Wednesday, February 29, 2012

KELEWATAN

Tension tul hari ni sebab pagi2 lagi dah jem. Aku pun punya la semangat kuar rumah awal dari yang biasa. Kenkonon boleh la sampai awal ke opis. Alih2 aku tersangkut dengan jem kat bulatan Selayang. Bengang tul!
 Nampak tak dah pukul berapa tu? Opis hour aku dah le kul 9.00 pg. 
Aku masih lagi tersangkut di MRR2.


Jem tah apa2 tah...


Perjalanan aku yang sepatutnya hanya 45minit dari Batang Kali, terus jadi 2 jam hari ni tau. Nyampah!
Terasa sangat seteresssssssssss [macam Makcik Rehan]

WW 2012 # 9


Senaman otak... boleh baca tak?

Tuesday, February 28, 2012

TERUKIR DI BINTANG

Takde modal nak meraban dah.. layan lagu la pulak
Walaupun lagu ni hasben aku tak suke, tapi aku suka.... LAYAN je la abang oi...





** Tak pernah minat Yuna, tapi lagu ni best la...

CUTI TAMBAHAN TAHUN 2012

Amboi...amboi... kalau cuti memang alert sangat la kan..
Ni bukan tambahan cuti  tahunan yang kompeni bagi tu tau , tapi cuti kerajaan yang bagi. Senang citer cuti umum la kiranya...satu Malaysia dapat cuti kekdahnya 
[sape keje dapat la gaji triple..heheheh]

Buat yang tak tahu lagi... ni nak habaq 11 APRIL 2012 ni cuti umum tau
Cuti sempena pertabalan Agong yang baru
Dah masuk sotkabor hari Sabtu lepas kalau tak silap
Tak caya cuba cekidaut kat  sini --->  11 APRIL 2012 CUTI UMUM PERTABALAN AGONG






Suka tak??? Aku kalau dapat cuti memang la sukeeeeeeeeeeeeeee sangat.

DAFTAR ONLINE DARJAH SATU TAHUN 2014

Semalam lepas baca blog ILLA pasal dia register darjah satu tahun 2014, cepat2 aku pun daftar anak aku. 

Kali ni nak daftarkan Adib pulak. Walaupun Adib baru 5 tahun, tapi better la buat cepat2. Tak macam masa daftar si Yaya haritu, sampai aku email kat jabatan pendidikan  tu tau apasal website online registration tu tak boleh nak bukak. Citer tu boleh refer kat SINI dan SINI





Online registration ni hanya untuk sesapa yang nak daftar anak sekolah di area Selangor sahaja yer... Negeri lain tak terlibat okeh...[Refer la PPD masing2]
Sebelum daftar kat sekolah, sila register online dulu, pastu baru bawak print out & dokumen yang diperlukan ke sekolah yang korang nak daftar tu...


Kalau belum register lagi, boleh klik kat sini
[untuk sesi kemasukan tahun 2013 & 2014 sahaja]

Monday, February 27, 2012

LISA & YUSRY BETUL2 WEDDING OF THE YEAR 2012

Asyik2 kisah depa ni kan.. tapi kena admit la ramai yang suka bila depa ni kahwin
Sangat comel, cute, adorable....bla..bla..bla

Walaupun aku ni sebenarnya idak le minat sangat dengan si Lisa Surihani ni [minat kat Yusry & KRU je]
Tapi memang nampak depa deeply in love kan?? Berseri2 muka diaorang
Yusri memang nampak sangat sayang kat Lisa... Untungnya Lisa.....




Belum apa2 abang Yus dah tunjuk kelelakian... siap dukung bini dia lagi
[laki aku dah lama pencen bab angkat mengangkat ni... maklum la bini mengalami tumbesaran..]

Ni paling terserlah betapa Yusri tak nak lepaskan si Lisa..
Ni baru betul "sayang awak ketat2" hehehehe




** Masa Yusri kawen dengan Erra dulu depa panggil abang-adik, agaknya dengan Lisa, apa panggilan diaorang ek??

MINYAK MASAK TUALA WANITA

Kecoh dalam paper hari ni pasal tuala wanita dalam peket minyak masak
Naik loya lak tekak aku dibuatnya
Agak2 korang la, cemana la agaknya pad tu boleh termasuk dalam minyak masak tu??

FACE/OFF

Sape tengok citer ni kat TV9 malam Sabtu lepas?
Aku rasa ramai tak tengok kot sebab kome nengok Walimatulurus Lisa-Yusry kat Astro Ria kan?? kan??
[Aku tak le tengok, kan ke rumah aku takde ASTRO]

Citer ni walaupun dah lama tapi memang best tau
Lakonan John Travolta & Nicholas Cage


Setia tul aku nengok citer ni, waktu iklan pun aku tak tukar channel lain
Tapi yang tak bestnya, banyak juga scene kena potong
Walopun aku tak minat dua2 aktor tu, tapi sebab jalan ceritanya tu best, aku tengok la jugak
Selalunya kalau hero tua2 ni malas nak layan, tapi tu la style Hollywood, aktor tak penting tapi jalan cerita kena kuat la kan

Satu lagi citer yang memang aku akan tengok everytime tayang ialah citer Armageddon
Kalau mengantuk pun aku sanggup tunggu sampai habis
Hero tua kan... Bruce Willis, tapi sangat touching tau


** Tak sempat nak layan citer Sangam haritu sebab Adib nak tengok Wonderpet...





Friday, February 24, 2012

AKU PENING KALAU PEGI KL!

Semalam aku cuti tau. Saje nak menghabiskan cuti tahun lepas yang masih berbaki.Kalau sape yang baca blog aku semalam, entry semalam adalah auto publish ok... sebab semalam sehari suntuk aku tak dan nak mengadap komputer pun.

Semalam keluar rumah cam biasa. Maklum la nak berlakon dengan anak2 konon2 aku gi keje. Anak2 aku bukannya boleh kalau tahu mak bapaknya bercuti. Mula la macam2 perangai keluar..  Lagipun aku banyak gak urusan semalam, so payah la kalau nak mengusung anak sana sini.

Destinasi pertama aku pegi pagi tu ialah ke Tabung Haji. Kat Batu Caves je pun sebab nak gi simpan duit anak2 aku. Dah berbulan terperam kat rumah. Pastu aku gi nak gi Menara Maybank sebab nak hantar dokumen opis aku. [Cuti pun buat keje gak..heheheh]. Dah le tak pernah pegi, so aku gamble je lah. Nak bawak kereta masuk KL memang payah la kan di tambah pulak aku yang memang tak expert selok belok KL ni. Kesudahannya naik je la LRT.

Nak cari LRT station pun satu masalah jugak. Bukannya tak jumpa LRT station tu, tapi parking takde... Semua penuh. Takkan nak parking selamba je tepi jalan, kang tal pasal kena klam pulak dengan DBKL.. Dari Taman Melati-Wangsa Maju-Sri Rampai-Setiawangsa, finally parking je kat Jelatek. Naik dari situ turun Masjid Jamek kena la RM2 untuk satu hala.

Memandangkan aku ni dah lama sangat tak naik LRT, terkial2 la nak beli tiket. Siap tanya kaunter, rupanya dah tak pakai tiket ek.. dah pakai token. Dah le tu kena beli guna mesin lak tu. Terkial2 aku dibuatnya.
Ini le token untuk naik LRT tu..

Akhirnya selamat tiba juga aku kat Masjid Jamek.


Pas tu nak kena menapak ke Menara Maybank.. Ingatkan dekat.. 
Boleh kata jauh la jugak untuk kategori pemalas cam aku... Dah le pakai heels... melecet kaki aku dibuatnya..


Dah sampai sana nak naik tingkat 30 pulak.. 


Ni gambar curi2 je...Tu yang tak cukup centre tu. Kang  bebudak opis tu kata aku ni jakun pulak..


Lepas berpenat lelah menapak & mendaki bukit, lepas balik ke Jelatek, terus pi ambil hubby kat Segambut. Dia pun half day gak sebab urusan lepas ni nak kena pi berdua..Hahaha.. Urusan apa?? Ooo.. itu takyah le nak citer sebab tak penting pun... Lepas settle urusan tu, masing2 perut dah keroncong terus serbu A&W. Ingat nak telan Subway je tapi hubby aku ajak minum Rootbeer..Ikut je la..


Kami order set ni.. Mozza Burger [kalau tak silap]


Lepas menyendat perut, terus balik rumah. Lagipun kepala aku dah makin sakit lak. Tak dan nak pi tengok wayang citer Adnan Sempit 2. Semalam kan baru start tayang. Takde rezeki... Nanti la gi cari VCD cetak rompak..heheheh.

TAHNIAH CUTE COUPLE : LISA SURIHANI & YUSRI

Akhirnya dengan rasminya si Lisa Surihani dah tukar title Puan kepada Yusri KRU
Tahniah! Tahniah!
Banyak blogger dah buat entry pasal cute kapel ni..
Gambar2 pun banyak dah diupload especially kat blog Abang Nara, Rotikaya & Ohbulan
Aku suka kapel ni.. sweet sangat... sama macam masa Yusri kawen dengan Erra dulu
Sama cantik sama padan kan??
Tapi harapnya endingnya tak macam perkahwinan Yusri yang terdahulu..



Yang paling penting, ramalan Uncle Seekers tentang couple ni memang TAK TEPAT langsung. Nampak beno menipunya [baca gaya Usop wilcha sambil tangan goyang2]

Video akad nikah LY ni boleh tengok kat blog KAKNGAH
Tapi kenapa kena tepuk tangan lepas sah bernikah tu ek??? Macam tak sesuai jer..

Thursday, February 23, 2012

PUZZLE LAGI

Meh nak tengok sharp tak mata korang
Cuba cari muka orang kat biji2 kopi ni..


JUMPA TAK??

DI DADAKU ADA KAMU

Ape hal lak citer dada-dada ni yer dak
Ni gara2 takde modal nak buat entry la ni
Terima je la seadanya....

Aku tahu laki aku takde dada bidang & perut kotak2 macam ni


Yang aku tahu laki aku memang takde bulu dada
Tapi aku tahu jugak kat dada laki aku memang ada benda ni

Sebab dia memang perokok tegar...
[Serius geli giler aku tengok gambar ni]
Sampai kadang2 terbayang benda ni ada disebalik kulit dada dia.. Yucks!

Jenuh pujuk... tapi jenis tak makan saman punya orang
Tunjuk la gambar ngeri cemana pun.... dia memang tak kisah..
Aduhai... nak buat cemana???


** Kadang2 kita tahu benda tu tak baik untuk kita, tapi kita tetap buat juga, Kadang2 kita tahu benda yang kita buat tu DOSA, tapi kita masih mengulanginya...

Wednesday, February 22, 2012

BIL YANG MUNASABAH

Kelmarin baru dapat bil api untuk bulan ni... 
Baru la aku puas hati sebab bilnya adalah munasabah berbanding bulan sebelumnya
Bulan ni bil elektrik aku cuma RM56.95. Kira average punya rate la sebab selalu pun bil aku cuma antara RM60-RM70 je sebulan. 

Tapi yang menjadi kebengangan aku bulan lepas adalah bil yang terlalu tinggi untuk penggunaan domestik macam aku.
Nampak tak harga bil bulan lepas =RM126.65. Terkejut aku bila dapat bil tu. Tak pernah2 bil api aku mencecah RM100 tau. Lagipun bukannya aku guna elektrik terlampau2. Seingat aku kalau yang buat bil api aku mahal cuma sebab ekon & water heater je. [Sebelum aku ada 2 benda tu, bil api aku tak sampai RM30 pun sebulan]

Mesti korang kata sure aku guna ekon @ water heater terlampau2 kan sampai bil aku jadi mahal. Sebenarnya tak ok... Bulan sebelum tu memang jarang guna ekon sebab cuaca asyik hujan. Water heater cuma setiap pagi. Petang mandi air sejuk je. Pastu siang2 aku tak pernah buka ekon pun. Ntah apa la penyebab tetiba bil aku mencanak naik.

Kawan aku kata pi la komplain kat TNB. Ah.. malas la aku, takat benda seratus lebih tu, pung pang pung pang kat TNB pun bukannya boleh dapat diskaun. Nak tak nak kena jugak bayar. Masa tu aku ingat maybe ada wiring kat rumah aku yang shot tapi bila sampai bil bulan ni tak pulak mahal macam bulan lepas. So kebarangkalian ada wayar shot tu mungkin tak ada.. Entah le..

Mak aku pun pernah kena bil api sampai RM400++. Dah le duduk sorang je kat rumah. Dia pi komplen kat TNB tapi budak tu kata deme buat anggaran je. Halo... kalau nak buat anggaran pun agak2 la kan. Takkan la berganda2 dari jumlah2 yang normal. Nak tak nak mak aku terpaksa gak bayar bil 400 tu. Camne la TNB tak kaya, asyik songlap duit rakyat cenggini je...

Korang pernah tak ada experience cam aku?

PENDIDIKAN SEKS DARJAH SATU

Ini bukan entry lucah tau ataupun cara2 mengajar anak2 darjah 1 cara2 buat seks pulak. Choy!


Nak citer satu conversation antara aku dan Yaya hujung minggu lepas. Aku dah lupa ingatan apa asal usul permulaan perbualan tu. 

Yaya : Mama, nanti mama jangan panggil pepet tau 
[korang semua sure tau pepet tu apa kan???]

Mama : Abis tu nak panggil apa? 

Yaya : Cikgu suruh panggil GENITALS

Mama : Genital?? Kalau laki punya cikgu suruh panggil apa?

Yaya : Genital jugak le
[fuh... nasib cikgu tak cakap pasal vagina & penis pulak...hehehehe]

Yaya : Pastu cikgu cakap, kalau budak perempuan, orang lain tak boleh  pegang sini, sini ngan sini [sambil tunjuk genital, punggung & dada]. Kalau budak laki pulak tak boleh kasi pegang sini je [sambil tunjuk genital]

Mama : Tau takpe... Ingat pesan cikgu tu... Jangan kasi orang pegang tau! Yaya pun tak  boleh pegang orang punya...


**Entry aku ni agak terang & jelas butir2 perkataannya.. Ya-ampun kalau ada yang tak selesa baca entry ni...

** Bagus juga kalau kat sekolah dah alertkan budak2 pasal isu macam ni. Kadang2 kalau cikgu pesan depa ingat tapi kalau mak bapak sendiri pesan cepat beno lupanya...

WW 2012 #8


Tuesday, February 21, 2012

AH AH AHMAD....

Korang pernah dengar lagu Ahmad tak??? Tah sape tah penyanyi tu.
Selalu kita dengar lagu tajuk nama orang pompuan je cam JULIA, JESNITA, FARHANA, LAILA etc..
Ni lagu dok sebut nama orang lelaki la pulak

Menyampah sungguh aku dengar lagu ni
Nak2 pulak orang yang nama AHMAD ni mula la perasan
[salah sorang tu hasben aku la tu...]

Ce korang lak dengar lagu ni.. apa komen korang?
Kenapa nak kena sebut Ah..Ah.. Ahmad 
[adoyai.. memang tak bleh blah langsung]
Kalau lagu ni ada kat radio, dan2 tu aku tukar channel lain...



** Sape Arrora Salwa tu ha???

BETO KUSYAIRY | TETIBA FEMES PULAK MAMAT JAWA NI

Mamat jawa pulak dah aku nak citer ek...
Sape tengok cerekarama Sabtu lepas? Tajuk JUJUR AKU DAYUS tu...


Terus terang aku tak tahu langsung cerekarama malam Sabtu tu citer apa. Gazet pun aku tak tengok. Pastu aku tanya mak aku [kebetulan mak datang rumah]. Mak aku memang tak ingat tajuk tapi dia kata pelakon pompuan tu Nora Danish & pelakon laki tu mamat yang muka cam jawa tu. So aku pun tak terfikir la pulak si Beto tu yang berlakon. Bila dah start cerekarama tu baru la kuar muka si Beto. So technically mak aku la yang cakap dia mamat jawa..hehehehe.. Bukan aku tau... [Dia tu memang jawa ke???]

Hari ni masa blogwalking, ramai pulak yang dok review citer cerekarama tu. Siap ada yang dah jadi minat kat Beto. Setahu aku Beto ni kira femes lepas berlakon citer Juvana [correct me if i'm wrong]. Tapi aku tak pernah tengok citer Juvana so aku no comment lah. 

Sampai la masa cuti Thaipusam hari tu, aku tertengok citer SELAGI MASIH ADA kat Astro Citra [kalau tak silap]. Citer ni sweet sangat tau. Walaupun pelakonnya cam tak glamer & tak lawa & tak hensem, tapi jalan cerita tu best. 


Yang aku suka tengok si Beto ni, mimik muka dia yang cool tu. Cam budak2 nakal pun ada. Memula aku tengok dia ni muka cam Aziz M Osman muda2 sikit2 tapi bila dah lama2 baru la rasa lain sikit..Hehehehe.. Aku ni memang payah nak cam muka orang kalau tengok sekali dua. Ambil masa yang lama jugak nak cam orang..

JOM MENGGEMUK DENGAN MAGNUM CHOCO CAPPUCCINO

Dah try makan aiskrim Magnum yang perisa baru tu? Ala.. yang Choco Cappucino tu?
Ahad lepas, sebagai ganjaran selepas menggosok kain baju yang bertimbun untuk stok seminggu, terus ajak tok laki pegi kedai sebab nak beli aiskrim... Hehehehe... bosan le jugak kalau asyik mengadap ABC & Cendol Pak Zem kat gerai Cik Ana tu kan... 

Hari Ahad bukannya banyak kedai yang bukak kat Batang Kali ni. Akhirnya terjah je la kat 7-Eleven mencari aiskrim yang diidam2kan. Yaya la yang start kata nak aiskrim Magnum [tapi dia tunjuk yang klasik]. Adib pulak nak Paddle Pop pelangi je.. Untuk aku pulak tentulah Magnum Cappuccino tu & untuk hubby aku belikan Magnum Almond..


-gambo gugel je-

Magnum Capuccino ni takde la sedap sangat. Boleh la sebab dia ada cebisan caramel kat aiskrim tu. Terlalu manis untuk aku. Aku lebih prefer yang Almond @ Classic. Korang lak cemana?

Monday, February 20, 2012

HANTU KUM KUM

Kecil2 dulu memang selalu ditakutkan dengan citer hantu KumKum ni. Kalau tak silap aku, kalau terdengar orang bagi salam Assalamualaikum Kum Kum tu maknanya hantu kumkum la yang datang tu.. Eiiiii seram sejuk masa tu dibuatnya.

Kononnya hantu kumkum ni asalnya sorang pompuan cantik yang langgar pantang & akhirnya muka dia jadi buruk. Tapi masa aku sekolah rendah dulu ada jugak cerita camni tapi bukan panggil hantu kumkum, tapi panggil apa tah aku dah tak ingat. [Sapa ingat sila refresh memory aku ni ek..] Katanya masa tu pompuan tu keje kat kilang SEAGATE, Chemor pastu bila muka dia dah buruk, dia pakai purdah sebab nak sorokkan muka dia & sambil tu culik budak2 pompuan sebab nak makan darah anak dara sunti. Katanya dia naik kancil merah, so masa tu kalau nampak kancil merah mula la fobia. [Masa tu dah le aku gi sekolah agama naik basikal, siap lalu kawasan lombong yang  agak sunyi lak tu]

Sampai sekarang tak tahu la kesahihan cerita tu betui ke idak. Ada yang kata betul, ada kata tipu semata2 nak takutkan budak2 dari keluar sorang2. Ntah le..

Semalam, sempat la nengok citer Sumpahan Kum Kum ni. Aku donlod je citer ni. Tak kuasa la nak beli CD bagai. Nak tengoknya sekejap je pun.
Memula tu cam tak berapa paham sikit la. Tapi towards ending baru la dapat tangkap sebab kewujudan hantu Kum Kum tu. Selalunya kalau tengok citer hantu Malaysia ni, hantu2 ni wujud sebabnya nak sampaikan sesuatu @ sebabkan dendam dan jugak berkaitan dengan amalam ilmu hitam.

Basically citer ni disebabkan dendam je la. Tu la sebab dia nak hapuskan keturunan Mak Som [lakonan Lydiawati]. Eh pompuan ni kan ke dah bertudung, pesal dia bukak tudung lak dalam citer ni??
-Ni scene masa pompuan yang dah terlanggar pantang tu nak mintak tolong Mak Som carikan cara nak cantikkan balik wajah dia-


Pada aku citer ni takle seram sangat. Rupa paras hantu tu pun idak le mengerikan sangat. Takde scene yang terkejut2 pun.  Takut lagi tengok muka hantu dalam citer Karak tu rasanya..heheheh..


Overall, ok gak le citernya. Nak kata tak best, kira orait le, nak kata best pun, idak le jugak. Aku bagi 2.5 bintang je. Kalau nak tau sinopsis, kome google la sendiri. Aku malas nak taip panjang2.

** Tapi tak pulak diceritakan asal usul kenapa dia sebut kum-kum tu. Adik aku siap cakap macam nak main2kan perkataan assalamualaikum tu pulak.. Betui jugak kan???

DAH TAK BERAK, KENCING LA PULAK

Tension tau aku dengan perangai kucing jiran tetangga yang suka sangat menjadikan kawasan rumah aku jamban depa. Selalunya deme berak kat laman aku. Tapi lately dah pandai berak atas simen lak. 

Ada sekali tu, kitaorang baru balik keje, sampai rumah pulak dah malam. Memang le masa sampai ke depan pintu rumah, aku dah terbau taik kucing. Nasib baik la Adib cakap ada taik kucing kat tepi tu. Aku ingatkan bunga layu yang ditup dek angin. Aku pun kuis la sikit dengan kasut. Eauwwwwwwwww..... memang sah taik kucing. Hamjadah punya kucing! Tak pasal2 kasut aku kena taik kucing & laki aku kena cuci satu simen porch..

Lately, dah kurang dah taik kucing kat rumah, tapi selalu sangat bau hancing kat tepi pintu dapur. Memula ingatkan cencorot yang kencing celah pasu bunga aku. Sekali hari tu aku tengah lepak2 kat warung Cik Ana yang sekangkang kera dari rumah aku tu, aku dah nampak dah punca sebenar bau hancing tu.

Ada sekor kucing putih kucing yang kami panggil PAKTEH, suka sangat memancut kat pintu dapur, celah pasu, bawah ampai kain & kat rak kasut aku. [Semua tu memang dekat dengan pintu dapur]. Patut la asal aku keluar kat pintu dapur je selalu berbau hancing. Geram aku tau. Sekarang nak pakai selipar pun dah was2. Kalau lembab sikit kasut tu mesti aku dah terbayangkan kencing si Pakteh tu kat kasut aku.

-bukan gambar Pakteh tapi gambar google jer-

Aku dah lama suruh hasben aku belikan dawai cam reban ayam tu. Senang aku nak letak kat pintu pagar supaya kucing2 ni tak dapat masuk ikut celah pagar aku. Tapi request aku tu dipandang sepi jer... Agaknya hasben aku tu masih mampu nak mengadap berak & kencing kucing kot. Kalau aku sorry la..... so pasni asal ada taik kucing/kencing kucing, sape aku nak panggil....... DATIN MAIMON.... eh silap... DATO' AHMAD le... [laki aku la tu...].


Saturday, February 18, 2012

RAMBUT YAYA YANG AKU LUPA NAK TAYANG

Citer basi untuk bulan ni... Patutnya bulan lepas aku citer tapi dah asyik terlupa je..

Nak citer pasal rambut Yaya yang aku citer hari tu
Kan aku cakap Yaya potong  rambut BOB Style kan??

Ha ni la rambut Yaya untuk tahun 2012 ni
[Nanti nak pendekkan sikit lagi bahagian belakang tu]
Ada rupe rambut Victoria Beckham tak???







Friday, February 17, 2012

GAMBAR DULU-DULU

Bebaru ni hasben aku ada ambil gambar2 kat rumah Cik Besah
Gambar2 tu semuanya dia lekat kat almari dalam bilik kat rumah Cik Besah tu. Kiranya almari lama dia le. Agaknya Cik Besah nak kemas bilik2 tu & nak buang mana yang tak patut tu, so dia tanggalkan gambar2 lama tu & bagi pada hasben aku. 

Bila dah bawa balik pulak, Yaya pulak buat PSV dengan gambar abah dia tu. Tau ke PSV tu apa??? Pendidikan Seni Visual..hehehehe..Semua gambar2 tu dia buat collage kat cermin almari pinggan mangkuk aku. Aku pun tak sedar bila masa dia buat projek tu. Tau2 dah penuh cermin almari aku.

Tak kisah le tu..Bukannya rosak pun cermin tu kan. Cuma nampak a bit messy la. Dah le lekat pakai masking tape. Masa aku belek2 gambar hasben aku tu nak tergelak pun ada. Ye la masa muda2. Nak tengok??
 Ni zaman hasben aku merempit kat trek..hehehe
Laki aku dulu masuk racing tau. Pastu dulu dia ada rambut yang panjang
[Masa kurus kering, langsung tak hensem..heheheh.. Kalau aku jumpa dia masa ni awal2 aku dah rejek ..hehehehe]


Nampak tak masking tape kat gambar tu. Tu la cara Yaya tampal gambar2 ni. Ni hasben aku dengan member dia. Giler kurus kan laki aku???


Ada banyak lagi la gambar laki aku tapi cam tak wajar lak aku nak publish kat sini. Biarlah jadi tontonan mata aku anak beranak je...

ADA REZEKI KOT TAHUN NI

Semalam masa on the way pergi kerja aku terperasankan sesuatu
Sesuatu yang ditunggu bertahun-tahun
Sejak aku pindah ke rumah sekarang

Akhirnya, selepas 4 tahun....
POKOK MANGGA AKU DAH BERBUNGA...

Pokok mangga ni jiran depan rumah aku yang bagi anaknya
Pastu aku suruh hasben aku tanam kat luar pagar
[sebabnya kalau tanam dalam pagar, berkemungkinan tinggi cepat mampus sebab tanah kawasan rumah aku tu tanah berbatu & tak berapa subur]

Tu dia bunga mangga.... Gambar ni aku snap dari dalam kereta je
Malas nak turun semata2 nak tangkap gambar

Tak sabar nak tunggu pokok mangga ni berbuah. Tak tahu mangga apa ni. Tapi kalau pokok diluar pagar ni pepaham je la risikonya sebab ntah sempat ke tidak merasa buahnya sebab berpotensi nak kena curi.. Kalau ada rezeki tahun ni, merasa la aku nak makan mangga pokok sendiri...

Thursday, February 16, 2012

YANG AKU BARU TAHU : CARA NAK SUBURKAN POKOK BUNGA

Aku ni bukanlah minat sangat bab2 gardening ni, tapi kena la juga ambil tahu hal2 gardening sikit2. Memandangkan ada kawasan yang agak lapang kat rumah, takkan le nak dibiorkan gonjeng je tandus tanpa pokok2. 

Kebanyakan pokok aku tanam dalam pasu je [Cik Besah yang tanam tapi dia export ke rumah aku sebab rumah dia dah penuh dengan pokok bunga]. Takkan nak dibiorkan je pokok2 tu kan, so kena la rajin jaga sikit. Tapi kami laki bini cuma rajin siram air je... nak membaja jauh sekali [patut le pokok2 aku tak berapa nak berbunga]. Bunga raya je la pun yang rajin berbunga kat rumah aku. Itu pun sebab tanam atas tanah.. pepandai la dia cari nutrien sendiri.

Hasil pembacaan aku kat majalah wuuhu online ini la yang aku discover
Nampak tak yang dalam colum hijo tu??? Tak nampak?? Sah2 korang rabun
Aku pun tak nampak jugak sebab aku memang rabun..heheheheh
Meh aku kasi zoom  sikit yer..

Ada yang aku baru tahu especially petua no 2, 6, 8 & 10.

Hopefully pokok2 aku akan subur & berbunga2 selalu...


** Tengah cari petua tak nak bagi kucing berak kat laman lak.

PANDUAN NAIKKAN SERI WAJAH

Orang pompuan suka sangat la kan kalau nak muka cantik berseri
[tapi kalau hati busuk pun tak guna tau...]

Jom pakat amal ramai2 yer..

Wednesday, February 15, 2012

CARI KUDA

Entry edisi mengantuk...
Kalau terer, cuba teka ada berapa ekor kuda dalam gambo ni??


Ce teka, ce teka...

WW 2012 #7

Jangan membazir tau!!!!!

Tuesday, February 14, 2012

SOOOOOOOOO SWEET!

Kata orang semut mati kerana gula
Manusia mati kerana......... kerana apa?
Kerana DIABETES la....hehehehehe

Baru dapat fakta yang dishare kat fb aku... Sangat2 memeranjatkan... [ok, takde la terperanjat sangat sebab ada yang dah tahu]. Tapi sebabkan sayangkan kome, aku share le jugak kat sini. 

Malas nak citer panjang, tengok je le gambarajah kat bawah ni..
Banyaknya kandungan gula dalam makanan feveret korang
Ni baru gule ye kengkawan, belum masuk garam lagi
[nanti aku cari chart pasal garam pulak tepek kat blog ni..hehehehehe]


** Most of the item tu adalah barang wajib beli masa shopping barang dapur...huhuhuhu


MANDI CHEPOR

Aktiviti kemuncak masa balik Ipoh hari tu ialah pi mandi sungai
Elok sangat la kan dengan cuaca yang panas & terik kebelakangan ni
Tapi kami tak pegi jauh pun, cuma ke Ulu Chepor je. Idak le jauh sangat Silibin dengan Chemor tu.. Ada la jugak dalam setengah jam [banyak traffik light nak kena berenti]

Memula plan nak pegi pagi sebab senang nak cari port yang best. Lagipun pepagi orang tak ramai lagi. Tapi disebabkan mak aku ada kenduri [sebab mak aku cakap dia nak ikut kitaorang], so kena la tunggu mak balik dari kenduri. Lepas makan tengahari dalam kul 3ptg camtu, kami bergerak le.

Pegi 2 biji kereta je - kereta aku & kereta acik. Tapi bila sampai sana, jem tak hengat ko! Jalan dah le sempit. Banyak lak kereta berselisih jalan. Tu la yang jadi jem tu. Ada yang nak pegi, ada pulak yang nak balik. Ditambah pulak ada je yang parking kiri kanan jalan so makin sempit la laluan tu. Memula tu cam dah serender je  tapi menengokkan kawasan sungai kat situ cuma sedalam betis si Adib je, so tentulah nikmat mandi manda takde feel kan...

Sabar punya pasal, alhamdulillah selamat jugak dapat parking. Tapi dah malas dah nak masuk ke dalam lagi. Dapat pulak tempat yang pernah kitaorang pegi dulu. Jadi le...Sesuai la untuk orang dewasa nak mandi sekali & tak berapa dalam jugak untuk budak2.


Gambar atas tu la tempat kami mandi. Banyak batu2 cam dah dibuang ke tepi so kawasan tengah tu dah jadi cam kolam. Selamat la kalau nak buat terjun tiruk tanpa risau terkena batu.. [Yang baju pink 2 orang tu bukan family member aku tau]

Luckily masa kitaorang baru sampai, ada satu family dah nak balik. Lepas je deme balik, cepat2 aku suruh adik aku cop pondok tu. Nampak tak mak aku jadi penunggu pondok??? 



Adib ngan Yaya cepat beno kesejukan. Last2 masing2 duduk atas batu je. Siap terketar2 lagi.. Acik laki bini pun cepat naik. tinggal aku dengan adik aku yang tudung ungu tu je... Pi celah jeram nak feeling2 duk dalam jakuzi..hehehehe. 

Ok la kan bercuti ala2 instant gini... Lagipun bukannya nak kena modal banyak. Nak masuk cuma kena bayar 2 hinggit kot untuk sebijik kereta. [Tapi kalau datang lewat petang takde pulak kena bayar]. Nak lagi best naik motor la kot...heheheh

** Lain kali pegi Ulu Chepor, nak pegi sampai kat area waterfall tu...

Monday, February 13, 2012

GOOD BYE WHITNEY

One of my favourite diva singer selain Mariah Carey & Celine Dion
Sayangnya she dies @ 48 & aku baru tahu pagi tadi masa dengar HotFM

Sore dia memang power kan??? Lagu dia pun best sangat2.
Salah satu lagu yang aku suke bangat..

MEMPADANG LAGI

Memandangkan hari sebelumnya tu anak2 dapat main padang kejap je, so aku janji la dengan deme nak bawak lagi main kat padang tu pagi keesokannya. Lepas je mandi siap2, dalam kul 9pg tu aku ajak le budak2 pi padang permainan.

Pepagi hari mana la ada budak2 lain yang main kat situ. Suka sangat la deme sebab dapat main puas2. Takyah nak berebut giliran main gelongsor.. Konker la korang berdua..
 Ayam pun ada  kat padang ni... Tah mana datang pun tak tahu le..



 PEACE YO!


 Memula kakak yang gelongsor dulu..


 Pastu Adib la pulak..



 Sekali lagi...



 Sebenarnya masa ni aku nak tangkap gambar orang yang ramai2 kat bawah pokok  kat hujung padang tu. Tapi suruh Adib cover line..kunun2 nak tangkap gambo Adib le.. Kemain la dia posing... Aku tak tahu apa aktiviti orang2 kat bawah pokok tu. Tapi majoritinya orang2 dewasa, bukannya remaja @ budak. Aku rasa bawah pokok tu port depa berjudi kot!!!

Yaya ni memang kaki panjat.. ada tangga pun nak memanjat juga..

Tetiba lak ada budak terlebih umur main gelongsor tu... Anak sappalah tu???

Sebelum balik, kasi posing maut dulu ye Adib...


Padang ni pada aku kira ok la... Tak banyak yang rosak pun cumanya banyak sampah sarap yang berlonggok dalam tong sampah tu. Lori sampah dah lama tak kutip sampah gamaknya.. 

Pastu ada la pulak malaun mana tah tido kat situ.... Riso gak le kot2 orang gila ke apa kan. Tapi masa anak2 terjerit2 main pun dia idak pulak terjaga. Tidur mampus gamaknya..

Dah jom balik... Petang tu nak pi mandi sungai lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...