Tuesday, April 30, 2013

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

Mentang2 dah dekat pilihanraya kan
sana sini meriah dengan perang poster & bendera
tu belum masuk aktiviti melobi sana sini kan
Kat tv pun malam2 lepas berita jangan harap la ada citer lain
Majoriti dok siar wawancara pasal pilihanraya.. bohsan!

Kat area rumah aku pun meriah juga dengan perang bendera & poster
Sampai ke lorong belakang rumah aku pun berselayut dengan bendera
Fuh... meriah kan???


** Aku bukan penyokong BN mahupun mana2 parti... aku pemerhati bebas je..hehehehe

MYKID AMIRA

Semalam sudah selamat ambil MyKid Amira kat Pejabat Pendaftaran Kuala Kubu Bharu
Lepas hantar Adib pegi sekolah, hasben terus merempit ke KKB
Nasib la hasben keje shif malam minggu ni
Tu yang boleh pegi berurusan di pagi hari...

Monday, April 29, 2013

KEMBALI KE ASALNYA!

Dapur yang sedia ada kan dah tersumbat & berjeaga
Semalam kuarkan dapur lama dari bawah tabletop
Tengok2 sedang muat je pulak dengan lubang dapur sedia ada
Ok la tu boleh guna buat sementara beli dapur baru

Ekceli ni dapur aku dapat hadiah kahwin dulu
Apinya pun merah juga tapi tak sekuat dapur sekarang
Belasah je la... janji boleh masak!

LAWAK SI PEROKOK

Perokok tegar suka sangat la kan



**Nasib la kami laki bini tak pernah berjanji nak sehidup semati..hehehehe

SEPI

Krik! Krik! Krik!
[bunyi cengkerik]

Semenjak dah ada PS2 ni.. langsung tak pandang dah tablet cap hayam depa ni
So, tukang ambil alih sape lagi kalau bukan mama depa
Diaorang main game kat PS2, mama layan game kat tab..
PC kat rumah ni pun depa tak hadap dah... 
Boleh la aku konker dengan senang lenang 
TAPI.....
Jangan harap la dapat tengok rancangan tv cam biasa...

Saturday, April 27, 2013

PHD @ BATANG KALI

Jangan main2 oooo sekarang
Batang Kali sekarang dah maju.... dah tak macam dulu
Terkini di Batang Kali ialah Pizza Hut Delivery [PHD]
Baru buka rasanya semasa aku dalam pantang ni

Semalam cek peti surat ada dapat flyers PHD ni
Terus tepek kat peti ais ko...
Senang la nak order nanti.... telefon sajer..
OOO tak sabar nak habis pantang...


** Takde la mandom sangat duduk kat Batang Kali ni. Pasni tak tahu apa la pulak yang nak dibuka di Batang Kali ni...

Friday, April 26, 2013

CARA JIMATKAN MASA PAM SUSU BADAN

Tegar sungguh aku mengepam & buat stok ebm semenjak dua menjak ni
Makin kita belajar pasal penyusuan susu ibu, makin banyak yang kita tak tahu rupanya
La ni aku dah celik sikit bab2 susu ibu ni
Kiranya dah tahu la apa itu foremilk, hindmilk, cara nak uruskan ebm, power pumping, let down reflex, tandem dll

Dulu aku tak pernah bother pun mende ni semua
Yang aku tahu, asal anak nangis, sumbat je kopek
Bila dah nak start keje, ngelabah nak ajar anak minum botol & susu formula
Perah susu pun sebab taknak breast bengkak.. tu je

La ni dah cerdik sikit & rajin pam susu
Alhamdulillah setakat hari ni production susu amat le memberangsangkan
Memandangkan aku pakai pam manual so memang agak lambat la nak penuhkan satu botol 5oz tu
Nak penuhkan untuk satu sesi ambik masa 30-40 minit juga
Dah le tak buat double pumping tu yang lambat tu

Sebelum ni, kalau sebelah breast kena pam, sebelah breast lagi aku tekap dengan napkin
Ye la kan.. leaking tu yang buat baju asyik basah je
Tapi lepas aku tanya member aku, dia suruh aku tadah je susu yang menitik tu
Ye tak ye jugak .. kenapa la aku tak terfikir kan??


So ini la hasil perahan petang semalam
Hasil tadahan yang menitik tu dalam botol yang tak berpenutup tu


Jangan main2.. hasil menitik di sebelah breast sahaja dah boleh capai 1 oz tau!!!
Selama ni rugi la aku sebab banyak asyik kena lap je dengan napkin

Lepas pam, campurkan susu dua2 botol tu, kan dah cepat dapat capai 5 oz!! Pam 4 oz je dah cukup pastu campur la dengan hasil tadahan tu.. Senang kan???


RUAM LAMPIN & RUAM SUSU

Dah lama tak beranak kecik punya pasal memang aku terlupa langsung pasal 2 benda ni
Bila si Amira kena baru la teringat balik
Dua2 anak aku sebelum ni pun memang akan kena dua2 jenis ruam ni
[Anak ketiga pun aku tak ingat nak buat precaution..]

Ruam lampin Amira tak le tebal sangat tapi merah2 la juga kangkang & punggung dia
Baby baya2 Amira ni kan ke kerap berak...nak2 pulak menyusu badan lagi la kan
So bila dah kena ruam lampin, perkara pertama yang aku buat ialah
JANGAN GUNA BABY WIPES dah
So setiap kali baby berak, terus pi basuh kat singki
Memula tu Amira nangis juga sebab air paip kan sejuk.. tapi lama2 dia ok je
Lepas basuh, lap kering2 dengan tuala, pastu sapu minyak 
[aku pakai minyak afiat je, pakai baby oil pun boleh]
Pastu baru pakaikan pampers
2-3 hari baik la ruam tu

Pas kena ruam lampin, kena pulak ruam susu
Habis la pipi gebu si Amira jadi gerutu
Ni gara2 susu kerap memancut kat pipi dia
[kadang2 dia menyusu time breast tengah engorge..tu yang memancut2... tak sempat pam]
Dah tu tak reti2 nak lap pipi anak dengan air bersih... padan la naik ruam
Nampak tak 'jerawat' kat pipi kiri kanan saya???

Yang ni memang aku lupa la aku buat cemana dulu
Rasanya aku cuma sapu bedak ruam je kot... Tapi ruam ni memang ambik masa nak hilang kan???

Ada yang aku google katanya letak gincu kat pipi baby.. ye ke???
Korang ada petua lain tak untuk ruam susu ni??

PENEMAN SETIA

Petang2 lepas balik sekolah, aktivit terbaru si Adib ialah main game PS2
Mentang2 la abah dia baru beli... asyik melayan game je la
Tapi kalau main sorang2 kejap je si Adib ni main
[boring la tu]

Si Amira pulak bila dah bangun tido, aku letak je dalam bouncer
secara tak rasmi jadi peneman si Adib main game la...
Ini kejadian petang semalam
Teman abang punya pasal, sampai terlena si Amira kat situ
He..he..he... Kalau dah mengantuk tu, mana2 pun boleh lelap kan Amira

** Mama boleh berpoya2 di alam maya sementara baby tido... Lagi 8 hari nak habis pantang... yahoo!!!

Thursday, April 25, 2013

PACKING DAH

Dah lama rupanya aku mengabaikan bilik aku kat tingkat atas
Sejak dah berkampung kat ruang tamu ni, sekali sekala je la aku naik atas tu

Tengok banyak baju maternity aku dok tergantung kat dalam bilik
Lagipun pasni memang takkan pakai balik baju ni dalam masa terdekat 
[unless kalau perknen lagi]
So better la aku kemaskan mana2 baju yang tak pakai lagi dah
Siap dilipat & bakal ditransfer dalam kotak untuk diperam seketika
Tapi kalau rasa2 takmo peknen dah, baru la let go kat orang lain..

Nanti nak kemas wardrobe lak.. Mana baju dah tak muat nak keluarkan dari simpanan untuk tindakan selanjutnya --> buang/bakor/bagi kat orang

AMIRA - CUCUK 1 BULAN

Genap sebulan dah kena bawak baby gi cucuk kat klinik
Untuk pertama kali ni kami pegi je la dulu klinik kerajaan
[klinik batang kali tempat aku buat cek up dulu la]

Hari tu nurse kata datang pukul 10pg
So aku yang lurus bendul ni pun pegi la pukul 10
Amira pulak mandi awal semalam.. pastu bagi nenen & Amira sambung tidur
Ingatkan dalam sejam boleh setel la... 
Aku pun dah bajet time la nak perah susu waktu balik dari klinik kononnya

First time keluar rumah selepas bersalin... Elok tido je dalam kereta...

Sampai kat klinik, Amira tido je... Orang tak ramai pun tapi lambatnya nak tunggu giliran. Yang paling bengang bila orang yang no gilirannya lepas kitaorang kena panggil dulu. WTF???? Mula la nak mendapat carutan kan... Kalau tau camni punya lambat baik la aku datang pukul 11 je.

Pastu kena cek dengan nurse [dapat pulak nurse lembab]. Tension aku oi... Nasib la aku datang dengan hasben, kalau aku datang sengsorang, jenuh juga.. Nurse tu pulak asyik tanya soalan ulang2. Amira pulak dah melalak kat hasben aku. Nak susu la tu kan.. Baju aku pun masa tu dah basah lenjun dengan susu.. Lagi la  tension dan rimas... Dah le tu siap ada borang soal selidik bagai nak kena jawab... 

Pas jumpa nurse, kena jumpa doktor pulak.. Sib baik la kejap je jumpa doktor tu. Yang kelakarnya, doktor tanya "dah cek telur dia ada 2 tak?".. Aku yang blur2 ni, terus tanya "telur"?? Telur apa? Pastu doktor kata telur kat kemaluan baby la... Pastu aku jawab la.. anak saya pompuan pun ada telur ke??? La.. terus doktor tu kata, saya ingatkan baby lelaki sebab pakai baju warna biru cam boy la.. Kui..kui..kui... Takkan la doktor tak perasan, buku baby aku tu kaler pink kot!!!! Selamba je ku jawab pastu, saya recycle je baju abang-kakak dia.. Mana muat saya pakaikan je... [Tak pasal2 doktor dah tersalah faham]

Pas jumpa doktor kena cucuk la pulak. Masa aku keluar dari bilik doktor, cuma ada laki aku sorang je kat tempat menunggu tu. Memang kiranya kitaorang ni orang last la dalam klinik tu. Masa tu dah dekat 12.30 dah. Bayangkan le punya la lama kat klinik tu.. Hampeh tul. 

Masa cucuk, biasa la.. melalak la si Amira.. Kena cucuk kat peha lak tu..hehehe.. Sian anak mama, menangis sampai merah padam muka. Lepas cucuk cepat2 sapu minyak cap kapak kat tenpat cucuk tu. Insya-Allah baby tak demam & tempat cucuk tu pun tak sakit @ berketul. Lepas sapu minyak ni terus la si Amira diam.. sejuk kot..

 Minyak emergency la katakan..

Hasil cek up semalam.... Amira telah membesar dengan jayanya.. Banyak jugak naik berat dia.. Naik dekat 1kg dari masa dia dilahirkan...  Alhamdulillah...

Next appointment bulan 5 lak.. Nak pi kerajaan ke swasta?? Tensen la kalau kena tunggu lama.. Patutnya utamakan la orang yang ada baby sebab baby ni kan cepat cranky.. Sabo je la...

Wednesday, April 24, 2013

TEMAN PENGGANTI

Memandangkan aktiviti bertungku telah terencat buat seketika
gara2 keadaan nazak dapur gas aku
makanya hasben saya telah belikan ini untuk saya 
[bila skema dan2 keluar 'saya']
Terima kasih abang!

Dolu2 [ sebelum beranak]  ye-yo-o aku tak nak beli tungku ni sebab takut meletup cam dalam sotkabo haritu
Tapi bila dah guna.. sedapnya... sampai terlena2 masa bertungku..hehehehe
Yang paling penting, nak casnya idak le lama cam nak bako tungku batu tu
5 minit dah boleh guna dah....

WW 2013 # 17

Salah satu gaya tidur Amira

Hari ini budak ini nak kena cucuk 1 bulan....

Tuesday, April 23, 2013

KHUSYUKNYA ANAK DARA NI...

Ni citer hujung minggu baru ni


Lepas dia bangun tidur saja la bagi dia duduk dalam bouncer
Tengok tu... ralit dia tengok tv tau.. diam je
Nak tau citer apa dia tengok???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Game wrestling kat PS2...
Kecik2 dah pandai ye Amira....

HELP! NO MORE SPACE

Memula cam tak bersemangat nak kumpul stok EBM
Tapi bila makin lama makin banyak seronok lak tengok stok tersusun je dalam peti ais
Tapi bila dah makin lama, makin sendat le kan

Tinggal sikit je lagi space yang ada untuk stok EBM aku ni 
Bertahan untuk stok sehari dua je lagi.. pastu mana nak sumbat ek???
Nak beli deep freezer @  peti ais lain, space kat rumah aku ni tak mengizinkan dah
Cane nak buat ek????

Aku cadang nak kena guna dah le stok yang lama2 tu... so stok baru boleh masuk
Tapi masalahnya si Amira takmo minum susu ni sangat
Dia cam tak puas minum [banyak diluah dari ditelan]
Dia prefer susu cap gantung gak.. fresh gamaknya...

Monday, April 22, 2013

SEBULAN DAH

Hari ni genap dah umur Amira 32 hari
Dah sebulan la Allah pinjamkan Amira pada kami sekeluarga
Alhamdulillah!

Bila dah berubah bulan ni, makin berubah la peel dia
Tapi dah kurang merengek cam mula2 dulu
Memang sepanjang sebulan ni terasa mencabar sangat
terutamanya kesabaran aku..hehehe
Nasib la ada hasben & mak mertua yang membantu sikit2
Yup.... saya dah tidak berbedung
[mamanya pun dah serender tengok anak berbedung.. habis naik ruam satu badan sebab peluh2]

RUTIN HARIAN

Tambahan rutin harian semenjak sebulan yang lalu
Satu hari 3-4 kali mengepam
Tapi tak pam banyak2 pun sebab tak muat bekas nak isi nanti
Sekali pam pun cukup 5-6oz je dah stop 
[ngam2 penuh satu botol pam tu udah le]

Tapi kadang2 kalau malas, aku tak pam juga
Tapi bila dah basah lenjun baju tahu pulak naik rimas
Padan muka!

Thursday, April 18, 2013

SYAITAN YANG BERNAMA DAASIM


Mata Amira selalu sangat dok tengok atas2 pintu rumah
Mesti dia nampak Daasim tu kan???


Wednesday, April 17, 2013

FIRST ONLINE SHOPPING

Bukan pertama kali beronline shopping tau
tapi first shopping ketika dalam pantang
Nak pi menggedik ke shoppingt mall belum boleh lagi
So kita menggedik kat alam maya je la
[sebelum tu jeling akaun bank dulu ada duit ke idak..]

Sejak dah ada baby ni, maknya suka membeli perkakas baby je la
Barang2 mamanya, nanti2 pun boleh beli
Buat pembelian under bajet je.... so beli la menatang ni sementara masih murah
Mentang2 tengah buat koleksi EBM dalam peti ais
Benda2 ni la yang diperlukan sesangat...
Storage Bags tu cuma RM9.50 sekotak
[murah sikit la dr brand Fiffy yang selalu aku beli tu]
Storage bottle tu pulak RM33/box

Storage bottle ni ada 10 botol
Senang nak bekalkan kat babysitter nanti & untuk pam kat opis nanti..[cadangnya la]

** Harap2 aku ni idak le hot-hot-ciken-shit je nanti...

WW 2013 #15

☺ADIK BERADIK..☺

Tuesday, April 16, 2013

OH MY DAPUR GAS

Tensen sungguh kalau satu2 benda rosak
Terkini yang rosak ialah dapur gas 
Memula ingatkan gas nak habis tapi sampai hari ni gas tak habis2 pun
Sebabnya masa memula tu satu tungku tu mengeluarkan api merah & jelaga
Habis periuk aku tau...jenuh nak sental jelaga 

Ni la dapur rumah aku

Memula tungku yang belah kiri tu tersumbat
Esoknya tungku belah kanan tu pulak tersumbat
[cam jangkit2 lak]
Yang ok cuma tinggal tungku kecik yang tengah tu je la

Aku dah buka & cuci tungku yang tersumbat tu tapi hasilnya sama je
Maybe dah tersumbat dari saluran yang belah dalam kot...
Tak  reti la aku nak repair..
Kesudahannya guna je la tungku kecik tu untuk buat segala benda
Nak bako tungku pun terpaksa guna yang tu
Lambat la sikit sebab apinya kecik kan...

Korang pernah tak alami masalah dapur cam aku ni?
Nak kena repair @ nak kena humban je dapur ni?
Kena beli dapur baru la jawabnya pasni kot.. [melayang lagi duit...]

** Genap tahun ke-5 guna dapur ni, dia dah start buat hal pulak....

Monday, April 15, 2013

LA DOLCE AMIRA

Sementara Amira tengah tidur ni
Ambik kesempatan la nak apdet blog & fb

Gambar terkini Amira @ 24 days


Dah pandai nengok tv ko...

3RD REDEMPTION

Duk rumah saje2 memang boring la kan
Selalunya aku window shopping online je [belinya idak pun]
Tengok duit kat akaun pun boleh buat takde mood nak shopping...
Akhirnya kita belek redemption catalogue je la
Mentang2 le treat points dah banyak... cewah
Ekceli idak le banyak mana pun.. tapi udah mencukupi la kalau nak redeem apa2 yang berbaloi untuk diredeem 

Memula nak redeem guna treat points hasben aku je
Tapi barang yang aku nak redeem tu kena pi redeem kat outlet dia je
Malas la kan nak pi kedai sebab nakkan benda tu je
Dah le outletnya jauh dari rumah aku.. tak berbaloi langsung
So kena jugak le aku korbankan points aku...
Baru la boleh redeem benda yang boleh dipos terus ke rumah...

Ini la benda yang aku telah redeem

Memandangkan iron yang lama tu pun dah kureng performance 
So better la tukar yang baru.... 
Selama ni dok pakai dry iron, kali ni try steam iron lak

 Sudah sampai di tangan Sabtu lepas

 Pink kaler gitu!

My new iron in action... so far puas hati la... [benda baru la katakan]

Ini adalah redemption yg ke-3 melalui maybank treat points
Yang 1st aku redeem stand mixer
Yang 2nd aku redeem blender
[dua2 tak pernah pakai lagi]..hehehehe

Kumpul points lagi... peh ni nak redeem apa lak gamaknya???

Friday, April 12, 2013

DISIPLIN

Gara2 sembelit selepas bersalin ni
kena kuatkan tekad & displin
untuk mengambil air dalam kuantiti yang banyak
3 liter sehari
[walopun orang kata masa pantang takleh minum air banyak2]
Setiap hari kena habiskan air at least satu jug ni [jug ni muat untuk 2.5liter]

Aku dehydrate okeh... dah le musim panas sekarang ni 
[hujan pun takleh menghilangkan kepanasan melampau ni.. dah panas berkuap le pulak]
Dah le tu, bila menyusu badan ni lagi la cepat haus kan...

Masuk kali ni dah 3 kali sembelit... TENSION aku!
Beranak pun tak tension camni..

RUMAH ORANG DALAM PANTANG

Ni la bahananya bila berumah 2 tingkat ni
Kat tingkat bawah memang takde bilik pun
So kita transform ruang tamu jadi bilik je la..hahahaha
[Jangan kome terkejut tengok port aku sekarang tau]

Katil telah menggantikan sofa panjang di ruang tamu..hehehe

Paling penting... katil adalah mengadap tv..hahahah
[Port mesti kellasssssss]

 Zoom sikit model kecik atas katil...
[time ni baru lepas mandi... dah wangi2 tau]


** Rumah orang dalam pantang biasa la sepah2 kan..hehehe

Thursday, April 11, 2013

GILA PUZZLE

Dulu Adib tak reti main puzzle tapi dia nak ada jugak sebab Yaya ada
Setiap kali nak main puzzle, dia kirai semua pastu suruh aku @ hasben yang cantumkan
Tapi la ni, puzzle la feveret dia
Tiap2 hari balik sekolah mesti dia buat
Tekun lak tu & tak kira di mana2 sahaja
Sebenarnya dia boring sebab takde kawan
Kakak & Syahir kan pergi sekolah petang.. tu yang dia boring tu
Last2 bawak keluar puzzle, main sorang2...
Nak main dengan baby, baby asyik tido je... sian abang!

AKU SERENDER OKEH!!!

Assalamualaikum....
Lama tak buat entry kat blog ni
Maklum la sejak ada budak tecik dalam rumah ni.. masa adalah sangat terhad
Nak berpoya2 di alam maya pun tak sempat

Sejak hari Isnin hari tu, rutin tidur si Amira dah berubah
Siang2 dia dah tak berapa nak tidur nyenyak
Kadang2 aku baru nak terlelap, dia dah berbunyi
Dah le tu, pantang kena tinggal sorang2, mula la menjerit mintak angkat
Aduh.. letih mak.. jadual harian aku kelam kabut dibuatnya
Waktu makan pun dah lari timing.. nak makan nasi pun kadang2 tak sempat
Nak bertungku usah citer la.... kalau dapat buat tu dah mujur la tu
Time nak pam siang2 pun tak keruan sudah..

Bila pantang sendiri ni, kena pandai ejas masa la kan
Mana ada orang nak tolong2 tengok baby dsb
Dulu anak2 tak sekolah tak berapa kisah sangat
La ni Adib & Yaya dah sekolah so seawal 6.45pg dah kena kejut bangun
Siap2kan diaorang nak gi sekolah bagai.. time tu pulak la so Amira terjaga
Nak menyusu la pulak... adeh... 
Pastu kalau dia nak terbiar sorang2 dalam katil dia takpe juga
Ni dia nak kita dok dengan dia je....
Aku ni lepas budak2 gi sekolah banyak la keje rumah nak kena setel
Nak basuh kain, jemur kain, masak nasi, jerang air dll

Finally, kalau cenggini caranya memang aku serender la
Penyelesaiannya terpaksa la aku keluarkan juga dari stor
BUAI turun temurun

Memang kalau ikutkan malas nak ajar anak berbuai
Tapi kalau sampai keje lain tak boleh buat, ape ke halnya kan
So hari ni , dah selamat Amira rasmikan buai tu.. elok je dia lena dalam tu
[tu yang sempat buat entry pepagi ni]

Harap2 dia cam Adib la... buai boleh, takde buai pun boleh
Idak le stress sangat nak mengusung buai tu kalau nak ke mana2.

Monday, April 8, 2013

JOURNEY TO BREASTFEEDING

2 anak sebelum ni aku hanya breastfeed paling lama pun 6 bulan je
Yaya paling lama pun 3 bulan
Adib je sampai 6 bulan
Sebabnya... kurang ilmu tentang susu perahan yang aku rasa melecehkan

Kali ni aku berazam nak try bagi susu badan selama yang boleh
Belajar la sikit2 pasal nak buat stok EBM [express breast milk]
Dalam pantang ni bila baby tak menyusu, cepat je cik B membengkak
Pastu sedar2 baju dah basah kena susu
Sehari tah berapa kali nak salin baju... pakai breast pad pun tak guna
Daripada membazir je susu tu, kena la rajin perah kan

Sebelum bersalin haritu sempat la beli breastpump kat Billion
Dulu pakai yang murah je tapi kali ni beli yang elok sikit la
Beli yang manual dulu la... nak beli yang bateri/elektrik mahal la pulak sampai ratus2
So rembat la brand Pureen ni dulu [tapi aku punya warna pink]


So far dah 2 minggu guna pump ni, ok je
Lenguh sikit la tangan bila nak memerah tu.. 
Tapi aku puas hati juga dengan hasil perahan..
Sekarang kalau sekali pam dah dapat 6 oz.

Sejak hari ke-5 berpantang aku dah start buat stok EBM
Kawan aku la yang suruh start seawal mungkin
Tapi aku ni kejap rajin, kejap tak...
Memula aku simpan susu pakai bekas dadih je
tapi sebab space peti ais aku tu kecik so kena la beli plastik storage susu ibu
Hasben aku la tolong belikan... Supportive gak laki aku ni rupanya.
Aku pesan kat hasben takyah la beli yang mahal2.. beli yang affordable je sebab plastik tu jenis pakai buang je pun... So dia beli la yang brand FIFFY ni.. RM15.90 je


 Dalam satu box tu ada 25 pcs. Boleh isi susu sampai 6oz dalam setiap pek.


Hasil perahan pertama yang diisi dalam plastik.. Nak jimatkan space kena baringkan la plastik tu cenggini.

Hasil perahan selama 2 minggu ni.. Sikit je sebab aku tak rajin pam  especially waktu malam.. Malas nak bangun pam susu tengah2 malam. Tu yang bila bangun malam baju sure basah kena susu... 


Tah le masa keje nanti cemana lak. Nak pam kat opis ke idak ke. Lagi satu hal bila nak tinggalkan kat babysitter. Takut gak kot2 babysitter rasa leceh nak bagi susu badan sebab nak kena panaskan dsb. Ntah le... Nak kena gali ilmu susu perahan ni lagi la nampak gayanya..

18 DAYS ALREADY

Ini budak sudah berumur 18 hari
Alhamdulillah.. tak banyak ragam setakat ni
Semoga terus membesar dengan jayanya...

Saturday, April 6, 2013

SEKSAAN SELEPAS BERSALIN

Lepas habis azab beranak... ada azab lain pulak lepas beranak
Orang lain aku tak tahu la.. tapi aku  rasa ni pun satu azab juga
Apa yang paling ditakuti selepas bersalin????
Ya betul... BERAK!!! [nak2 pulak kalau sembelit]

Sesiapa yang c-zer maybe la tak seriau sangat kalau nak ke jamban 
Tapi sapa yang ada luka episiotomi sure paling takut nak berak
Bukan apa.. takut tertetas lak pulak jahitan tu kan
[Nak2 pulak kalau kena jahit banyak kan...]

Sama la cam aku.... seawal hari ke-4, aku dah kena SEMBELIT
Berpeluh2 aku dalam jamban tau... dekat sejam bertapa lak tu
Jenuh nak mengeluarkan hasil tinjaan... nak teran pun slow2
Itu pun menggigil2 kaki aku... siap keluar peluh jantan betina sampai lenjun baju
Tapi cemana pun, terpaksa juga la keluarkan najis tu kan
Bertabah la aku dalam jamban... sib baik la ada hasben tolong tengokkan baby masa aku tengah "berusaha" tu..



Selesai hasil 'sembelit' yang pertama, hari esoknya lancar
Lepas 2 hari sembelit lagi.. [ingatkan sekali tu je]
Mak ai... jenuh juga walopun tak macam yang fes time
Setengah jam jugak dalam jamban
Takleh jadi ni... Memang kena banyak minum air masak
Kalau ikutkan orang dulu2 dalam pantang takleh minum air banyak2kan
Tapi daripada aku menanggung azab setiap kali ke jamban, baik aku banyakkan air masak
Dah le musim2 panas sekarang ni kan

Kalau cari kat google memang banyak la cara2 nak elakkan sembelit lepas bersalin ni
Terpulang la nak ikut ke idak
Macam aku ni bantai jugak makan limau sunkist tu.. tapi tak jalan juga
Ostematrik pun aku makan juga tapi tak membantu sangat
Ubat sembelit je aku tak try lagi..hehehe...
Aku rasa memang sebab fluid intake aku yang kurang kot

Jus prune pun rasanya pun boleh membantu
Lagi satu YAKULT pun boleh
Kalau kali ni sembelit lagi... aku nak try 2 kaedah ni pulak

Korang yang pernah kena sembelit lepas bersalin, korang buat cemana ek???






Friday, April 5, 2013

KOS BERSALIN DI HOSPITAL SELAYANG

Kalau dah keje swasta tu, mana la nak dapat special rate cam orang gomen
Dapat wad pun kelas ke-3 je... selesa gak
Dok ramai2, banyak ragam orang boleh tengok
Tak dapat bilik berekon pun takpe.. sebab kipas pun memang on 24jam.. sejuk juga

Sebelum discaj haritu, kena la bayo caj2 hospital kan
Semua hasben yang settlekan
Total kos sepanjang 3 hari 2 malam di hospital Selayang ialah RM39 saje

Kos wad cuma RM3 sehari

Oh ye.. lupa lak...masa memula nak daftar masuk wad tu kena bayor RM5
[kalau orang gomen free je kot kalau tak silap]
So total kena bayo ialah RM44 je... murah kan???

Aku golongan marhaen ni idak le mampu nak pegi spital swasta
Kompeni aku @ hasben pun tak kaver spital mahal2 ni
Tak kisah le spital swasta ke spital kerajaan ke
Asalkan semua selamat udah.... ye dak???

HAPPY BIRTHDAY HUSBAND !!!!

05/04/2013 genaplah umur suami saya 37 tahun
Happy Birthday abang
Semoga terus dikurniakan rezeki yang barakah, 
dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik
Semoga terus berjaya &  berbahagia menjalani hari2 mendatang  di dunia & akhirat

Terima kasih kerana bersamaku ketika suka dan duka, tika sihat & sakit
Terima kasih kerana menjaga dan melindungi diriku & anak2
Semoga terus menjadi suami & abah mithali
Anak ke-3 baru berani nak dukung baby yang kecik camni... 
Untung Amira tau!

Thursday, April 4, 2013

SUDAH BOTAK

Masuk je hari ke-7, aku ngan hasben start projek botakkan kepala si Amira
Ikut sunnah Rasulullah ye kawan2... 
Dulu Adib aku tak botakkan pun sebab memang kepala pesen takde rambut
Aleeya dulu lak, mak aku yang cukurkan rambut dia
Kali ni, giliran kami laki bini la memberanikan diri mencukur kepala baby

Memula cam takut gak tapi beranikan diri & doa semoga dipermudahkan 
Memula aku la yang buat, pastu disambung dek hasben aku
Siap tengok video kat youtube tau cara2 nak cukur rambut baby
Alhamdulillah la rambut Amira ni tak lebat.. so senang la sikit
Senang sangat pun idak le jugak sebab rambut halus kan.. susah nak cukur
Tapi nasib baik Amira tido je sepanjang proses mencukur tu..

Makan masa juga nak cukur licin kepala dia tu
Kena buat hati2 takut terluka lak kulit kepala tu
Dekat sejam jugak le nak siapkan... nasib la hasben aku expert bab nak kasi licin tu
Memang licin sungguh dikerjakan....Syabas suamiku! 
Hai... saya sudah botak sekarang!!!

 Lepas cukur, jom kita mandi...

Malam pertama dengan kepala yang gondol... 

2nd day with bald head

Menurut Ibn-Qayyim, amalam mencukur rambut bayi akan meningkatkan tahap kesihatan anak, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran & deria bau. (Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...