Friday, July 30, 2010

Comelnya budak ni.. tetiba tingin nak baby girl

Gambar ni masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. Jiran aku kahwinkan anak dia. So anaknya yang bongsu [ekceli anak angkat jer..] pun bergaya sakan la umpama puteri. Budaknya putih melepak cam mencah anak MR. Comel lak tu sampaikan hasben aku pun suka tengok kecomelan dia. 

La ni pantang tul kalau nampak budak comel.. Kalau jumpa yang girl, tetiba nak branak baby girl tapi kalau nampak budak laki, tetiba teringin nak baby boy pulak... Pening kepala encik somi... I tak kisah bang, U yang tentukan jantina anak kan... kromosom X @ Y kan ader kat U.. 
[Unfortunately, my hubby tak ready lagi for next baby.. sabo je la..]

-ni la RANIA.. aiseymen... background pelastik hitam & selipar merah tu buat spoil je la..-

-another pose by Rania-


-isn't she cute in that dress?? Yaya langsung tak hingin berdress-dress ni.. memanjang suar panjang jer..-

-allo... mamat inteprem pun nyibuk gak... anak sapa la tuh!!!-

40 Kesilapan Mendidik Anak (Part 1)

Untuk meningkatkan lagi skill parenting kamu-kamu orang [termasuk la aku], aku turunkan tip-tip untuk mendidik anak-anak. 



Menurut pakar motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
    • pasangan sekarang kalau cari pasangan jangan ikutkan perasaan cinta sahaja. Sepatutnya kena pertimbangkan 4 ciri-ciri pasangan iaitu agama, rupa, harta dan keturunan.
    • kena fikir juga itukah lelaki/wanita yang bakal jadi bapa/ibu pada bakal anak2 kita. Kalau pasangan itu kurang agamanya bagaimana hendak didik anak2 dengan pendidikan agama yang baik??Kalau ekonomi tak kukuh, macam mana nak sara keluarga? Kalau keturunannya tak baik, macam mana kita nak membentuk sahsiah anak2 kita nanti

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan tentang zuriat
    • Ini pun satu lagi kesilapan asas yang serius & ramai yang tak ambil endah. Maksud perhubungan disini ialah hubungan kelamin yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat.
    • Hubungan itu tidak dilakukan dengan tatatertib yang betul mengikut ajaran Islam. Ada yang tak peduli langsung seperti tidak membaca doa pelindung dari syaitan, tidak berselimut, berjimak ketika isteri haid dan sebagainya.
    • Bila dah takde pelindung, hubungan itu akan disertai oleh syaitan yang akhirnya akan mempengaruhi zuriat tersebut. Itu yang ade anak degil, nakal & tak mahu mendengar kata. Zuriat yang baik perlulah dihasilkan melalui hubungan yang baik juga. 

    3. Kurang berlemah lembut terhadap anak.
      • anak2 perlu dibelai dengan lemah lembut. Jangan asyik marah pada mereka. Jangan tengking anak-anak. Bersabar dengan karenah mereka.

      4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak
        • Kalau anak buat silap tegur elok2. Jangan maki hamun kerana apa yang diungkapkan oleh ibu bapa terhadap anak2 adalah merupakan satu doa. 

        5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan untuk anak-anak
          • Anak2 yang sedang membesar memang cepat jemu dengan makanan yang sama. Jangan la hari-hari hidang lauk yang sama. Jangankan anak, kita pun boring nak makan ye dak?? Para-para bini sekalian kena la tambahan skill memasak yer... [aku le tu..]
        6. Jarang makan bersama anak-anak.
          • Waktu makan adalah waktu untuk satu keluarga berkumpul. Patutnya ibu bapa makan bersama anak-anak sekali sehari. Waktu inilah ibu bapa boleh bermesra dengan anak. Kena jadikan amalan makan bersama ni.. Baru la meriah kan???

          7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
            • Masa makan jangan la marah-marahkan anak. Kalau anak makan tumpah2 jangan terus marah. Pujuk anak untuk terus makan. Kalau boleh bergurau senda la ketika makan. Bapa boleh beri nasihat pada anak2 ketika makan.

            8.Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
              • Ini paling tak patut. Lain anak lain karektor. So perhatian perlu diberi secara berlainan tetapi kena la adil. Jangan pilih bulu sesama anak. Semuanya kan dari darah daging yang sama. Kenapa perlu dibezakan??

              9. Kurang melahirkan kasih sayang.
                • Parents... jangan lokek dengan kasih sayang tau. Kalau korang tak sayang anak, siapa lagi nak sayang ye dak??? Selalu lah peluk dan cium anak2. Tunjukkan yang kita sayangkan mereka. Walaupun marah, bila dah reda, pi la pujuk, peluk , cium anak tu. Takde la depa rasa tak disayangi.

                10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
                  • Pantang mengeluh di depan anak-anak yer... Nanti2 depa pulak yang mengeluh dengan kita. [Kalau nak mengeluh pun pi la sorok2 kat tempat anak tak dengar/nampak]. 


                Ok.. itu jer tip untuk kali ni. Yang seterusnya akan disambung kemudian..

                Thursday, July 29, 2010

                Down Memory Lane

                Ahad lepas sape ade nengok citer My Best Friend's Wedding kat TV2??
                [umah aku takde akteruk kan so tengok je la channel yang 6 tu jer]

                Aku pun takde intention nak tengok citer tu
                tetiba bukak je tv terus terkeluar muka Julia Robert
                pastu baru tahu citer tu tengah tayang kat TV



                Citer ni femes masa aku kat matriks tahun 1997-1998
                dah lebih 10 tahun dah citer ni rupanya
                ingat lagi aku ngan roommate aku dulu
                berkejar2 ke bilik tayangan sebab nak tengok citer ni
                kat Sintok mana ade panggung wayang dan sewaktu dengannya kan??
                bila ade yang buat tayangan, kitaorang pi serbu la tengok
                berulang-ulang kali lak tu..

                Citer ni pada aku memang tak jemu tengok
                macam mana pompuan tu cuba nak merampas si lelaki
                dan lewat mengucapkan cinta pada lelaki tu
                & finally tewas
                [macam ade kena2 sikit dengan aku tapi cuma part meluahkan perasaan tu tak berani nak buat]
                akhirnya aku melepas.................. bukan jodoh aku gamaknya...
                [maybe dia bukan yang terbaik untuk diri aku] <----- ayat nak menyedapkan hati sendiri!!!

                mesej nak disampaikan
                if you love someone, just say it outloud, right there [spiking london jap]
                ewah.. sebenonya, kalau kamu cintakan seseorang, cakap la pada dia
                jangan pendam je, akhirnya melepas
                dia reject ke tidak itu belakang kira kan?? You never know
                untung sabut timbul tak gitew??

                To my husband, i love u & the kids so much!!!

                Aku suka part ni
                walopun terrible & horrible
                tapi dia buat jugak demi tunang tercinta..
                [aku belum tentu berani cam dia nih!]

                Aktiviti Di Kala Menunggu Suami OT

                Semalam en somi OT lagi
                sampai kul 7.30 mlm lak tu
                berlendir menunggu 2 jam
                so sementara menanti ketibaan en somi
                aku pi la merayap ke Giant Batu Caves
                sebab dah tak tahu arah tujuan
                singgah le kesini 
                sambil menjamu mata & tekak

                dan......sempat lagi menternak lemak dengan ini

                kalau hari2 en somi OT makin gumuk la bini dia ni weh!

                [terlalu asyik makan KFC, sampai terlupa nak singgah beli skon..argh!!!!]

                Mama Papa Ning Baizura

                Semalam masa tengah drive sambil dengar radio panas
                tetiba kuar le satu lagu
                rentak agak catchy
                tapi pada aku liriknya tah apa-apa
                kelakar pun ade [sampai dalam hati terdetik sape la punya lagu bodoh ni]
                bila dah habis, baru la si DJ tu kabo
                penyanyinya si Ning Baizura



                Ning Baizura??? Awat la dia boleh nyanyi lagu bodoh camtu ek???
                Lagipun tak sesuai la lagu tu dengan dia
                Tajuk lagu pun Mama Papa
                adoi... sape la cipta lagu ni?
                yang paling aku benci dengar tang korus tu..
                korang cemana???

                ** Kalau Stacy yang nyanyi mahap sikit kot??

                Wednesday, July 28, 2010

                ANAK AMAT MESTI BERGAYA

                Ahad lepas masa mak sibuk memasak kat dapur
                anak-anak pulak sibuk mengemas kat depan
                en somi lak sibuk bekerja sampai hujung minggu pun pi keje
                [kalau Tan Chong tak bagi banyak bonus memang tak patut]

                lepas habis masak
                saje je nak mengabiskan masa terluang
                pi la jenguk cik Besah kat rumah dia
                katanya dia sakit pinggang
                so sebagai menantu mithali [sila muntah yer]
                pegi la bertanya khabar ye dak..
                kang dia kata menantu tak ambik tau hal dia lak

                bila aku sibuk keluar rumah
                rombongan cik kiah kena la ikut sekali kan
                siap bawak beg & aksesori tambahan lagi
                macam nak pi kenduri bagai
                sampai je kat rumah opah
                atuk tengah rilek2 kat belakang
                atuk pun tego la anak2 aku...

                "La... Adib & Aleeya rupanya, tuk ingatkan sape tadi.."
                "Amboi semat (smart) nya... Anak Amat (en somi aku le tu) kena la bergaya kan?. Amat mesti la nak anak dia  bergaya.. lain la tuk ni, pakai baju buruk je."

                Kembang kempis hidung budak 2 ekor tu
                [tah bila la depa ambil spek mata tu]..

                [Amy Search junior... phewit!!!]


                [maskota tak tinggal hokkay...]

                Tuesday, July 27, 2010

                Berita Gumbira Untuk Aku & Kengkawan

                Oh.. oh.. kalau dah hujung bulan
                apakah berita yang paling gumbira untuk kita semua???
                Ya betul!!!! GAJI time ma....
                Sape yang tak gumbira, tu maybe ade fius terbakar kot dalam otak dia
                hormon tak berfungsi..hehehe

                Korang dah dapat gaji ke??
                Kitaorang ni selagi tak cukup bulan
                jangan harap le nak terima
                tapi..tapi..tapi... 
                walaupun dah berpuluh kali terima gaji
                tapi untuk tahun ini
                inilah yang paling gembira
                sebabnya... INCREMENT!!!!!!!!!  
                [sebesar2nya nak tulis kalau boleh]


                Yes!.. yabedabedu
                kitaorang dapat increment bulan ni
                walopun idak le sebanyak kamu..kamu..kamu orang
                tapi ianya amat bermakna untuk aku & kengkawan
                ate..[speking Perak jap] dah berapa tahun keme tak dapat naik gaji
                aku rasa sejak aku keroje sini baru sekali teman merasa, yong!

                time-time macam ni tetiba rasa sayang nak tinggal opis
                tapi sekali kena maki hamun hamjadah tu semua
                serta merta rasa nak blah dari opis tu..
                adoyai!

                Monday, July 26, 2010

                PADAH MENINGGALKAN SOLAT, TANGGUNGLAH KALAU MAMPU

                Sebagai renungan kita bersama:


                SIKSA MENINGGALKAN SOLAT


                • Meninggalkan Fardhu Subuh
                  • Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka
                • Meninggalkan Fardhu Zohor
                  • Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah. 
                • Meninggalkan Fardhu Asar
                  • Dosanya seperti ia membunuh 1,000 orang mukmin.
                • Meninggalkan  Fardhu Maghrib
                  • Dosa orang yang meninggalkan solat Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya(jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
                • Meninggalkan Fardhu Isyak
                  • Sesungguhnya Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

                Betapa berat dosa jika meninggalkan walaupun satu solat fardhu. Namun ramai yang angkuh dan berasa langsung tidak berdosa dengan tindakan yang menimbulkan murka Allah..

                Berhujung minggu dengan sepender baru

                Sejak dapat sepender baru ni, hanak-hanak aku asyik mintak nak mandi kolam jer.. Setiap petang kalau boleh nak berkubang dalam kolam pelestik.
                [mahal la bil air aku bulan nih!]

                Tapi sejak kolam tu dah bocor2 sikit memang dah jarang aku bagi diaorang mandi kolam
                tapi sebab sian pulak kat depa
                dengan semput2 aku meniup kolam tu
                tiup sendiri okeh.. takde main pam-pam
                [ekceli ade pam tapi rasanya kalau pam lagi lambat nak kembung dari tiup dengan mulut]
                dah le 3 lubang lak tu nak kena tiup
                mengah ahkak!
                 masing-masing bergaya dengan sepender cap Giant baru tu..

                -pasni takde la gambo censored si adib.. sudah pakai spender ma..-

                Sepetang Sabtu tu, puas anak2 main air
                sampai kecut2 jari jemari
                layan je la... bila depa ralit main air
                senang la sikit aku nak buat keje rumah
                takde gangguan cuma.. gangguan seksual sang suami je 
                [ooops... tapi takde la sampai peringkat nak bunuh setan yer.., kang hanak2 sape nak tengok ye dak??

                video


                Baru First Time Makan Skon

                Masa senggang waktu tunggu en somi OT, aku gi lepak kat Giant Batu Caves. Pusing punya pusing [perut pun ada sikit lapar] singgah le kat tempat roti & kek tu. Tapi tak banyak choice la.. Belek punya belek, ternampak la berbungkus-bungkus skon ni. Aku tak pernah makan skon ni  tapi aku pernah dengar la. [itu pun dalam citer Phua Chu Kang..]

                Dulu ade la pernah nampak rupe skon ni. Tapi aku ingatkan rasanya macam cookies biasa je. Sekali tengok skon yang kat giant ni agak besar (camtu ke standard besar menatang skon tu eh??] so aku beli la sebungkus.Nak buat try test.

                Sekali balik rumah, mencekik la skon tu.. SEDAPNYA!!!!!!!!! 
                [sambil mata bersinar2]
                tetiba aku teringat biskut yang pernah aku beli kecik2 dulu..

                nanti nak beli lagi lah! Nak buat tak reti..
                lain tahun la menuntut dengan makcik TTM kot!
                [tunggu en somi OT lagi boleh la singgah Giant]

                Saturday, July 24, 2010

                Garam Oh Garam

                Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian manusia di muka bumi ini adalah untuk manfaat atau kegunaan manusia sejagat.



                Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan & makanan manusia. Makanan yang paling simple pun seperti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan bukan benda-benda lain sehinggakan makanan atau masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa dan selera. [Kalau tawar lesyor kata orang Perak, takde selera nak makan kan??]


                Banyak kegunaan garam dalam kehidupan harian kita. Antaranya:
                • pengawet ikan supaya tidak busuk
                • menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
                • kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamkannya ke dalam air garam sebelum dimasak.
                • mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan dalam air garam.
                • menghilangkan kesan darah pada pakaian dengan masukkan beberapa sudu garam ke dalam air rendaman.
                Garam yang berlebihan dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan didalam badan. Maka terjadilah darah tinggi... kenapa jadi begitu?? Kerana nafsu makan, balun apa sahaja.

                Garam juga turut digunakan dalam perubatan Islam. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan haruslah merawatnya dari laut juga- iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
                • Penyakit Gout - timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1-2 jam kemudian mandi air laut.
                • Kalau duduk kat tempat yang tak ada pantai, caranya goreng 1-2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit. [Garam tu korang punjut le dalam kain dulu yer..]
                • Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah, tuam di tapak kaki.
                • Elak mabuk semasa perjalanan dengan minum madu dan secubit garam atau air suam dengan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.
                • Untuk mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat spt bertani, bersukan dll - minum air suam dengan sedikit garam.
                • Untuk cuci perut, minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
                Rasulullah setiap kali mengembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mengandungi udara, magnetik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasulullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
                Selain dari tu, garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
                • Anak yang sering mengigau- ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian letakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insya-Allah tidak mengigau lagi.
                •  Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
                Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insya-Allah semoga kita dirahmati oleh Allah. 


                Sumber: Email kepam aku!

                Friday, July 23, 2010

                Bila Tuhan Cabut Rasa Malu

                Salam Jemaat ye kengkawanku sekalian...

                Kalau Jumaat orang tak buat tazkirah sure tak sah ye..
                Korang semua sure dah baca banyak ulasan tentang kisah sensasi minggu ni kan?
                Semalam pun berapa banyak blog tulis pasal citer ni...
                [Aku je yang ketinggalan sebab hari ni baru nak citer dalam blog]
                Citer mana??
                Ala.. citer sapa lagi kalau bukan si janda gersang Kris Dayanti tu la...

                Aku tak nak citer/review tentang inteviu eksklusif  diaorang tu
                Korang boleh singgah kat blog Abang Nara ke,  Nuriz ke @ singgah kat Kopi Panas
                Tak kuasa aku tolong gembar gemburkan lagi citer minah tu
                [aku tak le minat pun kat KD tu]


                Tapi bila fikir-fikir balik
                ape kes sampai nak kena comolot depan orang ramai
                diaorang bukan suami isteri pun
                lepas kissing siap boleh tersenyum2 tanpa rasa bersalah
                macam tu ke adab orang Islam??
                [Islam ke atau hanya pada nama??]
                Kita yang dah bersuami ni pun tak over gile nak bercium depan orang
                masih ade rasa malu pada orang lain

                Aku di sini bukan untuk menilai seseorang itu soleh ke tak
                [aku pun bukannya warak sangat pun]
                tapi bila sifat malu sudah dicabut dari diri seseorang
                ke mana lagi harga diri seseorang itu
                sesama orang awam pun tak malu 
                inikan pula dengan Tuhan
                kalau malu pun tak ada, takutkan tuhan langsung la tidak agaknya..
                wallahua'lam


                ** Hai KD, tak malukah kamu di depan tuhanmu, insan2 di depanmu & yang paling penting anak2mu dan juga ahli keluargamu?? Bagaimana mahu jadi tauladan yang baik pada anak2 jika ibu bapa sendiri yang melakukan kemungkaran???

                ** Ya-Allah, penuhilah diri kami dengan segala sifat mahmudah dan jauhilah kami dari segala sifat mazmumah.. AMIN!!!

                Thursday, July 22, 2010

                Rindunya Zaman Anak2 Kecil

                Tah cemana pagi tadi aku terbukak folder yang memang jarang2 nak buka
                terselit rupanya beberapa video masa Yaya kecik2
                so........cute
                rindunya saat2 diaorang masih baby lagi
                saje nak tepek sini
                nanti Yaya besar boleh tengok video ni ok!



                video

                Tak Tentu Arah Bila Lelaki Hensem Duduk Berjiran

                Korang pernah tak duk berjiran dengan orang2 hensem
                Sure hari2 nak duk kat luar rumah je skodeng dia keluar masuk rumah
                [Eceh... macam ade pengalaman je yek!]
                Ekceli ade la jugak ... sampai rindu-rinduan jadi kenang-kenangan
                Heh.. dia takde nya nak pandang aku nih...

                Tapi kalu dia senyum atau tegur aku ni
                tetiba rasa berada di awang-awangan...
                gatal sungguh... tapi itu dulu-dulu
                zaman anak dara sunti suci murni
                la ni dah kawen takde la sampai skodeng
                tapi kalau jumpa mamat hensem sure tengok tak lepas punya
                [en somi sila jangan jeles okeh... u pun kalau tengok fomfuan cantik pun sampai juling bijik mata..]
                la ni mamat hensem sebelah rumah tu pun dah pindah tak tau kemana
                skodeng en somi sorang dah le....

                Tapi kalau dapat jiran cam hero hindustan
                maunya tak tentu arah cam fomfuan2 dalam video ni.
                layan........


                -suka la tengok si Salman Khan dalam vid ni.. nampak macho jer kan???

                ** Kat rumah aku takde pun mamat hensem untuk tengok... terpaksa la labelkan  laki sendiri sebagai  yang terhensem kat lorong rumah aku.. ahaks!
                [Kembang la vontot en somi..]

                Dasar Tak Sedar Diri Diuntung

                Aku ni sebenarnya bukan le jahat sangat. Walaupun ade masanya nak jadi jahat, tapi dalam jahat aku pun ade baiknya... apa motif??? Malas nak melalut...berbalik pada cerita asal.



                Aku bengang betul dengan anak sedara aku sorang ni [kalau marah tu malas nak mengaku dia anak sedara aku tapi anak sedara laki aku]. Asalnya cenggini, rumah dia ade komputer tapi dah memang outdated dah [dok pakai Window ME lagi]. Pastu dia takde printer. Di pendekkan citer masa aku dapat printer baru aku bagi la printer lama aku kat dia. Tapi malangnya tak boleh install printer tu sebab komputer zaman jahiliah dengan printer zaman siber mana nak compatible kan. Nak install guna CD pun tak boleh jugak sebab CD drive komputer tu rosak. Dah banyak kali dah aku pesan pada dia suh cakap dengan mak abah dia beli la komputer yang agak latest sikit (2nd hand pun tak pe), tapi mak abah dia tak ambik pot pun. Nak jugak buang duit repair komputer buruk tu.

                Bila dah takde komputer [dah rosak & lembab nak mampus], mula la dia bertenggek kat rumah aku lak. Nak guna internet la, laptop la, buat keje sekolah la. Dah le tu kalau dah kusyuk guna tu sampai tak reti2 nak balik rumah (part di mana si PIJA mengalami tekanan perasaan).  Kalau aku cakap aku nak keluar pun dia buat dek je.. Hangin la aku kan.. Takkan aku takleh nak ke mana2 dok menunggu ko je. Bila aku dah macam tengking dia baru la dia blah.

                Bebaru ni ade sorang member nak let go komputer lama dia so aku cakap aku nak. Komputer dia agak canggih la [dari komputer aku] so aku repair la sikit2. Kebetulan PC kat rumah aku port untuk internet tu rosak so memang tak leh berstreamyx la guna PC aku tu. So aku guna la member aku punya CPU . Lepas ni anak2 aku tak le sibuk nak guna laptop aku untuk main game, tengok youtube bagai. So sekarang dah ade 2 PC so aku bagi la PC lama aku pada anak buah aku ni. [Kesian punya pasal... senang la dia nak buat keje sekolah dia & tak yah nak menumpang rumah aku lagi]. Now dah complete set la aku bagi kat dia.

                Semalam masa aku pasangkan komputer tu, test dengan printer semua ok la. So aku suh dia try la kot2  ada mana2 program tak leh function ke. Dia boleh sound dia cakap 'lembabnya komputer ni '. Hangin dah aku kat situ. Hello !!! CPU aku tu walopun dah lama tapi pentium 4 tau dari komputer cap hayam ko tu. Pastu dia tanya takde scan virus ke. Aku cakap ade la PC-Cillin tapi 2005 punya  (aku beli PC tu tahun 2005). Lagi sekali dia boleh cakap "alah, nak buat apa, orang nak yang latest". Hek eleh budak ni [dalam hati aku]. Pastu aku cakap la, kalau nak latest pi la cari kat kedai komputer, takkan semua nak support, banyak lemak!!!.

                Yang menambahkan hangin tu, dia boleh cakap "kenapa tak bagi yang dekat rumah Maksu tu" [maksudnya PC yang member aku punya tu la]. Aku cakap la banyak keje opis aku dalam tu. Pastu dia cakap, "Tipu!!". Hanginnya aku. Walaupun betul aku tipu tapi suka hati aku la aku nak bagi ko yang mana. Kalau ikutkan dua-dua tu aku punya. Aku je yang baik hati bagi ko pinjam tau tak. Last2 aku sound tepat & kuat2 [mak abah dia ade kat bawah masa tu. tak tau la depa dengar ke tak] "Eh, ko ni banyak sangat komplen pesal?? Kalau ko tak nak, ko cabut semua2 ni, biar Maksu bawak balik. Dah le sikit pun tak terima kasih lagi nak banyak bunyi!". Masa tu tangan aku dah nak cabut dah plug komputer tu. Baru la dia cakap jangan. Bengang tul.. Memang la dasar tak sedar diri tu diuntung.

                Kalau aku tau camni, baik aku tak yah bagi. Baik aku letak je kat rumah bagi anak2 aku main. Dah sorang satu ade komputer. Lepas ni jangan harap aku nak ambik tau pasal komputer tu. Kalau dia buat hal lagi sampai masanya aku ambik balik komputer tu. Aku tak jual kat dia, aku tak bagi terus kat dia. Aku cuma cakap buat masa ni pakai la dulu. Kalau ada beli yang baru, pulangkan yang lama ni pada aku. So jangan nak perasan!

                ** Budak tu baru 12 tahun tapi boleh cakap cenggitu dengan aku?? Sungguh tak berlapik mulut dia tu.  Sebab mulut dia jugak aku dah tak makan kat rumah cik Besah. Nak sound 2 aku konon, cuba ko sound kat mak bapak ko tu dulu! HANGINNYA!!!!!!!!!!!!!

                Wednesday, July 21, 2010

                Banci Penduduk: Sudahkah anda???

                Skemanya tajuk... wakakaka

                Malam Jumaat lepas, tengah aku & anak2 berselerakan seluruh rumah, tetiba ade pulak orang bagi salam. Jenguk2 kat luar rupanya ade sorang kakak ni kat pagar rumah. Aku ingatkan orang nak ajak pi kenduri, rupa2nya kakak tu nak datang banci. Cit!!

                Kakak ni datang malam2 la pulak. Dah le rumah aku rupa tongkang pecah. Tapi dia kata tak pe la sebab kalau kakak datang siang rumah takde orang pulak. [Betui jugak!!]. Aku tanya dia esok tak leh ke?? Tapi kata kakak tu dia nak siapkan malam tu jugak sebab esoknya dah nak hantar report tu.
                Proses intevieu tu tak lama pun.. dalam 10 minit je..  dia pun tanya yang patut2 je pun. Lain semua dia isi kemudian. Finally sebagai tanda sudah dibanci dapat sudah kad banci... Korang pulak dah kena banci ke???


                Tak Serik-Serik dengan Gimnastik

                Adoi.. anak -anak aku ni..
                dah tak larat nak larang
                jangan bergayut cam monyet kat ampai kain aku
                dah 2 kali dah ampai kain aku tu rebah ke tanah
                siap dah bengkang bengkok besinya
                yang melendut lak usah citer

                bila dah kena marah sebab bergayut
                depa buat stunt lain pulak
                kali ni main kat besi bawah pulak

                sampai terbaring2 bergayut...
                tah kenapa la depa suka sangat brgayut camtu
                si adik tentulah belajo dari si kakak
                kalau la terjatuh pastu terkena palang besi kat celah kangkang tu
                SAKIT GILER!!!!!!!!!!!!!


                Puteri Impian

                Sejak ade maskota ni  (sila kelebet entry2 lepas yer) Yaya start le feeling-feeling cam pincess lak. Dah le tu semua khazanah dia nak yang set Disney’s princess.  Dari kaler, pencil box, baju & buku-buku hingga ke beg sekolah semuanya nak yang princess set & WAJIB pink kaler okeh!!!

                Antara khazanah dari Malaya kepunyaan Yaya


                Tak cukup dengan tu, semua orang akan di’maskotakan’ dengan watak2  katun  puteri Disney tu la. Meaning semua watak katun yang dekat kaler ke, pencil box ke akan dibagi sorang satu. So........ generous la sangat. Yang ni watak yang masing2 dapat...



                • Yaya – Ariel si ikan duyung. Yang ni dia dah cop awal2 [semenjak dua menjak suka nengok citer Little Mermaid le ....]
                • Mama [aku le tu] – Cinderella [sebab mama suka ikat sanggul  tinggi masa kat rumah]
                • Mak Teh  [adik aku yang 2nd last]– Sleeping Beauty  [sebab rambutnya panjang macam rambut Mak Teh]
                • Mak su [adik aku yang bongsu] – Snow White [sebab rambut Maksu pendek cam Snow White]

                Disney Princess tu kan ke ade banyak so setakat ni tu je yang dinobatkan.. Mak Long [biras aku] & cik Besah belum dapat maskota lagik...  Tapi kalau aku, Cik Besah sesuai tak aku nobatkan dia  dengan gelaran Ursula ni... [Sapa tak tau pi tengok citer Little Mermaid tu]

                 Sama tak???? Keji kan menantu dia.. Ya Ampun!!!

                Tuesday, July 20, 2010

                Uniknya Singapura... Kolam Renang Di Awangan

                Sape pernah pi Singapura tau la kan canggih ke tak canggihnya 
                Aku tak pernah pi lagi tapi dah selalu tengok dalam tv & web
                kecanggihan bangunan2 depa makin menjadi2 kan.
                [insya-allah satu hari nak pi juga ke sana]

                Ini latest tarikan yang ade kat Singapura. 
                Sapa banyak duit boleh la singgah 
                mandi kat infinity pool ni.. 
                sapa yang gayat 
                kome tengok le le gambo ni...
                lokasi kat Marina Bay Sands

                -kolam renang di ketinggian 55 tingkat... macam berenang di udara kan??-
                Infinity pool ni sepanjang 150m iaitu 3 kali ganda dari kolam renang Olimpik

                -satu bandar Singapura boleh nampak dari sini weh!-
                 
                -pandangan dari atas-

                -pandangan dari bawah-

                Rambut pendek rambut panjang

                Tadi dok kelebet folder2 lama dalam PC
                terjumpa la gambar2 lama si Yaya
                dari dia kecik sampai besar

                Ekceli takde citer nak buat entry
                layan je la gambar si Yaya 

                Masa ni rambut panjang


                kalau masa ikat rambut nampak comel je..
                dibuatnya waktu dia tak nak ikat rambut
                dah rupe tarzan aku tengok
                last2 terpaksa la potong rambut


                ade sekali tu masa gunting kat kedai cina
                diguntingnya rambut Yaya tak lawa langsung
                terus jadi macam budak laki merangkap tomboy
                [dah le mak long dia yang bawak kedai gunting... masa tu ada sedikit hangin la...]
                tak caya ce korang tengok gambar baju kuning & baju pink kat atas tu
                tu la result rambut pendek yang paling buruk

                La ni bila dah sekolah
                rambut tak berapa pendek & tak berapa panjang
                senang sikit nak jaga

                Monday, July 19, 2010

                Nasihat Berguna Dari Wonder Girls bukan Wonder Pets

                Sape yang tak kenal dengan Wondergirls dari korea tu kan??
                Alah kumpulan yang top dengan lagu Nobody tu...
                [yang menari gedik-gedik bahu tu...]

                Korang tau tak nanti kumpulan Wonder Girls ni nak datang Mesia??
                Jangan tanya aku bila sebab aku pun tak tau
                Tapi sebelum depa datang Mesia
                depa bagi nasihat kat korang semua
                sangat...sangat berguna tau..


                kreatif sungguh orang yang buat parody video ni kan..
                kalau sore pun dia boleh buat serupa sure lagi real kan??

                Friday, July 16, 2010

                Makcik Kaya!!!! Aku Menang Sejuta!!!

                Pagi2 Jumaat dah dapat rezeki bergulung-gulung
                Bukak email tengok2 dapat email ni
                Yey!! Aku menang beribu2 lemon...
                Tak percaya ke?? Nah tengok ni..


                -baik sungguh si penipu ni nak bagi aku sejuta pound kan???-

                Ekceli ni bukan kali pertama aku dapat email bodoh ni
                Kalau kumpul2 semua yang aku menang
                dah bepuluh2 juta pound sterling dah aku dapat
                [itu baru pound tak masuk USD lagi. Matawang Zimbabwe pun ade]
                Dengan itu ana lagi kaya dari Abdul Wahab,
                lebih kaya dari Abdul Wahib, 
                lebih kaya dari ayahanda Sadiq Segaraga
                & lebih kaya dari Abdul Wahub...
                Wahahahahaha....

                Sape nak suh aku belanja makan tengahhari???


                Kim salam je lar!!!

                Susahnya Mengatur Perbelanjaan Pasangan

                First of all.. entry ini hanyalah sekadar lepas geram...
                [entry ini maybe akan bertapa dalam blog ni untuk sementara waktu]



                Semalam ada buat beberapa analisis kedudukan kewangan kami sekeluarga. So aku bagitau en somi kita kena tukar strategi [macam nak pi perang lak!]. Aku bukan apa, cuma nak mencari solution untuk kukuhkan kewangan kami. So this time aku separate belanja sama adil sama rata [sebelum ni kami longgok duit bersama & pastu baru buat pembayaran untuk semua hutang piutang & belanja rumah]. After analysis i found out yang sebenarnya terpakai duit aku yang lebih.. bengangnya...mana boleh cenggini.. [lelaki memang pandai ambik kesempatan kan???] Patut la aku tak cukup duit memanjang..

                Kali ni aku  cakap aku dah divide semua expenses sama rata & mana2 yang tertakluk di bawah tanggungjawab dia, so dia kena bayar. Aku tak nak campur (sekarang terpaksa individualistik!). Aku cakap kalau dia nak suh aku bayarkan so dia kena bagi aku la duit tu. Kalau tak bagi sorry la aku nak advancekan duit aku. [Kejinya bini dia..]  Kalau advance/pinjam jawapannya lebur camtu je lah...

                Yang bengangnya, everytime dia dapat gaji pandai pulak ambik siap2 belanja untuk diri dia. Kalau ambik within bajet aku tak kisah le.. ini sampai yang terlebih2 bajet. Pastu yang belen je dia tinggalkan untuk aku uruskan semua pembayaran. Kalau cukup takpe la jugak. Ni dah terkurang cukup sampaikan aku pulak kena cover dengan duit sendiri. So short la expenses bulanan aku... Tak aci kan??? Kalau cenggitu aku pun boleh buat. Ambik belanja sendiri siap2 [dan banyak2] pastu baru bayar yang lain... hei...kalau buat cenggitu ade je la expenses yang tak boleh bayar & tertunggak bagai.

                Ada orang kata takkan la itu pun nak berkira between laki bini. Hello! bab lain boleh la tak berkira. Bab duit ni payah sikit. Kalau sikit2 takpe tapi kalau dah terlebih2 mana adil. Sampai bila bini2 kena rasa cenggitu. Patutnya laki menyara bini la ni dah terbalik pulak. Zaman2 materialistik ni, susah la wei.. sekupang pun berharga tau [tak caya cakap aku??? minyak naik 5 sen pun ramai yang bising dah!]

                Kalau  en somi baca entry ni, silalah beri perhatian ye. Mintak maaf le sebab terpaksa menyekat cara abang berbelanja terdahulu. Tapi ini sudah menjejaskan kewangan bini abang ni. Terpaksa buat cenggitu sebab rasanya cara berbelanja itu sungguh tidak adil pada bini abang. Lagipun from now on abang kena lebih peka apa belanja2 rumah yang terlibat. Jangan semua serah pada bini je. Sat lagi bini mati baru terbuntang bijik mata tengok hutang piutang sana sini. 

                Sememangnya sukar nak mengatur hal ehwal kewangan pasangan ni. Sebabkan benda kecik ni sampai boleh bergaduh. Sepatutnya kena terima cadangan & duduk berbincang untuk mencari solution terbaik. Jangan la tarik muka bila belanja kena sekat sebab itu semua untuk kepentingan bersama..Betul tak??

                Thursday, July 15, 2010

                Elak Gejala Sosial Di Luar Rumah

                Semenjak dua menjak ni
                bila dah tak pakai pampers ni
                & dah ade spender (dah beli kat GIANT)
                si Adib dah perasan besar le
                dah BEWASA (dewasa) le konon

                Apa yang Yaya buat dia pun nak buat
                Yaya mekap dia mekap
                Yaya pakai lincu, dia pun pakai lincu (gincu)
                Yaya pakai suar jin, dia pun nak pakai suar jin (seluar jeans)
                Yaya pakai spender, dia pun pakai spender (motif??)
                Yaya pakai cekak, dia pakai cekak
                (maskota dia belum mintak lagi...)
                Yaya bawak beg, dia pun bawak beg
                (kebanyakannya ikut kakak le... kepimpian melalui teladan kekdahnya)

                Tapi yang part kaler pink tu yang tak tahan tu
                sekarang ni Adib minat kaler pink pulak dah!
                Apa saje nak kaler pink (pengaruh kakak le tu)
                Nasib suar jin dia tak mintak kaler pink
                Kalau tak, pingsan!!!

                La ni bila Yaya main komputer
                dia pun sebuk sama nak main komputer
                in one day dah pandai dah main game yang kakak dia selalu main
                sib baik la ada 2 komputer
                takde la berebut
                Tapi aku limit kan deme main komputer 2 jam je sehari. Yang internet2 aku tak ajar lagi cuma bukak youtube - aku yang bukakan untuk Yaya sebab dia nak tengok citer Barbie & Upin Ipin je.. Yang adik lak aku suh dia main kaler2 & teka2 bunyi haiwan (aku tak ingat dari mana aku install software tu). 

                Bagus jugak budak2 ni khusyuk main komputer dari tergedik2 main kat luar. Kurang le sikit budak2 bersosial tak tentu arah.. Tapi kena pantau jugak kan. Takkan tak keluar rumah dok mengadap PC/Laptop/Play station je kan?? Kena limit jugak. Petang2 memang aku suh depa main kat luar.. suh kuar peluh sikit!

                Ade satu tip ni,[tak ingat dah kat mana aku baca] komputer jangan letak dalam bilik hanak2 kang tah apa2 benda citer yang deme tengok nanti. Letakkan komputer di satu ruang keluarga supaya ibu bapa boleh pantau selalu...betul tak??

                Pengumuman! Pengumuman! Sape Nak Keje Maybank???

                Perhatian!!! Perhatian!!!
                Perkhabaran dari pihak Maybank!!!


                Untuk semua wanita-wanita & pompuan-pompuan sahaja
                [wanita jadian  dan 2 alam tak termasuk ye..]
                Sesape yang masih belum punya pekerjaan
                & nak keje kosong full time yer...
                Maybank nak pakai ramai clerk tau
                tapi depa nak pompuan sahaja
                diulangi PEREMPUAN sahaja!

                Kalau korang takde keje boleh apply
                kalau tak nak apply pi la bagitau
                kat jiran-jiran, adik beradik & sedara mara korang

                Qualification: minimum SPM hingga Diploma
                Gaji basic RM 1,100+++
                sekali lagi POMPUAN sahaja!
                Umur : 26 tahun kebawah
                [kalau ikut aku nak apply tapi dah terlebih umo la pulak!!! sure terus disqualified!]

                Kalau berminat sila bagi nama & no tepon pada saya ter...
                [nanti saya forwardkan kat officer bank tu]
                kalau segan nak letak no tepon
                email kat saya : aikimi18@yahoo.com

                *** ini tak tipu tapi betul-betul!!

                Puding Honeydew Paling Sempoi

                Hujung minggu lepas dah tak benda nak dikudap pada waktu petang, aku pun bukak lemari hikmat. Tengok2 ade le 2 kotak instant puding yang aku beli beberapa minggu sudah. Konon nak taruh buat puding koktel tapi dah tak cukup bahan bantai la buat puding kosong je. Masak sekotak dulu (karang kalau buat banyak2 tak habis lak.Sungguh berjimat cermat di situ yer!!)


                Ni la rupe puding instant tu.. perisa honeydew 
                (aku kan addict kaler hijau...)

                Jerang je ngan air panas 
                (tak yah campur gula ke susu ke...)
                .. sekali lagi jimat disitu yer..


                Siap... buh dalam bekas jelly anak aku.. 
                Pastu simpan dalam peti ais kasi sejuk...
                Untuk sekotak puding tu dapat la banyak ni...

                Masa nak makan, jirus ngan evaporated creamer ni... Sedap!!!!!!!!!
                [ni kakak cleaner yang ajar makan cenggitu]
                Tapi kalau nak makan gitu je pun boleh jugak... ikut le kreativiti masing2

                Jadi la buat desert pepetang hari. Buat sikit je sebab yang minat makan benda2 ni aku & hanak2 je (pinjam words MR). Laki aku kalau bab desert ni kureng sikit... Selalu aku la yang jadi tukang perabih... Mana la body tak kembang??

                Wednesday, July 14, 2010

                MAKE UP MAGICA

                Kuasa mekap ke atas orang pompuan...


                muka cam cina jual sayo pun boleh jadik cun melecun cam artis wei...

                **Aku mekap lain dari yang biasa pun waktu kawin jer [perasan le cun kejap]
                La ni mekap biasa2 je... jerawat yang ade pun tak koser ah nak cover dengan concealer bagai... lencu [panggilan yaya untuk gincu] pun jarang tepek...

                Sebab tak berlawa-lawaan ni anak aku kalau marah kat aku selalu dia mengata aku :
                "Mama ni dah le gemuk, muka ade jawat (jerawat) lak tu, perut buncit, tetek besar, bla..bla..bla.." [apa motif la depa ni... rasa cam nak sekeh je seko-seko]

                Last2 mama jawab, "mama jadik cenggini pun sebab korang ngan abah korang tau tak!" [sambil abah tersengih mengalahkan kerang busuk.. abang kalau u komplen, siap u!!]
                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...