR SUDAH REPAIR LOR!!!!

Dah sebulan lebih dapur aku terperam kat bawah table top
Gara2 api merah & jelaga.. tersumbat le tu
Alih2 pakai jugak dapur lama hadiah masa kahwin dulu

Minggu lepas dah hantar pi repair
[baru tahu kat mana kedai yang boleh repair dapur dekat area rumah aku ni]
Sebelum ni tak tahu nak repair kat mana
Nak buang sayang, nak beli baru rasa cam boleh repair

 Sekarang dah boleh pakai balik
Api pun dah cantik...

Dapur lama ni simpan balik le..
Boleh guna time2 emergency camni nanti..

Wednesday, May 22, 2013

PROJEK MEGA 2013 #1 - STOR RUMAH

Kat status fb hari tu aku ada taruk perkataan POKAI
Maka ada la yang speku macam2 perkara sebab aku cakap nak buat projek mega
Aku ni kalau melibatkan duit ratus2  & riban2 tu kira mega la

Ok la.. untuk menghilangkan debaran2 korang yang menunggu apakah projek mega aku ni
Aku kasi gambar la.. senang citer
Ting!!!!!!!!!!!!!!!!!
Day # 1

Inilah dia... projek mega yang pertama 
[sebab ada lagi yang tak siap... dah siap aku reveal ye.. SABAR!!!!!]

Ini bukan namanya merenovate rumah ye
Hanya menambah stor di tepi rumah sahaja.. [kira renovate ke camtu???]
Memandangkan ruang dapur aku semakin sempit dengan perkakas2
dan basikal2 kami
So hasben aku decide buat stor baru... 
Kecik je la asalkan boleh muat basikal & motor dah le
[porch aku tak muat tau sebab dah ada 2 bijik kereta]

Ada la besor bilik air rumah aku je stor ni
Tapi kecik2 pun besor jugak belanjanya tu
Main riban jugak....

** Tak siap lagi.. esok lusa siap le tu.

Tuesday, May 21, 2013

SAKIT TELINGA

Entry basi lagi la kali ni sebabnya kejadian ni berlaku masa aku masih dalam cuti hari tu
Bukan pasal aku ekcelinya, tapi pasal encik suami
Aku pun masa tu takde masa nak menaip blog, so citer ni terperam la lama sikit

Asal usulnya satu hari tu hasben aku bangun tido dengan cuping telinga yang bengkak
Aku assume kena gigit apa benda la kan masa dia tido tu
Dia pun pi klinik & dapat MC
Esoknya bengkak tak surut2, pi lagi klinik.. dapat lagi MC
Bila tengok takde perubahan pun dalam 2-3 hari tu, terus hasben aku pi hospital panel 
Awal2 tu bukannya takmo pegi panel, tapi sebab jauh dari rumah tu yang pi klinik dekat2 sini je
Hospital panel tu kat KL lak tu ---> Damai & Sentosa
So hasben aku pegi la Sentosa Medical Center
Doktor cek & terus cucuk cuping telinga tu untuk keluarkan nanah 
Dah tu dapat lagi MC seminggu pastu kena datang cek up 

Jumaat lepas hasben aku pegi cek up
Tapi dia pegi sorang.. naik moto lak tu
Tetiba dia call dia kata dia kena admitted ward untuk operate telinga
Doktor kata cam ada ketumbuhan dalam telinga tu
So better buang la kan.. kalau tak buang nanti jadi balik 
Tengahhari tu selamat la hasben aku dioperate

Kesian kat hasben aku masa tu sebab takde yang meneman dia
Aku bukan taknak pegi siang tu, tapi masalahnya aku pun tak tahu hospital tu kat mana
Area KL ni memang aku fail gile...
Malam tu cuma mak mentua & keluarga abang ipar aku je yang pegi melawat
Aku kalau malam2 ni tau je la kang dengan baby lagi, meragam la, menangis la
Aku cuma kirim barang2 yang hasben aku pesan je kat cik besah

Esoknya, petang baru hasben aku balik rumah
Tengok telinga dah bertampal dah..hehehe
Berjahit agak panjang jugak le telinganya tu..
Dapat lagi MC minggu ni.... [dah 3 minggu la hasben aku MC]

Ekceli aku ada tangkap gambar jahitan tu
Tapi sapa tah gatal tangan pi delete lak gambar tu

Macam2 sakit la sekarang ni
Bini dah sihat, laki pulak sakit.. cam main pas baton lak..
Apa2 pun semoga Allah cepat sembuhkan suami aku ni...

HADIAH DARI MAK LONG - STROLLER BARU

Rezeki Amira makin bertambah... alhamdulillah!
Hujung minggu lepas, biras aku balik rumah dia kat Bukit Beruntung
Balik dari sana, habis dia angkut segala baju & perkakas anak2 dia yang lama2
Sebabnya rumah dia tu adik dia nak duduk so dia ambik la barang2 dia yang masih ada kat sana
Dalam banyak2 tu, ada la stroller yang baru beli & tak pernah guna lagi
Dia beli kat anak dulu tapi tak berpakai... elok dalam plastik lagi
Anak dia yang tu pun dah 8 tahun umurnya...
So daripada bagi kat orang lain, dia bagi la kat Amira
[elok sangat le tu sebab stroller sekarang ni pun dah tak tip top keadaannya]

 Hadiah dari Mak Long
Terima kasih ye bagi Amira..

 Amira dah rasmi dah.. Sempat gak terlelap dalam tu lepas minum susu

Relax nampak cik gebu dalam tu...

Stroller lama kita hantar rumah babysitter ye. 
Senang nanti dia nak bawak Amira jenjalan sementara tunggu mama balik keje...


** Takde orang nak bagi carseat ke???

Monday, May 20, 2013

UBAT RUAM LAMPIN

Haritu kan aku ada citer pasal Amira kena ruam susu & ruam lampin kan
Ruam susu dah ok gara2 aku bubuh VCO dengan bedak Agnesia
Tapi ruam lampin ni degil betul la nak hilang
Maybe sebab faktor peluh & cuaca panas kebelakangan ni gamaknya

Even dah guna teknik sama dengan ruam susu tu
tapi masih tak baik2 jugak
Guna bedak cornstarch brand Cosway tu pun tak jalan
Last2 suruh hasben gi beli ubat kat farmasi
dan ini le hasilnya yang disyorkan oleh brader farmasi

Drapolene to the rescue...
Aku google ramai je guna krim ni untuk ruam bontot kan...

Lepas beli terus guna la kat bontot Amira dengan harapan ruam lampin tu akan sembuh
TAPI.... 2-3 hari pun aku tengok takde perubahan
Maybe krim ni kalau ruam baru2 nak jadi boleh la kot 
Tapi kalau ruam dah lama dah tak lut gamaknya

Pastu aku suh hasben aku try beli ubat kat kedai Yu Yee
Ini le krim yang dia beli
Ini ubat klinik kot tapi dia dah pek semula
Kaler pun cam drapolene gak.. pinky gitu
Lepas beli terus apply & wallah..... hari pertama terus ada perubahan
Alhamdulillah.... ruam lampin Amira dah hampir sembuh... tinggal sikit2 je lagi 
Bontot Amira pun dah putih... dah takde merah2.

MISSING HER ALREADY

Baru berapa jam dok kat opis dah teringat anak
Cemana la dia kat rumah babysitter
Walopun sebelum ni pernah tinggal kejap dengan babysitter
Tapi masa tu cuma 5 jam je... ini nak meninggalkan dia selama 12 jam
Lama kan????

Rindu sama ini budak oooo
Jangan la dia meragam kat rumah orang
Bukan senang nak cari babysitter yang ok zaman sekarang ni...
Susah sungguh nak tangkap gambar di tengah senyum..
Ini je la hasilnya guna kamera tak pegun..hehehe

 Rindu kat dak gebu sorang ni...
Tak sabar nak balik...


Sunday, May 19, 2013

KEMBALI BEKERJA

My matenity leave is over!!!
Kejapnya masa berjalan... dah 60 hari rupanya
[kompeni aku kasi cuti 2 bulan je..]
Esok dah nak start keje semula...
Nak mengadap & mengharung jem pegi dan balik keje
Dalam masa sama rindu juga pada member2 menggossip kat opis tu

Tapi sebelum start keje, kena la buat preparation kan...
Terutamanya preparation untuk si Amira la
Aku ni preparation ala kadar je.... anak lagi penting.. cewah!
Selain stok EBM yang berlambak dalam peti ais
aku pun buat persediaan untuk menjayakan misi susu badan 
[beria2 lak aku kali ni.. sebelum2 ni takde pun]

2 benda ni beli online je....
Mana ada masa nak pi kedai ...
Aku beli kat  LITTLEWHIZ

 Ice pack ni untuk bawa susu yang dipam kat opis...

Warmer ni untuk ditinggalkan pada babysitter
So senang nak panaskan susu Amira..


Persediaan aku sendiri -- takde apa2 yang baru pun
Cume sediakan mental sebab nak meninggalkan baby dengan orang lain

Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu
Tepuk Amira pandai, mama upah susu
Susu lemak manis santan kelapa muda
Amira jangan nangis mama nak pegi keje..


Thursday, May 16, 2013

AMIRA'S DAY OUT

Cerita basi 5-6 hari sudah
Terpaksa tunda sebab takde masa nak update blog
Sibuk melayan si kecik...lately ni makin manja mengada 

Ceh.. macam la jauh sangat nak berjalan yer... 
Ke rumah Opah Besah je...

 Jom ikut Mira...

Sampai2 rumah opah.. dahaga la pulak...
Kita minum dulu....
Topi pun buka sebab dah berpeluh2...


 Khusyuk dengan orang bersembang
Nak jadi kaki gossip gak ke Mira oi....




Monday, May 13, 2013

HADIAH HARI IBU

Haritu Yaya dah bagi kad Hari Ibu
Baru ni dapat hadiah pulak...
Hadiah le sangat dek non.... 
Poslaju yang hantar hari Sabtu lepas..hehehehe

Hadiahnya ialah....subang berlian 
Beli untuk diri sendiri je..
Ajenye la berlian tu.... dapat swarovski pun dah mujur
Buy 1 free 1 kekdahnya tu...
Boleh la pakai together2 dengan Yaya
Dah lama dia berkenan subang bulat ni..

Ini le rope paras subang tu

Abis ati la makcik sorang ni dapat subang baru

* Beli kat Milkadeal je masa promotion Mother's Day haritu....



Friday, May 10, 2013

AMIRA KENA KEPONG

Dah boring dok dalam buai, letak atas katil
Bila boring atas katil, ubah atas sofa pulak
Tapi bila atas sofa kena la di kepung dengan bantal kan
Kalau jatuh, tak habih jawab dibuatnya...


Again, nurturing pillow menjadi penyelamat

** Buat masa ni boleh la main kepong2... nanti bila dah meniarap & membuas seterusnya, jangan harap la.. 

MOTHER'S DAY

Semalam Mother's Day ke??? 
Aku tak pernah bother pun, tu sebab tak aware..hehehehe
Kalau betul semalam Mother's Day, aku ucapkan Happy Mother's Day pada semua ibu2 diluar sana.. terutama sekali pada mak aku & mak mertua aku yang tersayam

Semalam Yaya balik bawa satu kertas
Terus dia bagi kat aku pastu cakap SELAMAT HARI IBU, MAMA!!!!
Terharu ahkak.... kertas tu ialah kad Hari Ibu... handmade oleh Yaya


Semalam dia ada kelas pendidikan seni visual (PSV) kot... 
Zaman2 aku dulu dipanggil pendidikan seni
[aku paling benci subjek ni sebab aku tak pandai melukis]

Pastu kata Yaya, cikgu suruh pilih satu --> nak buat kad Hari Ibu @ Hari Guru
Ya pilih Hari Ibu... kata Yaya
Sooooo touching lar..... dia pilih ibu instead of cikgu
Harus la kan..... sapa yang bagi ko makan nasi, minum susu bagai kan........
Good girl!

Thursday, May 9, 2013

WW 2013 # 19


Muahahahahaha!
Source : fb

Tuesday, May 7, 2013

SAYANG MENTUA ...

2 minggu lepas, sepupu aku ada datang rumah
tujuannya tentulah nak tengok baby Amira
Sepupu aku ni anak Pak Lang aku.. kitaorang panggil Kak Yong je

Dia duk di Damansara Damai... sanggup pulak datang ke Batang Kali
Jauh gak tu.. terima kasih datang ye... walopun ini fes time dia datang rumah aku, tapi dia berjaya sampai tanpa tanya direction rumah aku.. Aku just  bagi alamat umah je..  Pandai cari rumah aku yer..

Lama jugak la dia lepak rumah aku... Aku lak kan dalam pantang lagi.. So memang takde mende nak jamu la kat diaorang. [Ate, lauk pun import dari Cik Besah kan...] Tapi aku dah suruh diaorang makan kenyang2 sebelum datang... Dah le laki aku keje hari tu.. so takde sapa la nak di suruh beli mende2 makan..hehehe. Sian mak buyung sorang tu takde kudap2..
[Kak Yong ni tengah pregnant anak ke-2...dah 4 bulan kot]

Sembang punya sembang, dia tanya la mana rumah Cik Besah
Aku pun cakap la satu baris je dengan aku. selang beberapa buah rumah je
Pastu dia cakap korang semua [adik beradik aku la maksudnya tu]  duduk dekat dengan mertua ye
Ha'ah la ye.. ye tak ye.. akupun boleh tak perasan

Aku duduk di Batang Kali ---> dekat dengan Cik Besah
Angah duk di Kedah --> dekat jugak dengan family mentua dia di Jeniang
Acik duk di Lahat ---> pun dekat dengan rumah mak mentua dia
Ateh duk di Klang --> pun dekat dengan mak mentua dia [sama kes cam aku]

Tinggal adik yang bongsu je tak kawen lagi... tak tahu la ke mana arah tujuan dia lepas kawen nanti

Sorang pun tak duduk dekat dengan mak abah kitaorang
apa nak buat... semua nak lebihkan mentua..hehehehe

Sayang mak bapak tinggal-tinggalkan
Sayang mentua duk la dekat-dekat...
[peribahasa cipta sendiri...

SINDROM LUPA

Makin meningkat usia, makin menjadi2 penyakit lupa ni
Tapi bukan kat aku je... kat anak2 pun dah berjangkit
[walhal deme belum tua pun... sindrom "M" agaknya la tu..]

Setiap orang dalam rumah ni semua ada sindrom lupa ni 
Cuma Amira je belum kena lagi..hahahaha

 SINDROM LUPA  - AKU
[Lupa nak tutup suis water heater setiap kali keluar bilik mandi... menonong je keluar tak toleh kiri kanan dah]

SINDROM LUPA- ADIB
[Mesti tak tutup tv lepas main game tapi suis game tu elok je dia tutup.]

SINDROM LUPA - YAYA
[Mesti tak sidai tuala setiap kali lepas mandi.. setiap kali tu juga aku nak kena bebel2 suh sidai.. Bila aku marah jawapannya ---> LUPA!!]

SINDROM LUPA - HASBEN AKU
[Lupa nak tutup suis kipas dapur kalau waktu malam.. Bila aku bangun Subuh, baru perasan suis kipas tak tutup dari malam tadinya..Patut le sejuk]

Korang ada tak sindrom lupa cam kami???

Monday, May 6, 2013

AMIRA'S HAPPY HOUR

Waktu yang paling budak ni suka ialah waktu MANDI
Tergedik2 kaki dia kalau aku cakap jom mandi
Buat masa sekarang, masih mandikan dia dengan air suam
Tapi kalau mandi tengahari [kadang2] aku jirus air sejuk je
Melalak tak hengat la budak tu..heheheh

 Selesanya dia dok berendam dalam besen
[oh ye.. aku mandikan kat tepi sinki dapur je...]

Mandi..mandi..mandi...


** Lagi 2 minggu dah nak start keje... Sayang nak tinggalkan budak ni kat orang..huhuhu

Sunday, May 5, 2013

LAGU PALING POPULAR HARI NI



Selamat Mengundi untuk korang semua
Tak sabar nak tunggu result malam ni..

P/s: aku tak memangkah kali ni..

KAIN BUAI BARU

Bebaru ni kawan aku ada bagi kain buai yang jaring2 tu
Sebelum beranak haritu memang aku plan nak beli kain buai pesen tu
Tapi disebabkan asyik bertangguh je, maka terlupa la nak beli
Masa aku punggah buai hari tu, pakai kain pelikat hasben aku je la

Disebabkan dah ada member bagi kain buai tu [thank you Yong!]
haruslah dirasmikan dengen segera kan
Jeng..jeng..jeng..
Amira beraksi dengan kain buai baru
[kebetulan serba pink pulak hari tu]

Pagi tu ok la Amira tidur dalam buai tu.. maybe sebab berangin sejuk je masuk ikut lubang2 tu kan
Tapi bila belah petang, dia buat perangai lak.. tidur tak lena a.k.a tidur2 ayam je dalam tu
Penat aku enjut buai tapi dia tak lelap
Mana idaknya... dia dok nampak pergerakan orang ikut celah2 lubang buai tu....
Takleh jadi ni.... sampai malam dia tak tidur ko....

Last2 malam tu aku tukar balik pakai kain pelikat
Baru la dia tidur lama sebab dah tak nampak luar
Terkepung dalam kain je..hehehehe
[tunggu Amira dah besar sikit baru pakaikan balik kain buai pink tu..]

Friday, May 3, 2013

KAFEIN PERTAMA

Aku ni kan memang hantu Nescafe tau
Sejak dari dulu lagi, mest hari2 nak pekena
Tapi sejak pregnant, aku dah tak minum nescafe 3-in-1 kat rumah
Aku bancuh Nescafe kat opis je [cicah ngan biskut..sedap ooo]

Tapi sejak dalam pantang ni, memang aku tak minum Nescafe langsung
tah le kenapa.. sedangkan stok berlambak je kat rumah
hasben aku la yang rajin minum
minuman harian aku cuma- susu-milo-air suam
kopi ngan teh pun aku tak minum
sebelum2 ni kalau dalam pantang, aku belasah je minum nescafe tu



So semalam di hari ke 42 aku berpantang
telah selamat minum se mug nescafe 
harap2 takde la apa2 efek kat baby
[cuma petang semalam dia tak berapa nak tido je... efek nescafe ke ha???]

Thursday, May 2, 2013

MAMA SENANG LA DUDUK RUMAH

Bebelan si Yaya berterusan lagi di waktu tengahari
Masa ni dia dah siap2 nak pegi sekolah kebangsaan pulak
Aku masa tu tengah enjut buai si Amira 

Pastu si Yaya membebel
"Mama ni senang la duk rumah je. Ya ni kena pegi sekolah pagi ngan petang. Letih tau. Mama tau relax je"

Ewah..ewah budak kecik ni.. dah pandai nak rebel la tu
Relax ko kata...
Dia ingat mama dia ni dok goyang kaki tangan ke dok rumah ni
Aku pun balas la balik
"Ya ingat mama dok rumah ni relax ke?? Sapa nak tengok adik? Basuh berak baby? Bagi susu baby? Sapa nak basuh baju? Kemas rumah? Basuh pinggan? Kalau Ya kata senang, cuba Ya dok rumah satu hari jaga baby, baru tahu senang ke susah."

Ingat senang ke nak jaga Amira ni???
Sayang nak tinggal budak ni kat pengasuh nanti.. Boleh ke pengasuh tu nak manja2kan Amira cam mama selalu buat..hehehe

KERJA MAK-MAK

Pagi tadi kejut la anak2 cam biasa sebab nak sekolah kan
Aleeya sekali aku panggil nama dia, dia dah bangun 
Adib ni liat sikit.. kena bising2 dulu baru la nak bangun
Itu pun lambat2..

Budak2 ni bersiap kat rumah aku
pastu pegi rumah Cik Besah sebab atok diaorang yang akan hantar pegi sekolah
Sebelum pi rumah opah, mesti la salam mama dulu kan
Masa diaoang nak salam aku tu, aku tengah basuh pinggan
Tangan aku tengah dok bersabun2 tu, Yaya dah siap sua tangan nak salam
Pastu aku cakap kejap la... mama basuh pinggan ni kejap [tak banyak pun]
Pastu Yaya boleh cakap "Mama ni, asyik buat  keje sama je"
Spontan je aku jawab 
" Apa nak buat Ya, ni le keje mak-mak. Nanti bila Ya jadi mak pun, Ya kena jugak buat keje cam mama buat ni"

Sebahagian kerja mak-mak yang wajib saban hari....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...