Friday, August 26, 2011

ADA JUGA DUIT RAYA UNTUK AKU

Duit raya...duit raya... duit raya..
Alhamdulillah.... semalam bos aku dah bagi duit raya kat kitaorang
ingatkan takde... rupa2nya ada...

Walaupun tak sebanyak kakitangan kerajaan
tapi dapat sesuatu yang extra, syukur sangat2
lepas la buat belanja raya tahun ni..

Kunun2 nak simpan buat2 beli kuih raya ke
alih2 aku pi melencong ke kedai spek mata
sebabnya??? cermin mata aku dah uzur sangat
cerminnya pun dah habis calar balar, senget lak tu bingkainya
lagipun aku rasa power cermin mata aku tu dah kurang
[mungkin itu salah satu sebab kenapa aku selalu sakit kepala]
maka rasanya terpaksa la aku tukar jugak cermin mata yang dah berusia 2 tahun lebih ni

Semalam jugak singgah kedai cermin mata
cek mata & buat spek baru
katanya petang ni siap
alhamdulillah.... dapat jugak sepek mata raya..
[tinggal berapa hinggit je la belen duit raya aku..huhuhuhu]

Lebih kurang gini le spek mata baru aku
Kali ni pilih frame kaler pepel lak
sebelum ni asyik pilih hitam atau blue black aje...


TIPS SUPAYA KEK LAPIS TAHAN LAMA

Tahun ni aku tak oder biskut raya pun [nak tunjuk terus beli jer]
cuma aku oder kek lapis untuk di bawa balik kampung raya nanti
Sampai 2 jenis aku order lak tu
Kek lapis tu dah selamat dah aku terima hari Selasa lepas




Tapi raya kan Selasa depan... ada dalam seminggu lagi tu
cemana nak make sure kek tu tak cepat rosak dan tahan dari serangan kulat & kulapok??

Ini tips yang aku cedok kat fb

1. Jika dah dapat kek, bungkus lagi dengan aluminium foil & simpan dalam peti sejuk.Keluarkan bila perlu untuk dipotong & dihidang aje.

2. Adalah diingatkan kek yang "rajin" keluar masuk peti ais pun (terdedah kepada suhu lembab & sejuk), akan menyebabkan kek lebih cepat menjadi rosak. Jadi potong la kek kepada  saiz lebih kecil untuk satu hidangan --> kalau kek korang tu besar. Tapi kalau kecil, tak payah la potong dah.

3. Semasa menghidang kek lapis anda, adalah sangat TIDAK digalakkan  diletakkan bercampur. Kalau boleh satu jenis kek untuk satu bekas.

4. Jika ingin memanaskan kek lapis, panaskan dalam microwave. Jangan panaskan dalam oven kerana oven akan menyebabkan kek menjadi kering. Kalau takde microwave, panaskan dalam periuk pengukus, kemudian sejukkan di bawah kipas. Tapi berhati2 dengan wap air yer..

Dengan mengikut tips ini, Insya-Allah kek lapis korang akan tahan lebih 1 minggu  di suhu luar @ lebih 1 bulan dalam peti sejuk. Tapi kalau letak dalam freezer, kek lapis boleh tahan dalam 2-3 bulan tau...

** Tips ini sangat membantu untuk aku. 

SALAM AIDILFITRI

Semua pun dah dalam mood raya dah ye
Ada yang dah  start cuti hari ni dah pun
Aku pulak hari ni last day la keje ... tak sabar la nak balik kampung

Dikesempatan ni aku nak ucapkan kepada semua rakan2 sama ada di blogger, facebook mahupun alam nyata

Ampun dan maaf andainya aku ini...
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Teremail benda2 yang tak sepatutnya diterima
Termaca-macam yang kena mengena

Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga kalian sudi memaafkan

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN




Ikhlas dari insan yang tah apa-apa
SYANIE (^____^)



Thursday, August 25, 2011

SETAHUN SEKALI

Deman pra- raya tak habis lagi weh..
Meroyan nak tukar & beli macam2

Ni nak citer pasal hasben aku lak
[camni kira mengumpat tak??]

Aku duk sibuk tukar langsir la, beli baju raya la, kuih raya la, jam raya la
hasben aku pun sama jugak.. tapi lebih mahal dari aku punya belanja tau!

Setahun sekali, raya datang lagi, menyatu kembali....
[nyanyi cam lagu raya Amy Mastura tau]
TAPI 
kalau versi aku kena ubah lirik sikit
Setahun sekali, tukar sportrim lagi, hai laki ku ini....
Adeh!!!!!!!!!!!!!!

Asalnya cuma nak tukar tayar je [sebab tayar kereta dah bengkak]
Alih2 bila dia bawak balik rumah
siap tukar dengan spotrim lagi.... terlebih bajet suda!!!!!


Yang dulu..

Yang sekarang


Akhirnya kereta aku aku rasa dah jadi macam kereta mainan la pulak
Ala.. kereta remote kontrol tu...
Kenapa tah aku rasa rim putih tu cam tak lawo...


Dulu

Kini .. hingga tahun depan agaknya...


** Hasben aku cakap, nak tukar kereta tak mampu, tukar spotrim pun jadi le... (-_-)"

Wednesday, August 24, 2011

DAH TUA PUN NAK TUNJUK SAMSENG KE???

Ini nak citer pasal samseng jalanraya
Kejadian ni berlaku semalam kat Selayang
Patut la hati aku asyik rasa tak sedap je semalam..

PERINGATAN: Entry ni mungkin agak panjang yer...

Al-kisahnya begini,
masa tu kitaorang dalam perjalanan balik keje
hasben aku yang bawak kereta
aku pulak dah terlelap kat sebelah
Tetiba aku rasa hasben aku cam brek mengejut
pastu hasben aku hon kat motor depan kitaorang
terkejut punya pasal terus la aku buka mata kan
aku tanya hasben aku apasal
hasben aku kata orang yang naik motor tu tetiba je masuk lane kitaorang
dengan signal tak bagi, of kos la hasben aku hon
kang tak pasal2 kena sondol je dari belakang

Bila kitaorang potong motor dia, dia cam angkat-angkat tangan cam tak puas hati
[ala2 Karam Singh Walia tu].. marah le tu
Yang hasben aku pun satu hal jugak
dibalasnya isyarat tangan "fuck" kat orang tu
Memula aku ingatkan orang tu India & dia nak masuk simpang ke Taman Jasa tu

Pastu kat traffic light depan tu, lampu merah la pulak
Masa tengah berenti tu tetiba je orang yang naik motor tu ada kat sebelah kitaorang
Dia kejar kitaorang rupanya
Siap bukak helmet tau & ketuk2 cermin kereta aku [kat bahagian aku duduk]
Melayu rupanya... orangnya dah tua & berambut panjang
ala2 muka cam Uncle Gedek tapi Uncle Gedek lagi hensem la...

Maunya tak terkejut aku dibuatnya dengan perlakuan dia tu
Macam nak pecah cermin tingkap kereta aku diketuknya
Siap marah2 lagi kat hasben aku
Masa tu nak je aku bukak tingkap & tanya pakcik tu
"Pakcik ni puasa ke tidak yang nak marah2 orang camtu"
[tapi malangnya aku cam terkaku kat situ]

Sebelum tu dia ada cakap la
"Nasib baik la ko Melayu, kalau Cina ke India dah lama dah kena"
[sambil tangan yang pegang helmet tu cam nak hempuk kat cermin kereta aku]
Hek eleh orang tua ni tak padan dengan tua, nak tunjuk samseng pulak
Dia yang masuk lane melulu, nak marah kita lak
[tapi aku rasa dia bengang kat laki aku sebab laki aku tunjuk "fuck" tu kat dia]
Sebelum dia blah dari situ [sebab lampu dah hijau]
tetiba dia sound kat aku dengan nada marah
"Ko orang rumah dia tolong nasihatkan dia sikit"
aik??? dengan aku-aku sekali kena??? Hampeh tul pakcik ni..

Lepas je kejadian tu kami laki bini terdiam
hasben aku yang konon otai tu tu pun diam [tahu takut jugak dia rupanya..heheheh]
Masa on the way naik jalan Sungai Tua tu
aku sound kat hasben aku
Tu la, lain kali hon lagi kat orang, tunjuk fuck lagi kat orang
Hasben aku boleh pulak jawab
Pakcik tu patutnya kena langgar lari jer [ade ke patut???]
Pastu aku cakap la, 
tak kena apa2 memang la boleh cakap
dibuatnya orang tua tu aim abang @ kereta ni cemana
Esok2 gamaknya dia main simbah asid lak kat kita cemana lak???

Jangan main2 ooooo, zaman sekarang ni ramai orang yang tetiba jadi sewel
ikutkan hati tanpa berfikir

Korang pernah tak mengalami kejadian cam aku???

DEKO RAYA

Mementang nak raya, deko rumah pun terus transform
semua nak lawa, yang cun, yang cantik

yang buruk semua nak ganti
yang takde semua nak beli
*tetiba ada irama lak disitu*

Masa cuti Isnin lepas, kenkonon nak pi cari bunga
nak gantikan bunga lily atas meja makan tu
so singgah le ke ROMANTIKA Wangsa Maju

Jenuh nak pilih bunga. Ingat nak beli yang dah siap gubah tu
Tapi satu pun aku tak berkenan
nak gubah sendiri memang la aku tak reti
bab2 menggubah ni aku memang fail kelas E punya.

Masa jenjalan dalam Romantika tu
Aku ternampak satu jam yang sangat unik
bergetar jiwa aku nakkan jam tu
so bunga tak dapat, jam yang aku rembat
hahahahahah
jam tu korang dah tengok kat entry WW Ramadhan #4 kan?

Actually aku takde idea pun nak letak mana jam tu
Beli sebab napsu serakah yang menggoda jiwa
Lagipun sebab lawooooo sangat
Last2 aku gantung kat dining area je

Sini je tempat sesuai untuk letak jam tu..
-aku masih mencari idea cemana nak kaver wire ekon tu-

Sebelum singgah Romantika, aku singgah JJ dulu
nak beli T-Shirt raya tok laki kan...
lepas penat soping baju tok laki, singgah le ke bahagian home deco
Konon nak cari bantal [bantal kat rumah tu dah penyek la]
Tapi takat tengok je la.. Kang aku beli cemana lak nak mengusung balik rumah
dah le soping sorang2.. Lain le kalau hasben ada sekali

Sambil jalan2 tengok langsir, kusyen kecik2 tu, table runner
akhirnya sampai kat satu area jual frame & cermin
Tetiba jumpa la frame hiasan ni

Memang dah lama aku cari menatang ni tau!
Actually benda ni 4 keping
so korang boleh gantung ikut kreativiti masing2 la
Dah jadi rezeki aku agaknya sebab masa aku beli tu memang tinggal satu pek je lagi
dah le tu kalernya memang matching sangat dengan furniture rumah aku
Style ni hasben aku punya cadangan
Kitaorang gantung kat ruang tamu

Ok la untuk mengisi kekosongan ruang dinding tu
Nanti dah bosan pattern ni, boleh adjust cara lain pulak.


WW RAMADHAN #4

JAM RAYA
BELI KAT ROMANTIKA

KAD RAYA TAHUN INI

Dah lama tak dapat kad raya tiba2 masuk opis pagi ni
nampak 2 keping kad raya terdampar [perkataan sesuai ke??] atas meja
sapalah yang baik sangat tu bagi kad raya kat aku..

Ingatkan kad raya dari auditor ke, bank ke, & orang2 yang berkenaan opis
Bila buka memang la dari orang opis juga
tapi ex-opismate aku - K.Anna & K. Laila ---> terima kasih korang!!!
terharu ai tau... tapi sorry la, ai malas nak balas..
lagipun korang takde tulis 
SUDAH BACA HARAP BALAS pun...hehehehe


** 2 keping je dapat tahun ni, jadi le dari tahun lepas takde langsung!

NONTON KARAK TENGAH MALAM

Semalam masa gi PARAM, nampak la pulak sorang brader ni jual VCD cetak rompak
Asalnya saje2 je mengintai apa citer2 yang ada
last2 terpengaruh jugak hasben aku
brader tu jual sekeping RM6, 2 keping RM10
Finally beli je citer KARAK & TRANSFORMERS 3

Aku tau la korang semua dah tengok dah citer tu semua
tapi aku yang lambat bab2 ni semua
tapi aku tak kisah pun sebab aku bukannya movie addict sangat

So semalam dalam pukul 10 malam
kami satu family tercongok depan TV sebab nak nonton citer KARAK
Nak tau seram sangat ke citer tu...
Bulan pose ni gagah le nonton citer hantu
Syaiton takde kan.... 

Review citer ni [ada hati nak buat review dari pandangan aku konon]
ok la jugak walaupun ada part yang tak lojik 
Part seramnya pada aku tang part memula  tu jer
[bila  pompuan tu toleh belakang tengok hantu tengah makan hasben dia]
Bila dah masuk bab budak 4 orang tu dah tah apa2 dah.

Tapi bunyi mengilai nenek kebayan tua a.k.a pontianak tu seriyes seram
Yang tah apa2 tu ada ke toilet punya la jauh dari jalan raya, siap lalu celah rumah orang
dah le tu dalam takut2 dengan hantu yang berkeliaran tu berani pulak si Kilafairy tu gi mandi sengsorang kat telaga [seksi dia tu usah citer la]
Dan yang paling tak lojik, dan2 boleh baca terjemahan ayat kursi dari awal sampai akhir
[kalau dia jenis warak tu takpe la jugak, tapi ni memang jenis jarang semayang punya orang--> watak dalam citer tu la]
Tapi bukan nak cakap la, kalau bacaan solat pun kita tak hafal terjemahan sebijik2 ni kan pulak ayat kursi, ye dak???
Yang lain2 tak lojiknya tu korang kena  tengok sendiri lor...

** Aku bagi 2 bintang je citer ni.. Tengok sekali cukup le...

Tuesday, August 23, 2011

DAH NAK KAWIN DAH ADIK AKU NI!!

Insya-Allah lepas raya ni adik aku yang tengah tu akan mendirikan rumah tangga
Ikut perancangannya, dia bakal bernikah pada 16 September ni
Kenduri pulak pada 17 September 2011.

Ni aku cilok dari fb gambar kad kawin dia
Merahnya mak ngah kad kawin ko Acik!!!

Lokasi tu rahsia la ye.. takut nanti ada tetamu tak diundang lak
[kan Acik kan?? kan???]
Sapa yang dapat kad ni dia tau la lokasinya di mana kan..

Untuk adikku, semoga selamat menuju ke alam rumahtangga....



** Makin berkembang kuarga Cikgu Latip & Cikgu Minah

TUGASAN YANG SUSAH

Assalamualaikum:)))

3 hari cuti berblog ko...
Ya-ampun ye pada korang2 semua sebab menyepi selama 3 hari ni
Semalam aku cuti, so blog pun cuti jugak le
[Aku malas buat schedule entry..ekekeke]

Masa aku cuti semalam, ada jugak yang ingat aku dah start cuti raya
Ko giler??? Bapak awal aku nak cuti
dah le cuti aku tak banyak, pastu ada keje lagi tak siap, kuih raya yang aku tempah pun tak ambik lagi kat opismate aku... [kuih tunjuk2 je aku tahun ni weh!!]
Opis aku dah bagi  cuti 2 hari minggu depan pun dah syukur 
[walopun kena tolak annual leave]

Sebab musabab cuti semalam ---> nak uruskan hal pendaftaran sekolah kebangsaan si Yaya
banyak songeh jugak ye bila anak2 nak sekolah ni
belum start sekolah kebangsaan pun dah macam2 hal
time dah sekolah nanti tah apa hal la pulak
Pagi semalam dah terpacak kat pondok guard kat sekolah kebangsaan tu
Lepas ambil pas, pi la office sebab nak submit borang bagai
dah le nak kena bawak surat beranak yang ori lak tu
 [tah berapa kali cop pun aku tak tahu le]
alhamdulillah, semua dah settle semalam.

Lepas pi sekolah, terus pecut kereta pi JUSCO  Wangsa Maju
[tempat ni je pun yang aku selesa nak pegi]
aku tak main la Mid Valley ke, Pavilion ke, KLCC ke
sebabnya-------> aku tak reti pegi sana
lagipun golongan marhaen lagi kedekut macam aku
itu je la tempat yang sesuai...hehehehehe
Nak turun Jalan TAR ke, Masjid India ke kirim salam je la
tak kuasa aku nak bersesak2, berpusing2 kat KL nun

Tujuan ke JJ ni adalah nak melaksanakan tugas yang amat susah untuk aku
sebabnya hasben aku dah bagi amanat ni kat aku
SURUH BELIKAN T-SHIRT RAYA UNTUK DIA
[mentang2 la aku cuti.....]

[gambo gugel je... bukan t-shirt ni yang aku beli]

Aku tak tahu le korang senang ke tidak membeli baju untuk suami
kalau kita yang hadiahkan tu lain le
ini dia yang mintak aku belikan
walaupun taste laki aku tu aku tahu sikit2
tapi spesifikasi yang laki aku nak tu agak menyulitkan
nak murah dan lawo dan branded dan ada kolar dan takde kolar [2 t-shirt lak tu dia suruh aku beli], dan nak ade belang lagi, nak kain yang tak panas, bla..bla..

Kat bahagian lelaki tu, terus belek kat tempat yang ada diskaun je
10% -20% tak main le
Asyik tengok part yang 50% ke 70% je [bajet seh!!!]
Sejam lebih jugak aku berlegar2 kat situ
orang pun tak ramai so senang nak nak jenjalan.. tak crowded
Sambil tangan selak2 baju2 yang bergantungan
sambil mulut membebel2 nak pilih yang macam mana
Aku ingatkan aku sorang je camtu, rupanya ramai bini2 kat situ dalam dilema cam aku.. heheheh
Macam mana aku tahu???? Sebab semuanya membebel sorang2 cam aku...

Lepas penat membelek2 & kaki aku dah naik lenguh
Yang mana aku berkenan nak belikan, aku gantung depan sekali
pastu aku tengok dari jauh.. kalau mata aku asyik2 terpandang2 yang tu
aku beli yang tu je lah... itu pun ulang2 kali nak buat
[dalam hati berdoa semoga hasben pun suka dengan pilihan aku]

Finally, dapat beli 3 t-shirt [walopun dia suruh beli 2 helai je]
Bila balik terus tunjuk kat hasben & guess what dia pun suka
[ada belang2 of kos la suka...]
tapi tak tahu le pulak kalau di mulut kata suka, tapi di hati kata tah apa2
kot2 nak menjaga perasaan bini dia yang sensitip ni... 
[aku ni kalau dengan hasben aku cepat emo sikit]

Ada lagi tau benda yang aku shopping
Nanti aku sambung ek..
letih la menaip ni...


Friday, August 19, 2011

DAH BAYAR FITRAH??

Raya dah nak dekat
Baju raya dah beli??
Kasut raya dah beli?
Duit raya dah standby??  
Zakat fitrah dah bayar??

Alhamdulillah, kami dah bayor zakat fitrah tahun ini...
Cepat bayar sebelum terlambat ok...

TIPS UNTUK PAKAI KASUT YANG LONGGAR

Masa memula aku dapat keje baru, aku beli sepasang kasut baru
Kasut tu antara yang termahal la pernah aku beli
dan aku suka juga pakai kasut tu

Bila dah lama2 pakai, tetiba kasut tu jadi longgar tau
Bila berjalan je, terkeluar-keluar tumit aku
apasal jadi cenggitu, tak tahu le
maybe sebab kasut ni lama2 dia mengembang kot
sayang la pulak kasut tu sebab masih elok lagi.

Menggigih aku cari tips kat gugel & youtube
dan ini solution yang aku dapat
Benda ni aku beli kat Watsons je dalam RM12 - RM13
Benda ni ada banyak brand tapi banyak yang aku baca depa rekemen brand Scholl ni


Bila dah balik rumah, terus lekat benda ni kat kasut yang longgar tu


Sekarang, kasut aku dah kurang longgar
Ekceli kalau kasut korang tu longgar sikit je, maybe sekeping ni dah cukup
tapi kasut aku tu longgar banyak, so maybe aku kena letak dabel la liners tu.
Petang ni nak gi terjah Watsons lagi beli sepasang lagi benda alah ni.

Selain dapat mengecilkan kasut korang yang longgar tu, pad @ liners ni membantu jugak memberi keselesaan kat kaki korang tu. Pasni boleh la bergaya dengan kasut tomit tinggi korang tu.

Ni tips dari youtube kalau kasut korang longgar



Banyak lagi tips korang boleh search kat ehow.com

Thursday, August 18, 2011

KALAU NAK VOUCHER FREE, JOM TERJAH BLOG INI

Ni nak promote kat korang semua
Ada la kawan aku tu kan, baru belajo2  nak jadi blogger
Al-kisahnya dia terpengaruh dengan aku & jugak beberapa orang member2 dia
[ade pengaruh gak aku ni rupanya...heheheheh]

Berbalik pada citer blogger baru ni
Dia tengah bermurah hati nak bagi free voucher kat 10 follower pertama dia
Voucher apa??? Pi la terjah sendiri blog dia..
Cepat tau...Klik je gambo bawah ni..




** Kak Anna, bak mai 2 kupang, komisyen sebab tolong promote...hehehehehe

66666

Total jarak perjalanan sehingga hari ini
18/8/2011 pada jam 7.49pg
[tepat2 waktu sampai office]


** Sudah 2 tahun kereta ni berkhidmat untuk keluarga aku. Alhamdulillah!

TRIM MY CURTAIN

Memandangkan  langsir baru aku tu agak labuh
sehingga menjengkelkan mata aku memandang
[especially kat sliding door tepi rumah]
so aku buat keputusan nak trim labuh langsir tu
Sekali tengok nampak cam ok je
tapi lama2 sakit lak mata aku tengok sebab in real rupanya macam ni


Nampak tak kelabuhan itu??
Yang langsir gelap tu tak menyakitkan mata sangat sebab langsir tu berikat
tapi yang sheer ni cam buruks la sebab dia tak flow cantik

Apa aku buat?? Potong???
No-no-no [sebut cam Fafau selalu sebut tu]
Sayang la nak potong lak sebab nanti senteng lak nak pakai untuk tingkat atas


Ini je la yang mampu aku buat
Jelujur bodoh je kat  kaki langsir tu...


Akhirnya selepas di trim..
Baru sedap mata tuan rumah memandang...


** Ini le keje aku masa cuti semalam..

CUCUR JAWA - AKHIRNYA DAPAT JUGAK

Semalam masa pi PARAM, akhirnya aku bersua juga dengan kuih ni
Pasni dah tak mengidam dah le..
Terima kasih abang sebab belikan kuih ni (*_____*)


 Sampai RM2 aku beli
[kuih ni masih 3 ketul =RM1]


Keratan rentas...


Alhamdulillah, ada gak rezeki aku nak makan kuih ni. Kuih ni memang payah nak jumpa tu yang teringin sangat tu. Yang semalam aku beli tu takde la sedap sangat tapi so-so je lah... Aku suka makan kat bahagian yang rangup & nipis kat tepi2 tu..


** Sekali tengok kuih ni cam UFO lak!

Wednesday, August 17, 2011

WW RAMADHAN # 3


Untuk keselamatan diri di jalanraya
sama ada menunggang beskal mahupun motosikal

SAFETY FIRST!

Tuesday, August 16, 2011

ESOK CUTI...

Hanya untuk  yang keje kat 
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu
ESOK CUTI NUZUL QURAN kan?? kan???


Alhamdulillah... dapat relax esok kat rumah
Nak buat apa?? Kemas rumah la.. apa lagi mau bikin!!!
Tapi hasben aku tak cuti la pulak
sebab dia keje kat KL... hehehehe
[Tu la... orang suruh transfer kat Serendah tak mau..]
Takde orang nak tolong ai mop lantai esok!!




** Dah 10 hari takleh sentuh Quran... Jenuh nak ganti pose..



KALENDER TAHUN 2012

Kalender tahun 2012 sudah keluar
So sape nak merancang bercuti ke, melancong ke, booking tiket AA @ FF ke
Jangan le segan silu nak membelek cuti2 umum tahun depan

Tapi hanya ada jadual cuti umum sahaja
Jadual cuti sekolah aku tak jumpa lagi
[tahun depan Yaya dah sekolah kebangsaan, so sebarang planning kena tengok jadula cuti sekolah jugak kan..]





** Planning nak beranak tahun depan tapi kalau boleh tak nak berpantang di bulan pose...... hazabnya nak mengganti 30 hari tu...... [belajar dari pengalaman]

CINTA MUKA BUKU --> TAK TAHU LA APA YANG BEST SANGAT

Lagu Najwa Latif ni tengah top sekarang ni ek
sekali dengar lirik macam tah apa2 je
ala... cinta monyet la kekdahnya

Tapi bila dah asyik dengar lagu ni 
macam best pulak dah
tak tahu  la apa yang best tu
rentak ke, melodi ke, lirik ke, suara ke
lantak la... LAYAN je la..




** Baru tahu budak ni baru 16 tahun!

RAYA 2011 : LANGSIR PART LAST

Macam drama bersiri lak citer langsir aku ni yek..
Bukannya tak leh nak buat satu entry je
tapi mengada2 nak buat banyak entry
[sebab nanti aku kan  cepat tandus idea]
lagipun bagi korang saspen sikit la kan

Ok ni dah masuk part last dah tentang langsir raya ni
Bosan pulak dok citer langsir tak habis2 kan

Inilah final reveal langsir raya a.k.a langsir baru rumah aku


Dari kiri


Dari kanan


Dan dari depan... TADA!!!!!!!!!


Cumanya langsir baru ni agak labuh sikit
8 kaki punya labuh
Sengaja buat labuh tu sebab langsir kat tingkat atas punya ukuran labuh dah memang 8 kaki
Nanti kalau dah boring pakai kat hall, boleh pakai untuk bilik kat tingkat atas lak

Amacam?? Ok tak??
Gambar ni aku ambil waktu malam [sebab siang tu lupa lak]
Cucuk sanggul tu aku kena rendahkan lagi ke ha???

Tahun ni buat langsir hanya untuk tingkat bawah jer
Nak buat satu rumah , idak le mampu lagi...
slow2 buat la nanti

Lupa lak, hari ambil langsir tu aku pi terjah kedai kat area depan rumah aku ni
sebab nak beli langsir dapur
sibuk menempak langsir hall, sampai terlupa langsir dapur 
cari pun kaler2 yang ala-ala jugak le [tak nak lari tema kekdahnya]
akhirnya ini la dia langsir dapurku itu..



** Cik Besah tak tahu lagi aku dah tukar langsir baru...hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...