Saturday, March 31, 2012

EARTH HOUR 2012

Jangan lupa untuk bergelap malam ni yer
Sesekali beromantik pasang lilin dalam rumah pun best gak kan

Friday, March 30, 2012

AKU YANG TERGURIS

Aku tengah down giler ni.. Stress! Marah! Bengang!

Aku tak puas hati kenapa Cik Besah anggap aku buat anak dia macam KULI
sakitnya hati aku.....[dia tak tahu yang dalam rumah tu aku la yang jadi kuli sebenarnya]
Adakah sebab sesetengah kerja rumah aku mintak hasben aku yang buat, terus dia kata aku queen control,
tak boleh nak buat kerja rumah sendiri, asyik nak harapkan laki je. 

Kadang2 aku ni dah terlalu jemu nak buat keje rumah sorang2.. semuanya aku nak kena buat
Bila laki lepas tangan, senang lenang  je beristirehat, semua hal ehwal urusan rumah bini yang buat
LETIHnya...... tuhan je yang tau apa yang terpendam dalam hati
Hasben senang je nak request itu & ini
Aku bukannya mengungkit, tapi kalau lama2 camni bini mana yang tahan


Berapa ramai hasben yang tahu nak uruskan hal rumah tangga cotohnya:
-Bila due date semua bil2 [tak nak ambil tahu sebab semua bini yang bayarkan- laki cuma bagi duit je]
-Camne susun atur pinggan mangkuk kat rak pinggan [mana nak letak cawan, mana nak letak pinggan mangkuk - semua jadi tunggang langgang]
-Camne susun atur baju dalam almari [mana baju nak gantung, mana baju nak lipat, mana baju nak gosok]
-Bila jadual orang kutip sampah
- Bila time bini basuh baju, gosok baju, camne cara bini sidai baju, lipat baju [yang laki tau longgok baju je].. Hello!!! sidai baju pun ada teknik tau!
-Apa insurans nak ambik pun bini yang kena decide....[walhal protection tu suami kena sediakan untuk anak bini]

 and the list go on and on
-gambo google-

Cik Besah boleh kondem dia kata dia tak pernah pun suruh anak2 dia buat itu ini keje dalam rumah. Kononnya aku sekat kebebasan anak dia & jadikan kuli aku untuk buat kerja rumah. Kalau ikutkan mak aku pun tak suruh buat jugak benda2 tu. Mak aku suh belajar je. Tapi bila dah kawen kena la pandai2 pikul tanggungjawab masing2. Kalau tak nak buat, jangan kawen pastu pi la duduk celah ketiak mak bapak korang sampai bila2. 

Aku rasa kan, kalau bini2 tinggalkan suami seminggu dua @ kalau boleh kasi tugas2 bini kat laki, mampu ke tidak para suami nak buat??? Bukan semua laki mampu jadi Mr Mama tau!!!

*** Seteressssssnyaaaaaaaaaaaaa... camne la aku nak mengandung kalau asyik stress camni je..




LISA SURIHANI MAKIN BERSERI LEPAS KAHWIN

Jenguk2 website ohbulan tadi sebab nak tengok gambar e-day Liyana Jasmay
Ada la pulak gambar newlyweds ni...
Berserinya muka Lisa...
Muka Yusry lak cam tak bermaya je.. letih kot!
Seri pengantin si Lisa ni tak hilang lagi kekdahnya
Takpun maybe seri ibu mengandung kot
sebab dengar romours cik abe Yusri pi beli 2 pregnancy test kat farmasi beberapa hari lepas.. Ayo..tatayo!

MACHO MAN BELAJAR CPR

Aku ni sebenornya tak tahu sangat apa aktiviti suami aku kat tempat kerja
Masa nak buka fb pagi tadi, tengok2 hasben aku tak logout betul2
So, aku skodeng la fb dia...hehehehe [korang ada buat cam aku tak???]

Memang la bebaru ni hasben ada cakap dia ada 'safety' training kat tempat keje
Tah le, aku rasa tiap2 tahun pun ada kot
Rupanya masa training tu ada belajo cpr
[tetiba je aku teringat kumpulan BOBOI]

 1... satu ratus
2...dua ratus
3...tiga ratus
4...empat ratus

 fuh..fuh... mouth to mouth okeh
[sonok ye bang cium patung..heheheheh]


** My hubby yang pakai baju kaler kelabu tu...
 

Thursday, March 29, 2012

TAKDE REZEKI ANAK TAHUN 2012

Hari tu aku kan cerita yang aku buat UPT tapi negative kan.. [baca kat sini lor]
Tapi itu  5  hari sebelum period bulan ni, so aku assume maybe sebab belum boleh detect lagi
Tapi bila memandangkan period aku dah lewat seminggu dari expected date
Aku decide buat UPT lagi sekali
Kali ni beli brand Guardian je [murah sikit kot dari yang sebelum ni]
Semangat teruja aku datang lagi masa tu sebab "best friend" tak datang lagi
Tapi buat masa sekarang "best friend" aku tu dah jadi "musuh" la
Keesokannya bangun tido terus buat UPT ni
dan hasilnya..... nan hado... negatif jugak la wei...
K.E.C.I.W.A
[terus sms hasben dengan linangan air mata...huhuhuh]
Tapi hasben aku cam nak pujuk dia cakap le "boleh caya ke menatang tu??"


Sehari lepas tu, terus "musuh" aku datang
Confirm aku tak mengandung!
Punah harapan nak dapat baby tahun ni... terpaksa la aku cuba untuk tahun depan pulak... [Tahun depan aku dah umur 34 tahun la...]

Nampaknya harapan nak anak 4 orang mungkin tak kesampaian
[sebab aku nak tutup kilang umur 36]
melainkan aku dapat kembar..yang pastinya amat mustahil untuk aku..hahahaha
Only ALLAH knows the best for me..

TAT TELUR YANG GORJES

Semalam saje la pi ukur Giant Batu Caves
mentang2 la dah gaji.. ewah..
Takde plan nak beli apa2 pun saje la nak cuci mata sementara menunggu laki OT
Letih gak kalau menunggu lama duk dalam kereta kan
Mau kejang kaki dan buntut den dibuatnya..

Dah belek sana, belek sini, so singgah le kat King's 

Aku selalu gak pi King's tu kalau nak beli kek sebab kat situ keknya boleh tahan la
Takde la mahal sangat cam Secret Recipe
So kat sana aku beli la tat telur
Takde intention pun nak beli pastry kat situ tapi sebab aku tengok tat tu baru keluar oven
Siap dengan aroma dia lagi.. teruja la beli
Disebabkan ada promotion, aku beli 2 ketul [seketul RM1.70]

Sementara menunggu laki aku kuar tempat keje, aku makan la seketul
Masa tu tat tu masih panas tau.. 
Rapuh & lembut je tat telur tu.. bau pun wangi jer
Sedapnya.....
Balik rumah bantai lagi seketul sebab anak2 aku tak nak
[anak2 aku tekak melayu.. tak reti makan makanan omputeh]
Walaupun dah sejuk tapi sedap..
Rugi aku beli 2 ketui je..

Nanti boleh beli lagi.. Serius sedap..

Wednesday, March 28, 2012

KILATKAN SINKI DENGAN SABUN MANDI

Tahu tak sabun mandi ni memang banyak kegunaannya
Tak kira la brand apa - May, Palmolive, Lux dsb...

Selalunya, selain digunakan untuk semasa mandi, aku juga guna sabun mandi untuk sental daki kat kolar & lengan baju uniform hasben aku dan jugak kat uniform sekolah anak2 aku. Kotoran2 degil semua tanggal tapi kena berus la sikit kan. Takat gonyoh2 tu tak hilang tara mana pun.

Lagi satu time2 period ni, memang aku sental sabun mandi kat sepender tu. Konfem hilang segala stain yang ada... Sepender pun jadi wangi tau...

Lagi satu tips yang baru aku cuba ialah sental sinki dengan sabun mandi. Lepas lumur dengan sabun mandi tu, kena sental la sikit dengan sabut dawai yang korang buat gosok periuk tu. Dengan berus sabut pun boleh. Jangan guna berus dawai dah le.. Tak pasal2 calar balar lak sinki  tu nanti. Lepas sental bilas la dengan air cam biasa.
Ini la rupa masa sental sinki tu


Hasilnya... kilatkan sinki aku [walupun masa ni belum bilas lagi..] ... Lepas bilas sila lap kering2 . Pastu mesti rasa sayang dah nak guna sinki tu...




Korang lak ada tips guna sabun mandi tak?? Meh la share kat sini..

WW 2012 #13

Ko mampu????

** Cane dia naik & turun  agaknya ye???

Tuesday, March 27, 2012

TETIBA ALERGIK

Alergik & menyampah tengok aktiviti  ini buat seketika
Nak² pulak pakai seluar ketat sampai nak tersembul telo.. 
hodoh beno do!
MENYAMPAH!!!!


** Asyik kempen tutup aurat untuk wanita je, kempen tutup aurat lelaki takde ke???

JANGAN MENGELUH DENGAN MUSIBAH

Banyaknya ilmu & pengajaran aku dapat hari ni
Meh share sama²..


Semua yang berlaku ada hikmahnya & orang yang paling sombong adalah orang yang tidak berdoa..

Monday, March 26, 2012

MELATAM BILIK TIDUR

Masa aku tengah nak pakai baju lepas mandi
Anak2 aku pun menyibuk sama nak masuk bilik aku
Bukannya depa nak skodeng ke apa
tapi sebab takut tinggal berdua kat bawah
lagipun dapat jugak la depa melatam tilam aku
Sambil menyembur2 perfume aku
Pas bersepah2 masing2 lari turun bawah yang akhirnya aku jugak nak kena kemas balik
Sabar je la mama dengan budak buas 2 orang ni...
Riuh rendah rumah kalau deme ada kat rumah
Tapi kalau takde rasa sunyi la pulak...

JAUH BAU BUNGA, DEKAT BAU TAIK

Aku rasa ramai yang tahu yang aku duduk dekat dengan rumah mentua aku a.k.a Cik Besah
Dan aku rasa ramai pun yang sama dengan aku
Rumah aku dengan Cik Besah cuma berselang 5 biji rumah je
Semua aktiviti kitaorang kebanyakannya memang Cik Besah  tahu [waloupun aku tak suka dia tahu]
Dan dia jugak suka nak bagitau aktiviti dia [waloupun aku tak hingin ambik tahu]

Tapi betul la orang kata duduk dekat dengan mentua  ni selalunya bau taik
Ada je la yang tak kena... ada je la yang tak betul
Kadang2 naik rimas dibuatnya... 
Kalau keep it to herself takpe la jugak.. ni siap canang kat jiran2.. menyampah tau
Yes... my MIL ni kategori kepochi jugak orangnya.

Bebaru ni  aku cuma menyampaikan ketakpuasan hati aku pasal laki aku
Semua berpunca dengan satu sebab yang tak relevan untuk dipanjang2kan
Biasa la kan.. bini kan suka membebel pasal laki itu la.. ini la
terus dia melabel aku queen control.... tapi dia main cakap belakang aku le... Hasben aku yang terdengar.  Wallawei... hangen satu  badan tau.



Well, ada masa kita ni tersangat letih & perlukan suami untuk tolong buat kerja rumah
Tapi alih2 hasben lebih pentingkan aktiviti luar, tentulah bini mengeluh, geram, bengang kan
Bini terkangkang sorang2 nak buat kerja rumah sorang2... 
Padahal laki-bini sama2 kerja, kalau laki reti nak berehat, bini pun nak berehat jugak kan
Tapi kat rumah, semua kerja rumah bini nak buat.. non stop.. hasben langsung tak simpati
Salah ke kita nak melepaskan perasaan kat orang lain selain dari membebel kat laki
Bila kita luahkan perasaan, terus dilabel queen control..
Tapi ye lah... mana2 mak pun tetap akan menangkan anak dia sendiri.. walaupun anak dia yang salah

Aku tak niat nak bukak pekong didada
Tapi terlalu banyak orang yang aku tak boleh percaya di sekeliling aku untuk aku luahkan perasaan
Balik2 cerita tu akan sampai jugak ke Cik Besah, siap dengan perasa tambahan lagi. Alih2 aku jugak yang tak betulnya. So aku luahkan je la dalam blog ni... blog aku ni takkan judge aku .

Ada masa rasa cam nak pindah dari sini. Kalau boleh tak mau tengok muka Cik Besah hari2.. tak mau cium bau badan masam dia yang tak mandi tu [ Cik Besah mandi sekali sehari je tau],  tak mau dia kepochi hal keluarga aku.. entah le... Kalau la aku ada banyak duit, dah lama kami beli rumah lain yang jauh dari rumah Cik Besah...

Kesimpulannya , jangan la duduk dekat2 dengan mentua.. harapkan bau bunga ros, alih2 dapat bau taik kucing...elok sangat la tu sebab kucing2 Cik Besah pun suka beno berak kat rumah aku.



SERONOKNYA MANDI HUJAN

Petang semalam hujan lebat gile kat rumah aku
Kebetulan hasben bawa Adib pegi gunting rambut
On the way balik rumah hujan pun mencurah2 makanya lenjun la dua beranak atas motor
Dah alang2 basah lenjun aku suruh je la Adib mandi hujan
[lagipun masa tu ada gak bebudak yang dok galak mandi hujan]

Ini le first time Adib mandi hujan. 
Nasib la hujan semalam takde petir & kilat
Kalau ada, aku pun tak bagi Adib mandi hujan kat luar.. BAHAYA kan
 Budak basah lenjun duk dalam hujan...

 Tengok la aksi bila "perak" dapat mandi hujan...
[hasben aku pun join mandi hujan sekali..heheheh]
 Cuci porch sekali.. siap menyapu bagai

 Aksi menyapu sambil duduk



** Jangan Adib demam dah le...

Friday, March 23, 2012

HANAK-HANAK

Takde mood la pepetang ni
Entry tanpa motif 
Yaya & Adib


** Dah tukar background blog... cantik tak??

OH MY GUCCI! DON'T ENVY ME

Semalam saje jenjalan kat forum pastu terjumpa la artikel ni
Tah kat majalah mana depa ambil artikel ni aku lupa la pulak. 
Aku tau cinonit sangat tulisan tu kan.. naik juling bijik mata nak bacanya
Pandai2 kome la nak baca cemana
Tapi aku nak highligt satu benda je.. yang no 13 tu


Hek elleh...Jangan jeles ek.... aku pun ada
GUCCI ENVY ME
Tapi aku beli kat pasar malam je yang gred AAA tu je noks... 30 hengget
heheheheh... saje sebab aku suka baunya
Tapi paling penting, laki aku pun suka... pakai tiap2 malam time nak tidur
Kalau pakai sure hasben aku kata WANGIIIIIINYE!!!!!!!!!!
[Ingat Yusry je ke suka, laki aku pun suka gek okeh!!!]

** Nak kena beli yang original la pulak pasni..
[Psst: Abang, hadiah aniberseri tak kasi lagi kan, so boleh belikan ai perfume ni okeh!!! Takmo cap hayam tau]

SUDAH DAPAT RM100

Semalam balik keje  terus ternampak duit RM100 dekat surat beranak Yaya kat atas meja. Hasben aku 1/2 day semalam semata2 nak gi ambil duit  bantuan tu
Alhamdulillah...
Rezeki anak2 tahun ni..

Thursday, March 22, 2012

SELAGI ADA RINDU

Layan je la lagu ni pepetang cenggini

HARPER SEVEN

Meh le tengok anak pom-pompuan si Beckham ni
Tersangat la kiut miut
Sat lagi boleh la geng dengan anak TomKat & Brangelina lor...




** Flat je perut si Victoria tu walopun dah anak 4. Jeles mak...
Pakai spanx kot kan....[ayat penyedap hati]

REZEKI SETIAP 21HB

Ada apa yer dengan 21hb?? [semalam la tu]
Ha.. kalau nak tahu 21hb ni la pesara kerajaan dapat  duit pencen... masyuk....
Kita belum gaji lagi, depe dah dapat gaji dah...

Selalunya kalau hari dapat pencen, pak mentua aku akan terus gi beli barang dapur
Selalunya dia gi shopping nun kat NSK Selayang
Selain barang dapur, sure dia akan belikan KFC untuk anak-menantu-cucu dia.
Memang sebelum ni tak pernah miss la beli setiap bulan
Dan pasti akan dia belikan sikit untuk kitaorang
Termasuk la jajan untuk anak2 aku..

 Rezeki kami bulan ni.. Roti tu pun pak mentua aku yang kasi.

Kalau ikutkan kitaorang tak pernah pun berharap dapat KFC tu tetiap bulan. Tapi bila tiap2 bulan asyik makan KFC tu jadi jemu jugak. Tu yang kitaorang beralih arah ke Marry Brown tu. 

Semalam masa balik keje, kami laki bini masing2 pakat lapar. So terus la shopping kat kedai Cik Ana belakang rumah. Kiranya kitaorang dah beli dinner la untuk malam tadi. Dah lepas makan tu baru la Cik Besah datang hantar KFC tu...makan lagi la pastu
Dinner malam tadi - Nasi Lemak Cik Ana

 Kuih nenek belakang rumah 
[dia letak kuih kat kedai Cik Ana, so kami beli la 2hinggit]

 Aku ingatkan kuih koci, so aku beli la 2.. 

 Sekali buka rupanya lepat labu.... Sedap tau...

 Inti kelapa gula merah ni, sesedap rasa je manisny. Ai like!!!!
[Last2 dua2 aku makan.. laki aku makan je la karipap tu...]

** Tah kenapa la napsu makan aku menjadi2 semenjak dua menjak ni.. Takde harapan la aku nak slim raya tahun ni!! Huhuhuh...


Wednesday, March 21, 2012

PUDING BUAH DADA

Macam la takde buah lain korang nak buat puding ye..
Orang Jepun ni betui la dah terlebih kreatif gamaknya
Dalam banyak2 buah dalam dunia ni, buah ni jugak yang deme nak guna
Memang mengeksplotasikan kaum wanita je..

Buat masa ni puding ni memang laris gile la kat Jepun tu
[mesti majoriti orang lelaki yang beli kan???]
Puding ni didatangkan dalam pelbagai perasa dan dipek dengan pelbagai gambar2 anime pompuan yang comel lote. Dah le tu siap buat cover bra yang kalerful cam gambar2  ni. Pastu siap ada saiz kopek lagi tau!! Boleh le pilih  nak besor ke kecik..




Sebelum makan kena la dibuka dulu bra tu perlahan2. Barulah akan tersembul rupa paras puting puding tu
Terlebih sudah... Melampau kan???
Kalau la puding ni masuk Malaysia, sure selalu out of stock..

JENERAL TURUN PANGKAT

Ingat tak lagi tudung hijau yang aku pakai masa raya tahun lepas?
Ala... tudung yang menampakkan kegemukkan muka aku yang sedia gemuk tu...
Tak ingat??? Yang ini la...
Tudung ni ada kawan aku kata macam jeneral. 
Sebabnya pasal ada kain kat kiri kanan tudung yang membuatkan macam pangkat jeneral tu..hehehehe
Aku tak terfikir lak masa beli tudung tu sebab masa tu fokus aku hanya nak cari tudung kaler hijau camtu sebab nak matching dengan baju raya.
Dan kalau nak tahu sekali tu je la aku pakai tudung tu pun.

Semalam untuk kali kedua aku sarung balik tudung tu, pun sebab nak match dengan baju kurung yang baru disiapkan oleh mak aku...
Tapi supaya lebih selesa dipandang, aku dah buang pangkat jeneral tu
TADA!!!!! Tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya buat aktiviti menetas benang di subuh sepi'e..
[muka original aku tu tanpa sebarang mekap...huduh! nampak parut2 jerawat ai...]

** Baru terperasan.. terpakai brooch yang sama la...

WW 2012 # 12

Kalkulator ni Yaya yang punya
[dah menurun perangai aku.. suka guna kalkulator]

Dasar PINKMANIA sungguh anak dara aku ni..

Tuesday, March 20, 2012

MARRYBROWN LAGI

Sejak Marrybrown dah bukak kat Batang Kali, dah jarang kami makan kat KFC
Maybe sebab dah selalu sangat makan KFC gamaknya
Lagipun tempat permainan budak2 kat MB tu lagi best dari KFC tu la sebab utama kenapa anak2 aku suka ke situ. 
Malam Sabtu lepas, Adib ajak abah dia gi Marrybrown. Tak nak menghampakan anaknya tu, hasben aku bawa la pegi situ. Kalau Adib ajak aku, sah2 aku rejek.. Kot ya pun nak pegi situ, tunggu la time2 gaji kan. Time tengah "sesak" ni la deme ajak makan sedap. Sabo je la..

Ate dah hasben nak belanja, so jangan la tolak rezeki, ye dak??
Kalau ikut aku, aku suka duduk tingkat bawah sebab ada kerusi yang macam buaian tu. Tapi anak2 aku suka naik tingkat atas sebab dekat dengan tempat main. Tapi unfortunately, masa kitaorang pegi tu, tempat main tu ramai la pulak budak2nya. Anak2 aku pun tak nak masuk main..So kita posing je la dengan gambo beger besaq ni...

 Ambil gambar secara skema!



Yaya ni kalau pegi MB, dia suka makan berger. Adib pulak suka makan ayam pegang [drumstick]. Hasben aku pun suka makan beger. Aku je suka makan lain dari yang lain... Ni le feveret aku kalau ke MB
Chick-A-Licious : Ayam goreng yang disiram dengan black pepper sauce

dan jugak ini
Selalu aku add-on je... Memang sedap walopun tak setanding dengan Pizza Hut punya..

Dalam dok syok2 makan tu tetiba aku terpandang sorang lelaki ni. Macam kenal tapi tak sure. Nak tegur takut termalu lak aku.  Dia sorang blogger yang boleh kata femes di kalangan warga2 yang nak kurus. Memang aku tau dia duk Batang Kali. Sekali dia duduk kat belakang kitaorang. Masa tu aku curi2 dengar la conversation deme. Kalau dah deme memang bercerita bab kurus2 ni..Sah! Dia le orangnya.
Nampak tak orang yang duduk belakang hasben aku tu. Yang baju hitam tu tau, bukan yang baju belang tu.

Dia le blogger yang bernama DZUL atau lebih dikenali melalui blognya  SAYA NAK KURUS. Sapa2 yang berhajat nak menguruskan badan dengan diet yang diamalkan oleh DZUL, boleh le pi terjah blog dia. [Akak promote blog ko dik!!!!]

** Nasib la si Dzul ni idak menegur aku. Dibuatnya dia tengok apa benda aku makan tu kan, sure dia sound "Akak ni... kalau makan camni cemana la nak kurus???" ekekekeke


BANTUAN RM100 UNTUK MURID DARJAH 1 TAHUN 2012

Petang semalam Yaya bawa balik surat dari sekolah. Katanya cikgu yang bagi. 
Masa aku tak tengok lagi aku dah terdetik dalam hati : "sekolah ni nak mintak duit le tu"
Tapi sangkaan meleset uols... 
sebenarnya bukannya nak kena keluar duit, tapi nak dapat duit rupanya....
 Rupanya budak darjah satu pun dapat ek.... Alhamdulillah...

Masa pendaftaran dulu ada gak la kot ibu bapa yang tanya pasal bantuan RM100 untuk budak darjah 1 ni. Ye la kan, budak2 lain sebelum ni dah dapat, tapi budak darjah satu masa tu belum konfem dapat ke tidak. Tapi Guru Besar tu kata, masa tu belum dapat arahan lagi. Kalau dah ada arahan, sekolah akan maklumkan pada ibu bapa.
Yaya akan dapat duit ni pada hari Khamis ni. Rezeki Yaya la kan nak merasa duit kerajaan kasi... 
PENTING: BAWA SURAT BERANAK ASAL masa nak pi ambil duit tu..


Anak korang yang sebaya ngan Yaya dah dapat ke duit bantuan RM100 ni???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...