Friday, September 30, 2011

MEET MICHAEL JACKSON MALAYSIA

Walopun Michael Jackson (MJ) dah lama  meninggal
tapi MJ dah tinggalkan ramai peminat & pengikut setia
Kat Malaysia ni pun ada MJ
jom sama2 usha...

Ini MJ sebenar ok...


Nak berkenalan dengan MJ Malaysia ni kena nengok video kat bawah ni.
Katanya MJ Malaysia ni keje kat Warta Selayang, ye ke??



** Aku paling suka lagu BAD!

TERINGIN NAK MAKAN LAKSA MEE

Sape suka makan laksa mee?? Sila angkat tangan sampai nampak ketiak
Dah lama rasanya aku tak makan laksa mee ni
Raya lepas pun aku tak jumpa... 

Teringinnya nak makan...
Sape duk Pantai Remis/Pangkor dan kawasan yang sewaktu dengannya
Aku nak kirim belikan laksa mee boleh???




**Belum bekfes ni, tu yang teringin makan macam2 tu..

Thursday, September 29, 2011

WEDDING NORMAN- MEMEY :TAJAAN BERJUTA TAPI NAMPAK LOW CLASS

Dari awal lagi dah pelik, cemana la depa boleh dapat tajaan berjuta2 lemon
sedangkan depa tu bukan la public figure yang tahap2 diva
Kalau dicanang2 macam grand sangat la majlis wedding depa ni
Kalah la wedding Siti Nurhaliza dan Sheikh Muzafar tu kononnya

Tang bab pernikahan tu & majlis di Felda tu boleh diterima lagi 
[walopun aku rasa Memey ni takde seri pengantin pun]
tah kenapa aku rasa si Memey ni over gedik lak

Tapi yang resepsi bebaru ni, memang tak boleh blah la
especially tang baju "Vera Wang" si Memey pakai tu
tang aksesori reflesia tu pun memang sarat & tak kena gaya
dan menyebabkan keseluruhannya nampak menyakitkan mata 
Nampak macam bukan pengantin
tapi macam nak pergi costume party je... scary duh!

 IKhlas aku kata, wedding dress dia ni tak cantik langsung!


Bridesmaid pun seksi2 plak tu.... 
Rosak majlis depa ni




** Rasanya better & sopan lagi pakaian Kate Middleton tu dari si Memey ni kan?? kan??

** Majlis depa ni still tak layak nak dikatakan Wedding of The Year pun.. 
[1000x lagi grand wedding Mawi-Ekin dulu..]---> jahat mulut aku!

Semua gambar cilok kat blog Abang Nara. Tak sabar nak tunggu latest picture. Jom pakat terjah blog beliau.




KITA CAKO JER...

Cakar harimau kah?
Cakar kucing kah?
Cakar ayam???? [takde kena mengena langsung]

Wednesday, September 28, 2011

HOME --> WHERE THE HEART IS

Walaupun dah ada rumah sendiri
Masih rindukan rumah mak
Walau sebesar & secantik  mana rumah sendiri
Best lagi rumah mak, kan?? kan???
HOME SWEET HOME
ini la rumah mak aku di Ipoh
rumah di mana aku & adik2  membesar selama ini

** Rumah mak aku ada garden kat balcony.. Nampak tak pokok2 bunga tu kat atas tu?? Tu semua hasil tangan mak aku le tu.. 

KOLEKSI ABAH

Masa kenduri adik aku kat PUO hari tu
Sempat la kami pi singgah melepak kat kuarters abah aku kat sana
Sementara melepaskan lelah & letih [letih la sangat]
Aku pi la buat lawatan tapak, pi terjah dapur la, bilik la, bilik air la

Biasa la kuarters lama, serba serbinya dah hampir2 uzur
Perkakas dalam kuarters tu pun zaman2 dulu punya
Ekceli bapak aku ala2 warden kat sana la, tu  yang dia dapat kuarters kat situ

Tapi bukan nak citer pasal abah aku tu
tapi aku nak citer apa yang aku jumpa kat dapur kuarters dia tu
Sekali pandang mungkin rasa biasa 2je
Tapi cuba pandang betul2 apa yang ada kat tingkap tu..


Meh aku tolong zoomkan untuk korang
Nampak tak tu?? Susunan bertingkat tin Power Root
Giler banyak koleksi abah aku
Untuk penuhkan satu ruang tingkap ni perlukan 2 baris tau
[barisan yang belah dalam tak nampak la kan]
Total tin untuk penuhkan satu tingkap tu, idak kuasa la aku nak kira
kalau korang nak tau, korang kira la sendiri.


Ni pulak kat tingkap kedua, belum penuh lagi


Tah sejak bila la abah aku start buat koleksi ni
Dia cakap, kalau dia gi mana2 pun, kalau dia beli air tin ni
Mesti dia simpan bawak balik kuarters dia
[Kalau ikutkan ada banyak lagi tapi mak aku dah pijak2 kasi penyet.. senang nak jual nanti..hehehehe]

** Kuat tul orang tua tu minum POWER ROOT..

WW MINGGU KE 39 TAHUN 2011

Ada bran????

Tuesday, September 27, 2011

FAZURA YANG CANTIK & GORJES DALAM KATALOG AVON

Sape biasa belek katalog Avon [cam aku]
sure hangpa tau kan Fazura la ni jadi Duta Avon

Dalam katalog terbaru ni terpampang muka Fazura yang cantik tu

Nampak sweet sangat muka dia ni kan??
Ni lagi gambar dia dalam katalog Avon Kempen 18
aku sedut gambar dia dari SINI




** Betul la orang kata, kalau dah cantik tu, pakai apa pun cantik gak...

PENYEMAK DAPUR

Pesanan khidmat masyarakat untuk Makcik Rehan ku sayam..

--> bukan ko sorang yang membiak gajah putih dalam rumah tau! Aku pun ada jugek...


Baru beli Sabtu lepas masa nak renew membership COSWAY
Hanya guna 2 point aku & korbankan cash 30 hinggit meleysha saja...


Macam2 boleh buat.... [ye ke nak buat sangat pun??]
Yang penting, tak melibatkan penggunaan karen 
[bil letrik aku dah mahal la sekarang]


Gambo google untuk clearer vision..




** Buat masa ni masih tersadai dalam kotak kat bawah dapur.. Tah bila nak rasmi...

UNIKNYA KAD KAHWIN ZAMAN SEKARANG

Minggu lepas Cik Besah datang rumah aku
hantar kad kawin seorang jiran 
Masa Cik Besah bagi tu, aku ingatkan door gift sebab benda tu berkotak
Dalam hati aku, "advancenya orang ni, orang tak pi kenduri lagi dah bagi door gift"
Disebabkan aku kenal jiran yang buat kenduri tu [anak dia yang nak kawin]
idak le teruja nak tengok kad kawin
Tapi bila lepas cik Besah balik, terasa lak nak tengok apa benda dalam kotak tu
Rupa-rupanya....
Kipas uols.... Punya la unik nak suruh orang pi kenduri dia..


Jeng..jeng..jeng... sekali buka kipas
rupanya undangan ditulis atas kipas tu....
Peh... memang unik & bermanfaat [sebab boleh guna kipas tu time panas]
2-in-1 gitu!

Canggih2 kan kad kawin zaman sekarang
Zaman aku dulu, kalau bagi kad kawin yang wangi tu pun dah kira canggih
Tapi kalau buat mahal2 pun rugi jugak kan
last2 orang buang tong sampah juga
baik buat cam jiran aku ni ha, nak buang pun sayang sebab boleh guna...

KELLAS KO MARIA KAK ZAH BUNGA!!!!


Monday, September 26, 2011

AKU DAN NO 15

Ingatkan bila dah habis sekolah aku dah habis dah badi no 15
Rupa2nya sampai ke hari ini pun ada lagi badi ni

Sejarah nombor 15 ni bermula masa aku di tingkatan 4
Al-kisahnya Cikgu BM aku [cikgu Nazri namanya] tak mahu panggil nama student masa dalam kelas
[sebabnya nanti balik2 dia akan panggil orang yang sama]
dan nak dijadikan cerita, setiap sessi pengajaran dia
dia mesti akan poin kat aku tau --> suruh baca la, suruh jawab soalan la
balik-balik Aisyah, balik-balik Aisyah.. tak jemu dia manggil nama aku tu..

Agaknya tak nak nampak obvious sangat yang dia suka beno memanggil nama aku je
dia kata dia akan panggil ikut nombor turutan senarai nama dalam kelas aku
kebetulan nama aku di nombor 15 dalam senarai kelas.
Semenjak dia tau no 15 tu adalah aku
everytime dia mengajo mesti dia akan panggil no 15
sampai member2 aku pun perasan & kalau dia masuk kelas, sure depa dah tau dah no 15 sure kena panggil punya

Lepas tamat sekolah, aku dah takde kena mengena pun dengan nombor 15
malahan dalam ahli keluarga aku pun takde yang birthday jatuh 15hb [masa tu]

La ni semenjak dua menjak ni, cam dah terkenan balik no 15 tu
Anak aku si Adib tu , lahir 15 September 
[nak tak nak kena terima hakikat no 15 akan menjadi "wajib" untuk diingat]

Dan bebaru ini, badi 15 tersangkut di opis pulak
Wei, extention number aku pulak no 15......waaaaaaaaaaaaaaa
[Yang pasti bebudak opis akan ingat aku sebagai no 15]
SABO JE LA...



AKU SAYANG KERAJAAN SELANGOR

Rakyat2 Selangor memang beruntung sebab dapat jimat bil air tiap2 bulan
sebabnya penggunaan 20m3 [cemana nak sebut ni ek??] pertama di tanggung kerajaan Selangor

Semenjak kerajaan Selangor umumkan pasal bil air ni
aku dah jarang bayar bil air melebihi RM5 sebulan
dulu masa aku belum duduk rumah sendiri pun
memang jarang bayar bil air [sebab bil aku RM0.00 tau]

Tapi semenjak dah duduk rumah sendiri ni penggunaan air bertambah la jugak
Anak2 pun dah pandai main air, maunya tak naik juga bil air

Minggu lepas bil air terkini dah sampai



dan jumlah yang aku kena bayar
Terus ambil bil, punch & masuk dalam fail [tu yang berlubang bil aku tu]




** Tang bil air, dan2 mengaku rakyat Selangor, walhal hakikatnya susah aku nak cakap aku ni rakyat selangor sebab masih setia dengan negeri sendiri --> PERAK DARUL RIDZUAN.

JUMPA MEMBER LAMA MEMANG BEST

Masa balik Ipoh untuk majlis kahwin adik aku
sempat la aku pi jumpa member lama masa belajar kat UUM dulu
Rasanya sorang tu dah 6 tahun tak jumpa , namanya Mariam..a.k.a Ri
Yang lagi sorang tu pulak dah 3 tahun tak jumpa, namanya Maznita a.k.a Ita
Ni kiranya beraya secara tidak formal la ni... [bulan raya kan tak habis lagi]

Masa tengah sibuk2 preparation kat dewan majlis
Aku cau kejap pi Simpang Pulai [rumah kawan aku kat situ]
Ajak la adik2 aku & si Adib ikut sekali
Si Yaya tak nak ikut sebab nak berkepit dengan opah dia

Direction nak gi rumah Ita ni tak le susah sangat
tapi sebab first time nak pegi, ada la tersesat2 sikit
alhamdulillah, finally sampai gak kat rumah dia yang besar tu
[dia duk cluster house tau... besar lak tu... jeles ahkak!]

Sampai rumah Ita ada la dalam kul 6.15ptg
Tak lama pastu baru la si Ri sampai
Borak punya borak sambil makan kuih raya sampai tinggal serdak
sedar2 dah pukul 8 malam weh.. tak sedar diri kalau dapat bersembang
Ish..ish... kalau ikut hati nak je sambung borak
tapi disebabkan nanti tok laki aku bising, kena la minta diri dulu
[hasben aku tinggalkan kat dewan dengan bapak aku...hahaha, dia pun bukan suka ikut bini dia pegi menjoyah]

Sebelum balik baru teringat nak tangkap gambo
Masa dalam rumah langsung tak ingat
Ini je la sekeping gambo candid yang ada [sib baik adik aku usung kamera]
Aku tengah berlawan badan dengan Ita, sape lagi besar
Tinggal si Mariam je le yang menten kecik & kurus [dia ni businesswoman tau]

** Aku masih pakai T-Shirt UUM  kepam  yang dah berusia 10 tahun tu..

Friday, September 23, 2011

TUAN TANAH KEDAUNG

Jangan main2, tuan tanah kedaung dah kaya sekarang
Ada kompeni besar gitu.. tak caya???
Tak nampak tu KEDAUNG GROUP..heheheh

Asal usul tuan tanah kedaung ni rasanya dari cerita Laksamana Do Re Mi kan??.




ACARA BUKA-BUKA SELEPAS KAHWIN

Selepas majlis kenduri selesai
masing2 balik rumah dengan muka kepenatan
especially mak abah aku la
pengantin pun sama la kan, nak kena senyum sepanjang majlis & kontrol2 sepanjang hari

Malam tu pulak ada upacara bukak2 
bukan bukak2 baju tau [ish..ish... ni pengantin je tau]
tapi buka2 hadiah... banyak hadiah dihangkut dari dewan balik ke rumah
sampai sendat kereta dibuatnya.

Sebelum tu nak tayang ni dulu
Collection duit raya  mak aku sepanjang hari...hehehehe
[curi2 snap dari henbeg mak aku yang berat tu]
banyak tau, sampai melimpah2 keluar, tu belum yang dalam poket baju dia lagi...


Lepas isya camtu, pengantin dah siap sedia nak bukak hadiah

Banyak gak hadiahnya... jenuh la nak bukak satu2


Ni la kotak yang paling besar & paling ringan
Cuba teka apa la agaknya isi kotak tu??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
sekali lampu tidur da.....patut la ringan...


Standet la kalau orang kawen hadiah paling banyak mesti la pinggan mangkuk & gelas cawan kan. Tapi ada gak dapat barang elektrik
Blender pun dapat... ok la tu
Selain tu ada gak dapat rice cooker, iron & kuali
Buku resepi pun ada tau


p/s: Sha, hang memang nak kena masak tau. Laki hang tu memang spesis kuat makan!


Muka pengantin kena tutup... [nanti nampak aurat..dose..]
Tapi muka dia tengah senyum cam katun tu la...
Menimbun hadiah kat belakang dia tu... suka la tu!!!

Thursday, September 22, 2011

YOU BELONG WITH ME...

Lagu ni best la dilayan2 banyak kali
Video clip dia pun cute jer...





Dari asyik layan K-POP je, meh layan lagu omputih lak
Hilang ngantuk la hendaknya...

WEDDING DAY

Sambungan entry adik aku menikah
Kali ni nak citer tang majlis kenduri a.k.a resepsi lak
Majlis kenduri kali ni gabungan antara pihak lelaki & perempuan
Save bajet ma.... tapi jangan main2 oo... depa pakai wedding planner....

Majlis kenduri dibuat di DEWAN WARISAN, POLITEKNIK UNGKU OMAR
Tema pilihan : MERAH / PUTIH
Siap dengan banner sekali tau


Kalau majlis dibuat bergabung ni & dibuat di dewan lak tu
keadaan di rumah tak le tunggang langgang sangat kan
Kalau nak tau, bilik pengantin kat rumah pun baru dihias pagi tu
Jenuh la kami adik beradik berhias apa yang patut
Baru nak pasang cadar, baru nak ikat langsir
Yang kelakar, bunga takde lak untuk dihias
last2 terpaksa tunggu kedai bunga depan rumah bukak
nak beli la bunga buat hiasan sikit2
Disebabkan nak tunggu kedai bukak [dalam kul 10.30pg kalau tak silap]
maka terlambat la kami ke Dewan kenduri tu


Ni baru terhegeh2 nak pegi. Orang lain semua dah pegi, tinggal kami je
Nampak tak Adib tu, bantal busuk tetap kena usung..


Majlis bermula pukul 11 pg. Tapi sebelum tu dimulai dengan sedikit majlis tahlil
Sementara menunggu pengantin sampai [ikut jadual kul 12.30tgh]
kitaorang posing & makan la dulu
tapi Adib sorang je yang makan, yang lain masih kenyang makan nasi goreng masa breakfast.
Konon nak posing satu family, tapi si Adib buat perangai lak
Ini je pun gambar terbaik yang ada


Jom tengok pelamin diaorang lak
Gorjes tau pelamin ni... Aku suka
Aku punya dulu pun tak se'grand' ni... [aku kan takde wedding planner...]




Dalam tengah borak2 dengan sedara mara yang dah sampai
pengantin pun sampai dengan kereta berhias
Kereta pengantin


Sebelum berarak, pengantin kena posing dulu la kan


Mula berarak disamping balunan kompang
kepak...kebung...kepak..kebung...


Memandangkan takde orang yang  sudi nak pi iring pegantin 
Mungkin disebabkan hari begitu terik sekali
aku anak beranak & adik2 je la yang membontot pengantin
[sebab kesiankan adik aku yang jadi pengantin tu]




Kitaorang jalan last sekali
belakang budak2 kompang
Aku pakai stiletto raya tau... sib baik tak terpelecok akak!
[Kalau korang perasan, baju kami adik beradik memang sedondon]


**Perasan tak aku bawak 2 henbeg??? Satu tu mak aku punya, kena tolong jagakan..[banyak duit collection dalam tu wooo]

Bila dah masuk dalam dewan, baru la lega
ada kipas, ada ekon
hilang la peluh2 celah ketiak
Pengantin di atas pelamin...


Lepas renjis merenjis tepung tawar bagai
barulah pengantin pi bersantap


Sementara pengantin bersantap, aku pi la snap gambo depa
Aku paling suka gambo ni  walaupun aku cuma guna kamera henpon je
Thank you my SE C903!


Lepas pengantin bersantap, turn kitaorang lak bersantap
Elok je pengantin blah dari meja depa
kitaorang lak take over makanan atas tu
Nak duduk kat meja pengantin, cam melampau la pulak kan
kitaorang hangkut la makanan dari meja utama ke meja kitaorang
[dah siap2 booking meja depan sekali --> dekat dengan meja pengantin]




Aku dari tadi duk jeling udang tu
tu yang aku suruh adik aku yang makan sekali dengan pengantin rembat kat kitaorang
tak agak2 ko...satu pahar udang tu dia kasi kat kitaorang....
tu belum masuk ayam & buah2an lagi...

Habis licin semua makanan kitaorang telan
Pas makan semua duduk bersandar kekenyangan..


Lepas tu ada upacara posing2 ngan pengantin lak
Mana boleh lepas peluang nak bergambar dengan pengantin & pelamin yang cantik tu kan


Memula kena la utamakan warga tua kan
Pengantin bergambar bersama dengan mak abah aku


Pastu kasi can la depa feeling2 bersanding sekali lagi
Mak aku malu2 la tu... ewah-ewah...


Aku pun baru je nak ambil mood bersanding lagi
sekali pelamin dah kena serbu dengan family pengantin pompuan lak
so lupakan je le niat aku tu....
akhirnya posing je la kat tepi pelamin
tu yang jadi gambo pregnant tu.... BENCI!


THURSDAY THOUGHTS

Before you speak, listen
Before you write, think
Before you spend, earn
Before you invest, investigate
Before you criticize, wait
Before you pray, forgive
Before you quit, try
Before you retire, save
Before you die, give



Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR, EMAK

Hari ni 21/09/2011, genap la umur bondaku 56 tahun
PUAN AMINAH BINTI ZAKARIA


Ya-Allah, Engkau muliakan & sayangilah ibuku ini, berkatilah dirinya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan dirinya daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni. Kurniakanlah kepadanya kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

AMIN YA RABBAL A'LAMIN..

CERITA NIKAH LA DULU

16/09/2011
Tarikh keramat untuk semua rakyat Malaysia [cuti umum tu..]
dan jugak tarikh keramat untuk adik aku sebab tarikh ni akan jadi tarikh anniversary dia.

Aku sekeluarga bertolak balik ke ipoh pada malam Khamis tu
bertolak dari Batang Kali dalam kul 11 mlm & sampai di Ipoh kul 2 pg

Esok pagi dalam kul 8.15 dah bertolak ke Masjid di Lahat
Katanya majlis nikah start pukul 9 pg

Sementara menunggu pihak perempuan & tok kadi sampai
posing la dulu apa yang patut
kat rumah tak dan nak posing beria2 pun...

Bersama adik bongsu...
[kami duk kat luar je.....]

 Ni hantaran dari pihak lelaki


 Ni pulak hantaran dari dua2 belah pihak


 Inilah pengantin lelaki...
Dia la yang paling awal bersiap masa kat rumah
[tak sabo la tu]


 Pengantin perempuan pun sudah sampai
Kereta pengantin pun berhias sakan dengan reben & bunga


Janji pukul 9 tapi 9.30 pg pun tok kadi tak muncul2
masing2 menunggu dengan penuh kesabaran (ye le tu)


 Resah pengantin lelaki... 

Pengantin pompuan pun cuak gak....

Akhirnya tok kadi yang ditunggu2 pun sampai
dah dekat kul 10pg dah masa tu

Lepas bagi lecture ceramah  lebih kurang
[tah apa2 tah slang si tok kadi. tak paham dibueknya]
Ingatkan orang Jawa, sekali Indon la pulek...

Sebelum nikah kena la cek dulu maskahwinnya tu
karang akad lain, kasi lain pulak jumlahnya

Saat dinikahkan....
Pengantin pompuan diwalikan oleh adiknya sendiri
[adik ipar aku ni anak yatim
Akhirnya, dengan 2x lafaz, semuanya SAH!!!!
Alhamdulillah 


 Sembahyang sunat & sujud syukur pada Allah Ta'ala..


Syukur si pengantin..


Sekarang upacara yang paling disukai [sebab dah boleh pegang2 depan orang]
Upacara membatalkan air sembahyang
Sarung cincin-salam-peluk-cium

Berseri2 pengantin baru
SELAMAT PENGANTIN BARU, ACIK & PASANGAN



Aik?? Baru kawin si suami dah tinggalkan bini kat belakang???
Apa kes???
Dah nak ajak beransur pi balik rumah la tu...

Sebelum  beredar dari masjid, harus lagi posing dengan orang kuat
Mak & abah pengantin lelaki [mak abah aku la tu]

Lepas majlis nikah, kami bergerak ke rumah pengantin perempuan pulak
Ada buat jamuan sikit... Lagipun hari tu hari Jumaat kan
kena la awal sikit, nanti nak pi semayang Jumaat pulak
Belum kul 12tgh kami dah makan lunch dah tau.. 
Lauk pauk semua ok...

Pengantin yang JUST MARRIED...
[Khemah pun tak lari dari tema merah... feveret kaler pengantin pompuan]


*** Habis dah kisah nikah, nanti sambung lak bahagian majlis bersanding
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...