Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 29, 2009

26 trick ! Cantik

Artikel ni jumpa kat mana tah.. saje paste kat sini.

Wajah

1. Berikan lembapan pada kulit! Bayangkan jika kulit kamu menjadi kering dan tidak terawat. Sudah tentu ia akan mengakibatkan kulit menjadi bersisik dan berkerut. Untuk itu, jangan sesekali kamu melupakan krim pelembap, walaupun kamu punyai jenis kulit yang berminyak (pilih pelembap bebas minyak).

2 Sentuhan ringan di wajah. Kerosakan kulit terjadi disebabkan oleh cara kamu yang kasar dan tidak berhati-hati ketika merawat wajah! Oleh itu, hentikan tabiat menggosok mata dengan kuat, dan menggosok scrub wajah dengan kasar.

3 Alas bedak. Jangan terlalu bergantung pada alas bedak kerana ia akan menutup liang pori dan membuatkan wajah kamu tampak lebih berat. Untuk kesan yang lebih segar, sapukan alas bedak di bahagian mata, dan sekitar hidung.

4 Hindari alas bedak berbentuk krim kerana ia akan membuatkan wajah kamu nampak lebih berminyak. Jika kulit kamu jenis kombinasi, normal atau kering, sapuan bedak asas jenis krim ini akan menampakkan wajah kamu lebih kering dan berkerut. Jika kamu sudah terbiasa dengan penggunaan bedak asas, kamu disarankan mencuba bedak asas jenis ringan.

5 Sapukan concealer dengan cara menepuk dan bukannya menggosok. Aplikasikannya pada bahagian kulit yang bernoda sahaja. Kemudian tepuk perlahan-lahan agar ia menyerap dan memberikan kesan samar yang sesuai dengan kulit. Jangan sapu concealer di bahagian bawah mata yang berkerut, kerana ia akan menampakkan kerutan lebih jelas kelihatan.

6 Fokus pada riasan mata jika kamu ingin membuat sedikit kelainan pada wajah. Bulu mata palsu, garis mata hitam, pembayang mata berkilau, dan alis mata yang terbentuk cantik akan membuatkan kamu berbeza daripada biasa.

7 Gunakan berus mekap yang berkualiti dan pelbagai. Setiap berus mekap mempunyai fungsi yang berlainan. Paling tidak, miliki tiga berus mekap utama… pemerah pipi berbentuk oval, shading berbentuk tajam dan bedak tabur berbentuk besar.

8 Pemerah pipi. Ciptakan kesan muda, segar dan bersemangat dalam tempoh yang pantas. Sapuan pemerah pipi berwarna berry akan membuatkan wajah kamu nampak lebih berseri.

9 Dapatkan bantuan pakar untuk membentuk alis! Jangan sampai alis mata kelihatan seperti air terjun.

10 Jangan mudah berputus asa jika ingin membentuk alis dengan pensel mata. Jika lakaran yang dibuat masih tidak memuaskan hati, lakukan sekali lagi sehingga kamu berjaya mendapat bentuk yang sesuai.

11 Elakkan garisan hitam dan pekat di tepi bibir atau mata! Semakin ditekan, bentuk bibir dan mata kamu kelihatan semakin pelik.

12 Jangan memakai lipstik jenis tube terus ke bibir. Untuk sapuan yang sempurna dan lipstik akan menjadi lebih tahan lama, titiskan lipstik di jari dan sapukan rata di permukaan bibir. Namun pastikan jari kamu benar-benar bersih ya!

13 Sediakan dua beg mekap! Beg yang pertama untuk produk riasan mekap harian, manakala beg ke dua untuk produk dan kosmetik yang hanya digunakan sekalisekala sahaja

Rambut

14 Potongan rambut pendek akan membuatkan kamu nampak lebih segar, muda dan cantik. Berikan sedikit volume dan highlight pada rambut, agar penampilan diri nampak lebih bergaya.

15 Rambut terurai lembut akan membuatkan kamu nampak lebih neutral. Jika inginkan kesan lebih glamor, blow hujung rambut agar ia nampak lebih bergelombang.

16 Jika kamu terfikir untuk mewarnakan rambut, pewarna rambut yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan keperibadian diri, warna bola mata dan juga warna kulit. Jika kamu mempunyai bola mata berwarna coklat, jangan warnakan rambut kamu dengan warna perang atau warna yang sangat terang. Sebaiknya pilih warna yang agak senada.

17 Blow dry lebih baik daripada meluruskan rambut dengan bahan kimia. Kebanyakan stylist akan menasihatkan kamu menggunakan blow dry untuk membentuk rambut.

18 Dapatkan penata rambut yang terbaik untuk rambut kamu. Walaupun kamu terpaksa mengeluarkan belanja lebih, namun kesannya cukup memuaskan hati. Mereka bukan sahaja akan menata rambut mengikut bentuk wajah, bahkan mereka juga akan memberi banyak nasihat yang berguna untuk kamu.

Penampilan tubuh

19 Lakukan bikini waxing. Walaupun bahagian ini bukan untuk ‘ditayangkan’ pada orang, namun dengan melakukan waxing, kamu akan berasa lebih bersih dan seksi.

20 Rawat kaki mu. Jika kamu melakukan rawatan di spa, jangan lupa lakukan pedicure. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding manicure, namun ia boleh bertahan selama berminggu-minggu. Kaki bukan sahaja nampak lebih bersih dan segar, bahkan kaki kamu akan berasa lebih rileks saat diurut.

21 Miliki beberapa koleksi wangian. Ia akan menaikkan mood baru pada penampilan. Lebih istimewa, jika ada jejaka yang tergoda dengan harumanmu yang menyusuk sukma. Oh! Indahnya…

22 Gayakan kasut tumit tinggi. Sekiranya kamu ingin nampak ilusi langsing pada diri, tidak salah jika kamu menggayakan kasut tumit tinggi. Walaupun sedikit sakit, namun kesannya cukup memberangsangkan pada penampilan.

23 Samarkan selulit. Cuba trick ini! Campurkan alas bedak berwarna bronze dengan pelembap kulit jenis firming body lotion/ cream. Kulit kamu nampak cantik dan bercahaya.

24 Berhenti menggigit kuku. Selain mencacatkan penampilan, ia juga akan membuatkan kuku terkoyak, luka dan terjadi jangkitan. Cara terbaik untuk menjaga kelembapan kuku, sapukan pelembap khusus beberapa jam setiap hari.

25 Tiada kesan deodoran pada baju? Ya! Mudah sekali… biarkan sapuan menjadi kering terlebih dahulu sebelum kamu mengenakan baju.

26 Sentiasa positif! Jangan anggap kecantikan itu terlalu sukar dan serius. Jika kamu berusaha untuk berubah, teruskan dan jangan berputus asa.

Selamat Mencuba...!!!

Thursday, May 28, 2009

Kitchen Cabinet

Kalau la dapat KC camni.... alahai... too exclusive tak sesuai untuk aku...


Bila terbaca blog member aku si Raihan, jeles gak tengok dia dah install Kitchen Cabinet kat umah dia. Aku ni bila lagi. Masa baca blog tu encik suami ade kat sebelah so dia pun menempel sekali kat sebelah aku baca blog tu. Pas tu aku tanya la bila kita nak pasang KC? Teringin gak nak merasa... Pastu dia pun cakap le "dah ade bajetnya ke yang oi???". Terdiam lak aku... Betui gak... No money no talk la... Ha..Ha..Ha... Last2 aku jawab la "takpe la bang, kita kumpul duit dulu la yek...". So kena pospon dulu la hajat dihati...






Ni le keadaan huru hara kat dapo aku....


Hasben aku prefer yang cenggini



Aku pulak suke yang gini.... Berapa ribu riban le gamaknya????




Monday, May 25, 2009

Asam Garam Gula & Kopi

Tetiba teringat nak cite pasal buku ni. Buku ni dah lama beli dah...tapi tak habis baca lagi. Dah lama cari kat kedai buku tapi selalu aku pegi mesti takde. Last month ternampak kat kedai buku kat K4 Wangsa Maju so aku rembat le.. Harga tak mahal dalam 13 hinggit jer..






Well, buku ni adalah himpunan semua cerita tentang gelagat lelaki & wanita sebelum dan selepas berkahwin. Semua cerita yang aku baca memang ade betulnya... Bagus la kalau nak baca buku ni. Nak bagi present kat member @ hasben/wife pun boleh. Semua dia cerita dari aspek semua pihak, isteri, suami, ibu bapa (maklum la dah jadi parents ni kena la ambik tahu pasal parenthood) & macam2 lagi.



Masa aku beli buku ni, kengkawan aku ade sekali. Bila aku cite kat diaorang pasal buku ni diaorang cakap "dah 5 tahun kahwin takkan baru nak baca buku ni?".. Aku pun jawab la... "sebagai panduan alam rumahtangga... tak rugi beli pun"... Kengkadang aku pelik gak, takkan bila dah kahwin takleh baca buku2 macam tu. Kan dalam perkahwinan ni kita still perlukan panduan untuk capai keserasian antara suami & isteri...



Aku ni actually nak share ngan hasben aku pasal buku ni. Tapi hasben aku ni malas membaca so terpaksa la aku highlight & baca kuat2 kat dia. Baru dia perasan sikit. Kalau tak dia buat dek je. Anyway, buku ni boleh la jadikan bacaan ringan & panduan buat kita semua. Sedar tak sedar semua tu wujud dalam perkahwinan kita. Erm... pikir2 kan le...

Sunday, May 24, 2009

Gelagat Anak2

Ni antara gambar yang sempat rakan masa kat CH hari tu. Tengok la betapa gediknya anak dara aku si Yaya ni.

One, two, pose.......

Ni la Acik...


Ni siapa lagi kalau bukan si Adib

Saturday, May 23, 2009

Cameron Highland (Part 2)

Ni la pekan Tanah Rata

Tentang cuti2 Malaysia aku ke Cameron Highland tu ni nak sambung lagi. Memandangkan ni trip yang ke-4, so takde la jenjalan ke tempat2 yang kitaorang pernah pegi dulu. Agak boring la trip kali ni sebab dah takde tempat nak pegi. After kitaorang sampai & freshen up petang tu kitaorang pegi ke Pasar Malam Brinchang. Ok la tak ramai orang so selesa sikit nak jalan. Tapi takde mende yang interesting pun yang nak dicari. Aleeya macam biasa la ..rambang mata dengan segala makneka strawberi... Last2 dapat gak dia pensil case Strawberry Shortcake...

Ni la mende yang menyebabkan Aleeya rambang mata

Next day, abg ipar ngan biras aku kena turun KL sebab ada course amendetah. Kitaorang je la yang tinggal. Aktiviti pagi takde ke mana2. Cik Besah ngan aku start masak lunch before kitaorang keluar. Petang tu tak gi mana pun. Just ke KEA Farm nak cari sayur & mende2 yang kitaorang rasa nak beli. Nothing much yg dibeli. Just some sayur, candies & chocolate for kudap2. Malam keluar ke pekan Tanah Rata. Tapi tak bestnya hujan lebat lak masa kitaorang keluar. So stuck kat kaki lima kedai... Beli dinner & tapau bawak balik rumah.

Ni la KEA Farm... Kalau kat sini ala2 pasar Tani la... Macam2 ada...

Esoknya pagi2 dah siap2 nak balik. Singgah Ipoh kejap sebab Acik nak ambil road tax motor. Singgah umah mak aku kejap je tak sampai pun sejam. Adib sempat la berak kat sana. Family A.Ipar aku sempat la gi makan KFC kat depan umah mak aku tu... Lepas singgah terus balik ke Batang Kali. Before tu sempat singgah beli Limau Tambun... Dah lama tak makan. Tapi yang dibeli dek laki aku tu tak manis sangat... Sampai sekarang ade lagi dalam peti ais tu tak bermakan.... Ni gara2 terpengaruh ngan amoi jual limau la tu...


Ni dah stand by nak balik la ni...

So itu je la tentang percutian kitaorang kali ni. Takde la menarik sangat tapi something to share dengan korang semua. So sape2 yang tak pernah pegi CH lagi dipersilakan pergi jika ade kelapangan. ENJOY!!!

Friday, May 22, 2009

Gambar perkahwinan bos kedekut

Aku pun tak tau apa motif aku buat entry ni. Anyway, hari tu ter'google' pastu terjumpa la gambo2 eksklusif bos aku ni. Dia la Dato' OH.. Ni gambo kahwin & nikah bini ke-2 dia. Very the glamour...(macam la tak pernah kawin...) Nasib la tak ala2 wedding Datuk K & CT Nurhaliza tu. Menyampah pulak aku tengok.


Actually wedding dia September 2007 (aku tengah maternity leave plak tu) tapi aku baru terdiscover gambo2 ni. Yang pastinya sorang staff pun dia tak jemput ke majlis tu. Kitaorang tahu dia berbini baru pun dalam tahun lepas.... itu pun after dia yg introduce wife baru tu kat one of the ex-staf... Apa2 la Dato'... ko jugak yang makin senang, makin kaya tapi staf2 ko kat sini semuanya suffer kerja dengan ko...Sabo je la.... Tapi pikir2 la sikit, sape yang sedikit sebanyak mengkayakan ko kalau bukan balaci2 yang kerja bawah ko ni... Appreciate la kitaorang  sikit.... Apa punya Bos????





P/S : Ade lagi gambo2 tu tapi tak kuasa nak buh semua... Ha..ha





Wednesday, May 20, 2009

Cameron Highland.....(Part 1)


Baru weekend lepas aku & family plus Cik Besah & the geng pegi cuti2 ke Cameron Highland.... (Sekali lagi...bawah tajaan abg ipar aku).. Dah jadi macam acara tahunan lak bercuti ke Cameron. Ni kiranya kali ke-4 la aku join diaorang ke CH ni.

Yang lainnya this time, adik aku si Acik pun ikut gak. Selama kat sana memang dia jadi mangsa anak & anak2 buah aku la. Diaorg ni pantang kalau ade orang extra yg join.. Mula la kerumun orang tu. Sian kawan tu sampai nak tido pun kena sorok2. Banyak gangguan katanya. Nasib ko la Acik. Lepas ni kalau A.Mi ajak ko join aktiviti kitaorang pikir-pikirkan le...

3 trip yang lepas kitaorg ikut Tapah. Disebabkan dah tak sanggup nak menahan pening & muntah2 so kali ni kitaorg ajak ikut Simpang Pulai lak. Alhamdulillah perjalanannya memang amat2 selesa compared dengan Tapah. Si Adib lak tidur je sepanjang jalan dari Simpang Pulai ke CH. So tragedi muntah dalam perjalanan dpt dielakkan.

Kali ni kitaorang tak duduk Apartment sebab a.ipar aku dapat banglo Maybank. Situated kat Tanah Rata. Memula sampai tu ingatkan itu le banglonya, rupanya kitaorang dpt banglo belakang tu. Tapi viewnya memang marbeles la. Rumah memang besar giler. Kira puas hati la.... Ok la nanti aku sambung lagi kat Part 2... Tunggu..

Ni Entrance ke banglo....


Ingatkan ini le banglonya... rupanya bukan.. Yang ni banglo 7 bilik

Ni le banglo kitaorang duduk... 4 bilik jer....

Thursday, May 7, 2009

BENGANGNYA... DIRECT LINE KENA POTONG

Baru tadi dapat instruction untuk cut beberapa line telepon kat opis ini. Ade 5 line semuanya. Yang bengangnya tu termasuk direct line aku. Celaka punya Ting Kong Hock. Konon2 nak jimat belanja sangat la tu. Telefon aku pakai bulan2 pun bukannya banyak sangat. Personal call lagi lah jarang sebab aku takde masa nak entertain orang sangat. Bill aku pun bukannya sampai RM100. Orang lain punya line yang beratus2 RM tu tak nak pulak ko potong. Patutnya orang yang dah dapat handphone allowance tu tak payah la bagi direct line lagi. Hampeh tul.... Ini tidak adil!!!!! Bos berat sebelah.... Dah le bonus ngan increment ko kedekut nak bagi... Macam mana la aku boleh dapat bos macam ni????? Asyik suruh aku liase dengan bank la, auditor la, insurance la, check petrol card dia la, bil telefon dia la tapi kemudahan untuk aku buat semua tu kena tarik lak. Bangang punya bos.

Pesanan buat semua kengkawan yang selalu call direct line aku, lepas ni kalau nak call aku, call la henpon. Aku dah takde direct line.... Keciwanya!!!!!!