Saturday, October 30, 2010

Nak makan apa hujan2 ni

Semenjak dua menjak ni kan asyik hujan je
bila time2 hujan ni perut pun bergelora jugak
dari tak lapar tetiba terasa lapar kan??

malam tadi di kala hujan
telah membeli ini untuk dinner
sedap!!!! 
hingga menjilat pinggan..

Friday, October 29, 2010

Budak Budak Lorong Belakang a.k.a. Backstreet Guys

Ini bukan citer pasal Backstreet Boys yang femes tu
ni citer pasal budak Backstreet a.k.a lorong belakang rumah aku
lorong belakang rumah aku ni memang sentiasa happening tau

nak tau happening sebab apa??
sebab selalu ade agenda makan2
tu sebab majoriti geng2 lorong belakang ni big-big size
ini aku buktikan...
 yang baju merah tu ketua kumpulan la...
sape lagi kalau bukan Cik Besah
yang pakai sepek tu bendahari
hulur duit laju je la ketua kumpulan buat agenda

 ahli2 kumpulan  yang lain merangkap mak2 dara. 
Port kumpulan ni ---> bawah pokok pelam Pak Ali
[siap buat pangkin tau untuk mudahkan aktiviti  makan2 ni]
Tukang masak utama selalunya yang baju hitam tu la

mak-mak dara & anak2 masing2..
kiranya backstreet junior la

 Ni laki bini yang aktif jugak
bini aktif masak
laki aktif makan

eh? eh?? cam kenal jer...
laki aku kalau bab2 makan free ni memang dia suka
tak toleh kiri kanan dah
kontrol sikit makan tu ye bang, kang dah boleh join geng big-big tu
takkan asyik suruh bini je slim, tapi laki bior kembang kan??
tak aci la...

Aku??? jarang join makan2 ni sebab takut gemuk [ye la tu...]
aku join pada kadar sederhana jer
orang tak habis makan lagi, aku dah kenyang dah
berenti sebelum kenyang kunun...kunun..

14 Kegunaan Baking Soda

Aku rasa mesti rumah korang sure ade baking soda ni
Nak2 pulak yang jenis memang suka masak
aku yang jarang memasak pun ade beli benda ni tau..

Hari tu secara tak sengaja aku terjumpa la artikel ni
sangat informatif la
aku baru tahu ada banyak lagi kegunaan baking soda ni




1. Untuk memasak [memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan..]

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau  uniform laki korang tu, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6.  Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau.  Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang. 

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.



Holiday Tahun Ini

Tahun ni tak macam tahun2 lepas
awal atau tengah tahun ni takde agenda Cuti-Cuti Malaysia
Yang ada hanyalah balik kampung & tempat2 berhampiran

Tapi minggu depan aku nak pi holiday!!!
Destinasi???

L.A.N.G.K.A.W.I

Memula takde plan pun nak pi
tapi disebabkan abang ipar aku beria2 ajak hasben aku pegi
so hasben aku pun beria2 la memujuk aku pegi
kalau ikutkan hati aku ni, memang tak nak pegi
sebabnya???
ade 2 sebab utama tau

1. History selama aku pegi holiday dengan Cik Besah & the gang memang tak pernahnya best. Semuanya TAK BEST dan BORING!

2. Melibatkan konvoi kereta yang banyak - 10 biji kereta
[aku paling benci konvoi2 ni sebab membuang masa yang banyak]

Kalau ikutkan sape la yang tak tingin nak pi Langkawi
Aku ni walaupun dah pegi 2 kali tapi still tak puas hati
tu yang nak pegi lagi sekali
dulu aku pernah cakap pada hasben, kalau nak pi Langkawi nak naik flight je
malas nak bawak kereta sebab jauh
plannya konon nak pi tahun depan, alih2 depe ajak pi cuti Deepavali tahun ni plak.
Dulu aku pi sana banyak tempat aku tak pegi [3 tahun lepas]
kan aku cakap kalau pi dengan Cik Besah & the gang, memang akan jadi tak best
tak happening langsung
lagipun 2 kali aku pegi, 2 kali tu la aku tak dapat naik kereta kabel.. frust tau!
yang bengang tu, siap boleh berenti kat beberapa tempat, tanya harga tiket, lepas tu terus blah
taman burung, underwaterworld, taman buaya, galeri perdana, laman padi dll --- semua lalu camtu jer
apa hal???? dah nama pun berjalan2 takkan tiket mahal pun nak berkira kan??
[tempat yang aku pi masa tu hanyalah : Oriental Village, Makam Mahsuri, Dataran Lang, Pekan Kuah & Padang Matsirat je.... Idaman Suri pun tak singgah taw!!!]

Tapi kali ni aku dah warning kat laki aku
aku nak pegi semua tempat
kalau depa tak nak ikut, lantak diaorang
[kalau ikut diaorang, memang tak ke mana la... dapat tengok kawasan je la]
dah alang2 berjalan tempat orang, manfaat kan le semua masa & tempat yang ada kan
kalau takat nak tidur, baik duk Batang Kali jer.. ye dak??

Thursday, October 28, 2010

Mood Drama Datang Lagi

Dulu pernah addict sekejap kat drama-drama Jepun, Cina, Taiwan, Korea dsb
tapi dah berenti kejap.
tapi citer2 ni aku tengok yang kat TV je la
takde la keroje nak mendonlod la, bertorrent bagai
beli VCD pun idak le sama sekali
last citer  drama aku ikut pun citer Smiling Pasta kat TV8

La ni, bebaru ni dalam sebulan lepas
addiction tu datang balik
startnye pun lepas aku nengok drama Jepun kat TV8
kiranya aku jadi penunggu setia TV la setiap petang Ahad
sanggup bergaduh dengan anak sebabkan nak tengok citer2 tu
yang anak nak tengok Wonderpets la, Dora la, Diego la
sib baik la ada 2 TV, takde la nak berebut
Laki aku????
takde dia heran nengok2 TV ni semua
baik dia membuta lagi bagus

Memula layan citer Jepun ni - Buzzer Beat


Pastu sambung citer ni lak - Volleyball Lover

2 jam berturut2 di petang Ahad. Sedang elok time tu sebab time tu la aku bertapa dalam bilik menggosok baju. Hehehehe.

Motif teruja tengok citer2 tu semua....
sebab hero-heronya yang hensem gilak!
tak tahan wei............ <---  gatal sungguh!


Arch or Earth

Biras aku baru jual rumah dia kat Bukit Beruntung
so hasil dari jualan rumah tu dia nak renovate rumah dia yang belakang rumah Cik Besah tu
nak besarkan rumah la kekdahnya

So, one day dia tanya aku
apa idea aku untuk renovate rumah
[cam aku kontraktor lak]
aku cadangkan dia runtuhkan arch kat tengah2 ruang rumah dia tu
so ruang tamu akan nampak luas
[aku tau korang takleh imejin apa yang aku cakap tu tapi itu bukan main poin aku nak citer kat sini]

Pastu dia cakap:
"Kak Ti tak nak runtuhkan  earth tu [sebut cam ejaan earth ye...] sebab nak nampakkan ruang yang berasingan"

Earth??? [pekebenda earth tu tah le.. yang aku tau earth tu bumi]
Aku tanya dia, earth tu yang mana??
Yang ni... kata dia [sambil pegang dinding yang ada anak panah tu]

[sorry la gambo full "earth" tu aku takde yang full & abaikan budak2 dalam gambo ni sebab depa takde kena mengena dengan ini cerita....]

"ooooo, arch rupanya"

Kalau korang, menatang yang melengkung camni korang panggil apa yek??


Setahu aku orang panggil arch. Tah cemana dia boleh panggil earth tah.. Musykil aku. Yang kelakar tu dengan penuh konfiden tu panggil benda tu earth.....sampai sekarang taw!!!

Suka hati ko la labu!!!

Wednesday, October 27, 2010

Kalau tak salah pendengaran

Semalam masa hasben aku tengah main2 dengan anak2 
masa tu lepas semayang Isyak rasanya
[aku lak masa tu tengah mengendap blog member2 kat laptop]
aku terdengar sesuatu 

apa dia???
nak tau???
in the one, in the two, in the three [counting ala2 Kiah Propa okeh!]

aku dengar hasben aku cakap dengan Adib
"NANTI ADIB NAK ADA ADIK TAU"

Apakah??????
[betui ke pendengaran aku ni... aku belum peknen lagi lor...]

Sape tengok GALAKSI malam Sabtu lepas?
Part yang Zamarul Hisham kata dia suka bini dia mengandung sebab nampak seksi & statement yang daring dari Zamarul

SAYA AKAN PASTIKAN DIA [Diana Rafar] MENGANDUNG LAGI TAHUN DEPAN

hehehehe!

Gigih belajar buat cupcake

Aku buat cupcake???
Kenapa??? Tak percaya ke??? 

Hehehehe.. Nehi! Nehi! Nehi!
Enggak! Enggak! Enggak!
No! No! No!

Bukan aku yang belajar buat cupcake
tapi si anak dara yang tekun
belajar buat cupcake sambil berniaga
secara online...
tak caya?? tengok ni..
tekun sungguh anak dara aku nih!
tak pe Yaya, belajar pelan2 ye
kot2 pandai  buat kek macam auntie Midnite Baker

sesape nak belajo
pi klik kat sini -- www.yahoo.com , pastu cari klik games, pastu klik free online games 
pastu cari la games tajuk CUPCAKE FRENZY... 


Yaya, dah berapa collection ko hari ni nak oi???

APRON

Ahad lepas tetiba je biras aku datang rumah
siap suruh si Syahir bagi kat aku satu plastik hitam
aku ingatkan baju2 lama si Yaya yang dah tak muat
rupanya dia bagi aku apron

katanya dia pegi pasar pagi tu
pastu tengok ade la kain baju yang longgok2
ala-ala bundle ka kekdahnya
pastu katanya dia kirai & kirai & kirai
dapat la dia 5 helai apron [selai 2 hinggit boleh la ambik 5 kan..]

1 dia ambik, 1 kasi Cik Besah, 1 dia bagi kat kakak belakang rumah Cik Besah
balance lagi 2 dia tanya aku nak ke tak nak
walaupun aku ni memasak tak pernahnya pakai apron
[aku ade apron tapi aku jarang pakai pun]
dah orang bagi kan, terima je la walaupun di hati aku tak berkenan
orang berbudi kita berbahasa la kan!!!
[mementang la sekarang ni bulan bahasa]

Ni la apron tu... 2 helai lagi.. [ni bergantung sebab baru lepas basuh]
sib baik la dia bagi, kalau dia jual, aku tak nak beli pun...[jahat tak???]
dia kata selai 2 hinggit je...
ada sape2 nak ker???

Agar-agar untuk Yaya

Yaya nak agar-agar kaler pink
aku ni yang berdaya kreatif  rendah
pikir la untuk menarikkan lagi agar2 tu
bosan la kan asik2 agar2 kaler plain jer... ye dak??

so ini la yang terjadi



=



ni le agar2 kuih lapis tunggang langgang
ade yang lapis tebal, ade lapis nipis
first time buat la katakan!!!!
janji sedap ditekak, mudah ditelan 

Tuesday, October 26, 2010

Best Friend Forever Kunun2

Gambar2 Yaya & Syahir
ala-ala best friend forever
BFF la sangat kan...

Depa jadi BFF bila duk umah Cik Besah je
bila balik rumah 
campur pulak dengan si Adib
dah jadi musuh la pulak
Adib geng dengan Syahir
Yaya???
Kena geng dengan mama je ler....

Monday, October 25, 2010

Sampai jua akhirnya!!

Quick update hari ini.
Ekoran bebelan tentang servis Kangaroo ---> kat SINI

Baru petang semalam dapat SMS dari kastemer Puncak Alam
panggilan manjanya K. Sal
katanya dia dah receive dah parcel dia
& direct ke pintu rumah dia

Puh... lega akhirnya dia terima jugak barang tu
sepanjang cuti aku duk teringat2 tau
risau la kan kalau barang kastemer tak dapat.

Finally......... LEGA!!!






Sekali Sekala Black And White Pun Lawa Juga

Dah takde keje sangat la hari ni
saje dok kelebek photoscape
ejas sana  ejas sini
pastu aku tukar gambo kaler jadi black & white
hasilnya.. cun jugak kan???
cam gambar dulu-dulu...

 -Yaya-


 - Adib-


Mana aci asyik2 tepek gambar anak-anak je kan
Mak pak depa pun nak enteprem gak!
hambek ko!
-terselindung gak le jerawat yang kemerah-merahan diwajah-


Stand Mixer, Sandwich Maker, Oven & Mini Chopper

Panjang sungguh tajuk aku hari ni. 4 in 1 punya entry.
Ape benda la minah ni nak merepek hari ni kan????
Hari ni aku gi bayar credit card hasben aku
tak gi mana pun cuma guna maybank2u jer.

Cek treat point dia dah ade 32,000
banyak tu.. nak kena redeem ni..hehehe


selama ni tak pernah buat redemption pun
so pi la selak2 katalog kat SINI

Dalam banyak2 barang yang layak & teringin untuk redeem
termasuk la benda2 yang aku sebut kat atas.
Memandangkan treatpoint yang ade pun bukan le banyak sangat
so kena la buat pilihan kan???
Tak tahu la nak pilih mana satu. Kalau  ikutkan semuanya nak.





Cornell Stand Mixer 
26,000 TP


Electrolux Sandwich Maker
25,000 TP



Kenwood Mini Chopper
20,000 TP



Pensonic Electric Oven 18L
21,000 TP









Susahnya nak pilih....
Semua mende ni belum ada lagi kat rumah aku
Any advice tak untuk aku?

Periuk Mahal & Popcorn

Jagung popcorn dah beli lama dah
tunggu mood datang untuk mem'popcorn'kan jagung tu

Tetiba Sabtu lepas angin popcorn baru sampai
Dengan suka hati keluarkan periuk mahal yang dah terperam dalam kabinet
beli mahal2  tapi pakainya ada la 2-3 kali setahun
bukan sebab sayang tapi sebab gedabak sangat
so jarang la pakai sebabkan aku ni masak dalam kuantiti kecil je
lagipun banyak lagi periuk belanga yang orang kasi tak pakai2

**ni la periuk pertama yang aku beli.. terpedaya dengan salesgirl yang datang tempat keje. Aku bayar instalment tau periuk ni. Harga dalam ratus2 la jugak. Terpedaya beli pun sebab teruja tengok minah tu demo masak popcorn & kek guna periuk tu.

Jagung dah ade, periuk pun dah ade, so aktiviti mempopcorn pun start la. 
Dalam sepeket kecil tu dapat banyak la juga yang dapat. Yang tak meletup pun banyak juga. Lepas siap nak buat dia punya salut gula tu kan. [Aku tak tau nak panggil apa proses ni]. Kat part ni la yang spoil kan popcorn aku. 

Alkisahnya aku survey la resepi popcorn cemana nak buat popcorn yang berlemak2 cam yang selalu jual kat panggung wayang tu kan. Katanya kena masukkan butter masa gula dah cair. Memandangkan aku takde butter, aku guna je planta. Time2 aku tengah menunggu gula cair dalam periuk time2 tu la pulak anak2 aku buat perangai. Bergaduh la, menangis la, berebut la. Pada masa tu, masa aku jenguk periuk gula aku dah hampir hangus, so aku cecepat masukkan popcorn tu dalam periuk. Gaul punya gaul finally siap sudah popcorn tu. Rupa paras menarik la [walaupun ade hangus2 sikit].

Ni gambar popcorn yang aku dah masukkan dalam bekas. Malu nak tunjuk yang real.

Rasanya???
Tak sedap!!!!!!!
Ada hangit, ade pahit, ada manis, ada kelat
bak kata Makcik Astro tu.. macam-macam ada...

Friday, October 22, 2010

Kangaroo Oh Kangaroo, Kenapa La Ko Susahkan Hidup Aku

Entry pelepas geram kepada servis kurier
Hari tu aku pos barang kat kastemer aku
selalu aku pos guna Pos Laju 
tapi time aku pergi Telco & Post tu dia kata dah tak guna Pos Laju
sekarang kami pakai Kangaroo.


Memandangakn dah sampai so aku pun agreed la nak guna Kangaroo
[dah le mahal nak mampos compared tu PL]
selalunya kalau kurier esoknya barang dah boleh sampai
[kastemer aku bukan duk jauh pun... Puncak Alam je]
lain la kalau outstation kan??

Hari ni kastemer aku call tanya kenapa barang dia tak sampai lagi
[dah 3 hari lepas aku pos]
so aku call la collect centre & customer service depa
alih2 depa boleh cakap,
kitaorang masuk area sana seminggu sekali je. Itu pun hari Isnin.

G.A.M.P.A.N.G !!!! [keluar mencarut aku  hari ni<--- tapi aku tak cakap la kat budak tu kan... gile ke apa??]
Kenapa la kome tak cakap awal2 !!!! Geramnya! Mangkuk hayun tul!
Aku pos hari Selasa so Isnin depan baru kastemer aku dapat barang??
Siannya kastemer aku, sure lepas ni lari la sorang kastemer

Kangaroo...o... kangaroo... kenapa la ko menyusahkan hidup aku??
Kenapa la korang tak habaq awal2
Kalau aku tau sampai lewat, tak hingin aku guna service korang tau!!
Tu la elok2 duk dekat Ostolia ko nak datang Mesia
Bengang tul!!!
Walaupun banyak orang komplen Pos Mesia a.k.a Pos Laju lembab dan yang sewaktu dengannya, aku tetap rasa PL is the best
Segala ceruk dia redah kan.???

** Patut la kat kurier service lain takde tulis "DIJAMIN SAMPAI ESOK" .. memang depa tak jamin pun!!!

** Aku ampu pos mesia ni takkan takleh dapat diskaun?? Hehehe

PERINGATAN UNTUK WANITA BERTUDUNG

Aku rasa ramai yang dah tepek mende ni kat blog masing2.
Tapi aku nak tepek jugak dalam blog aku ni
untuk peringatan aku & sesapa yang skodeng blog aku di masa akan datang

Semoga kita dijauhkan dari segala perkara yang mungkar
AMIN!!!




sumber: facebook

Percaya La Cakap Aku - Donut Ini Memang Gebu

Semalam lunch kitaorang pi singgah kedai kuih simpang 3. Sape duk keje atau tinggal kat area Wangsa Maju @ Wangsa Melawati sure tau gerai kuih ni. Macam2 jenis kuih ade jual kat situ.



Setelah digembar gemburkan oleh opismet akan kegebuan donut kat situ, kitaorang dengan penuh excitednya pi la beli donut tu.  Ni bukan donut  yang biasa2 tu tau, juga bukan donut ala2 Big Apple ataupun kategori donashi.. Tapi donut ni bentuk bunga... [Ekceli sama je dengan donut bulat ade gula tu.. rupa dia je depa ejas jadi bentuk bunga.]. Tak caya??

Kan aku dah kata... memang rupe bunga donut ni.. Hehehe
Pedulikkan rupa parasnya...yang penting rasanya ye ke sedap & gebu???

Tidak syak lagi ye puan2... memang gebu gile donut ni. Kalau tak, takkan le member aku beli sampai berbelas biji. Kitaorang satu kereta je beli donut tu habis tinggal separuh bekas. Harganya 5 biji RM2. Aku beli 10 biji, ade member aku beli 5 biji, pastu member lagi sorang 13 biji sampaikan budak kedai tu tanya kat aku " ni akak nak makan sorang ke nak bagi anak?"

Cinabeng punya budak. Hagak2 la ko dik oi... ko perli aku ke apa??? 

Petang bawak balik rumah, bagi la hanak2 dan bapak hanak makan.

-cop!!! sebelum makan kena posing dulu.. Gambar asal kepala Adib ni ada, tapi disebabkan rupa parasnya tercacat dek tangan parkinson aku, so terpaksa la aku penggal pala dia dalam gambo ni-
Nak beli 5 ketul takut tak cukup. Bila beli 10 ketul tak habis makan la pulak.. Mana idaknya... malam tadi Cik Zul bagi kitaorang KFC. Maka tak laku la donut aku tu weh.. ade la lagi 4 ketul. Terpaksa la aku masuk tupperware & bawak gi opis pagi ni... [Breakfast makan kuih semalam!!!]

** Kak Fina, betul la cakap akak, donut ni masih lembut lagi pagi ni. Kalau donut yang biasa2 tu sure dah keras kong & aku campak dalam tong!

** Lupa lak nak kabo, gerai kuih tu ade blog tau. Jangan main2.. Kalau nak tengok kuih apa yang depa jual kat situ, boleh singgah SINI

Gambar Mengandung

Aku baru transfer gambar dalam PC kat rumah ke dalam laptop. Rupanya banyak lagi gambar2 lama yang ada dalam tu. Gambar aku bercuti ke Langkawi 3 tahun lepas pun ade lagi. Dah le masa tu aku tengah mengandungkan si Adib. Nak tengok tak gambo mengandung aku???  Berapa punya gemuk masa tu...

 Ni kat Oriental Village.. Kembang tak hidung aku???

 Ni kat mana tah tapi kat Langkawi la. Masa ni aku peknen 7 bulan.


Ni gambo beramai kat Dataran Lang. Nampak tak kebulatan perut aku ittu???
Antara perut aku dengan perut Cik Zul (my FIL) sape lagi besar???

Thursday, October 21, 2010

H.A.N.Y.U.T.

Lately memang addicted sungguh dengar lagu ni
[tetiba jadi jiwang]
memula dulu aku pernah cakap lagu ni tah apa2
tapi bila dah dengar banyak kali, best la pulak!

Walaupun aku tak berapa gemar si Faizal Tahir
tapi aku suka dengar lagu2 dia
cara dia nyanyi memang bersungguh2
macam menghayati lagu yang dia nyanyi
malas citer banyak
layan je la lagu ni



Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja




lirik credit to : www.anizyn.blogspot.com

Cerita Kelakar Lip Balm

Semalam ada kakak clenaer kat opis aku ni order la lip balm Avon dengan aku. Kakak ni orang Indon tau tapi dah lama dah keje kat kompeni aku keje ni. Kakak ni memang suka pakai gincu. Hari2 datang sure kaler gincu dia lain2..

Dia cakap dia ade nampak sorang staff pakai benda tu [lip balm tu la]. Tu yang dia tanya aku. Benda macam gincu tapi bukan gincu. Yang orang pakai untuk mulut kering tu.. kata dia. Aku pun tunjuk la katalog kat dia kan gambo lip balm tu. Pastu dia mintak le aku oderkan satu untuk dia.

Pagi ni aku bagi kat dia lipbalm tu. Masa aku bagi dia terus masuk poket pastu dia keluar dari bilik aku. Gamaknya dia pegi toilet kot pastu [nak try test la gamaknya]. Tak lama pastu dia datang balik kat aku & tanya,

" Benda ini memang macam ini je ke?"

"Apa maksud akak??" -aku tanya dia.

" Iyalah, benda ini memang tenggelam macam ini ke. Saya cuba pusing mahu naikkan tak boleh pun. "

" Oo... bak sini. Akak kena la pusing kat bontot dia dulu, baru la dia boleh naik"

"Oh, macam tu... patut la saya fikir, macam mana mahu pakai ini. Saya pusing atas pun tak boleh, saya pusing badannya pun tak boleh, saya tekan dari bawah pun tak boleh. "

Kelakar tul akak tu. Sian kat dia rupanya tak reti pakai lip balm. Dia kata memang dia tak pernah pakai lip balm. Pakai gincu dia reti la... Hehehe...


Ini la rupe lip balm yang akak tu oder. Tapi dia punya perisa strawberry. 

Wednesday, October 20, 2010

Kabinet Tv la pulak

Entry edisi meroyan...
Study cabinet pun tak buat lagi ada hati nak buat tv cabinet pulak..
macam la duit kat akaun aku ade berpuluh ribu.

Dulu dah citer pasal nak transform dining hall jadi study room
[sape tak tau boleh refer kat SINI]
 kali ni nak berangan pasal tv cabinet.

Sebenarnya, masa aku renovate rumah dulu
kontraktor tu tak buat wiring untuk ekon
so masa beli ekon awal tahun ni orang tu pun pasang cincai je
and wayar plag ekon tu dipaku kat dinding
[cemana nak explain yer?? tengok gambo baru paham kot]

 camni la maksud aku..

Disebabkan wayar tu, so dia  mencacatkan pemandangan dinding aku. Yang dekat dining hall tu tak kisah sangat sebab kitaorang bukannya pandang dinding tu sangat pun. Yang aku benci tengok tu wayar ekon yang kat ruang tamu. Dah le betul2 sebelah dengan TV aku . Maksudnya, kalau mengadap tv so akan terpandang jugalah wayar tu..

sila perhatikan wayar yang dekat tv tu ye kawan2.

Fikir punya fikir cemana la nak cover wayar tu, so aku cadangkan pada laki aku nak buat tv cabinet yang penuh dari atas sampai bawah. Tak pun letak panel kayu kat dinding so macam ade background la kat TV tu kan. 

Hasil meng'google' aku hari ni--- kabinet2 tv yang menawan hati
[sila lap air liur sendiri yek!]










Semua lawa kan... Nak buat macam yang mana satu yer????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...