Friday, November 30, 2012

OFFICIALLY BERTUKAR...

Apa yang tukar?? Kecoh je mak buyong sorang ni
Tengok blog dia serupa tu jugak le 3-4 tahun ni
He..he..he...

Owh.. nak citer la ni dah bertukar secara rasminya
Dah seminggu dah pun
Yer... bertukar ke uniform maternity
Baju kurung semua dah tak muat dah

Ketembaman yang makin terserlah....
Jenuh aku nak diet pas beranak nanti..
Sapa nak promot ubat kurus, elok bonar la promot sekarang kat aku..hehehehe

SARAPAN ENAK DENGAN KFC MULTIGRAIN

Dek terpengaruh dengan iklan [biasa la aku kan..]
Pagi ni dengan jayanya telah mendapatkan KFCa.m Multigrain
[beger baru kat KFC tuh...]
Mementang le dah gaji kan... boleh le mewah2 sikit dihujung bulan
Ate... dah jemu ngadap nasi lemak, roti canai je...


Aku beli ala carte je... kalau kombo dia ada air sekali 
[boleh pilih nak kopi/teh/jus oren]
Dan..... tersangatlah memuaskan hati aku
sebabnya SEDAP, BESAR & MENGENYANGKAN
Aku dengan tak agak boleh bagi markah penuh la kat beger ni

Sapa tak pernah cuba lagi... wajib cuba tau
So far, kalau bagi pilihan between breakfast di KFC @ MCD
Definitely pilih KFC lor....
Menu breakfast kat KFC boleh la tengok kat website KFC ni


** Aku baru tahu KFC pun dah ada delivery sekarang ni. Tapi tak semua tempat ada la...


Thursday, November 29, 2012

SEPETANG KE MENARA GREAT EASTERN

Semalam petang aku mintak cuti half day kat bos
Pasalnya nak menguruskan insurans anak aku
Memandangkan on paper nama hasben aku yang jadi payor
Nak tak nak hasben aku pun kena la gi jugak
[signature dia la yang paling penting]


Ekceli, bukan ada apa2 problem pun dengan insuran anak aku tu
Cuma nak serender je... polisi tu dah enforce 5 tahun dah
[aku ambik masa umur Adib 3 bulan]
Untuk segala urusan bukannya takleh nak nak suh ejen yang uruskan
Tapi sebab kawan aku tu dah pindah jauh so susah la nak harapkan dia
Dia pun advice aku pegi sendiri sebab prosesnya jadi lagi cepat

Dalam pukul 3ptg aku dah kuar opis
Pastu nak singgah ambik laki aku pulak kat Segambut
Pastu nak ke Menara Great Eastern pulak kat Jalan Ampang nun
Perjalanan je almost 1 jam [campur2 jem sikit2]
Akhirnya sampai juga ke sini dalam jem2 tu
Langit pun dah kelabu maknanya nak hujan lebat le tu..

Lepas parking kamiorang terus masuk building Menara Great Eastern tu
Terus tuju kaunter Customer Service
[dah tau dah mana nak tuju sebab sebelum ni dah pernah pegi]
Pastu kena ambik no giliran dulu..
Orang masa tu tak le ramai sangat
Maybe sebab dah petang kot..
Tapi no running agak lama la.. maybe customer lain banyak problem kot
Tapikan majoritinya customer kat situ orang cina la.. Melayu boleh dikira berapa kerat je.. India lagi la..

Lepas setengah jam tunggu baru la no giliran kitaorang kena panggil
Terus je cakap kat budak tu nak serender
Biasa la kalau nak serender mesti la kena tanya kenapa kan
Terus je cakap komitmen tinggi.. so tak mampu nak bayar..hehehehe
[takkan nak cakap reason sebenar lak..]
Itupun dia cam pujuk2 gak suh jangan serender.. tapi kitaorang nak serender jugak.
Walopun cuma dapat separuh daripada apa yang dibelanjakan, tapi at least ada la something daripada takde langsung kan...
Alhamdulilah semua settle & salah satu jihad kami dah selesai...

** Kami sedang berusaha beralih ke takaful.. Polisi ni adalah konvensional.. tu sebab kami nak serender..


Wednesday, November 28, 2012

CUTI UMUM TAHUN 2013

Sebagai panduan untuk plan cuti masing2 tahun depan


Luckily March- May tak banyak cuti umum [yang kena dengan aku la]
Rugi la aku tak dapat menikmati public holiday sebab aku tengah maternity leave..

KEMAHUAN, KEPERLUAN & KESELESAAN

Sangat tertarik dengan benda ni sekarang
Macam best je
Sape pernah beli nurturing pillow ni?


Paling best sebab boleh guna dari masa mengandung sampai anak dah besar



Berbaloi tak kalau aku beli??? Any comment??
[Dah nak masuk anak ke-3 baru tergedik2 nak beli]

WW 2012 #48

Tercapai juga idaman qalbu..
Terima kasih mak!

Tuesday, November 27, 2012

NOW AND THEN

Semalam kami anak beranak pakat dok tengok citer MADU TIGA kat TV2
Lama rasanya tak tayang citer ni
Balik2 nengok DOREMI & BUJANG LAPUK je

Dalam citer tu kan ada lagu Selamat Pengantin Baru
Lagu yang ni la...



Masa si Saloma dok nyanyi lagu ni
Berlakulah conversation ini antara Yaya & abahnya

ABAH : Yaya, sape yang nyanyi ni?? [masa ni tengah fokus kat muka Saloma]
YAYA : Yaya tahu.... NEELOFA..

ABAH & MAMA : Hahahahahahahahahhaha


MAK BUYUNG @ KENDURI KAWEN

Baru je mencilok gambar ni kat fb adik aku
So dengan suka hatinya letak la watermark sendiri
[jangan marah ha....]

Bagi yang kepingin nak tengok muka latest mak buyong
[takde la latest... tapi 2 minggu lepas..]
Ni aku tepek la 3-4 keping gambo aku yang semakin menembam
CAK!!!!! 
Kaver separuh badan dulu...

Duduk dengan perut selambak...
Senak weh perut aku duduk cenggitu

Diri la pulak.... Kaver body belakang Cik Besah
[Dulu aku adalah sebesar pengantin tu je.. la ni dah 2x ganda]


Amacam??? Tembam tak???


** Entry syok sendiri..hew!

Monday, November 26, 2012

ANTARA KG DAN HB

Ni nak citer pasal cek up pagi tadi
Macam biasa aku gi klinik dalam kul 7.30pg
Ingatkan dapat la no 1, sekali dapat no 10 
Dah ramai rupanya yang sampai especially parents yang bawak budak2

Tak kisah la no berapa pun, asalkan prosesnya cepat, aku dah puas hati
TAPI..... segala2nya adalah sangat lembab hari ni
Maka tercongok la aku kat klinik sampai kul 9.30pg
[awat la dah tak efisyen la pulak sekarang ni??]

Hasil pemeriksaan hari ini....
Ramalanku benar belaka.... berat aku naik dengan jayanya
Berat aku naik 2.5 kg dalam masa sebulan... yuhu
Tapi hemoglobin aku makin lama makin jatuh.. ish..ish..ish..
Nasib baik hari ni tak kena leter dengan nurse...

Tak pasal2 hari ni aku kena injek ATT a.k.a kancing gigi
Last appointment takde pulak nurse cakap
Aku ingatkan lambat lagi...
Nasib baik la aku pakai baju yang lengannya agak besar..
so senang la nak selak kat bahu tu
Lama aku tak kena injek2 ni..hehehe.. takut gak
Tapi relax je la... takde la sakit sangat pun.. tapi lenguh la kejap lengan aku tu masa driving ke opis.

Lagi 2 minggu kena buat MGTT & scan pulak...
Apa la rasanya air gula tu yer
Tadi tengok ramai jugak yang buat MGTT .. tapi diaorang relax je... ok la tu kot kan??

CEK UP LAGI..

First time dapat appointment cek up hari Isnin
Selalunya Selasa @ Rabu
Aku pun masa nurse set appointment aku tak tanya lak date tu hari apa
Sekali hari Isnin da..... hari permulaan minggu

Baru balik cek up la ni
Nak breakfast pun tak sempat tapi sempat tapau je la... sampai opis baru makan
Kapas tu adalah kapas nak lap darah slepas kena cucuk
Kena cucuk ATT hari ni... lenguh jap tangan kiri aku..

Alhamdulillah sudah nak masuk 25 minggu

Saturday, November 24, 2012

RAHSIA BAJU WANGI

Semalam hasben aku hantar Adib kat rumah Cik Besah before dia pegi keje
[hasben aku keje shift malam minggu ni]
tapi hasben aku lupa bawakan baju untuk Adib pakai selepas mandi petang
[teruk beno lupa ingatan dia sekarang, walopun aku dah sms pesan bawa itu ini sebelum dia gi keje tu]
Makanya terpaksa la Adib pakai baju kakak dia 

Masa aku ambik Adib dari rumah Cik Besah, aku tanya Adib pakai baju sapa?
Adib cakap, opah bagi pakai t-shirt kakak TAPI..... baju ni busuk la....  
[masa dia cakap tu cik besah tak dengar la sebab dia kat atas]
Ish.. budak ni kalau bercakap, mulut takde insurans tau
Kalau la atuk opah dia dengar sure kecik hati..hehehehe

Lepas balik rumah, Adib terus cakap nak salin baju lain
Lepas tu dia ambil la baju t-shirt dalam laci dia
Sambil dia cium2 baju tu dia cakap la.. baju mama basuh lagi wangi..
Atuk basuh baju busuk, mama basuh wangi
Wa.... kembang mak ko kejap Adib... ikhlasnya ko memuji..hehehe
Pastu aku cakap la.. atuk pakai sabun lain, mama pakai sabun lain.. tentu la bau tak sama

Nak tau rahsia aku untuk baju yang wangi???
Sonang je.....ini la dia
Mana la tak wangi kan.. downy dah siap2 ada dalam tu...JIMAT!!!

Semenjak pakai Dynamo Downy ni, dah tak nak tukar yang lain.... Sebelum2 ni aku pakai sabun serbuk je - Daia la, Harimau Kuat la, Ekonomi Handalan la, Fab la... Pastu pernah try sabun liquid lain cam Top, Breeze, Attack & Dynamo Biru tu. Tapi sebab dah try beli sekali Dynamo pink ni & suka sangat baunya tu, terus setia sampai sekarang.. Sejak mengandung ni pulak aku elergik sikit bau sabun basuh serbuk.. Nak termuntah... especially bila time nak lipat kain.. Nak2 pulak bau tu melekat kat baju.. tak tahan aku. Tu yang terpaksa bertukar ke sabun cecair. Walopun sikit mahal dari sabun serbuk.

La ni Dynamo dah berwajah baru.. Kaler putih lak.. & paling best ada refill pack...  Dah le tu kali ni campuran dengan Downy Passion tu... makin wangi la baju bajan aku..muahahahahaha
Minggu depan nak beli barang dapur boleh la beli...  
EEEEEE... tak sabar..tak sabar..tak sabar... 
[sebut cam Lisa Surihani dalam cite Istanbul Aku Datang]



Thursday, November 22, 2012

PRO & CONS BERSALIN NORMAL & C-ZER

Sebagai orang yang berpengalaman melalui dua2 kaedah beranak ni
So aku nak share la apa pro & cons dua2 kaedah ni
Aku bukan la orang yang expert bab2 ni tapi just nak share
From my point of view la yer...
Takde maksud nak memperlekahkan mana2 kaedah pun.
Dua2 pun ada buruk baiknya...

Walaupun pengalaman bersalin aku ni tak extreme cam orang2 lain
Tapi saja la nak share ngan korang
Sebabnya ramai gak yang tanya kalau diberi pilihan nak beranak normal @ c-zer 
[sebab ramai kata kalau c-zer nanti perut buncit lepas beranak]
Majoriti akan pilih normal kan, tapi ada juga yang nak pilih c-zer
[maybe masing2 trauma dengan pengalaman2 sebelumnya kot]
Kalau yang tak pernah c-zer, sure akan rasa takut kalau kena c-zer
Kalau tak pernah normal, sure seriau jugak nak beranak ikut tut kan??
Tapi kalau dah merasa dua2, masing2 dah ada pandangan tersendiri la kan.

Ok.. back to main point.. aku mula dengan c-zer dulu
[sebab c-zer adalah pengalaman anak pertama]
Ini bukan pilihan aku pun, tapi keadaan memaksa untuk aku melalui proses c-zer tu.


PRO
Memang tak sakit masa beranak tu. Sebab korang kena bius. Tak sampai 15 minit, baby dah keluar. Memang takkan rasa sakit cuma rasa sejuk [sebab OT adalah sangat sejuk & ditambah pulak dengan perasaan takut dalam diri sendiri]. Tak sampai sejam dah boleh balik ward.. Nak kencing berak pun no hal punya la sebab anu kita tak berusik pun. Nak jalan laju2 pun ok je.. nak duduk bersila pun apa ada hal.. [Sampai hasben aku cakap aku ni cam tak sakit je]

CON
2nd day lepas c-zer agak menyeksakan sebab nak kena bangun, kasi ubat bius hilang. Seksa sebab nak bangun dari pembaringan tu. Takut terbukak pulak jahitan kat perut tu kan. Ada ngilu2 sikit.. so painkiller adalah amat perlu. Aku punya luka pun jenis yang tak perlu kena buka jahit pun.. Tunggu dia la baik sendiri. Lagi satu masa nak kencing lepas kena bukak beg kencing... Serius sakit & ngilu masa kencing pertama tu.

Lagi satu masa korang kena c-zer, korang kena cucuk epidural kat tulang belakang tu. So rasa sakit di tulang belakang tu mengambil masa yang agak lama untuk hilang. Dia tak le sakit berterusan tapi sekali sekala akan ada rasa sengal2 kat tulang belakang tu. Aku pun, makan 2-3 tahun juga sengal tu nak hilang completely. [Lepas beranak Adib pun masih ada lagi sakit tu]. Lagi satu, nikmat menggaru perut akan hilang.. sebabnya saraf2 di kawasan sekitar yang kena belah tu maybe dah mati kot. Kalau garu pun rasa tak puas. Rasa kulit perut tu kebas je..[sampai sekarang okeh!!!]

Again... ini adalah apa yang aku alami. Orang lain aku tak tahu le... Dan dinasihatkan juga, kalau beranak c-zer ni kena la jauhkan jarak untuk mengandung sekali lagi sebab luka pembedahan tu mengambil masa yang lama untuk pulih.. [Kalau tengok surface cam dah ok, tapi yang luka belah dalam tu kita tak tahu cemana kan... kan 7 lapisan kulit kena potong tu...]

Oh ye, lagi satu, kalau berurut pun bahagian peranakan memang bidan takkan usik. Bertungku pun tak leh. Kiranya kalau berurut tu tak dapat la sepenuhnya satu badan kan.. Tak puas la org kata..

Ni plak nak citer pasal beranak normal pulak.
Lepas bersalin anak pertama secara c-zer, aku tak pernah expect pun yang aku boleh beranak normal
So aku cam dah siap mental untuk kena c-zer sekali lagi
Tapi Allah pilih aku untuk merasai bersalin secara normal pulak
[dan yang paling penting tak terlalu kompleks sampai kena induce/vacuum/forceps dsb]


PRO
Luka bersalin cepat baik ---> ini paling penting. Boleh bertungku, berurut dengan best sebab satu badan dapat diulit dek mak bidan/tukang urut..hehehehe.  Itu je la kot kelebihan bersalin normal ni. Bahagian peranakan pun dapat dibetulkan & rahim cepat kecut..

CONS
Sebagai pompuan yang lasak & tak reti berlemah lembut, aku rasa pergerakan aku terbatas. Takleh jalan laju2, kangkang luas2.. memang kena jalan macam oshin terkepit2 tu. Even kalau ko terluas sikit langkah pun tutttt korang tu akan rasa ngilu. Nak2 pulak kat tempat jahit kat bawah tu.. pergh.. sehari 2 lepas bersalin memang azab sebab luka tu nak mengering kan.. Perit nak bangun @ duduk.. serba tak kena dibuatnya. Dan lagi satu adalah amat fobia untuk berak & basuh berak.. Kalaupun tak sembelit, time nak basuh tu kena lak slow2 takut terkena tempat jahit.. Ini la yang paling tak best bab beranak biasa ni.. Tapi azab tu dalam seminggu dua yang pertama tu je la.. Lagi satu bila time nak "bersama" semula dengan suami ... macam nak melalui first night pulak. Mula la risau kot2 luka kat bawah tu terkoyak balik.. Seriau!!

Lagi satu yang aku perasan la dari pengalaman aku, darah nifas masa c-zer lebih lama dari beranak normal. Masa anak pertama nifas aku sampai 50 hari. Masa anak kedua tu cuma 35 hari je.. Maybe sebab perut tu kena urut kot.. 

Ok, itu je la yang dapat aku simpulkan between 2 pengalaman aku tuh. Korang lak cemana???
Untuk baby ketiga ni ramai yang tanya aku akan prefer cara yang mana satu kan
Erm... memula aku cam nak c-zer je.. tapi sebab kalau ada rezeki aku nak menambah lagi dalam masa terdekat, so better aku pilih normal kot. Itu pun kalau ada rezeki. Tapi kalau dah ketentuan terpaksa bersalin secara c-zer, aku redha.. Mungkin itu yang terbaik Allah tentukan untuk aku..



PECAH RAHSIA

Dengan rasminya hari ini rahsia aku yang mengandung telah pecah kepada bos
Kalau ikutkan masih boleh diselamatkan
Tapi sebab sorang kakak ni over eksaited nak bagitau bos
Maka terbongkar la jua rahsiaku ini diusia kandungan dah 24 minggu..

-pics from google-

Kalau dia tak habaq, sah2 bos tak tahu
Cuma bos memang kata dia cuma nampak aku gemuk je
[lagipun aku pun belum tukar uniform lagi.. asyik pakai baju kurung je]
Alah.. sooner or later bos akan tahu jugak kan
[perut makin membuncit, mana nak sorok kan]
Bukan la aku taknak bagi tahu, tapi biar la bos tahu sendiri
Tapi bagus juga kalau bos tahu, at least bos aware keadaan aku yang selalu mengah2 ni

Apa2 pun harapnya pregnancy kali ni baik2 sahaja
Doakan yang baik2 sahaja untuk aku yer...

** Next week dah kena sarung unifom..Baju kurung dah sendat!!

Wednesday, November 21, 2012

150 JUTA KALI

Best pulak lagu si Ainan Tasneem ni
LAYAN


** Larat dia kira sampai 150 Juta tu..

WAXING.. OUCH!!!

First time cuba buat waxing... geruns dibuatnya
Ekceli aku dah lama beli benda ni
Teringin nak try tapi cam takut nak buat sendiri
Takut sakit la kononnya

Aku beli brand Veet ni je
Kalau ikutkan ada banyak saiz kan, tapi aku pilih saiz yang paling kecik
Kang aku beli yang beso2, tak habis pulak ni
Lagipun yang kecik ni murah le sikit

Dalam tu ada 10 keping strip [yang akan dikoyak kepada 2]
dan juga 4 keping finish wipes 
[tapi ni aku tunjuk sebahagian je la]

Semalam dengan rasminya telah mencuba kaedah waxing untuk mencabut bulu ketiak
Hehehehehe... selalunya aku shave je.. senang kan
Nak cabut2 sakit & melenguhkan tengkuk aku je
Lagipun daripada terperam benda ni
[yang akhirnya akan expired & dihumban ke tong sampah]
Baik le aku sendiri cuba pakai


Dup dap dup dap.. masa nak pakai tau
Dalam kotak tu dah ada instruction.. folo je la
Bila dah lekat kat ketiak, time nak mencabut tu pulak seriau ko!!!!
Tapi nekad je la dalam hati.. tahan la sakit sikit
Dengan sepantas kilat.. zapppppp!!! ouch!!! sakit siot!
Tapi dah alang2 menebas semak, buat  la semampu yang boleh kan...
[itu pun vulu2 idak le panjang.. kalau panjang sure lagi sakit kot]
Tapi yang best.. memang licin la.. puas hati walopun sakit...
Puas hati duk tengok vulu2 melekat kat wax tu..hahahaha
[idak le licin 100% pun tapi at least better la dari shaving]
Kalau nak licin totally , kena shave la sikit2 bahagian2 yang tak tercabut bulunya tu

Saje je nak citer pengalaman
[Nak cabut bulu ketiak pun nak citer kat orang ke???Pui!]
Tapi so far aku berani nak wax kat armpit je la
Kat bahagian lain, teman idak berani...



WW 2012 # 47

Transformasi ruang makan menjadi ruang menjemur baju
2-in-1 gitu... ko mampu????

** Musim2 hujan ni memang selalu terpaksa buat transformasi cenggini...

Tuesday, November 20, 2012

BERSANDING & BERSANTAP

Sambungan entry perkahwinan adik aku di Klang
Lepas pasukan kompang sampai, pengantin & rombongan pun berarak masuk ke perkarangan dewan
Tetamu masa tu idak le ramai sangat pun 
[khemah untuk tetamu ada diluar]
Pelamin dah meja yang reserve untuk kami semua ada dalam dewan
Sekali dewan lengang la wei....

Meja kerusi memang banyak tapi orang takde
Agaknya deme ingat rombongan kami ni ramai sampai satu dewan kot
Walhal ada la tak sampai pun 30 orang kalau tak silap
Dah le takde organiser dalam dewan tu.. masing2 pun tercangak bangak
Nak duduk kat mana? Ade ke tepung tawar bagai??
Kesudahannya... kami buat cam kenduri sendiri je la...
Bagus juga dalam dewan tu hanya ada family kami je..hehehe 
Boleh buat sesuka hati tanpa segan silu..hehehe
 Tema di belah lelaki adalah biru...
Pelamin adalah cantik tapi tang tiang tu cam mencacatkan pulak
Sebabnya tak boleh nak dapat tangkap gambar full sebab dihalang dengan tiang tu

Lepas ni ada la acara menepung tawar... 
Kalau takde cam sian lak kat pengantin kan
Cam sanding syok2 sendiri lak..


 Dimulakan la dengan mak pengantin lelaki.. 

Pastu bapak pengantin lelaki
[pastu ada la 2-3 orang sedara mara sebelah lelaki]


Next..........
Abah aku @ bapak pengantin pompuan
[gambar goyang pun jadi le...]


Ni pak mentua aku....


Ni pulak mak aku [yg tudung hijo tu]
Tudung hitam tu Cik Besah... giliran dia pasni tapi tetiba dia entefrem dalam gambar aku ni


Cik Besah le.... my only mother in law..


Ni pulak Maksu aku...


Bab tepung tawar ni sorry la sangat sebab asyik tangkap gambar bontot je
Dah itu je ruang kosong yang aku boleh selit
Yang ruang lain ramai dah kerumun nak ambik gambar...

Selepas sanding makan beradab la pulak
Suka la tu laki aku dapat duduk meja utama
[Senyum lebo nampaknya bang!!!]


Mak abah aku pun kena la join kan.. baru la adil...hehehe


Lauk ok la... so-so je...
Tapi paling best sebab dapat makan udang cucuk tu..hahahaha
[Masa kat belah Ipoh hari tu, tak dan nak bedal sebab pihak laki dah konker]

Ok la.. sebelum bertolak pulang, tangkap gambar ramai2 dulu
Ni semua sedara mara sebalah pengantin pompuan
Usah di tanya di mana gambar aku SEBAB.... aku adalah mamarazzi
Takde aku, sapa nak tangkap gambar kan

Maybe gambar aku ada kat dalam gambar photographer lain

** Ni semua gambar yang dalam koleksi henfon aku.. Ateh, sila cepat2 upload gambar yang lain2 yer...

MENGHANTAR PENGANTIN

Ahad lepas dah selamat attend kenduri di sebelah pihak lelaki
Kendurinya dibuat di Klang
First time nak gi Klang ni... tapi direction tu senang la jugak
Cumanya nak menyampaikan ke dewan tempat kenduri tu jalannya berbelit2 sikit
Nasib la pengantin dah tunggu kat AEON Bukit Raja

Dari Batang Kali kami 2 biji kereta -- Family aku & family Cik Besah
Mak & abah aku  [termasuk Yaya] terus je dari Ipoh
Family Paksu pun terus je dari Pantai Remis
Makcik aku & anak2nya pun terus je dari rumah dia di Damansara Damai
Pakat2 janji nak tunggu di tol Bukit Raja
Siap sedia untuk bertolak..


Bila dah berkumpul, terus gerak ke AEON Bukit Raja tu
Pengantin dah tunggu kat situ untuk bawak kitaorang ke dewan
Maka konvoi la kami  dalam 6 biji kereta
Akhirnya sampai juga di Dewan JKR Klang tu

Sebelum nak berarak tu  kita ambil gambar dulu ye..
 Yaya tu tangan kat dagu tu nak kaver jerawat..hehehe




Yaya & pengantin..


Nak dijadikan cerita, pengapit untuk pengantin adalah nan hado
[Tah mana pegi kengkawan deme ni ntah le]
Makanya dengan secara tak sengaja telah terlantik la pengapit bidan terjun
Tak lain tak bukan, hasben aku & sepupu aku la yang jadi mangsa
Memula mak sedara aku suh aku yang jadi pengapit pengantin pompuan
Mak buyung dengan perut membusung ni adalah amat tidak sesuai okeh!!!!
[agak2 la maksu aku ni pun...]
Calon yang lain pun semua dah tua2 kerepot so yang tinggal hanyalah sepupu aku & biras aku je
So kita kasi can kat anak dara la kan... [nasib la ko Nisya oi...]

**Tak larat nak sambung.. tunggu la next entry no..

Monday, November 19, 2012

SAMBUTAN HARI TUA

Sori la sebab takdan nak blogwalking hari ni
Entry pun banyak buat auto published je
Sebabnya hari ni aku cuti.. opis aku tutup hari ni sebab satu kawasan Sri Damansara takde letrik
Notis dah dapat minggu lepas, memo pun dah keluar hari Jumaat
Dah dapat cuti free, sapa taknak kan???

Nak update pasal celebration birthday aku malam tadi
Ewah.. celebrate le sangat kan...hehehe
Ala.. simple2 je pun.. takat makan sate & kek je
Kek pun beli last minute je.. takde maknanya nak yang tempah2
[dah namanya birthday maka kek itu adalah WAJIB kan???]
 Ini je juadah untuk sambutan hari tua aku...
100% disponsor oleh hasben [thank u & i ♥u]

Kek tu kek Black Forest, beli kat KINGS je 
Mementang KINGS dah ada kat Batang Kali
[dah tak main la kedai kek yang biasa2 tu]

Kek ini adalah sangat sedap... sebabnya tak terlalu manis
Aku boleh hadap kek ni tanpa jemu..hahahaha
[Next week ada cek up sure kena marah la dengan misi]


POTONG 9

Adib ni dah 5 tahun lebih umurnya
Tapi masih nak minum susu dalam botol
Jenuh suruh dia minum susu dalam cawan tapi dia tak nak
Kalau nak tidur malam, selagi tak dapat botol, gelisah sepanjang malam
Kalau air lain, ok je minum dalam cawan...

Hari tu [masa aku masak soto tu la] dia request susu
Pas tu dia boleh cakap, Adib nak sampai potong 9
Aku pun tercangak bangak...cemana buat susu sampai nak potong 9 kan
Ke aku yang silap dengar??? Air mana boleh potong2 kan???

Pastu aku tanya dia balik... ape bendanya potong 9 tu
Pastu dia cakap la potong 9 tu  apabenda.. siap tunjuk lagi kat aku
Ha.. ini la potong 9
Potong 9 tu tanda aras kat nombor 9 tu rupanya....
[Maksud tersirat Adib, suruh aku buat penuh2 la tu]

Gara2 nak potong 9 ni la sampai hangus kacang tanah aku dalam kuali... Sabo je la..

Sunday, November 18, 2012

SOTO AYAM LA PULAK

Tetiba mood rajin aku singgah pulak hari Sabtu lepas
Termasuk la mood nak ke pasar Batang Kali 
Kali ni pegi ngan Adib je sebab hasben keje. 
Yaya pulak dah seminggu stay kat Ipoh.
Gigih oo aku start kereta bagai.. siap bawak bakul lagi
[Macam la banyak sangat menda nak beli]

Jangan gelakkan aku tau mengkome semua
Ini adalah fes time aku buat soto ayam
Resepi usah tanya ye sebab aku pun main search kat gugel je
Kome nak resepi, kome cari la sendiri
Tapi kali ni aku try resepi dari blog MAT GEBU
[Tapi biasa la aku.. tak le ikut 100% pun  sebab ada bahan2 aku takde, siap derhaka lagi ade la]

Fes time buat cam terkial2 jugak le
Bukan apa, sebab nak fikir nak buat apa dulu..hahahah. apa kan daya aku bukan le expert bab masak2 ni. Boleh masak ni pun mujur la orang kata... Dah le buat sorang2 kan.. Selalunya kalau bab2 masak ni nak2 pulak kalau kena guna banyak bahan, hasben aku kena kerah tolong sekali. Tapi sebab dia keje, buat la sendiri. 




Antara bahan2  untuk soto aku.. ini pun aku lupa nak tangkap gambar--> ada tauge & sambal kicap..

Suun goreng ni pun fes time aku buat.. nasib la dah tanya kat Puan Green Green Grashopper..  Satu tapawe aku dapat lak tu...

Aku guna suun cap Econsave jer..

Pas goreng suun, goreng kacang tanah lak.. Ada sekali tu sampai terhangus la pulak sebab si Adib kaco suh aku buat susu dia. Kesudahnya humban je la dalam tong sampah. Nasib la ada stok kacang lagi...


Next nak buat bergedil lak... Buat yang simple2 je... Bahan pun main campak2 je..

Bergedil in the making...

Bergedil dah siap goreng.... puas aku makan
 [qada' makan bergedil basi yang beli kat kedai 2-3 minggu lepas]

Nasi impit tu aku beli yang instant punya je... rebus je atas dapur. Awal2 dah rebus.. Senang citer. Ayam pun sama aku goreng siap2. Pastu menggigih pulak carik2 ayam tu. Yang tulang2 semua aku campak dalam kuah soto nanti. Kuah tu last sekali aku buat...
Kuah soto atas dapur... 

Aku ingatkan mak pak aku nak datang rumah aku, tu yang aku masak banyak tu. Sekali tak datang la pulak.   Sebabkan banyak so aku bagi la kat Cik Besah & biras aku sikit.  Alhamdulillah, percubaan pertama aku ni menjadi dengan jayanya. Yang penting lepas piawaian tekak hasben.. Dia kata sedap...  (^____^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...