Thursday, July 31, 2008

Yaya Oh Yaya

Semalam supposed aku kerja tapi abang ajak aku cuti. Mana ade aku apply cuti pun. Last2 ambik MC la. Memula hari sebelum tu kononnya nak gi Genting. Tapi last2 tak jadi. So petang semalam bawak Aleeya gi Carrefour Wangsa Maju,. (Dah dekat ngan opis aku tu). Nasib baik sampai sana pun dah habis lunch hour so chances nak terserempak ngan bebudak opis takde (he..he..he...). Karang deme tahu lak aku kelentong MC. Ha..ha..ha

Aleeya masa baby




Sampai Carrefour tu gi la food court, nak lunch. Sib baik org tak ramai so laki aku tuh tak le rasa rimas (macam kat GIANT hari tu). So dia pun enjoy la makanan kat situ. Sebelah food court tu ade tempat permainan bebudak. Siap ade rumah belon yang besar tu. Mata Aleeya tak habis2 memandang ke situ sampaikan tak nak makan. Tapi mama cakap kena makan dulu baru boleh main. Lepas tu baru la dia makan. Yang slacknya, kitaorg tak bawak kamera/ handphone yg ade camera tu. So tak leh nak tangkap gambo Yaya main. Masa tengok dia main dengan seronoknya, I wish kalau Adib ikut sekali. Next time la bawak Adib lak. Tunggu dia besar sikit. Sekarang dia tgh buas, susah nak dukung.

Aleeya dah besar sikit....






Tgk Aleeya yang tgh membesar tu buat aku teringat masa dia baya2 Adib dulu. Comel & manja sangat. Tapi la ni suka melawan & selalu suruh mama & abah dengar cakap dia je. Suara nyaring lak tu. Kadang2 memang menguji kesabaran mama & abah. Betul la orang cakap bila dah beranak 2 ni yang sulung tu mula la buat perangai nakkkan attention parents dia. Next year dah 4 thn maybe nak masukkan dia kindergarden. Macam mana la pulak perangai dia masa tu......


Aleeya yang sekarang....

Tuesday, July 29, 2008

Weekend yang tak syiok

Last weekend my hubby ajak kitaorg gi jenjalan lagi. This time I suggested pergi GIANT Batu Caves. The main reason is memandangkan one whole week hujan je waktu petang and Aleeya tak dapat main kat padang. Dalam GIANT tu kan ke ade indoor playground so Aleeya dapat la main2 kat situ. Sebelum pergi tu everything was OK. Aleeya n Adib pun OK je. Aleeya lagi la siap pesan mintak abah n mama belikan kasut tumit tinggi untuk dia. Nak kaler purple lak tu. (Dah pandai memilih dah anak dara aku tu rupenye....)



After Zohor kitaorg pun bertolak. Dari Batang Kali ambik masa 1/2 jam je to reach Batu Caves. My husband decided to drive Kancil je sebab dia dah basuh Wira tu. So dia malas nak kotorkan lagi kereta tu. Anyway, aku tak kisah. Kancil lagi senang nak selit2 in case kalau parking space tak de. Sampai je kat Giant, Aleeya pun start la buat drama. Aku ajak makan dulu dia tak nak. Selagi tak dapat kasut dia tu semua taknak. Sebab dia dah buat perangai (merajuk la konon), abah dia pun ajak shopping dulu mainan dia dalam GIANT. Nasib baik jumpa kasut dia tu.

Lepas shopping aku ajak la gi lunch (dari rumah tak makan lagi sebab planning nak makan kat luar). Semua tempat pun full so aku ajak hasben makan KFC jer. Tapi barisan kat KFC tu pun boleh tahan gak panjangnya. Dah macam tu En suami lak boleh kata tak nak la makan kat sini la, crowded la, tak suka la ramai org la...bla..bla..bla... Dalam hati aku masa tu, kalau tak nak crowded/ ramai org jangan la outing hari Ahad. Memang la ramai. Kalau tak nak ramai gi la hari kerja. Aku dah temper dah masa tu. Dalam hati aku ni mesti balik karang makan nasik mamak je... Fedapnyer......... Last2 aku keluar ke parking lot. Yang hasben aku dah hangin pastu bebel2 kata aku kepala batu. Amboi........ sedap tul dia mengata aku yek... Takpe...takpe.. Aku sabo je la (walaupun masa tu dah menitis air mata den!!!!!)


Keluar dari GIANT, hasben aku bawak ke Taman Sri Gombak. Ni tak lain nak gi McD la ni. Balik2 McD, balik2 McD, macam la takde tempat lain nak pergi. BOSAN.... Tapi nak buat caner perut aku dah berkeroncong, kepala aku dah pening sebab lapar, aku bedal je la. Masa order aku buat dek je. Lantak la situ. Aleeya lak suka la dapat main slide dalam tu. Memula duduk je terus nak gi main. Masa tu ade la 2-3 org budak cine tgh main. Tah camne tetiba ade salah sorg dari budak2 tu pukul lak si Aleeya. Nasib la si Aleeya ni tak nangis. Aku pun marah la budak tu apasal mau pukul org. Degil lak tu budak tu. Mak ayah dia plak buat dono je. Cilakak punya cine.

Lepas cine tu abis makan, diaorg blah. So slide tu Aleeya yg konker. Suka la dia. Sampai mama ngan abah ajak balik pun dia kata jap lagi. Before balik sempat la dia posing ngan patung McD tu. Tapi masa tangkap gambar tu dah tak berapa galak dah. Maklum le penat + mengantuk. Tak pe la Yaya, ko tak dapat main kat GIANT, kat McD pun jadi la. Nanti la mama bawak Yaya main kat tempat lain lak.

Friday, July 25, 2008

KERANA AKU WANITA....

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya " tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, July 23, 2008

ADiB DaH BolEh JaLAn

21 haribulan lepas genap la Si cekedib 10 bulan. 2 bulan lagi dah setahun. Perangai jangan cakap la, semakin buas. Tak boleh duduk diam. Pantang lepa sikit dia mula la nak memanjat kerusi la, tangga la. Yang paling feveret kalau orang bukak pintu, dia start la nak keluar rumah. Macam la selama ni dia kena kurung je dalam rumah.Lagi satu kalau ade orangdalam bilik mandi. Dia pun sebok nak masuk, nak main air. Dalam buas2 tu Adib dah mula nak berjalan. Semalam dapat la 1-2 langkah. Kelakar pun ade. Muka dia menyerongin je bila tengah standby tu. Gigi dah le banyak, besar lak tu. Tapi tak sempat nak snap gambar dia masa tu.

Masa Aleeya dulu sempat gak rakam masa dia memula berjalan. Bila tengok balik rasa macam baru je Aleeya tu berjalan. Sekarang turn adik dia pulak. Masa memang cepat berjalan. Bila ingat2 balik rasa macam tak puas melayan kerenah Aleeya . Bila dah ada adik ni makin menjadi2 la perangai si Yaya. Nak suruh orang bagi attention kat dia. Agaknya aku dulu pun macam tu jugak kot ngan mak abah aku..???? He..he..he... Yaya...Oh ... Yaya


Tengok la aksi Aleeya ni....
video




Thursday, July 17, 2008

Phua Chu Kang


Chu Kang ( PCK ) explaining sex to Chu Beng's son, Aloysius .........

Aloy : Why is making love so enjoyable ?
PCK : Aiyah, ah boy, enjoyable because, same like when you dig your nose with your finger mah !

Aloy : Do you think women enjoy sex more than men ?
PCK : Of course lah ! When you dig dig your nose, your nose feel better than your finger, right?


Aloy : Why do women hate it when they get raped ?
PCK : Ai-yah ! Say, you walk along the load, then someone come over and dig your nose, you like or not? Ehhh! Don't play play ah!


Aloy : Why is it a woman cannot have sex when she is having her menses?
PCK : Oy !! If your nose bleeding, you still go and dig meh?? Siow ah ! Use your brain, use your brainnn ..........

Aloy : Why is it most men don't like wearing condoms when they are making love ?
PCK : Ehhhh, when you dig your nose ah, you like to dig with a glove on your finger or not ? Not the same shiok feeling mah. Correct or not?

Aloy : Why is making love carried out in private ?
PCK : Ah boyyyyy, use your brain, use your brainnnnn ................................. you go and dig your nose in front of your whole class izit ?? Stupid lah!!


Aloy : Wah ...... Uncle Chu Kang, you are very good.


PCK : Aiyah ...... ," Best in Singapore, JB, some say Batam, and now, the whole world!" also ah!!!

Wakakakakaka!!!!!!!!!!!!!

Weekends

Last Ahad tah apa angin abang ajak kitaorg anak beranak gi jalan. Malam minggu tu dia belanja kitaorg makan kat restoran Mamak kat Tamu Hill. Rezeki jangan ditolak so aku pun ON je la. Pikir punya pikir aku ajak abang gi TESCO Extra kat Selayang. Nak gi JJ @ Carrefour dah boring dah. Lagipun TESCO tu tak pernah pergi lagi. Aleeya apa lagi suka la sebab nak ajak mama ngan abah makan "I la tenet" (maknanya I'm Loving It - McD la tu). Unfortunately kat sana takde McD so kitaorg lunch kat satu restoran baru bukak RASAMAS. Dia punya gambo cam sedap je, tapi bila rasa......emmmm.....alahai. Tak de la sedap sangat.


Dalam kedai tu tah budak mana pulak bawak belon ultraman. Apa lagi si Aleeya tu, mula la nakkan belon tu. Abah dia pulak nak pujuk punya pasal, belikan la belon Hello Kitty untuk dia. Melayang RM6 belikan belon tu. Dah beli belon dia nak main kat playground lak. Kena pulak beli token. Satu token singgit tapi hari tu offer 8 token RM5. Main sakan si Aleeya.



Sukanye dia main...
Dah puas main baru gi shopping. Tapi tak beli apa pun sebab si Adib dah melalak. Mengantuk sebab dari tengahhari tak tidur. Dia pun agaknya dah rengsa sebab nak baring so abang ajak balik je la. Sepanjang perjalanan hujan la so syok la si Adib tu tido dalam kereta. Sampai rumah dah dekat 6.30 pm. Sempat la tengok Bawang Putih Bawang Merah. Tapi Aleeya tak dapat la tengok citer feveret dia tu sebab dah tertidur. Letih sangat la tu main sampai tak sedar diri.

Thursday, July 10, 2008

RUMAH OH RUMAH



Last weekend balik kampung di Ipoh. Punya la lama tak balik kampung, rindu sangat kat abah ngan mak. Last balik Ipoh masa Boy kawin. Itu pun cuti Gong Xi Fa Chai. Peh tu mak renovate rumah pulak. Rumah mak sure habuk & bersepah2 so susah lak si Yaya ngan Adib nak main. Finally end of last month baru siap renovation.


Masa balik hari tu rumah mak tak kemas 100% lagi. Mak kata dia sebok ngan kerja. Tak kisah la janji rumah dah tak berabuk. Dah cantik umah mak. Tak macam dulu. Siap ngan plaster siling. Tukar tiles & front gate lagi.


Ni la antara gambar2 umah mak masa tengah renovation. Thanks to Ana sebab hantar kat aku gambar2 ni.


Plaster siling ni kat ruang tamu. Siap kipas remote lagi.

Ni plak tiles kat tangga. Kaler hijau.... (Mak minat kaler hijau kot???)

Kebetulan masa tengah renovate rumah ni, rumahku di Batang Kali pun tengah renovate jugak. Tapi dah siap dah bulan April. Kitaorang dah pindah pun rumah tu. Puas hati akhirnya aku dapat gak rumah sendiri. Even rumah low cost (sebab tu je yang mampu buat masa ni) tapi aku ngan hubby bangga dengan rumah tu sebab kitaorg beli ngan duit kitaorg sendiri. Nak beli banglo ke semi D ke belum la lagi. Tapi we are trying our best to transform our home into that kind of house. Al maklum la RUMAHKU SYURGAKU..... He..he..
Rumah idaman ...... (Konon2nye la)


Ade duit nanti teringin nak renovate cenggini..... Gambo rumah aku tu tak boleh upload lagi. Nanti dalam next post la kot. Semalam baru tukar kepala paip shower. Pili lama tu leaking so air tak kuat. Semalam baru la rasa puas mandi shower sebab airnya kuat. Peh..... Baru la ade feel nak mandi air hujan. Wakakaka...


Tuesday, July 8, 2008

JULAI IS COMING

Sedar tak sedar dah sampai bulan Julai dah. Rasa macam baru je tahun 2008 ni. La ni dah masuk penggal kedua tahun 2008 ni. Rasa macam masih banyak benda tak achieve lagi dalam 2008.

Diam tak diam dah masuk bulan Rejab. Tak lama lagi Ramadhan pun sampai. Aku tak habis ganti pose lagi nih... Ni gara2 beranakkan si cikedib tu la. Jenuh mama nak ganti pose ni. Dah kebetulan bulan Rejab ni baik rasanya menghabiskan baki2 pose ganti aku tu.

Ni aku petik fadhilat bulan Rejab. Ni pun aku ambik dari Shu2:

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini………. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.

Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...