Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 31, 2012

DOAKAN JODOH ANAK SEJAK DARI LAHIR LAGI

Aku memang suka dengar motivasi Prof Dr Muhaya
Rasa bersemangat pula lepas dengar




Prof ni bukan jenis typical modern women rasanya
Dia galakkan anak kahwin awal tau!

Lepas dengar ni, everytime lepas solat terus doakan anak2 diringankan jodoh & semoga dapat jodoh yang baik. Pada yang belum berkahwin tu, sebelum dating buat istikharah dulu tau baru la boleh kenal2..

Rasa rugi pulak kawin lambat... [aku kahwin umur 24 thn]. 
Esok aku umur 50, anak bongsu aku (Adib) baru umur  22. Yaya baru 25. Agaknya waktu tu aku dah ada cucu ke belum??? [apahal dah sembang pasal cucu lak ni??]

SYAMPU BAWANG, RAMBUT GUGUR & TEDDY BEAR

On the way balik keje tempohari dengan encik suami
Sambil dengar channel SURIA FM tetiba dengar iklan SYAMPU BAWANG
Dalam iklan tu ada la scene sorang suami komplen  rambut bininya banyak gugur
So terus la di promote guna Syampu Bawang



Pastu [walopun iklan belum habis] encik suami pulak buat iklan sendiri
"Rambut isteri saya tu pun banyak yang gugur. Kalau dalam bilik air tu sampai sumbat lubang keluar air. Kalau buat teddy bear, dah boleh penuh satu badan teddy bear tu"

Aku-----> Hampeh!



IKHTIAR UNTUK ORANG RABUN

Aku mengaku aku rabun
Alhamdulillah aku jumpa tips ni
Boleh la cuba.. Insya-Allah rabun aku boleh kurang.




Wednesday, May 30, 2012

NAK BELI YANG MANA SATU

Alhamdulillah bulan ni ada sikit rezeki lebih
Dari dihabiskan tah kemana2 baik le aku beli benda kan
Baru la nampak hasil duit tu kan
Ni tengah fikir nak beli apa untuk diri sendiri
Rasa cam nak beli grill pan ni tapi tak tahu nak beli yang mana satu






Ada cadangan tak???

EKSYEN LAGI

Gambar lama tapi belum tepek lagi dalam blog
Adib & skateboard baru beli kat pasar Batang Kali
Eksyen macam reti sangat la mainnya pun
Takat boleh pacak tu je la pun...


Cam biasa, skateboard tu hanya main untuk beberapa jam saje
Pastu humban masuk bilik stor
Bila nak bukan main lagi mintak kat abahnya 
[mintak kat mamanya jangan harap nak dapat]
Bila dah dapat ada la main  4-5 jam, pastu langsung tak heran
Mintak mainan lain pulak... ***pengsan***

WW 2012 # 22


Saje suka2 di hari Rabu..

Tuesday, May 29, 2012

TAK RETI DUDUK DIAM

Adib ni kalau kat rumah memang tak reti duduk diam
Asyik menggelejat je [ada yang tak reti ke apa tu menggelejat???]
Semalam sempat rakam aksi buas dia
[tapi kualiti hamjads la sikit sebab rakam dalam gelap]
video
Buat2 tak nampak je la abah Adib & tilam selerak tempat dia membuas tu
Situ la kami tidur anak beranak dalam kedinginan ekon dan dilimpahi cahaya tv sepanjang malam
[kadang2 TV yang tengok kitaorang tidur..sib baik la takde ju-on yang keluar dari tv tu]


** Suara Adib memang serak sebab dia sakit tekak.

KAYANYA PEMILIK WWW 1

Akhirnya dah selesai pembidaan plat WWW
Dan plat WWW 1 adalah plat yang termahal setakat ni di Malaysia
Pergh.... plat yang ada hanya 4 huruf & no tu harganya RM520,000
Rasanya semua dah tau kan siapa pemilik tu ---> SULTAN JOHOR
Plat je dah setengah juta [dah boleh beli banglo sebijik dah tu]
Kereta yang dia nak pasang plat ni berapa juta la pulak harganya kan???



** Raja kita semua kaya2 tapi kenapa la ramai lagi rakyat yang papa kedana??

Monday, May 28, 2012

JAMU SUSUK DARA... ADA YANG PERNAH CUBA TAK??

AWAS!!! Ini untuk bacaan orang yang dah berkahwin saje yer... Anak dara pi jauh2.. syoh..syoh

Lately ni ada la pulak orang tag2 kat fb pasal benda ni
Memula ingatkan Jamu Susuk Dara cam jamu2 yang biasa tu
[Biasa la pompuan nak rapat la, ketat la, mantap la.. dll]



 Dua jenis jamu Susuk Dara..

Basically benda ni cam jamu yang makan tu juga, cuma satu lagi functionnya untuk dimasukkan ke dalam faraj untuk membuang semua blockage dalam tu. Kiranya kalau ada sesape yang ada masalah susah nak pregnant, boleh le try jamu ni. Buang blockage dulu pastu insya-allah la senang nak pregnant.

First korang kena sumbat pil dalam faraj pastu biarkan untuk satu ketika & nanti akan keluar la segala kotor2 dalam rahim korang tu. Contoh yang aku cilok dari fb camni la.. Naik loya gak tekak aku tengok. Gross kan???






Aku kalau jamu jenis makan2 ni aku boleh la try lagi. Tapi kalau jamu jenis jolok dalam petpet tu aku cam takut la pulak. Tak sanggup rasanya nak jolok sendiri dalam tu. Seriau weh!. Dulu aku pernah try yang jenis serbuk punya. Bidan mana tah kasi. Tu pun aku suruh hasben yang buatkan tapi sebab baunya cam rempah ratus, cam tak best la pulak. Bila nak ehem2 kena la wangi2 kan?? Ni pulak bau rempah ratus [walopun dah cuci], boleh mati mood dibuatnya. Kesudahnya, aku pakai sekali tu je pastu aku humban je..

Korang berani tak try jamu pesen jolok2 cam ni??

MENGKOLAM DI HUJUNG MINGGU [psssst....ada gambar 18sx]

Memandangkan cuti sekolah pun dah start, macam2 aktiviti la nak dibuat kan
Sebagai permulaan, kasi can anak2 mandi kolam dulu la
Lagipun cuaca tersangat la panas semenjak dua menjak ni kan
Anak2 pun dah lama tak buat aktiviti air di luar rumah
[mak takut bil air mahal le katakan...]

Tapi kali ni buat lain sikit dari yang lain
Aku tambah elemen shower dalam kolam tu.. tapi pakai paip getah je la pun
Bukan main soooooka la anak2 aku


Terpaksa la aku gantung getah paip tu kat tembok pagar tu. 
Ya-Allah dah naik berlumut lampu tu rupanya.. 

 Aksi mandi shower sambil main bola dalam kolam..




 Yaya seksi.. pakai spender je... Suruh pakai lengging tak mau..

Dalam sejam jugak depa main kolam tu. Pastu masuk rumah terketar2 sebab sejuk. 



DARI HITAM KE PUTIH

Jumaat lepas, lepas balik keje terus singgah kedai letrik pi beli kipas baru
Bukan rumah aku takde kipas, tapi kipas rumah aku tu dah rosak
2 bijik kipas siling aku beli 4 tahun lepas --- kipas remote brand WINGS

Konon nak lawokan la rumah aku kan...[tapi memang lawo pun dengan konsep rumah aku tu]  tapi bila pakai yang remote ni tau je lah
Kejap2 takleh laju... sensor rosak la... nak switch on pun dah takleh
Kipas kat ruang tamu aku tu kejap ok kejap tak
Kipas kat ruang makan lak kelajuan paling minumum je boleh.. nak lajukan memang dah takleh
Nak pulak bila orang datang segan ya amat sebab kipas punya la lawa tapi tak berfungsi.
 Kipas remote kat rumah aku

Disebabkan kipas kat ruang tamu tu rosak, maka terpaksa la kami pakai kipas berdiri cap SINGER je
Kipas tu pun aku beli masa aku duk rumah sewa dulu [rumah sewa masa tu takde kipas siling dalam bilik]

Dah tak tahan dengan ragam kipas remote ni [dan aku banned semua kipas remote mulai sekarang], so aku beralih ke kipas putih cap PANASONIC je.. Jumaat beli, Sabtu orang kedai datang pasang. Aku beli RM290 untuk dua biji + siap pasang. Puas hati aku!

 Kipas baru aku....

 Walopun dah tak lawa cam dulu, janji kipas aku dapat berfungsi sepenuhnya...

Terima kasih kipas SINGER ni.. It's time to pack & back into the store room... 


Friday, May 25, 2012

MI-KE-MIS

Perbualan antara ibu & anak di suatu malam

ADIB : Mama, adik nak makan apa tu.... mismis

AKU : Mismis??? [Walopun aku dah tau apa yang dia maksudkan]

ADIB : Bukan... Mikemis tu..

AKU : Mikemis??? [Masa tu aku dah ambil dah apa benda yang dia nak tu]

ADIB : Apa nama dia ha mama???

AKU : Ini nama dia KISMIS la....KIS-MIS, bukan MI-KE-MIS

ADIB : Ha... kismis..

Ini la kismis yang Adib mintak tu

KFC POKKITS - KORANG DAH TRY??

Semalam dah try beli KFC Pokkits
Saje je la sebab tengok kat paper harga promotion RM2.60 tu sampai 27/05/2012 je
Dah alang2 menunggu tok laki habis keje, awok nyinggah le ke KFC
[semata2 nak beli Pokkits tu]

Pehtu beli tak hagak2... sampai 4 ketui [untuk aku, suami & anak2]
Kos baru 10 hinggit ++  je sebelum tax

Itu je le dinner kami malam tadi..
Cinonit je rupanya.. tapi sesuai la dengan harganya tu
Ala2 macam twister sikit [tapi twister lagi sedap aku rasa]
Tapi hasben aku tak berapa gemor
[dia bukan tekak western cam aku..hehehehe]

TAPI.... adalah diingatkan 
SILA MAKAN MASA MASIH PANAS 
[suam pun consider ok lagi]
sebabnya bila dah sejuk roti luar tu jadi keras kejung & salad pun dah cam lembik
Itu yang menyebabkan ianya jadi tak sedap
[sebab aku habiskan belen si Adib lewat malam tadi... dah sejuk & tak sedap]

So sape yang belum try lagi, boleh le cuba sebelum harga jadi mahal
Offer RM2.60 sampai 27/05/2012 jer... 

BELAJAR WUDUK YANG SEMPURNA

Semenjak dah ada TV Al-Hijrah ni,  memang selalu la layan 
30 MINIT USTAZ DON
[tapi layan masa cuti je la sebab hari lain keje kan..]
Kalau tertinggal layan kat Youtube je la..

Pelajaran hari ni adalah tentang Wuduk
Jom perbaiki wuduk kita



Thursday, May 24, 2012

GALAXY Y IN THE HOUSE

Kelmarin engan rasminya hasben aku dah let go Nokia Express Music dia
Dan semalam juga dengan rasminya telah beli henfon baru
Cap Samsung la pulak.... Galaxy Y noks!


Niat di hati memang le nak bali yang canggih manggih kan
Tapi kalau function yang ada tak semua digunakan, macam tak berbaloi la pulak kan
Contoh macam dengan Nokia Express Music tu la... 
Rasanya hasben aku tak habis explore pun function yang ada...hahahahah

So malam tadi dok menggodek telefon la dengan anak buah aku
Tah pukul berapa deme selesai aku pun tak tau
Sebab aku dah tidur dah masa tu...
[mengantuk giler ditambah pulak aku sakit pinggang sepanjang hari...huhuhuhu]

** Tunggu esok lusa pulak aku nak godek si Galaxy Y tu..hahahaha

IKLAN PAD YANG COMEL

Aku suka tengok Adibah Noor sebab dia comel
Tak kira la dia menyanyi ke, berlakon ke, dalam iklan ke
Walopun dia tu tak lawa mana tapi suara dia sedap dan dia juga adalah cute [walopun dia tu gemuk]

Tengok tak iklan Libresse bebaru ni
Aku suka!!!!!  & Adibah Noor sangat comel!
[pad Libresse tu pun aku suka jugak...]




** Iklan ni lagi best dari iklan pad Lisa Surihani tu... asyik fokus kat bontot dia tu je.. Nyampah!

Wednesday, May 23, 2012

WE ARE FAMILY

Hari ni banyak la blogger buat entry pasal pemergian Norma ke rahmatullah
Takziah pada Kak Moon &  Talib sekeluarga
[dulu pun pernah citer pasal Norma-Talib ni dalam blog picisan aku ni]
Sekurang2nya penderitan Norma di dunia ni dah berakhir.

Tutup citer pasal Norma, ni nak citer pasal satu citer hindi yang aku tengok kat TV3 2 minggu lepas
Lakonan Kajol & Kareena Kapoor tajuk WE ARE FAMILY
Citernya lebh kurang cam citer STEPMOM lakonan Susan Sarandon & Julia Roberts kalau tak silap
[Biasa la keling kan suka tiru citer hollywood]


Memula layan cam tak best tapi lama2 layan memang boleh meleleh airmata dibuatnya
Citernya pasal satu kapel yang dah bercerai (Kajol & Arjun Rampal)  tapi ada anak 3
[Kajol adalah super cun dalam citer ni]


Lepas divorce, masing2 dah move on, tapi masih contact each other for the sake of their children
Arjun dah kapel dengan Kareena & almost kawen dengan Kareena
Tapi anak2 dia takleh accept Kareena tu, so macam2 la deme buat perangai
[tapi anak bongsunya tu tersangat la comel]
Diaorang siap bagi gelaran witch pada Kareena, even though Kareena tu idak le jahat pun
Kareena tu pulak keje sebagai fashion designer

Satu hari Kajol pi buat check-up & kena detect ada kanser serviks
Pastu dia cakap pada ex-husband dia & finally depe rujuk
Maka frust la si Kareena tapi dia cuba faham keadaan
Yang Kajol pulak tahu dia akan mati so dia ajak Kareena duduk rumah dia
Sebab dia nak bagi anak2 dia biasa dengan Kareena bila dia dah takde nanti

Saat2 bila dah nak mati tu sangat tacing tau
Adib & Aleeya pun setia nengok citer tu sampai habis
[Laki aku takde sebab dia keje]
Kiranya best jugak la layan citer ni, not like typical hindi love story

PAGI2 DAH BLACKOUT

Terjaga dari tidur pagi tadi pukul 4.30 [tengok kat jam henfon]
Terasa panas la pulak.. dah le tidur dalam comforter
Tengok sekeliling semua gelap jer... padahal lampu tangga memang pasang setiap malam
Eh.. blackout ke???


Bangun dari katil terus tengok kat tingkap
Satu taman gelap gelita.. SAH le blackout kan..
Pastu aku sambung tidur balik... [ada sejam lagi sebelum alarm berbunyi]
Tidur aku sekarang ni, seminit pun aku kira tau... sangat2 berharga masa tidur aku tu..

Kul 5.30 aku bangun, masih gelap gelita...
Nak tak nak kena la bangun juga kan.. nak gi keje cemana kalau tak bangun
Terkial2 la turun tangga sambil guna lampu dari henfon
Turun bawah tengok hasben & Adib dok elok je terbuntang atas tilam
terus gi cari lilin.. takkan nak mandi gelap2 kot..

Pas mandi elektrik takde lagi, terus kejut laki aku
Dia pun terkejut nengok rumah bergelap.. aku cakap la blackout
Tapi dalam gelap & sunyi tu masih terdengar suara orang mengaji dari masjid taman mana tah
Elok je hasben aku masuk bilik air... terus ada elektrik
Alhamdulillah....terus padam lilin & naik atas untuk bersiap
Sempat aku mekap untuk gi keje
Kalau idak sure muka aku toye je pagi ni... sebab mekap dalam gelap..hahahahah

Ok.. itu je nak citer.. Babai..

WW 2012 #21

Suburnya aku....
Rabak mak nak!!!!!

Sape nak try album subur ni ---> KLIK SINI [sekadar suka² je yer...]

Tuesday, May 22, 2012

AMBIK FEELING JER

Best sangat ke pakai DSLR tu???
Mungkin pada orang macam aku tak tahu apa perasaan yang syok sangat kalau pakai kamera tu
Orang buta fotografi cam aku ni mana la tau kan...

Tapi kalau aku idak le kot nak beli menatang tu
Sebabnya pada aku  takde value for my money... itu pada aku la [ewah..]
Pada orang lain mungkin amat berbaloi2 untuk beli..
Kalau setakat nak tangkap gambar anak beranak aku tu pakai je la kamera henfon yang ada
Lagipun aku idak le kuaser nak mengusung kamera mulut moncong tu ke sana ke mari
Buat lenguh bahu & tengkuk aku jer...

Hujung minggu lepas, aku tengok bunga raya aku banyak benor berbunga
Padahal aku dah lama tak buh baja pun
Sementelah henfon ada di tangan aku masa tu, terus aku ambik gambar tanpa motif
Tapi lepas belek2 gambar yang aku ambik, boleh tahan jugak kualiti gambar henfon aku ni

Galak sungguh pokok ni berbunga!



Kalau aku camni dah puas hati dah.. takyah le pakai DSLR tu..

SUNAT KE PUASA 1 REJAB???

Tetiba feeling ostazah pulak wlopun bukan hari Jumaat
[Kena tunggu Jumaat ke nak buat tazkirah???]

Tadi baru merujuk kepada wall fb  member aku yang femes iaitu Makcik Rehan
[aku cam dah kena badi ngan MR.. hari2 mau kena terjah blog & fesbuk durjana beliau]
Dia membangkitkan isu puasa sunat 1 Rejab



Well, aku pun sama gak cam dia.. tak pernah pulak dengar pasal puasa sunat 1 Rejab
Yang aku tau sunat berpuasa di bulan Rejab sebab banyak fadhilatnya
So aku pun menggunakan kuasa gugel untuk mancari jawapannya
Dan inilah yang aku temui
[walopun pernah belajo dulu, tapi kena la pula diingatkan dari semasa ke semasa.. maklumlah urat dah banyak putus... ]


Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam


Soalan 16
Assalamualaikum wrm wrbt.
Bolehkah ustaz senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?
Jawapan
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.


** SUMBER DARI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


Dan juga takde dalil yang mengatakan sunat puasa pada 1 Rejab. So tak yah la susah hati kalau tak puasa hari ni (hari ni 1 Rejab yer) sebab korang boleh puasa bila2 pun dalam bulan Rejab ni. Tak pose pun takpe...  sunat je pun.

** Takyah le nak riak kalau pose hari ni...buat dose je

OLE-OLE CAMERON HIGHLAND

Cemana la aku boleh tak perasan aku tak publish lagi entry ni
[Dah lama dok tersadai dalam draft rupanya]

Ni antara ole2 yang aku beli kat Cameron Highland tempohari
Sayur, jeruk, teh & jem stroberi malas la nak tayang sebab dah biasa sangat
Tapi yang ni first time aku beli kat CH walopun dah pernah 5-6 kali ke CH
Kopi & teh tarik strawberry
SEDAP weh... [kalo korang suka stroberi la]
Tapi laki aku kata tak sedap... well, tekak masing2 kan

 Ni pulak jem mini
Beli kat Avant Chocolate tu la
3 botol RM10.. tapi cinonit jer..

Rupa jem mini tu
[Sapu 3 keping roti dah habis... ]
Tapi sebab comel, aku beli gak


Ni Aleeya tolong demo kan saiz cinonit botol jem tu



Monday, May 21, 2012

TERTUNAILAH HASRAT DI HATI

Tajuk cam kenal je ek??
Cam tagline blog Kak Ina je kan..[Kak Ina jangan marah no...]

Sebenarnya camni... 
Semenjak aku dah berpindah keje di Sri Damansara ni dah terencat le peluang aku nak makan Puri kat kedai mamak NZ kat Wangsa Maju tu... Kalau ke NZ Curry House tu, itu la menu yang akan aku oder setiap kali breakfast... Kat opis sekarang ni takde la pulak jual puri. Tosei, capati, roti canai ada la..

Disebabkan adik bongsu aku balik rumah aku hujung minggu lepas, so pagi tadi kena la menghantar dia balik ke kampus kat Jalan Semarak tu. Dah alang2 ke area sana & masa tu masih awal lagi, so sempat la aku nyinggah breakfast dulu. So tempat tujuan tak lain tak bukan... NZ Curry House ler...
Kedai tak ramai orang lagi sebab masa tu baru pukul 7pg..

Teh tarik & puri... gandingan pujaan hatiku... 
ALHAMDULILLAH!




ADORING MY FATHER

Hari Ibu dah lepas kan?? Pasni ada hari Bapa pulak kan???
Aku tak pernah celebrate pun dua2 hari ni & aku tak pernah bother pun bila exactly tarikh Mother's Day & Father's Day ni.. Tau pun bila dah dicanang2 kat radio @ TV.

Walopun tak celebrate father's day, tapi tak salah kan kalau nak buat entry untuk bapak sendiri... Hehehehe
[Aku tau abah aku  takde mananya baca blog aku ni]
Korang masing2 akan ada pandangan tersendiri tentang abah korang kan
Cam tu jugak aku... even though pada aku abah aku tu agak garang, tapi dia jugak abah yang penyayang.

Tapi ada satu benda yang aku adore sangat kat abah aku ni
Aku minat dari dulu lagi.. sejak aku kecik lagi tau
Nak tau apa dia??? Handwriting dia - tak kira rumi @ jawi
Pada aku tulisan dia tu cantik sangat....
Ini adalah sebahagian tulisan dia
[Ni kat envelope POSLAJU ---> masa dia poskan road tax kereta aku bebaru ni]

Kalau abah tuliskan nama aku kat buku tulis aku tu [masa sekolah2 dulu] , aku suka sangat la
Hingga kat semua buku aku pun kalau boleh nak suruh dia yang tuliskan nama aku
Pastu agaknya sebab letih nak menulis buku yang banyak tu, abah siap tempah rubber stamp nama kitaorang lagi. Sejak tu, kami adik beradik main cop je la nama masing2 kat buku sekolah..hehehehe

Walopun kadang2 abah kata tulisan aku cantik tapi aku tetap rasa tulisan abah la yang paling cantik
[sebenarnya aku rasa abah dah malas nak tulis kat buku adik2 aku, tu yang dia bagi puji2an kat aku supaya  aku boleh take over "tugas" menulis tu..]

** Korang pulak suka tulisan sape?

Friday, May 18, 2012

KREATIFNYA BERCUCUK TANAM

Bagi orang yang tak kreatif cam aku, benda2 yang sempoi camni memang boleh buat aku kagum
Tabik spring pada orang2 yang mempunyai daya kekreatifan yang tinggi

Ni salah satu cara orang yang kreatif bercucuk tanam
 Pakai botol air gas je ko!!!!
Pasni botol2 camni jangan dibuang...  boleh buat tanam sayur.


 Ni pulak guna gutter. Tau ke gutter tu apa??
Aku pun tak reti nak translate dalam BM gutter tu apa
Yang aku tau saluran untuk takung air yang kat bumbung tu
[kalau tak tahu juga sila tanya pakcik google la yer]


Yang ni pulak guna tin susu je.. pastu decorate la cantik2


Kadang2 datang jugak motivasi nak bercucuk tanam cenggini
Tapi bila ditambah dengan penyakit "M", kirim salam je la
Tapi yang paling membencikan ---> Asal aku tanam pokok je semua mampus. Menyampah!