Friday, March 29, 2013

MASA UNTUK INDUCE!!

Aku lepak kat surau agak lama  lepas sembahyang Subuh
Berzikir & berdoa semoga dipermudahkan segalanya untuk aku
Biarlah semuanya selesai hari ni jugak kalau boleh...

Balik ke wad aku duduk atas katil sambil baca mathurat yang sempat aku sumbat dalam henbeg 
Sementara menanti doktor datang dengan penuh debar2
Kalau ikutkan aku nak mandi dulu, tapi disebabkan persalinan baru tak dapat lagi so pospon la hajat nak mandi tu

Dalam pukul 7 pagi doktor pun datang untuk masukkan ubat induce ikut bawah.
Macam panadol je ubat tu cuma kena diletakkan sikit air sebelum dijolok dalam ehem2
Sebelum tu doktor cek dan katanya masih baru 1 cm [nasib la doktor tu pompuan]
Lepas dia masukkan ubat tu dia kata 6 jam kemudian akan review keadaan aku
Kalau takde progress maybe kena masukkan ubat untuk kali ke-2 lak

Lepas doktor masukkan ubat, memang rasa cam tak selesa sikit
Aku ignore je perasaan tu sebab daripada yang aku baca experience orang yang pernah kena induce majoriti kata effect ubat tu akan rasa dalam 1-2 jam lepas ubat dimasukkan
Setengah jam lepas ubat dimasukkan , perut aku memang rasa memulas2...
Opismate aku pun cakap memang rasa cam memulas tu
Tak sangka la pulak secepat ini dah terasa kesannya.... tahan je la...

Tak nak layan sangat sakit tu, aku pegi la mandi
Memang kat bawah tu aku rasa tak selesa sangat... rasa cam bengkak je
Lepas mandi kena buat CTG pulak.. memang kat graf tu nampak ada contraction yang agak kerap... boleh kata non stop gitu... Dalam hati aku sempat lagi kata maybe banyak dah jalan dah buka kot..hehehe...
Lepas CTG tinggallah aku sengsorang melayan sakit. Kejap duduk, kejap diri, baring lagi la takleh. Memang semua serba tak kena. Semua yang dalam wad tu agaknya runsing tengok aku...
Bak kata  MEMANG SAKIT LA WEI KENA INDUCE NI!!!!
-Muka tengah menahan sakit masa buat CTG... sempat lagi tu nak camwhore bagai..hehehe-

Dalam dok melawan sakit contraction tu, ada pulak doktor pelatih nak tanya itu ini kat aku
Aku ni tengah sakit tau tak??? Nak marah pun ada... tapi aku diam je la
Bila contraction datang budak tu paham la aku tengah menahan sakit
Time2 tu pulak kaki aku boleh krem.. nasib la ada budak tu tolong urut kaki aku
Hehehehe...

Lepas 3 jam, contraction aku makin lama makin tak kerap pulak. Risau gak aku kan.. tadi kuat beno ..tetiba jadi slow je... Dari 2-3 minit sekali, terus jadi 5 minit sekali... Kot2 la kesan ubat dah hilang agaknya.. 

Tengahhari, hasben & Cik Besah datang melawat. Masa tu aku kena buat CTG lagi sekali. Memang nampak graf contraction tak macam masa CTG pagi tadi. Tapi heartbeat baby semua ok. Kalau ikutkan kul 1 doktor akan datang cek berapa bukaan aku dah masa tu. Tapi masa tu kan ke masa melawat, so aku andaikan doktor takkan datang masa tu.  So sempat la aku pi sembahyang Zohor dulu. Makan pun sempat lagi sebab tak sakit kerap2... makan pun sebab nakkan tenaga je... Tapi tak habis pun.. selera nan hado..

Habis waktu melawat, aku tak kasi hasben aku balik dulu. Tunggu doktor kata apa lak.. kot2 la dah kena masuk labour room kan... Aku suh dia tunggu kat bawah dulu.  Dalam kul 3 ptg baru la doktor datang cek. Bila cek katanya aku baru buka 4cm. What????? Sakit sampai menonggeng2 tu baru nak buka banyak tu je... adeh....  Pastu doktor kata kat nurse booking labour room... wallawei.... takut lak aku.. dah le sakit makin berkurangan.. macam takde harapan je nak bersalin hari tu. Last2 aku cakap kat doktor boleh tak kalau aku taknak pegi lagi ke LR sebab aku tak sakit sangat. Sebenarnya aku takut dok lama2 kat situ sebab nanti dengar macam2 bunyi orang nak beranak.. Scary tu.... Doktor cakap kita booking je...sebab ada orang yang dah booking pagi tadi pun tak masuk LR lagi..Fuh lega!!!!

Pastu terus call hasben suh dia balik dulu. Maybe lambat lagi nak bersalin kot. Dan2 masa tu pulak keluar dah lendir dengan darah. Tapi sikit je la. Pastu asyik gatal2 je ehem2 tu... Ubat tu buat kita rasa gatal ke ek??

Dalam pukul 4 petang, datang pulak segerombolan doktor pelatih dengan sifu diaorang. Mentang2 la aku tak beranak lagi, asyik jadi bahan eksperimen deme je.. Tension tul! Dibelek2nya perut aku & suh sorang pelatih tu explain kat dia apa finding yang depa dapat. Dah le tu, sifunya tu lelaki & budak intern ada la 2 orang yang lelaki.

Nasib la intern yang kena explain tu budak pompuan. Dia je la yang pegang perut aku. Budak tu cakap kepala baby aku dah engage. Tapi sifu dia cam tak puas hati, last2 dia pun pegang perut aku gak.. sabo je la. Pastu dia cakap kat intern tu, [cakap omputih la kan] cemana boleh kata dah engage, sebab dia rasa baby aku obligue. risau ooo aku...  Terus teringat2 kata doktor kat Batang Kali haritu...

Lepas diaorang blah sempat aku tarik tangan sorang budak tu suh dia explain pada aku apa yang doktor tu cakap. Depa pun explain la... tapi aku malas nak tanya lebih2.  Immediately lepas tu terus hilang contraction aku tau.. Sikit pun takde rasa...Ah sudah! Kesan ubat dah hilang ke???? Nak hilangkan kerisauan pi sembahyang Asar dulu la...
Gara2 kerap sangat kena air, sampai lunyai gelang aku ni ha...

Tunggu jugak kot2 dalam sejam tu ada saki baki contraction tapi nan hado... Mana menghilangnya entah le... Aku dah start kecewa... contraction bukan makin kuat, tapi makin takde. Takde harapan la nak bersalin cepat... Petang tu pulak FIL aku datang. Aku dengan FIL tak le close sangat... tu yang tak reti nak sembang apa dengan dia. Dia singgah kejap je sebab dia nak pi NSK Selayang beli barang dapur.

Lepas FIL aku balik, aku lepak2 la atas katil.. Nak tidur segan pulak sebab lain2 katil ada orang melawat. Ada makcik tu tanya aku dah bersalin ke belum. Aku cakap belum lagi... Sakit sikit2 je sebab kena induce. Pastu dia kata insya-allah malam karang bersalin le tu...  Kalau la "masin" mulut makcik tu... Tapi aku rasa macam tak je...

Bersambung la....letih nak taip..

Tuesday, March 26, 2013

SEHARIAN DI HOSPITAL

Sambungan entry lepas yer... [agak panjang & memboringkan]

Bertolak dari rumah pukul 9 pagi, sampai di Hospital Selayang dalam pukul 10 pg.
Terus tuju ke bahagian Dewan Bersalin 
Lepas register bagai, so kena la buat pemeriksaan dulu
Ramai la pulak orang pagi ni... yang menunggu orang bersalin pun ramai juga
Masa kat examination room pun ramai juga.. kena tunggu turn
Masa tu ada doktor lelaki India sorang.... aiseymen... nanti sure kena seluk dengan dia...
[dalam hati doa la kot2 ada doktor pompuan yang akan cek aku]

Sementara menunggu tu borak2 la dengan orang lain
At least hilang le nerves sikit.. rupanya ramai juga yang dah overdue cam aku
Tak lama pastu baru nama aku kena panggil untuk buat CTG
Lepas buat CTG, kena buat VE pulak tapi nurse suruh aku tunggu dulu
Aku pun duduk kat kerusi dulu, kasi can orang lain buat CTG pulak
Tak lama pastu nama aku kena panggil masuk bilik scan... ada sorang doktor pompuan
Tapi aku tak scan pun, cuma doktor tu nak buat VE je 
[alhamdulillah doc pompuan yang buat]
Buat VE doktor kata baru buka 1 cm.... ate.. dah tak sakit kan...
Kemudian doktor tu explain la prosedur induce yang akan dilakukan esoknya.

Pastu doktor suruh aku ambil darah
Aik???? pelik lak aku.. sebelum2 ni tak pernah le pulak aku kena ambil darah sebelum beranak
Pastu aku tanya doktor ambil darah tu untuk apa?
Katanya kalau2 kena emergency c-zer so dah boleh standby darah yang sesuai 
Agaknya ni prosedur biasa untuk orang yang bakal induce kot... pasrah je la

Masa ambil darah tu doktor tanya nak cucuk jarum sekali ke?
Ala.. benda jarum yang ada kaler hijau kuning tu la... nak masukkan air ke darah ke
Aku cakap aku takmo cucuk lagi sebab nanti susah nak gerak2kan tangan aku dan bersolat
Doktor pun takde la cucukkan jarum tu kat tangan aku
Tapi katanya nanti dalam wad kena cucuk la... aku jawab ok je
Pastu dia kata tunggu dulu kat luar la, tapi lama sikit & maybe lewat petang baru masuk wad sebab semua wad full.
Aku pun cakap tak pe la... aku pun bukannya sakit..heheheh

Sementara menunggu, sempat juga make some friends... Boleh borak2 & gelak2 lagi dengan sorang makcik ni. Tapi memang bosan ya amat menunggunya.  Ramai juga yang menunggu untuk masuk wad [sebab aku tengok tangan deme dah kena cucuk jarum..hehehe] Hasben aku pun bosan gile tunggu... Kesian kat dia sebab tak cukup tidur. Dah le baru balik keje shift malam kul 2.30pg, kul 7 dah bangun menguruskan anak2 & bawa aku ke spital..

Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 6 petang baru la misi panggil nama aku untuk masuk wad. Masa panggil nama baru la dapat pakai 'gelang'. Lebih kurang 8 jam menunggu weh... sakit pinggang & sakit punggung.  Dah le tu, lapar pulak tu. Makanya bergerak la aku dan beberapa orang lain menuju ke wad 5B. [Macam bebudak baru nak masuk asrama lak]



Alhamdulillah time masuk wad, makanan untuk dinner pun sampai. Dah naik kebulur perut aku ni dibuatnya. Tak salin baju terus aku makan dulu. Pastu aku suh hasben aku balik dulu sebab aku takkan beranak malam tu. Lagipun induce akan dibuat esoknya.


Tak lama pastu nurse pun datang nak cek jantung baby dalam perut. Naik senak perut aku ditekannya sebab jantung baby tak berapa clear. Tak berapa minit pastu datang pulak sorang nurse lain nak cek tekanan darah pulak... Kaco daun tul  deme ni... aku nak gi mandi pun tak senang.

Dah settle semua aku pun gi mandi. Tapi kali ni aku dapat wad yang toiletnya tak best langsung! Air panas cam tak berfungsi je.. Showernya lagi la alahai... kena rapat ke dinding baru badan kena air.. tak selesa langsung [dah le duduk kelas 3, ada hati nak komplen banyak...hehehehe]

Kebetulan lepas mandi, aku tak pakai tudung lagi sebab nak sikat rambut. Baru aku nak capai tudung & landing2 atas katil datang pulak sorang doktor pelatih ni. Laki lak tu... Ha...kan dah kantoi auratku ittew!!! Dia tanya la sikit2  pastu dia blah. Nasib la ko hensem! Pastu cepat2 aku sarung tudung. Katil aku dah le hujung sekali dekat tingkap. Langsir katil sebelah melindung sapa yang lalu lalang.. tu yang tak perasan tu.

Lepas solat Isyak, aku pun nak tido je la, tapi mana mau lena kan sebab berdebar2 menanti hari esok.
Malam tu hasben, Cik Besah, Pak mentua, Adib & Yaya datang melawat. Tapi Yaya & Adib takleh naik so FIL aku la yang teman kat bawah. Cik Besah bawa bekal nasi sebab aku dah pesan pada hasben bawakan makanan kalau datang malam tu. Lauk spital bukannya sedap pun... [dah nak beranak pun dok pikir makan lagi..ish..ish..ish..]

Lepas makan, aku curi2 turun bawah sebab nak jumpa anak2. Aku tak bagitau misi pun. Aku buat dek je sampai la kat bawah.. Sekali kena tegur dengan guard kat situ. Aku tipu la dia dia cakap nurse tahu aku turun bawah..hehehe.. Baru nak borak2 sikit guard tu suh aku naik wad sebab nak kena cek..Memang malam tu aku kena buat CTG pun..  Cis!!! Tapi sempat la aku peluk cium anak2.. Cium laki je tak sempat.

Cepat2 aku naik wad pastu. Then nurse tanya aku gi mana. Aku cakap pi jumpa anak kejap. Pastu dia cakap, sebenarnya tak boleh turun bawah tu.. Mana la aku tau kan..hehehehe. Ah lantak le... Lagipun aku jumpa kejap je pun...

Masuk je wad, kena la buat CTG. So far, takde menda yang perlu dirisaukan. Graf pun cantik je...Doktor pun ada cek malam tu & katanya esok pagi baru akan masukkan ubat dalam lepas Subuh camtu. Pas buat CTG baru la nak tido... tapi tido2 ayam je la pun.. Sejam sekali sure terjaga...

Kat bilik aku duduk tu pulak semuanya bersalin c-zer & semuanya anak lelaki. Wa... risaunya kalau aku pun terkena badi c-zer gak... ish..dah tah apa2 dah pemikiran aku malam tu.. Sampai ke Subuh aku tak tentu arah. Disebabkan waktu Subuh pun dah masuk, aku pun pi la sembahyang Subuh & berdoa sungguh2 kat Allah supaya Allah mudahkan la segala urusan induce tu...

Panjangnya karangan.... later sambung pasal induce lak.

SEBELUM KELAHIRAN

Assalamualaikum uols....
Sure ramai tak sabar nak tau cerita pasal kelahiran baby bebaru ni kan?
Tapi aku ni belum ada masa panjang nak buat karangan
Ni pun aku curi2 sementara anak tengah tido
Lagipun... nak bagi saspen kat korang.. ewah..

Seperti yang korang sedia maklum, aku kan dah overdue 7 hari dari EDD
So, suka ke tak suka kena la aku serah diri untuk diinduce pada 20/3/2013
Sehari sebelum masuk wad, aku masih lagi ke opis
Dan lagi nak tanya member sebelah apa rasanya kena induce tu
Ye la kan.. hati tengah gundah gulana
Lagipun aku takde pengalaman kena induce...
Sebelum balik sempat aku bersalaman & bermaafan dengan member2 opis
Macam nak balik raya pulak..hehehehe
Tapi sebelum balik sempat camwhore dulu kat opis..hehehe


Baby yang tak mahu keluar2 lagi...

Malam tu pulak sediakan mental & fizikal untuk ke hospital esoknya
Walopun dah standby beg ke hospital dari aku pregnant 8 bulan lagi
tapi nak cek balik kot2 ada lagi barang yang tertinggal
Nak ejas bagi ngam2 je beg tu.. Malas nak angkut 2-3 beg gi spital kan
Inilah dia... 1 henbeg, 1 beg baju ibu & anak
Ok ready to go dah... [konon... dalam hati makin dup dap dup dap]

Esoknya pagi2 dah bangun... siapkan anak ke sekolah
Cakap kat diaorang kalau mama tak balik malam ni, jangan mengaruk tau
Aku pun sempat gak baham 2 biji telur setengah masak ngan milo
[orang kata petua nak mudah bersalin... nak tambah tenaga kekdahnya]

Sebelum hasben aku hantar anak2 ke sekolah, sempat lagi pesan belikan bubur nasi
Dalam debar2 tu sempat lagi nak penuhkan tembolok
Selagi boleh sumbat, aku bedal je... tapi bila hasben aku beli, aku sempat habiskan separuh je

Dalam kul 9pg, lepas update status kat fb, aku pun terus gerak ke hospital
Tapi singgah dulu la umah Cik Besah... salam2 dengan semua orang 
[sebak lak masa ni]
Pastu terus chow ke Hospital Selayang dengan hasben...

Bersambung....

Saturday, March 23, 2013

ALHAMDULILLAH.... OUR NEW ARRIVAL

Alhamdulillah & Allahu Akbar

Adalah dengan ini saya memaklumkan bahawasanya saya telah selamat melahirkan baby yang ditunggu2.
Dengan penuh kepayahan, kebimbangan dan keresahan
Akhirnya kami bertentang mata juga
Syukur telah selamat semuanya...

 Aku yang poyo dan baby baru.. kui..kui..
Ekceli lepas mandi masa ni... tengah tunggu doc cek pulak..

 Inilah dia yang ditunggu2
Yang suka sangat duduk dalam perut mama sampai terlebih 8 hari..

Beberapa minit setelah dilahirkan.... dalam labour room..

Inilah details baby kita...
[Dia nak lahir hari Jumaat jugak rupanya]

Kronologi kelahiran akan aku cerita kemudian ek...
Ada masa baru boleh tulis... maklum la nak kena ejas timing sikit time2 pantang ni.

Wednesday, March 20, 2013

WW 2013 # 12



Tuesday, March 19, 2013

SORANG SATU

Dah lama dah sebenarnya laptop aku rosak
Enjin jalan tapi skrin tak kuar apa2.... 
nak hantar repair memang malas ya-amat
kesudahannya tu yang terbeli notebook baru..hahahaha

Tapi kalau ikutkan sayang jugak kalau tak repair lappy tu
Last week sempat la hantar untuk repair
katanya chipset laptop tu yang rosak
dah alang2 camtu, aku suh tukar je la apa yang patut
kena la RM250...dapat la waranti sebulan
[itupun budak tu kata kalau rosak balik, hantar repair pun dah tak guna...]
Adik aku pun pernah cakap camtu jugak
Lagipun lappy tu pun dah lama.. dah 4 tahun rasanya
[nak kata dah layak humban dalam lombong la kekdahnya]

Apa2pun selagi boleh pakai, kita hentam dulu kaw2 la kan
Kalau jahanam pun pasni, takde la ralat sangat
Ni aku repair pun sebab nak kasi anak2 main je... kalau tak nanti deme nak menempel kat laptop baru aku lak.. Sayang ooooo [mahal lak tu... lari bajet teman..hehehehe]

Semalam budak repair tu dah hantar laptop tu
Memula budak tu nak hantar pagi ni tapi aku mintak dia hantar petang semalam
Takut2 aku terberanak hari ni so tak sempat la nanti kan
Alhamdulillah dapat juga dia hantar petang semalam
Malam tadi dah rasmikan laptop yang baru dibaikpulih

Yang tak menyempat2 nak guna lappy tu si Adib la
Kakak beralah pakai PC gabak tu..

Ok la sorang satu... takyah rebut2
Mama pun boleh rehat dengan aman...






Monday, March 18, 2013

YING & YANG

Assalamualaikum....

Masih ada entry terkini ye uols... sebab aku idak beranak lagi
Kui..kui..kui..

Ini le posisi anak2 aku tidur pagi semalam
Dah macam Ying & Yang tapi versi terbalik sikit
Memula tu kalau ikutkan kaki si Yaya betul2 atas kepala si Adib
Tapi bila aku nak snap gambar, dia boleh alih pulak kaki dia tu

Adib pulak kalau tidur sekarang ni sure akan  pusing 360 darjah
Macam2 pesen tidur budak2 ni!

Sunday, March 17, 2013

OVERDUE!

Alhamdulillah sehingga hari ni masih dikurniakan nafas & kesihatan yang baik
Masih dikurniakan nikmat hidup di dunia ini

Masuk hari ni aku dah overdue 4 hari.. hati kadang2 rasa gelisah
berdebar2 menunggu bilakah saatnya baby nak keluar
ditambah pulak dengan fikiran bab  nak melalui sakit bersalin...ngeri pun ada



Malam tadi mak aku tepon.. tanya bila due & khabar kami anak beranak
[patutnya aku le yang telefon mak kan?? Bertuah punya anak!!!]
Aku bagitau mak memang dah overdue pun... 
Kalau tak beranak juga 20hb ni kena serah diri la kat spital
Mak cakap belum masa baby nak keluar lagi le tu...[pandai mak pujuk]
Pastu aku mintak mak doakan aku semoga semuanya dipermudahkan...
Tertacing pulak sebelum letak tepon....

Apapun aku sedar yang Allah belum izinkan lagi untuk anakku keluar melihat
dunia ni. Fikir je yang baik2 udah le.. 


** Hari ni birthday adik aku [Acik]. Happy birthday bro! Semoga kamu terus bahagia & dimurahkan rezeki & mendapat keberkatan hidup di dunia & akhirat.

** Hope to have a fast & easy delivery, dalam keadaan yang mudah & memudahkan semua orang disekeliling.. AMIN!!!

Friday, March 15, 2013

KEK ANNIVERSARY KONON...

Ha'ah... celebration la sangat...
Takde apa yang istimewa pun...cuma lebih kepada nak memenuhi nafsu makan aku je....hehehe
Nak dijadikan cerita, tetiba aku teringin sangat nak makan kek
Kebetulan anniversary semalam, so elok beno la kalau nak beli kek kan
Tak kisah la kek apa pun, janji sedap
Ingat nak singgah Secret Recipe tapi kek2 kat situ semua besar2 kan, so kensel la
Alih2 terjah King's Batang Kali dah le...

Puas belek punya belek kek yang ada.. akhirnya pilih kek hijo ni
Bukan kek span tau... tapi pandan layer [lama giler tak makan kek ni]

Aku beli pun yang setengah kilo punya je... bukannya ramai nak makan pun
Lebihnya aku je yang nak makan..hehehehe
Lepas ni kalau beranak pun, idak le kempunan sangat..
Bestnya ada macaroon sekali kat atas kek tu... baru la dapat merasa...

PENGARUH RAKAN BLOGGER

Dah namanya dok kawan dengan blogger tak berapa tegar cam aku
Maunya idak terpengaruh sikit sebanyak ye dak
Terkini.... jeng...jeng..jeng... member sebelah meja teman pun dah terjebak di arena blog
[Adalagi 2-3 orang yang terjebak gara2 aku..hahahahaha]

Ok la tu... ada kemajuan ye dak??? [Tepuk tangan untuk diri sendiri]
At least ada benda korang buat dari duduk saja2 kat opis kan
Slow2 belajar selok belok blog, lama2 expert la...
Aku ni pun kalau ikutkan idak le expert sangat,  tapi at least melalui blog ni dapat mengembangkan dan menjalinkan silaturrahim. Siap ada lagi terjejak kasih pulak tu.. 
betul tak???

Ok la... meh aku nak promote sikit blog cik adik kita sorang ni.. namanya ZIHA
Sebab masih baru, so entry belum banyak lagi
Entry pun masih tahap shy2 baby gitu..hahaha..


Jom sudi-sudi  pi terjah  blog dia --->  NurWanZ
Semoga semakin maju dalam arena blog ni yer Ziha

Thursday, March 14, 2013

TRULY MADLY DEEPLY

Tiap kali anniversary, sure aku tepek satu lagu dedicate untuk hasben aku
Mood aku adalah jiwang2 hari ni okeh....
Kot2 suami aku bukak blog ni, sila la layan lagu ni yer bang...



** Once aku pernah addict dengan Savage Garden ni.. Lagu2 deme memang best!

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

Setiap yang berlaku PASTI ada hikmahnya
Cuma kita yang tak tahu
Dan setiap sesuatu bukannya secara kebetulan tapi dah ditentukan
Lagipun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

Hari ni adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke-9 tahun
Hari ni jugak, aku ada cek up kali terakhir di KD Batang Kali
[Kena scan bagai sebab dah overdue kan.. tapi semuanya dalam keadaan baik]
Hari ni jugak, benda yang aku tunggu2 & cuba settlekan  dari bulan 2 haritu  dah diperolehi
[office matters la.. tapi  plus dengan good news yang tak disangka2]
Alhamdulillah atas semuanya... 
Memang nak tunggu semua ni settle baru aku boleh beranak dengan tenang kot...hehehe





Baby, jangan kuar lagi ye...[Instinct aku pun kata belum lagi kot]
Kasi can mama celebrate dengan abah dulu ye
** Nak makan kek banyak2 malam ni.. aci tak???


** Agaknya baby nak kuar dekat2 dengan birthday Pakcik ngan Nek kot ye..Senang nak celebrate sekali nanti kan..

9TH WEDDING ANNIVERSARY


Alhamdulillah.... 
Pejam celik, pejam celik sudah genap 9 tahun kami hidup bersama sebagai suami isteri
Rasa cam baru je kawen....hehehe [poyo!]


Buah cinta terbaru kami pun bakal lahir esok lusa ni...
[Kalau dapat hari ni pun cantekkkk gak... senang nak ingat tarikh]
Doakan kebahagian kami sekeluarga  di dunia & akhirat ye...

AMIN!!!

-Gambo setahun yang lepas-


Wednesday, March 13, 2013

WW 2013 # 11

 13-03-13
Tarikh yang cantik kan???


*** Tarikh EDD aku...

BELUM MASANYA LAGI

Rentetan entry semalam pasal dah turun tanda 
Aku menunggu2 juga kedatangan contraction sebelum pegi spital
Malangnya yang datang hanya contraction yang manja2 gitu..
Sampai ke tengah hari pun tak kuat  mana

Memula tu keberatan gak nak pegi hospital
[sebab dah rasa sure doc suruh balik je nanti]
tapi sebab hasben pun dah tak gi keje so at least ada gak surat bukti bawak aku gi spital kan
Lepas Zohor, kami pun gerak ke Hospital Selayang
Cik Besah & Adib pun folo sekali

Bila dah sampai kat Dewan Bersalin, nurse kat bawah tu kata budak2 takleh masuk
Bila aku suh dia duduk bawah dengan opahnya pun dia takmo
Dia nak folo hasben aku je.. nak tak nak aku kena la pegi sendiri
Pi register dulu pastu kena masuk bilik untuk periksa
CTG dah sah2 la kena buat kan... tapi aku dah agak dah sure takkan ada tanda2 contraction
Baby pun masa tu tak berapa aktif... so grafnya pun biasa2 je
Ni la mesin CTG... 
[curi2 snap... kalau ikutkan takleh guna henfon tu dalam bilik ni]

Tengah di'CTG'kan....

Lama lak tu buat CTG... dah tu ekon slow lak.. panas gilak aku dibuatnya

Oh ye sebelum naik atas katil tu, nurse dah suh siap2 bukak spender
For sure la ada adegan seluk menyeluk nanti... PASRAH!
Lepas buat CTG, ada la bebudak praktikal duk experimen dengan perut aku
Nak dengar heartbeat la, nak tahu kedudukan baby la. dlll.. aku biar je le
Nasib la bebudak pompuan

Tak lama pastu baru buat VE [seluk2 la tu]
Doktor tu pompuan, so idak le kasar dibuatnya
Katanya jalan tak buka lagi.... lagipun contraction pun takde
Katanya early stage of birth.. ok la tu .. pastu aku tanya boleh balik ke?
Dia kata tak perlu masuk wad kot tapi dia kene refer doc yang lebih pakar dari dia

Perkakas untuk buat VE

Tak lama pastu datang la doktor tadi dengan sorang doktor lain
Bos dia la gamaknya... pastu dia cek2 lebih kurang dia kata kalau sign turun darah cam aku tu tak perlu risau sangat... Lagi sekali kena seluk dengan doktor tu. Nasib la dia kurus so idak le senak sangat dibuatnya. Lagipun dia pompuan tapi chinese la... Aku tanya dia aku boleh balik ke?? Dia kata boleh balik tapi dia suh tunggu kat luar dulu sebab sistem offline.

Aku yang kebosanan menunggu...

Dok dalam bilik periksa tu ada la dalam sejam lebih pastu 2 jam lagi kena tunggu sistem elok pulak. 
Dah le tunggu sorang2... boring giler...  sambil tu sms la hasben yang menunggu kat bawah
Aku suh dia naik atas tapi dia kata mak guard tu tak kasi sebab ada Adib...
Dekat 6.30ptg baru la settle urusan... 
Doktor dah kuarkan surat katanya by 20/3 kalau tak beranak juga, kena datang spital untuk induce.
Harap2 idak le sampai 20hb tu ..

Lupa lak nak citer, masa tengah menunggu tu, tetiba aku dengar cam orang jerit2 nak beranak
Kuatnya.... takkan la dari labour room boleh dengar suara orang nak beranak pulak
Pastu aku nampak ramai doc & nurse lari2 kat bilik pemeriksaan tu
Pastu dengar suara baby & aku nampak nurse lari2 bawak baby keluar
Rupanya ada patient yang dah terberanak kat bilik pemeriksaan tu... Senang beno bersalinnya
Makin takut lak aku nak beranak dibuatnya..huhuhu

Tapi maybe ada hikmahnya juga aku tak beranak semalam
Kalau terberanak sure aku beranak sengsorang tanpa suami dalam labour room
[sebab hasben kena kontrol dengan Adib]
Next time memang takleh bawa dia la..
Apa yang pasti, Allah tak izinkan baby keluar semalam
Mungkin esok lusa kot....Insya-Allah




Tuesday, March 12, 2013

DAH NAK BERSALIN KE???

Petang semalam lepas balik dari keje memang perut rasa keras je
Rasa cam nak berak tapi takleh keluar lak.. cam sembelit la pulak
[dah le petang tu makan KFC 2 ketul yang besar..hehehe]

Lepas Isyak, aku rasa tak sedap perut, hati rasa nak berak jugak tapi asal masuk toilet apa pun takde
Sabar..sabar... pastu aku sapu minyak angin kat perut
Memang perut dok rasa libang libu.. baby pulak asyik bergerak & mengeras je
Mata lak mengantuk... aku pi tidur dulu la...
Nak kata contraction, pinggang aku tak sakit pulak
Tu yang aku rasa maybe sebab angin kot

Dalam kul 12, aku terjaga dari tidur.. sakit perut
Tak lama pastu baru la rasa nak berak
Aku pun andaikan pas berak sure la perut selesa pastu boleh la tidur balik
Bila pi toilet, aku tengok ada cam blood stain kat panties
Eh.. tanda nak bersalin ke??? Gabra gak tapi aku ignore je la sebab sikit sangat



Lepas berak, aku naik atas balik...konon nak sambung tidur
Tapi perut asyik mengeras je.. dah le tu asyik nak terkencing je
Tengok jam nak kira selang masa... 5-7 minit sekali.. contraction la tu kot
Pi toilet sekali tengok ada darah + lendir 
Sabar...sabar... baru pukul 1 pagi... 
Lepas cuci  & salin panties [siap pakai pantyliner], aku ambik air sembahyang 
Terus buat solat sunat tahajud & solat hajat.. pastu wirid la sikit2

Pas sembahyang aku turun bawah.. gi toilet lagi.. darah ada lagi
Kebetulan hasben aku bangun, dia pun tanya kenapa
Aku cakap cam dah turun tanda.. dia tanya nak gi hopital ke?
Aku cakap bior dulu la.. tak sakit kuat pun lagi
Lagipun kalau boleh biar la sempat sembahyang Subuh & siapkan anak2 ke sekolah dulu

Nak baring sakit pinggang & contraction  buat aku tak selesa 
so aku duduk je la atas sofa.. layan drama apa tah kat TV2
Sampai kul 3 pagi aku rasa mengantuk la pulak
Tidur dulu la kot... perut pun dah tak rasa kejang2 lagi
Aku tidur je atas tilam baru [hehehe baru beli Sabtu lepas untuk persediaan berpantang]

Dekat pukul 6, baru tersedar... terus mandi.. tengok darah dok ada lagi
Tapi contraction yilek la pulak.. tu yang confuse tu.. nak beranak ke belum lagi ni??
Lepas solat Subuh pun takde sakit perut... takpe la buat cam biasa je la

Sementara kejut anak2 & siapkan anak2 ke sekolah, buka fb & sms member opis
Letak status nak gi spital ke tak payah.. rasa cam nak gi keje je
Ramai cakap suh pegi je spital tu...herm... takpe la aku take my sweet time
Siapkan keje rumah sikit2.. breakfast dulu, makan vitamin dulu..hahahaha

Amboi panjangnya karangan... walhal beranaknya idak lagi...
Pada semua pembaca blog ni, aku nak mintak maaf banyak2 atas segala salah silap sepanjang di alam maya ni... Doakan aku selamat bersalin & dipermudahkan semuanya...AMIN!!!!

[Next entry mungkin ambik masa la baru muncul...]


** DUE aku kalau ikutkan adalah esok...



Monday, March 11, 2013

KALAU DAH JODOH - UKE

Aku takde Astro nak layan citer ni ka Astro Oasis
Layan je la kat youtube



** Untung jadi orang mengandung sebab malaikat minta ampun 24jam untuk kita sepanjang kita mengandung...  Jom pakat mengandung ramai2 ye...

CAPAI JUGAK SEJUTA

Dah lama addicted dengan game ni
Suka sebab takyah nak fikir2 bagai 
[makin banyak fikir makin seteresssss aku...]


Akhirnya.. tercapai jugak ranking pertama dengan mata satu juta lebih..
Jenuh nak kejar dah lepas ni..hehehehe

Aduhai..sebenarnya  takde mood nak blogging la hari ni
Takde idea la pulak...[lambat mari la idea hari ni]


Saturday, March 9, 2013

CARA MENERAN YANG BETUL

Khas untuk ibu2 yang bakal beranak tak lama lagi
Yang dah beranak pun boleh je baca
Yang belum kawen pun boleh baca.. no hal punya.... tambah pengetahuan kekdahnya..

Ekceli info ni pun aku just share dari blog DR TOTIN
Bagus la blog dia sebab banyak info... 
Cara penulisan dia pun best..

Back to main point, aku yang tengah nak refresh memory meneran masa beranak dulu
Neves, gabra, semua ada sebab lagi 3-4 hari dah due
Tapi instinct aku rasa maybe aku akan overdue [tapi tak tahu la berapa hari]
sebab anak2 yang sebelum ni memang overdue 6-8 hari gitu..

Sekarang ni tengah menunggu tanda2 bersalin la
[ok from this part memang kopipes sebijik sejibon dari blog DR TOTIN sebab aku malas nak taip


Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
  1. Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
  2. Keluar lendir lendir darah.
  3. Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
  4. Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!
Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.
Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?
Relax, jangan gelabah.
Pushhhhh puuushhhhhhh.
  1. Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
  10. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.




** Ok dah paham semua ibuk2??? Harap dapat banyak info dari ilmu yang aku share kan... Kesilapan aku masa beranak Adib dulu ialah mengeluarkan suara masa meneran.  Bukan menjerit tapi macam menahan suara di kerongkong. Hasilnya tekak aku sakit & suara aku hilang sementara.. Kali ni harap2 tak berulang lagi kesilapan itu...

Friday, March 8, 2013

MINYAK HERBANIKA... DAH BELI DAH!

Dah lama fikir panjang.. nak beli online ke offline ke
Nak beli offline, semua tak dapat bagi harga yang murah 
[kalau diskaun pun takat RM3-RM5 je dari harga pasaran]
Nak2 pulak aku bukannya member... tak dapat le member's price kan
Last2 lepas usha2 & compare harga, akhirnya beli secara online je
Lebih murah dari offline walopun dah campur postage charges..hehehe

Gara2 last minute, memang selalu la miss best offer price
Tapi sebab nak jugak... pejam mata la even mahal sikit
Ape benda la yang dok citer ni ye??
Ha... aku nak citer pasal Minyak Herbanika NR tu la...

Kelmarin sudah sampai ke pangkuanku....
Siap beli botol besar tu... 
[banyak2 yang aku tanya katanya sekarang ni botol besar dah tak keluar lagi]
Kebetulan kat sorang ni ada lagi stok botol besar
Tapi aku dah tak ingat websitenya sebab aku just google pastu terus sms untuk order



Complete sudah perkakas untuk beranak
So... dah takyah fikir apa lagi yang nak beli

Bila bukak plastik tu, semerbak bau minyak urut kat rumah aku
Baru betul cam rumah urut orang dalam pantang..hehe


** Hujung minggu ni cuma hasben kena beli tilam baru sebagai persediaan dalam pantang


** Info tambahan :
Harga pasaran = RM105.00  
Harga beli online = RM90.00 [plus postage]
Penjimatan RM15 tu.... ok la kan

SURAT UNTUK MAMA

Balik rumah semalam Yaya bagi satu surat
Ingatkan surat dari sekolah dia.. rupanya surat dia buat sendiri
 Ini baru sampulnya....

Ini la isinya....


Untuk abah dia pun dia selalu buat surat cinta cenggini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...