Friday, March 4, 2011

Dinner Opis Yang Hampeh Tapi Sedap

Hari tu dah mengadu domba citer pasal dinner opis aku tu
Sape nak refresh story boleh refer kat SINI
La ni aku nak story mory kat uols pasal restoran yang kitaorang makan tu,
restoran seafood tau.


Restoran ni kat Subang, aku pun tak ingat nama tempatnya. Yang aku tau restoran ni dekat la jugak dengan landasan kapal terbang. Sekali bila kapal terbang tu lalu, bergegar la jugak kepala otak. Sape nak tau korang pi la search google map. Sure jumpa. Restoran ni agak femes la jugak sebab selalu masuk paper & magazine. [Aku tahu ni pun sebab ade ditampal artikel dari sotkabo & majalah kat dinding  restoran tu] ---> buktinya femes la gamaknya restoran ni.

Restoran ni konsepnya ala2 resort. Suasana siang cam tak berapa menarik pun tapi bila malam, mood dia memang best. Romantik gitu.
Ni lak laluan ke tempat parking kat belakang restoran. Jangan riso sebab parking spacenya memang luas dan FREE.


Restoran ni ade 2 seksyen - untuk aircond & tanpa aircond. Bos aku book port yang ber'ekon' la. Besar jugak la bilik yang ber"ekon" tu. Rasanya muat dalam 100 orang kot sekali masuk. Seperti yang aku bagitau, masa kitaorang punya dinner tu, ada satu lagi kompeni ca ya nun alip buat dinner jugak.

Aku tak le snap gambar banyak sangat kat situ sebab nanti orang kata jakun pulak staf baru tu. So kaver line la sikit. Ambik gambar yang tak patut banyak jugak...Apa2 pun layan dulu gambar interior bilik ekon ni..

 Memula aku snap gambo frame ni, sebabnya itu yang paling dekat dengan meja aku. Lagipun aku rasa frame tu cantik. Gambo pelepah daun nyor tu bukan lukisan tau tapi ukiran atas batu..

 Ni pulak lampu.. Minat la kat lampu ni. Tap sayangnya tak sesuai nak letak kat rumah aku yang silingnya rendah.

 Ni view dari tempat duduk aku. Tu yang ramai2 tu staff kompeni lagi satu tu. Meja depa betul2 sebelah je dengan meja aku. Masa ni makanan belum hidang. Tapi bila dihidang, waiter2 tu asyik mengusung botol carlsberg je kat meja2 depa tu. Terpaksa  tahan mata nengok depa teguk air tu.. Sedap sangat ke ha??

Gambo makanan sorry la tak dapat nak snap sebab semua yang kat meja aku tu macam piranha. Sekali letak terus licin. [Lagipun aku malu nak tunjukkan kejakunan aku tu]. Tapi menu kitaorang - Udang bakar, tauhu, sayur kailan,ketam black pepper, ikan masak apa tah & ayam kicap. Makanan usah citer la ---> memang sedap.

Before balik, perut kenyang  & penuh dengan air, harus la singgah bilik ayor dulu. Kang tak pasal2 terburai pulak isi perut dalam kereta. On the way nak ke toilet tu ada akuarium tau.. Lawo!
 Ini bukan gambo tau, tapi akuarium tu.. Besar jugak la cam TV 60 inci..Lokasi akuarium ni betul2 kat lorong menuju ke toilet


Okeh semua, semua sudah boleh balik.. Sebelum balik kena la bayor dulu kan?? Tapi don't worry, bos aku yang baik hati tu tolong bayarkan untuk kitaorang. Ce tengok berapa bos aku kena bayo...

Kaya tak bos aku sebab berhabis 2 ribu lebih untuk kitaorang???
[Tapi biasa la pastu claim la balik kat opis... ye dak??]



1 comment:

munna said...

kalau ada gambar makanan .. gerenti terliur nengoknya...

takpe bos kaya ... belanja anak buah selalu nanti bertambah kaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...