Monday, September 28, 2009

Raya pertama

Sekali lagi en3 tanpa gambo sebab masa raya nih... tak sempat nak snap gambo2 raya. Kalau ade pun dari sepupu & adik beradik aku la kot.. Tak ambik lagi dari diaorang.

Ni nak citer kejadian2 di hari raya pertama. Pagi raya tu macam biasa la makan ramai2, salam2 jemaah, mintak ampun-maaf, bagi duit raya pastu gi semayang raya. Aku tak pi la semayang raya semenjak dah beranak pinak ni. Lepas mandi pakai baju raya tunggu la orang datang beraya lepas semayang raya. Orang kampung wan ni lepas semayang raya jer mesti terjah umah wan aku (mentang2 la rumah yang hampir dengan masjid). So lepas semayang tu wan aku kena entertain la kengkawan dia. Pastu tu baru la sorang-sorang sedara mara datang.

Tengah hari lak mak abah aku ngan adik2 aku pegi kubur arwah Tok (gelaran untuk nenek aku). Aku tak pegi sebab nak menjaga anakku yang 2 orang tu. Aleeya ok sikit kalau ade maksu dia. Si Adib la asyik nak berdukung jer... Letih mama tau... Lepas depa balik dari kubur kitaorang gi beraya kat umah Tok Cik..

Petang lak lepas Asar.... ade kejadian hari ini dalam sejarah... Wan aku nak gi menikah.... Yup... Wan aku akan berkahwin lagi.. setelah 2 tahun arwah tuk meninggal. Kitaorang bakal dapat Tok baru.... hehehe... Lepas Asar tu berangkat la kitaorang ke rumah Tok baru... dalam kul 6 baru upacara akad nikah (Tok Kadi yang lambat). Dan... Alhamdulillah semuanya selesai... Wan pun dah berteman... so pasni Wan ade la teman nak ke sana sini.

Malam pulak ade upacara potong kek harijadi sepupu aku yang kebetulannya jatuh pada 1 Syawal. Kalau ikut kalender omputih birthdaynya bulan sepuluh. So Mak Cik belikan kek untuk birthday anakandanya... Malam tu bantai makan kek pulak.. mak ai... gomok laie la aku nih!!!!

Cerita Hari Raya - Sebelum Raya

Ini adalah entry tanpa gambo... en3 bergambo akan menyusul kemudian... Hehehe

Aku start cuti raya sehari sebelum raya. Kali ni giliran aku beraya di Ipoh.. Yey... balik kampung..ooo...balik kampung....Pepagi lagi dah siap2 nak balik kampung. Bertolk dari Batang Kali dalam pukul 8 pagi... tengok highway macam jam je.. so kitaorang ikut jalan lama. Itu pun jam gak kat Tapah sebab banyak sangat traffic light kot. Alhamdulillah dalam kul 11 sampai la ke Ipoh.

Ingatkan mak nak beraya kat Ipoh dulu, rupanya petang tu jugak nak bertolak balik ke Pantai Remis. Sebelum balik kampung sempat la buat last minute shopping.. Tak ke mana pun cuma ke kedai depan2 umah [nak cari tudung untuk matching dengan baju raya] & ke Billion je. Aleeya & Adib dapat lagi sepasang baju raya Atuk Latip belikan... Aleeya lagi siap dapat sandal baru.... (sebab dia ikut Atuk gi shopping). Bila Aleeya dah ikut atuk, aku ngan abang bawa la si Adib ke kedai gunting.. konon nak trim rambutnya yang dah panjang tu. Memula tu dia OK tapi bila masuk je ke kedai keling tu, terus melalak nak balik. Last2 tak jadi gunting rambut. Buat malu jek kat kedai tu. Maybe dia tengok ramai sangat kot kat kedai tu, terus dia jadi panik... Apa la adib...

Opah Minah lak dah jahitkan sepasang baju kurung & sepasang baju melayu untuk anak2 aku. Aleeya suka sangat la .. kaler pink lak tu... laaaaaaaagi bertambah suka. Dah ade baju melayu mesti la nak lengkapkan dengan songkok / kopiah. Bila pergi kedai yang jual songkok tu mengamuk2 tak nak pakai. Nak test pun susah... Last2 tak jadi beli... Agaknya rimas kot duk tutup2 kepala dia yang agak2 botak tu kot...

Petang tu bertolak ke Pantai Remis dalam kul 3.30 ptg. Tak ikut highway PLUS pun. Ikut highway lumut pastu keluar kat Bruas. Sampai le ke kampung dalam kul 5 camtu. Ramai dah sepupu sepapat aku kat umah Wan (nama glamer untuk datuk aku). Semua ade kecuali family Pak Ngah aku.. Selalunya deme balik kampung raya ke-2 nanti. Dah lama aku tak jumpa sepupu2 aku.. semuanya dah besar panjang... kiranya nanti meriah la raya tahun ni.... Aktiviti malam apa lagi selain masak kuah kacang, nasi impit & rendang....

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Memandangkan ini hari terakhir aku bekerja sebelum menyambut raya, so aku nak mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua kengkawan, adik beradik, sedara mara & semua pembaca2 blog aku nih... Semoga di Hari Raya ini membawa seribu keberkatan & keceriaan kepada kita semua... Wallahua'lam..


Lastly- berhati2 di jalan raya... ingatlah orang yang tersayang....

Thursday, September 17, 2009

Legging

Semalam dah alang2 singgah k4, saje le pegi women department. Konon nak cari legging kalau2 murah. Kat sana tak banyak choice tapi disebabkan teringin sangat nak pakai legging [selepas encik suami suh pakai camtu kat umah] maka aku sambo la sehelai. Nak try test dulu ok ke tak ok aku pakai. Kang aku pakai kang dah rupe sarung nangka lak.. buat malu jerk.... Peha aku ni ha dah le semakin membeso [ walaupun tak le beso cam drumstick si fara fauzana tu] tapi kalau dah pakai ketat2 kang terjojol je isi2 peha tu .... hei... tak dapat dibayangkan le... Malam tadi dah try dah depan abang, dia kata ok jer... Hehehehe.. dia siap kata nanti beli la sehelai lagi... kui..kui.. bersemangat lak nak cari legging [tapi untuk pakai kat umah je le... kat luar i bersopan tawwww].



Lengging yang aku beli tu camni la lebey kurang (ade butang lak kat tepi).... gedik tul!!!
Nanti nak cari cenggini lak...



Abang suh aku pakai camni la dok umah... katanya "jangan asyik pakai tracksuit jerk"... [malu i kena tegur dek laki... hahaha]


Kalau nak camni masa outing tak leh la bang, kang orang nampak betis bini abang yang tembam tu... model ni tak pe la betis bunting padi tapi bini abang ni betis bunting badak... (tapi hakikatnya...jelesnya dengan model ni.... slim jerk)

Zaman Sekolah-sekolah

Dah lama tak berfacebook so tadi bukak facebook maka terjumpa gambo2 lama aku ngan kengkawan masa kat SERATA dulu. Wei An, hang dah pun buat posting pasal kita kali ni aku tepek lak kat blog aku. Kih..kih..

Wajah2 suci murni warga-warga 5R, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (1996)

Wajah-wajah budak2 kelas 5R yang riuh rendah...

Cikgu kelas kitaorang- Cikgu Saniah Dona.



Ni la geng2 aku - AN, WAH, ZALWA, JEMON & MINAH (windu la kat korang!!!!)




Posing ala2 ayu gitu... di saat2 terakhir sebelum meninggalkan SERATA.. sedeynya....


Aktiviti melantak dalam kelas... Supplier pelam tu sape lagi kalau bukan si WAH LIM JUNG... hehehe. Meja hidangan selalunya meja si Minah & Awa la sebab meja depa last sekali.... Punya la sedap mencicah sampai menjilat jari & terpejam2 mata..




Otai-otai baru balik dari Dewan makan... Group aku ni semuanya ade- majmuk... pengawas ade (aku le tu), ketua kelas pun ade (si Minah), tokey ade (An- hang kan jual kacang dulu), Pengawas Pusat Sumber (Wah)... Jemon & Zalwa apa yek?? lupa la pulok...

ST Beauty atau Rahsia Kacip

Dalam dok shopping2 raya sempat lagi aku singgah kiosk yang jual jamu2 ni. Kononnya nak cari supplemen untuk dalaman la. Memula aku beli minyak afiat [minyak afiat dah nak habis kat umah - bagus la untuk emergency kat rumah , kitaorang anak beranak memang rasi ngan minyak afiat ni] samping2 tu aku usha la apa2 jamu yang ade. Hari tu terbaca dalam tenet pasal produk sendayu tinggi & rahsia kacip. Just tanya2 la kakak tu. Aku tanya ade tak Jamu Rahsia Kacip tu so dia kata takde lagi. Pastu aku tanya la d'Folia & ST Beauty. Kakak tu kata, memandangkan aku dah kawin baik amalkan ST beauty sebab khasiatnya 10 kali ganda dari d'Folia... Sekali lagi aku terpedaya & beli la ST beauty... Malam tadi dah try makan sebiji... Tak sabar nak tunggu testimoni dari sang suami... HEHEHEHE

Ni ade sikit info pasal ST Beauty & Jamu Rahsia Kacip.

ST BEAUTYProduct Information

Untuk Kehidupan Seksual yang Lebih Berkualiti

Wanita kini menyedari betapa pentingnya herba untuk penjagaan dalaman di dalam menjanjikan kehidupan rumahtangga yang lebih bahagia dan kesihatan wanita yang berpanjangan. Dalaman yang sihat mencerminkan kecantikan semulajadi yang asli. Ia juga membantu untuk wanita awet muda dari usia sebenar. Kini, formulasi terbaru dicipta dengan menggunakan bahan herba yang diekstrakkan dan kesannya 10 kali ganda daripada dikisar. Produk ST Beauty dirumus khas yang digunakan secara tradisional untuk kesihatan dalaman wanita dan juga pelbagai fungsi yang lain. Ia khusus meningkatkan keinginan seks dan mengetatkan cengkaman vagina semsa hubungan seksual terutamanya yang telah kerap kali melahirkan anak.

Fungsi ST Beauty:

  • mengurangkan serta mengawal masalah keputihan
  • membantu merapatkan otot dalaman vagina
  • menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin
  • meransang hormon seks wanita
  • menegangkan payudara wanita
  • menaikkan seri wajah, menghaluskan kulit dan melambatkan kesan penuaan
  • mengetatkan rahim dan otot vagina semasa aktiviti seksual

Siapakah yang digalakkan mengambil produk ini?

  • khususnya untuk wanita yang telah berkahwin sahaja
  • wanita yang telah melahirkan anak
  • kurangnya cengkaman semasa melakukan hubungan seksual
  • wanita yang menghadapi masalah kesuburan
  • kurang keinginan seks
  • payudara kendur selepas melahirkan anak

* Dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan

30 kapsul
Price: RM37.00


JAMU RAHSIA KACIP

Nama Produk : Rahsia Kacip (100% diperbuat dari tumbuhan semulajadi)

No. Kelulusan KKM : MAL08091386T

Bentuk Fizikal : Tablet

Kandungan : Quercus Infectoria, Melastoma Malabathricum, Oryzae Sativa

Tempoh sah : 30 bulan dari tarikh pembuatan

Khasiat & Kelebihan Rahsia KacipDipercayai berkesan membantu pengguna :

~ Melembab dan meremajakan kulit

~ Mengecut dan mengetatkan rahim serta saluran peranakan.

~ Menganjalkan otot & dinding vagina

~ Menyerap lebihan lendir bagi mengelak bakteria

~ Menghilangkan keputihan & senggugut

~ Meningkatkan tenaga dalaman & kecergasan

~ Membuang racun dan toksid dan menjauhkan dari barah rahim dan payudara

~ Melawaskan kencing & pencernaan

~ Sesuai untuk kegunaan wanita dalam pantang selepas bersalin (kandungannya tidak panas)

~ Sangat baik bagi merawat luka dalaman wanita

~ Memperbaiki sistem peredaran haid dan menstabilkan hormon

~ Melancarkan pengaliran darah

~ Mengembalikan keharmonian rumahtangga bagi pasangan yang mengamalkan produk ini secara berterusan

* Sesuai untuk semua lapisan peringkat umur lelaki & perempuan

* Produk ini tiada kesan sampingan terhadap sebarang makanan dan pengambilan ubatan lain (tiada pantang larang).

*Keberkesanan produk ini dapat dirasai olih pengguna selepas diamalkan kurang dari 3 minggu.

Dipasarkan dengan harga yang sangat berpatutan untuk penggunaan 3 minggu - 75 biji (WM RM28.90 & EM RM31.90).

Produk ini juga dikilangkan di kilang bertaraf GMP. Produk ini juga telah diperiksa dan disahkan olih SIRIM QAS INTERNATIONAL.Telah diusahakan lebih dari 17 tahun (sejak tahun 1990)

Peringatan : Tidak Sesuai untuk wanita mengandung

Aturan makan: 2 biji pagi & 2 biji malam (banyakkan minum air masak)

Shopping Raya

Lagi 3-4 hari dah nak raya tapi aku tak beli lagi baju raya untuk diri sendiri. Baju anak2 semua dah ready before pose lagi [ sebabnya tak nak bershopping di bulan pose - letih!!!]. Orang lain baju raya semua dah ready... cik besah pun dah beli baju raya dia. Tak boleh jadi ni...

Se semalam aku half day untuk pegi cari baju raya. Tak pegi jauh pun just singgah K4 Wangsa Maju jer. Punya la banyak pilihan dari mahal hingga le ke murah. Jenuh jugak nak membelek baju2 yang ada. Sempat la aku rembat 2 pasang baju kurung biasa. Habis la seratus lebih. Teringin gak nak beli yang grand2 gitu tapi bile menengok harga... lemah semangat... Pada aku mahal la sangatnya... Banyak lagi benda aku boleh beli daripada berabih 2-3 ratus untuk sehelai baju.. heheheh [ alasan nak menyedapkan hati...wakakaka]

Dah belek2 baju sempat lagi rembat kasut & selipar. Tetiba teringin nak beli wedges so beli je la sepasang. Tengah offer. Pastu lalu kat satu kedai jual selipar singgah lagi, sempat la ambik sepasang selipar RM15 sajork. Sebenonya takde rasa nak beli pun tapi saje 'menerai' pastu ade sorang makcik tu kata cantik bila aku pakai satu selipar tu. Kena dengan kaki aku sebab kaki aku putih katanya. So aku pun beli la kasut tu [pantang kena puji...ceh!!!] Sorry yek taknak paste gambo sebab nanti korang tau la kasut & baju raya aku... Heheheh.. Tak best la tak surprise... [actually malu nak tunjuk]

Adik aku sempat pesan belikan dia selendang hitam. Jenuhnya la aku mencari kat sana. Sekarang kan trend tudung ekin tu. Zaman selendang2 ni dah ketinggalan zaman . Sampai kesudahnya tak berjumpa jugak. Sorilah ye cik kepun, aku tak dapat belikan tudung ko tu. Kat Ipoh la nanti kita cari.. Tapi aku ade belikan ko brooch kecik2 yang ko nak tu...

Dalam dok sebok2 shopping raya tu baru teringat driving lesen aku dah expired. Kebetulan kat K4 tu ade post office & orangnya tak ramai sempat la aku renew lesen aku. Kang tak pasal2 aku kena saman lak.. Sekarang kat polis & JPJ suka buat operasi... Bahaya!!!! So semalam dengan bangganya aku dah berjaya menghabiskan duit sebanyak RM300 (termasuk duit lesen, baju, kasut & beberapa bahan sampingan lain...] Sure laki aku bising ni... tak pe la ye bang raya kan setahun sekali....

Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday Adib...

DUA BUAH HATI MAMA & ABAH


Sedar tak sedar hari ni dah 15/9/2009, bersamaan dengan buffday anakandaku si Adib Aiman yang ke-2. Macam tak caya je sikudip ni dah genap 2 tahun (ikut tahun omputih). Maka dah 2 tahun jugak la arwah nenek aku meninggal... Sedih masih terasa sebab tak sempat nak tengok tok untuk kali terakhir (sebab masa tu aku dalam pantang). Semoga arwah tok tenang di 'sana'- insya-Allah....

Berbalik pada si Adib, semalam babysitter dah belikan dia birthday present kat dia. Sepasang baju kemeja & seluar jeans (tak sempat nak tangkap gambo). Kiranya merangkap la sekali sebagai baju raya tu.... He..he... murah rezeki ko Adib... Alhamdulillah... Malam ni nak celebrate sikit birthday dia ngan Cik Besah & the geng. Ingat nak belikan small nice cake for him, (biasa la kalau birthday kalau takde kek tak meriah)... Abah dia dah orderkan sate untuk malam ni lepas berbuka nanti. Makin gemuks la mama ko ni Adib, asyik melantak je....



Hepi Birthday 2 u
Hepi Birthday 2 u
Hepi Birthday dear Adib
Hepi birthday 2 u.


Ni lagu feveret Adib

Allah selamatkan kamu (dia sebut- Allah ta amat tan tamu)
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Adib Aiman
Allah selamatkan kamu...


[Semoga kau menjadi anak yang soleh & menjadi kebanggaan ayahanda & bondamu.... AMIN!!!]
Adib dulu.....

Adib sekarang.... dah kureng comel... yang tetap maintain rambutnya yang sikit tuh...

Sunday, September 13, 2009

Aktiviti 2 beranak

Bila hujung minggu jer.. 2 beranak ni takde keje lain nak buat. Nak tau apa dia???? "Megholoh" la kata orang perak.... Hehehehe.....

Like father like son...

Tuesday, September 8, 2009

Adik oh Adik... Sabo je la

Semalam, adik bongsu aku ade sms. Mengadu yang dia tak nak balik matrik [dia sekarang kat matrik Penang].Hai Ana, kenapa jadi gitu yek??? Katanya dia tak leh nak catch up apa yang belajar kat sana & dia pun tak tahu apa yang dia tak paham [cane tu???]. Sian pulak kat dia bila dia cakap macam tu. Tapi tak pe la adikku, bersabar la.... Matrik tu tak lama setahun jer...tengah tahun depan khatam la ko kat matriks tu. Anyway, kalau boleh make sure even kalau tak excellent pun jangan bagi paper ko fail dah le.... [actually sijil matriks bukannya laku pun]... He..he...he.. aku pun budak matriks gak dulu....

Adik2ku yang tah apa-apa tah




After matrik nanti fikir lain pulak. Sama ada ko nak sambung ke diploma/degree semua tu up to u. Pilih bidang yang ko boleh focus & yg ko minat. Tapi hidup ni tak seindah yang diimpkan. Banyak benda yang berlaku diluar kemahuan kita. So face the reality, accept qada & qadar Allah disamping sentiasa berdoa kepada tuhan agar dikurniakan benda yang terbaik untuk kita. Insya-Allah...
[syukur & redha dengan ketentuan Ilahi]
Adik & Mak tersayang

Monday, September 7, 2009

Akhirnya.....

Masuk hari ni dah 17 hari umat Islam berpuasa. Tapi aku lak akhirnya setelah berjaya berpuasa penuh selama 16 hari, hari ni [Nuzul Quran] lak tu, aku terpaksa melobangkan puasa aku untuk beberapa hari... Patutnya cik merah ni datang awal puasa hari tu tapi datang di tengah2 bulan lak. Maka dengan adenya cik merah akhirnya kemusykilan aku sama ada aku akan memboyotkan diri tak jadi kenyataan.... LEGA!!!!... Bukannya tak mahu mengandung tapi rasanya bukan untuk jangka masa terdekat ini... Siyesly aku riso gak bila cik merah tak sampai2 lagi. Tapi at the sama time kalau cik merah tak datang pun ok gak sebab tak payah nak ganti pose.. hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...