Monday, October 31, 2011

INDULGING MY TONGUE WITH BELGIAN CHOCOLATE

Akhirnya dapat juga melampiaskan nafsu makan eskrem MAGNUM
Punya la teringin semenjak nengok iklan kat tv
Yang konon dapat royal treatment tu..

Sementara menunggu hasben OT, pi terjah Petronas
terus tuju peti aiskrim WALLS, terus aim eskrem plastik cokelat
Tapi kena pilih jugak sebab Magnum ni ada 3 perisa


Aku beli yang almond instead of classic. 
Yang truffle aku tak minat sebab terlalu banyak rasa coklat. Nanti cepat muak.
Tak sabo nak makan...Come to mama!!!


Ni rupa sebenar eksrem Magnum tu.. Penuh dengan almond kat coating tu.. Sedap...




Dalamnya pulak perisa Vanilla.. Sesuai untuk orang yang sakit mulut cam aku..heheheheh. Tekstur eskrem tu sangat creamy & yummy..


Tengok plastik yang belah dalam lak kaler gold... Very the royal tau..


Rasa nak beli lagi la.. Harga cuma RM3.90 je satu....

TOLONG!!! ANGRY BIRD MASUK RUMAH

Tajuk tak boleh blah langsung.. tah apa²
Kat rumah aku sekarang ada 2 ekor angry bird tau
Kaler hijau & kaler merah

Dua ekor angry bird yang mahal ni beli kat ekspo konvo UiTM  la
RM7 seekor... mahal mengalahkan pasar malam


Yang hijau tu Adib punya
Yang merah tu Yaya punya


Tuan punya angry bird
[muka cam angry jer...]
eh..eh.. baju dia sama kaler la dengan burung dia..


Satu lagi pose yang tak marah..heheheh
Masa ni tuan burung yang satu lagi pegi sekolah..


Ini gambar 5 hari lepas
Sekarang dua² angry bird tu dah mati... 
Tah cemana bebudak ni main, sampai kempis belon tu dibuatnya
last² humban je la dalam tong sampah


KOLEKSI TERBARU ADIB

Tak pernah² si Adib mintak belikan buku
Tetiba je beberapa hari lepas dia mintak abah dia belikan majalah
Majalah Upin Ipin la... apa lagi


Yang menjadi mangsa untuk tolong bacakan untuk dia
tak lain tak bukan Yaya & abah dia la....

Takpe Adib, tahun depan dah sekolah, boleh baca sendiri tau!!!

Friday, October 28, 2011

SUDAH GRADUATE

Lepas mak call kata dia tunggu kat luar dewan
Kami yang baru sampai dari SACC Mall, tercari² la mak & abah yang dah setia menunggu depan pintu utama dewan. Melilau gak mencari di celah² lautan manusia tu. Cuaca pun masa tu dah agak mendung so takde la rasa nak pitam.. hehehehe. Nasib la mak aku pakai tudung oren, dari jauh dah nampak..
Actually istiadat konvo tak habis lagi tapi mak abah aku dah tak larat duduk dalam tu. Tengok kat belakang tu dah ramai orang tunggu konvo habis.

Tak lama pastu kedengaran lagu Negaraku di mainkan... 
Semua orang kat luar ni terus berdiri tegak.. Terasa bangga menjadi anak Malaysia. Meremang bulu dada roma tau.
Rasa bersemangat dengar lagu ni sambil tangan dok sebok tangkap gambar

Acik khusyuk nyanyi lagu NegaraKu

Semua berdiri tegak [ada gak yang tak berapa nak tegak] masa lagu Negaraku...
Terserlah patriotisme semua orang...

Lepas habis lagu NegaraKu, terdengar la pulak bunyi Caklempong/Gamelan.. Maksudnya perarakan keluar VIP la kot. 
Barisan kereta² VIP dah setia menunggu di pintu utama DATC


Lepas semua VIP keluar, para graduan pun keluar jugak.. Masing² pun memanjangkan leher mencari ibu bapa, sedara mara masing-masing..


Oh.. oh.. di celah² ribuan umat, akhirnya muncul jugak adik aku... Vangga la tu..

Terus jumpa mak abah & peluk cium bagai... Tahniah yer..

Mak yang tersenyum bangga dengan kejayaan anaknya..

Adib bagi bunga kat Mak Teh dia..



Posing time.... acara wajib setiap kali konvokesyen
The proud parents... Konvo anak ke-4.. 

The proud sisters... Pasni tunggu konvo adik bongsu lak

Blog owner & the graduate [Mekap dah hilang ler..]

The proud family

The proud family.... again..


The proud father... besarnya lobang hidung..gagagaga


Graduan yang diraikan... NOOR DIYANA ATIQAH 
[single but not available der...]






Baling Teh.. jangan tak baling....
[Kenapa graduate suka baling topi tu ek???]


Tengah syok² posing, hujan la pulak... Masing² serbu masuk bawah khemah.. Nasib la tak lebat sangat.
Acara bergambar habis takat di situ sebab hari pun dah petang
Lagipun esoknya adik aku pun nak keje
Jubah pun nak kena pulangkan petang tu juga
so tak merasa la kitaorang nak bergaya dengan jubah konvo tu...
Masa Acik dulu sempat la mak ayah aku merasa pakai jubah konvo
Lagipun acik dulu sesi pagi, so petang memang banyak masa nak posing sakan. Lagipun sepanjang perjalanan dari Dewan Sri Budiman tu memang banyak port² yang cantik untuk ambil gambar.

Next konvo maybe Acik lagi [dia ambil master di USM sekarang]
Maybe abang ipar aku [ambil diploma/degree kat UUM]
Finally adik aku yang bongsu di UTM Skudai [2-3 tahun lagi -- Insya-Allah]

** Dah 10 tahun berlalu since my KONVO di UUM.. Rindunya masa tu...

-TAMMAT-


AISHWARYA RAI YANG SANGAT CANTIK DALAM FILEM ENDHIRAN

Korang nengok tak citer Endhiran kat TV2 masa malam Deepavali tu?
Tajuk cam tak best tapi sekali tengok si Rajnikanth berlakon
terus terpacak depan TV walopun dah terlepas 30 minit pertama
[aku yang dari rumah Cik Besah, berlari balik rumah nak nengok TV]


Citer Endhiran ni adalah tentang satu robot yang diberi nama Chitty
Memula robot ni dibuat untuk membantu manusia la kononnya
Sampai la si robot ni diberikan perasaan, masa tu la komplot bermula
Dek kerana cinta, robot ni sanggup buat apa saja untuk dapatkan Sana [Aishwarya Rai]. 

Kadang² nengok citer keling ni nak tergelak pun ada
Tak logik pun ada.. tapi tetap nak tengok sampai habis
Cuma kali ni Rajnikanth takde la bunyi desup desap macam yang selalu tu
Yang aku nak cakap kat sini, si Aishwarya Rai tu cantik giler dalam filem tu
Aku pun naik ralit tengok dia [laki aku apatah lagi la gamaknya]

Ni la antara gambar Aishwarya dalam filem tu
Cun kan??? Untung si Abhishek Bachan tu dapat bini lawo cenggini...

SUAMI TAK PAYAH LE BANGGA SANGAT KALAU BINI TU SEKSI

Peringatan untuk kaum lelaki


Sebagaimana wanita berdosa mendedahkan auratnya
Begitu juga "saham" dosa itu dipikul oleh suami, ayah & saudara lelaki mereka [abang & adik]

Masih nak suruh isteri pakai seksi2?
Masih nak suruh isteri buka aurat?
Masih nak bangga bila isteri tunjuk aurat pada orang lain?

Sesungguhnya aurat wanita itu hanyalah eksklusif untuk suami & mahramnya sahaja.

RENUNG2KAN DI JUMAAT YANG MULIA INI..



** Para suami jangan lak nak mencemuh bila isteri nak menutup auratnya.. Itu salah satu tanda isteri sayangkan suaminya...

Thursday, October 27, 2011

BARU 14 TAHUN DAH 4 KALI GUGURKAN ANAK

Dahsyat tak remaja zaman sekarang?? 
Bila baca paper semenjak dua menjak ni naik seram  bulu roma dengan keberanian ekstrem budak² ni.
Dengan buang anak, bunuh anak, campak anak, seks bebas, bunuh mak bapak, dadah.. dlll
Kadang² dah naik cemuih baca suratkhabar yang asyik laporkan berita² macam ni.
Tapi kalau tak dibaca, langsung tak tahu perkembangan semasa.



Pagi tadi masa dengar berita kat HOTFM, terkeluar berita pasal budak 14 tahun yang sorok mayat bayi bawah katil. Itu pun sebab dia bleeding, bapa dia bawak gi hospital. Tup² rupanya sebab baru beranak. Sepanjang pregnant duduk dengan mak bapak, tapi mak bapak tak sedar ke perubahan anak tu??? Yang paling megejutkan, rupanya sejak budak tu berumur 13 tahun, dia dah pernah gugurkan anak sebanyak 4 kali... Pergh......... gilos...


Seawal umur 13 tahun dah terdedah dengan aktiviti macam ni. Sedangkan aku masa 13 tahun dulu hidup dengan riang ria dengan kengkawan sebaya. Tak terdedah langsung dengan gejala² macam ni. Even though sebagai remaja kita selalu curious tentang sesuatu, tapi kena la jugak berfikir buruk baik benda yang kita nak lakukan. 

Remaja zama dulu, sejahat mana pun tak le sejahat budak zaman sekarang. Macam aku duduk asrama, kena ragging dengan senior biasa la. Tapi pada aku tak le seteruk & seganas budak sekarang yang macam gangster sehingga membawa kepada pembunuhan. Adoyai.. Kemana la peginya jatidiri anak² muda zaman sekarang. Yang pasti, majoriti itu adalah berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM... Sedih kan???

Cabaran sebagai ibu bapa zaman moden, bagaimana membentuk keperibadian & jatidiri yang kuat pada anak²kita? Jom share sama² yer... 

SACC MALL... HERE I COME

Sambungan part pegi Konvo UiTM hari tu
Tengok tajuk entry pun sure korang dah tau aku gi mana kan..
Daripada belengas dengan peluh kat luar dewan konvo tu, aku ajak adik aku pegi jenjalan kat Shah Alam.
Paling dekat dengan UiTM tu pun JAKEL la, tapi mood nak beli kain & langsir  semua dah takde
Nak singgah GIANT @ TESCO pun dah common sangat [kat mana² pun ada]
Last² adik aku ajak gi SACC Mall... [ahkak dia kan tak pernah pegi lagi..]

Tujuan asal sebenarnya nak gi makan Pizza Hut [kat depan UiTM ni pun ada sebenarnya]
Tapi nak membazirkan 2-3 jam tu rasanya eloklah ke tempat yang boleh jalan² cuci mata sekali
Jalan pun tak berapa jem, so telah sampai rupanya ke SACC Mall yang dibangga²kan sangat oleh warga Shah Alam... 
Sebelum terjah Pizza Hut yang kat tepi pintu masuk tu, ambil ekon kat dalam ni dulu.
Konsep dalam SACC Mall ni ala² Great Eastern Mall pun ada..

Kat ruang legar tu, tengah sales giler... sampai 70% less lak tu... 
[gaji tak masuk lagi la pulak]
Cepat² gi terjah tau sebab sales tu sampai 30/10/2011 je rasanya
Handbag banyak lawo2 tau... geram aku!!
Candid!!!
Tak tahu nak pegang apa, last² pegang je la kotak spender Kickers ni.

Anak² aku lak asyik berkepit dengan Mak Cik depa [adik ipar aku]. Takpe².. kasi dia training jaga 2 orang budak ni. Esok² dah ada anak, senang sikit..hehehehe.

Dah letih jenjalan, jom pi makan la pulak... Tuju Pizza Hut lak. Punya la ramai, tempat pun takde. Tapi dah nak jadi rezeki kami agaknya, dapat juga menyendat dalam tu. Lepas kami masuk, ada 2-3 orang lagi masuk, pastu staf situ cakap Pizza tutup selama 1 jam.. [Maybe sebab dah ramai sangat kot]

Time to order the pitza... Of kos la nak cuba yang baru tu.. 
ULTIMATE CHEESY 7  

Sabar menanti makanan tersedia... lapo seh!!!

Budak² ni pun dah kelaparan... 

Lepas makan kat situ, perut pun dah kenyang, [pizza tak habis kita kasi tapau je lah]
Kitaorang pun pi naik surau untuk sembahyang. Suraunya dah le jauh nun kat tingkat atas sekali [4th floor].
Masa tu dah dekat pukul 4 ptg dah...  Dah alang² nak masuk waktu Asar dah, tunggu la sampai masuk waktu. Sembahyang awal², kang takde la kelam kabut. [Mak aku pun tak tepon lagi maksudnya istiadat konvo tak habis lagi la tu]

Lepas solat jalan² jap dalam tu. Hasben aku singgah kedai kasut la pulak. Tapi tengok je la pun, belinya tidak. Mahal katanya... takde offer  lak tu.


Tetiba masa tengah jenjalan tu, hasben aku nak gi toilet lak. Sakit perut banyak makan pizza la tu..
Sementara menunggu dia pi toilet, sempat lagi aku pi masaj kat kerusi GINTELL ni.
Orang tak ramai so tak le segan sangat.. First time aku try menatang ni
Best..best.. rasa cam nak suruh hasben beli je kerusi urut ni letak kat rumah...heheheh
Bergegar² badan aku dubuatnya.. Yang paling best bila urut kat kepala & belakang tengkuk
Tapi kejap sangat la mesin ni urut [aku masuk singgit je pun]

Eh.. mak dah call... Konvo dah nak abis la tu
Jom pi balik kampus [tengok jam pun dah pukul 5 petang da...]



Wednesday, October 26, 2011

BANYAKNYA KEJU ULTIMATE CHEESY 7... SUDAH CUBA!!!

Masa konvo adik aku hari tu sempat la merayap ke Pizza Hut
Memang dah lama simpan hasrat nak merasa kelemakan & kesedapan Cheesy 7 ni
Bab cheese2 ni memang aku suka sangat.

Finally... telah singgah ditekak 
Yummy!!!

Memandangkan kami pegi 7 orang, maka dengan tamaknya telah order set yang paling besar [ada order set lain lagi]
Last² separuh lagi ni tak mampu nak dihabiskan


Cheese ni bila makan panas² memang best 
lekit² cam chewing gum gitu
tapi bila dah sejuk, dah kurang napsu nak makan, jadi muak lak.

Tengah syok² menikmati si Cheesy 7 ni
tetiba si Adib cakap dia nak berak pulak dah
spoil mood nak makan lepas berjalan ke toilet & cuci berak
Last² dapat makan sepotong jer..
Sepotong lagi share dengan adik aku masa berenti semayang Maghrib.
hu..hu..hu... haruskah beli lagi???

7 HARI TANPA ALLAH

Hari-hari tanpa Allah akan jadi begini?




Ingat Allah setiap masa, 
Allah akan ingat kita setiap masa juga

Tuesday, October 25, 2011

KONVO UiTM, SHAH ALAM - PART 2

Lepas je mak ayah aku masuk dewan, kami yang diluar di beristirehat le bawah khemah yang panas tu.Kat bawah khemah tu depa letak le banyak TV LCD untuk kitaorang tengok aktiviti dalam dewan.Yang tak bestnya, takde pulak depa letak skrin yang besar macam dulu

Dah le panas [walopun ada kipas], mengantuk lak tu
Berkuap² duduk bawah khemah, akhirnya hasben aku ajak pi jenjalan kat ekspo konvo
Tak le jauh sangat dari Dewan tu.. kat tepi padang tu jer.. 

Memandangkan sekarang kan musim hujan, tu yang padang tu agak berlecak
Bila dah berlecak, tentulah ada bau² yang kurang menyenangkan
Bau cam kat bendang pun ada sampai Adib asyik tutup hidung
BUCUK!!!! [Adib yang cakap]

Kat gerai² tu pun bukannya jual apa sangat. 
Yang paling banyak pun jual bunga & juga studio untuk gambar² grad.
Tak meriah sangat la compared dengan last time aku datang

Pusing punya pusing, last² kitaorang lepak je bawah pokok
At least redup & berangin sikit dari bawah khemah tu
Hilang le peluh celah² ketiak tu kan
 View Dewan Konvo dari tempat per'lepak'an kitaorang
Sekali tengok gambar ni macam ilustrasi pelukis kan???


 Tengah berehat² mengambil udara segar..
Sib baik ada kerusi, boleh duduk dengan selesa
[oh... my chubby face..]
My bodyguard lak berdiri macho sambil cuba mengempiskan perut boroi


 Abah sudah kena.....
Untuk mengelakkan anakanda mengaruk, terpaksa hadiahkan belon ANGRY BIRD yang mencekik darah tu... 7 hengget tau.. gilos!!!



Anakanda dengan ANGRY BIRD hijo....

Kalau dah adik ada, kakak pun nak kena ada jugak la kan
Nak tak nak melayang lagi RM7 beli Angry Bird kaler merah untuk Yaya

Lepas main² lebih kurang, aku ajak Acik gi tempat lain
Gi makan ke, shopping ke... nak tercongok kat situ pun mau 2-3 jam lagi
Dari membiarkan diri makin berlengas, baik le kita pi tempat ekon.. Jom!!!
Pakat naik sebiji kereta je.. tak yah susah² buang masa & tenaga
Akhirnya decided naik BMW aku je.... eceh..ceh.. silap... BLM jer...

Memula nak ke tempat parking BMW.. BLM, kena redah stadium da...
Sayup je dewan tu.. punya la jauh kami menapak

Keadaan dalam stadium.. sape nak joging boleh la
tengah lengang time ni

Lari Adib lari.... kena kejar dengan Angry Bird
suka la si Adib kalau dapat lepas bebas camtu

Model² catwalk di trek..hehehehe
Basah lencun belakang baju dibueknya..
Panas terik sampai sakit bijik mata aku
[dah le tak bawak shades]

Nak tau mana kami pegi??? 
Aku sambung nanti..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...