Wednesday, November 30, 2011

JOM JALAN-JALAN DI LANGKAWI LAGOON RESORT LANGKAWI - PART 1

Lepas siap², kami pun bersedia nak jalan kaki 
[naik buggy tak leh berenti nak tangkap² gambo]
Jalan kaki nak pegi breakfast la... sambil² tu tangkap gambar 10-20 keping

Lepas keluar bilik, tangkap gambar, jalan sikit tangkap gambar lagi
Kalau boleh kat semua celah bedah nak snap gambo
[Punya la banyak gambar sampai nak penuh memory kad henpon aku]

Layan je la gambo² kitaorang ni...
Adib dah standby, cuma tunggu abah dia pakai kasut jer
Tapi sebelum tu... posing dulu kat balcony dengan pemandangan yang cantik

Nak tangkap gambar dalam bilik, tak kuasa la... 
sebabnya bilik dah macam tongkang pecah


Bila dah keluar bilik, tangkap gambar lagi....lagi... dan lagi...
 Ni betul² di ruang legar depan bilik kitaorang
lorong ni semakin lama semakin luas
kat tempat yang luas ni la buggy akan buat u-turn

Kat hujung lorong ni ada la bangku untuk duduk²
Ni kiranya penamat lorong tu la
[malam sebelum tu, bila anak² dah tido, kami laki bini keluar bilik pi lepak² kat sini la]
Ruang kat sini luas tau... kalau nak main badminton pun boleh 
 Sini la bangku yang kami lepak malam tu..




Laki aku ni payah tul nak senyum kalau tangkap gambar.. 
Macho la konon camtu... hek elleh!!!


 Meneruskan perjalanan menuju ke tempat makan
Lupa nak cakap, kat wing aku ni ada SPA tau
tapi aku tak pegi la... sure mahal bapak kan??


Another view


 Selagi tak habis lalu sini, keep on posing, posing & posing..
[Bukan selalu dapat duduk sini kan??]



 Yaya muka masam sebab aku tak bagi dia pegang henfon aku..




Akhirnya tiba di permulaan simpang.... POSING lagi!!!! 
Ya-Allah.. besarnya peha aku...






 Disebabkan perut dah lapar, singgah makan dulu le yer...
Pas makan baru kita gi tour resort ni lagi.

Kami makan di Anjung Brasserie yang betul² mengadap kolam renang
Boleh pilih la korang nak makan open-air ke, kat dalam ke
Makan secara buffet, biasa la kan... Punya la banyak pilihan
 Omelette... favourite aku kalau stay kat memana hotel


 Adib makan roti canai
Yaya makan waffles & lempeng
[banyaklagi makanan sampai tak larat nak tangkap gambar]


Lepas makan, duduk rehat kejap.. bagi makanan hadam jap
Sambil tu tengok la gelagat tok² Arab yang makan kat situ
Sebabkan rimas tengok rambut Yaya tak berikat, aku pun tolong tocangkan rambut dia..
Buat tocang simple jer... 
[Sikat ngan getah rambut memang aku spare dalam henbeg]


Orait... jom kita start tour tempat lain pulak...
[terpaksa aku buat entry lain.. nanti muntah pulak korang tengok gambo kitaorang banyak²]

WW # 48

Hari ni  last day di bulan November
Esok dah bulan Disember dah woi...


Layan je la last WW di bulan November ni..
Sila pejamkan mata dulu pastu baru jawab yer..


1. Honest
2. Lovely
3. Charismatic
4. Sweet


Korang cemana lak?? Cer try.. cer try..

Tuesday, November 29, 2011

MENCARI KIBLAT TENGAH LAUT

Masa kitaorang cek-in kat Sea Village tu dah pukul 3 ptg
Memang dah masuk waktu Zohor dah pun kan
Tapi masa budak yang bawak buggy tu hantar kitaorang, lupa lak nak tanya kat dia mana arah kiblat
Selalunya kalau kat hotel², tanda kiblat tu ada kat siling @ kat lantai

Sebelum kami bertolak ke Oriental Village, aku suh hasben aku sembahyang dulu
[aku off so hasben je la yang sembahyang ---> jamak & qasar je pun]
Tetiba time nak bentang sejadah menggagau cari tanda kiblat
Tak jumpa² sampai sudah... arah mana nak tala kan??
Nak tengok arah² matahari ni aku tak reti la pulak

Last² aku call receptionist, tanya mana arah kiblat

Aku : Adik, akak nak tanya, arah kiblat kat belah mana yer??
Receptionist : Oh.. akak duduk Sea Village yer
Aku : Ha'ah
Receptionist : Cuba akak buka laci sebelah katil yang ada telefon tu. Ada tak tanda kiblat dalam tu?
Aku : [Sambil buka laci]... ok, ada dah jumpa.. Terima kasih ye..


Ceh, dalam tu rupanya tanda arah kiblat
Mana la aku terfikir tanda tu boleh ada dalam tu
Memang hotel mahal camtu ek???
Pernah tak korang mengalami kejadian macam aku ni???

PAGI YANG INDAH DI SEA VILLAGE

Aku bangun awal  di hari terakhir aku di Langkawi
Anak² lak masih berselimut...
Lepas mandi & buat nescafe, aku lepak kat balcony 
untuk menghayati keindahan ciptaan Allah
Sementara hasben aku lak mandi 
Tapi subuh² tu  idak le aku tangkap gambar...
Gelap gelemat apa yang nampak pun kan

Bila hari makin cerah, makin cantik pemandangan yang terbentang depan mata
SUBHANALLAH! 
Pemandangan di awal pagi... 
Pemandangan dari belah kiri

Pemandangan dari belah kanan lak..
Wah.. matahari baru memancarkan cahaya.. 
[Kalau ikutkan dari sini boleh nampak puncak Gunung Mat Cincang]

Ni view depan pulak... [tercerah lak gambo ni]

Tak lama pastu sampai la awan mendung...
Baru nak feeling² gud morning sunshine, mendung la pulak...

Tak lama pastu hujan pun turun tapi renyai²...

Tiba-tiba, waktu aku toleh belakang, budak bertuah ni dah bangun dah 
Budak berbaju Langkawi  & berseluar Doraemon
[Baju Langkawi tu beli kat Oriental Village tu le]

PEACE YO... [sebut ala Maharaja Lawak Mega..]
Muka tak basuh, gigi tak gosok, taik mata berselepat..

Rupanya Allah nak bagi hadiah pelangi ni untuk kami tengok...
Cantiknya!!!!

Setia duduk di balkoni, sampai pelangi hilang..

Friday, November 25, 2011

LE TOUR DE SEA VILLAGE

Citer jalan² kat Langkawi dah habis dah
Hari terakhir memang spend di resort saje

Meh aku bawak korang tour sea village yang kitaorang stay
Tapi aku tunjuk bilik aku je la...
bilik orang lain korang boleh cekidaut kat website Langkawi Lagoon Resort.
[Mungkin ada beberapa gambar ulang tayang yer..]

Gambar pulak aku bubuh sekeping²
Bukannya tak nak combine tapi nanti tak puas biji mata nak tengok
Biar terang, jelas & besar...
Lagipun aku punya blog, aku punya suka la kan nak taruk gambar cemana pun.. ye dak??

 Ni la bilik kitaorang... No 572


Nak masuk kena pakai kad. Bila lampu hijau dah menyala, baru boleh buka pintu..

Masuk je ke dalam.. mula² korang akan jumpa dapur yang comel ni dulu... 
Meh tengok apa benda yang ada kat dapur ni 

Dapur elektrik , sinki, cawan, gelas & sudu teh
[Nescafe, gula & teh pun ada.. tapi lupa nak tangkap gambo]

Microwave, cerek elektrik & 2 botol kecil air mineral
[Yang botol besar tu kami yang punya... yang bekas tutup oren tu susu si Adib]

Peti ais kecik pun ada... tersorok dalam kabinet..

Pandangan dari ruang tengah..

Jom tengok ruang tengah pulak ada apa
 Wajib ada disetiap bilik hotel tentulah KATIL...
[tempat berasmara kena la empuk kan??]


 Pastu ada sofa bed, kerusi meja & meja konsol
[Kat sofa bed tu la si Yaya tidur]
Kat area ni ada kipas & ekon.. tapi tak pasang ekon pun takpe.. Pasang kipas pun dah sejuk..


TV yang setentang dengan katil
[abaikan beg lembik aku tuh]

Tempat lepak Yaya sambil main game kat laptop

Pandangan bilik dari balkoni.. Nampak tak cam frame kat tengah tu. Ekceli situ ada sliding door. Kiranya kalau nak privacy untuk tidur, boleh la tarik sliding door tu untuk pisahkan ruang tidur dengan ruang tengok TV. Bulit in wardrobe pun ada untuk pisahkan ruang tengah dengan dapur

 Katil di waktu malam... 
Kat side table yang ada botol susu Adib tu, ada alarm clock yang ada radio tu.
Lupa nak citer, sebelah kiri katil ni ialah bilik air & belah kanan pulak sliding door yang mengadap balkoni. Kiranya kalau pagi² celik mata dah boleh nampak laut le


Ni ruang menonton yang semak samun dengan barang² kitaorang.

Pasni tengok bilik air lak.. 

 Bilik mandi ni pun ada sliding door untuk pisahkan ruang sinki dengan ruang shower & bathtub



 Segala makneka yang ada & dirembat untuk dibawa balik rumah..
Oh ye.. yang benda bulat warna kuning & putih atas kotak tu bukan resort yang punya
tapi gelang yang Yaya buat subang masa posing kat Dataran Lang tu




Bathtub tempat anak² aku berkubang... Nampak tak lantai papan yang jarang² tu? Kat situ boleh nampak air laut kat bawah.. Ngeri gak kalau diri atas tu lama².. Takut terjatuh dalam laut..

Ekceli Sea Village jenis Deluxe Studio Suite  yang aku duduk ni ada 2 jenis. Yang bezanya ada bathtub @ tak je. Memandangkan bezanya cuma RM50, so aku pilih yang ada bathtub. Ye la kan, bukan selalu dapat berendam. Kat rumah bukannya ada bathtub. Kalau ada pun jenuh nak pikir bil air yang akan dibayar..hehehe. Kat sini berendam la 3 hari 3 malam pun...

Ruang terakhir yang ada kat Sea Village ni, ialah balconi 
 Aku punya bilik dah hampir² hujung dah so view aku ni agak luas la..


Nampak tak ada cruise kat hujung sana?

Pandangan Sea Village yang setentang dengan bilik aku.. Sebenarnya Sea Village ni bentuk cam huruf 'V'. So aku punya bilik wing belah kiri.. yang setentang dengan bilik aku ni wing lagi satu la.. Tapi waktu malam kena tutup langsir ye.. tak pasal² orang seberang sana boleh nampak aktiviti rahsia korang dalam bilik.. heheheh


Ni baru citer hal dalam bilik. Nanti aku citer pasal view luar bilik pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...