Friday, April 29, 2011

ESOK NAK BALIK KAMPUNG

Salam Jumaat buat korang semua

Esok dah cuti, hari ni memang hari malas nak buat keje [hehehe]
maklum la mood cuti sudah mari.....

Memandangkan minggu ni kita akan dapat cuti 2 hari [Sabtu-Isnin]
mesti korang semua dah ada plan masing2 kan
mesti ramai yang gi cuti2 Melesya kan??

Aku pun tak le ade planning nak bercuti ke mana2
cuma esok nak balik kampung [tapi mak aku duk kat bandar..hehehe]
Esok mau balik Ipoh lor... sudah lama tak jumpa sama mak & abah
rindu kalian sangat banyak..
Insya-Allah esok kita jumpa

** Selamat Hari Pekerja ye kuli2 sekalian.. ahaks!!

Thursday, April 28, 2011

KAKI YANG TERABAI

Sementara menunggu opis bukak
mata pulak tak mau lelap
dah takde apa nak buat aku belek2 la kaki aku
pergh............... kesiannya kaki aku
kering giler!!!!!!!!!!!!

Kaki kanan aku je yang kronik cenggini
kaki kiri aku normal pulak
nampak sangat kurang bagi perhatian pada kaki sendiri

Nampaknya pasni kena rajin2 buat rawatan kaki
sapu losyen & krim bagai
benda ni la paling malas nak buat
sabo je la..

Wednesday, April 27, 2011

CARA NAK UNFOLLOW BLOG YANG DAH KENA REMOVE

Tak pernah2 aku buat tutorial weh
tetiba plak buat tutorial sebagai entry
actually entry ni lebih bertujuan sebagai panduan kepada aku
tapi berguna jugak la kan kalau kongsi2 ilmu dengan korang

Selalunya kalau aku baca blog2 tutorial ni
ada la depa bagi panduan cara2 nak unfollow sesuatu blog tu
tapi semua tuto yang aku jumpa tu
adalah untuk blog yang masih wujud
mungkin sebab kita dah tak suka blog tu so kita boleh je unfollow blog tu
tapi cemana pulak kalau nak unfollow blog yang dah tak wujud atau dah kena remove?


Kengkadang bila blogger ubah url blog depa, depa tak bagitau follower
tu yang bila  kita klik url tu terus keluar macam gambo kat atas
bikin panas je blogger macam ni
yang aku pun kalau jumpa je benda ni rasa cam nak unfollow je
sebabnya kalau follow pun bukannya boleh baca blog tu

Cara2 aku nak mendelete/unfollow blog cenggini
teramatlah senang... aku pun baru tahu

1. Login blog korang

2. Bila keluar dashboard korang tu, skroll sampai bawah di bahagian Reading List

3. Klik di bahagian Blogs I'm Following

4. Klik pada kotak Manage

5.Lepas itu akan keluar la senarai semua blog yang korang follow

6. Cari la blog mana yang dah kena remove tu

7. Kemudian klik "SETTINGS" untuk blog tersebut [tengok contoh kat bawah]

ini untuk demo je ye... bukan aku unfollow blog tu pun..
harap tuan blog tu jangan terkejut pulak.

8. Lepas klik Setting tu, maka akan keluar le box macam ni


9. Klik ada "STOP FOLLOWING THIS SITE" ---> yang dalam bulatan merah tu

10. SIAP!!!!!!!!!!!!!!!!!

Finally, korang sudah buang itu blog dari following list korang.
Pasni takde lagi blog2 yang menyemak cenggitu..hahahahaha
buang karan je simpan blog yang dah tak boleh baca

dah.. pi follow blog lain pulak.. bai!

Tuesday, April 26, 2011

POKOK MENGKUDU DI LUAR PAGAR

Subur pulak pokok mengkudu ni hidup kat luar tembok rumah aku
bukan aku yang tanam pun
tah cemana pulak dia boleh tumbuh kat celah longkang tu
dulu kecik je sekarang dah besar
dah banyak kali berbuah dah tapi cepat je hilang dipetik dek budak2
tapi aku tak kisah sangat sebab aku bukannya makan buah tu pun
wajar ke aku buang je pokok tu??

Monday, April 25, 2011

CARA DAPATKAN AIR REVITALISOR DENGAN HARGA YANG MURAH

Memandangkan aku tak mampu nak beli ROBOCLEAN
so aku beli je la air revitalisor
konon2 nak membersihkan udara le kekdahnya

murah 99.999999% dari Roboclean tu...

Nak beli yang Ogawa ke, Osim ke, memang teman idak mampu
agak mahal jugak kan?? rasanya dekat 100 hinggit jugak satu kan??
tapi kat mana nak dapatkan dengan harga yang murah??
silap2 boleh dapat free lagi

 Sama je kan dengan Ogawa punya

Oh , cemana nak dapatkan dengan murah @ free??
Kat mana lagi kalau bukan COSWAY
Ha... tak payah jadi member Cosway pun boleh
korang guna je la no akaun Cosway mak korang ke, kengkawan korang ke, jiran korang ke
pastu mintak le courtesy depa  sedekah sikit  kupon @ point Cosway tu
[tak pun pi mintak la kupon tu kat kengkawan korang yang member Cosway tu sorang sikit]

Kalau guna poin kena guna 2 point je pastu kena bayar RM49.00
kalau guna kupon kena ada 18 kupon pastu bayor RM29.00 [aku guna yang ini]

kalau korang dapat 40 kupon memang untung la
sebab korang boleh redeem mende ni FREE
lupa lak nak kabo.. warranty satu tahun tau!

Semalam beli, semalam jugak aku rasmi
siap letak pewangi sikit dalam air tu
wangi semerbak satu rumah aku.. best!
[abaikan botol susu Adib kat tepi TV tu]

Dah alang2 menyinggah Cosway kan
sempat jugak rembat krim halia ni
kot2 la mau kempis perut bunc a.k.a. buncit aku ni
ada sesape pernah try tak krim ni???


KRING! KRING! LOCENG BERBUNYI

Sabtu lepas,  hasben bawak tayar basikal Yaya ke kedai beskal
tayar beskal Yaya tu dah meletup dek terlebih angin masa pam hari tu
bila beskal Yaya tu kena tukar tayar
si Adib pun nak mintak tukar tayar jugak
walhal tayar dia jenis tayar mati... lagipun tayar dia memang elok lagi
hadoi.. jenuh la aku & hubby memujuk dia
cakap la tayar dia power la, baik punya la, orang lain takde tayar cenggitu la
siap keluar lagi nama masked rider la, power rangers la, ultraman la
akhirnya, abah dia pujuk dia pasang loceng beskal je la
nasib la dia setuju.. siap nak 2 lak tu... ade ke???

Balik je dari kedai beskal, hasben aku pun usung la 2 biji loceng beskal
kena la beli sorang satu kan, kang tak pasal2 ade lak yang merajuk
nasib pulak si Adib tak memberontak suh letak dua2 loceng kat beskal dia.



Bila dah ade loceng tu, sepanjang2 mengayuh beskal tu
asyik berdering je la loceng tu
kalah keling jual eskrem yang lalu lalang kat rumah aku ni
pening kepala mokcik!

Ce layan video ni
video

**Ade pulak sebut aiskrim soda... hadoi..
[sure terpengaruh dengan keling eskrem naik motor pasang lagu aiskrim polar ni]

** Sila abaikan sore Yaya yang tengah mengaruk tu..

Sunday, April 24, 2011

GILA KERETA

Macam2 si Adib ni
bebaru ni dia request lak nak kereta mainan
bukannya sebelum ni tak pernah belikan untuk dia
tapi asal nampak orang lain main, dia pun nak jugak

Sebab kesiankan dia, abah dia belikan jugak le kereta mainan tu
itupun idak kuasa la nak beli yang mahal2
sebab dah tau dah peel si Adib
cepat sangat boring dengan mainan
kalau tak boring pun, cepat je jahanam mainan tu

Kelmarin abah dia singgah Kedai 2 Ringgit untuk beli kereta mainan
nama je Kedai 2 Ringgit, tapi barang tak jugak 2 ringgit

ni le kereta mainan si Adib

hambik ko 12 bijik sekali abah ko beli
satu peket tu ade 12 bijik-->harge 9 hinggit

posing sikit brader!
[dah ade banyak tu, kedekut pulak nak share... asyik bergaduh je la dengan Yaya]

Friday, April 22, 2011

SUDAH 888 ENTRIES

Wallawey...no baik punya hari ini
entry aku sudah 888 [no ong ni orang kata]



Aku tau la ade antara korang entry dah beribu riban
tapi tak eksyen pun
tapi aku nak eksyen jugak
aku punya blog aku punya suka ler..
jangan marah ha...

** Dah banyak mende aku mengarut dalam blog ni rupanya
& terima kasih pada korang2 yang sudi membaca omongan aku..

Bai.

MEN"TESCO"

Sambung balik citer merendek ke Tesco Rawang
Sape yang bese pegi Tesco Rawang, sure korang tau
yang food court tu setentang dengan playland kan??

Maka, acara wajib lepas makan adalah ke playland tu
kalau ikutkan anak2 aku, deme nak terus masuk sana
tapi aku ngan hasben cakap kena makan dulu
kalau sape tak makan tak boleh pegi main

Si Aleeya tak berapa nak makan sangat tapi ade la meratah ayam
Si Adib pulak beria2 la makan Nasi Ayam
tapi beberapa suap je pun
pastu cakap dia sakit perut
[tu alasan dah taknak makan le tu]

Lepas makan, kitaorang pun pi la singgah playland tu
kang tak pasal2 merajuk pulak budak2 tu
lepas tukar token [ 1 token = 1 ringgit]
boleh la main apa benda menatang depa nak main dalam tu
hasben aku beli 10 token

Sebab semua permainan ade orang, main le katak gomok ni dulu


Pas naik katak, naik lembu pulak
Rodeo time...



Pastu main kereta panda pulak

Ni bodyguard from Beijing eh..eh.. Batang Kali..

Disebabkan permainan ni budak2 tak cukup tinggi nak main, maka abah depa la yang main. lepas gian ke bang???

Pastu si Yaya main ketuk2 hantu ni pulak


Sementara Yaya ketuk2 si Adib naik le bedozer ni..

Ada banyak lagi mainan depa main, tapi aku tak sempat tangkap gambo
gambo pun banyak yang parkinson, so maleh nak tepek dalam ni
itu pun budak2 ni nak main lagi
udah2 le tu hanak2 oi... dah dekat 20 hinggit abah korang perabih beli token tu tau...

Lepas main, jenjalan kejap dalam Tesco tu
bila hanak2 dah buat perangai [yang sebenarnya depa dah mengantuk]
aku pun ajak le hasben balik... pening kepala layan budak2 ni
sementara memanaskan enjin si Adib pulak nak kencing
masa dalam Tesco tadi aku ajak kencing, dia tak nak pulak
last2 kencing je la kat longkang tu

isk..sik... terpaksa buat aksi separuh bogel lak si Adib ni
sib baik le dalam kereta memang spare air paip untuk kes2 emergency camni

Thursday, April 21, 2011

SIZZLING MEE TESCO RAWANG

Ahad lepas, lepas jenuh memujuk rayu tok laki
akhirnya dia pun setuju pegi Rawang
Actually dia yang ajak aku merewang ke Giant Rawang yang baru [dulu pasaraya BINTANG]
dah dia ajak jenjalan kan.. harus la aku laju je angguk kepala kan

Ha.. Giant Rawang ni agak besar le jugak
3 tingkat ko... mengalahkan Billion depan rumah mak aku jer
barang2 pun agak murah le masa tu tapi aku bukannya nak pi beli barang dapur
just survey2 harga je
tapi yang dahsyatnya anak2 nak membeli belah macam citer Supermaket Sweep
[ingat tak citer ni dulu?]
segala benda yang depa nak hangkut masuk dalam bakul
sib baik guna bakul je, kalau aku tolak troli, mau penuh satu troli
adoyai... last2 aku cakap beli sikit2 je... pastu beli yang peket2 kecik je udah
kalau beli banyak2 kang membazir pulak
alhamdulillah Yaya & Adib agak memahami... asalkan ade kudap2 untuk depa sorang satu cukup la

Lepas meronda Giant, aku tanya hasben aku nak lunch kat mana
dia ajak makan Pizza Hut, tapi aku kata tak nak
last2 aku ajak dia gi makan sizzling kat foodcourt Tesco Rawang
dia ok je.. so off to tesco [Adib kata STECO]
finally dapat jugak makan sizzling mee yang diidam2..
sangat mengujakan dengan kuah yang menggelegak2 tu kan...
[dalam gambo ni dah tak nampak le gelegak tu]

Lepas aku beli mee, aku suh hasben pi beli air
sementara tu aku duk la kat meja dengan Adib
Yaya ikut abah dia
muka budak bengang sebab tak dapat mainan. hehehe
marah aku ambil gambar dia

perut dah berkeroncong, tok laki tak sampai lagi, ramai pulak orang beli air

last2.. makan dulu lah.. Adib yang tangkap gambar ni..
[terserlah dabel chin tu...]


Kisah di Tesco Rawang nanti aku citer..
later..

RONGAK LAGI

Bebudak macam Yaya ni kan sekarang tengah mengalami pertumbuhan
tak kira la pertumbuhan berat badan ke, rambut ke mahupun gigi
bebaru ni Yaya mengalami pertumbuhan gigi kekal pulak
sebelum nak tumbuh gigi kekal, tentulah gigi susu kena cabut dulu kan

Beberapa malam lepas [nampak sangat dah lama tak hapdet blog]
gigi kapak Yaya tercabut dah..

Now you see...

Now you don't


** Ni gigi kapak satu lagi tengah bergoyang dangdut tu.. Tak lama lagi tercabut jugak la tu.

Tuesday, April 19, 2011

AWI RAFAEL | MONDAY TUESDAY WEDNESDAY THURSDAY

Korang kenal ke Awi Rafael ni?? 
Aku hari ni baru sebok menggoogle pasal mamat ni.
actually aku tak pernah dengar nama  dia & tak kenal pun sapa dia
muka dia pun tak pernah tengok ok.. [dah terlalu ramai artis kat Mesia ni]

 -hasil google-

Tapi selalu aku dengar lagu dia yang cam rojak tu
ada BM ada English
walopun rojak tapi catchy la.. 
memula dengar memang le kata "tah hapa2 la lagu ni"
tapi bila dah banyak kali dengar macam best lak

Tajuk memang tak hingat la kan.. tu yang jenuh cari kat youtube
tapi kalau sebut everyday
pastu ada Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday tu 
baru la tau lagu tu... 
finally jumpa jugak lagu ni kat youtube
Layan je la petang2 ni...



** Sore dia not bad kan??

APA YANG MENARIK TENTANG KENTUT??



S : Dari mana datangnya gas kentut?
J : Gas ini datangnya dari beberapa punca - udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

S : Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J : Bau kentut terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptan akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh : Telur rebus.Kekacang akan menghasilkan kentut yang kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J : Kebanyakan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. 

Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Satu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak.Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk  yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, silent-but-deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat!


S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J : Secara puratanya, sesorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

S : Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J : Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang di persekitaran.

Namun, ianya terkecuali jika pelepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.Maknya korang boleh uwek beberapa kali dulu sebelum baunya hilang.. (-_-)"

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau sejak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberpa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

S: Apakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J : Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.



p/s : Kentut itu normal & baik untuk kesihatan...

Monday, April 18, 2011

KENAPA MELAYU BEGITU???

Betul ke Malays Rather Have Pleasure Than Pressure??

Something nice to share dengan uols..
 -gambo google ni takde kena mengena langsung dengan entry ini-

Dimana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
dan juga di pasar malam dan pasar minggu
di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
di Sungai Buloh danjuga di Pudu
dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
dan diselekoh duit rasuah depa sapu
di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
terkenal dengan budaya malas dan lesu
melepak buang masa tak jemu-jemu
atau baca majalah Mastika cerita hantu
tengok telenovela dari Filipina dan Peru
sambil makan junk food, kacang & maruku
mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu nombor satu
asal bergaya sanggup makan nasi dan tokyu
jarang nak jumpa mereka di keda buku
atau di perpustakaan dan majlis ilmu
atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
ada tapi kurang sangat ke situ

Kenapa Melayu jadi begitu
nak salahkan sapa, ibu bapa atau guru
pemimpin negara atau raja dulu-dulu
ayat lazim di mulut ialah malas selalu
nak harapkan kerajaan saja bantu
terutama sekali kontraktor kelas satu
tak habis-habis gaduh nak jatuhkan sapa dulu
dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
bangsa Melayu jadi bangsa termaju
boleh, dengan beberapa syarat tertentu
pertama dengan menguasai ilmu
kata Nabi ikutlah Al-Quran dan sunnahku
Al-Quran yang diturunkan 1,400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu!...

Wassalam...


Sumber: e-mail aku beberapa tahun dahulu..

-hasil google aku... aku baru tahu pernah wujud sumpah Melayu ni-
[nampak sangat jahil sejarah Melayu]

LAYAN THE MASK

Malam Sabtu lepas korang nengok citer apa?
Akadamei Fantasia ?? [aku takdo Astro so takyah tanya la kan??]
Cerekarama??
Well, aku ni golongan marhaen layan je la citer free kat TV9
kebetulan ada citer The Mask masa tu
layan je la... buat stok gelak ketawa di hujung minggu


Lama dah kan citer ni.. Jim Carey pun muda lagi waktu tu.
Bila tengok citer lama2 ni, tetiba terasa muda la pulek.... Heheheh

Friday, April 15, 2011

SEMBAHYANG ATAU TUDUNG

Antara dua ni mana satu yang lebih penting
TUDUNG atau SEMBAHYANG?

Aku rasa rata2 korang pernah jumpa situasi ni:
Pakai tudung  TAPI tak sembahyang
Sembahyang TAPI tak pakai tudung

mana lebih baik???

Aku pun pelik la, mana2 tempat aku pergi ade je golongan macam ni
Pada yang terasa, aku bukan nak mengata korang pun
cuma nak mengingatkan diri sendiri jer
dan melepaskan geram pada seseorang yang cam baguzzzzzzzzzz sangat tu...
[umur dah lepas menopause pon tak reti nak bertaubat...]

Dua2 perkara tu sebenarnya saling berkaitan
dua2 tu tuntutan agama
kalau tak buat dua2 tu memang akan dapat DOSA BESAR
dua2 tu pun akan menyebabkan masuk neraka

Aku bukan nak bersyarah disini mahupun berkhutbah Jumaat
bukan juga nak mengatakan aku ni baik, alim
Mesti ada yang kata [dah ada yang kata pun...]
"alah, ko yang pakai tudung & sembahyang tunggang tunggeng pun belum tentu masuk syurga"

Yer betul... aku belum tentu masuk syurga
tapi... kalau orang yang macam aku ni pun korang rasa belum tentu masuk syurga
inikan pulak yang memang tak bertudung & tak sembahyang... cemana tu??

PERINGATAN untuk aku dan kamu..kamu..kamu..sekalian
Amalan yang pertama akan disoal  dan dihitung di akhirat adalah SOLAT 
SOLAT itu wajib & salah satu rukun Islam
Kalau yang wajib pun tak buat, amalan yang lain juga takkan diambil kira tau...
Tanpa yang wajib takkan ada yang sunat... ada paham???

Sama2 jaga SOLAT supaya amalan2 lain juga akan diterima oleh Allah
Insya-Allah...

WANITA PALING CANTIK

Tadi baru baca paper so terbaca pasal Jennifer Lopez ni (JLO)
Baru sahaja digelar The Most Beautiful Woman oleh majalah People
Congratz JLO! Ko memang cantik.


** Tak payah jadi paling cantik di dunia pun takpe asalkan cantik di mata laki sendiri sudah le...

RAHSIA DUDUK IFTIRASH

Korang tau ke duduk iftirash tu apa? Duduk iftirash tu adalah keadaan macam duduk antara dua sujud masa dalam sembahyang tu.

Kebanyaan kita tidak mengetahui kebaikan duduk iftirash terutamanya dari segi kesihatan. Kalau dilihat melalui gambarajah refleksologi di bawah, bila dalam keadaan duduk iftirash ni, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri pula dapat tekanan di bahagian bawah dan tengah kaki.

Duduk iftirash ni sebenarnya memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja [tidak meliputi bahagian - brain, neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah]. Ini merugikan!!!!!!!!!!

Ok.. mulai hari in eloklah kita cuba duduk iftirash dengan sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui 'indrect refleksologi exercise'.

Bersarapan


Selamat pagi semua...
Dah sarapan ke? Aku tgh sarapan ni. Makan roti bako je dengan ayor susu. Jemput makan.

Thursday, April 14, 2011

KENAPA AKU TAK AMBIL PAS BULANAN?

Rentetan amalan menabung aku yang sangat mulia
ade jugak member opis aku ni dok tanya
KENAPA TAK AMBIL JE PAS BULANAN?

Er...er...er... [tengah berpikir nak jawab]
Memang opis aku ada sediakan kemudahan pas bulanan melalui potongan gaji
tapi aku tak ambil jugak
sebabnya??? 
[Musti ade yang kata aku bongok sebab tak guna kemudahan yang ada]

SEBAB YANG PERTAMA:
di rumah aku, aku ada sebeban duit syiling
nak bawak ke bank asyik lupa
nak usung dalam beg, berat la pulak
kesudahannya, aku mengabiskan duit syiling tu masuk tabung parking tu la
tapi bukan le aku guna sewenang2nya
aku tukar dengan duit kertas la...
bila habis duit syiling tu aku gi je la bank-in duit kertas tu kat bank
idak le berat sangat beg aku nanti... boleh gitu??


SEBAB YANG KEDUA:
Aku rasa kalau aku pakai syiling aku agak jimat le
kalau pakai pas bulanan, otomatik sebulan kena bayo  RM100
puratanya dalam 5 hinggit la sehari
fixed pulak tu... tak kira la ko cuti ke, MC ke, EL ke, hujan ke
tapi kalau aku pakai syiling, duit parking aku tak sampai banyak tu pun
sebabnya, pegawai MBPJ tu bukan datang cek tiap2 jam pun
tunggu la dia bunyi hon motor..tet..tet..tet...tet...tetttttttttttt
baru la tergedik2 beratur nak bayar parking 
[yang best tu budak MBPJ tu boleh tunggu kitaorang bayar parking dulu baru dia round
---> bukan cam DBKL tu, asyik nak menyaman je...]
Nak pulak kalau hujan kan, lagi la dia tak round..heheheh
so aku akan bayar parking bila time dia round je la
selalunya aku bayor dalam 2-3 hinggit je sehari
lagi satu, bukan hari2 pun aku bawak kereta sebab kengkadang hubby aku hantar gi opis..
Kira-kiranya aku save jugak le dalam 10-20 hinggit sebulan


SEBAB YANG KETIGA:
Tak nak cacatkan payslip aku
Aku tak suka amaun kat payslip aku nampak sikit tu sebab aku tak nak appearkan apa2 deduction selain EPF & SOCSO
Income tax tak masuk okeh... sebab gaji aku tak layak potong income tax pun... hahahaha
kang tak cun plak payslip sebab ada potongan untuk parking
macam ada banyak hutang pulak!
lagi menampakkan net salary aku jadi ciput...
even RM100 je tapi agak material untuk aku tau
aku kan kedekut.....ekekekek

Aku rasa cukup la kot 3 sebab utama kenapa aku tak nak pakai pas bulanan. Tapi rasanya, bila syiling di rumah sudah kehabisan, harus jugak le aku ambil pas ni... Buat masa ni koleksi syiling tu mampu bertahan lagi untuk 2-3 bulan kot.. So akan bertambah penuhlah tabung besi MBPJ depan opis aku ni..

-ini bukan pas bulanan, tapi pas hari-hari-
[gambo cilok pakcik gugel]

SETELAH AKU MENGAMUK...

Kan hari tu aku cakap website untuk pendaftaran online darjah satu  cam hampeh kan?
aku ade citer kan? kan??
[tak caya gi bukak entry yang lepas2..]

Dek kerana tahap bengang terlampau
aku pun pi email ke jabatan pendidikan tu
[siap komplen la benda tu menyusahkan parents cam aku la]
aku mengamuk secara berhemah tau, tak reti aku nak maki2 orang, tarik2 rambut, baling pinggan mangkuk bagai...
tup-tup  hari Selasa lepas depa reply email aku cakap website dah boleh buka
dengan sepantas kilat aku terus registerkan Yaya &  Syahir
Akhirnya.... Alhamdulillah...

Adoi... takkan nak tunggu aku mengamuk
pastu email, pastu membebel kat blog aku
baru sistem depa ok kot
[ade kot staf jpn yang skodeng blog aku ni??]

** Semalam aku bukak website tu untuk registerkan anak jiran aku dah tak boleh pulak. Agaknya jammed kot sebab ramai mak pak cam aku berpusu2 nak daftarkan anak.

Menabung Amalan Mulia


Korang menabung tak? Aku hari2 menabung tau. Ni la gambo tabung aku.

Ate gile tak menabung? Kalau tak menabung dividen tak dapat saman MPPJ lak yg dpt.

Wednesday, April 13, 2011

KEKAL DARA WALAUPUN DAH TAKDE DARA

Tajuk yang mengundang kontolvesi tul
sebelum apa... nak bagi peringatan... INI BUKAN ENTRY LUCAH !!

Hasil penjelajahan ke blog LYNNHAMZAH pagi tadi
dah katanya sharing is caring kan
aku pun nak meuar-uarkan la petua2 untuk amalan kita bersama

Panduan ini elok untuk dijadikan amalan kaum2 isteri
dan jugak anak2 dara yang bakal bergelar isteri

 [gambar cilok dr google & takde kena mengena dengan entry ni pun]

AWAS!!! Petua ni bukan untuk ada kan balik dara yang hilang tu tau
kalau dara dah tertebuk, memang tak leh buat apa la kan
nangis ayaq mata darah pun dara tu bukannya boleh ada lagi
jadi kalau ade yang dah terlanjur sebelum kawin tu
petua ni takde maknanya la untuk hilangkan bukti korang dah takde dara
hehehehe

Petua ni kena la selalu diamalkan, baru la menjadi
walopun kita para isteri dah konfem takde dara
tak semestinya kita dah barai kan??? 
Sesama amalkan petua ni supaya kita sentiasa nampak cam anak dara
----> untuk suami kita la yer... bukan untuk orang lain pulak

1. Lepas solat Isya', ambil air segelas, pastu baca:
    - Al-Fatihah (1 kali)
    - Ayat Kursi (1 kali)
    - Surah Al-Waqiah Ayat  35-38 (7 kali)

2. Tiupkan dalam air tersebut & minum

3. Niatkan dalam hati untuk kecantikan dan kebahagiaan rumahtangga.


Senang je kan??? Mulai malam ni elok la amalkan.. Semoga mendapat manfaat darinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...