Tuesday, August 31, 2010

Accident dan merdeka

Salam merdeka & selamat bercuti untuk semua. Entry terakhir aku di bulan 8.

Hari ni awal bangun sahur. Konon2 nak pose hari ni.. [semalam dah mandi wajib tau!!!] Setelah 11 hari terpaksa direhatkan dari berpose [banyak tul nak ganti nanti]., berkobar2 la nak bersahur beria. Tapi takde la makan apa pun. Cuma makan kurma dengan minum quaker oat jer..
Lepas siap sahur & nak basuh pinggan tah cemana aku teraccident dengan mangkuk kaca. Melejeh2 darah penuh singki sebab kaca terkena jari aku. Kalau kena kulit tak pe la jugak, ni terluka baik punya kat urat besar kat jari tu. Maunya tak banyak darah. Sementara nak lari ambik minyak afiat [wajib ade kat rumah ubat ni], darah menitik2 atas lantai. 
Dah tuang minyak pun darah tak berenti gak. Buh plaster pun tak leh nak tampung luka sebab darah tak berenti. Cuak gile aku.. [cik abe lak khusyuk hisap rokok kat luar sampai tak sedar bini dia dah cedera]. Lepas panggil dia banyak kali baru la kocoh2 nak tolong. Pastu gi ambik first aid kit [sib baik kapas bandage tu ade lagi], balut tangan aku baru la darah tak kuar lagi..

Bila hari dah cerah, aktiviti utama nak buat - basuh night curtain sliding door. [dah 2 tahun wei tak basuh]. Jenuh gak nak menanggalkan langsir tu. Dah le besar langsir tu. Sib baik tak berat [aku beli kain jacquard yang morah je...]. Memula ingat nak basuh one by one tapi bila tengok mesin aku muat lagi nak sumbat, aku sumbat la dua2 helai tu. Senang citer masuk mesin jer.. tak yah susah2 hantar dobi.

 -sebelum-
dah naik beram langsir aku sib baik la kaler cekelat tak le perasan sangat.

-selepas-
lapang lak rumah tanpa night curtain.Merdeka akhirnya sebab berjaya basuh langsir tu.
Day curtain tu tah bila pulak nak basuh ni... gambo gelap sebab  tak bukak flash.. 

Pastu tengah hari time nak semayang zohor, cam biasa mesti la singgah toilet kan?? Alamak!!!! Nampaknya kena genti pose lagi lor.... [dah 12 hari mau ganti la pulak!!!] Tak merdeka lagi aku rupanya bab ni.. Korang kena ganti berapa hari ek????

Monday, August 30, 2010

Kurung Anak Dara

Takde idea nak meroyan hari ni..

Ambik kau entry tanpa motif aku hari ni..

Hari tu dah reveal baju raya anak teruna. Kali ni nak reveal naju anak dara aku lak. Jeng..jeng..jeng..
Baju mak dara & pak dara??Sama je ngan anak dara & anak teruna. 
Cuma saiznya saje yang berkali2 ganda besaqnya... 
Tailor kitaorang sape lagi kalau bukan Opah Minah... 
Terima kasih ye mak... sebab siapkan baju raya kami anak beranak...

Saturday, August 28, 2010

Sampin Sang Teruna

Semalam saje jenjalan ke kedai2 kat depan rumah aku ni. Dah banyak gerai2 bukak sempena nak raya ni. Macam2 ada... Sambil jenjalan tu lalu la kat satu pasaraya jual baju budak2. Kat tepi tu pulak bersusun kain sampin ready made untuk budak2. Baru teringat yang Adib takde sampin lagi.

So hasben aku suh beli la sehelai untuk si Adib. Tak le mahal mana [tak sampai 10 hinggit pun]. Jadi la buat pakai pagi raya. Bukannya nak pi menikah pun yang nak beli mahal2 tu. [Tak kuasa nak beli mahal2... pakainya pun agaknya tak sampai setengah jam..]

sampin ni hasben aku yang pilihkan.. ok tak???

-ni la baju raya Adib [tema kitaorang tahun ni kaler kelabu taik hanjin..hehehe]. Matching la sampin tu dengan baju melayu Adib.. Ok la kiranya tapi nak kena oter sikit tang pinggang. Walaupun dah beli saiz S tapi kena kecikkan lagi sebab pinggang si Adib ramping bebeno!

Friday, August 27, 2010

Tersentuh Naluri Keibuan Bila Tengok.. Kalau la jadi kat anak sendiri...

Astaghfirullahal'azim, Innalillah & Nauzubillah....

Itu ucapan pertama yang yang keluar dari mulut aku tatkala nengok gambar budak ni. Dah beberapa hari dah keluar berita pasal citer budak kena sembelih dengan bapak yang sakit mental. Tadi pi jenguk kat blog Ohtidak, baru la tengok gambar budak tu...

Gambar kecik tu sebijik lebih kurang dengan Adib [kepala takde rambut]. 
 Comel budak tu kan?? Tapi sayang umurnya tak panjang. Allah kebih menyayanginya...

Yang paling meruntun jiwa aku bila tengok gambar mayat dia. Ya-Allah! Sampai hati si bapa...
dah le budak tu sebaya ngan Adib... [siyesly aku menangis tau!!!]
sape yang takut tengok @ ibu 2 mengandung dinasihatkan jangan tengok gambar ni...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kesiankan???? Tak dapat aku bayangkan kalau berlaku kat anak sendiri.... Nauzubillah!


*** Sedekahkan  Al-fatihah untuk arwah...

-semua gambar credit to ohtidak.com

Thursday, August 26, 2010

Tak Bestnya Keje Kat KL

KL oh KL... kota metropolitan yang aku langsung tak terlintas akan bekerja di sana. Siyesly, masa lepas grad hari tu tempat yang paling aku tak nak mintak keje ialah KL, Sabah & Sarawak. Member2 aku ramai yang berhijrah ke KL sebab nak cari keje. Tapi aku tak terjebak....memang peluang keje banyak tapi aku tak minat langsung nak keje kat situ.

Tapi nak buat cemana. Dah memang tertulis aku akan bekerja jugak di KL. Hambik kau!!! Masuk tahun ni dah 5 tahun aku keje kat KL. Walaupun aku tak terdampar di tengah2 KL tapi Wangsa Maju still dalam daerah KL ma...  Tapi tak best la keje KL ni sebab utamanya [selain nak mengadap jem hari2] , cuti sikit!!!! Negeri lain banyak cuti wo, tapi KL la yang paling sikit cuti rasanya. Esok Nuzul Quran pun KL tak cuti... tak bestnya!!! Ni yang buatkan aku nak cari keje kat Selangor je... Makcik Rehan tempat hang ade kosong tak???



** Lagi satu berita tak best untuk aku hari ni, kakitangan kerajaan dapat bonus raya RM500 sorang.. Dengkinya!!!! Bos aku tak nak bagi duit raya ke tahun ni???? Susahnya kalau dapat bos kedekut kan???

Kekanda Adinda Bahagia Rumahtangga

Sape ade layan citer 8 bulan ni??? Hari tu dah buat entry dah pasal drama ni tapi hari ni nak share lagu tema dia yang lucu... Ingatkan si Shidi dengan V yang nyanyi rupanya si Atilia dengan Monoloque [tak kenal la sapa mamat nih!!!]


Sape nak bahagia rumahtangga, dengar la lirik dia betul2 no... layan video yang aku cedok kat youtube ni... LAYAN!!!


Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque & Atilia

Verse 1

(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Chorus 1:

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata
(P) Dinda belum bersedia
(L) Kanda dah beria ria
(P) Jadi yang mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Verse 2:

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati, tak rela dikongsi

Chorus 2

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa
(P) Itu yang Dinda harus berwaspada
(L) Ini semua demi masa depan keluarga
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam
(P) Dinda kerja siang
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Bridge:

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?


Verse 3

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!


Chorus 3
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
(L) Kanda polar kutub Utara
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yang kita perlu
(P+L) Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka


coda*

(L) Walau kita sering dgn cara masing2
(P) Kanda yang Perdana
(L) Dinda yang Utama
(P) Kanda segalanya
(L) Dindalah nyawa
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama-sama
bahagia bersama
bersama selamanya
bahagia selama-lamanya


lirik credit to blog.amirez.com.

Wednesday, August 25, 2010

Bila Perut Lapar Asyik Ingat Nak Makan Je

Pepetang yang mengantuk ni, dah letih badan & kepala otak menyiapkan kerja2 yang tak sudah2. Jap lagi nak balik singgah Param nak beli apa pun takdak idea dah ni.

Actually dah kekeringan idea [ibarat keringnya tekak].  Layan je la entry tangkap muat untuk hari ni.

Masa ni kami pi makan Pizza Hut kat Tesco Ipoh. Adik aku yang belanja sempena gaji pertama dia... [Acik, cepat2 dapat keje ye, boleh belanja kitaorang lagi...]

-gambar macho si tukang belanja-

bapak-anak & cucu...

opah-anak-cucu

[eh.. muka aku ade macam mak @ abah aku ye??? sampai sekarang tak tau...]

-kat main entrance Tesco tu ade satu kedai pasang lampu hologram ni.. ralit la budak berdua ni memijak cahaya lampu atas lantai tu..-



** masa ni hasben aku pi Siam, so dia tak ikut kitaorang berjimba anak beranak... 




Monday, August 23, 2010

Kemaruk Nak Menghabiskan Duit

Tak pernah-pernah dibuat kitaorang (korang aku tak tau la), beria2 nak bershopping raya. Walaupun raya lambat lagi, tapi memandangkan laki aku baru gaji, baik la kitaorang menghabiskan duit tu..keh..keh..keh.. [bukannya nak menyimpan, menghabiskan lagi ada]. 

Actually plan asal  nak shopping kat ipoh je minggu lepas tapi tau sajalah bila bawak budak2 ni susah nak memilih. Bila kita pilih depa tak berkenan [kecik2 dah pandai memilih!]. Last2 dapat beli sorang 2 pasang je masa kat Ipoh tu. Dah le tu kalau lama sikit dah mengajak balik. Sib baik la shopping complex depan rumah mak aku je. 

Hari tu kitaorang pi la JJ Wangsa Maju. Katanya ada sale so kitaorang main redah je la. Adik aku kata nak ikut so angkut la dia dari Jalan Semarak tu. Subuh sepi'e dah bertolak dari rumah.Orang duk jauh kena la bertolak awal kan...  Anak2 hantar rumah Cik Besah & babysitter. Cakap kat depa kitaorang keje.. [menipu di bulan pose... keji kan???].

Sebab nak menampakkan kitaorang gi keje kena la kuar rumah pun macam time nak pi keje jugak. Sampai JJ kul 9 pg camtu. Gila awal korang!!! JJ pun tak bukak lagi. Kalau tak bulan pose boleh le gi lepak2 kedai mamak makan breakfast kan??? Tapi sebab berpose sabar je la...Kitaorang dah le parking kat tingkat 3. Langsung takde keta. Cuma ade la mat2 bangla tukang sapu lalu lalang kat situ. Jenuh jugak le menunggu sampai kul 10.
-punya banyak parking kosong... tak yah susah-susah nak berebut-

Bila JJ dah buka, pakat serbu la kitaorang. Ingatkan kitaorang yang terawal, ada lagi yang awal rupanya. Tapi syok jugak jadi antara yang terawal ni sebab orang tak ramai. Senang nak pi kirai baju anak2. Tujuan utama pun nak beli baju hanak2 je.. Baju kitaorang takde pun takpe... Kenkonon nak pi cari henbeg, tapi kalau bawak hasben pi ladies dept paham2 je la...Asyik nak cepat je.. hilang mood akak!. Tak pe la.. henbeg tu tak le penting pun. Next time la aku beli. Nak ajak tour Wangsa Walk pun tak sempat... sabo je la...

Sunday, August 22, 2010

2nd thought for C-Sect

Sape tengok Grey's Anatomy malam tadi??? Angkat tangan.... Aku just addicted to this series since season 5. Sekarang dah season 7 kalau tak silap. Back to main point... episod malam tadi ade citer pasal c-sect.



Citernya cenggini, masa tengah buat caesarean untuk satu patient ni, sorang doktor tu tersilap toreh perut patient tu. Dia toreh terlalu dalam sampai terkena tangan baby. Pastu terputus la tangan baby tu. Scary wei....  Sib baik la tangan baby tu boleh sambung semula guna tali pusat.

Bila tengok episod tu, tetiba terfikir kemungkinan benda tu boleh berlaku kan. Aku baru berkira2 nak guna c-sect untuk next baby. First baby aku dah kena caesar, 2nd baby normal  pulak. Tapi rasanya aku prefer c-sect better sebab aku tak tahan la nak berpantang beria2 dengan jalan macam orang jepun tu. Dah biasa jalan kangkang luas2 sekali bila dalam pantang kena jalan slow2 [bukan buat2 tau tapi kalau terluas sikit kaki berjalan anu kita jadi sakit kan?? kan???] Lagi satu aku tak tahan time nak berak ler.. pengalaman yang amat menakutkan aku!!! Dan aku rasa tak nak lalui sekali lagi. Walaupun orang kata beranak biasa tu sakitnya sekejap tapi yang sekejap tu la yang merimaskan aku. Nak duduk bangun punya la perit cik pah tu..Orang kata kejap tapi azab aku 2 minggu tau!!!

Masa caesar, cuma kena jaga tang perut je. Memang la sakitnya makan taun nak baik tapi masa dalam pantang azabnya tak sangat macam normal. Kiranya aku boleh tahan lagi la rasanya... Memang ade ngilu2 sikit kat perut tu tapi tak mengganggu aktiviti "bawahan" tu kira ok ler... Tapi lepas nengok citer GA tu tetiba rasa takut lak... Cemana ni?? Caesar or normal???? [Persoalan macam la aku dah nak beranak tak lama lagi...]
 - gambar google ni scary kan untuk sesape yang  belum pernah merasa kena caesar. Tapi la ni mana ade kena bukak2 jahitan staple macam ni. Sekarang canggih,  dia lekap terus macam gam uhu.. heheheh... kalau terbukak jugak sah-sah la  korang ni memang spesis ganazzzz le tu...-



*** Aku belum mengandung lagi.. Sempat lagi nak buat choices...hehehehe

Saturday, August 21, 2010

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Eceh..macam lagu raya lak entry aku malam ni. Malam?? Yep malam ni aku taip entry ni. Di kala budak2 memekak kat luar main mercun. Tension tau!!! Kejap-kejap dam!!! pastu dum!!! pas tu kebaboommm!!!
Aku yang kat rumah ni berapa kali terkejut. Macam kena bom Israel jer...


Hari tak hujan lak tu makin berleluasa la budak2 main mercun. Kalau hujan tu sunyi sepi sikit. Rumah aku dah le depan padang. Lepas buka pose tu  start la budak2 tu berkumpul kat padang. Orang lain sibuk nak pi surau semayang terawih, budak2 tu pulak sibuk nak main mercun. Lagi satu budak2 kat sini jenis tak reti bahasa. Time orang bersahur pun dah start main mercun. Mak pak depa tak marah ke ha????

Heran tul dengan mak pak depa ni. Biar je anak2 buat bising memekak malam2. Silap2 tok imam semayang terawih pun boleh terkejut dengar bunyi mercun yang kaut giler tu. Bukan tak kenal mak pak budak2 tu.. memang jenis sambil lewa. Tak ambil berat pun apa anak2 tu buat. Esok2 kalau anak tu dah terputus jari tangan kaki, hilang ke, lemas ke [main dalam longkang] baru nak menyesal... Dah tara guna la kalau menyesal kemudian kan??? 

** Tapi sampai hari ni takde pulak aku dengar ade yang cedera kena mercun kat area rumah aku ni.. Kebal ke budak2 Batang Kali ni???

Membaca Amalam Mulia

Bulan-bulan pose ni, tengahhari dah tak yah masak kan?? [aku masak jugak la lauk anak2]. Tapi banyak waktu terluang kan. So daripada menghabiskan masa dengan tidur, aku cari la aktiviti lain. Punggah lemari hari tu terjumpa novel2 lama masa zaman sekolah menengah dulu. Dulu2 memang rajin baca novel tapi tak rajin beli. Kalau yang best je aku beli. Ni je yang aku beli masa dulu. Yang lain semua aku main pinjam je...


Hari ni start dengan ini dulu. Tak habis lagi. 

Dulu satu hari 2 novel boleh habis. Tapi bila dah beranak pinak ni banyak sangat gangguan. Nak tangkap feeling pun payah. Mana idaknya, kejap2 si adik nak susu, pastu si kakak nak milo. Pastu si adib nak berak la, nak kencing la [nak ajar 100% tak pakai pemapers ni, kena la lebih effort skit kan...]. Tak sempat nak khatam ke idak semua novel2 tu... [Quran pun tak khatam lagi tahun ni wei....tak tahu la sempat ke idak sebelum habis bulan Ramadhan tahun ni..]

*** Hari ni bendera merah la pulak.. terpospon la misi nak khatam Quran untuk beberapa hari ni...
 

Cara Sempoi Aku Membesarkan Anak...

Wah wah.. ilmiahnya tajuk..

Beberapa hari lepas, ade sorang member aku tanya pada aku sama ada aku ade babycot, walker, buai & bouncer yang anak2 aku punya. Dia nak pinjam sebab tak lama lagi nak bersalin. Hm... well, aku cakap pada dia aku tak banyak khazanah anak2 aku masa kecik. Aku beli yang patut2 jer.

Actually masa nak bersalin sulung, memang kalau boleh nak lengkap serba serbi. Semua nak ada. Apa orang ade aku pun nak ada. Tapi bila pikir 2 balik, membazir je semua tu. Orang dulu2 pun tak pakai benda alah tu semua... [dasar kedekut!!!]. Yang aku ade hanyalah buai, bouncer & stroller & playpen. Bouncer tu pun sebenarnya tak berapa guna.

Oh ye, aku takde walker sebab aku kedekut..  hahaha... aku ni kedekut bertempat tau.  Pada aku walker tu tak penting sebab bila sampai masanya anak2 akan berjalan sendiri. Dua2 anak aku tak pernah pakai walker pun.
Babycot pun aku takde sebab anak2 aku bukannya nak tidur dalam tu pun. Lagi pun babycot mahal kan so aku beli je la playpen. Senang nak angkut balik kampung  atau ke mana2. Lagipun anak2 aku tidur dalam tu 3-4 bulan pertama je. Bila dah pandai merangkak dah merengek nak tidur dengan mak pak depa. Last2 sekarang semua tidur melonggok kat ruang tamu walaupun bilik masing2 dah fully furnished.. [jimat duit letrik tau.. <-----kedekut lagi]
Potty - aku tak pernah beli benda ni. Aku training anak2 aku ke jamban real punya. Memula memang rasa susah. Tapi lama2 biasa la. Bila anak2 aku dah pandai cakap nak kencing berak, slowly aku ajar tak pakai pampers.Kena pesan kat babysitter jugak yang anak aku tengah training. Buatnya dapat babysitter malas, depa peduli apa- janji tak menyusahkan depa kan?? Tapi aku alhamdulillah sebab babysitter aku very understanding. Dia pun tolong training anak2 aku masa memula nak diaperless.  Lama2 depa sendiri rasa tak selesa kalau pakai pampers.

Yang wajib ada pada aku stroller - kalau kemana2 takyah lenguh2 tangan nak berdukung, & buai- senang nak bagi anak2 tidur [sebenarnya mak malas nak melekap dengan anak waktu depa nak tidur... asyik nak bertepuk je.. lenguh tangan aku ni ha]. At least kalau masuk buai, orang lain boleh tolong enjutkan. Aku boleh la buat benda lain. Lagi satu peel anak2 aku kalau tak masuk buai, depa tidur kejap je. Kalau masuk buai tu lama la sikit tidurnya.



** Yang aku kasitau kat atas hanyalah cara aku. Terpulang pada korang la nak ikut tak nak ikut. Anak pun anak korang so pandai2 la korang nak membesarkan depa....Chiow!!!

*** Aku pelik ade parents sanggup beli perkakas anak sampai 5-6 ratus untuk satu benda sedangkan anak2 pakai untuk setahun pertama jer.. Membazir tul!

Kembang Setaman

Bangun pagi ni meriah pulak aku tengok pokok bunga aku.  Selama ni tak pernah2 pulak pokok bunga raya aku ni  berbunga selambak banyak ni. Paling banyak pun ade la dalam 3 kuntum. Tadi masa nak sidai kain baru perasan banyaknya bunga raya.. Sukanya tengok... Tapi bunga raya ni bukannya lama kembangnya. esok luruh la dia. 


Kalau semua pokok bunga rumah aku berbunga selambak camtu sure dah jadi taman bunga dah rumah aku... Tapi apa kan daya, tuan rumah pemalas, malas nak menjaga  tanam-tanaman ni. Not my feveret la... Tapi sebab dah ade kena jugak le belek2 walaupun malas. Sayang le kan kalau ada tapi tak terjaga. Tapi aku selalu lupa nak baja pokok bunga. Cemana la tumbuhan nak segar bugar. Sib baik la aku tak bela binatang. Kalau tak mesti ramai yang dah mati sebab kebulur...

Aktiviti Sebelum Buka Puasa

Selalunya bila balik keje, singgah PARAM. Pastu ambik Adib kat rumah babysitter. Sampai rumah terus masak air, hidang makanan dari PARAM, mandi & siap2 untuk berbuka.

Sementara menunggu bukak pose, si Adib la asyik mengadap komputer. Takde keje lain tengok ABC, nengok Upin Ipin, Ultraman & paling feveret videoclip lagu Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Hari2 mesti mau tengok punya. Yang en suami pun , kalau dah siap2 semua layan jugak sikudip tengok komputer. Layan bang, jangan tak layan...

Friday, August 20, 2010

Aku Demam

Ni entry tertunda untuk semalam yang di publish hari ini... Heheheh

Semalam adik bongsu aku tepon. Katanya mintak tolong aku bawak dia pi klinik sebab badan dia naik gatal-gatal. Dia dah pi klinik UTM dah tapi ubat doktor tu tak berkesan le kekdahnya. Itu sebab dia mintak aku bawak dia pi klinik lain.

Memula segar bugar aku gi ambik dia bawak pi klinik. Klinik mana pun aku main redah je sebab aku mana la tau klinik apa yang bagus kat KL ni. Klinik panel opis aku ade la. So aku bawak dia kat panel klinik yang aku sendiri pun tak pernah pegi lagi. Aku kalau klinik panel asyik gi Klinik Suhaimi je. Dekat dengan opis... jalan kaki pun boleh. 

Sampai kat Klinik, orang pun takde, so memang cepat le prosesnya. Masuk2 doktor pun kira friendly, so dia cek adik aku katanya maybe adik aku alergik atau ade pijat ka katil dia [budak hostel memang lagu tu kan??]. Nak tak nak kena la cucuk kat bontot 2 das.. Kah..kah..kah.. Baru lega kata dia, takde la dia menggaru macam tak mandi seminggu..

Lepas hantar dia balik, pi singgah Giant Batu Caves sebab nak beli stok bahan mentah. Senang nak buat masak sahur @ bukak pose.. [masak sangat la kunun...]. Masa kat Giant ni aku dah terbersin2 dah. Ingatkan biasa je le.. habuk2 di jalanan kan... Lepas shopping, terus gerak balik Batang Kali. Badan aku dah seram sejuk dah. Bukan sebab nak lalu Ulu Yam yang berantu tu, [bulan pose mana ade hantu kan??] tapi rasa macam nak demam. Ah sudah!! tadi elok sekarang sudah demam???? 

Sampai rumah, terus landing sampai Isya pun sib baik tak terbabas. Terjaga dalam kul 2-3 pagi terusa bangun  semayang pastu makan ubat selsema yang belen laki aku punya. Punya la mengantuk bila bangun sahur. Kepala bukan main berat lagi. Nak kena gi klinik la mintak MC... Yiihaa....... Eden dapat MC sehari.. boleh rest!!!!
** Tak suke selsema bulan pose, susah nak korek hidung...kan???...kan??

Thursday, August 19, 2010

Simpan Duit Nak Pegi Haji

Semalam lepas le punch out, pecut kereta sekali lagi sebab nak pegi singgah Tabung Haji. Tabung Haji yang terdekat dengan aku dekat KL la tapi nak mengharung jem tu yang tak nak tu. Walaupun dekat, kalau dah main dengan sesak ni sure tak sempat punya. So aku plan nak singgah kat Selayang. Bawa kereta laju gile sebab takut tak sempat. Dah le TH tutup kul 4.30.

Sebenarnya malam sebelum tu aku mengemas almari yang kat dining hall aku tu. Tertengok la buku akaun Tabung Haji tu. Dah ade banyak duit tapi tak terbank-in. So ku fikir kalau sempat aku menyinggah le ke TH untuk simpan duit2 tu semua (bunyi macam banyak ye...). Tapi aku bukannya nak gi simpan duit aku untuk pi haji pun. [Duit dalam akaun TH aku dah lama aku tarah masa nak renovate rumah dulu..ngeh..ngeh...]. Aku pi simpan duit anak2 aku. Tu semua duit opah & atuk depa bagi dulu. Punya berzaman baru teringat nak bank-in.

Alhamdulillah sempat jugak aku memecut ke Selayang. Tinggal lagi 5 minit sebelum tutup.. [patutnya aku boleh sampai awal lagi tapi sebab ade beberapa kereta bongok yang bawak slow tapi duduk lane laju... Bengang tak???] Kiranya aku jadi kastemer last semalam. Dah le tu, terkocoh2 nak isi borang sampai tersilap menulis amaun. Nasib baik la pak guard dengan kakak kaunter tu baik hati menunggu aku isi borang..

Balik dari TH pecut gi Petronas Sg Tua sebab nak tunggu hubby balik keje.. [Laki aku bukan keje kat petrol pam tu tau...dia tumpang kawan dia sampai situ]. Sementara tunggu dia, aku pi solat Asar kejap. Dalam kul 5.15 tu kitaorang bertolak ke Batang Kali  [ nak pi terjah PARAM sekali].  Hari lak elok panas terik sampaikan berpeluh ketiak2 aku sepanjang berjalan kat PARAM.. [sib baik pakai Rexona.. hilang asyam2 kan??] Kat PARAM pun tak beli apa cuma aku beli kuih lompat tikam tanpa pulut [kuih som-som la tu...]. Itu pun gamble je, sedap ke tak masa berbuka baru tau. Pastu singgah beli Nasi Kukus Ayam Dara untuk kami laki bini [baru first time nak terai yang Batang Kali punya].

Alhamdulillah... berbuka dengan makanan yang lazat
-nih la rupe kuih som2 yang aku beli... tapi gambar ni pinjam Uncle Google je... tengah khusyuk buka pose takkan nak bergambar bagai ye dak??-

Nasi Kukus tu tak sempat nak snap sebab memang sepantas kilat je habisnya... memang sedap!!! 2 thumbs up da... Berbaloi dengan 5 hinggit tu...

Wednesday, August 18, 2010

Cuci Mata, Cuci Poket, Cuci Wallet

Petang semalam after opis hour yang awal dari biasa, aku pun start kete terus speed gi singgah Avon. Dah lama benar tak menyinggah sana rasanya.. Dah kebetulan waktu opis hour aku 8-4 [no rest... tapi aku rehat celam celum gak... mana tahan tak rehat kan??]. 

Walaupun baru pukul 4, orang ramai dah berkerumun kat PARAM. Jem la kejap kat simpang jalan tu. Bila line clear terus pecut. Biar cepat sampai, nanti orang ramai pastu nanti cik somi bising sampai lambat kat tempat dia tunggu tu. Sesampai Avon hujan dah renyai2 la pulak. Tak kisah la... dah sampai harus la singgah kan. Kalau tak buat penat aku je meredah PARAM yang sesak tu.

Aku punya barang idak le banyak mana pun. Yang banyaknya hasil kiriman member2 opis aku. Jenuh gak menunggu budak Avon tu ambik oder. Berjela2 oder  aku... 

Dalam tengah menunggu tu tetiba sorang budak Avon tu cakap aku dapat menang beg. [Menang lagi??? yahooooo... aku memang suka hadiah2 ni.] Lepas sign tu, dia pun bagi la present aku tuh. Dapat 2 lak tu... Wallet dengan henbeg..  Tapi patternnya aku kureng berkenan la... Macam kulit ular, aku geli sikit bab ular2 ni.. 
-tak minat nak pakai... last2 bagi Cik Besah la... beg raya la konon!- [aku kan menantu mithali... benda aku tak nak bagi je kat dia.]

Pastu budak Avon baru bagi Sijil aku.. Aku ingat aku entitle tahun lepas tapi sebab takde surat/sijil so aku buat dek je la.. Semalam baru budak tu bagi. Katanya dah lama dah benda tu kat situ terlupa nak inform aku. 
-Jadi GC untuk sales tahun lepas.. Buat para kastemer TQ sebab koranglah aku dapat join GC ni.. first time!!!. Dah le dapat sijil, dapat kerongsang sekali... [bertambah le kerongsang... suke..suke..suke...]

Ha, aku dah beli perfume baru Avon - Faraway Dreams.. Bestnya bau dia.... Dapat free jewellery box lagi.

Sebab dah banyak sangat barang aku pun beli le beg Avon Hello Green ni. Walaupun tak masuk list tapi sebab lawa & yang paling penting murah, aku pun rembat la satu... Memang besar & senang nak isi barang2.. Tak yah nak usung beg2 plastik lagi.

tak lupa gak, sebab beli banyak barang, dapat le sampul duit raya ni for free.. Jadilah untuk raya tahun ni.. 

Monday, August 16, 2010

40 Kesilapan Mendidik Anak (Part 2)

Lama sungguh baru nak sambung... Mesti korang pun dah lupa apa dia 10 kesilapan yang pertama kan?? Sila refresh kat sini

Sambungan yang seterusnya:



11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
    •  Setiap pagi sebelum anak-anak pergi sekolah sentiasa peluk cium mereka dan beri nasihat dan semangat kepada mereka. Apabila mereka pulang juga, peluk dan cium mereka seolah-olah kita sangat rindukan mereka.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
    • Anak2 memang tak akan rasa ibu bapa berlaku adil terhadap mereka. Itu lah sebabnya ibu bapa kena terapkan konsep adil dalam rumah. Jangan jadi ibu bapa yang berat sebelah hingga anak2 dapat lihat ketidakadilan terhadap mereka.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
  • Point penting untuk ibu bapa yer.... Jangan asyik berlumba2 nak hantar anak2 tuisyen mahal2 dan bagus sahaja. Sedangkan kelas mengaji dan fardhu ain tidak langsung dititik beratkan. Duniawi dan ukhrawi harus diseimbangkan. 

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
  • Buat ibu bapa yang ter....sangat busy, memang mereka akan lepaskan tanggungjawab berkenaan pelajaran anak2 pada orang lain - atuk, opah, adik beradik, maid. Ye lah bila bekerja dari pagi sampai malam, bila nak ambil tahu pasal hal ehwal pelajaran anak2.  Yang mereka tahu time nak sign report card sahaja. Bila prestasi anak teruk, tahu nak marah sahaja sedangkan perkembangan pelajaran anak2 langsung tak diambil berat. 

15. Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
  • Biasakan dengar pepatah, "all work & no  play make Jack a dull boy". Jangan paksa anak2 belajar 24 jam. Biarkan mereka berehat dan beriadah. Tapi tetapkan jadual bila mereka boleh bermain dan bila waktu mereka belajar. Pastikan mereka mengikut jadual tersebut.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
  • Kalau ibu bapa dah malas membaca, macam mana nak menggalakkan anak2 membaca. Jadi ibu bapa kena la tanamkan sifat suka membaca. Tak semestinya bacaan yang serius. Majalah mahupun komik pun boleh dijadikan bacaan. Jika anak2 minat membaca, rangsang minat mereka, belikan buku2 yang mereka suka.

17. Mengizinkan anak menjamah makanan atau minuman yang tidak halal.
  • Anak2 terutama yang masih kecil tentulah belum kenal erti halal haram. Jadi adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa ambil tahu apakah yang anak2 kita makan dan minum. Especially yang hantar kat nursery atau penjaga. Makanan disekolah juga perlu kita ambil tahu kot-kot la sumbernya adalah dari sumber yang haram.

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
  • Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?? Selalunya anak2 akan ikut perilaku ibu bapa. Jadi sebagai ibu bapa kita kenalah tunjuk perangai yang baik2 supaya anak2 kita pun ikut perangai yang baik. Kalau boleh tinggalkan perkara2 yang buruk supaya tidak menjadi ikutan anak2.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
  • Jangan la asyik serius je kalau bersama anak2. Tidak salah kalau bergurau senda dengan anak2 dan ahli keluarga lain kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim.  

20. Terdapat jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Sentiasalah berkomunikasi dengan anak2. Tanya apa aktiviti harian mereka. Jika tidak ade komunikasi bagaimana nak wujudkan suasana harmoni di rumah. Rumah yang ceria perlu ade komunikasi yang baik. Jika anak2 buat kesilapan kita kena tegur, jangan diamkan sahaja. Jika ada apa2 permintaan dari anak2 cuba tunaikan sekadar termampu. Dengar pendapat anak2 dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.

** Tangan sudah letih menaip panjang2. Balance 20 tips lagi akan disambung di entry akan datang... 

Friday, August 13, 2010

Cara Nak Tahu Jantina PC @ Laptop korang...

Tips baru yang aku dapat dari salah sorang member blogger yang baru aku terjah ...boleh jengah dia kat sini
Terkejut jugak bila dapat tahu PC/Laptop pun ade jantina. Ingatkan main2 rupanya memang betul... Macam mana nak tahu dia jantan ke betina.... sila buat tutorial ni yer... teramat le senangnya!!

STEP BY STEP
  1. buka "notepad", tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU" [korang copy jer tulisan yang kaler kuning tu pastu paste dalam "notepad"]
  2. pastu "save as" i love you.vbs , pastu tutup file tu 
  3. kemudian cuba double click file tu - korang akan terdengar bunyi "i love you" [sila dengar betul2 suara jantan ke betina??]
Ok sekarang korang dah boleh la bagi nama yang sesuai untuk PC/Laptop korang yang sesuai dengan jantinanya....

** Aku dah try PC kat opis, suara pompuan.. lembut jer. PC ngan laptop kat rumah tak try lagi.. Balik karang boleh cuba!

Kalau Dah Taik Hindustan

Aktiviti hujung minggu lepas.... menonton citer hindustan...
walaupun aku tak bawak banyak CD hindustan dari Ipoh, bila singgah umah Cik Besah, kalau ade CD hindustan aku rembat bawak balik rumah. Ops, bukan Cik Besah tengok hindustan tau, abang ipar aku yang punya.

Wiken lepas rembat CD ni dari rumah Cik Besah...
sekali sekala layan hindustan satu family seronok gak! Yang kelakonya bila nengok si Adib terkinja2 menari macam dalam TV.  Lepas tengok citer ni, tengok citer lain lak. 
Citer ni pun sampai naik calar balar CDnya pun sebab anak2 aku ulang2 tengok. Tengok pun takat satu lagu tu je.. pastu ulang lagik. Suka sangat depa dengan lagu ni: [mak depa pun suka jugak!!!]


Cepatnya Masa Berlalu, Dah Banyak Aku Mengarut

Salam Jumaat everibodi.... Assalamualaikum...

Pagi tadi masa log in blog [konon nak buat fresh entry]  tang dashboard baru terperasan entry aku sudah mencecah angka 500. Tak sangka dah banyak aku melalut, mengarut, mencarut dalam blog tah apa2 aku nih.


Buat teman2 yang rajin mengadap entry2 aku tu terima kasih banyak2. Luv u all la itu macam.. [Encik suami pun dah rajin skodeng blog aku ni.. bahaya la nak kutuk2..("-_-)]. Walaupun entry aku ni idak le beribu2 macam orang lain tapi satu pencapaian membanggakan untuk blog S&P ni.. Alhamdulillah.

Thursday, August 12, 2010

Aku Sedar Diri Dah Tua... Kena Lebih Jaga Kesihatan

Hari tu masa beli barang dapur dah beli vitamin untuk anak2. Kali ni sebab dah insaf & sedar diri dah tua, so kena la jaga kesihatan dari sekarang. Singgah kedai hari tu sempat la beli multivitamin & B complex untuk aku & suami. 


Memula nak beli untuk diri sendiri (selfish sungguh bini si Amat ni) tapi pikir balik beli la sekali untuk hubby. Sian lak kat dia sebab asyik OT je dua tiga menjak ni. Badan pun naik letih2 [sampai nafkah bini terabai nih!!!!<--- tak aci]
So far dah seminggu telan vitamin2 ni, badan tu dah kurang la rasa lesu. Ade improvement la dari sebelum ni. Nak-nak time bulan pose ni takde la terasa sangat letihnya.

** Kali terakhir aku makan MV ni masa aku belum mengandung si Adib. Tak sampai habis sebotol, tau2 dah peknen la pulak... [agak2 MV ni boleh menyuburkan peranakan ke???---risau gak kot-kot tersangkut lagi!!!]

Wednesday, August 11, 2010

Apa Yang Best Masa Bulan Puasa

Salam Ramadhan untuk semua.. pose tak hari ni??? Pagi tadi sahur apa?? 
[Banyak tanya lak aku nih!]

Bulan puasa ni datang setahun sekali
Masa bulan puasa ni jugak banyak la perkara-perkara yang hanya berlaku  sekali setahun
Semayang terawih pun sebulan setahun
[ada yang sekali setahun jer.. ada yang tak buat langsung]
bazar ramadhan, tadarus quran pun masa bulan Ramadhan je
tapi bagi aku yang paling best masa bulan pose ni ialah
dapat balik awal dari biasa....
bukan sehari tapi sebulan beb!
memo sudah keluar tapi satu staf kena pilih satu je masa yang dikehendaki
tak boleh esok nak ambik yang no (i), lusa no (ii) lak
kena konsisten so disebabkan itu aku pilih yang no(iii)



[tak hingin nak duk opis lama-lama... buang karan jer]
aku pun selalu masuk kul 7.30 pagi so wajar la ambik masuk kul 8.00 kan??
balik awal ni hopefully takde la jam
boleh sampai rumah awal pastu siap2 boleh gi bazar Ramadhan.. hehehe
masak??? Sabtu Ahad je la...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa Pada Semua

Insya-Allah esok semua umat Islam akan mula menjalani ibadat puasa.
Ade ke yang tak dapat pose esok??? 
Malam ni insya-Allah start le terawih, rugi la sapa yang tak dapat pegi
[MR hang ingat lagi ke tragedi semayang terawih dengan anak ustaz fahmi tu??]

Apa-apa pun, aku & family nak ucapkan selamat berpuase pada korang semua
semoga Ramadhan kali ini memberikan keberkatan dan keinsafan pada kita semua... Amin!!

Setelah 3 tahun..

Kemas2 dapur hari tu, tetiba terbuka la plastik yang membungkus water purifier cap DELCOL ni. Bukan aku beli pun tapi member aku yang bagi masa aku kahwin dulu. Ekceli usianya dah 6 tahun dah pun. Masa memula duk rumah sendiri, segala kelengkapan yang dapat nak dipakai. Tapi sejak pindah dari rumah sewa yang pertama tu aku dah tak pakai dah.

Masa sewa rumah pertama agak lama, dalam 3 tahun. Pastu ade orang beli rumah tu & nak duduk situ. Nak tak nak terpaksa aku pindah dari situ dengan perut yang membusung mengandungkan si Adib (tunggu time nak beranak je). Pindah ke second house pun untuk sementara sebab rumah sendiri belum siap renovate lagi. So menyewa la kat rumah lain selama 6 bulan. Masa tu banyak barang yang dah packing dari rumah pertama aku tak keluarkan pun sebab nanti nak pindah lagi kan. 

Bila dah pindah rumah sekarang lak, water purifier ni tak guna jugak sebab balang penapis  tu dah berlumut. So geli la pulak nak guna. 

Nak tak nak kena la simpan dulu sementara nak beli penapis yang baru. Bila dah simpan lama so jadi lupa la. Sampai la satu hari tu aku meronda Giant Batu Caves aku terjumpa kedai barangan Delcol ni. So dah beli la penapis baru. Tapi masa mula2 pakai tu air yang turun hitam keruh ..macam air limbah. Dah cuak dah aku. Rosak ke? Salah pasang ke??  [Dah terbayang dah duit aku yang "terbang" tu kalau mende tu takleh pakai].

Tapis sampai 3 kali ko, baru le air jernih. So sekarang sudah boleh guna. Hanak2 pun main tadah je minum air tu.. So far ok je la... Nak beli water filter yang beribu2 lemon tu jauh panggang dari api la. Guna je la yang ni dulu..

-punya la lama simpan, sampai kepala paip yang putih pun sudah jadi kuning.-

Tips Nak Jimatkan Perfume

Korang dah try ke Downy Passion yang cam dalam iklan tu. Konon2 baunya wangi sampaikan tak yah pakai perfume. So cam biasa, para isteri2 yang memang cepat terpengaruh dengan iklan macam aku, bila beli barang dapur kena la try benda2 tu kan.  Sib baik la kat YST ade jual. Tak yah le sibuk ke Giant mencari benda alah tu.

Jeng..jeng..jeng...
Aku dah beli dan aku dah try... Siyesly, memang wangi baunya.. Lembut je. Kat kedai hari tu ade dua kaler satu kaler purple. Tapi aku try yang pink ni dulu la. Bulan depan nak try yang pepel lak. Suka sangat dengan bau dia sampai hujung minggu lepas, sampai 5 trip aku basuh baju.. Yang tak perlu basuh pun aku basuh jugak. Bila dah kering harum je bau dia. Nak2 sarung bantal busuk si adib, dah tak masyam macam selalu..

Jimat ke perfume pakai ni?? Aku tak jimat pun.. sebab... aku suka pakai perfume!!! Hehehe... 

** Basuh comforter dengan Downy ni, bila nak tidur harum je menusuk lubang hidung. Best wei... Bau busuk laki kat sebelah pun tak heran.. Pekup je hidung dengan komfoter tu.. ahaks!

Monday, August 9, 2010

Terjebak Lagi.. Kali ni Cosway la Pulak!!!

Minggu lepas akibat dah tak keruan menunggu husband OT, merayau lagi. Kali ni pi Carrefour Wangsa Maju je [this time tak tunggu kat Giant sebab nak kena jemput dia kat opis lak]. Kunun-kunun nak mencuci mata sambil cari baju raya ke, brooch raya ke, tudung raya ke dan segala yang untuk raya la. Sampai2 dah tak tau nak beli apa [duit dalam poket pun tak le banyak mana tapi cekadaknya bukan main besau lagi...]. Sebenarnya jalan sengsorang ni takde feeling kan???

Tawaf satu kali, pastu singgah le belek2 apa yang patut, finally singgah la Cosway. Nak beli juice untuk stok bulan pose.. [nak bukak pose senang, tak yah beli air kat bazar Ramadhan]. Dah alang2 menyinggah, masa nak bayo budak tu offer nak jadi ahli tak? Aku tanya berapa hengget. Kata dia RM30 je.. Cantek!!!!  So seterusnya, maka terjebak le daku dalam satu lagi MLM hohoho..



Ekceli dah lama dah beli & guna barang2 Cosway tapi selalunya aku guna akaun mak aku. Tapi kalau guna akaun mak, katalog tak dapat la kan?? Susah le nak membelek2 masa2 free. Dulu masa duk dengan mak katalog sentiasa ada kat rumah. La ni dah duk jauh2 kena la sendirian berhad. So better la aku bukak akaun sendiri kan?? Lagi senang....Pas ni makin banyak la barang cosway yang aku rembat... [en somi sila geleng kepala ye..]

***pasni tah apa lagi la yang aku nak join...

Study Room 2-in-1

Lepas baca blog MR hari tu, beria2 dia nak set up studio menjahit kat bilik rahsia dia. Aku pun sama- ade plan yang belum  kesampaian lagi. Kalau MR nak studio, aku lak nak study room a.k.a SOHO kat rumah... [Mengada tak???]. Ini plan kedua setelah impian KC yang masih belum kesampaian [bila nak sampai tak tahu ler.. asyik terpospon jek]

Projek KC pun tak start lagi ni pulak nak start projek lain. Hei.. dengki nengok orang nak itu nak ini. Aku pun terjebak sama. [Semput en somi dengar permintaan2 bini dia nih!] Al-kisah cenggini, lepas aku buat entry pasal anak2 dah pandai main komputer, [boleh baca kat SINI], dan berkisar kat tip di akhir entry tu, aku rasa macam tak jadi nak letak PC kat dalam bilik kat atas. [Bilik tu kan akan jadi bilik anak2 ...] Kang tak pasal2 bergaduh pulak bilik deme nak PC sorang satu [demand lagi..], disamping nak mengelakkan anak2 berjimba dengan pengaruh internet yang bukan2. Finally aku decide nak transform dining hall aku jadi study room a.k.a SOHO @ family room. Maknanya 2-in-1 la kan.

Ini le rupe dining hall aku..
Asal planning nye nak buat kabinet untuk letak pinggan mangkuk [konon2 showroom Vantage le..], tapi  akan dikensel untuk digantikan dengan rak yang lebih sesuai.

 [view jauh sikit]

Ruang asal [bahagian kat almari & komputer tu la yang nak diubah]
Dan ingin buat macam ni.... [senang nak monitor anak2 buat keje sekolah/study... kunun-kunun ler..]

 yang macam ni pun cantik kan.. sedang elok dengan ruang yang ada

tapi yang dalam bedroom macam ni tak mau la..
tak mau bukan sebab apa, first, ruang bilik itu sempit dan kedua, mengelakkan anak2 rasa nak tidur masa study [katil kan dekat je dengan meja..]

Abang, bila impian ni boleh jadi nyata??? Mak abang pun dah tanya bila boleh let go almari kaca tu?? <----alasan bini supaya boleh buat cepat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...