Thursday, June 25, 2009

Cara betul makan Maggi

Tah kat blog mana tah aku terjumpa artikel ni. Rupanya selama ni salah cara kita makan megi. Sesama jadikan panduan yek.





Arikel ni dalam English...



The correct way to cook instant noodles without harming our bodies ang health.



Normally, how we cook the instant noodle is to put the noodles into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and the it's ready to eat.



This is the WRONG method of cooking the instant noodles.



By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.



The other thing that you may not realize is that, the noodles are coated eith wax and it will take around 4 to 5 days for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.

CORRECT METHOD:

  1. Boil the noodles in a pot with water.
  2. Once the noodle is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.
  3. Boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
  4. Only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle soup.
  5. However, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.


Megi goreng.. Nyum..nyum

Tuesday, June 23, 2009

5R

Selalu kalau sebut 3R semua orang tahu pasal citer ni. Ni nak citer pasal kelas aku dulu kat SERATA... Tingkatan 5R. Tetiba teringat kat member2 sekelasku yang seramai 40 orang tu. Ni la kedudukan dalam kelas aku dulu (kalau aku still ingat). Tapi aku rasa ade la sorang dua yg salah kedudukan. Apa2 pun AKU RINDU KAT KOWANG!!!!!

Row 1

  1. Azimazura & Khuzaimah
  2. Zeti Akhtar & Hafsah Shuib
  3. Siti Fatimatul Zahariah & Nor Fazida
  4. Norshiha & Nor Hasmida
  5. Hasniza Hussin & Umi Muawanah


 

Row 2

  1. Masamah & Nora
  2. Wan Rus Eliza & Suraiya
  3. Noor Azimah & Ifrah
  4. Noor Aisyah Hani & Raihan
  5. Aminah & Norzalwa


 

Row 3

  1. Roslinda & Irni Izwah
  2. Riyahah Wafra & Noor Hafsah
  3. Nurul Akmal & Nurul Huda
  4. Hariane & Etty Noreyanty
  5. Habibah Al- Helwa & Siti Azlina
  6. Faridah Hanim


 

Row 4 (Depan Meja Cikgu)

  1. Hamizah Salleh & Noriza
  2. Siti Rukiyah & Noraziyah
  3. Nurul Afzan & Nurhaslina
  4. Safwar & Kharyati
  5. ROdzie Idzyani Noor & Nurul Aini

Monday, June 22, 2009

Terkenang Semasa Dulu

Aku telah di tag oleh adik aku....

Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry anda harus memilih 5 orang untuk ditag.Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu...


Ape benda la yang aku nak reveal kat sini... Kena pikir ni... (even en.suami pun tak pernah tahu tentang ni..hik..hik)

  1. Masa kecik dulu duk kat kuaters Sekolah Vokasional (sekarang dah tukar nama Teknik Lebuh Cator), selalu gi hostel lelaki ngan adik aku si Boy ngan anak gardener situ (Pakcik Usop)- Celan & Achu. Sampai berkenalan ngan sorang brader tu, dah tak ingat namanya. Dia siap kasik cincin batu kat aku. (Ala...cincin yang beli gula2 sekupang tu). Hahahaha


  2. Masa kat kuarters tu, celik je mata mesti nak gi kayuh basikal sekeliling rumah & kawasan sekolah. Pastu mesti main bawah pokok ara ngan Celan & Acu..siap buat pondok2 lagi, main masak2, kawin2... Mak panggil balik makan tengahhari baru balik kejap pastu sambung main balik.


  3. Abah ade belikan patung ala2 Barbie kat aku masa dia balik dari Jepun. Aku hepi giler (tapi tak lama lar....) pastu aku trim rambut patung tu dari panjang ke pendek & last2 botak... Sampai sekarang terbawa2 peel tu sampai rambut anak2 aku pun aku nak trim...Sib baik tak sampai tahap botak ...


  4. Masa tadika mak ada buatkan sarung bantal dengan jahitan bercorak2 yang colourful... siap ngan nama aku lagi... Wahhh I like!!!!


  5. Mak memang suka jahitkan dress, gaun, pyjama, baju kurung, etc untuk aku.. Ade satu masa tu aku siap buat design untuk mak jahitkan.. Ngengada tul.. yang mak pulak memang jahitkan untuk aku... SAYANG MAK..


  6. Kalau aku tinggal sengsorang kat umah, aku mesti selongkar almari mak.. cari album tengok gambar2 mak ngan abah masa muda2... Jangan marah ye mak...


  7. Balik dari sekolah agama aku mesti kutip buah petai yang kecik2 tu & makan sepanjang perjalanan balik ke rumah Mak Mah (our babysitter). Rumah dia dekat je ngan sekolah agama tu so jalan kaki je. Member yang sama2 masa tu SULHA ngan GIE (Aziyah)..


  8. Aku adalah seorang KETUA KEBERSIHAN masa kat sekolah agama tu. (Bersih la kenkononnya....)


  9. Masa duk kat Manjoi, aku pernah bengang ngan mak sampai aku buang baju2 aku kat luar tingkap. Nak tunjuk perasaan la kekdahnya... tapi mak buat dek je.. last2 aku kena kutip balik... (KEJE BODOH KAN????)


  10. Mak lambat ambik aku balik sekolah kebangsaan so aku jalan kaki balik. Sengsorang lak tu... Bengang punya pasal dah tak peduli sekeliling. Kesian lak kat mak sebab melilau cari aku...


  11. Bila cuti sekolah , aku stay kat kampong ngan TOK & WAN. Baru dua hari dah rindu kat family, pastu siap pakai baju mak lagi.. RINDU LE KONON... Sampai satu stage tu, TOK & WAN kena hantar aku balik Ipoh. Naik bas lak tu...


  12. Aku selalu gaduh ngan adik aku si BOY tu. Dia suka cari pasal ngan aku. Bila gaduh ngan dia aku kamceng la ngan Acik.. Siap hasut jangan kawan si BOY... Hahaha... Pastu siap rasuah buatkan nasi goreng untuk Acik..


  13. Aku selalu cari jalan tak nak pegi sekolah agama sesi petang, sebabnya nak tengok citer MOERO ATTACK. Alasan selalu bagi PENING!!!! (Lepas ni kalau anak aku bagi alasan ni tak nak gi sekolah siap la dia)




  14. Aku pernah admire kat jiran aku. Everyday mesti balik cepat dari sekolah agama sebab nak gi main dengan dia.. Hahahaha


  15. Masa ateh kecik aku la selalu kena jadi babysitter dia. Aku takleh nak gi main sebab kena jaga dia. Kalau aku dukung dia ke kedai orang mesti perli aku bawak anak ke??...Sabo je la. Tension tul... Ei ateh, kalau ko tak sayang kat aku lagi tak tahu la....


  16. Aku pernah kena tampo ngan Miss Lim (Cikgu English) sebab tak pay attention masa oral test. Patutnya jawab base on paragraph yang dalam kad test tu tapi aku melalut2 tah apa2.


  17. Dulu aku ade pisau lipat. Pastu cam gian mengikis/menarah tepi2 meja sekolah tu. Pastu aku kena marah ngan cikgu siap dia cakap "ingat meja ni mak bapak awak punya ke???" (Kalau tak kena marah sure meja sekolah tu dah jadi beso meja budak tadika kot...)


  18. Dulu aku suka gigit2 tudung pen .. sampai lunyai tudung pen tu. Lagi satu bontot pen ngan pensel pun aku suka gigit gak. Siap berbekas ngan corak gigi aku. Bila dah sekolah menengah baru terasa kena tinggalkan habit tu.. Tak bagus untuk maintain jelita... (PERASAN!!!)


  19. Ustazah yang ajar aku menagji tu naik moto PASOLA... Comel je moto tu secomel tuannya... Kitaorang panggil Ustazah INTAN PAYUNG GUNUNG MELETOP....


  20. Bila aku tak nak mengaji, abah selalu umpan aku ngan buku cerita.... I love Fairytales....


  21. Aku suka menyanyi... siap rakam lagi dalam tape recorder... Jahanam tape recorder abah aku tu. Bila tengok perangai si Yaya yang suka melalak tu teringat lak perangai aku yang satu tu...


  22. Dulu aku banyak bintang timur a.k.a. kudis kat kaki aku... Maklum la suka main kotor...


  23. Aku minat kat penyanyi Aishah dulu (masa Janji Manismu tengah glamer)... Siap tulis surat & hantar gambo lagi. Yang hepinya aku dapat balasan... Suka banget masa tu...


  24. Aku suka kumpul pencil box & pen warna warni. Kalau ade yang aku berkenan kat kedai musti aku akan beli . (Once again anak aku pun sama.....)


  25. Pernah cikgu tanya pasal cita2. Nak cakap jadi pramugari tapi aku tersebut peragawati.. Yang pastinya tak pernah jadi dua2 pun... Hehehehe


  26. Aku takde 5 orang yang nak di tag so... abaikan je le.....

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN DALAM ISLAM

01. Bersyukurlah sikit apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27.. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33.. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.. Berlakulah adil dalam segala urusan ;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43.. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46.. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi ;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang ;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan .
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan k emamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Thursday, June 18, 2009

Adoi... Sakit Pinggang

Pagi tadi pegi tingkat 4. Nak angkut file2 travelling claim staff yang disign oleh Mr Ting. Disebabkan file 2 tu dalam kuantiti yang agak banyak so terpaksa la angkut guna kerusi yang beroda tu. Masa aku nak guna kerusi tu ade la file atas kerusi tu. Masa aku nak alihkan file2 tu semua (agak berat & aku angkat sekaligus), tetiba pinggang aku macam krem.. Aduiiii sakitnya!!! Sampai sekarang sakitnya. Nampak gaya dah tergeliat pinggang aku ni. Malam ni kena mintak Encik Amat (my dearest hubby) picit la jawabnya. Kalau tak ok gak esok ade can ambik MC.....


Wednesday, June 17, 2009

Interview

Hari Isnin lepas aku cuti sebab babysitter aku balik kampung. So terpaksa cuti sebab nak jaga anak... Tengah hari tu dapat call. AKu ingatkan bebudak office (tak perasan nombornya sebab start ngan 03). Rupanya call dari K*** (nanti la aku bagitau). Dia suh aku attend interview esoknya after lunch. Aku pun ok je la... Siap tanya direction lagi macammana nak gi sana. Ingatkan malas nak drive tapi lepas dia explain tu cam senang je jalannya so i decided untuk drive jer. Lagipun kalau ikutkan tak le jauh mana pun ngan opis aku ni.

So the next day aku pegi la ke Cheras. Tak pernah2 aku sampai ke area belah sana. Anyway, aku gamble je la & tawakkal. Kalau aku tak jumpa then aku patah balik je la. Aku time off je dengan harapan aku dapat turn yang awal. On the way tu aku just follow macam instruction yang dia bagi tu.. (Siap tanya member opis lagi direction tu). Unfortunately aku terlepas simpang kat MRR2 tu & akhirnya tersesat larat aku sampai ke Bandar Baru Ampang. Gabra giler... Phone credit dah tinggal sikit so call member yang duk area Ampang. (Tu pun siap suah dia call aku balik). Nasib baik la member tu direct aku sampai tembus balik ke MRR2. Last2 sampai jugak aku ke K***.

Sampai sana dah ade 2 org tunggu. So aku pun duk la menunggu. Kata start pukul 2 tapi start kul 2.45 p.m. Candidate tak ramai cuma 5 org jer. Tapi aku dapat turn yang ke 4. Bayangkan le berapa lama nak tunggu. Sorang kena interview ade le dekat setengah jam. Pastu semuanya interview untuk lecturer. Seingat aku, aku tak pernah lak apply untuk jadi lecturer. Ni musti kes silap ni. Dan memang aku agak, masa aku interview tu dia tanya tak nak jadi lecturer ke?? Aku just cakap, tak berapa minat & not good in teaching. Tapi tawakkal je la. Kalau dah jadi rezeki aku dapat kat situ Alhamdulillah le. Kalau tak dapat pun tak pe la. Duk je la opis lama ni...

Yang kelakarnya masa interviu tu siap gertak aku, tahan ke kerja yang pressure, bos garang la dll. Well, hello..... aku keje ngan Mr Ting kat sini lagi hazab tau. Siap plus ngan maki hamun dia yang menusuk kalbu tu taw!!!! Rasanya keje ngan kapir tua tu dah macam neraka kat sini. Ni bersabo je bebanyak.. Well, kengkawan ku sekalian doa2kan le aku ni...Semoga ade berita gumbira untuk aku...

Sunday, June 14, 2009

Tengah ubah template

So sori kengkawan kalau ade yang "terpelik" baca blog aku ni. Bukak semalam pesen lain, bukak hari ni psen lain lak. Well cenggini citernya, aku tengah nak mengubah template blog ni ha. Dah namanya budak baru belajo so cuba macam ni tak kena, macam tu pun tak kena. So aku cuba trial & error je la. Mintak mahap la yek. Well aku dah jumpa yang berkenan, harapnya berkekalan la. Nanti la aku design blog aku ni. Ok Cheerio!!!

Saturday, June 13, 2009

Template baru

Saja test atas template baru ni...

Thursday, June 11, 2009

Yahoo Messenger tak boleh install

Malam semalam tah apa angin aku saja la godek2 desktop kat rumah aku. Dah lama benar aku tak jengok2 pc tu. Semalam lepas Yaya layan hindustan (peminat Shah Rukh Khan dia ni tapi tak reti sebut namanya betul2- jadi la Cha Ngok Ngan), aku pun saja la tengok2 apa yang patut. Yang pastinya pc aku memang slow sangat masa nak start up. So aku google cara2 nak lajukan window xp tu. So cara2 tu aku follow gak la (tapi tak semua la). Al maklum la dah biasa guna pc laju kat opis tapi bila balik pc kat umah lak lembab. Ini sudah menimbulkan marah. (Nak buat camno dek non PC den tu nama je guna Pentium 4 tapi RAM 250mb jer….baru cadang nak tambah RAM) So solutionnya, ada part tu suruh buat disk cleanup. Pastu nak kena buat defrag tapi ambik masa la.

maxwell_beta2_us_1mxs_ymsg_cs

Dalam masa cleanup & defrag tu saje la aku bukan YM. Masa bukak tu dia suh upgrade so aku pun upgrade la. Pastu keluar la warning cakap ade problem so tak boleh install. Aku try lagi sekali same warning keluar. Katanya problem window installer. Aku rasa masa buat disk cleanup tu mesti dah terdelete file yang diperlukan tu. Hampehnya…… Tak boleh la aku nak berym-ym dalam pc tu. Nampaknya kena guna ebuddy @ meebo la pulak. Last2 sebab keciwa aku pun terus tutup pc. Defrag pun tergendala. Jam dah kul 12.45 so….tido lagi baik….ZZZZzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, June 10, 2009

Entry using Microsoft Words

First time ever discover one way of desktop blogging… Phew.. tak sangka ade application ni (maklum le bute IT)…Sesaje cuba dari lappy kat umah

Tuesday, June 9, 2009

Eyeliner oh Eyeliner


Hari tu gi singgah Avon... nak beli barang orang yang order sikit2 tu. Sampai kat sana saje la belek2 sample Simply Pretty Eyeliner & Eyeshadow Duo tu. Kebetulan tengah ade offer so aku rembat la satu. Kaler pink... Aku tak pernah2 pakai eyeliner ni tapi tah kenapa terasa gedik la nak beli mende alah tu. Dulu pernah le cuba pakai eyeliner tu. Tapi masa tu tak reti so mata aku jadi cam lebam kena tumbuk je.... Very the buruks....
Anyway, this time masa nak beli tu aku pikir kalau aku still tak reti pakai eyeliner ni aku pakai eyeshadow je le. Tapi aku tak mengalah... sampai umah terus praktis nak pakai eyeliner... Sampai pedih2 mata aku ... Nasib le penselnya tu matanya besar so tak le tercucuk mata teman... Akhirnya... Jeng jeng jeng.... setelah beberapa kali ujian cuba jaya aku berjaya jugak pakai eyeliner tu... So selamat la eyeliner duo & duit aku dari masuk ke dalam tong sampah... He..he..he..

Pekerja, Ibu, Isteri??????

Artikel ni aku ambik dari blog sape tah… Tumpang menempel je kat sini… Sesame la baca wahai kengkawan…

Percaya atau tidak kebanyakan dari kita (saya dan anda juga) hanya meluangkan hanya 10% atau kurang dari masa anda sebagai isteri. Selebihnya adalah sebagai pekerja dan juga ibu. Baiklah , mari kita kaji tugas-tugas 3 golongan tersebut berdasarkan masa kita selama 18 jam. Kena tolak 6 jam waktu tidur.

Pukul 5.30 pagi hingga 7.00 pagi - Pekerja dan Ibu
Bangun seperti biasa. Mandi, membersihkan diri, Sembahyang dan menyediakan sedikit minuman sebagai alas perut untuk diri sendiri, anak-anak dan suami.
Menyiapkan anak-anak untuk bersekolah. Yang mana ada anak kecil, siapkan untuk ke nursery. Mungkin menyediakan susu,pampers kain baju untuk dibawa ke nursery. Menyiapkan diri untuk ke pejabat. Kejutkan suami. Sediakan pakaiannya.

Pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi - Pekerja dan ibu
(Traffic condition di KL, u know la...)

Memandu ke pejabat yang mana berkereta sendiri. Singgah di sekolah atau nursery.Drop anak-anak. Teruskan perjalanan ke pejabat. Yang mana pergi bekerja bersama suami dalam satu kereta, mungkin menerima leteran suami sebab lambat bersiap. Terpaksalah makeup dalam kereta, itu pun kalau sempat. Suami bising kenapa tak siap make up kat rumah. (Tak paham-paham dia ye !!)

Pukul 8.35 hingga 8.37 - Pekerja dan mungkin isteri
Sampai kat pejabat. Nasib baik dapat lah ciuman suami kat pipi kanan je. Tak tau la dia ikhlas ke tidak. Punch kad dah merah la pulak.

Pukul 9.00 hingga 6.00 petang - Pekerja
Kerja rutin seharian bermula, bekerja sebagai eksekutif, pengurus atau pekerja sokongan organisasi.

Pukul 6.00 hingga 8.00 malam - Ibu
Tunggu suami jemput di pejabat. Lambat pulak tu. Singgah kedai runcit atau pasar malam. Beli bahan nak masak. Ataupun beli bungkus. Empat nasi ayam. satu untuk suami, satu untuk diri sendiri. Satu untuk anak pertama, satu untuk anak kedua, satu untuk anak ketiga dan keempat.Share. Waktu ni juga bergegas untuk sembahyang Maghrib dulu.

Pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam - Ibu
Bergegas menyediakan makan malam. Dapat peluang makan bersama. Kalau dapat mandi time pun pun dah mujur...

Pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam - Pekerja
Kerja rutin sebagai suri rumah bermula. Pinggan mangkuk yang di tinggalkan oleh suami dan anak-anak perlu di kemaskan. Lap meja. Sapu lebihan nasi yang tumpah atas lantai. Sesambil tu berkejar-kejaran dengan kain kotor yang yang berlambak dalam bakul. Humban dalam mesin basuh. Bersilat untuk lipat kain baju yang dah seminggu "LEPAK" atas sofa. Tak sempat habis. Tinggalkan. Sidai kain baju yang dah dibasuh . Tak sempat juga. Tinggalkan.

Pukul 10.30 hingga 11.00 malam - Ibu
Masa untuk perhatian kepada anak-anak yang sedang mentelaah pelajaran masing-masing. Selang seli dengan menyiapkan anak kecil untuk tidur. Tukar pampers. Basuh berak dsb. (nak pakai losyen pun tak sempat)

Pukul 11.00 malam hingga 11.20 Malam - Hak kepada diri sendiri.
Dah penat kalau tak sempat mandi pukul 8.00 tadi, mandi la ala kadar. Nak cuci muka pun tak sempat. (Toner, moisturizer, masker tu tak pandang pun). Sembahyang Isyak. Sediakan tempat tidur. Selimut pagi tadi tak sempat kemas pun.

Pukul 11.20 malam hingga 11.45 malam. - Pekerja
Persiapan untuk esok. Gosok baju sendiri, suami dan baju sekolah anak-anak. Itu je yang sempat pun. Marah anak anak sebab lambat tidur. Suami tengok ASTRO. Ceh!!


Pukul 11.45 malam hingga 12.00 malam atau 12.45 malam -ISTERI
Suami teringin nak xxx. Anda sudah tidak berdaya lagi.... Kerja-kerja rumah masih banyak yang belum diselesaikan. Terpaksa fikir untuk bangun awal keesokan harinya. Suami marah kerana SEKS anda dingin,lesu,hambar,tawar. Anda melayan kehendak suami anda hanya kerana tidak mahu mengecewakannya. Sedangkan anda sendiri tidak dapat menikmati "HAK ANDA SEBAGAI ISTERI". Jadilah SEKS instant.

Saya tidak bermaksud untuk memburukkan suami-suami kita, apatah lagi saya sendiri pun ada suami juga. Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah anda berhak untuk mendapat layanan sebagai ISTERI. Jangan nafikan hak anda.Cuba anda hitung sendiri, berapa banyak masa anda digunakan untuk diri anda sendiri !

Cool animation from SweetIM

Nursery Rhyme (Version Cikedib)

Ni lagu yang selalu cikedib nyanyi kat rumah...(Selain lagu Situasi-Bunkface ngan Aizat). Disertakan translation untuk yang kurang paham... He..he..he..

Are you sleeping

A-YU PI-PING (Are you sleeping)

A-YU-PI-PING (Are you sleeping)

ADE JON (Brother John)

ADE JON (Brother John)

WI-YO WI-YO WINGING (Morning bells are ringing)

WI-YO WI-YO WINGING (Morning bells are ringing)

DING DONG BAN (Ding Dong Ding)

DING DONG BAN (Ding Dong Ding)

Twinkle Twinkle Little Star

I-KEL I-KEL I-TE TAR (Twinkle twinkle little star)

AUK AUK U TAR (How are wonder what you are)

Sambungannya… dia tak reti lagi..

Monday, June 8, 2009

Rahsia Melalui Tulisan – Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

** Yang kaler kuning tu aku punya tulisan le tu… hehehehe

Thursday, June 4, 2009

Windows Live Writer

Pagi ni macam biasa datang awal ke opis. Jalan tak jem so kul 7.15 a.m. aku dah sampai. Lepas on computer terus la meng’google’ apa yang patut. Pas tu tah macam mana jumpa la artikel ni. Aku baru tahu kita boleh buat offline entry untuk blog kita. Aku ni kan agak buta IT lepas beranak pinak ni...So aku ni try la buat… Ha ni la first entry aku kat windows live writer… Kalau jadik cantek la….. Pasni boleh buat lagi..

Wednesday, June 3, 2009

JALAN JALAN BELI JAMU

Minggu lepas lepas dapat gi saje je gi usha2 jamu yang ade kat Giant Taman Permata. Last2 aku beli Mustajab Perawan ni. Ramai gak kengkawan aku yang kata bagus untuk wanita. So aku bantai la beli... buat test...Nak jaga badan la kekdahnya.... Pasni kena test power ngan cik abe... Ngeh..ngeh..ngeh...




MUSTAJAB PERAWAN

Fungsi:
  1. Menganjal, menegangkan, mencerahkan serta melembutkan kulit.

  2. Menjadikan rambut sihat dan bersinar.

  3. Membentuk dan mencantikkan badan.

  4. Menjadikan payudara dan punggung lebih tegang dan padat.

  5. Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur.
  6. Memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah.

  7. Membantu mengatasi masalah senggugut.

  8. Mengetatkan pintu vagina dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal.

  9. Menambah serta mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj dan

  10. Menikmati keistimewaan dalam hubungan suami isteri.

KhasiatMustajab Perawan dihasilkan tanpa campuran kimia atau kandungan hormone yang merbahaya. Seratus peratus daripada herba asli dan diformulasikan dengan enam herba terpilih iaitu Kacip Fatimah, Gambir, Halia, Kuniyt, Lada Hitam, dan Jemuju. Antara khasiatnya ialah untuk mencerah, menegang dan menghaluskan struktur kulit serta merawat pertumbuhan jerawat dan melambatkan proses penuaan.


Kapsul ini berkesan untuk pelangsingan dan mengembalikan tenaga untuk kesihatan. Ianya juga membantu menegang dan menghilangkan kedutan disekitar payudara dan menjadikan punggung lebih montok. Kombinasi herba yang bermutu tinggi ini dapat merawat masalh rahim dan peranakan bagi mengembalikan kepada bentuk asal. Ia juga dapat melembapkan dan mengaktifkan cairan semulajadi dalam faraj. Secara tidak langsung menambahkan rangsangan tenaga batin dan mengembalikan ‘mood swing’ ketika bersama.


PHYTOX
Kegunaan Tradisional:



Digunakan secara tradisional sebagai pemakanan tambahan untuk menambahkan kesihatan dan menguatkan badan.


Antara ramuan herba yang terdapat didalamnya:

Daun Cina Maki [Cassia Augustifolia Folium]
Mengandungi Anthraquinone Glycoside yang membantu mengalakkan pergerakan semulajadi pembuangan air besar. Ia mempunyai nilai perubatan sebagai laksatif, anti disentri dan karminatif.

Secara tradisional digunakan untuk mengeluarkan kepanasan, gangguan masalah defekasi dan buasir.


Kayu Manis Cina [Glycyrrhiza Glabra Radix]
Mempunyai nilai perubatan sebagai demulcan (melegakan irritasi membran, anti reumatik anti iflammasi, anti allergik, anti bakterial, anti ulser, anti kekejangan, anti bakterial, anti kulat, anti oksidan, deporatif, emolien, laksatif dan diuretik.

Secara tradisional kebiasaannya digunakan sebagai rawatan masalah perut, indigesi dan respiratori.


Halia [Zingiber Officinale Rhizom]
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti flatulan, antasid, menggalakkan perpeluhan, menahan permuntahan, anti konvulsan, analgesik, anti ulser, sekretori anti gastrik, anti kulat, anti kekejangan, anti allergenik, anti pembekuan, dan anti mikrobial.

Secara tradisional membantu kesakitan kedatangan haid, mengurangkan inflamasi, ulseratif kolitis, menurunkan tahap kolesterol, mencairkan kahak, melegakan penimbunan gas, meningkatkan perpeluhan, menggalakkan sirkulasi, melegakan kekejangan, melegakan kesakitan. Herba ini merupakan penawar terbaik bagi menguat serta menyembuhkan sistem pernafasan, melawan selesema dan demam, mengurangi kongesi, melegakan pening kepala dan sengal tubuh selain baik untuk merawati masalah penghadaman.


Jintan Manis [Pimpenella Anisum]
Mempunyai nilai perubatan sebagai anti kekejangan, anti depressi, anti kulat, karminatif dan diuretik.

Secara tradisional digunakan sebagai rawatan masalah kolik, gas dan indigesi. Ia menghangatkan abdomen, mengeluarkan gas, sendawa, permuntahan, kesakitan abdomen, penghadaman lembab, dan mengatasi kesakitan haid.


Kunyit [Curcuma Domestica]
Mengandungi 95% Curcumin yang mempunyai ciri anti inflamasi, anti platelet, stomachic, karminatif, pembersih darah, antiseptik, menurunkan kolesterol, anti bakterial, dan kesan anti kulat. Ia juga mengandungi curcuminoids iaitu phytonutrien antioksidan yang kuat bagi menyokong kesihatan usus, menjalankan aktiviti pemeliharaan neuro dan membantu memelihara kesihatan sistem kardiovaskular.

Secara tradisional digunakan sebagai ubat sakit kuning, sakit diperut, dada dan belakang, haid datang tidak menentu, serta cirit birit. Ia juga digunakan bagi menghentikan pendarahan.


AWAS: Phytox tidak boleh dimakan ketika haid


Lepas ni nak try JUVANEX lak... sape pernah try??? Baca kat blog Kevin Zahri dia pun advice buat detox ngan benda ni.... Gaji bulan depan la beli... Servey hari tu rege dalam seratus lebih gak... POKAI den!!!


Tuesday, June 2, 2009

PERCAYA DIRIKU - ELLA

Best lak dengar lagu ni masa tengok Gol & Gincu the series minggu lepas.

Dalam kegelapan gerhana yang menimpaku
Ku hanya berseorangan melayari laut yang pilu
Menanti detik indah yang ku pasti akan tiba
Waktu ku menuju ke arah yang bahagia
Kerna ku lupakan kisah dusta
Ku percayai diriku
Menempuh hari bersama harapan
Ku percaya hatiku sendiri
Ku percayai diriku
Walaupun adanya cabaran
Ku percaya hatiku sendiri
Dalam kesesakan dan kesuntukan masa
Ku hadapi rintangan.
Barulah ku cari jawapan.
Adakah ini demi mengejar mimpi yang dicita?
Usah ku berlawan.
Namun ku melepaskan
Kerna ini hanya kisah dusta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...