Monday, November 30, 2009

Masih Bengang

Nampaknya open house cik Besah berjalan lancar. Tapi masih ade sisa bengang dengan kitaorang kot. Maybe sebab kitaorang takde masa open house tu kot yang menyebabkan dia bengang. Anyway, aku ingatkan bengang dia tu dah reda rupanya masih berterusan sampai hari ni.

Semalam lepas balik dari Ipoh, hasben aku gi umah Cik Besah. Again.... dia buat layan tak layan. Yang layan hanya bapa mentua aku. Hasben aku jengah umah dia 2 kali tapi still buat dek je.. Masa hasben aku hulur duit kat dia (duit bulan2 + duit jaga Yaya) dia buat acuh tak acuh je.. Terima kasih pun tidak (tak macam selalu.... bila dapat duit, muka kelat terus jadi manis... mata duitan la katakan). Mana la laki aku tu tak bengang.. macam la duit kitaorang ni tak laku.
Anyway, pagi tadi masa dia ambil Yaya pun muka dia macam tak best je.. Aku senyum tapi dia buat muka tengin. Bengang jugak aku tengok. Pastu aku bawak beg bunga telur (malam sebelumnya biras aku bagi kat Yaya so this morning Yaya kata nak bawak beg tu gi umah Opah). Maybe dia ingat aku pulangkan beg tu (konon2 tak sudi nak ambik la) so dia membebel pagi2 buta. Dia ingat aku tak dengar gamaknya... Hai.... entah le Cik Besah... dah tak tahu dah nak buat camne nak puaskan hatimu itu!!!!

Mak nak macam mana lagi??????

Ibu Mertuaku

Ni entry edisi lepas geram. Actually aku pun tak paham ape kesnya dengan mak mertuaku tu. Anak dia pun tak paham inikan aku yang menantu...lagi la tak paham. Actually kisahnya berminggu2 sebelum raya haji. Kitaorg dah cakap kat dia yg kitaorang nak balik Ipoh raya haji ni (sebab cuti 3 hari). Tapi pagi tu kitaorg raya kat Batang Kali dulu. Katanya abang ipar aku nak buat kenduri pada hari sabtu (raya ke-2 tu). Dia dah bagi tau kat abg ipar aku yg kitaorang nak balik Ipoh on that day & dia ok je sebab katanya takde la buat kenduri besar dengan khemah bagai. Just jemput org barisan rumah dia tu je (ala2 open house la).

Lagi 2 hari nak raya Cik Besah (ibu mentuaku) mula buat perangai. Tak nak cakap dengan kitaorang, bila kitaorang datang umah dia buat macam kitaorang ni invinsible je. Sape yang tak bengang. Dia tanya hasben aku jadi ke balik kampung. So hasben aku cakap jadi la tapi lepas semayang Jumaat. Biarlah Aisyah (aku le tu) jenguk mak bapak dia jugak... (bagus jawapan hasben aku tu...) PAstu dia cakap raya ni tak masak ape pun sebab hari sabtu nak masak jugak. Eh??? Raya tak masak apa2? Pelik lak aku.. tu tengah protes la tu... Aku ingatkan main2 je sebab raya kan, mana boleh takde rendang, nasi impit & kuah kacang.

Malam raya tu aku gi umah Cik Besah, ingatkan nak tolong apa2 la kalau dia masak2. Rupanya...hampeh, memang dia mogok nak masak juadah raya. Aku pun balik la dengan anak2 aku. Pasal fikirkan takde juadah raya hasben aku ajak gi beli lemang & rendang. Alhamdulillah dapat la beli 4 batang lemang & rendang 2 jenis. Tapi biasa la kan, dah biasa makan rendang buatan sendiri (bukan aku buat tapi pak mentua aku yg buat selalunya), rendang beli jadi tak sedap la kan... Aku nak masak pun tak leh le sebab utama- aku tak reti, & sebab kedua aku memang tak beli sebarang bahan untuk memasak sebab aku ingat Cik Besah buat & aku nakb alik kampung so takde la beli stok barang basah untuk minggu tu.

Sampai ke pagi raya memang takde apa2 atas meja umah mak mentua aku tu. Hasben aku agak frust ngan mak dia. Katanya, takkan sebab kita nak balik kampung dia buat perangai camtu.. Entah la... Kadang2 kesian lak aku tengok hasben aku tu bila dia dianak tirikan oleh mak sendiri. Berbanding dengan abang zam yang selalu dianggap anak emas di hati Cik Besah...

Tuesday, November 24, 2009

Atukku Kawin Lagi

Satu lagi citer basi yang nak dihighlightkan. Kalau korang baca entry aku pasal raya lepas, aku dah citer pasal datuk aku kawin lagi. Bebaru ni sepupu aku dah upload gambo2 masa raya lepas. So aku tumpang sekaki mengexpose gambor2 tu kat blog aku.. Ei Nazri, aku tumpang tepek gambo kat blog aku tau..


PAGI RAYA
*************



Aleeya dengan atuk, pakcik & Haikal

Atuk dengan cucu-cucunya - Haikal & Adib

Perhimpunan Agung Pagi Raya

Adik aku- Hisyam & Familynya
Haikal dengan Mak Su



PETANG RAYA
******************


Rombongan ke rumah pengantin perempuan
Ni la pengantinnya, atuk a.k.a Wan aku - Hj Zakaria
Ini la opah a.k.a Tuk baru kitaorang

Sebelum balik sempat lagik buat iklan gigi dua beradik nih...

Aik Abah... rapat ngan Tok Kadi nampak.. ade apa2 ker????


RAYA KEDUA
*****************


Kaum hawa sibuk menyiat ayam (nak buat soto punya pasal)



Adik aku si Acik.. gigih memanaskan kuah kacang....

Selamat Hari Tua

Ni cerita basi aku masa besday aku tempohari. Tak de apa2 yang menarik pun cuma hasben aku belikan kek black forest untuk aku.... Dia tau pun bini dia ni suka kek tu (ekceli dah hint2 kat dia... tak nak kek "oren").


kek harijadi dari suami "terchenta"




Al-kisah tragedi kek oren terjadi beberapa tahun lepas. Kenkonon nak buat surprise birthday party untuk aku, siap ajak biras aku untuk belikan kek. Yang biras aku lak memang suka keler2 yg striking ni. Kebetulan kat kedai kek tu ade kek span kaler oren, beria dia pujuk laki aku suh beli kek tu. Bila time potong kek, mak aiiii........ kaler kek tu memancar2 ke muka - kaler oren & kuning striking ( nak makan pun hilang selera). Bila makan aku jamah sikit jer... aku langsung tak minat kek oren ni. Baik la dia belikan kek pandan.



So this year aku dah siap2 bagi tau hasben aku jangan beli kek oren. Sib baik la sejak kejadian tu hasben aku dah alert dengan taste aku. Hahahaha.... Berbalik pada sambutan birthday aku, hanya secara sederhana sebab just kami anak beranak. Family Cik Besah & K.Ti tak inteprem kali ni. Konon nak makan kat luar tapi cuaca hujan je sepanjang malam, so kena pospon sampai hujung minggu. Well uols, aku dah berganjak ke angka 3-0 tahun ni... (dah nak kena risau pasal kedut2 di muka yang bakal bertapa beberapa tahun lagi... Hik..hik..)




Yaya tengah tunggu abah pasang lilin


Adib ni nak tangkap gambo tapi mata tu menjeling ke kek... (mama excited nak celebrate birthday, sampai lupa aku nak tutup pintu bilik ayor tu...)





Peace dari Aleeya....

Lilin dah nyala.. sesame nyanyi abeday 2u..

The birthday girl or suppose "aunty" dengan kroni2nya.... ade rope orang 30 tahun tak???

Friday, November 20, 2009

CANTIK SAMBIL BERJIMAT

Dalam suasana ekonomi yang kurang rancak sekarang, setiap individu mula mengambil langkah berjimat cermat dengan mengurangkan perbelanjaan.

Berikut beberapa tip yang dikongsi oleh beberapa pakar kecantikan dan mungkin boleh dicuba oleh wanita bagi menjimatkan bajet membeli produk kecantikan dan penjagaan diri.

-Ramai yang menggunakan pelekat Biore bagi membuang noda hitam yang menyumbat pori-pori pada hidung. Gunakan kaedah yang sama pada seluruh muka, sekali gus menjimatkan wang ke salon untuk membuat rawatan wajah (facial).

-Pilih sabun mandi ketul berbanding cecair mandian kerana sabun jauh lebih murah, tahan lama dan kurang membazir. Lagi pun ia lebih mesra alam sekitar.

-Jika sudah jemu dengan warna gincu yang ada, cuba campur dan cairkan beberapa gincu lama. Caranya, potong gincu tersebut dan masukan dalam ketuhar gelombang mikro dan tuang pada bekas kecil. Gunakan seperti pelembap bibir.

-Beli syampu dan perapi yang bersaiz paling besar kerana ia lebih menjimatkan.

-Selain itu, tambahkan air ke dalam botol syampu untuk mengurangkan kepekatan syampu selain memudahkan pembilasan.

-Tidak perlu menghabiskan duit membeli skrub yang mahal. Buat sendiri dengan mencampurkan gula perang dan madu untuk menjadikan kulit licin.

-Apabila sisa minyak wangi sudah berada di dasar botol dan tidak boleh disembur lagi, tuangkan dalam cecair mandian atau pelembap supaya lebih berguna.

-Kayu manis merupakan bahan aktif yang digunakan dalam banyak produk yang menjadikan bibir lebih mongel - minyak kulit kayu manik yang boleh diperoleh di kedai-kedai lebih murah dan berfungsi sama.

-Tidak perlu mencuci rambut setiap hari sebaliknya mungkin selang sehari. Bukan saja menjimatkan syampu bahkan mengekalkan kesihatan rambut kerana mencuci terlalu kerap membuatkan rambut kering. Dalam tempoh itu tepuk bedak bayi pada akar rambut untuk menyerap sebarang minyak.








Sumber: www.serikasih.blogspot.com

RACUN & PENAWAR

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;


 

1. Dunia itu racun,
   Zuhud itu ubatnya.


 

2. Harta itu racun,
   Zakat itu ubatnya.


 

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
   Zikir itu ubatnya.


 

4. Seluruh umur itu racun,
   Taat itu ubatnya.


 

5. Seluruh tahun itu racun,
   Ramadhan itu ubatnya.


 

SERUAN KUBUR

SATU PERINGATAN!!



KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;


1. Aku rumah yang terpencil, - Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,- Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, - Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa, - Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, - Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

HEBATNYA WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Is mail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Wednesday, November 18, 2009

Happy Birthday to me

Hari ni adalah birthday aku yang ke-30.... walawey... dah tua dah aku rupanya. Anyway, alhamdulillah sampai ke hari ni aku masih diberi nafas lagi oleh Allah s.w.t. Dalam 30 thn ni apa yang aku dah capai ye???? Tahun ni aku takde pencapaian la... Semuanya sama je...Yang capainya cuma angka 30 je. Jadi la ye... ade jugak benda yang berubah. Pada semua yang meng'wish" & mendoakan aku tu terima kasih banyak2. Sayang semua....


Pengalaman Aku

Semalam adalah pertama kalinya peristiwa tersangku dalam lif terjadi dalam hidup aku. Punya la excited nak balik (sebab hasben cuti so dia datang ambil), sharp 5.30 aku terus keluar. Dah le dalam lif tu aku sorang jer... Sampai je kat ground floor pintu tak leh bukak. Gabra giler... Nasib baik la akak receptionist tu tak balik lagi so dia yg call kan technician lift tu. Menunggu ade la dekat setengah jam dalam lif tu. Alhamdulillah lift tu tak blackout. Lampu & fan masih menyala. Kalau blackout, sure lemas aku dalam tu. Kata sorang akak tu (dia pun pernah stuck dalam lif gak - tapi masa tu blackout) macam dalam kubur... Ya ampun.... pas ni tobat la nak naik lif sorang2 lagi...

Thursday, November 12, 2009

Dah dapat...

Ye ye dah dapat scanner/printer/copier yang FOC seperti yang dijanjikan. Akhirnya sampai jugak ke tangan aku.... Walaupun yang murah2 tapi FOC sape nak bagi ye dak... Time kasih ye En. CXXXXXX.




Ini la my new HP Deskjet F2480 All-in-One Printer

Tahap boros aku....




Tadi baru ambik kuiz menguji tahap keborosan aku... KUiz kat mana lagi kalau tak kat facebook... the result is......

TADA!!!!!!!!!!!!!
waduh...waduh...gini ke aku???? (sambil garu kepala)

Wednesday, November 11, 2009

Kunti Mencari Anak

Malam tadi ye ye je nak nengok citer hantu kat TV9. Gazetnya cam seram bebeno. Rupa-rupanya ala2 citer Lagenda Bawang Putih Bawang Merah je tapi versi Indon. Cam hampeh je.. Penat menunggu lepas nengok citer Si Capik...Tajuk cam Kuntilanak alih2 jadi Kunti Mencari Anak.... Ade ke??????

Monday, November 9, 2009

Apa nak buat????

Aku terdiscover ada orang buat fraud dalam opis aku ni... Camne nak bagi tau??? Aku pun in good terms jugak dengan dia... kang tak pasal2 pasal benda ni aku bermasam2 muka dengan dia. Jenuh pikir cara terbaik untuk selesaikan masalah ni. Hasben aku suh berterus terang dengan dia tapi aku rasa aku takde guts nak berdepan pasal hal ni. Lagipun for sure dia tak mengaku punya.... dia pun ala2 cam kap lam ya nga jugak. Aku tak tahu nak story ngan sape kat opis tu sebab aku takut hal2 macam ni terbocor... maklum la mulut orang, sampai masanya akan terkeluar jugak. Aku tengah pertimbangkan cadangan sorang member suh aku direct bagi tau bos... Nak cakap dengan Mr Ting tu??? alamak... takut la (tapi selagi tak cakap sampai bila nak pendam????).... Aduh... masalah...masalah...susah jugak nak jadi "whistle blower" ni... Kalau musuh aku yang buat senang citer tapi ni member la beb!!! Pening..pening

Thursday, November 5, 2009

Rezeki aku agaknya....

Semalam aku singgah Avon sebab nak belikan barang2 yang opismate aku order. Sempat la rembat perfume Spotlight yang baru tu. Wanginya boleh tahan la. Disebabkan aku dah beli perfume melebihi RM100 (aku beli 3 Spotlight tu-each for RM99.00) so aku dapat free perfume. Suppose dapat perfume Bond Girl tapi alih2 dapat perfume lain sebab Bond Girl dah habis. Akhirnya perfume idaman aku dapat aku miliki & yang penting FOC... Seronoknya....(Kalau nak beli mau harga RM109....mahai giler)... Hai rezeki..rezeki.. Dalam entry yang lepas2 (kalau nak tau sila selak2 kat archive) ade la aku citer pasal Absynthe.... Ye..ye.. siap melaram hari ni pakai ke opis... Dah macam pontianak lak bau semerbak..he..he... Akhirnya... idamanku kini dah berada atas meja solekku.... Sukanya!!!!


Wednesday, November 4, 2009

Seronoknya....

Semenjak dua menjak ni aku teringin sangat nak beli scanner... nak buat pe??? (ade projek tergempar nak buat)... Hek eleh skema lak aku. Aku nak scan gambo2 yang ade kat rumah aku. Cam best je nak letak semua gambo (especially gambo kawin aku) dalam bentuk digital- puncanya, anak aku dah pecahkan frame gambo kawin aku dulu & sebab dah terlalu lama dalam frame, gambo tu dah melekat kat cermin, tak leh nak simpan lagi. (Last2 simpan dalam tong sampah je le... ) Dalam aku berhajat nak dapatkan scanner ade seseorang nak bagi aku scanner free... Bukan 2nd hand tau, baru lagi .... Alhamdulillah...Seronoknya, dapat rezeki sempena birthday aku yang bakal menjelang tak lama lagi kot... He..he... Kepada En. CXXX, timo kasih la banyak2..... Tak sabar menunggu kedatanganmu esok....

Olay Total Effects

Masuk bulan ni dah almost 2 bulan aku pakai OTE ni. Al-maklum la umo dah nak masuk 30 ni kena la jaga lebih sikit (kenkononnya). Apa perubahan??? Perubahan yang al-hampeh je setakat ni... Muka ade oily sikit... cuma perasan pores dah kecil.. tu je.. Yang lain hampeh... Sib baik aku beli yang kecik je... Lepas habis botol ni tak hingin aku beli lagi..Cis!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...