Wednesday, June 29, 2011

HAFIZ CELUP NANONANO

Sape tengok Maharaja Lawak sure dah pernah tengok Jozan punya lawak kan
Aku yang sentiasa ketinggalan keretapi, bas, lori, feri & kapalterbang ni
[al-maklum le awok takde asteruk]
baru la nak meratib depan youtube time bosan2 & ngantuk2
berderai ketawa nengok aksi semua peserta

Yang paling aku ketawa tang Jozan & Jambu punya lawak
sape yang ngantuk & boring pepetang ni
jom sesama join aku bergelak ketawa

JOZAN





JAMBU




** Jozan ---> lawak hafiz nyanyi  lagu awan nano memang lucu gile
    Jambu ---> renang berirama tu memang tak leh blah betul la...


LAGHO

Mood Wordless Wednesday


Tengah kemaruk main game ni sekarang
sape nak join lagho dengan aku???

10 CARA MUDAH KALAU NAK KAYA CEPAT

PERHATIAN!!!
Ini bukan skim cepat kaya
Ini bukan MLM
Ini bukan Networking
Ini bukan Scam
bla..bla..bla..

Tips ni  sesuai untuk golongan marhaen macam aku terutamanya
tapi tak bermaksud golongan miskin tegar @ kaya raya tak boleh buat pulak
bak kata Ustazah Bahiyah, anda buat anda dapat.


Sapa yang tak nak kaya kan???
Bongoks la sapa yang tak pernah terlintas di hati nak kaya kan
tapi konsep kaya tu terpulang pada individu la.. subjektif tu

Kalau nak kaya, cara yang paling senang ialah dengan SEDEKAH JARIAH
[bukannya sedekah pada Jariah je ye..]
Tak susah kan??? semua orang boleh buat
kan Allah dah kata bagi setiap amal jariah akan dibalas dengan berganda2 pahala & kebaikan
pernah tak dengar pepatah What you give, you get back??
Tapi sedekah tu pun kena la ikhlas kerana Allah s.w.t bukannya sebab nak menunjuk2 tau


10 cara yang mudah untuk kaya melalui sedekah jariah ni ialah:

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca akan mendapat hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda kepada hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda akan dapat hasanah.

3. Berkongsi bahan bacaan yang berfaedah & membangun dengan seseorang

4. Bantu mendidik seorang anak

5. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda akan dapat hasanah.

6. Berkongsi CD AL-Quran, doa mahupun ceramah agama

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid - kewangan mahupun tenaga

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, anda akan mendapat hasanah

10. Yang paling mudah - SENYUM!!!

Mungkin ada pelbagai lagi cara untuk anda bersedekah &  berkongsi disini. Aku hanya menyatakan sebahagian sahaja. Sapa yang nak tambah dipersilakan.

Ketahuilah sesungguhnya sedekah jariah itu merupakan kebajikan yang tak berakhir.




Tuesday, June 28, 2011

SENYUM PETANG



Cerita 1
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri :  Buku bank abanglah..


Cerita 2
Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa untuk didermakan?
Budak: Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????


Cerita 3
Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunanangna mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah  yang mana satu gambar awak. Nanti awak pilih la sendiri. Yang selebihnya kembalikan pada saya.
Siti : Erkkkk... Benci....



Cerita 4
3 orang menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, "Tak muat dah Tok, kami dah bertiga!!!"


Cerita 5
Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja?
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ??????????????


Cerita 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat

Posmen : Assalamualaikum
En Sameon : Waalaikumussalam
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya, saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik  ni.
En Sameon : Buat susah aje encik  ni. Apasal tak pos aje??
Posmen : Betul jugak yer...


Cerita 7

Orang Asli dan polis

Orang Asli : Selamat pagi tuan.
Polis : Selamat pagi. Apa ha?
Orang Asli : Saya nak buat report tuan.
Polis: Pasal apa tu?
Orang Asli : Kawan saya dibaham harimau
Polis : Pukul berapa?
Orang Asli : Dia tak pukul, terkam
Polis : Habis?....
Orang Asli : Tak habis, tinggal kepala...


Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

Lelaki : Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
Doktor : Dah tentu.
Lelaki : Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Doktor : Ha????


Cerita 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan :Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengar penjelasan Amin, Shan pula menangis

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing....


Cerita 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"

"Apa la bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu??"





CERITA BAJU KAHWIN KATE MOSS DAN VAGINA

Sapa la tak kenal ngan Kate Moss
supermodel yang terkenal satu donia tu kan
yang buatkan ramai fomfuan2 jeles dengan bentuk badan dia yang langsing tu
[aku tak termasuk okeh...sebab pada aku dia ni kuruih sangat]


Dengar habaqnya dia ni bakal berkahwin tak lama lagi
dan katanya dia memang obses dengan bahagian intimnya tu [bahagian 'V' tu la]
nak dijadikan cerita, disebabkan terlalu obses terhadap V
dia punya wedding dress pun dia nak ada konsep V jugak

bukan V neck macam ni

atau macam ni

bukan jugak V back macam ni

tapi sebenarnya dia nak macam ni.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
OMG!!!!!!!!!
ada replika vagina di dressnya tu
aku rasa nanti orang bukan tengok pengantin tu
tapi orang fokus yang kaler pink tu jer..
tergamak dia pakai ye baju tu...

SHIVAJI THE BOSS

 Korang pernah tengok citer Shivaji The Boss tak?
Sape tak pernah tengok lagi, memang aku suggest korang tengok citer ni
Asyik layan hindustan je, sesekali layan tamil pun ok gak
selalu tengok Shah Rukh Khan, Salman Khan sesekali layan Rajnikanth pun best gak

Tapi bukan nak citer pasal ni, tapi nak citer pasal inai
Ahad lepas si Yaya sebok nak berinai bagai
so aku beli je la inai kat kedai India kat area rumah aku ni
memula beli tak perasan pun apa nama inai  tu
last2 semalam masa dia sibuk nak berinai2 dengan Mak Long dia baru aku perasan
nama inai tu Shivaji..
Ini la inai yang aku belikan tu..Meh nak zoom sikit nama inai ni

 
Percaya tak sekarang??? Shivaji pun dah ada inai sekarang..

Monday, June 27, 2011

LAPORAN BERGAMBAR UNTUK ANNA ZULKEFLY

Tahun lepas opismate aku ada bagi anak pokok keladi ni
Masa ambil dari dia tu  aku cuma semai dalam pasu kecik jer
sebulan lepas je aku transfer ke pasu yang lebih besar
ini la hasilnya...

Selepas beberapa edisi kering sampai nak mampus pun ada
sekarang telah membiak dengan jayanya...

Kak Anna, dengar citer baru balik dari Hong Kong
takde ole2 ker????

SEPETANG DI ULU YAM

Sabtu lepas aku gi keje kat Wangsa Maju
memandangkan keje berlambak & terpaksa dibuat dalam tempoh yang singkat
so mengambil masa yang lama nak betapa kat sana
memula risau jugak kot2 anak2 buat onar pulak kat situ
tahulah budak2 kan cepat boring

Alhamdulillah aku suh anak2 main la apa yang patut
dah le aku lupa bawak laptop takleh la depa nak layan game
tapi nasib la ade komputer budak2 opis
aku bagi la depan layan internet kat komputer tu
ikut depa la nak main game ke, tengok kartun kat youtube ke

Disebabkan mata aku pun dah berpinar2 nengok nombor
aku pun dah tak mampu nak teruskan keje lagi
so aku bagitau la kakak tu yang aku tak boleh continue lagi
nanti aku sambung kat rumah & nanti aku  email la pada dia
tengok jam pun dah pukul 4 petang, hasben aku pun dah nak habis keje dah
so aku call dia kata nak balik sekali
pastu aku cakap la kat dia yang aku tunggu kat Tasik Sg Tua tu

Memula hasben suh tunggu kat Petronas Sg Tua je
tapi boring la pulak kan, nanti anak2 pun  buat hal lak, panas lak tu kan
better la aku tunggu kat tempat yang boleh ambil angin & rehatkan minda sikit
tu yang aku suggest tunggu kat tasik tu
lagipun walaupun hari2 lalu kawasan tu
tak pernah sekali pun kitaorang singgah & melepak kat situ

Sementara menunggu hasben aku, lepak2 kat kawasan lapang depan tasik tu
syok jugak tengok tasik & kena lak angin sepoi2
memang rileks la... anak2 pun lepas bebas lari2 kat situ
sebelum balik harus la tangkap gambar sekeping dua kan

Ni minah posing ni, dia yang dulu2 nak tangkap gambar

Memula budak ni takut nak duduk kat situ sebab dia kata takut jatuh dalam tasik

Memek muka anak2 aku...

Eh..eh.. cam kapel tengah gaduh la pulak... heheheh
saje je aku snap gambar depa dari belakang

Sudah baik semula... biasa la kan, kejap baik, kejap gaduh

Final pic untuk hari tu....
Abah dah sampai, jom kita balik !!!

PERLU KE UNTUK KECEWA??

Maleh nak cerita panjang
ni la result peksa Yaya 
Cukup mengecewakan ke kalau result cenggini???
Pada aku Alhamdulillah!

Friday, June 24, 2011

YAYA YANG KECEWA

Hari ni pi ambil report card Aleeya kat tadika
Seawal jam 8 pagi aku dah terpacak kat depan pagar
itupun bukan la aku orang pertama sampai sebab depan aku dah ada 2-3 orang tengah cakap dengan cikgu. Maybe nak tahu prestasi anak2 masing2 le tu.

Aku terpaksa datang awal sebab aku hanya mintak time-off je
so kalau datang awal boleh la awal jugak bergerak ke opis
giliran aku sampai lepas turn 2-3 orang tadi tu

Masa cikgu bagi fail & buku laporan Aleeya
aku berdebar2 jugak la kan, kot2 la result anak aku tu tak berapa elok
selak la satu-satu mukasurat sampai le ke mukasurat markah2 periksa dia
Alhamdulillah semuanya A [ada 8 subjek - so ada 8A]
pastu tengok pulak kedudukan dia dalam kelas
dapat no 6 daripada 28 orang... not bad jugak
[walopun aku target dia dapat no 3 ke bawah]

Pastu mata dia pun bergenang siap cakap
kenapa Ya asyik dapat no 6 jer?? 
[kebetulan tahun lepas punya periksa pertengahan pun dia dapat no 6 jugak]

aku tahu dia kecewa sebab dia memang nak sangat dapat no 1
lagipun abah dia janji nak bagi hadiah kalau dapat no 1-3 je
maybe dia risau abah dia tak bagi hadiah kot.


Last2 aku pun pujuk dia
Mama tak kisah Ya nombor berapa pun, Ya dah buat yang terbaik dah kan??
Lagipun semua markah Ya tinggi, 90-100, ok la tu. Semua A lak tu.
Mama dulu pun tak dapat markah cam ni [terpaksa tipu la sikit2 kan]
Periksa akhir nanti Yaya cuba buat lagi baik tau.

Pas balik sekolah aku tengok dia muram je
pas hantar dia kat rumah mak mentua aku, aku pun citer la pasal result dia
jenuh la opah & atuk memujuk sebab tengok dia cam tak happy
siap atuk & opah puji2 result dia tu
pastu baru la dia OK.. baru la pastu aku gerak gi opis

Aku paham perasaan kalau apa yang diinginkan tak tercapai
Kecewa memang ada, tapi kita kena teruskan dan cuba capai yang lebih baik
itu la cabaran namanya kan??

Kita ibu bapa pun takleh bagi high expectation pada anak
patutnya kita tahu kemampuan anak kita
apa yang dia capai, adalah apa yang dia mampu capai
cuma kita boleh bagi semangat supaya dia lebih berazam untuk mancapai yang terbaik..

** Takpe Aleeya, you still have a long way to go. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 Mama.

MALAM TADI AKU MIMPI BABY BOY YANG DEBAB

Malam tadi tidur dengan nyenyak sampai termimpi2
Kalau ikutkan aku ni memang jenis yang jarang dapat mimpi
Tah cemana termimpi aku dah beranak
seorang baby boy yang sangat comel & debab


Yang kelakonya tu sorang pun tak tau yang aku baru beranak
kecuali hasben aku la... mak mentua aku & jiran2 sorang pun tak tau
tau2 je hasben aku duk sebok  tengah cari batu sungai nak buat tungku
dalam dok kelam kabut bakar tungku tu tetiba datang pulak background music
lagu I Can't Get Enough Of You Baby lak tu

Time to wake up.. alarm sudah bunyi
sudah pukul 5.30pg lor...


Apa makna mimpi aku tu yer???
Pepagi masuk opis pi siasat kat Google
ini le hasil yang aku dapat..

Mimpi melihat bayi mungil ---> www.tafsirmimpi.org
Berhasil dalam percintaan atau munculnya hal2 yang menyenangkan

Anak ---> www.dungun.net
Jika bermimpi melihat, memelihara, mempunyai anak, alamat suatu keberuntungan akan segera datang kepada anda. Apa lagi kalau anda bermimpi mempunyai anak laki-laki.


Setakat yang aku baca semuanya bermaksud positif. Tapi hakikatnya aku sedar mimpi tu semua mainan tidur. Kalau perkara yang baik berlaku, alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya pun alhamdulillah juga. Maksudnya tuhan mengasihi aku dengan memberi ujian sebegitu.

Citer pada hasben aku pasal mimpi tu, tau dia cakap apa???
Nampaknya malam ni kena buat anak le... ---> CIS!!!

DAH BERADA DI TANGAN

Semalam sudah pinjam buku ni
Yes.... sudah berada di tangan
apa dia??
Tak sabar nak baca [tak sabo nak berangan dengan Seth Tan sebenonya]
tapi now tengah dalam proses nak habiskan buku TEGUH tu dulu

** Buku Kasih Yang Suci tu biras aku yang punya, Teguh tu aku yang punya...

** Kata biras aku, dia ada apply few romantic moves dari citer tu kat laki dia.. Heheheh.. bagus la kan untuk eratkan kasih sayang. Nanti aku try kat laki aku pulak!

Thursday, June 23, 2011

AMBIL REPORT CARD

Semalam Yaya baru bagi surat dari sekolah dia
katanya esok kena datang ambil report card dia
tah cemana la prestasi anak dara aku tu


Memula tu ingat nak suruh pak mentua aku je yang ambilkan
tapi tahu je la.. orang tua tu bukannya clear sangat pendengarannya
dibuatnya dia jerkah cakap kuat2 dengan cikgu Yaya
mau tak kecoh satu tadika
tu belum lagi dia beleter tah apa2 benda kat sekolah tu

So sebagai ibu mithali ibu yang sejati konon
aku korbankan la masa aku kejap singgah tadika Yaya
bila lagi nak beramah tamah dengan cikgu cikgi situ kan
lagipun tahun depan Yaya dah sekolah kebangsaan

Pagi tadi sudah isi time off form untuk esok
hopefully resultnya bagus


** Esok ingat nak daftar Adib sekali la..

BACKYARD: SEBELUM DAN SESUDAH

Macam tau2 je aku kompelin pasal rumah dia yang semak samun tu
tup2 semalam dia datang rumah tu & tebas segala lalang tu
fuh... baru lega mata memandang
[eh.. depa ada baca blog aku ker??]

Rumah sape?? ala.. rumah orang belakang rumah aku la
aku pernah buat entry pasal ni [rajin2 la selak page belakang2]
agaknya nak kena aku buat  rungutan tak rasmi kat blog ni baru pihak2 berkenaan nak ambil action kot.
[memang le the power of technology kan??]

sebelum

selepas
[agak2nya berapa jam la dia duk menebas semak samun tu semua ye???]

TAHNIAH! AISHWARYA RAI MENGANDUNG

Baru dengar berita hotFM pagi tadi
Katanya Amitabh Bachan dah announce kat twitter yang dia bakal jadi datuk pada anak Abhishek & Aishwarya. Kalau pi search kat google pun dah kecoh satu dunia pasal berita ni.


Dah lama dah depa ni kahwin kan?? Rasanya dah 4 tahun kot. Baru sekarang dapat rezeki nak dapat baby. Mesti anak depa nanti lawo cam mak bapaknya. Yang pasti,  sure akan tinggi lampai cam mak, bapak & datuknya tu.. Jangan ikut neneknya udah le...

TAHNIAH yer..

** Siti Nurhaliza bila lagi ye?? Dok sebok masuk Wataniah pulak bila la nak peknen gamaknya???

PERSEDIAAN GANGGUAN BEKALAN AIR

Semalam kan dah start gangguan bekalan air ke beberapa kawasan di Selangor & Lembah Klang disebakan kerja2 pembersihan loji air oleh SYABAS. Kalau ikutkan hebahan radio kawasan Hulu Selangor pun terlibat gak. Tapi kalau ikutkan senarai kawasan2 yang terlibat Batang Kali tak termasuk pulak.

Tapi bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan, hasben aku yang kebetulan MC semalam pun ambil langkah super aktif  dengan menadah air. Habis segala tong dia guna buat tadahan. Besen mandi anak aku masa baby dulu pun dia guna juga. Tong beras aku pun habis dia guna [yang berpenutup tu].
Cuma tong sampah je dia tak guna [sebab tong sampah aku tu jenis berlubang2..heeeeeee]

** Sampai ke pagi tadi, alhamdulillah air masih ade dengan deras sekali.. Tapi tak mandi lama pun.. Sejuk!!!!!!!

Wednesday, June 22, 2011

AIR TAKDE.. KAWASAN MANA TERLIBAT?

Ini adalah iklan tidak berbayor.. harap maklum!
PERHATIAN!!!!!!


Adalah dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan air selama 2 hari bermula dari 8pg 22/6/2011 hingga 8pg 24/6/2011

Keterangan:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS.


TARIKH/MASA GANGGUAN
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)


SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.


Lokasi:
Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1)


KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Kuala Lumpur
Keseluruhan kawasan Bukit Kiara; Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan; Pusat Konvensyen Sime Darby; Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.


Wilayah Hulu Selangor
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Kawasan Industri Kundang; seluruh Bandar Tasik Puteri.

(Batang Kali tak masuk ekkk??? Alhamdulillah... tapi bersedia jugak le kan.. mana la tau kot2 kena tempias)

Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

(Opis aku kat Bandar Sri Damansara pun kena ek...mintak2 le cukup air tangki buat basuh berak kencing & ambik air semayang)

** Aku baru tau opis aku ni termasuk Daerah Gombak rupanya.. aku ingatkan termasuk kat Daerah Petaling.


Wilayah Petaling
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 – 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; keseluruhan kawasan Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; keseluruhan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; keseluruhan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).


Maklumat Tambahan:
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL[jarak][aduan/pertanyaan], dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.mywww.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. 

TERJEJAK KASIH DI BLOGGER

Masa blogwalking semalam, ada la beberapa blog yang aku tinggalkan jejak disulami dengan adegan folo memfolo. Kalau dah blogwalking tu of kos la kita baca yang current entry je.. [plus 3-4 entry sebelumnya je]takde la nak menyiasat latar belakang tuan punya blog tu A-Z kan.. Kenkonon baru2 nak jadi kawan2 gitu.

Tup2 semalam sorang blogger yang aku folo tu, folo aku balik. Kat shoutbox aku pun dia tinggalkan jejak. Siap cakap "keciknya dunia" [eh..eh.. macam kenal aku jer...]. Nama dia pun macam familiar kat aku.. KAK CHO. Pastu pi terjah balik blog dia sekali signature dia YANA HALIM da.... Sah! Konfem!Wahahahahaha.... itulah kakak angkat aku masa aku fom 1 & 2  di Taayah dulu. Pas dia tamat sekolah memang lost kontek langsung. Pastu bebaru ni [takde la baru sangat] aku add dia dalam fb.

Memang betui cakap dia, memang kecik donia ni.. Terjejak kasihan di arena blog pulak. Tu la Kak Cho takmo taruk gambo sendiri kat banner, udah awok tak kenal ke mike! Meh sesama gi terjah blog kekanda aku ni. Ate... tak reti2?? Klik je le gambo tu weh!!

** Kak Cho, saya ingat la insiden pujuk memujuk dengan ros merah... hahahahah.. [laki aku pun tak pernah pujuk camtuh... alahai!!!]

Tuesday, June 21, 2011

CUTE THINGS FROM MAYBANK

Beberapa minggu lepas, anak2 aku bawak balik benda ni kerumah
Comel kan??? 4 sekali si Yaya bawak balik dari rumah Opah
cuba teka apa benda tu??
sekali tengok cam fridge magnet
dua kali tengok....
sekali pen da.....

** Biras aku kan keje Maybank, habis dia hangkut bagi kat anak beranak sorang sikit..heheheh

SEJUK PERUT

Perut ibu mana yang tak sejuk kalau tengok anak bersungguh2 menunaikan ibadah solat

Masa ni aku curi2 snap gambar Yaya
Dia yang cakap nak sembahyang walaupun masa tu aku dah sembahyang dah
dengan rela hati dia ambil wuduk, ambil telekung & bentang sejadah sendiri
[selalunya dia sembahyang kalau nampak aku sembahyang je]

Alhamdulillah .. tak sia2 aku hantar tadika PASTI
semoga ini berkekalan sehingga akhir hayat.. AMIN.

** Pasni nak train Adib lak supaya boleh jadi imam muda... Insya-allah.

Monday, June 20, 2011

YVONNE & GINCU MERAH

Drama Nora Elena dah habis dah
tapi masih ada lagi yang meleret2 citer pasal drama ni
[termasuk la aku...wahahahah]

Tapi aku bukan nak citer pasal drama ni
tapi kali ni nak citer pasal watak Yvonne yang membencikan tu
Pada aku dalam drama ni Wan Sharmila berjaya bawa watak Yvonne dengan baik sekali
dan pada aku antara banyak2 watak yang Wan Sharmila tu berlakon
ni la watak yang paling cemerlang sekali [walaupun dia bawa watak jahat]


Sebelum ni dia terkenal melalui citer Kisah Qaisara tu
tapi wataknya terlalu kebudak-budakan & over tergedik2
pastu dia jadi lead actress drama Tari Tirana tu pulak
laaaaaaaaaaaaaaagi la tah apa2 kan
[dengan dress up & style yang buruks tu.. ai tak suka okeh]
tapi dalam Nora Elena ni WS nampak lagi matang & stylo
[harus la kan sebab dia pegang watak sebagai PA kan??]


Apapun aku suka tengok make up WS dalam ni
nampak fresh dengan lipstiknya yang merah menyala tu
walopun si WS ni berkulit gelap tapi nampak cantik je lipstik tu ngan dia
pandai sungguh makeup artist tu kan

-aku suka la baju hijau dia ni -

So far artis yang aku suka tengok pakai gincu merah menyala ni hanyalah Taylor Swift
maybe sebab kulit dia yang putih melepak tu makin menyerlahkan bibir dia tu
even though bibir dia tak seseksi Angelina Jolie..



*** Aku tak berani lagi nak pakai gincu kaler merah menyala ni..

LAYAN STANZA CINTA LA PULAK

Lepas Nora Elena, ada satu lagi citer si Aaron Aziz berlakon
[AA ni tengah laku sekarang gara2 watak Seth Tan]
Drama Stanza Cinta ni baru start semalam
setiap Ahad kat TV3 pukul 9.00 malam


Rupa-rupanya citer ni pun adaptasi dari sebuah novel gak
korang search je la kat Google sure jumpa sinopsis novel ni
tapi aku cam tak layan sangat la citer ni sebab pelakon  pompuan tu cam tak besh
[suka sangat aku buat judgement awal kan.. karang bila orang dok sebok2 kata best, baru aku tergedik2 nak flashback kat tonton..hahahaha]

Ala pelakon utama drama ni si Fathia tu [pelakon drama Hani dulu]
Dia ni pun model iklan Sunsilk pakai tudung yang main futsal tu
[la ni berlakon iklan Fair & Lovely lak]

pastu heronya pulak si Aaron dengan Fizz Fairuz
[aku cam rasa gandingan Aaron tu tak sesuai bawa watak muda remaja tu sebab dia dah ala2 matured kan??] Sepatutnya cari yang muda2 sikit la cam si Ryzal tu ke, Fizo ke dan yang sewaktu dengannya la.
Lagipun citer ni seminggu sekali kan, so penghayatan tu tak tahap maksimum la kan.
Maka akan kurang ghairah le nak menonton.. nak2 pulak yang jenis pelupa cam aku

Anyway, semalam baru episod pertama so hanya tunjukkan cemana si Irfan [AA] tu mengorat si Amni [Fathia] tu. Belum sampai tengah & klimaks lagi.. Ala2 baru foreplay gitu..tettttttttttt!!!! So sama2 la kita menonton drama terbaru ni [kalau aku ingat la minggu depan..hehehehe]

** Pasni penulis novel makin kaya la makan royalti....

Friday, June 17, 2011

JUMAAT NI.. MEH INSAFKAN DIRI

Selalu dengar lagu ni masa aku tengah menunggu hasben aku OT
Especially masa slot Prof Izi kat Hotfm
sangat2 menginsafkan tau.. tapi kena dengar dengan teliti & penuh penghayatan la
memang boleh mengalirkan air mata



LAGU : MENANTI DI BARZAKH
NYANYIAN : FAR EAST

Thursday, June 16, 2011

SANGGUP TAK MAKAN DALAM JAMBAN??

Ahad lepas sape ade tengok citer MAGSEVEN kat NTV7??
Aku pun kebetulan je tengok citer ni masa tengah sibuk gosok baju

Episod kali ni cerita pasal satu restoran yang berkonsepkan tandas
yup... TANDAS a.k.a TOILET a.k.a JAMBAN
aku pernah la tengok kat tv this kind of restaurant tapi kat oversi
rupanya kat Mesia ni pun dah ada
nama restoran ni T-BOWL Restaurant [dah ada 4 cawangan tu]
yang terkini depa buka di Sunway Pyramid

Kat restoran ni totally about toilet
dari design restoran, maskot, kerusi meja & pinggan mangkuk
[nasib cuma masakan je tak dimasak kat toilet..agaknya la]

Kerusi adalah jamban duduk
meja adalah sinki
nak duduk bersila pun boleh sebab ada bahagian jamban cangkung
[dia letak cermin la atas tu so kita duduk je la atas tu]


perkakas menghidang pun dalam bentuk perkakas jamban
mangkuk adalah replika jamban duduk
gelas adalah replika tempat kencing
piring adalah replika penutup jamban duduk
mangkuk pun ada yang replika bath tub

Antara hidangan yang disediakan dalam mangkuk jamban...
[lalu tak korang nak makan???]

Tapi dalam banyak2 tu yang paling geli nak makan ialah ini
eeeeeeeeeeuuuuuuuuuwwwwwwwwwwww!!!!
Walaupun ianya adalah eskrem  tapi rupa parasnya sebijik cam t**k kan???

Memang kreatif tuan punya restoran ni
tapi sanggup ke korang makan kat situ???
[not sure samada HALAL @ tidak.. lagipun rata2 kastemer deme  cina je aku tengok]

** Kan ke toilet tu pejabat Syaitan??? Sanggup kome join the club???

** Kalau masuk sini mesti dan-dan rasa nak kencing la, berak la..kan???

** All pics kredit to the respective owner..

JULIANA EVANS YANG GORJES

Dah takde keje aku ni
asyik meratib depan PC sehari suntuk
sangat bosan la weh..

Dalam dok menjelajah ni
terjumpa la pulak gambo Juliana Evans masa event Gala Rafflesia 2011
-pics kredit to abang Budiey-

Actually aku suka sangat dengan dia punya hairdo
lawalah braided hair tu..
gaya rambut tu buat dia nampak gorjes kan??

Masa tengok Galaksi @ Melodi beberapa minggu lepas
ada la gambar si JE ni tengah posing dari belakang
clear la gambar rambut dia tu tapi aku search2 tak jumpa lak

Lebih kurang camni la rambut dia dari tepi...

Hujung minggu ni aku akan eksperimen pada Yaya..heheheh

** Entry ni takde kaitan dengan jelmaan Juliana Evans versi Rawang ek......... [tetiba lak..]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...