Friday, February 26, 2010

Dah Boleh Berstreamyx TAPI............

Bila dah tukar mudem so harus la dah boleh bertenet kan??? Jenuh memikirkan apa la masalah pc aku ni sampai takleh connect sampai sekarang. Tapi bila aku sambung kat lappy boleh lak connect. Tapi yang tak bestnya dah tak wireless la ke sana sini sebab wayar modem terpaksa ku cucuk ke bontot lappy.

Maybe cable kat router tu & pc tu terkena effect masa kejadian kilat tu kot... aku nak try tukar cable dulu. Nanti nak mintak kat Kelvin. Apa-apa pun, alhamdulillah aku masih boleh berintenet buat masa sekarang. 

Lupa lak nak wish uol salam Maulidur Rasul untuk semua..Selamat malam..

Thursday, February 25, 2010

Ayat Pandai ke Ayat Bodoh???

Entry Sengal Aku Di Petang Hari Khamis Ni.. 

................LAYAN................



  

 





Dah Dapat Modem Baru

Semalam technician TM dah datang tukar modem stimix rumah aku yang terbakar tu. Masa dia datang, aku kat opis & yang ade kat rumah hanya hasben aku. [Hasben aku ni buta IT skit so aku tak suruh la laki aku check apa yang patut]. 

Hasben aku cakap orang TM tu datang check modem tu pastu dia tukar dengan modem lain. Tapi dia tak check pun line/ connection ok ke tak bila dah tukar modem tu.

Modem yang dah kena kilat- RIGER


Dah ganti dengan modem BILLION ni..
-gambar adalah sumbangan Pakcik Google-

Lepas balik keje semalam aku bukak pc la nak check internet dah boleh ke tak. Lampu semua dah blinking tapi tak boleh connect la pulak. Katanya "the remote computer did not respond... bla..bla..bla... (something like that la). Aku check la semua wayar2 yang ade kot2 tersalah cucuk ke apa. Takde problem pun. Lagipun orang TM tu kata nanti on pc masukkan password cam biase je.. Aku dah buat cenggitu masih tak boleh lagi.. Kenapa ha??? [Lupa lak nak kabo yang modem aku tu sambung dengan wireless router].ade kaitan ke 2 benda ni???

Sape yang terer IT tolong le aku ni.. Cenggane nak buat??? Ade nak kena setting apa2 ke??? Aku tanya Acik kalau semua dah ok suppose takde problem. Agaknya TM kot yang ade problem.. Eh boleh jadi jugak sebab MR dah berapa tempayan komplen pasal line Stimix bebaru nih... [Adakah aku harus join kelab kondem TMnut nih...]

Wednesday, February 24, 2010

Entry Boring Tahap Gaban

Hai Uols...

Hari ni aku dah termasuk dalam kategori blog yang aku tak suka. Sebabnya??? Salah satu sebabnya ialah aku takde motif, pehtu takde gambo nak letak..Jangan marah ha!!!!

Al-kisahnya cenggini, henpon aku telah dijahanamkan rosak. LCDnya dah tak mampu nak berfungsi dengan baik. Jadinya takde la rakaman2 gambo yang boleh buat modal aku berblog. Hasben aku lak siap perli lagi...
"Takkan le sebab nak jadi blogger tegar sampai jahanam telepon???"
[perli aku le tuh..kureng asam tul!!]

Aku jawab.. sebenarnya tu alasan nak beli tepon baru.. (macam le kayo benar!)
Kesudahannya hari ni terpaksa la aku pakai iPhone cap ayam setelah henpon NOKIA aku masuk workshop!

RENGSENYE!!!!

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Aku Tak Suka Pegi Blog Korang

Hari Isnin adalah hari malas sedunia selain hari Jumaat bagi aku... So hari Isnin, takde mood nak buat keje so asyik buat blogwalking jer... Singgah sana singgah sini ade jumpa blog yang best ade yang tak best. Kat sini aku nak listkan beberapa sebab aku tak suka nak singgah blog2 tertentu ni.

#1 Blog Takde Latest Update
Kenkadang blog korang ni best tapi dah peram lama sampai dah bersawang tanpa latest entry menyebabkan aku malas nak singgah blog korang. Ye la kan, kita nak jugak tahu perkembangan terkini. Kalau dah 2-3 bulan pun entry  takde so makin lama blog korang tu akan dilupakan oleh aku... [ade jugak yang bertahun tak hapdet]

#2 Entry Tanpa Gambar & Meleret2.
Blog ni kan ke macam diary korang kan (especially personal blog la). Tapi kalau takde gambo2 so akan jadi kurang menarik la even entry korang tu menarik. Macam korang baca magazine dengan buku teks sekolah. Magazine kan lebih menarik dengan gambo warna warni tapi buku sekolah tu kan ke boring jer. Lagi satu aku ni prefer tengok gambar dulu baru baca entry korang tu. So agak penting la bagi aku korang letak 1-2 gambar tu. Nak2 kalau entry panjang berjela..(kalau novel tu lain la)... lagi la boring... Aku akan singgah sambil lalu je...buat speed reading.

#3 Tulisan Kecil
Lagi satu penyebab utama aku tak suka singgah blog korang ni sebab tulisan dalam tu tersangat kecil. Sampaikan aku yang bermata 4 ni makin rabun lak rasanya. Mana taknya, tulisan tu kecil sampai nak kena pakai kanta pembesar. Dah tu pulak kaler tulisan tu tak berapa nak kontras dengan background korang.. mau sampai juling bijik mata aku.. So kalau boleh korang besarkan le sikit tulisan tu.. [Kalau nak aku singgah le..]

#4  Layout Terlalu Semak
Ni macam rumah korang la. Kalau rumah semak orang pun tak hingin nak datang. Tak yah serabutkan blog korang dengan pelbagai widget. Less is better.  Lagipun first impression tu kan ke penting. Kalau sampai blog yang serabut aku punya keinginan nak singgah lama terus terbantut. Aku suka tengok blog Eynda . Sangat simple. Kalau terlampau banyak widget pun loading page korang pun akan lambat. Sebelum loading complete, aku dah blah dari blog tu.

#5 Ada "Read More"
Aku tak berapa suka sangat blog personakl yang ade bende ni. Kalau kat blog2 yang ade tutorial ke, tips ke, information ke tak pe la. Sebabnya bila ade benda ni aku akan skip banyak entry korang. Agak leceh la bagi aku sebab each time lepas baca kena tekan back button. So memana blog personal yang ade benda ni memang aku hanya akan lihat sekali lalu tanpa tekan butang 'read more'/'baca selanjutnya' tu.[Pastu aku takkan tinggalkan komen la kat blog tu].

So itu la antara sebab musabab aku tak singgah blog korang. Itu pada aku la.. maybe pada blogger lain tak jadi hal..  So kalau aku tak buat kunjungan lagi ke blog korang maybe ada salah satu sebabnya berada kat list di atas.. Harap Maklum!

Monday, February 22, 2010

Makan-Makan Bawah Pokok

Entry tertunda sebab semalam hujan lebat + kilat + petir yang telah menyebabkan modem stimix aku tu terbakar. Hampeh tul!!! Salah aku jugak sebab terlupa nak plug off modem tu.. Dah jadi satu keje lak aku nak gi TM Point...So terpaksa la aku bersiaran dari opis pepagi buta ni... (kul 7.15 pg tau!)

Cite semalam, Yaya gi umah opah, Adib gi KL dengan babysitter so tinggal la aku berdua2an dengan encik suami.. So boring sebab takde anak2. Bila anak takde memasing buat hal sendiri la. Aku tengok tv. Laki aku lak buat apa?? Dia dok godek lappy aku.. [tengah skodeng blog aku le tu] - masa ni modem ok lagi..
Tengah khusyuk tengok TV tetiba... 

"Assalamualaikum... Cik Esah ooo Cik Esah.."
[apa la depa ni mak aku bagi nama sesedap dema panggil cik Esah je]

"Ha.. Cik Ana.. Kenapa??"

"Jap lagi jom gi bawah pokok Pak Ali makan laksa  & Mee Kari " 
[ajak makan rupanya... ingatkan nak bayo hutang AVON.. hahaha]

"Ok gak tu.. saya pun tak masak lagi.. Jap lagi saya pi"
[wah..wah.. pucuk dicita ulam yang datang.. selamat la pinggan mangkuk periuk belanga aku hari ni]

Pastu bila aku dengar dah kecoh2 kat bawah pokok mangga Pak Ali tu aku pun kuar la menyinggah sama.  Ramai dah ade kat sana. Meriah la kat situ.. Nak pulak ade si Ana tu kecohnya boleh jadi macam 100 orang.

Ish..ish... Cik Besah ni awal2 lagi dah sampai ye.. Cik Zul (my FIL) pun sampai tak sempat nak pakai baju..hehehe

Hidangan oleh Cik Ana.. Mi Kari & Laksa. Roti canai tu Pak Ali yang bikin.. SEDAP!!!!!
[Mentang2 aku bawak tepon snap sana sini, Cik Ana yang suruh snap gambo laksa ni.. suh promot]

Malam lak ade kenduri kawin orang belakang umah Cik Besah.. Makan lagi.. Tapi aku tak tangkap gambo la.. Kang kata apa lak. Dah le deme orang Endon.. Banyak lak tu makanannya.. Peh.. Berapa kalori dah masuk badan aku semalam??? Mana la badan tak makin kembang...

Saturday, February 20, 2010

Asyik tertangguh.... bila nak buat???

Entry lepas geram hari ni sebab orang yang janji nak betulkan table top aku tak muncul2 sampai sekarang. Dulu aku pernah citer kan yang ade kontraktor ni offer nak repair tabletop rumah aku yang dah rongak. (Boleh tengok kat SINI) . FOC lak tu sebab kitaorang rekomen dia untuk renovation satu rumah ni. Untung besar la tu kot tu sebab tu dia offer nak buat tabletop kitaorang.

Hari tu janji nak buat hari Selasa...(sampaikan aku kena balik dari Ipoh awal sehari)  Tup..tup tak jadi sebab dia nak siapkan projek dia kat Ampang. Pastu katanya buat weekend ni (hari ni la patutnya). Pepagi lagi hasben aku call dia nak tanya jadi ke tak?? (Sebabnya barang2 tak alih lagi.. kalau jadi nak le alihkan kat tempat lain) Tahu2 dia kat Nilai pulak.. esok katanya.. Esok??? Sempat ke nak siap??  

Bengang tul kitaorang. Mentang2 la ko nak buat FREE asyik bertangguh & sambil lewa je la. Barang2 dah beli pulak tu. Ni dok bersepah kat rumah aku ni.. rimas la.. Kang tabletop belum repair, barang yang beli dah rosak/pecah. Sabo je la...

sinki 3 lobang ni nak gantikan sinki sedia ada.. [tamak lagi!!!]

sinki sekarang...

batang paip ni aku mintak dirapatkan ke dinding so boleh letak banyak barang bawah sinki.

last but not least nak pecahkan dinding bawah tu so akan ade more space

Friday, February 19, 2010

Ops.. Tertayang bontot???

Aku pelik la orang zaman sekarang ni. Semua dah nak kembali ke zaman dolu2. 

Masa kecik2 kita suka sangat pakai baju besar2 (konon nak nampak macam orang besar la kan...- baju mak, kasut mak, tudung mak). Bila dah besar ni dah terbalik kot pulak.. makin suka pakai yang kecik2 & singkat2 - baju kecik, seluar kecik, skirt kecik... kalau boleh nak sesendat mungkin macam sarung nangka...

Bila dah terlampau nak sendat, dari nak nampak trendy terus nampak jelik & pelik. Sampaikan segala yang sepatutnya terselindung mencanak2 nak menunjukkan diri. Tadak segan silu punya. Kalau pakai jeans lak, pilih pulak yang cawat pendek. Tak kira la laki ke pompuan ke sama je.. Bila dah duduk ke, mencangkung ke, menonggeng ke mula la ternampak lurah dendam tu. Kalau bontot tu lawa tak pe la jugak ni siap yang ade kudis, kurap, jerawat, panau & segala macam ketumbuhan kat situ. Itu pun nak tayang ke??? Allo... hangpa tak malu ka???? 

Entry tanpa motif aku ni sebenarnya ditujukan pada budak2 muda yang selalu melepak kat padang depan umah aku ni ha.. Suka sangat bertenggek pakwe makwe kat situ. Hari tu aku bawak anak2 aku cycling kat padang tu. Pastu memasing duk bersidai  kat tepi2 laluan basikal tu kan maka haruslah aku nampak apa yang ade kat celah buntut depa tu kan... Geli tul... muka lawa, hensem tapi bontot pulak ALAHAI!!!

ayoyo brader.. tak yah le tayang montot mu yang tak seksi ittew!!!! Tak rela i tau!!!


kalau brader tadi sengaja, yang ni pulak kes tak sengaja. Tu la padahnya kalau pakaian ketat sangat. Tengah syok buat catwalk lenggang lenggok kat runway sekali zip sudah pecah da....... Sib baik la bontot mu tak berkerak...

Hadiah Lagi.....

Minggu lepas dapat lagi sms dari AVON kata aku menang Roselle tea set. Wah.. unsangkarable... aku menang lagi... Memang 'ong' la tahun ni. Selalunya aku ni susah sangat nak menang apa2.. tup..tup... dapat pulak. Gumbiranya... Alhamdulillah... tu la namanya rezeki dari Allah s.w.t.

So petang semalam aku singgah AVON. Nak beli barang 2 yang sudah diorder oleh member2 aku di samping nak ambik hadiah tu. Ingatkan kecik jer.. rupanya mak ai... besar punya!!!.. Dah tu berat pulak.. Jenuh menjinjit 2 beg plastik besar. Sure orang yang lalu lalang kata "sakan sungguh minah ni berbelanja.." Hahahah... [Kalau tak sakan berbelanja mana nak dapat hadiah ye dak???]

Ini la dia rupanya hadiah2 yang aku dapat...
-rumah aku dah penuh dengan barang pinggan mangkuk ni sampai dah takde space nak simpan. Ni pun aku letak dalam kotak je le kat dapur tu-

ni le rupa Roselle Tea Set tu.. gambar kredit tu norgadis.
[walaupun tak lawa pada aku tapi at least aku dihargai juga di mata AVON... tak macam OHC]

Aku menang ni jugak...
Roselle 2 tier Tray
-gambar kredit tu norgadis.

Thursday, February 18, 2010

Mari Pilih Spenda Cap Gantung

Hari ni baru start keje. Pepagi masuk opis buat2 keje sikit pastu mula la melalut...
jalan sana jalan sini
blogwalk sana blogwalk sini
catwalk sana catwalk sini [dah letih duduk je.. jenjalan ke tempat orang lain lak..]

pastu bukan email sana bukak email sini [aku ade 2 email tau satu personal satu lagi yang opis punya]

Masa bukak email tadi tah sape la forward gambo ni kat aku.. Kelako gak... Nah aku tunjuk kat korang
Sila gelak secara berjemaah... Wah hahahaha


Mari adik mari kakak.. pilih jangan tak pilih.... macam2 kaler ade... spenda cap gantung

Sape la punya jiran ni yek??? Tak segan silu langsung tayang reta benda sotong kering sotong basah semua cukup. Kalau jiran sebelah ni orang lelaki sure asyik stim jer... bahaya weh!!!

Kot ye pun nak jemur adik kakak korang ni, jemur la kat tempat yang terlindung sikit...buat malu jek! Ingat itu kedai lingerie ke ape????

Hati Gumbira La La La

Akhirnya kini aku gumbira..lega..& segala yang sewaktu dengannya. 


Segalanya sudah terjawab... kerut2 kat muka dah hilang [tinggal kedut2 je..hahahah]. SUdah boleh ketawa macam setan ..Muahahahaha

Bila mama senyum, abah pun senyum.... [senyum je le bang yek walaupun kena bersabor buat beberapa hari...hehehehe]


Kenapa????

Kini aku dah kibarkan bendera Japang!!! Nippon tabik..Haid Hait!!!!

Tuesday, February 16, 2010

Hatiku Tak Tenang

Aku tengah jiwa kaco... tak tenang...stress...unhappy... libang libu ...

Kenapa??? Kenapa ko lewat??? Dah lebih 5 hari aku tunggu nih... Memang la penantian itu satu penyeksaan!


Cakap ngan hasben pun tara guna. Dia tak paham gundah gulana hati seorang perempuan, bini dia ni... Dia cakap baru 5 hari, esok lusa ade la tu... Kalau takde jugak????

Pe benda la aku merepek ni yek?? Ini bukan merepek.... ini betul2...

Oh.. keluh kesah aku ni disebabkan 'period' aku yang lewat... (ape la minah ni.. period pun nak citer???)

Risaunya aku kalau peknen sebab aku kan ke tengah meneruskan misi mencari keje lain. Adakah tuhan ade perancangan lain untuk aku??? Adakah ini bermakna aku akan tersadai di OHC setahun lagi???? Oh tidak!!!! Benda ni memang merunsingkan kepala hotak aku.... Kita hanya merancang , tuhan yang menentukan (ayat selamat sebagai penyedap hati...)

Jiwaku tak setenang laman ku yang baru dimesin petang tadi...
(apa kaitan ni????...)

Cicak Cicak On The Wall

Adoi tensen tul aku dengan kaum2 cicak kat rumah aku ni. Pantang malam je, mula la menjelajah satu dapur aku. Bengang tul. Ni kan ke balik kampung 3 hari takde kat rumah. Masuk je kat dapur penuh dinding dengan koleksi tahi cicak. 

Tengok la ni.. berderet atas border kat dapur...[aku tunjuk sebahagian je sebab nanti kome tak lalu lak nak tengok]
 

 


Kat luar ade taik kucing dalam lak ade taik cicak. [Minat tul binatang berak kat rumah aku]. Apa punya nasib daaaaaa.
Tolong!!!!Tolong!!! Help!!! 
Cemana aku nak pupuskan kaum cicak kat rumah aku ni???? Any idea?? 
Takkan nak lastik kot sebab kami laki bini penggeli cicak & tak pandai lastik.

Takde Kolam Baldi Pun Jadi

Memandangkan kolam pelesit pelestik si Adib & Yaya dah bocor dicakar dek kucing, so kolam tu aku dah humban masuk stor. Tapi si Adib ni kemaruk jugak nak mandi kolam so aku suh je dia berendam dalam baldi. Ingatkan dia tak nak rupanya makin ligat dia main air. Tengok ni...

 

 
tengok tu muat pulak dia duduk dalam baldi tu...

 mentang2 dah pandai buat PEACE.. Bila tangkap gambar asyik nak buat PEACE je..

Pokok Oh Pokok

Makin hari aku tengok pokok kat rumah aku ni macam tak berapa segar. Nak kata tak jaga, hari2 aku siram. Nak kata tak bubuh baja, sebulan sekali sure aku rembat baja kat umah Cik Besah. Tah mana la silapnya. Bunga raya aku pun dah tak banyak daun (daun asyik gugur macam rambut aku jugak...)

Hari tu singgah la NR Vera kat opis aku ni ha. Kawan aku la ejennya.. So aku ni meneman dia je.. Last2 terjumpa lak baja ni kat outlet tu. Ingatkan jual produk kecantikan je.. rupanya untuk kecantikan pokok pun ade. Apa lagi, aku pun beli la satu.(Dapat guna member price lak tu..) Harap2nya tumbuhan2 kat rumah aku ni makin segar & lebat daun & bunganya...

ni la baja tu.. ada sesape pernah try tak???

harapnya betik yang dah hidup segan mati tak mahu ni akan lebat balik macam pokok yang lagi satu ni..

Dah le Mahal tak sedap lak tu!!!

Malam sebelum cuti CNY tu kitaorang ingat nak makan kat "Payung Corner" (tempat ni memang glamer kat Batang Kali ni) tapi sebabkan penuh so kitaorang kena la cari makan kat tempat lain.. (Hasben kat dah gaji...so asyik makan luar je...membazir betul.)

Pikir punya pikir kitaorang last2 makan je kat Medan Selera Batang Kali @ lebih senang kitaorang panggil TV besar (sebab kat situ ade TV besar). Nampaknya tak ramai lagipun dekat dengan playground untuk anak2 main. Kitaorang duk betul2 sebelah slide tu so senang nak monitor Yaya & Adib.

 -tv besar tak bukak lak...yang kat atas tulisan MEDAN SELERA BANDAR UTAMA BATANG KALI tu la TVnya-



Aku order chicken chop & hasben aku cam biasa la nasi putih, tomyam & paprik ayam. Untuk anak2 pun aku order chicken chop jugak. Tapi budak2 ni bila dah main mana ingat nak makan. Sampai nak balik pun asyik minum air je last2 abahnya je yang tolong habiskan Chicken chop tu.

Masa membayar, terkejut aku kena sampai RM40+++. Mahal giler!!! Apa yang mahal sangat?? Takkan chicken chop tu. Dah le tak sedap. Aku rasa maybe CC je dah berbelas ringgit. Tak berbaloi langsung. Tomyam dia pulak cair semacam je.. Paprik dia ok la... Pasni tak hingin lagi kitaorang makan kat sana. Selalunya kalau kitaorang 4 beranak makan takde la sampai RM30 pun.. time ni plak kena bantai sampai RM40 hinggit. Hampeh... Bengang tul!!!

So korang kalau nak makan tak yah le singgah sini. Mahal nak mampus. Baik korang makan je kat Ina Naim tu.. Lebih berbaloi2.

Monday, February 15, 2010

Berkelah kat Ulu Chepor

Sempena cuti Raya Cina ni (lama lak tu..kompeni aku cuti sampai Rabu) so seharusnya la kitaorang balik Ipoh. Kali ni takde plan nak gi mana pun sebab rasanya kalau bali Ipoh asyik pegi tempat sama je. 

Kebetulan lak adik aku yang bongsu pun ade so dia ajak pegi berkelah. Nak pegi mandi laut jauh & panas lak tu so malas la. So aku cadang mandi sungai je la kat Chepor. So hari Ahad lepas dengan tak mandinya kitaorang semua terus packing apa yang patut,(dalam kul 9 pagi tu..) terus gi Chepor. Mak tak ikut sebab ade kenduri. Yang pegi anak beranak aku, Acik & Ana.

Perjalanan dalam 20 minit jer dari rumah aku. Jalan lak clear lagi la cepat sampai. Itu pun sampai sana dah ramai orang. Ingatkan kitaorang awal rupanya ada lagi awal. Alhamdulillah pondok banyak yang available lagi so boleh letak barang2 kat situ. 

Ni la port kitaorang. Tak dalam tak cetek, sedang2 aje untuk anak2 mandi.

Lagi best kat sebelah tempat pondok kitaorang ni ade playground lak. Lagi la suka anak2 aku tuh.

Punya la lama tak gi Chepor, dah banyak yang berubah. So far air kat situ tak sesejuk kat Kedondong.. Kiranya kalau dok berkubang dalam air tu lelama pun aku sanggup. Tapi yang tak sanggupnya anak2 aku la. Tak sampai sejam dah serender... Sampai geletar2.



Acik & hasben aku pun serender awal jugak. Yang duk berkubang lagi aku & Ana je. Pi duk kat celah jeram... Wah..bagaikan dalam jakuzi kat spa..Hahahaha..Best kan Ana kan???



Lepak kat sana takde la lama mana sebelum kul 12 kitaorang dah balik dah. Pastu masing2 terbongkang kat tengah rumah. Letih la kononnya...Hehehe.

Sunday, February 14, 2010

Aku suka AVON....

Petang Jumaat tu singgah AVON jap sebab nak beli barang yang customer order. Sebelum tu dah dapat SMS suh aku cillect hadiah.. Hadiah??? Benda Free?? Sape nak bagi ye dak?? Tu yang mencanak2 perasaan nak singgah AVON tu sedangkan barang yang customer order tu minggu depan pun boleh ambik..

Benda ni tak le mahal mana pun. Kalu korang beli pun ade yang tak sampai 10 hinggit pun. Tapi sebab namanya "HADIAH" kan.. sape yang tak suka. Nak2 pulak aku memang takde mende nih!!! Wah...i loike!!!!! Itu sebabnya aku suka AVON... I Lap U.. Muah!

Sori la gambo parkinson ni je yang ade sebab pastu bateri pun kong!!

Lepas ni aku boleh join geng Makcik Rehan timbang berat badan..Miahahahaha (Sila gelak ala2 shin chan & action kamen)

Sape nak berebut hadiah AVON cenggini, nak jadi member ke, nak beli barang ke boleh singgah cuci mata kat SINI

Bukan nak menunjuk benda tapi nak menunjuk jakun

Balik keje je petang semalam dari rumah babysitter dah kecoh aku pasang aircond. Babysitter nampak lori kedai ekon tu kat rumah aku masa dia on the way nak pegi mengaji (kelas fardhu ain kot). Aku jawab ye je la, Then masa sampai kat rumah jeng..jeng..jeng.. ekon ku sudah dipasang.. (malam ni merasa sejuk la aku..keh!keh!)

vew dari luar rumah

Masuk je dalam rumah banda mula aku nampak ialah menatang ni.... (aku masuk rumah ikut pintu dapur tau sebab malas nak bukak sliding depan). Awat la benda ni nampak cenggini. Buruks la dapur aku...
Orang tu kata kalau tak nak nampak segala wayar mak nenek tu kena tebuk dinding. Tapi sebab rumah dah renovate so kena letak cenggitu je la...(Macam cacat je rumah aku jadinya).

Pastu kat tempat hall pun cenggitu gak (wayar terkeluar...tak sukanya tengok sebab nampak serabut). Kena la aku cari altenatif nak menyorokkan wayar2 yang obvious tuh!!! 

Ini la ekon YORK aku. 

Ni la lokasi ekon2 aku ni.
nampak tak??? gile tamak kan???

Malam ni kami anak beranak tidur dengan nyaman.... (Terpaksa lupakan akan kenaikan bil letrik yang akan mendadak bulan depan..huhuhu)

Friday, February 12, 2010

Terima Kasih Korang Akhirnya Aku Dah Beli Aircond!!!

Petang semalam lepas balik kerja (sebelum kejadian taik kucing) kami laki bini tergedik2 la singgah kat kedai letrik kat area umah aku ni. Kenkonon nak gi servey aircond la. Singgah la satu kedai ni (memang kalau aku beli perkakas letrik aku selalu beli kat kedai ni).

Dari tujuan nak servey akhirnya terus beli.. [hasben aku ni tak suka sangat nak servey2 ni..pada dia kalau ok dah dengan bajet dia terus 'on' je]. Kitaorang beli brand York (orang kedai tu pun rekemen brand ni]. Memula ingat nak ambik 2hp je alih2 bukan ambik 2hp tapi ambik 2 bijik. [Tamak tak hengat ko!!]. Nak sejuk sangat la dalam rumah tu. 2 bijik tu ambik 1hp dengan 1.5hp [dua2 taruk kat hall].

Beli barang mahal kan, harus la dapat free gift kan?? kan?? Nak2 pulak dah nak dekat CNY ni kena la dapat angpau sekali ye dak??? Aku bab2 free ni memang soka.. Wink..wink..

Ni free gift aku dapat (2 set tau sebab beli 2 bijik).. tapi angpau dapat 1 je...(alah.. 5 hinggit je)
[mana la aku nak letak semua perkakas ni??? rumah aku dah penuh la wei..]


 close-up sikit cutlery set free ni...

Petang karang orang tu datang pasang.. Tak sabo rasanya nak tidur dalam kenyamanan malam ni (Kitaorang anak beranak tido kat ruang tamu jer... senang)....Hehehe.. Oh!! tetiba terasa jakun... walaupun kat bilik aku kat opis tu ade 2 bijik ekon...tapi bila ekon dirumah sendiri rasa teruja lak...Kan Rehan kan???

Gambo ekon dah siap pasang nanti aku citer next entry ok... TUNGGU!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...