Saturday, July 30, 2011

SEBELUM RAMADHAN

Lunch hari ni korang masak apa?
Aku tengah update stok barang dapur kat rumah
nak buat persediaan pose la konon
mana2 barang takde nak le kena beli kekdahnya

Masa tengah mengemas2 lemari buruk aku tu
ternampak la stok spaghetti yang dah 2 bulan tersadai dalam tu
ekceli tinggal separuh je lagi sebab hari tu masak separuh je
dah alang2 tinggal sikit, meh la aku perabiskan apa yang ada
tengok stok sos spaghetti & mushroom pun tak berusik lagi
baik la aku masak spaghetti je untuk lunch hari ni

Ok!!!!
Ting Tang Ting Tang Alexander
Dah siap!!!

Jemput makan...

Friday, July 29, 2011

MAAF DARI HATI

Kepada kengkawan sekali
teman facebook mahupun follower blog picisan ni
teman setaman, teman sekolah, teman sekerja
teman sekatil dan teman serumah juga [ni penting ni]

Di kesempatan ini, [poyonya ayat]
aku nak memohon maaf di atas segala salah silap
tersalah bahasa, tersilap kata, terlanjur mengata
terlanjur perbuatan mahupun perkataan

Halalkan makan minum aku
dan redhakanlah segala perbuatan aku terhadap kalian
yang baik mahupun yang buruk
sesungguhnya aku ini insan yang lemah
yang tak lepas daripada hasutan syaitan


-pics from google-

Sape tengok semanis kurma malam tadi?
Ha.. Ustazah Bahiyah kata sebaik2nya sebagai persediaan Ramadhan
kita minta maaf dengan sesiapa saja supaya kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenteram
Insya-Allah

[Sapa yang aku ada hutang pun boleh la tuntut ngan aku.. Kengkadang aku ni lupa ingatan..hehehe]

Dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

dan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK  pada korang semua
Semoga kita mendapat puasa yang barakah tahun ini.. AMIN





ENERGY.. ENERGY

Semalam masa on the way balik keje terasa haus sangat tekak aku ni
Patut la pun sebab lepas lunch tengahari tu
aku langsung tak teguk setitik air pun

Disebabkan semalam tak semayang Asar kat opis
aku berenti singgah kat Petronas untuk solat
pas solat pi masuk kedai Mesra sebab nak beli air
Peti ais kat dalam tu kan ke besar & penuh dengan pelbagai jenis air
sampaikan tak tahu nak ambil air apa
tengah dahaga tu semuanya rasa sedap kan

Selalunya kalau badan letih & kekurangan tenaga
aku beli 100 plus je, tapi semalam rasa nak beli air lain pulak
Tetiba terpandang satu tin pink
dah lama rasanya tak minum air tu
seingat aku selama ni aku pernah minum air tu 2-3 kali je
lagipun lately ni  aku selalu rasa letih & lenguh2 badan
sesuai la kan.. kot2 ada rasa bertenaga sikit

Ini la penghilang dahaga aku petang semalam
[mahal jugak ek satu tin kecik ni]
Aku tau la malam tadi malam Jumaat, tapi ini takde kena mengena okeh...

Masuk dalam kereta, sebelum pegi ambil hasben
bukak tin, then terus teguk air tu
eh.. kenapa air ni rasa cam kopi ek??? Sekarang dah tukar perisa ke??
Rasanya sebelum ni aku minum rasanya cam manis2 ala2 isotonik gitu
sekali aku belek2 la tin tu




Patut la rasa kopi, aku terbeli yang Perl Cafe
sabo je la...
tu la gara2 nak cepat sangat, nak belek tin pun tak sempat
tin dah kaler pink tapi tang gambo biji kopi tu boleh tak perasan lak
tak kisah le... semua dah selamat dalam perut aku dah pun

Next time beli kena belek betui2 dulu...

STILETTO RAYA

Tahu ke apa itu STILETTO??? 
Menurut encik wiki :
stiletto heel is a long, thin, high heel found on some boots and shoes, usually for women. It is named after the stiletto dagger, the phrase being first recorded in the early 1930s. Stiletto heels may vary in length from 2.5 centimetres (1 inch) to 25 cm (10 inches) or more if a platform sole is used, and are sometimes defined as having a diameter at the ground of less than 1 cm (slightly less than half an inch). Stiletto-style heels 5 cm or shorter are called kitten heels. Not all high slim heels merit the description stiletto. The extremely slender original Italian-style stiletto heels of the late 1950s and very early 1960s were no more than 5mm in diameter for much of their length, although the heel sometimes flared out a little at the top-piece (tip). After their demise in the mid-late 1960s, such slender heels were difficult to find until recently due to changes in the way heels were mass-produced. A real stiletto heel has a stem of solid steel or alloy. The more usual method of mass-producing high shoe heels, i.e. moulded plastic with an internal metal tube for reinforcement, does not achieve the true stiletto shape.
Selama ni tak pernah lagi la aku beli stiletto. Selalu beli high heels pun yang biasa2 je. Tak le tinggi sangat. Gayat jugak nak pakai tinggi2 ni kan. Lagipun menurut pemahaman aku yang bodo selama ni, hanya pompuan pelacur je yang pakai stiletto ni masa nak cari kastemer. [Ala2 konsep lingerie jugak le.. kalau tak tahu itu salah satu art of seduction, mula buat andaian salah]

Semalam jenjalan kat kedai kasut. Ala kat Yebeng a.k.a Hypershoe je pun. Sesaje la nak jenguk kot2 kasut ade yang berkenan. Aku ni memang  cerewet nak mampos kalau bab2 mencari kasut ni. Tak lawo tak nak beli, tak sedap, tak nak beli.. mengada2 kan. 

Sekali aku terpandang kasut tumit tinggi ni kat rak display. Dari jauh dah shimmering2 memanggil aku. Try punya try sedap la pulak pakai. Tapi yang aku cuak tumitnya yang tinggi dari kebiasaan yang aku pakai. Tapi bila try test jalan2 dalam kedai tu macam best je. Memula risau gak kot2 terpelecok depan salesgirl tu, jatuhlah kemaluan ai kan... kan.. So far alhamdulillah berjaya bercatwalk dengan jayanya.Pastu terus jadi nak beli. Lagipun dapat diskaun 50% lak tu..



Ni le stiletto raya aku.. segan lak nak pakai kat opis. Cam gedik je. 
Tengok dia punya tumit, ada diamond2 gitu..hehehehe
dah le tu, runcing bebeno tumitnya.. ni kalau katuk kat kepala, mau tembus kepala tu dibuatnya.



Sesape yang tak berani nak pakai kasut tinggi, meh aku share video yang berguna ni..


Thursday, July 28, 2011

TAHUKAH KAU WAHAI SUAMI??

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir Tuhan dipertemukan dan akad nikah telah menyatukan kita.

TAPI... tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...




Kala kau tiada duit, bukankah magik David Copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak didalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duit ke suami aku ni?" Dan tahukah kau di kala itu isteri sparekan duit untuk perbelanjaan suaminya??

TAPI, bila kau ada duit, wah!wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau, "Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus isteri menjenguk suaminya di sebelah, dikucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan.

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi.. CISS!!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak dengan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur,  selagi kau tak balik selagi tulah mata tak boleh pejam.

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat, esoknya pulak selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje..

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isterimu menggosok bajumu, apa yang sentiasa terlintas  di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"

TAPI kau bila dah handsome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi..

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk setakat pelukan sayang sahaja, (bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali sekala & kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata, dia hanya tidur2 ayam sahaja.

Satu lagi wahai suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!! tuhan tu telah kurniakan 6,7,8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa  kat belakang dia, tak yah guna spy... dia orang musti tahu punya.

Pesanan untuk para suami dan bakal suami, jangan risau jika  tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yang soleh hanya untuk lelaki yang soleh... jadinya kalau korang sebagai lelaki tak soleh, jangan harap dapat bini soleh. Syukur dengan apa yang dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi BAIKKah korang  nak dapatkan perempuan yang baik???





DURAN DURAN

Sape ingat kumpulan Duran-Duran ni?
Glamer masa tahun 80-an dulu.. 
aku pun sekolah rendah lagi masa ni

Tapi aku bukan nak citer pasal Duran-Duran ni
tapi nak citer pasal durian
semalam masa balik keje singgah kat pekan Ulu Yam
ada banyak durian jual kat tepi jalan
hasben aku singgah la tanya berapa ringgit

Disebabkan dah malam gamaknya
cina tu pun nak hasbiskan cepat durian tu
dia suruh hasben ambil semua dengan harga RM30
tapi banyak sangat nak buat apa kan
so hasben aku beli RM20 je
banyak ni le dapat

Ni baru sebahagian, dalam plastik tu ada lagi
kira2 semalam ada la dapat dalam 16-17 biji
[bagi 5-6 biji kat cik Besah gak]
puas makan oooo, walaupun kecik2 je buahnya
tapi semua isinya elok & manis
tak kisah la kalau tak dapat Musang King pun heheheh

** Ada lagi 4-5 biji kat rumah, malam ni kita pulun lagi sambil tengok bola.. Agak2 Harimau Malaya boleh menang ke malam ni??


I NEED HELP ... BAJU TURUN KALER

Aku ada sehelai baju
baru je beli minggu lepas, baru je pakai sekali
basuh pun tak lagi masa tu
[masa aku pakai tu desperate sebab takde baju lain yang bergosok]

pecah rahsia aku yang perangai tak senonoh ni..


Wiken lepas baru nak basuh baju ni
[aku kan basuh baju time wiken jer]
sekali masa nak sidai baru perasan baju aku ni dah jadi cam belacan
baju aku turun kaler la wei... cemana nak buat ni??
HELP!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ni close up sudut lain pulak
mahap la gambar blur 
kamera cap cipan memang cenggitu..
Actually  baju ni kaler2 grey camtu
pastu dia punya list tu kaler cekelat
so kaler cekelat tu dah turun warna
mencemar duli ke bahagian 2 lain
dah hodoh baju aku ... nak buat  cemana ek??

Kang aku klorok kang habis pucat lesi satu baju
Dah sental dengan sabun mandi pun tak jalan jugak
apa lagi nak buat ni???
Boleh ke baju aku tu diselamatkan??

** Nasib baik baju ni aku tak masuk dalam mesin basuh. Kalau tak sure ngan baju2 lain pun tercemar jugak!

Wednesday, July 27, 2011

BLOG YANG AKU MENYAMPAH

Korang pernah tak mengalami situasi camni:

Tengah syok2 berblogwalking, jumpa blog yang best
pastu korang pun follow la blog tu
pastu  kemudian bila blogwalking lagi
kononnya nak melawat blog member2 yang kita follow tu
sekali keluar camni


Mula la nak keluar #@$^%&&*^%&* dari mulut aku
penat2 aku follow sebab blog korang best
sekali bila nak baca latest entry kuar pulak benda alah ni
HAMPEH

Kalau nak buat personal blog @ untuk invited readers je
takyah la dari awal suh orang folo blog ko! Menyusahkan orang tul.

Ada 2-3 blog yang aku folo jadi camni
pasni jangan terkejut la kalau bilangan follower korang dah kurang
aku la salah seorang yang akan STOP FOLLOWING YOUR BLOG!

"PAKWE" LAMA

Tetiba malam tadi aku termimpi pakwe "tak jadi" aku
Lama lak tu mimpinya sampai puas la aku
bukan puas itu yer puan2
puas la aku menatap wajah dia
macam betul2 kejadian

Rasanya ramai kengkawan aku yang tahu kisah silam aku ni
malu la nak cerita
tapi kenapa yer tetiba termimpikan dia?? 
Dia rindu aku @ aku rindu dia??
erm...erm...
kat mana la dia sekarang ni agaknya???


** Tu la abang, tak nak tidur dengan kita, kan dah termimpi orang lain... LARIK!!!!!!!!!!!

LUNCH DATE DI JOMBALI

Citer pasal shopping raya tak habis lagi
walopun tang part shopping baju anak2 tu dah settle dah

Dari Jusco aku ajak hasben pi singgah Carrefour
Motif???? Nak ajak pi tengok langsir kat NAGOYA
rumah sama2 so kena buat keputusan bersama jugak la kan

Tapi sebelum tu kena pi isi perut dulu
jam dah pukul 12tgh dah
perut pun dah nyanyi lagu dangdut & keroncong
mana idaknya, kami tak bekfes pun, cuma minum ayaq Nescafe sorang sekole

Dah sampai K4, aku ajak hasben makan kat JOMBALI
ni tempat feveret kitaorang lunch kalau ke K4 masa keje kat OHC dulu
sebab belum lagi time lunch hour, so restoran tu agak lengang le
tempat pun banyak kosong & makanan pun cepat sampai


Sementara menunggu makanan sampai, layan dulu citer Mr Bean kat tv tu. Sambil tu aku snap la gambar waiter. Eh, baju staff Jombali ni lebih kurang sama kalernya dengan baju korporat opis aku la...hehehehehe

Ok jom tengok ape benda yang kami makan kat sana

Ni hasben aku order --> Mee Hailam

Ni pulak roti bakar kaya kacang [kalau tak silap namanya]
rangup & sedap. Rasanya cam makan apam balik sikit.

Chicken Chop Black Pepper... 
Western tak sudah2 aku ni


Air pink ni aku punya ---> Bandung Cincau.
Hasben aku punya Soya Cendol. Gambo lupa nak snap. Lagipun hasben aku dah kocak lak air tu. Tu nampak tak tangan dia tengah mengocak air cendol..Hehehe.. 

Besar tau gelas air kat sini, sampai tak habis aku minum.

Overall puas hati dapat makan dengan kenyang. Makan kena lebih ye dak?? Sebab sat lagi nak tawaf dalam NAGOYA lak.

Bila dah kenyang & bayar, terus tuju NAGOYA lak. Tak sabar nak tunjuk langsir2 kat hasben aku. Biar dia pulak rambang mata. Tapi balik2 aku jugak yang rambang. Dia idak rambang pun. Kalau dia kata dah ok tu, takde la lagi dia nak belek2 yang lain.

Aku tunjuk kat dia antara pilihan2 yang menarik di mata aku. Last2 dia pun cakap  berkenan kat yang cam bulat2 tu [aku dah tepek gambo kat entry lepas]. Itu baru night curtain. Day curtain yang jarang2 tak pilih lagi.  Pilih punya pilih akhirnya decide ambil yang warna light brown. Sebelum ni beli kaler putih jer. 

Lepas pilih kain, kami tempah kat situ jugak. Senang sikit, tak payah pening2 nak cari tailor pulak. Lepas ambil ukuran sliding door, salesgirl tu pun kira2 la berapa harga kain + harga upah. Aku pilih kain yang RM 7 je semeter. Itu pun total kos untuk langsir je dah RM200++. Kalau aku pilih kain yang belas2 ringgit semeter maunya sampai 5-6 ratus. Upah pulak RM98. Ok la tu kan... Bukannya aku tempah langsir setiap tahun. 3-4 tahun sekali baru nak merasa yang baru.


Ok.. sudah tempah langsir raya. Lagi 2 minggu baru siap
Jeles la Cik Besah pasni...hehehehehe

WORDLESS WEDNESDAY

KENAPA MUKA LAGU TU???

Tuesday, July 26, 2011

CERITA SHOPPING SEMALAM

Lambat lak aku buat entry pasal semalam
Seperti yang sedia maklum [maklum ke korang??]
semalam telah mengambil cuti untuk pi seronot2 dengan hubby
pi seronot2 menghabiskan duit dalam bank
pi shopping Raya..hehehehe

Orang kata SOGO tengah sale
tapi malangnya hasben aku tak bulor nak ke sana
akhirnya pi shopping ke Jusco Wangsa Maju je

Kami kuar rumah kul 9pg
singgah KWSP Selayang jap
pastu kul 10 camtu terus cau pi Wangsa Maju
Maklum la hari Senin, pagi lak tu, memang tak ramai orang la
buleh shopping dengan tenang

Sampai sana terus tuju tempat pakaian budak2
memang tujuan ke sana pun nak beli baju anak2
pilih punya pilih punya pilih
[nak cari yang diskaun 50-70% jer]
ini le hasilnya

Dapat la belikan anak2 aku sorang 4 pasang
cuma Aleeya je kami tak belikan seluar lagi
sebabnya pattern kat JUSCO tu tak lawo
cadangnya nak beli kat BILLION depan rumah mak aku je masa balik raya nanti


Yang tak beli lagi cuma baju kurung & baju melayu untuk depa 
Baju raya aku & hubby pun tak beli lagi lor...


MISI LANGSIR

Tahun ni musti tukar langsir
kalau tak dapat satu rumah
dapat yang baru untuk ruang tamu jadi le
[ate udoh 3 tahun dok ulang tayang langsir sama je]

Basuh kering pakai yang tu balik
lagipun sheer curtain rumah aku tu kan ke dah reput
WAJIB......... tukar baru [kang terdedah aurat rumah aku laks]

Misi bermula semenjak hari Jumaat
sementara hasben aku OT, aku pi terjah TEWAH
tahu ke TEWAH tu apa???
ala, kedai jual kain baju & langsir
tapi aku pi kat Giant Taman Permata je
Plan aku kununnya, kalau tak lawo kat TEWAH
ingat nak lari kejap ke NAGOYA kat Carrefour tu [kalau sempat le]

Belek punya belek
Telek punya telek
kat TEWAH je dah makan masa dekat sejam
rambang mata weh, nak pilih
pegang sini, berkenan yang sana
pegang sana berkenan yang situ


Ni antara langsir yang aku berkenan kat TEWAH
ada banyak lagi tapi cam segan la nak tangkap gambo
nampak sangat jankunnya

Hari Jumaat tak dan dah nak singgah NAGOYA
akhirnya ambil keputusan pegi keesokannya
[kebetulan aku keje kat Wangsa Maju hari tu]

Penjelajahan bermula pukul 1 tengahari [lepas abis keje]
Sampai je NAGOYA.... semakin rambang mata aku
pilihan lagi banyak dari kat TEWAH
nak murah, nak mahal, pi la jengah
aku bajet ciput je so melilau kat area kain yang bawah harga RM10 je la
nak beli yang belas2 ringgit semeter tak mampu la den

Pusing punya pusing
sampai salesman & salesgirl pun jemu tengok aku gamaknya
still tak dapat buat keputusan jugak 

Nak cari langsir cam drama Nora Elena tu idak la terjumpa
tapi jumpa yang bulat2 cenggini cam suka pulak
akhirnya snap gambo sekeping sebab nak tunjuk kat tok laki
nak mintak approval la konon

Keputusan??? Nanti aku citer next entry.

ISI MASA LAPANG

Sementara menunggu hasben balik keje Sabtu lepas
aku singgah MPH kat Jusco Wangsa Maju
sesaje la nak jenguk apa2 buku baru kat situ

Jalan punya jalan jumpa la buku ni
memang sesuai untuk aku yang terlalu banyak masa lapang
[sementara tunggu laki aku habis OT hari2]
Sekali sampai 2 aku beli..
harga pun tak berapa mahal so boleh la rembat 2 bijik

Sape suka main mind puzzle yang sewaktu dengannya boleh la pi cari kat kedai2 buku berhampiran.

** Teringin nak beli buku SODOKU tapi aku tak reti main. Cemana nak main ek??Ada sape boleh ajo tak???

Monday, July 25, 2011

REPAIR BASIKAL

Sabtu lepas, lepas je kami laki bini balik keje
terus gi singgah rumah ambik basikal anak2
pastu terus pi kedai basikal
3 biji basikal sekali angkut dalam kereta.

Basikal Yaya ---> nak kena tukar tayar sebab tayar dah merekah
Basikal Adib ---> nak kena tukar seat yang dah terkopak & bubuh tongkat
Basikal buruk ---> nak tukar tiub [basikal ni la anak2 aku buat praktis]

Malas citer banyak, layan gambar je la

Kami ke kedai basikal ni la
 terselit lak model tak berbayar ni..


 Ini la basikal Adib tu
nampak tak ganas tak ganas anak aku
sampai tercabut seat beskal tu

 Uncle kedai beskal tengah pasang tongkat kat basikal
Smart uncle ni tau, berkemeja + bertali pinggang [ siap baju masuk dalam  lagi]

Sudah siap satu basikal
seat SPIDERMAN lagi!!

 Seterusnya basikal Yaya
tukar tayar je...

Next, basikal turun menurun
Basikal ni dah buruk sikit rupa parasnya
sebab lama dah tersadai kat tepi rumah
tapi basikal ni ramai peminat tau
sebab rupa parasnyanya yang macam moto tu
 Ingatkan basikal ni kecederaannya serius
rupanya tiub je yang bocor
so ganti tiub & pasang tongkat baru jer

 Tekun sungguh si Adib nengok uncle tu repair beskal

 Tada.... sudah siap!! Jom kita balik

Repair 3 bijik beskal ni pun dah kena RM45
ok la kan, lagipun selagi tak repair selagi tu anak aku gian nak main basikal
sampaikan basikal buruk yang takde angin ni pun
si Adib beria2 kayuh... siap rempit & buat pacak lagi.

Sebelum balik, kasi posing dulu depan kedai..


CUTI & SHOPPING

Hari ni aku cuti uols!!!!
Konon nak balik kampung tapi hasben keje lak wiken ni
so pospon hajat nak balik Ipoh
so kitaorang plan nak gi dating berdua

Dah lama dah tak berdua2an dengan hasben
semenjak dah beranak pinak ni memang jarang la kuar berjimba berdua2
kalau pegi balik keje selalu la...

Ekceli takde la nak pi mana pun
nak pi shopping baju raya anak2 jer
destinasi??? Tak tau lagi
nanti aku balik shopping aku story kat sini yer.

Sabar ye...



Friday, July 22, 2011

NOSTALGIA ZAMAN SEKOLAH

Kalau boleh diputarkan masa
ingin sekali aku kembali ke zaman persekolahan
especially time sekolah menengah
dan especially juga di SERATA a.k.a. Taayah

Baru terjejak video ni kat muka buku
zaman sekolah dok mengadun sore jadi penasyid sekolah
hehehehee
kalau sape terer, nampak tak aku yang mana?
ce teka...ce teka..



Yang ni lagu kedua lak 


Wallawei.... zaman kegemilangan Ainul Yaqin tahun 1996

Sape yang upload video ni, terima kasih la banyak2
lepas 15 tahun baru dapat tengok video ni.

So rindu la kat member2 saing 1996
especially geng kapak yang berenam tu

** Kalau korang dibagi pilihan, zaman bila yang korang nak pegi??

Thursday, July 21, 2011

GAJI SEORANG ISTERI

Meh layan ceramah ustaz Azhar Idrus
Ustaz kata, mana orang2 pompuan yang buat kerja rumah
dia berhak tuntut bayaran daripada suaminya....

Pasni kena tuntut bayaran cebok berak kencing anak
upah basuh baju, masak, jaga anak, buat air... pehhhh... kayo makcik

Ceramah penuh  tengok  sini...


















SEMOGA KITA SAMA2 DAPAT MANFAAT DARI CERAMAH BELIAU.


KAMI DULU-DULU

Sementara menunggu opis bukak pagi tadi
aku kemas2 la purse aku
buang la mana2 kertas & khazanah yang dah tak pakai
banyak sampah rupanya dalam tu
patut la berat

Kat bahagian gambar tu aku letak gambo kawin aku
tapi kat belakang gambar tu terselit sekeping gambar lain
gambar masa aku bercintan-cintun dulu
[rasanya masa ni aku dah pun bertunang]

Ini la gambar kami muda2 dulu
Skema kan muka aku??? Kunun dah lawo sangat la masa tu [hehehehe]

Masa ni pun hubby  aku hensem sikit la dari sekarang
sekarang sudah gumuk, perut pun ada buncit sikit
muka pun sudah boooooooolat 

Tak kisah le gemuk ke, bulat ke, buncit ke
dia tetap suami aku dulu, kini & selamanya....... insya-allah


** Ada member aku cakap, muka hasben aku masa ni ada macam TS Jefrey...
 Ish... tak seswai tau!!!

NAK TAYANG

Selamat pagi semua...

Nak tayang yang aku pakai inner baru
kali ni pakai inner awning pulak
semenjak dua menjak dah berinner ni
sebok nak tayang kat orang
jangan marah ha....


I got new watermark oso....nampak tak???

Wednesday, July 20, 2011

PUNCA STRESS WANITA

7 sebab utama pompuan Malaysia stress


Korang kategori yang mana?
Aku punya stress buat masa ni tak masuk dalam senarai
Tapi aku rasa majoriti pompuan yang dah kawen ada stress tu tapi tak nak mengaku..

Betoi tak???? Sila angkat kain tinggi2 jari telunjuk...hehehehehe

** Para suami sila ambil perhatian stress bini masing2..

KESUNYIAN DI MALAM SELASA

Lepas ni malam2 Selasa dah takde aktiviti yang ditunggu2
Kalau dulu sanggup tahan mengantuk
Sanggup bersengkang mata
sanggup tak pi rumah mak mentua 
sanggup tak layan anak -->suh tok laki ai yang layan
disebabkan ini...


Malam tadi finale season 8
tunggu tahun depan la pulak kot untuk season 9

Tak sabar.... 
sape la neighbour baru kat Wisteria Lane gamaknya???


**Malam Selasa sunyi takpe, jangan malam Jumaat takde aktiviti sudeh!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...