Monday, February 28, 2011

Adib , Yaya & Doraemon

Entry tanpa motip
Sekadar cuci mata
Layan je la gambo dua beradik gedik.

** Orait geng, I'm off to my office dinner... story mory I citer entry akan datang yer...

Family Treat @ Kenny Rogers

Gaji sudah clear dalam akaun
YABEDABEDU!!! Alhamdulillah.
Memandangkan ini gaji pertama di tempat baru, so aku niat nak belanja anak2 & hubby aku makan yang enak2.
Selama  ni bukannya tak biasa makan sedap tapi yang ni nak le makan makanan yang jarang2 di makan
So aku ajak le hubby aku gi AU2 semalam.
Here were are... 

Tujuan singgah sini adalah sebab aku ajak hubby makan kat Kenny Rogers. Maklum la last time aku makan KR ni ngan hubby masa aku tengah mengandungkan Yaya. Itu pun makan kat Kiinta City Ipoh. La ni Yaya pun dah 6 tahun. Lama gile kan tak makan KR ni??? [Ekceli aku pernah gi makan KR ni kat Setapak 2-3 tahun lepas ngan member2 OHC --> naik kereta K. Faridah lagi..]

Anak & bapak yang teruja nak makan.. Mementang le Mama yang belanja... lebor ko sengih ye Adib!!

KR kat AEON AU2 ni memang luas la. Interior dia pun lawo. Sambil tunggu waiter ambil order, cuci mata dulu.
Tu la tempat depa panggang ayam. Berlambak2 ayam dok bergolek dalam tu. 
[OMG!!!! Lawanya partition tu!!!]

Bila la makanan nak sampai ni.. perut pun sudah lapar dah...
[Jam sudah pukul 4 petang maaaaa.. patut la lapor]
Akhirnya, makanan yang ditunggu pun sampai
Aku order set quater meal je... Cukup la kan. [Ini plate aku]

Yang terlebih meriah ni, plate hasben aku...

Ni iceblended yang kitaorang hentam order.. Yang ni aku punya --mocha latte
Yang pink belakang tu  Yaya punya --> Strawberry Ice Blended

Hubby pun tak nak kalah, dia order yang ini ---> Cappucino Ice Blended

Anak2??? Don't worry aku tak lupakan deme. So aku order satu lagi quater chicken. Malas nak order yang set sebab depa makan bukan habis pun.. Share je le dengan mama & abah.
So total ni la yang kitaorang makan. Gile mahal kan??? Tapi makan ber-4 ok la kan??
[Ice blended tu mahal sungguh kau!!!, lain kali oder air murah sikit]
Lagipun aku dah niat nak belanja depa makan kan?? Apa ade hal!!!
Walaupun hubby asyik pesan belanja tu biar berjimat cermat, tapi sekali sekala apa salahnya kan???

*** Bang,  anniversary nanti abang pulak belanja bleh?????

Dari Seorang Lelaki.... MESTI BACA!!!

SPECIALLY TO MY BELOVED HUBBY...

ABANG!!! [Suami aku le tu].. Sila baca sampai habis ok!!!
Jangan mengelat!!

Actually, benda ni dah ada lama dalam email aku
& aku nak share dengan hasben & korang2 semua
[Korang pun pas2 la kat hubby korang]


Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.

Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... 

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!


But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang  paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. 

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Sekian terima kasih.

Mesej Terakhir Yang Tanpa Motif

Ni bukan nak cakap ni mesej terakhir aku
no..no..no.. [sambil goyang jari telunjuk ke kanan & ke kiri]

Sape nengok cerekarama Sabtu lepas kat TV3???
ha.. citer Mesej Terakhir tu la yang aku nak diskass kat sini
Citer tu pada aku ok-ok je
nak kata best idak le jugak, nak kata boring, boring la jugak
Ni pendapat peribadi aku la.. kot2 la orang produksi citer ni baca, kang kata aku kuat komplen lak
selalunya kalau citer Jalena Rejab & Ahmad Puad Onah ni semuanya best2, tapi kali ni cam hampeh jer.

Citer ni macam takde motif aku rasa.. macam cerita ni direka2 untuk penuhkan slot cerekarama tu jer.
Pelakon2 pulak, bukan main mantap la lakonannya tapi menyampah pulak watak yang depa mainkan tu
Yang aku geram tu, citer ni banyak scene menunggu, termenung, menangis, berharap
[part2 camni je dah ambik masa sejam setengah. Setengah jam lagi je la baru ada action/ keputusan dari tindakan deme.
Anak aku pun dok bising mulutnya "Mama, kenapa pompuan tu asyik temenung, nangis, temenung nangis"
Buang masa je aku menunggu 2 jam nengok citer tanpa motip ni.
Yang menambah bengang tu, menyampah pulak aku nengok kebodohan watak2 pompuan2 pelakon utama tu.[Bukan pelakon tu yer, cuma wataknya tu yang aku kata bodoh]
 [Ekceli aku cari gambo drama tu tapi takde, so aku tepek je la gambo pelakon utamanya si Rita Rudaini ni.]

Sorang tu sang isteri [Rita Rudaini], bila tau si arwah suami ada affair, tak bersemuka langsung dengan girlfren laki tu. Kalau awal2 pi jumpa takde la meleret2  citer ni. Pastu takyah le dok pi "on" tepon arwah suami dia tu. Pastu nak termenung, menangis bila dapat sms  dari awek arwah suami dia. Kalau aku la kat tempat dia, aku jumpa je pompuan tu nak tau citer sebenar takpun aku off je henpon tu. Kalau nak marah hasben pun tak guna la kan sebab lakinya dah mati.

Yang side girlfren tu pulak [Tiz Zaqyah], memang la ko tak tau yang boipren hang tu dah mampus. Pastu baru je kenal 6 bulan dah dok harap2 sangat laki tu nak kawen dengan dia, sampai angau satu badan. Dah le tu selagi tak jawab sms, selagi tu la dok hantar sms bagai. [Rimasnya aku pompuan camni] Kalau aku la jadi pompuan ni, kalau dah lama boipren pjj tu tak kontek, baik le lupakan jer. Usah le nampak cam desperate sangat. Kalau dah tak dapat sms pun, call je la, kan senang????

Actually, 2 perkara ni je yang buat aku bengang. Menunjukkan betapa lemah le sangat orang pompuan ni. Sorang bongok, sorang desperate. Hai entah le.. Aku ni pandai je komplen, mementang benda ni tak jadi kat aku.. Anyway korang yang nengok citer ni apa korang punya komen??

Saturday, February 26, 2011

Whats For Dinner???

Semalam ade pasar malam, tapi nak singgah hujan lebat la pulak
kalau cuaca hujan2 ni perut pun mula la berkeroncong
tekak pun nak makan sedap2 je

Lepas Maghrib, hujan pun berenti so, aku ajak en suami pi pasar malam
kenkonon nak beli Yong Tau Fu
Tapi alih2 beli benda lain pulak sebabnya,
baru je nak tawaf pasar malam, hujan dah rintik2 balik
so beli je yang mana sempat untuk lapik perut malam tadi
Ini la hasil yang sempat dituai 

 kacang ni wajib beli setiap kali ada pasar malam...

 makan panas2 sedap jugak..


Sekian, laporan makan malam semalam...
Malam ni nak makan apa pulak ye????

Aedes Kembali

Petang semalam ada orang dari Kementerian Kesihatan datang fogging kat rumah aku
Tapi nasib la hanya sembur sekitar rumah je
kalau sampai sembur dalam2 rumah tu sure dah serius kes denggi kat area Batang Kali ni
[paling tak suka lantai yang melekit2 lepas tu]
Semenjak dua menjak ni timbul balik kes denggi ni
so uols, kena make sure rumah korang bebas dari jentik2
dah le cuaca asyik hujan je dua tiga menjak ni so sure banyak kawasan yang bertakung air
so elakkan le dari aedes membiak
tolong promot sikit kempen anti denggi
TIADA AEDES , TIADA DENGGI

Friday, February 25, 2011

Sakit Perut Berpanjangan Simptom Gastrik???

Dari Ahad lepas aku duk canang aku sakit perut
dah pi klinik pun tak surut2 kembung aku
sampai la semalam aku duk borak2 dengan jiran aku
katanya "awak ni gastrik kot?? Dulu suami saya pun sakit cam awak,sakit perut last2 gastrik"


Gastrik???? ARGH!!!!!!!!!! Tak mo la...
tak pernah in history aku kena penyakit ni
tapi memang aku sakit perut [cuma tak de la pedih ulu hati]
cuma angin & berak tak tus je

So lepas je internet kat opis aku ni ok, terus google info pasal gastrik
Kesimpulan yang aku dapat

Punca Penyakit Gastrik:

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.


Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala. [ni yang aku rasa la minggu ni]
  3. Demam yang dipanggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  5. Elakkan makan terlalu kenyang
  6. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau anlene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Lagi details pasal penyakit ni boleh baca kat SINI.

Kalau diikutkan memang semenjak keje tempat baru ni jadual makan aku ni dah tak teratur. Maybe sedikit sebanyak "melayakkan" aku dapat penyakit ni.. Haish... kena kawal pemakanan aku la sekarang ni.. Pastu kena beli stok susu untuk diri sendiri la kat rumah. Takkan nak minum susu Yaya & Adib pulak kot???

** Keje tempat baru, gaji baru, dapat penyakit baru.... owh.. sungguh haru!!!

Dah petang, hilang mood blog aku

Assalamualaikum....
[sempena hari Jumaat ni  tak hagak2 islamik sikit untuk intro]
Sorry la uols sebab takde latest entry
ini disebabkan pc aku demam sehari semalam
Sepanjang hari semalam [semalam aku MC dek kerana sakit perut]
Hari ni pun PC aku pun kong jugak
bukan sebab apa, rasanya hari tu aku punya pc opis kena virus
langsung takleh nak connect internet
frust den...

So sepagi ni member opis aku tolong repairkan Pc aku
ni baru siap, baru la aku boleh nengok dunia maya.

Wednesday, February 23, 2011

Kata nak kurus, tapi kurus mana?

Pompuan2 kalau berdiet tu orang selalu kata nak kurus le tu
nak kurus.nak kurus..nak kurus
kalau mulut tu dok ngup ngap ngup ngap bila le nak kurusnya ye dak?

Orang selalu kata nak kurus, tapi nak kurus macam mana?
ce citer...ce citer..
paling2 pun mesti kata nak kurus cam masa zaman anak2 dara dulu
tapi kalau kurus tak kena dengan usia pun tak kena gaya jugak kan?



Kalau kurus sangat  macam model2 kat atas ni lawo ke? Dah macam skeleton je aku tengok!! Kalau aku, nak kurus tu kurus jugak le, tapi jangan le cam tinggal tulang dengan kulit je.. Hasben tengok pun tak lalu gamaknya. Asyik berlaga tulang jer...


Tuesday, February 22, 2011

Dinner Yang Berat Hati Aku Nak Attend

Last week colleague aku bagitau yang next week office nak buat dinner
aku ingatkan nak buat masa weekend le so for the moment aku macam no objection le
sampai le memo ni keluar...
Hari Isnin plak tu... hari keje plak tu
so aku tick le nama aku tak nak hadir
tup..tup.. kawan aku [assistant aku to be precise] cakap, kat dinner tu nanti nak perkenalkan aku jugak [selaku staf baru kat situ]
Adoi... ni yang lemah ni.. bukan pasal tu yang aku risaukan
tapi cemana la aku nak balik after dinner tu???
Takkan nak drive sorang2 ikut Ulu Yam tu?? Mata aku ni kero jugak kalau drive malam2
Takkan nak ikut Rawang pulak?? Kul berapa aku nak sampai rumah??
Adoi... dilema sungguh!!! Awat le time tu pulak nak buat sesi suai kenal ni????

Nak suh hasben tunggu, sian lak kat dia.. opis hour habis kul 4.30, takkan nak tunggu sampai kul 9-10 mlm kan??. Takkan dia nak balik dulu [perjalanan dari KL ke Batang Kali ade la dalam sejam lebih kurang]. Pastu datang balik nak jemput aku pulak.. Adoi.... Cemana tu?? Ade solution yang lebih baik tak??

Kelopak Mata Kiri Asyik Bergerak

Kata orang tua2 kalau kelopak mata kiri asyik bergerak, tergedik2 tu tandanya nak menangis atau benda yang tak elok akan berlaku. Betui ke ha???? Mata aku ni dari semalam asyik bergetar2 je. Risau jugak memikirkan apa la petandanya. Tapi istighfar la banyak2, mintak2 dijauhkan la dari benda2 yang tak elok.


Sitisifir pernah buat entry khas untuk kelopak mata ni. Cekidaut kat SINI.

Monday, February 21, 2011

MARI TENGOK HEARTBEAT AKU

Korang dah letak heartbeat dah ke??
Aku ni dengan bangganya nak announce "AKU PUN DAH ADE HEARTBEAT"
[orang lain dah ramai advance dari aku]
aku je yang ketinggalan LRT dari kome2 yang lain..

Ha, nampak tak tu banner denyutan jantung tu????

Actually, benda ni dah lama aku tengok orang dok letak kat blog depa
tapi aku tak reti la pulak nak buat benda tu
ada yang letak cara2 kelik sana, klik sini tapi aku still tak leh buat jugak
finally after singgah blog SYILASYIRA baru la aku dapat buat step by step
penerangannya sungguh terang & jelas siap dengan picture aid lagi [aku suka tu]
sape yang teringin nak letak heartbeat tu, silalah klik kat blog SYILASYIRA ni..

[Sambil tu jangan lupa klik2 denyutan jantung aku tu.. kasi can le aku bernafas sikit!!!]

KHAS UNTUK KAKI MELANCONG

Good news everybody
MATTA fair is back!!!
So buat uols-uols yang sedang planning2  nak ber"vacation" tahun ni
jangan lupa singgah MATTA fair ni kat PWTC
kot2 boleh dapat pakej yang murah2
[aku pun nak terjah PWTC gak le nanti]

** Jom kita bersendat2 kat MATTA Fair 2011

SAKIT PERUT

Semalam satu hari badan aku rasa tak sihat
Perut sebu semacam 
Rasa nak muntah pun ade
Kalau dah jadi cenggitu badan pun mula la  rasa cam nak demam
Tak sukanya bila sakit cenggitu, semua keje buat serba tak kena
pastu asyik nak marah je... sian anak2 & hasben
Mengandung??? Oh... no..no..no... impossible.. i don't think so!
Pagi ni ingatkan kalau perut sakit lagi nak MC je
tapi bangun pagi tadi cuma badan je rasa tak sedap [macam demam]
tapi perut dah tak kembung cam semalam
pegi je la keje hari ni 
kalau tak ok lagi jap lagi pi ambik MC lah..

Friday, February 18, 2011

Mana Gigi Kau?????????

Idea sudah kering kontang
layan je la gambo anak buah aku ni
Mana gigi kau Syahir oi???????
Ce citer.. Ce citer..

Lucu pulak nengok gambo budak gigi rongak ni..
Jom gelak beramai2.... 
[release tension pepetang ni..]

Baldu Merah a.k.a Red Velvet

Semenjak dua menjak ni femes pulak kek Red Velvet ni
sampaikan aku pun teruja nak try rasa sedap sangat ke rasanya
tapi belum berkesempatan lagi nak beli kek ni

Tapi alhamdulillah, dalam sesekali ku rasa teringin [sila nyanyi cam lagu Shima tu]
datang pulak rezeki bergolek
semalam ada staf belanja kek kat opis
Red Velvet wei... diulangi... Red Velvet
macam tahu2 pulak yang aku memang teringinkan kek ni

Dapat jugak makan si Baldu Merah ni
Walaupun dapat makan satu slice jer tapi nikmatnya macam makan sebijik kek
[aku memang hantu kek]
sedap..sedap..sedap...
[makan sambil mata bersinar2 cam Shin Chan]

Syed Mokhtar Al Bukhary | Melayu paling kaya

Korang kenal tak Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
pemilik Albukhary Foundation tu
[macam la aku kenal sangat...]
Actually pernah jugak le dengar nama dia -->seorang jutawan, usahawan, dermawan
yang makan di pinggan minum di cawan


Memandangkan dia ni seorang yang sangat successful
so memang ramai la usahawan2 melayu terutamanya jadikan dia ni macam idola

Semalam masa baca  paper, sudah keluar listing orang2 terkaya di Malaysia 2011
dan Tan Sri Syed Mokhtar  top 10 dalam listing tu
Kagum aku dengan pencapaian Tan Sri ni 
Memang membanggakan orang Melayu

Dalam top 10 tu dia sorang je Melayu..

So untuk DOH, usah le perasan diri tu kaya sangat
Berlagak tak kira tempat... memang tak setanding langsung dengan Tan Sri ni..
Baru ade harta lebih sikit, dah nak eksyen dengan staf
Esok2 tuhan tarik semua, melopong je la..
[apa la yang aku melalut ni]

Jangan Berlengah Bayar Saman

Semalam sudah keluar front page Berita Harian 
JANGAN LENGAH
sape lewat bayor saman , makin banyak le kome kena bayar kompaun
saman pun dah macam credit card ye
makin lambat bayar makin tinggi caj interest
Sape tak cek saman lagi baik la pi cek 
sape tak bayor lagi cecepat le pi bayor
kang tak pasal2 kena bayor lebih dari yang sepatutnya

Ceh beria2 bagi peringatan kat korang, aku pun sama
Korang tengok saman aku ni banyak tak???
Ade 10 saman tak bayar lagi
Tapi saman aku ni saman DBKL ---> saman parking
Yang kena kompaun kat atas tu saman PDRM---> saman lalulintas
[dah cek saman, aku bebas dari saman trafik]

Thursday, February 17, 2011

Burlesque | Macam best jer

2-3 hari ni tv dok promo citer ni kat wayang
Cher berlakon tu... macam best je. Christina Aguilera pun ade

Citer tu nampak ala2 macam Moulin Rouge & Coyote Ugly sikit
Aku kalau bab ade dancing2 ni memang aku cukup suka
Tapi rasanya citer ni tak seswai untuk kanak2 kot
Citer tentang perjalanan menjadi seorang Burlesque Dancer
dan kostumnya memang seksi2 sangat

Ni trailer yang sempat aku tengok kat youtube


Nanti sape dah tengok, habaq la best ke idak citer ni ter...

Cantiknya Rozita Che Wan dalam Drama Hani

Aku ni bukan le kaki drama bersiri TV3 tu
Bukan tak suka tengok tapi jarang dapat kesempatan nak tengok

Tapi bebaru ni dah 2-3 kali gak le nengok citer Hani kat TV3 tu
Actually citernya tak le best sangat & tah apa2
tapi sebabnya hari tu tertengok si Rozita Che Wan  sangat cantik bertudung dalam citer tu
dan tudungnya tu pun semua cantik2..
Lebih suka tengok RCW pakai tudung, nampak ayu & natural beauty gitu..

** Sape  nengok drama Hani hari Selasa lepas?? RCW cantik sangat pakai baju & tudung coklat tu. Masa gardening pun nampak cun! I like okeh!!

Musim Makan Kuaci Agaknya

Sana sini duk nampak orang duk kopek kuaci
Pi rumah Cik Besah pun ada yang dok makan kuaci
Orang kat tepi jalan pun aku nampak duk makan kuaci
Agaknya musim kot orang makan kuaci la ni
Kitaorang beli kuaci gak semalam!

Si Adib pun sibuk nak makan tapi tak reti nak kopek. Kalau dia makan dengan kulit2 sekali dia telan. Kesudahannya abah dia tolong kopek, dia kutip masuk mulut..

Monday, February 14, 2011

Bukan Sorrry Tapi Soley Soley

Sudah donload citer Hantu Kak Limah Balik Rumah untuk tontonan anak beranak
Hari tu dah nengok kat wayang, sian la kat anak2 kan, so donload je kat youtube
ha.. apa lagi berulang2 kali le jadi tontonan kat rumah ni...

Banyak scene lucu dalam tu, sampaikan dah hafal
sebelum sampai scene tu dah boleh tergelak dulu
sampaikan anak aku duk tanya "kenapa mama sengih sorang2?"

Korang layan le lagu Soley Soley Versi Kak Limah ni yer..

** Tak tahan nengok si Abi Hurairah dengan Usop yang lemah gemalai ni

** Scene jamban lepas ni pun lucu gak.. pecah perut aku gelak..

Sapa tak tengok lagi, pi lah nengok kat youtube.. Tak rugi nengok citer ni..

Aleeya berdandan

Semalam aku try test buat dandan yang aku belajo kat youtube
Nak buat kat rambut sendiri, rambut sendiri dah kontot
so bahan eksperimen aku sape lagi kalau bukan si anak dara sendiri


Inilah tutorial buat dandan tu


Hasil eksperimen yang boleh dianggap berjaya

blur pulak gambo dandan tu, nanti tepek yang agak clear sikit

Nampak le kemas sikit si Aleeya ni. Kalau tak rambut depan tu asyik menutup mata je.. Nak potong dia tak kasi pulak.

Cara Nak Tau Haid Dah Habis ke belum

Tensennya kalau dah mandi wajib esok2 ade lagi saki baki darah period ni.. Ingatkan dah habis. Walopun kalernya dah tak merah tapi ade kaler keruh2 pun konsider still in period gak kan?? Period ni pun cam biskut Chipsmore gak, kejap ade.. kejap takde.
Tadi masa blogwalking, singgah ke blog ilmudanulamak. Terbaca la satu soal jawab yang teramat relevan dengan permasalahan wanita yang satu ni.

Soalan:
Ust, Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.


Jawapan:
Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء
“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

** sumber dari ilmudanulamak.blogspot.com

** Paling tension kalau mende ni jadi masa bulan pose... Jenuh nak ganti pose le jawabnya...

Mari Berinai

Nak kata nak kawen, masanya idak le lagi 
tapi tetiba je si Aleeya ni cakap dia nak pakai inai
Memula tu suh aku petik daun inai & tumbuk
Mama yang sangat malas cakap tak payah le, nanti mama belikan yang kat kedai

Balik kerja minggu lepas, aku singgah le satu kedai India ni nak cari inai
Mujur la ada lagi inai.. itupun tinggal yang tak berapa merah
tapi aku cakap tak kisah le janji Aleeya dapat pakai inai
Bila aku bawa balik je inai tu  tersenyum lebor si Aleeya

Sabtu lepas, Aleeya mintak aku pakaikan inai
Katanya dia nak pakai kat kuku je taknak pakai kat jari
Aku ikutkan je le, pas pakai kat kuku suh aku lukis pulak kat tangan dia
Walaupun daya kekreatifan aku tak berapa nak tinggi, aku bantai je le melukis bodo2

Inilah hasilnya
Tah apa2 aku conteng kat tangan dia... lantak le janji ade...

Sunday, February 13, 2011

Fotogediks

Aleeya ni kalau dapat berposing, dah perasan ala2 model la pulak
Semalam sempat snap gambar dia yang gediks ni..
Bajet comel la tu dengan hidung berkerut tu...

Friday, February 11, 2011

Tuala Muka dalam Jamban

Aku tak tau la kat rumah korang cemana
tapi kat rumah aku jamban tu sekali dengan bilik mandi [2-in-1]
aku suka camtu sebab nampak bilik mandi luas [rumah aku kan jenis sempit]

Tak kisah le tu, tapi dalam bilik air korang, korang ade letak tuala muka tak??
Setengah orang buat tuala lap tangan 
[suka hati korang  le nak buat lap muka ke, lap tangan ke, lap kaki ke]
ala tuala yang ala2 tuala GOOD MORNING tu
Ni gambar toilet rumah aku..  tapi tuala muka aku tu bukan le tuala Good Morning
[tuala free gift dari kompeni hasben aku masa grand dinner dulu]

Tujuan utama tuala muka ni aku letak dalam bilik air:

1. Untuk lap muka lepas cuci muka
Kengkadang kalau dah menyinggah ke bilik air, terus la buat aktiviti cuci muka kan. Especially waktu malam. Pas gosok gigi terus la cuci muka kan. Takkan nak keluar bilik air sebab nak ambil tuala pulak kot, kan dah buang masa di situ.[cuci muka sahaja tau, bukan cuci benda lain, kang tak pasal2 kuman lain pulak melekat kat muka korang]

2. Untuk tutup kepala masa buang air.
Kengkadang time2 emergency memang tak dan-dan dah nak serbu bilik air kan? Memang konfem punya korang akan terlupa nak bawak tuala  untuk tutup kepala kan??? So tuala muka ni la yang berguna untuk tutup kepala bogel korang tu. Ingat yer... ustazah aku cakap kalau buang air kena tutup kepala tu. Kang tak pasal2 setan lumurkan hasil buangan korang tu kat kepala macam shampoo... Tapi lepas habis je urusan tu jangan la korang lap p*p*t  korang dengan tuala tu pulak.




Setahun bersama Nuffnang

Shadap no shadap rupanya dah setahun lebih aku bersama nuffnang
Orang lain ade si nuff aku pun nak ada gak
gigih la aku bukak akaun ngan NN
Inilah hasil tuaian selepas setahun

Banyak kan??? [Baru banyak cenggini dah nak eksyen]
Orang lain dapat lagi banyak la wei....
Orang lain dah 2-3 kali cashout dalam setahun
aku tak pernah2 lagi cashout
nak kumpul sampai tahun depan pulak...
[tak lepas nak buat tiket pi Genting pun]

SAPAR LAMAM

Teringat aku dulu2 masa sekolah2 kalau nak mengata orang mula la nak guna bahasa saintifik
bahasa rahsia kununnya, bahasa tonggang tonggeng

Ala aku tau korang pun ade jugak yang guna bahasa ni sampai sekarang
senang la kan nak kutuk2 ipar duai, mak mentua la, member opis le, jiran le
takyah tipu le, bedaah le kalau kome kata tak pernah guna bahasa ni.

Selalunya orang akan ubah huruf konsonan tu ke depan @ belakang tapi huruf vokal masih di tempat asal
paham tak maksud aku???

Contohnya:
  PASAR ---> SAPAR
  PENING --> NEPING
  SOFA ---> FOSA
  TALI ---> LATI


Tapi ade juga yang ubah suku kata 

contohnya:
   BAJU ---> JUBA
   MALAS ---> LASMA
   MANDI---> DIMAN
   BUKU ---> KUBU

Ade lagi satu jenis ni menambah suku kata yang sama bunyi kat setiap suku kata [aku pun tak paham apa aku tulis ni]. 

Contohnya:
   BAJU ---> Ba Ya Ju Yu  (guna huruf Y) | Ba Sa Ju Su (guna "S") | Ba Fa Ju Fu (guna "F")
   KAMU--> Ka Ya Mu Yu | Ka Sa Mu Su | Ka Fa Mu Fu
   TOPI ---> To Yo Pi Yi | To Ko Pi Ki | To Fo Pi Fi
   MEJA ---> Me Ye Ja Ya | Me Ke Ja Ka | Me Fe Ja Fa

Ade lagi yang tunggang langgang bahasanya.. memula kalau tak ekspet memang susah nak tangkap apa la depa cakap tu. Dah le tak paham, pastu bila kita lak try nak cakap macam tu tetiba terkial2. Tapi bila dah ekspert, lancar je keluar dari mulut...

TEPANG SELAMAM ADA SAPAR LAMAM
PATI TAK PADAT GEPI
BESAB RAHI JUHAN

BAJU KETAT KETIAK TAK BERNAFAS

Baju kecik ke atau aku yang gemuk???
Semalam punya uniform adalah agak tidak selesa
Kenapa?? Lengannya bajunya agak kecik hingga menyesakkan lengan aku yang besau ni.

Nampak tak tu??? Tangan aku ngam2 je dengan lengan baju tu, takde ruang langsung
Baju ni bodynya ok tapi tang lengan tu kecik la pulak
Kekeknya terlalu kecik hinggakan boleh merencatkan pertumbuhan bulu ketiak aku..

HR Dept... aku nak tukar baju saiz lain!!!!

JUMAAT --> HARI TANPA UNIFORM

Hari ni hari Jumaat
Hari ini hari bebas uniform
[sebab wajib pakai uniform Isnin - Khamis je]

so suka hati le nak pakai baju apa pun...
nak pakai jeans boleh, 
nak pakai t-shirt boleh
nak pakai baju kurung pun boleh
nak pakai jubah pun boleh
nak pakai skirt pun boleh

Pendek kata hari Jumaat hari untuk melaram baju apa yang aku nak...
baru la boleh pakai selain hitam-putih-kelabu...
bosan jugak kalau asyik pakai kaler sama je hari2..
dah macam filem zaman  P Ramlee pulak lak aku rasa
CUT!!!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...