Tuesday, November 30, 2010

Kenapa Coklat Kat Langkawi Murah??

Walaupun dah dekat sebulan dah dari kitaorang becuti  ke Langkawi
ade lagi tau saki baki coklat yang kitaorang beli kat sana
ye la kan, walopun beli banyak kena la jimat cermat jugak kan
kalau bantai makan semuanya, alamat tak kurus2 la aku [kurus sangat la kan??]

Semalam baru makan Cadbury Fruit & Nut [beli yang paling besar lak tu]
Nak kata murah sangat pun idak le jugak berbanding supermarket kat Batang Kali nun
tapi alang2 dah ke Langkawi, beli jugak le kan
kalau kat sini, pegi la berhari2 ke GIANT ke TESCO ke, idak le pulak  teringin nak beli coklat tu pun


So masa menikmati setongkol beso Cadbury tu
[idak le sekali hadap]
bila dah nak habis makan [baru nak perasan tu]
mana fruitnya??? Mana nut nya??
Sepanjang makan coklat tu ade la 2 biji kismis & takde langsung nut
patut le "murah" sangat coklat kat sana
kualiti sudah downgrade la dari yang biasa

So sape yang pi Langkawi, coklat kat sana idak le murah mana pun
murah bukan le disebabkan duty free sepenuhnya
tapi juga disebabkan kualiti yang tak serupa & lebih rendah dengan yang ade di pasaran
kalau coklat yang terlampau murah pulak, tersangat la tak sedap
so, kengkawan semua jangan le terpedaya sangat [macam aku]

*** Ade satu bar besar coklat Cadbury Black Forest dalam peti ais. Ade berapa butir sangat la buah beri dalam tu gamaknya?? Kalau aku tahu baik aku beli yang dairy milk je.. [keciwa nih!!!]




Bersiaran dari bilik stor

Tah apa2 je le aku hari ni
mood di pagi hari
SELAMAT PAGI!!!

PEACE BEBEH!

Monday, November 29, 2010

Mintak tolong, ini pokok apa??

Nak tumpang tanya
ade sesapa yang tau tak ini pokok apa?
[pokok yang dalam pasu no 15 tu yer...]


Aku sangat berkenan dengan pokok ni
sebab daunnya lebat & bila besar dia cam bushy je
cantik untuk letak dalam rumah
[aku ade nampak kat satu kedai kitchen cabinet kat Wangsa Maju]
kalau sape tau sila maklumkan tuan blog ini yer..
thanks!

Aura Roboclean... Kalau tak kerana harga

Sabtu lepasa ade orang buat demo kat rumah jiran aku. Katanya orang nak promot mende ala2 pewangi/ pembersih udara [air purifier la lebih kurang]. Memula tu aku cam tak berapa la nak tengok sangat [tuan rumah tu pulak pun cabut lari.. tak mo dengar].  So yang dengar penerangan salesman tu hanyalah hasben jiran tu.

Sebenarnya salesman tu member2 jiran aku tu. So nak tak nak terpaksa la si hasben jiran aku ni dengar jugak. Tapi masa aku melintas rumah jiran aku ni tetiba terbau satu bau yang wangi. So jiran aku tu pun ajak masuk nengok demo tu. Memula aku ingatkan demo air purifier yang macam ala2 ogawa/osim punya tu. Rupanya jangkaanku meleset.


Masuk2 je kat ruang tamu dah ade satu kotak besar. Benda tu cam ala2 vacuum cleaner yang guna air tu. Ni gambo yang aku google. Rupanya dah macam robot Starwars kan???



Demo tu ambil masa dalam 2 jam jugak la. Memacam tempat dia sedut menunjukkan betapa kotornya udara dalam rumah kita. Memang betul pun apa dia kata tu.  Roboclean tu memamg multipurpose la. Semua tempat boleh cuci & boleh mop lantai jugak. Part yang paling best aku tengok, dia vaccum katil jiran aku tu. After vacuum tu dia tunjuk la berapa banyak kotoran yang ada pada katil kita. Katanya tempat paling kotor dalam rumah kita adalah bilik tidur kita sendiri. Sebab apa??? Sebabnya kat situ la kita menghabiskan 7-8 jam sehari [tidur] & kat atas katil kita penuh dengan sel2 kulit mati kita yang menjadi makanan hama2. Tu sebab kengkadang badan kita gatal2 la, berbintat2 la sebab kena gigit dengan hama.

The best part is, katanya sleeping partner kita bukan hanya pasangan kita tetapi 2 juta hama, kuman & bakteria yang melekap kat tilam kita.. Fuyo!!!! Ramainya yang tidur dengan kita selama ni!!!  Dan itulah sebenarnya punca2 penyakit resdung, asma & alergik! So bila dia sedut dengan roboclean tu memang menggelikan sebab air yang jernih tu dah jadi hitam cam air limbah. Geli wei.. [malangnya waktu demo tu aku tak bawa kamera so takleh nak tunjuk bukti].

Memang puas hati la tengok demo tu semua & penerangan orang itu very informatif. Lepas ni aku takkan guna vacuum lagi & kena ubah cara mengemop yang betul.. [sudah praktik sejak semalam.. hahaha].  Final part of the demo, biasa la kan suh kita beli la apa lagi... Tapi bila sebut tang harga sure la tergezut kitaorang. Masa aku memula tengok mesin tu dalam kapla hotak aku ni sure harga 2-3 ribu tak lari. Again.. meleset sangkaan aku! Harganya melebihi jangkaan. Memang tak terjangkau dek poketku la... regenya hampir 8 ribu [full set]. Boleh bayor downpayment Inspira [bak kata K.Juwita].  Terpedip2 la mata kamiorang mendengar harganya.

Ni full set untuk roboclean

Silap la si salesman dok promot kat golongan marhaen cam kitaorang semua ni. Tak mampu weh!!! Memang la barang tu elok, bagus tapi harganya itu memang tak terjangkau le.... Kalau tak kerana harganya itu, dah lama kot kitaorang beli sorang satu. Sape yang ade duit lebih & nakkan kualiti udara dalam rumah korang tu baik, boleh la cuba beli roboclean ni.. Insya-Allah berbaloi! Cuma untuk aku, belum masanya lagi nak beli menatang robot ni.. Rabak & kopak!






Tukar tayar

Jumaat lepas, balik aje dari keje terus singgah kedai tayar kat Batang Kali. Malas nak tukar tayar jauh2 dari rumah sebab kalau apa2 hal senang nak gi balik kedai tu. Memandangkan kereta hasben aku ni akan berjalan sekurang2nya 100km  sehari, so tayar memang cepat botak la. Dah 2X gi servis, budak EON tu suh gi tukar tayar.

So bila dah lama2, benang tayar pun dah nampak, nak tak nak kena la tukar yang baru. Memula cadang nak tukar 2 bijik je tapi hasben aku cakap dah alang2 tukar baik tukar semua.Sib baik la pakai rim standard so tayar tak le mahal sangat. Sebijik dalam RM110 je. Bila cina tu buka tayar lama memang nampak semua dah hampir botak.


 Siap sedia untuk dibuka tayar kereta


Tayar depan sudah cabut 


Rim sudah dipasang dengan tayar baru..
[ralit tau tengok depa buat kerja..]

Sementara tunggu nak ganti tayar tu aku sempat lagi baca paper kat situ. Walaupun kedai cina, tapi still provide paper Utusan.  Dalam dok selak2 paper tu ternampak gambar si CT Nurhaliza ni. Korang perasan tak dia ni makin hari makin nampak cam makcik2 walhal umur dia sebaya je dengan aku.. [muda lagi...]

 Ni tengah cek pressure tayar yang baru dipasang.


 Ni plak nak cek balancing & allignment. 


Depa ni pandai tu la kan, memula asal nak tukar tayar, pastu dia cakap kena tukar itu la, tukar ini la. Dari harga asal RM400++ dah naik jadi RM500++. [Sib baik ade cik kad gores & menang... nak harap cash memang nan hado la.. gaji tak dapek lagi!!!]


Ni la benda2 yang buat mata laki aku kelabu asap. 


Dalam  duk sibuk depa menukar tayar, sempat lagi cina tu tanya bila nak tukar sport rim. Sib baik la laki aku cakap nanti. Kalau dia kata sekarang pun boleh memang nak kena pelangkung la tu... Udah2 le tu bang duk menghabiskan duit kat benda alah ni....

Sunday, November 28, 2010

Muka Hitam Legam

Sudah lama tak buat perawatan wajah.. 
Malam ni agak free sebab hanak2 dah tidur awal
so ade masa sikit la nak melayan diri sendiri
special teatment untuk diri sendiri
pakai MASK

Selalunya lepas basuh muka, pakai toner
pastu  baru pakai moisturizer [itu pun kadang ingat kadang tak, tapi selalunya lupa]
so kali ni baru nak menyentuh masker yang dah lama terperam dalam bilik air
pastu dilema lagi.. nak pakai masker yang mana satu
disebabkan blackhead dah banyak tumbuh melata kat hidung
decide la pakai yang hitam legam ni...

amacam?? ade rope orang minyak tak?? Sorry la aku terpaksa pakai special effect..hehehe.. tapi yang masker hitam tu real tau!


Lepas basuh muka.. muka bersih dari segala bapak blackhead..lega kejap!! Next turn tunggu la seruan kerajinan nak memaskerkan diri datang lagi..

Friday, November 26, 2010

HOT DOG 1901 | Food For Friendship

Korang pernah dengar tak pasal hot dog ni? Dulu pernah jugak gile2 deme promot kat TV & radio. Tapi masa tu tak pernah lagi jumpa kat area Wangsa Maju ni. Kat Batang Kali lagi la usah cerita. Ade KFC pun dah mujur.

Masa pi Wangsa Walk (lagi???) semalam, sempat la kitaorang try hotdog ni. Tengok gambar cam best je. Sekali lagi terpengaruh dengan K. Juwita kekdahnya. [K.Juwita ni le pelopor makanan2 kat opis aku ni.. hehehe]. Kalau sape pi Wangsa Walk ni location kiosk 1901 ni betul2 depan kedai jam & Cold Storage. Dekat dengan Guardian.

 Kiosk dia ni kecik je, so kalau jumpa signboard ni, betullah tu.

 Ini je menu2 yang ade. Pilih je la 'dog' mana yang korang nak...

 Tengah bizi mengorder la ni... Glamer kakak kiosk ni masuk blog aku..

 Sementara menunggu hotdog siap posing kejap ye cik kak sekalian..

 Tada... oder dah siap.. nak tau aku order yang mana??? tengok kat bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini la dia namanya New York Chicken.. Nampak sedap kan???
Memang sedap pun TAPI tak sesedap SUBWAY
[nampaknya dah teraddict ke Subway la pulak!!]

Pada aku rasanya agak ok la.. tak le sedap mana pun. Sedap lagi laki aku punya buat...[ini bukan dabel meaning tau.. betul laki aku pandai buat hotdog] wakakakaka.. ye la kan kalau buatan hasben Food For Love le kununnya... Dah slogan 1901 ni Food For Friendship, so sesedap rasa friendship je ler kan?? Just nice..

Putu Bambu World

2-3 hari lepas, dah takde tempat untuk dituju untuk lunch, sekali lagi memulakan langkah 10,000 sehari. Destinasi ke gerai kuih simpang 3. Sape tak tau pi la selak entry lepas. Aku malas nak review. Memandangkan masing2 malas nak makan makanan berat, so kitaorang pi beli kuih muih je le.

Dari opis kena lintas jalan besar, so tergedik2 la kitaorang berempat merentas jalan pastu lalu ditepi2 rumah orang. Masa ni baru la boleh intai2 rumah orang yang besar2 tu. Kalau naik kereta mana sempat nak tinjau2 design la, garden la, deco la. Rumah orang2 kat Wangsa Melawati ni boleh tahan jugak besaunya. Kalau compare dengan rumah aku tersangatlah berganda2 difference itu!

Gerai yang tepi sekali adalah gerai Putu Bambu World. Aku dah lama mengidam nak beli putu ni. Putu bambu ni memang feveret aku sejak belajo di UUM di. [Tetiba teringat putu bambu Pasar Malam Changlun]. Kengkadang asal kitaorang menyinggah ke simpang tu gerai putu ni asyik tutup je. So kali ni ade rezeki aku nak makan putu yang deme kata sedap tu. Kalau ikutkan memang banyak orang jual putu bambu ni tapi nak cari yang betul2 sedap memang payah kan??? [Sampai sekarang aku dah tak jumpa putu bambu yang merveles cam yang ade kat Changlun tu]

 Satu kotak ni ade 5 biji. Harga RM2.50

 Siap ade sudu lagi tau. Jangan terkejut semua putu bambu yang dijual semuanya kaler hijau. Kalau cari yang putih sampai sudah memang takde.

 Close up gula merah dalam putu bambu tu. Pergh.. memang sedap putu ni tau. Rugi sape tak try makan. Kalau korang pi time balik kerja memang dah tutup le gerai ni. Katanya sepanjang bulan pose laris gile putu ni. Selalunya sold out. Kalau korang nak beli better beli time2 lunch.

Udah shopping kuih, jom kita balik opis. Sambil2 jalan, jeling2 la rumah2 yang lawo2 kat sepanjang jalan tu..

Cium Mulut

Tajuk entry ini takde kena mengena dengan aktiviti malam tadi yer...
[mementang malam Jemaat, memasing pakat buat agenda bunuh setan yer..]

Malam tadi lepas Yaya balik dari rumah Cik Besah, macam biasa le dia kena buat laporan kat mama dia. Dia makan apa, bangun pukul berapa, main apa, mengaruk ke tidak, apa dia buat hari tu bla..bla..bla.. Everyday memang aku akan tanya dia aktiviti seharian dia di rumah Cik Besah.

Tapi semalam ade cerita baru yang dia cakap. Kata dia,
"Mama, siang tadi kan Syahir cium mulut Ya".


"Ha???? Bila?? Berapa kali?? Kat mana???" [dah bertubi2 soklan aku dah]

"Kat dalam kereta Kancil. Syahir ajak main cium2. Syahir cium 3 kali. Pastu yang last tu dia cakap lama la sikit" [nak cium lelama la tu]

OMG! OMG! OMG!

" Opah kat mana masa tu??, Ya buat pe kat kereta kancil tu?"

"Opah dalam rumah. Atuk suruh abang Heri [abang pd si Syahir] panaskan enjin kancil. Pastu hujan, opah suruh duduk dalam kereta je"

"Abang Heri ade ke tak masa tu?"

"Abang Heri ade, tapi dia tak nampak" [ni mesti si Heri duduk kat seat dreber pastu budak dua orang ni kat seat belakang & aku tak boleh imejin kalau si Heri pun join sekali... abih la anak aku!!!]

"Ya tak cakap dengan opah ke?"

"Tak pun"

Aduh... cemana ni.. bebudak ni dah pandai meniru aksi dalam tv.
Pastu aku pesan pada Yaya,
"kalau esok Syahir nak cium lagi cakap tak boleh. Jangan cium mulut sebab mulut banyak kuman. Nanti mulut Ya busuk! Mama & Abah pun tak pernah cium mulut!" [takkan la nak mengaku kan???]

"Tapi orang putih tu boleh jugak!"

"Orang yang cium mulut tu orang pengotor! Benda tak elok tak payah le buat tau tak. Orang Islam kan kena bersih." [aku terpaksa kuarkan statement tu]

Kalau korang di tempat aku apa korang nak buat???

** Pagi tadi masa hantar Yaya kat rumah Cik Besah, aku dah story pada Cik Besah & pesan pada dia tolong monitor la budak2 tu lebih sikit.

Thursday, November 25, 2010

Teruna Malang

Sape pernah dengar pasal kuih ni?
Aku pun baru tahu sebab member opis yang kabo
[nampak sangat tak mngikuti perkembangan hal ehwal semasa]


Memula bila sebut teruna malang aku tak ambil pot pun
tapi bila depe cakap teruna malang tu sejenis kuih
baru la aku paham... 
kuih tu sebenarnya ada nama lain
kalau sebut nama komersial kuih ni semua orang tau
tapi sebut teruna malang, tak semua orang tau
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Ini la dia rupanya kuih TERUNA MALANG
gambar google ye.. tuan punya gambar sila pasrah je le sebab aku pinjam tumpang tepek kat sini..


Agak2 korang le kan, kenapa kuih ketayap ni depa panggil teruna malang yer??
[agak2 ade tak yang satu pemikiran "kuning" dengan aku???]



Setakat ini aku kuat lagi.. No is NO!

Kelmarin petang hasben aku cakap abang ipar aku ajak konvoi lagi ke Cherating. Kan aku dah pernah cakap aku dah tak nak terjebak lagi dengan aktiviti hamjadah cenggitu. Aku tak suka, diulangi
 [feeling announcement prefect masa ade calling untuk ruang tamu] <--- budak Taayah harus tahu okeh!. 

Sambung balik, diulangi aku TIDAK SUKA.

Ewah..ewah bang, semenjak dua menjak dah kamceng dengan geng Cik Besah, kemain lagi dia ye.. Takpe.. takpe.. ai tak kisah. Kalau abang nak pegi, pegi je la sengsorang.. ai & hanak2 akan balik kampung.  

So bila aku tak nak ke Cherating, depa pujuk gi tempat lain la pulak. Cameron Highland le, Melaka le.  Laki aku ni nak cucuk jarum la tuh! Pleaaaaaaaaaaaaaaaaaaaase! 
Sudah ku bilang enggak mahu, jawapannya enggak mahu.. 
Kalau korang ajak pi Ostolia ke nak le ikut <--- demand lak tu!

Setakat hari ini NO is NO. Hopefully takkan jadi YES.
[Sepanjang hari semalam, off topic pasal ni, kalau tak sure akan bergaduh punya!]



*** Abang, jangan nak pujuk2 lagi okeh. Kalau abang paksa jugak, takmo cakap dengan abang sampai tahun depan! (Merajuk!)

Wednesday, November 24, 2010

SANGAT LETIH SAMPAI SEMPUT!!

Adoi... penatnya hari ni..
Tak larat nak mengarang apa pun petang ni
Napas pun dah tersemput2..


Bang boleh tak urut sayang malam ni????
[silap2 hasben aku lak suh urut dia!]

***perasan tak aku dah tukar header baru??? (^_^)

Betul ke Suami Anggap Isteri Barang Murahan???

Erm.. erm..
Cemana nak mula citer ye??
Sebelum tu pada memberku yang membaca entry ini
maafkan aku kalau entry aku ni mengguris hati kau...

Kawan aku ni seorang yang cantik [tak tipu tau] dan manja
manja bukan dengan kawan2 tapi pada pada suami sendiri
dengan member dia memang seorang yang tegas
tapi dalam pada dia bermanja2 tu ade jugak yang suami dia tak suka
katanya bini dia kuat mendesak, hipokrit dan suka melawan suami
mendesak ke kalau suruh suami pegang tangan ataupun cakap I Love U?
hipokrit ke kalau bermanja2 & gedik2 dengan suami sendiri?
melawan ke kalau disuruh buat benda yang dilarang Allah?

kata2 dari suami tak pernahnya manis
siap berbahasa kau-aku lagi
siap ugut bercerai berai lagi

Kawan aku ni tersangatlah  setia & sayang pada suami
taat pada suami, malah tak  pernah tinggi suara pada suami
walaupun suami hanya tahu melenting, tak pernah bagi nafkah
hanya berbangga dengan diri sendiri yang tentulah pada dia "LEBIH" dari isteri
[kepantangan bagi si suami jika isterinya lebih sikit kononnya]
ego si suami terlalu tinggi hinggakan menilai si isteri umpama barang murahan
ditepis, ditolak, dicubit & diabaikan - didera mental & jiwa raga
bukankah isteri itu satu anugerah berharga dari Allah yang perlu dijaga, dibentuk & dihargai dengan jiwa yang ikhlas & suci
sesuci ketika diakadkan untuk hidup bersama?

Wahai suami, terlalu murahkah harga si isteri sehinggakan diperlakukan lebih dari seorang bibik atau pelacur?
sedangkan bibik atau pelacur itu boleh dibayar dengan wang ringgit
bukan puluh tapi beratus, malah beribu ringgit
tetapi isteri melakukan dengan PERCUMA dan suami masih tidak menghargai?
cukup sangat ke duit  maskahwin & hantaran yang diberikan masa bernikah dulu?

Para isteri 2 sekarang, jangan terlalu bergantung pada suami
jangan terlalu manjakan suami, biarkan dia laksanakan tanggungjawabnya
jangan cuba kita mengambil alih tanggungjawab itu
masing2 ada tanggungjawab & peranan masing2 so buatlah ikut skop masing2
jika kita terlalu bergantung pada suami, suami akan anggap kita hopeless & tak berharga
tapi kalau kita terlalu independant, suami akan lepas tangan pulak
jadi, jagalah pasangan kita baik2


SUAMI adalah pakaian ISTERI
ISTERI adalah pakaian SUAMI
-sama2 saling melengkapi & melindungi-


*** Pesanan untuk diri aku sendiri..


Jom Subway!

Sementelaah dah menjadi duta tak rasmi Wangsa Walk, so harus la menyinggah segala kedai yang ada dalam tu. Sebagai nak melengkapkan 10,000 langkah sehari, kitaorang akan sentiasa berjalan ke sana ke sini  [selagi larat la kan].


Minggu lepas masa ke Wangsa Walk tanpa hala tujuan, kitaorang beli lunch kat SUBWAY. Ini first time makan menatang ni. Selama ni pernah dengar tapi tak pernah tengok konsep &  rupa kedainya. Ajaran sesat Puan Juwita dah masuk kejiwa kitaorang, so singgah le ke sini. Dulu masa lalu kat sini cam takut nak singgah kedai ni sebab takut mahal & nampak sangat ketinggalan zaman [maklum le masing2 tak reti kekdah nak oder].


Akibat pengaruh K. Juwita ni, kitaorang singgah jugak ke Subway. Specialty kat sini adalah sandwich. Macam2 jenis ade so korang pilih je la.  Mula dari roti, pastu isi perut dia, pastu sosnya. Kaorang nak yang panjang sekaki pun ade yang setengah kaki pun boleh. Kalau nak murah tengok je le poster sandwish of the day tu. Ikut korang la, kalau korang datang hari Rabu, tengok la sandwich hari Rabu punya. Dapat la harga murah sikit. Tapi kalau nak oder sandwish lain pun gasak koranglah. Korang punya duit, korang punya perut, korang punya mulut, korang punya sukalah!


Memandangkan kitaorang datang hari Isnin, kitaorang pilih la menu yang Monday tu 
[nak murah punya pasal]

 Memula korang kena pilih roti apa korang nak. Yang kitaorang makan ni Parmesan Bread. Pas pilih roti intinya akan diletak. [Ikut le jenis sandwish mana yang korang pilih kat menu tadi.]


 Pastu pilih la sayur mayur yang bemacam2 aneka ni. Nak bubuh semua jenis pun boleh, tak nak bubuh langsung pun boleh. Hak pengguna kan..


 Pas buh sayur, pilih la sos, mayonis dll.


Tada... sudah siap!!! Sedia untuk wrapping pulak.

 Sebelah kaunter bayaran tu ade la pulak biskut.. Kalau nak beli kena la tambah duit..


 Oh My B.M.T ---> baunya dah sangat2 menyelerakan...tak sabar nak makan.


 Ni rupa isi perutnya.. yummy!!!

Ni rupa sebenar sandwich, baru keluar plastik


Alhamdulillah.. dah habis.. dah kenyang..Licin aku makan tanpa sebarang sisa. Kalau pelestik wrapping ni boleh makan sure dah licin aku bantai.. heheheh.. Beli yang setengah kaki, kenyang sampai malam..





Tuesday, November 23, 2010

ROMANTIKA

Salah satu destinasi kitaorang untuk 10,000 langkah sehari adalah kedai Romantika ni. Sape yang selalu baca majalah Anjung Seri ke Impiana ke sure korang ada ternampak iklan kedai Romantika ni. Romantika ni ade banyak cawangan.

Yang aku pergi ni kat area Wangsa Maju. Betul2 setentang dengan Wangsa Walk. Tak le jauh mana dengan opis, cuma kena mendaki bukit sikit la. Romantika ni menjual pelbagai hiasan rumah. Tapi lebih kepada English Style le. Sape yang berminat deko cenggini, memang sesuai sangat la tuju kedai ni. Sure rambang mata korang. Yang aku berkenan kat kedai ni hanyalah gubahan2 bunga yang lawa2. Kecik besar semua ada. Rasa macam nak beli semua pun ade. Lagi satu sapa yang nak buat wedding konsep2 garden wedding ke memang banyak aksesori yang menarik.

 Ni betul2 kat entrance kedai tu..

 Feeling-feeling kat taman bunga pun ade




 Ni cermin hiasan.. Cantik!


 Terendak lampu tidur pun ade macam2 kaler, size & design. Pilih je mana korang berkenan.

Ni pulak untuk taman


Ade banyak lagi benda2 menarik kat sini. Tak larat nak tepek gambar. Nak tau apa lagi yang best kat sana, sile la pegi sendiri. Sure tak menyesal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...