Monday, December 31, 2012

CORAT CORET 2012

Ini adalah entry terakhir di tahun 2012
Saja le nak share suka suki kehidupan aku & family di tahun 2012 ni...
[tapi yang penting2 je la]
Macam2 hal...



JANUARI 
  • Yaya dah masuk darjah 1. Alhamdulillah Yaya ok sepanjang di sekolah. Good girl!. Adib pun start masuk tadika PASTI. Hari pertama dah melalak bila tengok mama & abah takde kat luar pagar. Seminggu juga la dia buat drama swasta... 
  • Selain tu kami sekeluarga Ipoh balik ke Melaka. Untuk aku yang dah lama tak menjejak kaki ke kampung halaman abah aku, adalah satu pengalaman yang best. Hasben aku pun first time la balik jenguk kampung aku di Melaka [selalu asyik balik Pantai Remis je]


FEBRUARY
  • Lisa- Yusry kawen la uols... [Tetiba???]


MAC
  • First time accident dengan kereta hasben.. Dah le sengsorang. Pengalaman pertama buat report kat balai polis.
  • Anniversary kami yang ke-8 [Alhamdulillah]
  • Aku ada perang dingin dengan Cik Besah masa ni..

APRIL
  • Kejadian ngeri berlaku pada aku iaitu aku telah terluka kan jari manis aku.. Siap terkoyak kulit & kuku gara2 nak masak beger.. Trauma gak aku beberapa bulan. Sentiasa teringat2 every time aku tengok jari manis aku tu.. Seriau ooo...
MEI
  • Percutian singkat ke Cameron Highland bersama keluarga Ipoh...

JUN
  • Bercuti ke Taiping pulak---> kali ni dengan family Cik Besah pulak

JULAI
  • First time bawak anak2 gi tengok wayang [kat TGV Rawang]--> citer Madagascar
  • Aku disahkan mengandung lagi untuk kali ke-3... Jenuh usaha akhirnya lekat juga.. Alhamdulillah

OGOS
  • Mengidam & raya...

SEPTEMBER
  • Adib ke wad kecemasan sebab siku terseliuh.. Ni gara2 bergayut kat ampai kain. Kul 1pg  dah ke Hospital Kuala Kubu. Alhamdulillah takde patah.
  • Bukak buku pink di KD Batang Kali..

OKTOBER
  • Cornice bilik tidur aku runtuh . Terkojut den dibuatnya..

NOVEMBER
  • Birthday aku.... sudah 33 tahun lor..
  • Ateh kawen...

DISEMBER
  • kena buat MGTT
  • Blog aku masuk TV --> Rancangan Apa Kata Wanita @ TV1
  • Dapat anak sedara baru ---> Adik ipar aku dah bersalinkan baby girl
  • Jenjalan ke Aquaria KLCC


Banyak yang suka dari yang duka 
Yang duka tu takyah la diingat2 sangat kan...
Hidup kena positif... ye dak???

Apa2 pun aku nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2013 pada korang semua...
Semoga tahun baru yang bakal menjelang ni membawa lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua..





FIRST TIME TENGOK BUNGA LIDAH JIN

Kat rumah aku memang banyak pokok lidah jin ni
Senang sebab tak payah siram selalu
Lagipun pokok ni katanya boleh membersihkan udara dalam rumah
So aku letak kat dapur & dalam toilet...hehehe

Sabtu lepas baru terperasan yang salah satu pokok ni tetiba berbunga
Sebelum ni pernah dengar pokok lidah jin ni memang ada berbunga
Tapi aku sendiri tak pernah tengok cemana rupanya
Tapi kali ni dapat tengok depan mata...
Ni rupanya bunga pokok lidah jin ni
Tapi aku punya ni belum kembang lagi
Kalau dah kembang nanti, aku tepek gambar ye...

RESULT MGTT

Hari tu dah minum air gula yang sedap tu kan
Minggu lepas dah dapat resultnya
[entry ni terbasi la pulak...]

Hasil ujian MGTT  hari tu
Alhamdulillah... semuanya OK
Takde kencing manis pun...

Friday, December 28, 2012

JUMAAT TERAKHIR 2012

Assalamualaikum semua...
Hari ni dah Jumaat terakhir di tahun 2012
3 hari lagi menjelang 2013


Dah 3 hari berturut2 aku terdengar tazkirah pasal ikhlas ni
Banyak ilmu yang aku dapat untuk aku muhasabah diri sendiri
Alhamdulillah....

Sama2 kita sucikan hati & niatkan semuanya kerana Allah
Semoga semua amalan kita tidak sia2 & diterima Allah

Thursday, December 27, 2012

CARTA GERAK BABY

Sudah masuk 7 bulan ni mula la kena tanda2 carta gerak baby ni
Malas sungguh nak buat sebab aku ni selalunya lupa
Baru start Isnin lepas
Ni pun aku pakai bantai je isi
Aku pun tak ingat exact time cukup gerakan ke 10 tu
Janji tulis... nanti misi tak le bising...

Still have long way to go....
Hari2 kena buat sampai beranak...
Suka tak suka kena buat jugak le...

** Sekarang dah kena pi cek up 2 minggu sekali...

PENGGANTUNG BAJU UNTUK CIK BESAH

Semalam telah membeli penggantung baju untuk MIL aku
Ekceli bukan la untuk dia sebenarnya tapi untuk aku menggantung baju sekolah anak2 aku
Anak aku si Yaya kan ke dia yang jaga
Ni nak2 pulak minggu depan sekolah pun dah nak mula, so akan bermula la rutin harian Cik Besah menguruskan budak2 ke sekolah.
Selalunya baju sekolah Yaya aku gosok stok seminggu pastu pi hantar rumah Cik Besah
Biras aku pun sama la..
So bila ada penggantung ni senang la kitaorang nak gantung baju yang dah digosok tu
Selama ni Cik Besah suh gantung kat mana2 tempat yang boleh gantung la
Kat tingkap, kat pintu almari, kat kerusi
[mana la tak semak mata memandang sebab baju berselayut sana sini]

Semalam terus tuju Cosway untuk redeem benda ni
Aku redeem pakai kupon je... tak yah kuar duit
Ekceli aku pun dah terlupa pasal kupon ni.. sib baik la biras aku dok citer pasal Cosway
Bila aku tengok kupon, banyak kupon tu bakal expired 31/12/2012
Jadi better la aku redeem cepat2 kan.. sebelum expired kupon tu

Ha ini le garment rack yang aku beli untuk Cik Besah
-pics cilok dari pakcik google je-


Camni la rupanya penggantung baju tu lebih kurang. Tinggi rendah boleh ejas. Kiri kanan pun boleh ejas.. Bawah tu boleh la letak kasut2 sekolah ke @ beg sekolah ke.. Organize la sikit rumah Cik Besah nanti..

Wednesday, December 26, 2012

BONUS TREAT

Hujung tahun memang waktu yang ditunggu sangat2
Pasaipa??? Sebab tok laki aku dapat bonus...hehehehe
[bini je yang lebih kan....]

Dah dijanjikan oleh tok laki nak pasangkan ekon dalam bilik tidur
Maka lepas je bonus clear terus tuju kedai letrik sebab nak beli ekon
Ai folo jer.... 

Kami terus tuju kedai letrik yang selalu kami pegi kalau nak beli barang elektrik
Senang nak citer dengan tokey kedai tu
Diskaun pun banyak dia kasi
Kami pegi malam sebelum Krismas tu
Cadangnya kalau dia boleh pasang esoknya konfem la nak beli
Nasib baik tokey kata hari Krismas kedai tak tutup
so terus on la beli ekon tu..
[Kami beli yang murah2 je... takat nak pasang dalam bilik, 1 H.P pun dah cukup kan]

Dalam pada nak membeli ekon tu, tengok la barang2 letrik lain yang ada
Hasben aku memang nak beli water dispenser ni
Aku ok je... aku jugak yang senang kan.. tak yah nak jerang2 air
Last2 beli jugak la yang 5 liter brand Pensonic
Tung tang tung tang dapat la dengan harga RM120..hehehehe 
[harga asal RM 159.00]
[ingat nak beli oven sekali tapi mahal la pulak rasanya kat kedai tu... kat Tesco boleh dapat murah lagi]


Tengahhari semalam, orang pasang ekon pun sampai

Dalam sejam dah siap pasang...hehehe
Alhamdulillah... boleh tidur dengan sejuknya kat bilik sendiri
Selama ni pakat tidur kat ruang tamu la kalau nak berekon bagai..

Thank you abang...XOXO

WW 2012 #52

-pics from google-

Alhamdulillah.... sudah dapat
Terima kasih en suami...

Monday, December 24, 2012

AIR ALKALI - DR ALKALINE

Korang tau ke pasal air alkali??
Terus terang aku cakap, ni first time aku dengar pasal air alkali ni
Kalau takat air RO, air mineral, air masak, air paip, air oksigen tu aku tau la

Hari tu ada jiran aku dok promot pasal air alkali ni kat pak mertua aku
Siap dengan demo bagai la kan... [biasa la salesman]
Dah kebetulan aku ada kat rumah Cik Besah, so sempat la aku tengok demo tu
Fuh... rupanya air alkali ni banyak kelebihannya ye
Dan apa yang disampaikan oleh abang tu memang ada betulnya
iaitu kita memang banyak mengambil makanan berasid tanpa kita sedari
Dan salah satu cara nak meneutralkan asid dalam badan ialah melalui pengambilan alkali
Oh ye.. abang ni jual air alkali jenama DR ALKALINE

Kat pasaran memang ada banyak jual air alkali ni rupanya
Setakat ni aku tak pernah cuba mana2 air alkali lagi
Setakat air ECPI, Air Musoffa, air RO kat opis tu, air water filter tu & air oksigen [lupa brandnya] pernah la cuba & semuanya rasa biasa je cam air masak/air mineral yang biasa2 tu.
Tapikan.... air alkali yang abang ni jual memang payah nak blah kat tekak aku
Huhuhu..... Korang pernah rasa air ZAM-ZAM yang ori tak??
Payau kan???? Ha... camtu la rasa air Dr Alkaline ni

** Aku pun baru tahu air zamzam mempunyai kealkalian yang tinggi..

Kebaikan air alkali ni memang banyak
Korang google la sendiri..[dasar malas nak taip panjang2]
Aku sendiri dah cuba air ni tapi aku tak mampu nak minum sebotol tu sekaligus
[disebabkan rasa payau tu la]
Aku minum setengah botol pagi, setengah botol malam
itupun aku minum tutup hidung ko.... 
Dan setelah percubaan pertama, dalam sejam lepas minum aku terus sakit perut
Dan2 pegi toilet dan semua yang terkumpul dalam usus aku dah dilepaskan dengan jayanya
Dan........... aku sangat berpuas hati tau!
Lepas je berak hilang sakit perut dan perut rasa best je..hehehehe
Itu antara simptom2 selepas pengambilan air ni untuk pertama kali
Tapi lain orang lain la simptomnya kan...
FIL,MIL & hasben aku pun yang dah try minum air ni memang kata badan ringan je lepas minum air ni
Kita tengok la dalam seminggu dua ni hasilnya cemana kan.... tak berani nak bagi testimoni melampau lagi..hehehehe

Air ni sebotol RM10.00 untuk 500ml.  Korang yang pernah try minum air alkali ni [tak kira la brand apa pun] meh share pengalaman korang.

LATEST EDITION

Happy monday uols....
Mood happy2 sebab sebab semalam adik ipar aku dah selamat melahirkan seorang baby girl
New addition dalam family aku...
TAHNIAH untuk ACIK & WIFE..
-pics taken from fb adik ipar aku-

Last but not least... edisi terkini [nakkkkk jugak entefrem]
Kebuncitan di minggu ke-28

Pagi tadi pegi cek up lagi.. Berat aku naik 2.5kg lagi dalam masa sebulan.. Misi sudah bising lor sebab dah 3 bulan berturut2 berat naik 2.5kg/month.. Sekarang sudah 70kg tau... Jenuh la nak kurus nanti..

Sunday, December 23, 2012

BLOG PILIHAN

Rasa tak caya je semalam blog aku dah muncul di kaca TV
Seperti sedia maklum, rumah aku kan tak dapat siaran TV1
So aku pun tengok online je kat PC
Sib baik line streamyx lancar sepanjang siaran AKW tu

Jenuh gak menunggu rupanya segman Blog Pilihan tu dah kat hujung2
Siap standby nak tangkap gambo lagi
[bukti itu penting kan...]
Akhirnya.. tiba juga segmen yang dinanti2kan

Jeng..jeng..jeng.. pastu terus terkeluar header blog aku nan hijo tu
Finally.. ini je yang sempat aku snap

Memang laju je dia skroll blog aku tu
Muka Cik Besah pun sempat la masuk tv...hehehehe
Tak sampai seminit pun segmen tu
Anak2 aku & hasben sempat la tengok part ni
Pastu hasben aku pun cakap la "Abis la mama korang dah jadi retis..."
Muahahahahahaha... retissssssssss la sangat kan...

Apapun terima kasih pada Cik Sakinah & juga rancangan AKW sebab sudi nak paparkan blog aku kali ni.
Tak sia2 buat blog ni rupanya....

Korang ada ke tengok AKW hari tu???

Friday, December 21, 2012

ESOK JANGAN LUPA TENGOK TV1 TAU

Sebagaimana yang korang tau, aku kan dapat jemputan daripada rancangan Apa Kata Wanita kat TV1 tu.. Dan akhirnya , aku bersetuju dengan offer tersebut..hehehehe
Kalau ikutkan memang dah ramai blogger yang dah dapat offer
Dan ramai jugak yang dah appear dalam Segmen Blog Pilihan tu

Aku tak pernah pun hantar apa2 permohonan untuk masuk segmen tu
Tetiba je dapat offer yang memang tak pernah aku angan2kan.
Hasben aku kata terima je la... rezeki tak disangka2 kan
[walopun dapat masuk tv dalam masa setengah minit jer]
Walopun  hanya blog yang masuk tv, tapi rasa cam retis pulak... tetiba jek..

Ok la, just nak remind korang jangan lupa tengok Rancangan Apa Kata Wanita yang dihoskan oleh Zamzarina Zambri. Mengikut kata Cik Sakinah, rancangan ni akan keudara pada pukul 11pg di TV1.
Jangan lupa tau tengok blog picisan aku kat tibi...hahahahaha...

Sebelum tu jom ramai2 like page APA KATA WANITA... Zamzarina (TV1)


Zamzarina ni pun blogger jugak tau. Banyak tips rumahtangga dan kekeluargaan dalam blog dia tu. Memang best. Jom follow blog dia kat 
[Ada gambar dia dengan anak dara dia tau... sekali tengok cam adik dengan kakak je]

Yang sedihnya kat rumah aku sendiri tak dapat lak chanel TV1
Nak buat cemana... astro pun nan hado
Nampaknya kena tengok online je la....
[Aku selalu tengok tv online kat sini 1MalaysiaTV ]

Da... itu je nak bagitau..Jangan lupa tau..hehehe

PANAS HATI

Semalam balik dari keje, sampai2 je kat rumah aku dah panas hati
Sebabnya, aku ternampak kain yang aku dah basuh ada kat ampaian luar
Dan yang pastinya adalah sudah basah kena tempias hujan
[itu pun nak marah ke???]
Yang aku hangin tu adalah sebab kain2 tu semua aku dah sidai dalam rumah
Dan sebelum aku pegi keje pagi tu, aku dah cek tinggal lagi sikit je yang tak kering
Kiranya aku andaikan by the time aku balik keje kain2 tu semua dah kering la patutnya kan
Alih2 basah sebab kena hujan balik
[aku hangin kat laki aku sebenarnya masa ni tau...gggrrrrrr... nasib la dia dah pegi keje]

Masa aku tengah nak bukak pintu rumah
anak2 aku dah tercongok kat gate belakang
[tak sabar2 nak balik rumah la tu]
selalunya aku yang pegi rumah Cik Besah, pastu baru la depa ikut aku balik 
Masa tu pulak, si Adib tengah pegang tapawe penuh dengan susu dia
Sekali tah cemana dia terlepas tapawe tu pastu tumpah la semua susu yang ada dalam tu
[dah le tapawe tu penuh tau sebab aku baru refill pek baru]
Hangin lagi aku kan.... siap sound si Adib " jangan mintak susu malam ni"

Rasa nak nangis je masa tu tau... semuanya bertimpa2... bikin aku panas hati
Dah le penat baru balik keje, tambah lagi macam2 hal kat rumah
Tapi aku tahan la marah tu.. takkan nak pukul budak2 tu pulak
Paling2 pun aku bebel je la...
Pastu aku tanya la Yaya kenapa kain aku tu boleh disidai kat luar
pastu Yaya cakap, Adib main bola dalam rumah
pastu bila dia sepak bola tu, terkena la hanger payung yang aku sidai baju tu
Dah jatuh pastu patah.. makanya abahnya sidai la pulak baju2 tu kat luar
[padahal ada yang dah kering pun agaknya]

 Dah selamat dalam tong sampah...
Memula ingatkan yang kaki2nya tu yang patah

Rupa2nya cangkuk atas tu yang patah... takleh buat apa la kan
Buang je la selayaknya..

Tak habis lagi angin aku tu kalau ikutkan.
Pastu aku pesan kat Yaya, lain kali cakap kat abah tak payah sidai kat luar kalau rasa tak nak angkat
Sidai je dalam rumah kat cerok mana pun.. nanti mama balik, mama angkat

Pas semayang Maghrib, terus aku ajak budak2 tu pi kedai 
[motif ---> nak beli hanger payung baru]
Kalau harap laki aku, sampai aku beranak pun tak beli lain gamaknya
Membontot je la budak2 tu kalau ajak ke kedai kan...

Tapikan, aku ni memang takleh shopping dalam keadaan marah/stress
Sebabnya memang akan jadi out of control tau
Plan nak beli satu barang, terus jadi 10 barang
Bajet 10 hengget boleh jadi 100 hengget tau
Kuasa 10 gitu koooooo!

Akhirnya sudah beli payung baru... puas hati aku
[bengang punya pasal.. aku beli yang lagi besar dari yang patah tu..]

Dalam pada tu sempat lagi beli menatang ni.. tah apa namanya..
Pasang kat paip sinki

Motip???? Sebab aku nak air yang keluar tu cam air shower..hahahaha
[tah apa2 la aku ni!]

Selain tu aku rembat jugak sharpener besar bagak ni
[Walopun anak2 aku dah banyak sharpener, aku nak juga sharpener ni]
Bukan anak2 aku mintak pun, tapi aku yang nak
Motip????? Sebab nanti aku yang jadi tukang asah pensel diaorang, sakit tangan ooo kalau guna sharpener yang biasa2 tu... boleh melecet2 dibuatnya.

Ha..kan dah dapat!!!!
Duit mengalir laju cam air je dalam masa tak sampai 1 jam
Aku tau ibu2 mengandung tak elok kalau under stress

**Ehem.. bang...jom pi shopping barang baby lak hujung minggu ni.. Bonus dah dapat khen....

RENUNGAN JUMAAT



Thursday, December 20, 2012

RELAX JE BABY NI KENA MANDI

Cute sangat video ni
Share dari fb 




MACAM2 HAL KALAU CUTI

Kan aku habaq aku apply AL semata2 nak pi klinik untuk buat MGTT tu
Lepas setel semua hal kat klinik, aku pi singgah bank nak bayo duit rumah
Dah alang2 cuti ni dah penuh la agenda aku nak buat apa2 hal yang belum setel lagi

Jarak bank dengan klinik tu tak le jauh pun
Masa blah dari klinik semuanya smooth
Sampai kat area bank aku pun parking mana ada tempat kosong je
Betul2 dapat depan bank.. tapi kira cam bloking jugak le
Sebab aku rasa aku nak singgah kejap je so aku tak risau sangat le
Kalau ikutkan bukan le blocking sangat pun sebab kereta kancil tu parking kat atas kaki lima kedai
Maybe la dia owner kedai kot...
Aku parking betul2 la dalam petak parking tu..

Nak dijadikan cerita, lepas setel urusan kat bank, aku pun nak blah ke KKB pulak
Nak singgah Tabung Haji kononnya.. nak gi simpan duit anak2 yang dah terperam lama tu
Sekali bila nak start enjin, enjin tak nak start pulak
Ah sudah! Buat hal la pulak kereta ni
Aku try banyak kali pun takleh jugak
Bila nak call hasben, kredit pulak habis.. adoyai....
Sib baik la ada 7-E kat situ... maka beli la aku top-up sepuluh hinggit
Bila dah top up terus call hasben cakap kereta takleh start
Dia suruh tunggu dia datang.. dah le panas... berpeluh2 mak buyung menunggu
Akhirnya en suami datang menyelamatkan bini buncit dia.. siap bawak jumper
Dia memang dah tau bateri kereta Wira tu dah kong...CIS!

Lepas berjaya hidupkan enjin kereta, aku tukar kereta dengan hasben
Sebabnya aku nak singgah sekolah beli buku Yaya yang takde lagi
Kensel hasrat ke KKB dibuatnya...
Lepas beli buku, aku terus gi kedai beli lauk untuk lunch
Ate... aku kan lapo sebab tak makan lagi...
Malas aku nak masak2 dah... aku cuma masak nasi je..

Petang pulak [lepas hasben aku gi keje] aku bantai tido kejap
Lepas Asar, aku masak air. Pastu aku mandi & semayang Asar
Siap pesan kat Yaya tolong tutup api kalau air dah masak
Lepas aku turun, aku tanya Yaya, air dah masak ke?? Dia kata belum bunyi lagi
Aku pun keluar rumah cadangnya nak pi beli keropok lekor
Sekali kakak tu tak meniaga pulak... terus je aku pi tuju rumah Cik Besah 
[Sebab aku nampak dia duduk kat luar]
Sembang punya sembang, dah sampai Maghrib
Bila balik rumah, aku nak simpan air panas dalam flusk la kononnya
Sekali tengok dapur aku tak tutup, tapi api takde... patut le cerek aku jerang air tu tak bunyi
GAS HABIS la pulak!!!! 
Nak tak nak kena la mintak tolong Pak Mentua aku belikan gas 
[dah alang2 dia nak pi hantar anak buah aku  ke tuisyen]
Aduhai... macam2 hal kalau aku bercuti ni.. sabo je la..

BABY BLUES @ WEEK 27

Tak paham aku dengan baby centre ni
Kalau calculate kat klinik suppose aku dah 28 minggu
Tapi kat baby centre ni, dia kira aku baru 27 minggu
Tak kisah le tu...

Jom tengok progress baby di minggu 27 ni

**Dah nak masuk trimester ke-3 dah...

Wednesday, December 19, 2012

PERIHAL MGTT SEMALAM

Semalam aku cuti so takde la aku mengupdate blog semalam
Nak blogwalking pun tak le  [maaf ye korang]
Al-maklum la kalau duduk rumah tu takdan nak mengadap komputer pun

Ni nak citer pasal pengalaman pertama aku buat ujian MGTT tu
Buat pengetahuan korang2 semua sekarang ni asal pregnant je, semua wajib kena minum air gula
Tak kira la korang muda ke, tua ke, ada history diabetes ke whatsoever
Baru lagi rasanya benda ni sebab 2 pregnancies aku sebelum ni tak pernah la pulak aku kena minum air gula
[last pregnancy aku pun tahun 2007]
Tu yang bila kali ni kena buat MGTT, berdebar2 la pulak rasanya
Tanya member2 ada yang kata tak sedap la, perit tekak la, nak termuntah le ---> macam scary je
Nak tak nak terpaksa harung la jugak sebab WAJIB kan

Sebelum buat MGTT ni korang kena pose dari pukul 10mlm 
Pastu esoknya pagi2 gi klinik ambil darah dulu
Next baru la minum air gula tu [nurse dah bancuh siap2]
Pastu kena tunggu 2 jam sebelum ambil darah sekali lagi
So sepanjang waktu tu  memang takleh nak makan minum tau
Lepas ambil darah yg 2nd time tu korang cekik la apa pun.. tak kisah
[tapi seriously memang lapar giler.....]

Jeng..jeng..jeng....
Inilah air gula yang aku minum semalam
Tipu la korang ni.. saje nak menakut2kan aku tau..
Sedap je aku minum air ni...perisa blackcurrant lagi
Takde la manis sangat sebab aku pernah terbancuh air lagi manis dari tu..hahahahaha
Tapi nurse tu bancuh pakai air suam lak.. kalau pakai air sejuk mesti lagi sedap
Aku minum sekali hadap je.. takde berenti2 pun
Kebetulan waktu aku minum tu, nurse langsung takde dalam bilik tu
Kalau ikutkan boleh je aku minum sikit pastu humban je yang lebih tu dalam sinki
Tapi sebab sedap, aku minum hingga ke titisan yang terakhir tau
[dah le lapar & dahaga sebab kena pose kan... so belasah je la apa yang ada]
Alhamdulillah selesai satu bab..

Sementara menunggu untuk ambil darah kali kedua, kena dengar ceramah penyusuan susu ibu
Sekarang ni Klinik Batang Kali dah jadi klinik Rakan Bayi
Bagus juga le ada ceramah ni sebab boleh refresh balik memori aku pasal cara2 menyusu yang betul
dah lama tinggal la katakan.. rasa janggal la pulak 

Pas dengar ceramah aku ada appointment dengan doktor lak
Nak tengok baby ok ke idak
Alhamdulillah.. semuanya ok & baby sihat
Cuma baby sekarang dalam position melintang
Pastu aku siap tanya la kat doktor, kot2 nampak la jantina anak aku
Tapi doktor kata, tak nampak sebab peha dia halang
Cuma doktor kata takde nampak "telo" pun so maybe la gegirl kot
Tapi dia tak berani konfem.. aku pun tak harap jawapan yang 100% tepat
Tak penting la boboi ke gegirl asalkan baby sihat...

DAPAT JEMPUTAN DARI APA KATA WANITA @ TV1

Terkejut badak aku hari ni dibuatnya
Pagi2 masuk opis, buka email tetiba termuncul email dari rancangan Apa Kata Wanita bersama Zamzarina
Masuk dalam segmen BLOG PILIHAN lak tu..
Wallawei..... apakah???

Memula tu deme tinggalkan komen kat entry dalam blog aku
Ingatkan sapa la dok main2 kan...

Lepas tu bila buka email, terbuka la email ni... 
Macam tak percaya la wei...
Apa la yang menarik sangat  blog aku ni sampai terpilih lak nak masuk TV
Dah le tu, segmen ni akan ke udara hari Sabtu ni
[dah le rumah aku tak dapat TV1... tak dapek nak nolongnya]

So, apakah wajar untuk aku kontek Cik/Puan Sakinah tu???
Rasa malu la pulak.... 
Blog aku ni dah le banyak merepek meraban je & tak hebat pun cam blog orang lain....

WW 2012 #51

MGTT semalam --> dapat air gula perisa anggur
Alhamdulillah berjaya diteguk dengan jayanya
SEDAP!

Monday, December 17, 2012

KENDURI LAGI

Selagi tak habis bulan 12 ni, selagi tu la tak habis kenduri kawen
Semalam pun ada jemputan kahwin anak jiran aku
[to be precise, anak bekas babysiter Yaya dulu]
Kiranya kitaorang ni jadi rombongan pihak lelaki la

Yang seronoknya, satu lorong rumah kitaorang pi berarak ke rumah pengantin pompuan
Rasa meriah sangat2.. sampai jem lorong rumah aku tu..
Rumah pengantin pompuan tu tak le jauh sangat dari rumah kitaorang
Tapi kena naik kereta jugak le.. kalau jalan kaki memang jauh le
Yang laki2 ramainya naik motor je.. senang nak parking kekdahnya

Kalau ikutkan pengantin bernikah pada hari Sabtu
Semalam kenduri & majlis bersanding je
Buat pun kat dewan je... kalau nak buat kat rumah memang tak muat le kot gamaknya
Alhamdulillah semuanya dah selesai semalam
Makanan pun boleh tahan sedapnya..
sampai aku rasa nak tambah juga tapi segan & malas nak pi cedok lagi for 2nd time 
[dah memang spare perut nak pi makan kenduri kononnya]
Cuaca pun tak terik sangat.. ok le

Sebab pegi kenduri orang, so malas nak snap gambar beria
Nak pi menyendat dalam dewan tengok pengantin bersanding dengan perut besar ni payah gak
Dah agak2 orang dah surut dalam dewan baru aku pi tengok pengantin
Siap ajak Yaya... ni je le sekeping gambar pengantin yang aku sempat tangkap

Pengantin lelaki tu la anak kepada jiran aku tu
Kitaorang panggil dia YEOP je
SELAMAT PENGANTIN BARU


Friday, December 14, 2012

OVER MAKEOVER

Dah takde keje sangat la aku petang2 ni kan
Mata pun dah mengkuyu dah saaat2 macam ni

Lagi satu setelah dipengaruhi dek MAMAELLY
aku pun cuba la makeover muka aku ni...
Ni aku mekap & touch up sendiri tau
Over tak aku mekap??? Siap pakai bulu mata pelesu lagi tau

Senang je nak mekap cenggini... tak yah beli mekap pun
Kome cume touch up apa yang patut guna aplikasi ni je
klik je kat  ----> WWW.TAAZ.COM
Dah hasilnya adalah mengikut citarasa masing2....

Before that tengok le muka before and after aku ni
Amacam???
[ini bukan muka terlatest aku... ni muka aku tahun lepas..hehehehe]

SEMINGGU BERSAMA KONJAC SPONGE

Semenjak mengandung, aku ni adalah sangat malas nak mengisahkan hal ehwal kulit muka aku
Dah cuci muka dengan pencuci muka muka tu pun dah kira rajin la tu
Bab toner, moisturizer & masker tu memang dilupakan terus

Bebaru ni come across dengan iklan Milkadeal pasal Konjac Sponge
Dulu aku pernah gak come across pasal Konjac Sponge ni
tapi masa tu tak femes lagi
[kalau nak beli kena kirim kat sapa2 yang selalu pegi Jepun]
Tapi Konjac Sponge ni dah lama dah femes kat Jepun nun..

Bila iklan tu masuk kat inbox email aku, cam eksaited la pulak nak beli
Boleh kata murah la jugak berbanding harga pasaran
Beli banyak lagi murah tapi nak buat apa aku beli banyak2 kan
Lagipun sebiji sponge tu tahan jugak 2-3 bulan
Sesuai la untuk orang malas cam aku..


Sapa tak tau ni la rupe Konjac Sponge tu
Cara nak guna, kena rendam dengan air suam dulu, kasi dia kembang, pas tu perah airnya, pastu tonyoh2 je la kat muka. Tonyoh la selama mana korang suka. Senang je... Kalau nak bubuh sedikit pencuci muka kat span tu pun boleh je... 
Lepas guna, bilas dengan air suam, perah lebihan2 air pastu gantung la biar dia kering. [Kat span ni ada tali tau.. senang nak gantung]
Sepanjang aku guna span ni, memang kulit rasa bersih je.. Nak2 pulak kulit aku ni jenis berminyak
Selalu aku pakai sebelum nak tidur.. so kulit memang rasa bersih & lembut gitu
Yang pasti , banyak blackhead & whitehead aku dah berkurangan...




Kalau ikutkan banyak je pilihan Konjac Sponge ni
Tapi kat Milkadeal tu ada 3 pilihan je --> Original [putih], timun @ aloe vera [hijau] & arang [hitam]
Aku beli 2 iaitu yang hijau & yang hitam tu
Buat masa ni aku guna yang hijau tu dulu
Yang hitam tu simpan spare nak pakai dalam pantang..hehehehe


Oh ye, sponge ni tak semestinya untuk muka je, satu badan boleh guna
Sesuai untuk seisi keluarga juga... termasuk la baby...



Kalau teringin nak beli pi jengah offer Milkadeal kat SINI

Video tutorial pun ada kat youtube... search je la kat situ

So far parut2 aku tak hilang lagi [baru seminggu kan]
Nanti kalau ada improvement, aku story lagi... Chow!



PESANAN UNTUK SEMUA

Salam Jumaat untuk korang semua :))




Thursday, December 13, 2012

TERBANTUT HAJAT DIBUATNYA

Nak citer pasal satu insiden masa aku pi Aquaria minggu lepas
Masa tu kitaorang dah selesai tour dalam Aquaria tu dah
Aku ada la rasa nak terkencing sikit masa tu
Lagipun nak ronda2 lagi kat area KLCC so nak pi la buang2 hajat mana yang patut kan

Aku singgah toilet yang kat area Aquaria tu je
Siap ajak Yaya sekali...  
Sekali bila sampai toilet, aku la pulak yang pelik
Cemana nak basuh weh???

Mak aiiii... canggih sangat sampai tak reti aku nak guna
Sebabnya air yang nak basuh tu ada dalam mangkuk jamban tu sekali
[apa org panggil jamban cenggini ek???]
Tersangat la tak reti...

Aku suruh Yaya kencing dulu
Lepas kencing jenuh nak basuh sebab air yang pancut tu rendah beno
[tak sampai pun kat area bontot Yaya]
Last2 aku kena la cedok air tu guna tangan [nampak sangat perak kan???]

Disebabkan terlalu canggih camtu, aku terpaksa la pospon hajat aku
Tak jadi la... rasa cam nanti tak bersih je
Kesudahannya aku pi buang hajat kat toilet kat KLCC park tu masa anak2 aku gi mandi kolam
Jenuh aku menahan kencing tau...

Korang ada tak experience cam aku????



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...