Tuesday, July 31, 2012

BIRU --> TEMA RAYA TAHUN INI

Tahun lepas hijau turqoise, tahun ni hasben pilih biru pulak
Kalau nak tahu, tema raya kitaorang adalah mengikut warna baju melayu hubby aku
Maknanya ikut kaler yang ada dalam koleksi dia le...
Setakat ni dah ada dalm 8 pasang baju melayu
So rotate la kaler2 tu selama 8 tahun berturut2.... 

Tahun ini hasben pilih kaler biru pulak
Baju melayu kaler biru tu adalah baju melayu yang aku buat hantaran kawin 8 tahun lepas


Dalam banyak2 biru, biru yang laki aku ada ialah Cornflower Blue
[kalau tak gugel, sumpah tak tahu jenis biru yang nak dicari]
Makanya kenalah aku cari baju untuk aku, yaya & adib je
Adib punya baju melayu dah jumpa, so tinggal lagi baju kurung aku & yaya
Nak sedondon gitu kekdahnya.... tapi susah beno nak cari kaler biru ni
Biru lain belambak pulak kat kedai..


Nak cari kaler biru ni je tau, bukan nak cari pesen cenggini lak..

Korang lak tema kaler apa tahun ni???

Monday, July 30, 2012

BAWAK DIRI

Bila mana mama asyik merebahkan badan di bulan Remdan
dek kerana mengalami simptom2 & gejala2 buatan orang
anak2 yang lain sila la bawak diri masing2
mamanya dah tak kuaser nak melayan...

Takde keje cari la keje...
Mama nak membuta ek... 

** Adib gigih asah semua pensel kaler yang dia ada...hehehehe

TETIBA MENGIDAM AIR NENAS

Tau je la time2 pose ni, semua yang kat PARAM tu nak beli kalau boleh
Anak2 aku pulak kalau ke PARAM sure nak beli air..
Ni ada 2 anak, nak 2 jenis air [tu tak masuk kami  laki bini lagi]
Semalam Yaya nak air jagung, Adib nak air teh bunga
Aku & hubby plan nak beli Lai Chi Kang je

Masa tengah dok jenjalan kat tu aku ternampak la pulak ada budak yang jual air tu tengah buh air nenas dalam plastik. Terkontang kanting nenas dalam pelastik tu. Goyah iman aku jap.. Dah le memang dah lama tak minum air nenas. Last2 aku cakap kat hubby, abang beli la Lai Chi Kang tu, saya nak beli air nenas tu..

Akhirnya.. berbuka la aku dengan air nenas satu pelestik yang singgit tu.
Nikmatnya  bila jatuh ke tekak...
-gambar pinjam kat pakcik google-


** Hari ni nak beli lagi la... 

Friday, July 27, 2012

LISA & YUSRY | ROMANTIK TAK HABIS2

Jeles nor nengok keromantikan kapel ni
Untung la jadi selebriti glamer.. asal kemana, apa menda buat semuanya jadi tumpuan
Majalah Mingguan Wanita baru ni cover gambar depa lak tu


Tetiba teringin nak berfotoshoot dengan tok laki
Feeling2 la aku la lisa, hasben aku tu la Yusry
Walhal dua2 jauh panggang dari api..heheheheh
[Sure laki aku gelak kalau baca.. kuat perasan bini dia ni rupanya]

Tak sedor diri betul pompuan kembang sorang ni... pui!
Tapi kaler baju diaorang tu lawo kan??? Nak buat kaler tema raya tahun depan la

Ni lagi satu video romantika di-amor kapel ni





SILA MENJELES TAU! LAYAN!!!

BIL ELEKTRIK YANG MELAMPAU

Geram betul aku dengan TNB ni tau
Suka suki je main anggar bil elektrik rumah aku
Kalau nak anggar pun agak2 la kan untuk penggunaan domestik cam aku
[Sebab bulan Ramadhan kena la banyak2 bersabar]

Aku rasa situasi ni ramai yang dah kena
Mak aku & mak mertua aku pun pernah kena
Walopun TNB kata nanti dia buat pelarasan kan
Tapi bil semasa tu kena jugak dibayar kan??

Selalunya penggunaan elektrik rumah aku adalah dalam lingkungan RM70 - RM100
Ini yang bulan lepas punya bacaan meter & bil bertarikh 26-06-2012 berjumlah RM96.60

Yang ini pulak bil terkini [baru dapat semalam]- 26-07-2012
Nampak tak berapa jumlah perlu dibayar tu???
Melampau tak??????

Thursday, July 26, 2012

POKOK KECIK YANG WANGI

Semenjak dua menjak ni aku memang alah sikit dengan bau2 wangi
Tapi kalau takde bau pun tak best jugak kan
Kereta aku la dah lama tak letakj pewangi
pewangi kedai 5 hengget  yang selalu guna tu dah habis la pulak

Sebelum pose hari tu masa singgah Petronas Jalan Kuching
aku ternampak la produk Little Trees ni 
Selalunya dulu kalau hasben aku servis kereta, sure pusat servis tu kasi free 
Tapi dah lama dah pusat servis tu tak kasi [walopun hasben aku le regular kastemer]

Dah alang2 terjumpa, aku beli la satu
Tapi nak memilih bau pun satu masalah juga sebab aku rasa semuanya wangi
Dan dalam banyak2 tu, aku pilih yang bau Lime
[sesuai la dengan ibu2 mengandung yang suka bau2 sitrus ni..heheheh]
Sekarang kereta sudah wangi
Baru la semangat nak bawa kereta.. nak2 pulak bulan pose ni
Rasa fresh je bila masuk kereta.

TAK TAHAN LAGI

Lepas berbuka semalam rasa cam mulut tak sedap
pastu rasa cam nak makan sesuatu
Tetiba teringin nak makan mangga muda
Sambil pi buang sampah kat luar, aku menjengah pokok mangga aku yang lebat berbunga 2-3 minggu lepas
Masih belum ada buah yang sedang elok untuk aku petik
Semua kecik2 putik lagi
Pastu teringat pulak mangga jiran aku yang tengah lebat berbuah
Terus tuju ke pokok mangga tu
[jiran aku ni dah sedekahkan mangga tu.. dia kata sapa nak ambik je la.]
Pokok mangga jiran aku tu memang rajin berbuah tau.. kalau tak pose dah lama aku pi bersila bawah pokok   & cicah pelam.. pergh..

Aku malas la nak kait beria pelam2 tu.. Lagipun aku cuma nak sebijik je
Aku ambik yang senang nak capai je... Alhamdulilllah... Dapat le sebijik.

Cicah garam lagi uols.....


*dah start mengidam2 ni mula la nak makan macam2.. ish..ish..

Wednesday, July 25, 2012

FLASK AYOR A.K.A TERMOS PALING TAHAN

Citer pasal flask air ni adalah rentetan pertanyaan sorang member aku kat facebook
Dia tanya flask air apa yang air panasnya tahan lebih lama
So hasil kepenggunaan aku [cakap dari pengalaman la kan]
Flask dolu2 yang badannya cam besi tu la yang paling tahan lama air panasnya
Boleh imejin tak yang macam mana???
Jap aku google..hehehe


Antara beberapa pesen termos dolu2 yang aku cari di google...


Memula dulu aku tak berkenan juga termos ni sebab tak lawo & tak stylo
Masa takde anak takde masanya aku nak guna termos bagai
Semenjak dah ada anak baru reti pakai mende ni... senang nak bancuh susu

Aku punya termos tu yang kaler merah cam gambar no 1 tu la
Yang memperkenalkan penggunaan termos ni ialah bapak mertua aku
Dia yang tolong belikan sebab termos aku yang memula tu dah pecah
[termos jenis plastik tu]
Memula dulu mencebik jugak le sebab old pesen & tak lawa kan
Tapi dah orang bagi terima je la...
Tapi tak kenal maka tak cinta.. air panasnya memang tahan 3 hari tau
Lama aku pakai termos tu... bertahun gak le
Cuma tang gabusnya tu cepat kembang & rosak.
Kalau gabus tu dah rosak, senang je... pegi je kedai beli gabus tu je 
[ada jual kat bahagian yang jual termos tu, tapi kena tau la saiznya ngam ke idak dengan termos korang tu, sebabnya gabus tu ada banyak saiz]

Seingat aku flask tu pecah, pastu aku beli termos yang serupa kat Billion depan rumah mak aku
Yang 2nd tu pun pecah sebab anak aku langgar, so beli lagi yang lain pesen yang sama
Yang tu pun baru lagi pecah. Aku suh hasben aku beli flask lain tapi dibelinya yang jenis plastik tu
Besar dah cukup besar dah, tapi air tu panasnya tak tahan lama.. Sehari setengah je tahan panasnya tu. 
So, hari2 kena la ganti air baru jawapannya... tak best langsung.
Pasni nak kena beli yang old pesen tu punya jugak le....Baru puas hati.

WW 2012 # 30

Opis hour bulan pose 9pg - 4.30ptg
[ai like... sebab dapat balik awal.. jalan tak jem lagi..]

Tuesday, July 24, 2012

BIRTHDAY & CUBAAN PUASA

Semalam 3 Ramadhan merupakan ulang tahun hari lahir Adib [kalau ikut bukan Islam la]
Kenangan 5 tahun dulu waktu melahirkan Adib tetiba teringat pulak
Selamat lahirkan Adib secara normal pada pukul 4.30pg
Pastu semua nurse kelam kabut sebab nak kejar waktu sahur.. sian diaorang

Semalam juga first time si Adib bangun sahur
2 hari sebelum tu kejut juga tapi dia taknak bangun
Tah apa kene tetiba dia bangun lak... cam tau2 pulak time tu la dia baru dilahirkan ke dunia  5 tahun dulu
[hehehehe... kebetulan je tu kot]


Pagi semalam aku cuma masak lempeng untuk Yaya 
Yaya kata dia nak sahur makan lempeng cicah susu
Kebetulan bancuhan lempeng tu dapat la 3 keping lempeng
Dah Adib tengok kakak makan lempeng, dia pun nak jugak le
So sorang sekeping la lempeng tu ---> Aku, Yaya & Adib
Hasben aku je yang makan nasi
[Aku semenjak kena morning sickness ni rasa ta lalu nak makan nasi.. terasa cam nak muntah]

Lepas sahur tanya la Adib, ye ke nak pose
Dia cakap "Ha'ah Adik pose"
Pose la sangat kan.... ntah pukul berapa nanti mesti dia request nak susu..
Petang masa ambik dia kat rumah babysitter, Adib keluar rumah dengan botol susu di mulut...
Hm... dah agak dah..... kalau dengan susu sure dia serender punya...
Adib...Adib..

Monday, July 23, 2012

BUAH ZURIAT

Ada opismate baru balik umrah. Sebelum dia pi umrah hari tu aku kirim doa kat dia. Aku suruh dia doakan aku mengandung secepat mungkin. Aku kirim doa tu sebelum aku pi check up. [Masa tu dah cek sendiri tapi  kan masa tu line tu tak berapa clear kan.] So sebab tu aku tak berharap sangat ada "isi", tu yang kirim doa kat akak tu.

Akak tu  baru je start keje hari ni. Dia ada la bagi buah zuriat kat aku. Peh... besar jugak buahnya tu. Ni first time tengok buah ni live. Hari tu tengok pun kat dalam facebook je.  Kata orang buah ni elok pada sesiapa yang takde anak lagi.. Kot2 la pas minum air rebusan buah zuriat ni boleh mengandung pulak kan... Insya-Allah... kita hanya berikhtiar, Allah yang bagi rezeki tu kan.


Ni la rupa buah tu.. besar jugak & keras gile..



Ni rupa bila buah ni dah dibelah


** Pic semua adalah dari en google saje.


Tatacara nak minum/ makan buah ni  korang boleh google sendiri la kot. Aku malas nak elaborate sebab aku pun cari info kat internet je. Kalau tak silap buah ni tak boleh makan sebab keras ya amat, cuma buah ni direbus & kita minum airnya sahaja.

Melalui pembacaan aku tu juga katanya buah ni boleh digunakan untuk hilangkan lenguh2 urat. Ambil buah ni & gosok2 kat tempat sakit tu. Aku tak cuba lagi berkesan ke idak.. nanti nak cuba la.

Korang pernah ke minum air rebusan buah zuriat tu??


IT'S ALL COMING BACK TO ME

Baru nak seronok2 di kala tok laki tengah kemabukan yang tak terlampau
Alih2 2-3 hari ni dah terbalik kena kat aku pulak
Dah le baru nak start puasa... Dugaan betul pregnant kali ni .



Pose pertama time sahur cam ok je. Aku pun idak le makan banyak sangat
Dalam kul 10 pg sempat lagi pegi shopping ngan anak2 kat Econsave
[Nak beli bahan2 nak masak berbuka karang kononnya]
Sampai rumah dalam dekat kul 1tgh, pastu siap2 la siang ayam
Yaya siap tolong kopek ikan bilis lagi.. 
Lepas siap semua tu, masa time basuh pinggan aku dah rasa cam nak pitam
Nak berdiri lama pun dah tak boleh.
Pas solat Zohor, aku terus terbaring siap terlena depan TV
[walopun ada Panggung Sabtu citer Shah Rukh Khan,  kepala aku dah memberat so aku terus tido]

Lepas Asar, aku bangun siap2 nak masak untuk berbuka
Termengah2 juga nak masak tu.. rasa cam semput
Sib baik la tok laki balik cepat.. sempat la dia tolong apa yang patut.

Malamnya konon nak pegi terawih, tapi aku rasa cam tak larat nak diri lama2
Sembahyang sendiri je kat rumah.. itupun 8 rakaat je yang mampu

Hari kedua pulak, sahur kurang selera, tapi kena la makan juga kan
Time tengahhari dia dah start balik dah.. pening & badan tak bermaya
Asyik baring je la keje aku
Cik Besah ada gak datang pastu dia tengok keadaan aku yang tak bermaya tu
Sempat lagi la dia cakap "kali ni anak pompuan kot" -- sebabnya masa Adib dulu aku segar bugar je
Wallahu'alam... awal lagi nak cakap jantina baby kan..

Malam lepas berbuka pun aku cam semput gak...siap tidur awal lagi
Adib pandai2 la ko bawak diri dengan abah
Yaya memang folo aku tidur kat atas..heheheh

Hari ke-3 ni dah start keje lak.. tak tahu le cemana 
Mana boleh nak landing2 suka hati kan.. paling2 pun aku tersandar je la kat kerusi ni
Harap2nya dapat bertahan sampai berbuka
Bukan untuk hari ni  je tapi sampai habis Ramadadhan..
Korang doakan aku yer..

** Laki aku dah tak mabuk dah.. aku pulak yang kena serangan sekarang..huhuhu


Friday, July 20, 2012

KU SANGKAKAN ANTIVIRUS.. RUPANYA VIRUS

Memandanglan lappy aku dah buat hal semula [tak boleh on]
So aku memang mengharapkan PC aku kat rumah tu je la untuk online
PC tu jugak le yang anak2 aku hadap kalau nak main game
Pastu sib baik la henfon tok laki boleh WiFi.. so kalau nak bukak fb, aku guna je tepon hubby

Pada satu hari, waktu aku tengah khusyuk blogwalking, tetiba ada satu warning pasal virus
Katanya aku punya PC kena virus, so aku kena la activate antivirus
Tapi setahu aku, aku takde pulak instal antivirus Live Security Platinum
PC aku tu dah ada guna AVG dah, takkan nak guna antivirus berbayar lak kot
[Live Security Platinum tu katanya kena bayar untuk activate kan]

Camni la rupanya benda tu

Bila dah kena benda ni, otomatik segala software & application tak boleh buka
Nak menggoogle cara2 membetulkan semula pun tak boleh sebab internet pun tak boleh buka
Kesudahannya, terus tutup PC. Malam aku try lagi, still resultnya sama.

Masa kat opis semalam, aku pun search la cara2 nak buang virus yang menyerang
Rupanya Live Security Platinum ni adalah virus a.k.a antivirus palsu
So aku dah dapat solution dari website MALWARETIPS.COM

Sementara nengok citer Waris malam tadi, aku folo le instruction cam kat website tu 
[jenuh mencatat dalam buku]
Alhamdulillah, PC aku dah pulih cam sediakala
Dah boleh online cam biasa da.....

MAKAN2 SEBELUM RAMADHAN

Gara2 malas nak masak dinner kan, kita pi makan luaq je la
Kunun nak makan KFC tapi disebabkan hot & spicy takde, kensel la
[yang sekarang punya Spicy Crunch tu tak sedap sangat le]
Last2 kami ke Marrybrown je la..

Anak2 suka la kan, sebab dapat main
Mak diaorang lagi suka sebab takyah masak
Abah deme pun suka jugak sebab mama yang ajak so mama la kena belanja..hehehe

Lepas maghrib kitaorng terus merempit ke MB
Orang pun tak ramai so cepat je la order
Yang bestnya waktu kitaorang sampai tu, memang tengah time promotion
DISKAUN 20%  [jimat duit aku...]

Diskaun tu sampai 20/07/2012 je...
[orang berhampiran Batang Kali, sila la terjah yer..]


 Ni aku punya --> Lucky Plate
[tapi whipped potato dia memang tak sedap!]

 Hasben aku oder Mee Kari. Sedap!


 Side dish aku---> mushroom soup


Untuk budak2 biasa la set budak2.. Depa nakkan mainan tu jer..


Tapi yang paling diaorang suka... dapat main le.. Tak makan pun tak apa kalau dapat main..






Senyum sampai nampak gigi kapak
Dah macam singgam pulak gigi kapak dia aku tengok..hehehehe



Sodaqallahula'zim.... selamat makan semuanya..

Thursday, July 19, 2012

DOA 7 TAHUN DULU BARU TERMAKBUL

Allah maha Agung, maha mendengar & maha mengasihani
Allahu Akbar!

Seperti yang korang sedia maklum, aku sekarang sedang hamil anak ke-3
Beza 5 tahun melahirkan anak ke-2 dulu menyebabkan rasa berdebar2 lak 
nak mengharungi zaman2 pregnant & proses melahirkan nanti [takut gak sikit2]
Walaupun ada 2x experience, tapi setiap kehamilan tu tak sama kan

Masa mengandungkan Aleeya, memang aku mengalami morning sickness yang teruk
Muntah2 setiap pagi,petang, malam.. sampai lembik cam kain buruk
Dah le aku & hasben PJJ je masa tu.. sedih tau takde orang nak tolong picit2
Pening & muntah tu usah cerita la.. muka pun sembab giler
Bau tumis bawang, perfume & mekap memang tak boleh
Paling seksa kalau nak kena gosok gigi.. sure keluar segala kaler kuning hijo..
[Rasa cam tak mau gosok gigi langsung pun ada]


Masa Adib pulak, Alhamdulillah takde muntah monggek cam dulu
Cuma aku mengalami kegatalan terlampau kat bahagian tuttttttt
Sepanjang pregnancy lak tu...
Kalau kat opis, jenuh kaver2 kalau nak menggaru...huhuhuhu
Tapi aku boleh la bergerak cergas sampai waktu bersalin
Siap boleh lari, melompat, turun naik tangga laju2 walopun dah 9 bulan
[Time ni selalu kena marah dengan akak cleaner opis aku..heheheh]


Yang ke-3 ni, masih terlalu awal nak predict apa alahan aku
Setakat ni aku cuma loya & pening2 tapi sikit jer
Selera makan, alhamdulillah... takde la yang aku takleh makan
Cumanya sekarang hasben aku pulak yang pening, loya & rasa nak muntah 
[setakat hari ni belum lagi muntah2... ]

Bila aku ingat balik, waktu aku peknen yang sulung, hasben aku cam tak caya aku punya morning sickness cam tu sekali. Apa dia ingat aku main2 & suka2 ke nak muntah monggek masa tu??? Pastu aku  cakap pada  dia, nanti kalau saya mengandung lagi, saya nak doa biar abang pulak yang rasa cemana kena morning sickness tu..

Sekarang..... after 7 years... Allah dah makbulkan doa aku...  
Masa tu aku tengah geramkan laki aku... tu yang aku cakap camtu
Tapi bila dia dah kena camtu sekarang, rasa kesian la pulak
Dah le dia breadwinner kan?? Kang asyik MC la, sakit la, kang tak pasal2 kena buang keje lak..heheheh
Kalau pompuan peknen yang kena morning sickness orang boleh la terima kan.
Tapi kalau hasben yang kena morning sickness kat mana la yang logiknya kan???
Doktor pun takde jawapan kenapa hasben yang kena alahan ibu mangandung..heheheh
Allah je yang tahu kan???

Hasben korang pernah tak kena moring sickness masa korang pregnant???
Apa korang buat ek untuk tolong kurangkan alahan suami korang tu??

** Abang sabar je la ye... bukan lama pun.. 3 bulan je kot.. [paling lama pun 8 bulan lagi jer..hehehehe]

INGATKAN DAH MAMPUS...

Subhanallah... kuasa Allah memang besar
Aku baru je cantas pokok kari aku 2 minggu sudah
Aku cantas sampai tinggal batang je
Ni sebab gara2 pokok kari aku tu cam dah kering & melayu

Sib baik aku tak cabut terus pokok tu, aku biarkan je la batang  tu dalam pasu
Lagipun dua tiga menjak ni asyik hujan je.. tu agaknya pokok ni tumbuh balik
Kalau harapkan aku nak menyiram..asyik lupa la memanjang
Semalam masa tengah belek2 pokok bunga, tengok2 pokok kari aku dah ada tunas baru


Panjang lagi umur pokok kari aku ni rupanya..


Wednesday, July 18, 2012

DOUBLE STOREY SUPERLINK TERRACE HOUSE @ BATANG KALI

Panjang sungguh tajuk aku ni.. walhal nak citer pasal rumah kat Batang Kali je
Dulu bila sebut Batang Kali, ramai yang tak tahu kat mana
Kalau yang tahu pun mesti cakap tempat ni tempat jin bertendang.. hulu banat le katakan
Well, itu 10 tahun dulu

La ni Batang Kali dah maju tau, dah banyak perumahan, kedai
ECONSAVE pun ade tau.. [bangga beno la orang Batang Kali dengan Econsave tu..]
Bebaru ni sempat la pi tengok satu showhouse rumah Superlink yang baru nak naik
Kalau nak tahu majoriti projek perumahan kat sini adalah under Ligamas Sdn Bhd

Last time aku citer pasal VILLA IMPIAN pun under Ligamas jugak
Ada satu projek terkini --> Single Storey tapi takde showhouse
Kali ni showhouse bukannya dibuat di tapak perumahan, tapi betul2 sebelah dengan sales office
Kalau korang nak pi Genting ikut Batang Kali, showhouse ni betul2 tepi simpang tu

 Ni contoh ilustrasi rumah ni

Malas citer banyak... jom cuci mata dengan deko rumah ni
Lawa giler.....
Banner rumah ni..
Luas rumah 24' X 65'
Ada 4 bilik tidur & 3 bilik air

Ni pandangan dari belakang... Nampak je cam kecik

Pandangan sisi rumah pulak.

Ni bahagian entrance / pintu masuk...

Jom masuk dalam pulak
Tema putih/biru/hitam
Sejuk & luas je nampak rumah ni..

Ruang tamu dari bahagian meja makan..

Ruang makan...

Bilik di tingkat bawah...

 Cermin dalam bilik kat tingkat bawah.. Cun!

Dapur... agak kecil la... Kalau orang jarak memasak cam aku ok la kot [perasan!]

Tangga ke tingkat atas.. [ni aku snap dari atas]

Hall kat tingkat atas.. takde la besar sangat...

Master bedroom.... pepel kaler gitu..

Ada wardrobe dengan cermin sebesar2 dinding... Setentang dengan wardrobe tu ada sliding door untuk ke balkoni.

2nd bedroom.. pink kaler gitu.. Hasben aku tu baru keluar dari bilik ke-3

2nd bedroom... Bilik ni pun ada wardrobe yang sama cam kat master bedroom.
Nampak tak ada sign No Camera kat tepi tu??? Lantak la kan.. aku tangkap gambar bukan pakai kamera, tapi pakai henfon je...hehehe.. Sib baik salesman tu tengah entertain orang lain masa ni..


Berkenan sungguh aku dengan cermin ni [kat 2nd bedroom]. Tu yang tepek sampai 2 keping...

 Ni pulak 3rd bedroom.. sesuai untuk single bed.. Bathroom bilik  ni attached dengan 2nd bedroom tadi.


Ok.. tu je gambar yang aku sempat snap.. 
Tengok real lagi cantik tau especially tang ruang tamu & dining hall kat bawah tu
Bilik air aku tak snap pun sebab tak lawa pun.. standard je cam rumah teres yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...