Thursday, April 30, 2009

Streamyx

Dah lama dah aku menyimpan niat nak pasang streamyx kat umah aku ni. Akhirnya, lepas habis pikir aku decide ambik streamyx combo yang tengah promotion sekarang ni. Nak save le kenkonon - sebab dapat waive activation fee. Semalam modem sampai (aku ambik streamyx in a box) sebab nak save kos installation. Nampak caranya mudah sesangat. Akhirnya berjaya pasang jugak tapi yang menjadi kemusykilan aku lampu LED tu asyik blinking je. Dalam kotak tu kata kalau lampu tu tak stable lagi takleh nak activate. Sampai ke subuh aku biarkan still tak berenti kelip. Physical connection dah dekat 10 kali aku check takut kalau silap. Last2 tanya balik kat org yang aku register tu katanya maybe kat area aku tu tak de coverage....(yang bengongnya aku ni pasal apa la aku tak terfikir nak check kawasan umah aku tu ade coverage ke tak).... HAMPEHnya...... Katanya kena tunggu TM buat jumper port dulu. Sabo je la.... Tu la ghairah sangat aku nak berstreamyx..... Ntah berapa lama lak aku nak tunggu ni...

Memandangkan esok cuti hari buruh, pepagi esok nak balik Ipoh... Rindu nya kat kampung halaman (eeee... poyonya ayat!!!). Anyway, Selamat Hari Buruh kepada semua kuli2 yang ade di Malaysia ni.... YAHOOOO... Esok cuti!!!

Monday, April 13, 2009

New SAGA begins

Hujung Mac lepas hasben aku dah berkira2 nak jual kancil dia. Finally on 28/3/09 he managed to sell the car. Sedih gile sebab pada hari dia bawak kereta tu untuk tunjuk kat kawan dia kat Sungai Buloh, kawan dia terus beli. Aku tak sempat nak merempit ngan kancil tu buat kali terakhir.

Kancil dalam kenangan....


The next week hasben aku pun terus pi booking SAGA through abang ipar aku. (Actually dah lama berhasrat beli kereta tu after few series of discussion dengan aku). Al-maklum le abang ipar aku tu keje auto finance kat Maybank senang la nak uruskan. Agreement pun sign kat rumah je. Ambik masa gak la dapat kereta baru.... FINALLY pada 2/4/09, kereta tu dah boleh ambik.... Ingat nak plat no sama ngan Wira aku tapi tak kesampaian sebab dah ade org ambik no tu. Kalau nak jugak kena tunggu lagi. Tapi sebab dah nak jugak kereta keluar cepat, kensel je la hasrat tu. Kiranya itu macam hadiah besday untuk laki aku la sebab birthday dia 5/4/09. Ok la tu bang.....
For the first time reveal.... our new SAGA.... WSL 4317



Sempat lagi YAYA posing dekat kereta baru...

My Little Turtle....

Gambar ni ambil masa weekend lepas. Kelakar tengok Adib tertidur atas sofa dengan gaya ni. Lena sangat le tu... Soooooooooooooo......Cute.

Ni close up muka Adib...

Stail "little turtle"....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...